garis panduan pertandingan mereka cipta … 2015… · garis panduan pertandingan mereka cipta imej...

Download GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA … 2015… · GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA IMEJ KORPORAT NRE ... penciptaan reka bentuk logo, ... Nombor Kad Pengenalan Alamat

If you can't read please download the document

Upload: ngodung

Post on 07-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA IMEJ KORPORAT NRE

    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

    NRE sedang menganjurkan satu Pertandingan Mereka Cipta Imej Korporat

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Ianya mestilah melibatkan

    penciptaan reka bentuk logo, baju korporat, tali leher dan tudung korporat NRE.

    1. SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

    a. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua kakitangan awam (Ibu

    Pejabat NRE, Jabatan dan Agensi) serta para pelajar Institut Pengajian

    Tinggi Awam dan Swasta.

    b. Hasil kreativiti mestilah mencerminkan perkhidmatan teras/ utama NRE

    dan juga Jabatan jabatan dibawahnya. Maklumat berkaitan perkhidmatan

    teras NRE boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian iaitu

    www.nre.gov.my.

    c. Reka bentuk mestilah baru dan asli.

    d. NRE tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan

    daripada pihak ketiga.

    e. NRE tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang perbelanjaan,

    kerosakan dan kehilangan dokumen atau produk sebelum atau selepas

    penyertaan.

    f. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang

    dikemukakan tidak asli/ ciplak.

    g. Semua ciptaan yang dikemukakan adalah hak milik NRE dan tidak boleh

    dituntut oleh peserta.

    h. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD.

    2. SPESIFIKASI REKA BENTUK

    a. Semua reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan saiz kertas A4

    (ukuran 210mm 297mm) secara grafik komputer dan juga dihantar

    bersama softcopy dalam format JPEG atau PDF dengan resolusi minimum

    adalah 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.

    b. Keterangan atau penjelasan mengenai reka bentuk, simbol serta warna

    yang digunakan hendaklah diberikan.

    c. Setiap reka bentuk hendaklah tidak melebihi 5 jenis warna.

    d. Reka bentuk hendaklah ringkas, menarik, jelas dan kemas.

    http://www.nre.gov.my/

  • 3. BORANG PENYERTAAN

    a. Penyertaan adalah PERCUMA. Setiap penyertaan mestilah menggunakan

    borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dari laman sesawang

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu www.nre.gov.my.

    b. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015 (Isnin) jam

    5.00 petang.

    c. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan

    dilayan oleh pihak Urus Setia.

    d. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut ;

    Urus Setia

    Pertandingan Mereka Cipta Imej Korporat NRE

    Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,

    Aras 14, Wisma Sumber Asli, No. 25,

    Persiaran Perdana, Presint 4,

    62574, Putrajaya

    e. Pastikan di sebelah kiri sampul tertulis Pertandingan Mencipta Logo

    NRE.

    f. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila kemukakan kepada

    alamat emel [email protected] (03-8886 1498).

    4. HADIAH

    a. Hanya satu pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah

    wang tunai RM3,000.00.

    b. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui

    telefon/ surat/ email. Nama Pemenang turut akan dimuatnaik di laman web

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

    http://www.nre.gov.my/mailto:[email protected]

  • BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA IMEJ KORPORAT NRE

    Nama

    Nombor Kad Pengenalan

    Alamat

    Nombor Telefon Pejabat :

    Tel. Bimbit :

    Alamat Emel

    BIL PERKARA YANG PERLU DIHANTAR SILA TANDA

    (/) JIKA ADA

    1. Borang Penyertaan

    2. Softcopy Reka Bentuk Logo Bersama

    Keterangan dan Penjelasan

    3. Softcopy Reka Bentuk Baju Korporat

    4. Softcopy Reka Bentuk Tali Leher

    5. Softcopy Reka Bentuk Tudung

    ** NOTA :

    1. Softcopy perlu dihantar dalam bentuk CD/ DVD