-
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA IMEJ KORPORAT NRE
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
NRE sedang menganjurkan satu Pertandingan Mereka Cipta Imej Korporat
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Ianya mestilah melibatkan
penciptaan reka bentuk logo, baju korporat, tali leher dan tudung korporat NRE.
1. SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN
a. Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua kakitangan awam (Ibu
Pejabat NRE, Jabatan dan Agensi) serta para pelajar Institut Pengajian
Tinggi Awam dan Swasta.
b. Hasil kreativiti mestilah mencerminkan perkhidmatan teras/ utama NRE
dan juga Jabatan jabatan dibawahnya. Maklumat berkaitan perkhidmatan
teras NRE boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian iaitu
www.nre.gov.my.
c. Reka bentuk mestilah baru dan asli.
d. NRE tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan
daripada pihak ketiga.
e. NRE tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang perbelanjaan,
kerosakan dan kehilangan dokumen atau produk sebelum atau selepas
penyertaan.
f. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ ciplak.
g. Semua ciptaan yang dikemukakan adalah hak milik NRE dan tidak boleh
dituntut oleh peserta.
h. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD.
2. SPESIFIKASI REKA BENTUK
a. Semua reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan saiz kertas A4
(ukuran 210mm 297mm) secara grafik komputer dan juga dihantar
bersama softcopy dalam format JPEG atau PDF dengan resolusi minimum
adalah 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
b. Keterangan atau penjelasan mengenai reka bentuk, simbol serta warna
yang digunakan hendaklah diberikan.
c. Setiap reka bentuk hendaklah tidak melebihi 5 jenis warna.
d. Reka bentuk hendaklah ringkas, menarik, jelas dan kemas.
http://www.nre.gov.my/
-
3. BORANG PENYERTAAN
a. Penyertaan adalah PERCUMA. Setiap penyertaan mestilah menggunakan
borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dari laman sesawang
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu www.nre.gov.my.
b. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2015 (Isnin) jam
5.00 petang.
c. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan
dilayan oleh pihak Urus Setia.
d. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut ;
Urus Setia
Pertandingan Mereka Cipta Imej Korporat NRE
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Aras 14, Wisma Sumber Asli, No. 25,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574, Putrajaya
e. Pastikan di sebelah kiri sampul tertulis Pertandingan Mencipta Logo
NRE.
f. Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila kemukakan kepada
alamat emel [email protected] (03-8886 1498).
4. HADIAH
a. Hanya satu pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi hadiah
wang tunai RM3,000.00.
b. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui
telefon/ surat/ email. Nama Pemenang turut akan dimuatnaik di laman web
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
http://www.nre.gov.my/mailto:[email protected]
-
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA IMEJ KORPORAT NRE
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Alamat
Nombor Telefon Pejabat :
Tel. Bimbit :
Alamat Emel
BIL PERKARA YANG PERLU DIHANTAR SILA TANDA
(/) JIKA ADA
1. Borang Penyertaan
2. Softcopy Reka Bentuk Logo Bersama
Keterangan dan Penjelasan
3. Softcopy Reka Bentuk Baju Korporat
4. Softcopy Reka Bentuk Tali Leher
5. Softcopy Reka Bentuk Tudung
** NOTA :
1. Softcopy perlu dihantar dalam bentuk CD/ DVD