pertandingan reka cipta inovasi teknologi hijau · latar belakang projek, penyataan masalah,...

23
PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

Upload: vuongthu

Post on 07-Jun-2019

360 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

MODUL AKTIVITI PERTANDINGAN

KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU PERINGKAT KEBANGSAAN

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 1

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau merupakan satu

pertandingan yang diadakan untuk memberi pendedahan dan

menggalakkan budaya reka cipta inovasi berfokuskan Teknologi Hijau.

Pertandingan ini diharap mampu membuka minda peserta untuk lebih

menghargai alam sekitar dengan rekaan teknologi berasaskan Teknologi

Hijau.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau ini diadakan untuk:

i. Meningkatkan kemahiran membuat penyelidikan serta

menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan

produk inovasi Teknologi Hijau.

ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea

inovasi serta pengetahuan dalam bidang Teknologi Hijau untuk

menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkan

rekaan baru.

iii. Mewujudkan titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan

budaya reka cipta dan inovasi Teknologi Hijau dalam usaha

membangunkan produk reka cipta yang kompetitif.

iv. Mewujudkan jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian

bestari (smart partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan,

badan-badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan

usahawan dan orang persendirian sewaktu membangunkan produk

inovasi Teknologi Hijau.

v. Menjadi usaha ke arah mempatenkan semua reka cipta dan inovasi

Teknologi Hijau yang dihasilkan oleh peserta.

3.0 TEMA

3.1 Tema pertandingan ialah Innovating Technologies Towards Sustainable

Tomorrow.

3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian

bidang Teknologi Hijau dan penghasilan produk inovasi yang mesra

pengguna.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 2

4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1 Penyertaan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah

(tingkatan 1 hingga 4) sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.

4.2 Setiap pasukan diwakili oleh maksima 3 peserta dan seorang guru

pembimbing.

4.3 Semua penyertaan hendaklah dibuat atas nama sekolah yang

disahkan oleh Pengetua sekolah berkenaan.

4.4 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri PERLU menghantar SATU penyertaan

bagi mewakili negeri tersebut ke peringkat kebangsaan.

4.5 Segala kos berkaitan penghasilan projek adalah di atas tanggungan

sekolah yang mengambil bahagian.

5.0 SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU

5.1 Projek inovasi Teknologi Hijau yang akan dipertandingkan perlu

mempunyai satu atau lebih sektor Teknologi Hijau seperti berikut:

i. Tenaga (Energy)

ii. Pengurusan Sisa dan Air Sisa (Waste and Wastewater)

iii. Bangunan (Building)

iv. Pengangkutan (Transportation)

v. Industri (Industry)

vi. Pertanian dan Perhutanan (Agriculture and Forestry)

vii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and

Communication Technology (ICT))

6.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN

6.1 Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi Hijau menekankan kepada

2 kategori produk yang dipertandingkan:

i. Invention/Penciptaan – Penciptaan proses atau produk inovasi baru

ii. Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk

sedia ada

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

7.1 Jika negeri ingin menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri,

JPN berkaitan diminta menghebahkan pertandingan ini kepada

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 3

sekolah-sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian. Pengelola

peringkat negeri perlu mengikut syarat-syarat dan garis panduan yang

telah ditetapkan bagi pertandingan ini. Satu projek terbaik boleh

dicadangkan untuk mengambil bahagian di peringkat kebangsaan.

7.2 Jika JPN tidak mengadakan pertandingan ini di peringkat negeri, JPN

berkaitan hendaklah mengenalpasti satu pasukan yang akan mewakili

negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1 Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Reka Cipta Inovasi Teknologi

Hijau adalah seperti berikut:

i. Projek inovasi reka cipta yang dihasilkan mestilah selari dengan

tema pertandingan.

ii. Idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan idea

plagiat.

iii. Bahasa yang digunakan dalam kertas projek dan sesi

pembentangan ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

iv. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan

sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta

pertandingan.

v. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam

penghasilan projek adalah sangat digalakkan.

vi. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima selagi

aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil

kreativiti.

vii. Idea reka bentuk projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersial,

dipamer atau dimajukan kepada mana-mana sektor pembuatan.

viii. Penggunaan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan selagi

sah di sisi Undang-Undang Siber Malaysia.

ix. Penggunaan perisian komputer adalah tanggungjawab peserta

dan sebarang kesan negatif adalah tanggungan pasukan yang

mengambil bahagian.

x. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 4

9.0 PENGECUALIAN / LARANGAN

9.1 Berikut adalah penyertaan yang tidak diterima:

i. Reka cipta, inovasi atau reka bentuk yang telah dibangunkan oleh

pihak lain.

ii. Reka cipta yang sukar untuk diterangkan seperti prinsip sains dan

teori abstrak.

10.0 PANDUAN PESERTA PERTANDINGAN

10.1 Bahan-bahan beracun, letupan, radioaktif yang dianggap boleh

membahayakan orang ramai perlu diawasi dengan rapi dan dilabelkan

dengan terang.

10.2 Setiap pasukan diminta untuk menyediakan papan pameran masing-

masing untuk poster, carta dan lain-lain untuk digunakan semasa

pameran tersebut.

10.3 Untuk makluman spesifikasi papan pameran yang telah ditetapkan

adalah seperti berikut:

i. Bahan : Papan lapis (ketebalan 12 mm)

ii. Warna : Putih

iii. Bilangan kepingan papan lapis : 3 keping (setiap satu bersaiz

2 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi)

x 0.5 inci (tebal)

i v . Saiz keseluruhan : 6 kaki (lebar) x 4 kaki (tinggi)

x 0.5 inci (tebal)

PAPAN PAMERAN

2”

4”

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 5

10.4 Setiap pasukan dilarang menggunakan dinding dewan untuk tujuan

menampal sebarang maklumat projek. Peserta adalah

bertanggungjawab menyusun dan menanggalkan projek pameran

serta membersihkan ruang pameran masing-masing setelah tamat

pameran.

10.5 Bahan hakis yang digunakan mesti disimpan dengan betul supaya

tidak berlaku kemungkinan kerosakan perabot dan bahaya kepada

pelawat.

10.6 Peserta yang bercadang hendak menggunakan haiwan dalam

pameran ini mesti bertanggungjawab menjaga kebajikannya

sepanjang beberapa hari pameran ini dijalankan.

10.7 Haiwan yang digunakan adalah dihadkan kepada invertebrata atau

haiwan kecil seperti ikan, tikus, hamster, tikus belanda atau arnab.

Sebaik-baiknya elakkan daripada menjalankan eksperimen yang

menyeksa haiwan dan eksperimen yang menggunakan

mikroorganisma yang boleh mendatangkan keracunan makanan.

10.8 Bahan yang digunakan untuk binaan mestilah kuat dan tahan. Semua

bahagian yang bergerak mesti dipasang dengan kukuh. Bahagian yang

digerakkan dengan kuasa elektrik mesti ditutup dengan pelindung.

10.9 Suis picit dan suis tuas mesti dipasang dengan kukuh di atas bahan

yang dipamerkan. Jangan memasangkannya di atas meja, skrin atau

dinding di dewan pameran.

10.10 Semua projek pameran yang memerlukan penggunaan kuasa elektrik

biasa A.C. mesti direka bagi kira-kira 230 A.C.

10.11 Semua radas elektrik mesti dibina mengikut aturan keselamatan elektrik

TNB.

10.12 Semua radas elektrik mestilah dibekalkan dengan kabel 3 teras

yang sesuai, sekurang-kurangnya 2 meter panjang dan dipasang

dengan satu plug 13A piawai yang berfius (bentuk segiempat).

10.13 Tidak menggunakan suis loceng untuk mengawal radas-radas 230V. Suis

tidak bertebat seperti suis pisau TIDAK dibenarkan.

10.14 Semua sambungan dawai elektrik mesti dipateri dengan betul dan

bertebat.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 6

10.15 Semua dawai yang digunakan untuk binaan barang pameran mesti

ditebat sesuai dengan voltan yang digunakan.

10.16 Semua pendawaian, suis dan bahagian-bahagian logam yang

membawa arus elektrik mesti bertutup dengan pelindung untuk

mengelakkan pelawat daripada menyentuhnya dan menerima

renjatan elektrik.

10.17 Peserta yang mahu menggunakan elektrik atau air mesti

menunjukkannya dalam Borang Penyertaan yang perlu dihantar 2

minggu sebelum tarikh pertandingan.

10.18 Peserta yang memerlukan bekalan air mesti membawa bekas mengisi

air sendiri. Air pili yang mengalir tidak dibekalkan.

10.19 Peserta yang memerlukan bekalan gas mesti membawa "labo gas”

sendiri.

11.0 KOD ETIKA PERTANDINGAN

11.1 Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta

mestilah menjaga integriti.

11.2 Peserta hendaklah mengelakkan kesalahan saintifik atau penipuan,

seperti memalsukan data, cetak rompak atau plagiarism atau

menggunakan karya pereka cipta lain.

11.3 Sebuah projek kajian mungkin mengulang sebahagian kajian yang

lebih besar dilakukan oleh para saintis profesional. Peserta hanya boleh

mempamerkan hasil kajian yang diinovasikan sahaja.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 7

12.0 FORMAT KERTAS PROJEK

Format kertas projek PERLU mengandungi perkara-perkara berikut:

PERKARA PENERANGAN

Sektor Teknologi Hijau Nyatakan Sektor Teknologi Hijau yang terlibat dalam

projek

Tajuk Projek

Nyatakan tajuk projek, nama peserta, guru pembimbing

dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan

mudah dibaca.

Abstrak

Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan

persoalan kajian, hipotesis, metodologi, hasil, analisis

dan kesimpulan kajian)

Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah, signifikan

kajian, takrif istilah, skop dan batasan. Perbandingan

kajian lepas (jika ada).

Metodologi / Proses

Kajian

Reka bentuk dan perincian projek, bahan dan alatan,

dan prosedur yang dijalankan.

Proses

Terangkan proses kerja yang digunakan dalam

pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto

serta lakaran bahan projek atau penyelidikan. Proses

kerja boleh direkod dalam buku data.

Hasil Kajian Analisis kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan.

Perbincangan dan

Keputusan

Bahagian paling penting. Keputusan dan perbincangan

perlu dianalisis secara terperinci, membuat

perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan

dapatan kajian berkaitan daripada jurnal.

Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta

ringkasan perlu spesifik.

Rujukan

Senarai bahan rujukan hendaklah disertakan jika

melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian

mengikut format tertentu. (Contoh: tajuk buku, artikel,

jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat

dsb.)

13.0 KERTAS PROJEK DAN MAKLUMAT PAMERAN

13.1 Setiap pasukan diminta menyediakan 2 salinan kertas projek bagi

tujuan penghakiman dan pameran.

13.2 Setiap pasukan diminta menyediakan maklumat berikut (14.0) untuk

tujuan pameran:.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 8

14.0 FORMAT MAKLUMAT PAMERAN

NAMA PROJEK

Abstrak

Sinopsis kepada keseluruhan kajian (sila

nyatakan persoalan kajian, hipotesis,

hasil, analisis dan kesimpulan kajian).

Pengenalan

Latarbelakang projek, pernyataan

masalah, signifikan ujian, takrif istilah,

skop dan batasan. Perbandingan

kajian lepas dengan kajian yang

dilakukan.

Metodologi

Rekabentuk dan perincian projek,

bahan dan alatan, dan prosedur yang

dijalankan pengumpulan data dan

pemerhatian. Sertakan foto serta

lakaran bahan projek atau

penyelidikan. Proses kerja boleh

direkod dalam buku data.

Proses

Terangkan proses kerja yang

digunakan dalam kajian.

Hasil Kajian

Analisis kajian, tafsiran keputusan dan

hasil dapatan.

Perbincangan dan Keputusan

Keputusan dan perbincangan perlu

dianalisis secara terperinci, membuat

perbandingan antara nilai teori dan

praktikal, semakan data di jurnal dan

sebagainya. Bincangkan inovasi atau

pembaharuan jika ada serta ringkasan

perlu spesifik.

Rujukan

Senarai bahan rujukan hendaklah

disertakan jika melibatkan

dokumentasi yang bukan hasil

persendirian mengikut format tertentu.

(Contoh: tajuk buku, artikel, jurnal,

nama pengarang, tahun terbitan,

muka surat.

Gambar / Jadual / Graf

Lencana

Sekolah

Nama Ahli Kumpulan

Nama Sekolah

No Tel Sekolah

Alamat Emel

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 9

15.0 PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

15.1 Peserta akan diberi masa selama 7 minit bagi membentangkan hasil

kajian/inovasi projek dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris. Hakim

akan bersoal jawab dengan pasukan setelah selesai 7 minit

pembentangan (3 minit).

15.2 Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai

dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti,

kegunaan dan aplikasi, potensi komersial/kebolehpasaran,

persembahan dan demonstrasi.

15.3 Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta

mengenai projek reka cipta Teknologi Hijau yang dipertandingkan

termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status

reka cipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan

penyediaan untuk hasil tersebut.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 10

16.0 KRITERIA PENILAIAN PERTANDINGAN

BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA PERATUS

Persembahan

(40%)

Pameran Projek

(20%)

Menggunakan pengetahuan

kejuruteraan, prinsip sains,

matematik dan Teknologi Hijau

Mengaplikasikan pengetahuan

sains, matematik, Teknologi Hijau

yang menjurus kepada

penyelesaian masalah dan

penggunaan teknologi terkini

10

Keaslian / kreativiti / inovasi yang

digunakan

05

Menggunakan komputer atau

teknikal grafik

Penggunaan multimedia / media

cetak, sebagai platform

penyebaran maklumat

05

Penyampaian

Laporan (20%)

Kemahiran penyampaian individu

/ pasukan; kemahiran

berkomunikasi, sebutan yang

lancar / jelas dan penerangan

teratur dan sistematik

10

Kemahiran saintifik dan kreativiti

Melihat kepada objektif yang

disasarkan, pengembangan

potensi dan kemahiran saintifik

dan kemahiran dalam

penyelidikan dan pembangunan

inovasi

03

Kemahiran interaksi dan

menjawab soalan

Berkebolehan berinteraksi dan

kebijaksanaan dalam

menghuraikan jawapan

05

Personaliti keseluruhan

Kesesuaian pakaian, keyakinan

diri dan penampilan yang

beretika

02

Produk

(60%)

Dokumentasi

(20%)

Abstrak/ringkasan projek

Sinopsis keseluruhan kajian

melibatkan persoalan kajian,

hipotesis, metodologi, hasil analisis

dan kesimpulan

02

Pengenalan 03

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 11

Latar belakang projek,

penyataan masalah, signifikan

kajian

Metodologi dan perincian projek 05

Keputusan, hasil dapatan dan

perbincangan

Analisis data, tafsiran keputusan

dan hasil dapatan serta

perbincangan analisis.

05

Kesimpulan dan cadangan kajian

Melakukan ringkasan keputusan

dan perbincangan inovasi dan

pembaharuan.

05

Kesignifikanan

Projek

(15%)

Pemikiran saintifik / maklumat

inovasi menepati tema

Memenuhi matlamat inovasi dan

tema pertandingan.

05

Efisien (kecekapan)

Jimat masa, jimat kos, tingkatkan

produktiviti dan mudah

digunakan.

05

Kesan kepada kualiti alam sekitar

dan masyarakat

Implikasi terhadap alam sekitar,

penggunaan bahan tempatan

kitar semula dan mesra alam

05

Prototaip

(20%)

Keselamatan

Mudah, mesra pengguna, stabil,

kukuh dan selamat digunakan

05

Ciptaan Inovasi 10

Potensi komersial / kos

Memenuhi kehendak pengguna,

kebolehpasaran, novelti dan

dapat meningkatkan

perkembangan Teknologi Hijau di

Malaysia.

05

Rujukan

(5%)

Khidmat nasihat pakar

Buku, jurnal, suratkhabar, internet

05

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 12

17.0 PANDUAN PENGELOLA

17.1 Persediaan Tempat

i. Dewan untuk mempamerkan bilangan projek inovasi (16 projek

peringkat kebangsaan).

ii. 2 Meja lipat/meja kelas berukuran 50cm x 60cm bagi setiap

pasukan.

iii. 2 buah kerusi bagi setiap pasukan.

iv. Sistem Siaraya.

v. Bilik Mesyuarat Hakim.

vi. Sumber tenaga elektrik (plug point) disediakan kepada setiap

pasukan.

17.2 Penyediaan Projek

i. Setiap projek mesti disusun mengikut sektor (tenaga,

pengangkutan,..etc).

ii. Setiap pasukan diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan

bahan pameran (produk, poster, maklumat projek).

iii. Peserta tidak dibenarkan menukar kedudukan yang telah

ditetapkan dengan peserta lain.

iv. Tidak dibenarkan pihak luar membantu penyediaan projek

termasuk guru pembimbing.

17.3 Proses Penghakiman

i. Setiap pasukan yang bertanding perlu menghantar satu salinan

kertas projek kepada urusetia sebelum pertandingan bermula.

ii. Proses penghakiman akan dijalankan secara lawatan ke setiap

projek sebanyak 2 pusingan.

iii. Peserta diminta bersedia di meja projek masing-masing semasa

proses penghakiman berlangsung.

iv. Pengelola hendaklah memastikan hanya peserta sahaja yang

berada di dalam dewan semasa penghakiman berlangsung.

v. Borang-borang penghakiman dan clip file perlu disediakan untuk

keperluan hakim.

vi. Hakim akan bermesyuarat bagi menentukan keputusan di bilik

mesyuarat yang disediakan.

vii. Keputusan pertandingan diserahkan kepada Pengelola

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 13

Pertandingan.

17.4 Pameran Projek

i. Lawatan projek akan dibuka kepada pelawat selepas proses

penghakiman selesai.

ii. Peserta atau wakil perlu berada di meja projek masing-masing.

iii. Sepanjang pameran, keselamatan projek adalah di bawah

tanggungjawab setiap peserta.

iv. Seorang jurucakap boleh dilantik bagi memberi info tentang projek

yang bertanding dari masa ke semasa.

17.5 Keselamatan Projek

i. Sepanjang pertandingan, pihak pengelola diminta mengambil kira

aspek keselamatan projek yang bertanding.

ii. Pintu masuk Dewan hendaklah dikunci apabila tidak digunakan.

iii. Setiap peserta hendaklah memastikan semua projek dikemaskan

dan tidak meninggalkan sebarang bahan atau peralatan projek

sebaik sahaja tamat pertandingan.

18.0 PAMERAN

Setiap peserta akan disediakan ruang pameran yang merangkumi dua meja

lipat dan dua kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi reka cipta /

inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan

keperluan untuk mempamerkan dan memberi demontrasi reka cipta / inovasi

mereka. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap

booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta

sendiri.

19.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG

19.1 Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan

hadiah yang diberi pada hari pertandingan.

19.2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada

pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

20.0 PENAFIAN

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 14

20.1 Jawatankuasa Penganjur dan jawatankuasa pertandingan akan

bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan

model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh pasukan

(jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur dan

jawatankuasa teknikal tidak akan bertanggungjawab ke atas

kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

20.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah

muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau

Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut

bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos

perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan

pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan

20.3 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di

kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran / pertandingan

akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-

undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk

mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta

dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan

berlakunya rampasan hakcipta akibat pendedahan rahsia ini.

Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas

sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana

pasukan dalam penyertaan ini.

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 15

SENARAI KEPERLUAN

PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN

1 Dewan tertutup 1 buah (16 projek)

2 Meja lipat / meja kelas berukuran

50cm x 60cm 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32

3 Kerusi bagi setiap pasukan 2 buah x 1 projek x 16 negeri = 32

4 Sistem Siaraya 1 set

5 Bilik Mesyuarat Hakim 1 buah (10 hingga 15 orang)

6 Clip File 10 buah

7 Borang penghakiman 3 hakim x 16 projek x 2 pusingan

8 Pen penghakiman 10 batang

9 Pembantu Hakim 10 orang

10 Alas Meja 16 keping

11 Streamer Pertandingan 2 keping

12 Plug point 1 unit bagi setiap projek

13 First Aid Kit 1 set

14 Alat Pemadam Api 1

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 16

BORANG PENILAIAN PROJEK

PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

KOD KUMPULAN : ................................................................................................................................................................................

TAJUK PROJEK : .................................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................................

SEKTOR TH : TENAGA / PENGANGKUTAN / BANGUNAN / INDUSTRI /

PERTANIAN DAN PERHUTANAN / PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA / ICT

BAHAGIAN KOMPONEN KRITERIA SKALA PEMARKAHAN CATATAN

PERSEMBAHAN

40%

PAMERAN PROJEK

20%

Mengaplikasikan pengetahuan

Sains, Matematik, Teknologi Hijau

yang menjurus kepada penyelesaian

masalah dan penggunaan Teknologi

terkini

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Keaslian / Kreativiti / Inovasi yang

digunakan 1 2 3 4 5

Menggunakan komputer atau

Teknikal Grafik yang membantu

pembangunan projek serta terdapat

penggunaan Multimedia atau

Media Cetak sebagai platform

penyebaran maklumat

1 2 3 4 5

PENYAMPAIAN

LAPORAN PROJEK

20%

Kemahiran menyampaikan

maklumat berkaitan projek dengan

jelas, teratur dan sistematik.

kemahiran berkomunikasi, sebutan

yang lancar serta jelas

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kemahiran saintifik dalam

penyelidikan serta pembangunan

inovasi

1 2 3

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 17

Kemahiran berinteraksi dan

kebijaksanaan dalam menghuraikan

jawapan

1 2 3 4 5

Kesesuaian pakaian, keyakinan diri

dan penampilan beretika 1 2

PRODUK

60%

DOKUMENTASI

20%

Sinopsis keseluruhan kajian

melibatkan persoalan kajian,

hipotesis, metodologi, hasil analisis

dan kesimpulan

1 2

Latar belakang projek, pernyataan

masalah dan signifikan kajian 1 2 3

Metodologi dan perincian projek 1 2 3 4 5

Analisis data, tafsiran keputusan, hasil

dapatan dan perbincangan analisis 1 2 3 4 5

Kesimpulan projek dan cadangan

kajian inovasi akan datang 1 2 3 4 5

PROJEK

SIGNIFIKAN 15%

Memenuhi matlamat inovasi dan

tema pertandingan 1 2 3 4 5

Menjimatkan masa, kos,

meningkatkan produktiviti dan

mudah digunakan

1 2 3 4 5

Projek menggunakan bahan kitar

semula, mesra alam dan mampu

memberi implikasi terhadap alam

sekitar

1 2 3 4 5

PROTOTAIP

20%

Mudah digunakan, mesra

digunakan, stabil, kukuh dan selamat

digunakan

1 2 3 4 5

Nilai keaslian inovasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 18

Memenuhi kehendak pengguna,

mempunyai potensi komersil dan

mampu meningkatkan

perkembangan Teknologi Hijau

Negara

1 2 3 4 5

RUJUKAN

5%

Mendapat kerjasama dan rujukan

daripada pakar, buku, jurnal,

suratkhabar, internet

1 2 3 4 5

JUMLAH MARKAH /100

Ulasan hakim:

.....................................................................................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan hakim : .................................................... Disahkan oleh,

Nama hakim : ...................................................... .........................................

Tarikh : ...................................................... ( )

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 19

SPESIFIKASI TUGAS DAN PERANAN

PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

PETUGAS PERINCIAN TUGAS

Pegawai Teknikal

1. Menyediakan tempat pertandingan mengikut senarai

semak peralatan oleh pengelola

2. Mengenalpasti hakim dan mendapatkan

biodata/detail hakim

3. Mengiringi hakim ke tempat pertandingan

4. Menyediakan alat tulis dan keperluan hakim

5. menjalankan taklimat kepada hakim, guru

pembimbing, peserta dan pembantu teknikal

6. Membuat pendaftaran peserta

7. Mengumpul Kertas Projek untuk diserahkan kepada

hakim

8. Menjalankan pengundian tempat pameran.

9. Memberikan taklimat akhir sebelum pertandingan

bermula

10. Menetapkan masa penyediaan tempat pameran

11. Memastikan hanya peserta sahaja yang membuat

persediaan

12. Membantu hakim semasa proses penilaian

13. Mengumpul keputusan pertandingan untuk diserahkan

kepada pihak pengelola.

14. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan

guru pembimbing

15. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci

dewan pameran)

16. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai

pertandingan

Hakim

1. Mendapatkan maklumat pertandingan dari Pegawai

Teknikal

2. Menerima borang pemarkahan dan peralatan yang

diperlukan

3. Meneliti kertas projek yang diterima

4. Menjalankan 2 kali penilaian kepada setiap pasukan

i. Penilaian Individu

ii. Penilaian Berpasukan

5. Peserta diberi masa 7 minit untuk membuat

persembahan projek

6. Hakim diberi masa 3 minit untuk bersoaljawab dengan

peserta

7. Melengkapkan borang pemarkahan

8. Mengadakan mesyuarat bersama Pegawai Teknikal

untuk menetapkan pemenang mengikut kategori

9. Wakil hakim membuat rumusan pertandingan

10. Mengisi borang soal selidik untuk penambahbaikan

program

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 20

Pembantu Teknikal

1. Membantu Pegawai Teknikal untuk menyediakan

tempat pertandingan mengikut senarai semak

peralatan oleh pengelola

2. Mengedarkan alat tulis dan keperluan hakim

3. Membantu proses pendaftaran peserta

4. Menyerahkan Kertas Projek kepada hakim

5. Menetapkan ruang pameran untuk setiap peserta

6. Memastikan hanya peserta sahaja yang berada di

tempat pertandingan sepanjang masa persediaan

dan pertandingan

7. Memberi bantuan kepada peserta jika diperlukan

8. Membantu hakim jika diperlukan

9. Mengawal pergerakan peserta semasa pertandingan

10. Mengedarkan borang soal selidik kepada peserta dan

guru pembimbing

11. Memastikan keselamatan tempat pameran (mengunci

dewan pameran)

12. Memastikan kebersihan dewan setelah selesai

pertandingan

13. Memastikan peserta bersedia di kawasan projek

masing-masing sepanjang lawatan daripada luar

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 21

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

“Innovating Technologies Towards Sustainable Tomorrow”

NEGERI:

BUTIRAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH ALAMAT NO TEL / FAKS E-MAIL

GURU PEMBIMBING

NAMA JANTINA BANGSA MYKAD NO TEL SAIZ

T-SHIRT

PESERTA

BIL NAMA JANTINA BANGSA

MYKAD SAIZ

T-SHIRT M C I L

BILANGAN VEGETARIAN

GURU MURID

KATEGORI

SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU NAMA PRODUK

TENAGA/PENGANGKUTAN/

BANGUNAN/INDUSTRI/

PERTANIAN &

PERHUTANAN/PENGURUSAN

SISA DAN AR SISA/ICT

KEPERLUAN UNTUK PAMERAN

JIKA PROJEK PERNAH MENYERTAI SEBARANG PERTANDINGAN LAIN, SILA NYATAKAN

PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKUKAN

Pengesahan:

Cop Rasmi :

...........................................................

( ) Tarikh :

Untuk Kegunaan Urusetia Penganjur

TARIKH TERIMA PENERIMA TANDATANGAN

REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU | 22

BORANG MAKLUM BALAS PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

NAMA PERTANDINGAN :

NEGERI PASUKAN :

NAMA PEGAWAI/GURU :

NO. TELEFON :

KELEMAHAN / ISU :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

_____________________________

NAMA :

NO. TEL :