garis panduan pemberian baucar buku …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/g.p kpd pelajar dan...

11
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT

Upload: dinhmien

Post on 06-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT

Page 2: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia 2015 Kepada Pelajar Dan IPT 2

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2015

1. PENDAHULUAN

Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2015 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M). Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijangka menerima manfaat daripada program ini.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M 2015 adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M 2015 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2015;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2014 .

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;

e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan

f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

Page 3: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 3

4. TEMPOH PELAKSANAAN BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015 .

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian BB1M tahun 2015;

b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi tujuan cetakan BB1M 2015;

c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan dengan BR1M tahun 2015; dan

d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Agensi Penyelaras

a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan, KPM;

i. Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak selewat-lewatnya pada 10 Januari 2015 . Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah ditetapkan oleh KPM.

ii. Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam data IPT asal pelajar tersebut.

b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai pelaksanaan pemberian BB1M 2015;

Page 4: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 4

c) Menyelaras pengagihan BB1M 2015 untuk semua sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masi ng (Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M 2015 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 seperti di Lampiran 1 ;

e) Mengecop BB1M 2015 dengan cop rasmi IPT pada ruang yang telah ditetapkan;

f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2015 sebaik sahaja menerima BB1M 2015 tersebut;

g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 dan buku keratan BB1M 2015 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan; dan

h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:

Jadual 1

PERINGKAT PENGAJIAN/ INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI

AGENSI PENYELARAS

Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM)

Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Institut Pendidikan Guru (IPG)

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Kolej Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional (BPTV)

Politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/

Hospital Pengajar

Pejabat Bendahari/ Pejabat Kewangan IPTA

Page 5: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 5

i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 di bawah tanggungjawab masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M 2015 di Bahagian Kewangan KPM sebelum 1 Ogos 2015 ; dan

j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2015

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2015 adalah seperti berikut :

7.1 BB1M 2015 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras;

7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2015 yang diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2015 sekiranya berlaku ketidakcukupan BB1M 2015 yang diterima daripada pihak PNMB;

7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2015 kepada pelajar selepas mendapat arahan daripada pihak KPM ;

7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dengan jelas pada BB1M 2015 semasa menuntut BB1M 2015 di IPT;

7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2015 telah dicop dengan cop rasmi IPT berkenaan;

7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2015 di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2015 dan kad pengenalan;

7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2015 ber nilai RM250 untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal d an majalah ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan y ang memberi manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelaj ar sahaja ;

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Bahagian Governans IPTS (JPT)

Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian lain/Kerajaan Negeri

Pejabat Kewangan Agensi

Kolej Komuniti Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Page 6: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 6

7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPM;

7.9 BB1M 2015 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga ;

7.10 Tempoh sah laku BB1M 2015 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30 Jun 2015 ; dan

7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tetakluk kepada syarat asas di para 7.7.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TIN GGI

8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar mengenai status pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan pertindihan agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M 2015, hendaklah menuntut BB1M 2015 di IPT asal pelajar tersebut.

9. KEROSAKAN

9.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) IPT perlu memastikan BB1M 2015 yang diterima berstatus baik;

b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2015, pihak

bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia BB1M 2015 dan mengemukakan BB1M 2015 tersebut dalam kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2015 oleh pihak PNMB; dan

c) Kerosakan BB1M 2015 adalah seperti;

I. Nombor siri bertindih;

II. Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan

III. Lain-lain kerosakan kepada BB1M 2015 yang memerlukan pencetakan semula.

Page 7: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 7

9.2 PELAJAR

a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2015 yang diterima daripada IPT masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan

b) IPT dan KPM berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian BB1M 2015 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan kecuaian pelajar sendiri.

10. KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2015

10.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2015:

i. IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui;

ii. Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia BB1M 2015 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari dari masa kehilangan telah diketahui; dan

iii. BB1M 2015 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

10.2 PELAJAR

a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2015 selepas pengagihan adalah di bawah tanggungjawab pelajar.

11. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2015

11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2015, IPT hendaklah mengembalikannya kepada Urus Setia BB1M 2015 melalui IPT masing-masing sebelum 30 Mei 2015.

Page 8: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 8

12. PENYALAHGUNAAN BB1M 2015

12.1 BB1M 2015 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

12.2 Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2015 berjumlah RM250. Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2015 yang diperuntukan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih daripada RM250 BB1M 2015 perlu memulangkan lebihan tersebut kepada IPT

12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan; dan

12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M 2015 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pa da masa hadapan .

13. Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

14. Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan baru dikeluarkan pada tahun berikutnya.

Page 9: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 9

15. URUS SETIA BB1M 2015 15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2015 hendaklah

dialamatkan kepada:

Urus Setia BB1M 2015 Bahagian Kewangan, Sektor Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 12, No. 2 Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62200 Putrajaya.

15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke [email protected] atau menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:

a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri/Kolej Komuniti)

i. En. Mohd Redzuan bin Masnan

No. Telefon : 03-88705334

ii. Cik Nor Shafidatul Adila binti Abd Aziz No. Telefon : 03-88705339

iii. En Wan Hazaman bin Wan Hassin No. Telefon : 03-88704363

iv. Cik Norhidayah binti Rizuem No. Telefon : 03-88704361

b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut

Pendidikan Guru)

i. Encik Mohd Yusof bin Rosli

No. Telefon : 03-88847616

ii. Puan Hasnah binti Ismail No. Telefon : 03-88847081

iii. Norzilah binti Kadir No. Telefon : 03-88847081

Page 10: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

LAMPIRAN 1

SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MAL AYSIA (BB1M) 2015 (Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pengajian Tinggi masing-masing)

NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ................ ...................................................... KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ……………............ ........................................... ALAMAT : .......................................... ................................................................................................................................................. NO. TELEFON : ………………...….. JUM LAH BB1M 2015 DITERIMA : ......................... ................ NO FAKS : ............................. JUMLAH BB1M 2015 DIAGIH : ................... ...................... JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ……………………….........

BIL NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN

MENERIMA / MENOLAK BB1M 2015

TARIKH TERIMA

NO SIRI BB1M 2015 TANDATANGAN

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh : Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Jawatan : Jawatan : Tarikh : Tarikh :

Page 11: GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU …aimsweb.utm.my/pengumuman/201520161/G.P KPD PELAJAR DAN IP… · perbelanjaan pembelian buku pengajian. ... BB1M 2015 mengikut prosedur dan

LAMPIRAN 2

RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (BB1M) 2015

(Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pengajian Ti nggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/ AGENSI PENYELARAS

:

ALAMAT

:

NO TELEFON :

NO FAKSIMILI :

BIL INSTITUSI PENGAJIAN/ AGENSI PENYELARAS

BB1M 2015 DITERIMA

BB1M 2015 DIAGIH

LEBIHAN / KURANGAN

(NO SIRI)

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan Ol eh : Disahkan Oleh : Tandatangan Tandatangan Nama Nama Jawatan Jawatan Tarikh Tarikh