garis panduan pembangunan modul
TRANSCRIPT
1
UNIT 1
PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL
1.1 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE)
Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE)
merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum,
penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para
pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap
tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit
program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan
fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di
Universiti.
OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi
oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran
lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu
para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan
untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh
mereka sendiri semasa pengajian di Universiti.
Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran
pelajar dengan:
a. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk
memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang
jangkaan hasil yang perlu mereka capai.
b. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk
membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan.
c. Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang
telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.
2
Secara keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4)
elemen yang utama dalam pelaksanaan sepanjang program akademik
iaitu (i) Perancangan (planning), (ii) Pelaksanaan (implementation), (iii)
Pemantauan (monitoring), dan (iv) Penilaian (assessment) sepertimana
digambarkan dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Pelaksanaan OBE secara menyeluruh
Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan
perancangan dan kejayaan yang dicapai. Perancangan yang dirancang
haruslah menjurus kepada objektif dan hasil pembelajaran program yang
telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai samada tercapai atau tidak
bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah ditetapkan.
Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti
pencapaian setiap pelajar. Daripada penilaian ini, jika pencapaian berada
di bawah sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti
Berterusan (Continuous Quality Improvement – CQI) perlu dijalankan
dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang
secara berterusan. Pelaksanaan ini juga menggunakan konsep PDCA
(Plan, Do, Check dan Action) iaitu Rancang, Laksana, Periksa dan
Tindakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
3
Rajah 1.2: Proses Perancangan Pelaksanaan OBE
1.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap
program akademik perlu mempunyai Objektif Pendidikan Program
(Programme Educational Objectives) atau PEO. PEO perlu dibuat
penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak
berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak
mereka. PEO yang disemak semula juga perlu dihubungkaitkan dengan
visi dan misi UTHM umumnya dan Fakulti/Pusat khasnya. Setiap program
disemak semula perlu mempunyai beberapa pernyataan PEO.
Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan
Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7) domain
Kemahiran Insaniah (KI).
Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak bergantung kepada
KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah
pelajar bergraduat.
4
1.3 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)
Setelah PEO disediakan, hasil pembelajaran program (Programme
Learning Outcomes) atau PLO perlu disemak semula dengan
menghubungkaitkannya dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara
jelas dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu
dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai
sembilan (9) pernyataan PLO yang setiap satunya melibatkan domain
berikut:
a. Pengetahuan
b. Kemahiran Praktikal
c. Kemahiran Insaniah I: Kemahiran berkomunikasi (communication skill)
d. Kemahiran Insaniah II: Pemikiran kritis (critical thinking) dan
Penyelesaian Masalah (problem solving)
e. Kemahiran Insaniah III: Kemahiran kerja berpasukan (team working
skill)
f. Kemahiran Insaniah IV: Pembelajaran sepanjang hayat (life-long
learning) dan Pengurusan maklumat (information management)
g. Kemahiran Insaniah V: Kemahiran keusahawanan (entrepreneurship
skill)
h. Kemahiran Insaniah VI: Moral dan etika profesional (moral and
professional ethics) dan tanggungjawab sosial (social accountability)
i. Kemahiran Insaniah VII: Kemahiran kepimpinan (leadership skill).
Penyelarasan domain PLO antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Badan Profesional perlu dilakukan
semasa pembangunan PLO.
Analisa pencapaian PLO samada tercapai atau tidak bergantung kepada
KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat.
5
1.4 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
Setelah PLO disediakan, hasil pembelajaran kursus (Course Learning
Outcomes) atau CLO bagi setiap kursus perlu disemak semula dengan
menghubungkaitkannya dengan PLO. Pernyataan CLO perlu jelas dari
aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang perlu dicapai oleh para pelajar
diakhir kursus. Secara umumnya, setiap kursus dalam mana-mana
program akademik mesti mempunyai tiga (3) hingga lima (5) pernyataan
CLO dan tiga (3) hingga empat (4) PLO. Walaubagaimanapun, adalah
digalakkan supaya mempunyai tiga (3) pernyataan CLO dan PLO sahaja.
Setiap pernyataan CLO mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan
jelas serta mengandungi elemen-elemen SMARTO iaitu:
a. spesifik (specific),
b. boleh di ukur (measurable),
c. boleh dicapai (achievable),
d. realistik (realistic),
e. mempunyai tempoh masa (time frame), dan
f. boleh ditinjau atau dipantau (observable).
Secara umumnya, pembinaan pernyataan CLO bagi setiap kursus perlu
mengambilkira perkara-perkara berikut:
a. CLO perlu dipastikan mengikut kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti/Pusat dan Pengkhususan;
b. CLO mempunyai unsur Kata kerja (Verb), Syarat (Condition) dan
Piawai (Standard) (V, C & S);
c. CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan
topik-topik yang terkandung dalam kursus yang diajar. CLO ini juga
perlu berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap
pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor
6
pula lebih berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery
method) yang digunakan.
1.5 KEMAHIRAN INSANIAH (KI) KI merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi,
berfikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan,
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, moral dan etika
profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan dan kepimpinan.
Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh para graduan untuk memenuhi
tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam dan
luar negara. Graduan yang memiliki KI tersebut akan lebih
berketerampilan dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan
seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat menyumbang
kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara.
Kesemua elemen KI boleh dimurnikan dan diperincikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu Kemahiran lnsaniah Mesti - KIM (must have) dan
Kemahiran lnsaniah Tambahan - KIT (good to have). KIM adalah
kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Jika kemahiran
ini tidak dimiliki, pelajar dianggap tidak kompeten dalam aspek berkaitan.
KIT dianggap sebagai nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini
dimiliki oleh pelajar di samping KIM, kompetensi pelajar dalam aspek
berkaitan dianggap cemerlang. Walaupun perhatian perlu diberi kepada
usaha membekalkan modal insan dengan KIM, penerapan KIT perlu
digalakkan. Semua elemen KI yang dicadangkan mesti dikuasai oleh
setiap pelajar dan perlu dinilai secara komprehensif dan berkesan.
Maklumat lanjut boleh merujuk kepada Modul Pembangunan
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006).
7
Keseluruhan KI ini mesti disepadukan dalam pengajaran dan
pembelajaran di IPTA. KI ini tidak harus lagi dianggap kurikulum
tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan ditaksir mengikut
sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Bagi
memudahkan penaksiran, penggunaan rubrik penilaian KI perlu
disediakan.
1.6 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI)
Proses CQI merupakan satu keadaan yang perlu diwujudkan dalam setiap
program akademik yang ditawarkan. CQI boleh dilaksana dan dibuktikan
dengan memberikan satu laporan yang lengkap dengan data yang sah
hasil daripada analisa pencapaian yang dilakukan.
Dalam melaksanakan OBE, penambahbaikan atau semakan semula
program akademik yang sedang dijalankan akan melibatkan semua
elemen yang meliputi PEO, PLO, dan CLO. Ia berdasarkan kepada
analisis pencapaian yang dinilai dan dianalisa menurut KPI yang telah
ditetapkan untuk setiap elemen yang dinyatakan serta input daripada
pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) seperti digambarkan dalam
Rajah 1.3.
8
Rajah 1.3: Model CQI bagi penambahbaikan program/kursus
Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu
ditekankan oleh semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam
usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan kualiti dan mutu
program yang ditawarkan. Aspek yang dimaksudkan adalah:
a. Cara pelaksanaan OBE itu sendiri;
b. Kaedah pengukuran, keputusan dan penilaian;
c. Pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan CQI selepas keputusan
penilaian dianalisa;
d. Pencapaian analisa berbanding objektif atau sasaran;
e. Menilai keputusan yang dicapai (meningkat atau menurun).
f. Sistem pengrekodan
9
1.7 TAKSONOMI PEMBELAJARAN
Taksonomi pembelajaran terbahagi kepada kepada tiga domain iaitu
Kognitif, Psikomotor dan Afektif.
a. Domain Kognitif Domain kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan
keterampilan intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan
tentang fakta-fakta, konsep-konsep yang menjadi dasar untuk
mengembangkan kemampuan dan keterampilan intelektual. Aras kognitif
melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan
Penilaian.
b. Domain Afektif Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values),
apresiasi (appreciation), antusiasme (enthusiasms), motivasi
(motivations), dan sikap (attitude). Aras afektif melibatkan menerima,
memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi dan menghayati nilai.
c. Domain Psikomotor Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement),
koordinasi (coordination), dan kemahiran motorik (motor skils).
Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan pengukurannya
mencakupi kecepatan, ketepatan, prosedur atau teknik. Aras psikomotor
melibatkan persepsi, set, respons berpandu, mekanisma, respons ketara
kompleks, adaptasi dan lakuan tulen.
10
1.8 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR (SCL)
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses
interaksi yang berterusan di antara pelajar dan pensyarah. Proses
interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan pensyarah. Bagi
pembelajaran berpusatkan pensyarah, pensyarah bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan
pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.
Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalah
‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
hala tuju proses pembelajaran. Dalam era pendidikan semasa,
pembelajaran berpusatkan pelajar menjadi keutamaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah paedah berpusatkan
pelajar ialah:
a. Tutorial
b. Amali
c. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
d. PoPBL
e. Kajian Kes
f. Pembelajaran Kooperatif
g. Modular
1.8.1 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar
Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan
untuk;
a. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat
pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
b. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan
dan kelas.
11
c. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui
rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
d. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber
dan aktiviti pembelajaran.
e. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke
atas apa yang mereka pelajari.
f. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan
pelajar.
g. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
12
UNIT 2
MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P)
2.1 PENGENALAN
Bahan pembelajaran memainkan peranan yang begitu penting dalam
memastikan mutu pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) pula memerlukan pensyarah
menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dalam aktiviti P&P;
perjumpaan bersemuka, tidak bersemuka atau kombinasi kedua-duanya.
Penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran adalah satu kaedah
yang dapat membantu para pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang telah digariskan dalam sesuatu kursus.
Unit ini akan menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan
modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang akan dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P
membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta
keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI).
2.2 PEMBANGUNAN MODUL P&P Modul P&P adalah bahan rujukan pembelajaran yang digunakan bagi
sesuatu kursus dan dibangunkan berdasarkan silabus yang telah
ditetapkan di peringkat jabatan dan fakulti. Bagi kebanyakan kursus,
modul yang dibangunkan menjadi sumber rujukan utama dalam aktiviti
P&P dan ianya digunakan secara kaedah bersemuka di bilik kelas.
Terdapat juga modul yang bersifat pembelajaran kendiri di mana dengan
13
mengikuti modul tersebut, pelajar mampu menguasai pengetahuan dan
kemahiran tertentu tanpa atau dengan bantuan minima pensyarah.
Biasanya, modul ini digunakan dalam mod pembelajaran jarak jauh (PJJ).
Perkara yang perlu diberi penekanan semasa membangunkan modul
P&P adalah berkaitan dengan proses penjajaran
a. hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
b. isi kandungan yang disampaikan dan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang akan diikuti oleh pelajar dan pensyarah, serta
c. kaedah penilaian yang mengukur sejauh mana hasil pembelajaran
yang ingin dicapai telah dipenuhi.
Rajah 2.1 dan Jadual 2.1 di bawah menjelaskan bagaimana proses
penjajaran ini dilakukan.
Rajah 2.1: Proses Penjajaran
Jadual 2.1: Contoh Penjajaran Hasil Pembelajaran, Aktiviti P&P dan Kaedah Penilaian
HASIL PEMBELAJARAN
AKTIVITI P&P KAEDAH PENILAIAN
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
Aras Taksonomi
Kognitif: Aras 4
Psikomotor: Aras 4
Afektif: Aras 3
HASIL PEMBELAJARAN
Kaedah Penilaian
(Direka untuk menilai hasil pembelajaran)
Aktiviti pembelajaran dan pengajaran
(Direka bagi mencapai hasil pembelajaran)
14
Bagi memastikan modul yang dibangunkan terjamin kualitinya, penulis
perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
a. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran bagi keseluruhan modul mestilah dinyatakan
secara ekspilisit di awal modul. Hasil pembelajaran ini adalah
berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah tetapkan di dalam
silabus kursus. Hasil pembelajaran bagi setiap topik juga perlu
dinyatakan dan hendaklah menyokong kepada pencapaian hasil
pembelajaran keseluruhan modul. Dalam membina hasil pembelajaran
yang memenuhi ciri pembelajaran berpusatkan pelajar dan konsep
OBE, taksonomi yang merangkumi kognitif, psikomotor dan afektif
perlu difahami dan dihayati oleh penulis.
b. Isi Kandungan Isi kandungan yang disampaikan mestilah merangkumi perkara-
perkara yang telah ditetapkan di dalam silabus kursus. Bahan-bahan
pembelajaran yang dimuatkan mestilah mengambil kira keperluan
pelajar mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Untuk itu,
penulis modul perlu memastikan maklumat seperti teori, contoh,
pengiraan dan formula yang dikemukakan adalah tepat dari segi
faktanya dan disusun secara sistematis. Lampiran serta bahan bacaan
tambahan yang berkaitan bagi meningkatkan penguasaan pelajar
dalam sesuatu topik juga boleh dimuatkan ke dalam modul. Penulis
juga mungkin boleh mengepilkan bahan-bahan mulimedia dari
pelbagai sumber sebagai rujukan dan panduan pelajar.
c. Aktiviti Aktiviti atau latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran dan
penguasaan pembelajaran pelajar perlu dirancang bersesuaian
dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini
boleh dilakukan oleh pelajar sama ada secara individu atau koloborasi
berkumpulan. Refleksi, tugasan berbentuk projek dan perbincangan
15
kumpulan adalah antara aktiviti yang boleh dipertimbangkan dalam
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan
secara aktif dan dua hala.
d. Kaedah Penilaian Penilaian kursus perlu dinyatakan dengan jelas supaya pelajar
mengetahui bagaimana mereka akan dinilai. Kaedah penilaian dan
pemberatan penilaian perlu dinyatakan di dalam modul. Skema dan
rubrik permarkahan juga boleh dimuatkan ke dalam modul agar proses
penilaian dapat berjalan dengan adil. Penilaian perlu merangkumi
domain kognitif, psikomotor dan afektif bagi setiap kursus.
e. Laras Bahasa Bahasa yang digunakan, sama ada dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris (ataupun lain-lain bahasa) mestilah mudah difahami
dan diikuti. Namun begitu, ketepatan tatabahasa juga perlu diambil
kira dalam membangunkan sesebuah modul P&P. Bagi mewujudkan
suasana komunikasi dua hala, gantinama ’anda’ adalah lebih baik
berbanding dengan perkataan ’pelajar’.
f. Ilustrasi, Jadual, Rajah, Carta Ilustrasi, jadual, rajah, carta serta bahan-bahan grafik yang dimuatkan
mestilah relevan dan mampu meningkatkan penguasaan pelajar.
Kualiti bahan-bahan ini, apabila dicetak, hendaklah jelas dapat dilihat
dan/atau dibaca oleh pelajar.
g. Sumber Rujukan Penulis mestilah menyatakan semua sumber rujukan yang digunakan
dalam menghasilkan modul tersebut. Kegagalan untuk mematuhi
peraturan ini akan menyebabkan akauntabiliti dan kredibiliti penulis
terjejas.
16
h. Susun Atur dan Persembahan Modul Susun atur keseluruhan meningkatkan lagi surface validity dan
kredibiliti modul yang dibangunkan. Kepatuhan format yang konsisten
mampu meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti modul P&P ini.
2.3 KELEBIHAN PENGGUNAAN MODUL P&P Bagi pelajar, penggunaan modul membantu mereka dalam perkara-
perkara berikut:
a. Mengukuhkan penguasaan dan kemahiran mereka berkenaan
kandungan kursus yang dipersembahkan melalui modul P&P.
b. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara
individu atau berkumpulan.
c. Mengetahui bagaimana proses penilaian dan pengukuran dijalankan.
Bagi pensyarah pula, penggunaan modul P&P mampu membantu mereka
untuk:
a. Menjalankan aktiviti P&P secara terancang dan sistematis.
b. Menyelaraskan isi kandungan yang disampaikan terutamanya bagi
kursus yang melibatkan ramai pelajar dan pensyarah.
2.4 PENAMBAHBAIKAN MODUL Bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat yang disampaikan, modul
P&P perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Unit 3 akan
menjelaskan dengan terperinci prosedur semakan modul P&P yang
diamalkan di UTHM. Sesuatu modul perlu ditambahbaik apabila perkara-
perkara berikut berlaku:
a. Terdapat perubahan silabus atau struktur kursus yang ditawarkan.
17
b. Terdapat perubahan fakta disebabkan oleh perkembangan ilmu atau
dapatan baru dalam sesuatu bidang yang perlu disampaikan kepada
pelajar.
c. Terdapat kesilapan dari segi maklumat, fakta, pengiraan, formula,
contoh, ilustrasi, gambar dan sebagainya.
Bagi memastikan sesuatu modul yang dibangunkan dan diguna pakai
oleh pelajar sebagai sumber pembelajaran sentiasa relevan dan menepati
keperluan kursus, borang maklumbalas modul perlulah disediakan di akhir
bahagian modul. Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh para pelajar
apabila mereka telah selesai mengikuti modul tersebut. Unit 4 akan
menerangkan bentuk dan contoh maklumbalas modul yang dinyatakan di
sini.
Satu lagi kaedah yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan
ulasan atau penilaian keserakanan (peer review). Melalui kaedah
penilaian pelajar serta penilaian keserakanan, penulis bukan sahaja
mengenalpasti kesilapan dan kelemahan yang ada pada modul tersebut,
malah ianya juga mampu menjamin tahap mutu modul serta memastikan
isi kandungan modul adalah relevan dan sesuai dengan keperluan
kursus.
2.5 PENUTUP Unit ini telah menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan
modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE).
Antara yang telah dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P
membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta
keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI). Unit 3 dan Unit 4
akan menjelaskan secara terperinci kaedah dan garis panduan
pembangunan modul P&P yang diamalkan di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
18
UNIT 3
PROSES PEMBANGUNAN MODUL P&P
3.1 PENGENALAN
Modul yang lengkap dan bermutu adalah penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai Hasil
Pembelajaran Kursus (CLO) yang telah ditetapkan. Bagi tujuan
tersebut Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) UTHM ini dibangunkan untuk
menghasilkan modul yang memenuhi piawaian kualiti akademik
Universiti. Selain itu, garis panduan ini juga merupakan salah satu
mekanisma pemantauan yang dapat dilaksanakan dan dalam
masa yang sama memberikan gambaran yang jelas berkaitan
proses kerja yang perlu dipatuhi oleh penulis dalam menghasilkan
sesebuah modul.
3.2 CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBANGUNAN MODUL
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
Rajah 3.1 di bawah menunjukkan carta alir proses kerja pembangunan
modul pembelajaran dan pengajaran serta tindakan yang perlu diambil
oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan modul P&P.
19
Rajah 3.1: Carta Alir Proses Kerja Pembangunan Modul P&P
20
3.2.1 TANGGUNGJAWAB
a. Tanggungjawab Penulis
i. Menyediakan manuskrip yang selaras dengan kandungan
silabus dan mengikut Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) UTHM yang
telah ditetapkan.
ii. Membuat penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang
komen/cadangan dari JK Penerbitan Fakulti / Panel Penilai
/ CAD.
iii. Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang
terkandung dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul
Universiti. (Lampiran 3.1)
b. Tanggungjawab Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Fakulti/Pusat
i. Mengenalpasti pakar bidang untuk menilai dan menyemak isi
kandungan manuskrip mengikut piawaian semasa silibus dan
kurikulum yang digariskan oleh universiti.
ii. Memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan oleh pakar
penilai:
a. Ketepatan fakta, istilah dan konsep.
b. Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian
gambar foto, rajah, peta yang membantu kefahaman
topik.
c. Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.
iii. Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan
setelah perkara (a) dan (b) dipenuhi.
21
c. Tanggungjawab Timbalan Dekan (Antarabangsa & Akademik)
i. Mengesahkan manuskrip untuk tujuan penerbitan setelah
diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan Peringkat
Fakulti/Pusat.
ii. Memperakukan tuntutan bayaran Penilai Modul. (Lampiran 3.2)
d. Tanggungjawab CAD
i. Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan
dalam Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) UTHM. ii. Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan diterbitkan
adalah mengikut format penulisan yang telah digariskan oleh
universiti.
e. Tanggungjawab Pejabat Penerbit
i. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh
CAD dalam tempoh masa yang terdekat.
ii. Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod
kepada pihak terlibat (CAD, Fakulti, Perpustakaan).
3.3 CARTA ALIR PROSES KERJA PENAMBAHBAIKAN MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
Rajah 3.2(a) dan 3.2(b) di bawah menunjukkan carta alir proses kerja
penambahbaikan modul pembelajaran dan pengajaran serta tindakan
yang perlu diambil oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan modul
P&P.
22
Rajah 3.2(a): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P
23
Rajah 3.2(b): Carta Alir Proses Kerja Penambahbaikan Modul P&P
24
3.3.1 TANGGUNGJAWAB
a. Tanggungjawab Responden (pengguna modul P&P)
i. Menghantar cadangan penambahbaikan dari segi isi
kandungan modul P&P melalui borang maklum balas yang
disertakan dalam setiap terbitan modul
b. Tanggungjawab Penulis
i. Menganalisa cadangan pindaan responden
ii. Membuat pindaan sekiranya perlu, jika tidak penulis boleh
mencetak semula. Sekiranya berlaku pindaan, penulis perlu
mengenalpasti peratusan pindaan.
iii. Jika pindaan melebihi 30%, penulis perlu memohon penerbitan
modul baru, jika sebaliknya, penulis hanya perlu memohon
pindaan penerbitan modul.
iv. Mendapatkan semua kelulusan dan perakuan seperti yang
terkandung dalam Borang Permohonan Penerbitan Modul
Universiti. (Lampiran 3.3)
c. Tanggungjawab Jawatankuasa Penerbitan Peringkat Fakulti/Pusat
i. Memastikan pindaan isi kandungan meliputi perkara-perkara
berikut
a. Ketepatan fakta, istilah dan konsep.
b. Susunan bahan dan bahasa adalah baik dan kesesuaian
gambar foto, rajah, peta yang membantu kefahaman topik.
c. Ketepatan soalan-soalan dan latihan yang diberikan.
ii. Mencadangkan agar manuskrip diluluskan untuk penerbitan
25
d. Tanggungjawab Timbalan Dekan (Antarabangsa & Akademik) i. Mengesahkan pindaan modul untuk tujuan penerbitan setelah
diluluskan oleh Jawatankuasa Penerbitan Peringkat
Fakulti/Pusat.
e. Tanggungjawab CAD i. Memastikan manuskrip mengikut format yang telah digariskan
dalam Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) UTHM. ii. Menyemak dan memperakukan manuskip yang akan
diterbitkan adalah mengikut format penulisan yang telah
digariskan oleh universiti.
f. Tanggungjawab Penerbit
i. Menerbitkan modul yang telah disemak dan diperakukan oleh
CAD dalam tempoh masa yang terdekat.
ii. Mengedarkan modul yang siap dicetak bagi tujuan rekod
kepada pihak terlibat (CAD, Fakulti, Perpustakaan).
31
UNIT 4 FORMAT PENYEDIAAN MODUL P&P
4.1 PENGENALAN
Garis Panduan Pembangunan Modul Pembelajaran dan Pengajaran UTHM
merupakan garis panduan am serta khusus kepada penulis yang ingin
mendokumenkan nota-nota pembelajaran dan pengajaran, latihan serta
aktiviti-aktiviti pembelajaran.
4.2 MATLAMAT
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada penulis menyediakan
bahan pembelajaran dan pengajaran yang lebih kemas dan tersusun.
Penulis perlu mengikut format yang ditetapkan dalam penyediaan modul
pembelajaran dan pengajaran.
4.3 FORMAT UMUM PENULISAN
Penulis perlu menggunakan perisian Microsoft Words dengan font jenis
ARIAL 12 dan jarak baris 1.5 dalam menyediakan modul untuk diserahkan
kepada Penerbit UTHM. Sila rujuk Lampiran 4.1 – 4.9.
Format penulisan dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :-
a. Atas: 25 mm
b. Bawah: 25 mm
c. Kiri: 40 mm
d. Kanan: 25 mm
32
Modul akan dicetak secara depan belakang (double sided).
Penulis adalah diminta memastikan agar muka surat pertama bahagian-
bahagian berikut dicetak di bahagian rekto (sebelah kanan) modul dan
nombor muka suratnya adalah ganjil:
a. Halaman judul penuh
b. Isi kandungan
c. Permulaan topik
4.4 FORMAT KHUSUS PENULISAN
Penulis hendaklah mengikut format khusus seperti yang tersedia di
Lampiran 4.1 – 4.10.
a. Kulit Hadapan, Lampiran 4.1 dan Lampiran 4.2.
b. Muka Tajuk, Lampiran 4.3.
i. Kod Kursus
ii. Nama Kursus
iii. Nama Penulis
iv. Nama Jabatan dan Fakulti
c. Helaian Hakcipta, Lampiran 4.4.
d. Kandungan, Lampiran 4.5.
33
e. Bahagian Awalan, Lampiran 4.6.
i. Pengenalan – Maklumat umum pembelajaran dan
pengajaran yang mana terkandung kod dan nama
kursus, nama fakulti dan universiti.
ii. Matlamat – Tujuan modul diterbitkan.
iii. Hasil Pembelajaran – Hasil pembelajaran yang perlu
dicapai berdasarkan Hasil Pembelajaran Program (PLO)
dan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang mana terdiri
daripada 3 domain iaitu Kognitif (Pengetahuan),
Psikomotor (Kemahiran Praktikal) dan Afektif
(Kemahiran Insaniah).
iv. Sinopsis – Ringkasan modul berasaskan setiap topik.
v. Penilaian – Refleksi dan aktiviti.
vi. Rujukan – Senarai sumber maklumat perlu ada diakhir
setiap topik.
f. Topik, Lampiran 4.7.
i. Hasil Pembelajaran – Hasil pembelajaran topik
berdasarkan CLO.
ii. Isi Kandungan – Perincian topik secara menyeluruh
dalam bentuk teks berperenggan, ilustrasi, grafik, jadual,
carta alir dan gambarajah yang dapat membantu
pemahaman pelajar. Kualiti rajah, ilustrasi atau gambar
hendaklah terang dan jelas. Label bagi setiap bahan
bukan teks kecuali jadual hendaklah ditulis di bawah
bahan tersebut (rujuk contoh).
iii. Aktiviti – Aktiviti perlu diadakan pada akhir setiap topik
atau sub-topik bahan pembelajaran mengikut
kesesuaian untuk menguji kefahaman pelajar dan perlu
menggambarkan konstruk hasil pembelajaran yang
dirancang. Antara aktiviti yang boleh digunakan adalah
seperti perbincangan dalam kumpulan, menjawab
soalan ringkas dan menyelesaikan masalah.
34
iv. Rujukan – Senarai sumber maklumat diperolehi.
Penulisan rujukan perlu mematuhi format APA atau
Harvard.
g. Lampiran – Bahan-bahan berkaitan dengan pembelajaran dan
pengajaran seperti formula, jadual dan sebagainya.
h. Borang maklum balas modul – perlu diisi oleh pengguna;
pelajar/staf dan diserahkan kepada penulis modul. Lampiran 4.8.
i. Kulit Belakang, Lampiran 4.9.
j. Tulang Modul – perlu ada jika melebihi 100 mukasurat, Lampiran
4.10.
4.5 REKA BENTUK KULIT
Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul perlu mengikut
format yang telah disediakan seperti di Lampiran 4.1, Lampiran 4.2,
Lampiran 4.9 dan Lampiran 4.10.
4.6 SAIZ MODUL
Saiz sesebuah modul apabila siap adalah ditetapkan pada saiz A4 (Pihak
Penerbit tidak dapat menerima permohonan percetakan modul pengajaran
selain dari saiz tersebut atas faktor kos).
35
4.7 PENAMBAHBAIKAN MODUL (CQI) a. Panel Penilai
Modul yang akan diterbitkan perlu melalui proses penilaian oleh
jawatankuasa di peringkat fakulti bagi memastikan;
i. format penulisan yang ditetapkan dipatuhi.
ii. kandungan selaras dengan silibus.
iii. ketetapan aktiviti selaras dengan PLO, CLO dan KI.
iv. tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa.
b. Kekerapan Penilaian Modul
i. Modul perlu dinilai semula dari masa ke semasa mengikut
keperluan bagi tujuan penambahbaikan.
ii. Proses penambahbaikan juga berdasarkan maklumbalas
daripada pengguna; pelajar dan staf.
4.8 MAKLUMAT TAMBAHAN Jika modul ditulis oleh lebih daripada seorang penulis, maka salah seorang
daripada penulis tersebut perlu dilantik sebagai ketua atau penyelaras modul
tersebut. Fungsi ketua/ penyelaras ini adalah seperti berikut:
a. merancang dan menentukan susunan topik.
b. menyunting dan menentukan keselarasan penulisan topik dari
segi tatabahasa, ejaan, tanda baca, nota kaki, rujukan, bibliografi
dan sebagainya.
c. memastikan kandungan manuskrip dikemas kini dan tidak
berlaku pertindihan/ pengulangan kandungan.
d. memastikan izin daripada penulis/ pemilik asal sesebuah nota/
bahan diperolehi sebelum bahan itu diserah untuk diterbitkan.
e. memastikan bahan yang diserahkan ditaip menggunakan format
yang sama.
f. memastikan kualiti rajah, ilustrasi atau gambar adalah terang dan
jelas bagi tujuan bacaan/ rujukan pelajar.
36
Lampiran 4.1
37
Lampiran 4.2
38
Lampiran 4.3
BBE 2062
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN
(FONT ARIAL BOLD 20)
Sarebah binti Warman
(FONT ARIAL ITALIC 14)
JABATAN IKHTISAS PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
(FONT ARIAL BOLD 18)
Jarak 3 baris
Jarak 3 baris
39
Lampiran 4.4
Cetakan Pertama (Modul Pembelajaran), 2011
© Nama Penulis
Hak cipta terpelihara. Tidak Dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan
juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana bahagian
kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Diterbit dan dicetak oleh:
Penerbit UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta’zim.
Tel: 07-453 7454
Faks: 07-453 6145
E-mel: [email protected]
Laman Web: www.uthm.edu.my/pt
(FONT ARIAL 10)
40
Lampiran 4.5
KANDUNGAN
MUKASURAT
PENGENALAN i
MATLAMAT ii
....
Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian 1
1.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. 2
1.2 Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 3
1.3 Prinsip-prinsip penilaian dalam pengajaran. 4
Topik 2 Jenis Penilaian 5
2.1 Penilaian pra kelayakan, formatif, diagnostik dan sumatif. 6
2.2 Konsep, ciri-ciri persamaan dan perbezaan. 7
Jarak 2 baris
Jarak 1 baris
41
....
Topik 11 Perangkaan Asas Dalam Penilaian 8
11.1 Kegunaan min, median dan mod. 9
11.2 Tafsiran taburan. 10
11.3 Tafsiran sisihan lazim. 11
11.4 Gred norma. 12
11.5 Pemarkahan. 13
11.6 Gred dan fungsinya. 14
11.7 Jenis markah dan laporan. 15
42
Lampiran 4.6
PENGENALAN
(FONT ARIAL BOLD 14)
Modul ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran pelajar bagi
kursus BBE 2062 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan yang ditawarkan
di Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
(FONT ARIAL 12)
MATLAMAT
Modul ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami
konsep-konsep pengujian, pengukuran dan penilaian yang dijalankan dalam bilik
darjah, bengkel dan makmal bagi pendidikan teknik dan vokasional.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, pelajar dapat:
1. menjelaskan bentuk, prinsip, kekuatan dan kelemahan jenis-jenis ujiandalam
pendidikan. (PLO2, C4, LLL2)
2. mematuhi prosedur pembinaan soalan dan pentadbiran ujian. (PLO2, P5, TS)
3. memulakan membina soalan dan peraturan pemarkahan dalam alam
pendidikan.(PLO6, CTPS3, A3)
Jarak 2 baris
Jarak 1 baris
Jarak 2 baris
43
SINOPSIS
Modul ini dibahagikan kepada 11 topik:
Topik 1 Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian memperkenalkan konsep dan
kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di institusi pengajian tinggi. Topik ini
juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di
antara penilaian berasaskan norma dan kriteria.
Topik 2 Jenis Penilaian ....
PENILAIAN
Bagi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar, modul ini menyediakan
ruang untuk membuat tugasan dan pembelajaran kendiri di luar waktu pembelajaran
bersemuka.
RUJUKAN
Senarai rujukan akan dilampirkan di akhir setiap topik.
44
Lampiran 4.7
TOPIK 1
PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
(FONT ARIAL BOLD 14)
Hasil pembelajaran (FONT ARIAL BOLD 12)
Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep-konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan
pentaksiran. (PLO2, C4, LLL2)
2. Menerangkan perbezaan konsep-konsep pengujian, pengukuran,
penilaian dan pentaksiran. (PLO2, P5, TS)
3. Menyenaraikan prinsip-prinsip penilaian dalam pengajaran. (PLO6,
CTPS3, A3) (FONT ARIAL 12)
Isi Kandungan
1.1 Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan
supaya pemerhatian tepat dibuang tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur
Jarak 2 baris
Jarak 2 baris
Jarak 1 baris
Jarak 1 baris
45
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapn yang diberi. ....
Rajah 1.1 Hubungan di antara pengujian, pengukuran dan penilaian
Jadual 1.1 Definisi pengujian, pengukuran dan penilaian
Pengujian Pengukuran Penilaian
Proses menentukan perubahan tingkah laku.
Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.
Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.
Penilaian
Pengukuran
Pengujian
46
Aktiviti 1
1. Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian.
2. Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih.
3. Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina.
4. Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksankan dengan berkesan.
Rujukan
1. Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books Perak.
2. Mohd Isha Awang (2005). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian. Sintok: Azizi Publicist.
3. Kubiszyn, T dan Borich (2003). Educational Testing And Measurement: Classroom Application and Practice (7th ed). New York: John Wiley
4. Lorin W. Anderson (2003). Classroom Assessment: Enhancing the Quality of Teacher Decision Making. USA: Prentice Hall.
5. Linn, R and Gronlund, N. E (2000). Measurement and Assessment in Teaching. New Jersey: Prentice Hall.
Nota: Kaedah penulisan senarai rujukan perlu mematuhi format APA atau Harvard
melalui pautan berikut:
1. APA Style: http://library.uws.edu.au/FILES/cite_APA.pdf
2. Harvard Style: http://www.unisa.edu.au/ltu/students/study/referencing/harvard.pdf
47
Lampiran 4.8
BORANG MAKLUM BALAS MODUL
Skala: 1 – Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju 3 – Tidak Pasti 4 – Setuju 5 – Sangat Setuju
Saya berpendapat bahawa...
A Format Modul 1 2 3 4 5
A1 Reka bentuk grafik kulit hadapan, belakang dan tulang modul bersesuaian dan menarik □ □ □ □ □
A2 Saiz modul adalah sesuai dengan keperluan □ □ □ □ □ A3 Font jenis Arial 12 dan jarak baris 1.5 memudahkan bacaan □ □ □ □ □ A4 Ketebalan modul adalah memadai □ □ □ □ □ A5 Kualiti penjilidan modul adalah bermutu □ □ □ □ □ B Kandungan Modul 1 2 3 4 5
B1 Hasil pembelajaran modul adalah jelas □ □ □ □ □
B2 Kandungan modul disusun secara teratur dan membantu saya mencapai hasil pembelajaran □ □ □ □ □
B3 Perincian topik dalam bentuk teks berperenggan, ilustrasi, grafik, jadual, carta alir dan gambarajah membantu pemahaman □ □ □ □ □
C Bahan Pembelajaran 1 2 3 4 5
C1 Bahan pembelajaran adalah bersesuaian dan membantu pembelajaran □ □ □ □ □
C2 Kualiti gambarajah, ilustrasi, carta alir, jadual dan formula adalah terang dan jelas □ □ □ □ □
C3 Senarai bahan rujukan dan bacaan tambahan yang dicadangkan mudah didapati □ □ □ □ □
D Aktiviti & Latihan 1 2 3 4 5 D1 Aktiviti dan latihan adalah bersesuaian □ □ □ □ □
D2 Aktiviti dan latihan yang diberi membantu saya menguasai keperluan kursus □ □ □ □ □
D3 Bimbingan yang bersesuaian diberi dalam menyelesaikan aktiviti dan latihan □ □ □ □ □
D4 Komen dan maklumbalas berkaitan hasil aktiviti dan latihan membantu saya menguasai keperluan kursus □ □ □ □ □
Cadangan terhadap penambahbaikan modul: .................................................................................................................................
48
Lampiran 4.9
(Warna Royal Blue – ton gelap)
Kod Modul
Nama Penerbit
Laman Sesawang
Harga
49
Lampiran 4.10
Kod K
ursus (font = arial, 12) N
ama K
ursus ()font = arial, 12