garis panduan pelaksanaan ekosistem kondusif … · v. semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan...

48
Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018) 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN SAMARAHAN Disediakan oleh : Jawatankuasa Induk EKSA

Upload: others

Post on 08-May-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN

SAMARAHAN

Disediakan oleh : Jawatankuasa Induk EKSA

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

2

KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. TUJUAN 3

2. LATAR BELAKANG 4 – 5

3. PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S SEKTOR AWAM 6

4. 5 PRINSIP EKSA 7 – 9

5. 15 LANGKAH PERLAKSANAAN EKSA 10

6. PRINSIP PELAKSANAAN EKSA 11 – 12

7. PENYATAAN DASAR EKSA, PKB SAMARAHAN 13 - 21

8. TINDAKAN PELAKSANAAN EKSA 22 – 23

9. RUANG PEJABAT 24 – 29

10. RUANG KERJA 30 – 32

11. BAHAGIAN PENGELUARAN 33

12. STOR 34 – 36

13. TEMPAT UMUM 37 – 42

14. KAWASAN PERSEKITARAN 43

15. KESELAMATAN PERSEKITARAN 44 – 46

16. PENUTUP 47

17. RUJUKAN 48

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

3

1. TUJUAN

Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga Pejabat

Kesihatan Bahagian Samarahan mengenai pelaksanaan Ekosistem Kondusif

Sektor Awam (EKSA). Melalui panduan ini, diperjelaskan konsep EKSA,

elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU dan kaedah

pelaksanaan EKSA di Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan. Sebagai

tambahan panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan kebersihan,

kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya

adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.

EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai

satu program yang menggalakkan semua Fasiliti Pejabat Kesihatan Bahagian

Samarahan agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan

persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta

kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui panduan ini diharapkan dapat

memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga

Pejabat kesihatan Bahagian Samarahan dapat bekerja dalam persekitaran

tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

4

2. LATAR BELAKANG

Amalan 5S mula diperkenalkan di sektor awam dan swasta pada tahun

1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh

mewujudkan persekitaran kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat.

Pensijilan 5S dapat menentukan kepatuhan kepada piawaian dan memupuk

usaha yang berterusan.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai

Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam

oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan

persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan

kepada jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini

difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk

meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping

menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan. Komponen utama dalam

pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di

samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan

untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya

menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada

pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu,

iaitu:

• Imej korporat

• Kreativiti dan Inovasi

• Amalan Hijau

• Persekitaran Kondusif

• Kepelbagaian Agensi

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

5

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan (PKB Samarahan)

mensasarkan pensijilan EKSA yang akan diperkembangkan kepada semua

klinik kesihatan di Bahagian Samarahan. Samarahan telah diisytiharkan

sebagai Bahagian Kelapan Sarawak pada tahun 1987. Samarahan terletak

kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching dan boleh dihubungi melalui

jalan darat atau melalui sungai. Bahagian Samarahan yang berkeluasan lebih

kurang 2,927.56 kilometer persegi mempunyai empat daerah, iaitu

Samarahan, Simunjan dan Asajaya serta dua Daerah Kecil, iaitu Sebuyau

dalam Daerah Simunjan dan Sadong Jaya.

Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan kini merangkumi 1 bangunan

pentadbiran Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, 1 Unit Kesihatan

Primer, 2 Pejabat Kesihatan Daerah, 12 buah klinik kesihatan, 3 buah Klinik

Kesihatan Ibu dan Anak dan 3 buah Klinik 1Malaysia.

Terdapat tiga program utama yang disediakan oleh PKB Samarahan

iaitu Pembangunan Kesihatan Keluarga, Perkhidmatan Kesihatan

Persekitaran dan Sokongan. Antara perkhidmatan yang disediakan di bawah

Program Pembangunan Kesihatan Keluarga adalah Kesihatan Ibu dan Anak,

Kesihatan Sekolah dan Primer. Di bawah program Perkhidmatan Kesihatan

Persekitaran pula ianya merangkumi Program Kawalan Penyakit Berjangkit,

Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kawalan Mutu Makanan, Program

Promosi Pendidikan Kesihatan, Kesihatan Am, Kawalan Mutu Minuman dan

Bekaln Air dan Kesihatan Alam Sekitar (BAKAS). Program di bawah

Bahagian Sokongan pula terdiri daripada Bahagian Pengurusan,

Perkhidmatan Makmal Patologi, Perkhidmatan Farmasi dan Perkhidmatan

Pengimejan Diagnostik.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

6

3. PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S SEKTOR AWAM

3.1 Objektif bagi penjenamaan semula:

i. Dapat menampilkan imej korporat.

ii. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.

iii. Kepelbagaian agensi.

iv. Melahirkan warga kerja yang lebih kreatif dan inovatif.

v. Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula ( Go

Green )

3.2 Faedah melaksanakan EKSA :

i. Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti ( bersih, kemas

dan rapi )

ii. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan

organisasi.

iii. Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran.

iv. Meningkatkan imej agensi sektor awam.

v. Menjana idea kreatif di kalangan warga agensi.

vi. Meningkatkan semangat kerja berpasukan.

vii. Meningkatkan disiplin warga agensi.

viii. Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

ix. Mewujudkan piawaian kerja yang jelas.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

7

4. 5 PRINSIP EKSA

MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010

melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam. Amalan 5S merupakan istilah

asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan

membawa maksud seperti di bawah:

4.1 Sisih

Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang

yang tidak diperlukan di tempat kerja.Aktiviti sisih melibatkan:

i. Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera.

ii. Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa

akan datang maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur.

iii. Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka

kaedah / kos yang paling rendah perlu ditentukan.

4.2 Susun

Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap

tempat ada barangnya”. Penekanan tertumpu kepada kaedah

penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat. Aktiviti ini

melibatkan:

i. Item disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu-

Keluar Dulu) bagi item yang mempunyai tarikh luput. Jika item

tidak mempunyai tarikh luput ATAU item-item yang mempunyai

tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First Out (Masuk

Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.

ii. Item dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.

iii. Item disimpan mengikut kategori.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

8

iv. Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa

30 saat.

v. Semasa bekerja, kedudukan fail aktif dan bahan rujukan semasa

adalah di atas meja. Selepas digunakan, ia perlu disimpan

kembali ke tempat asal.

4.3 Sapu

Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan

di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan

kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan:

i. Menetapkan pemilik (ownership) bagi ruang/perkakas dan mesin.

ii. Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang

telah ditetapkan.

iii. Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan

penyelenggaraan.

4.4 Seragam

i. Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat

kerja bersih dan teratur sepanjang masa.

ii. Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman

prosedur, susun atur atau format.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

9

4.5 Sentiasa Amal

Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih,

susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk

mempertingkatkan EKSA. Aktiviti ini melibatkan:

i. Audit dalaman dilakukan secara berkala.

ii. Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.

iii. Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada

usaha yang ditunjukkan oleh warga kesihatan Samarahan.

iv. Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan

melalui latihan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

10

5. 15 LANGKAH PERLAKSANAAN EKSA

i. Latihan,ceramah, kursus & lawatan.

ii. Perlantikan Jawatankuasa Eksa Induk & Zon.

iii. Mewujudkan Fail Eksa Induk /Zon.

iv. Mesyuarat Eksa Induk/Zon.

v. Lukis Pelan Lantai Zon,kemudian dibahagikan kepada subzon dan

lokasi.

vi. Melantik “Person-In-Charge” (PIC) di setiap lokasi.

vii. Mewujudkan Sudut EKSA di setiap zon.

viii. Mengadakan Majlis Pelancaran Rasmi EKSA.

ix. Melaksanakan aktiviti EKSA ( Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan

Sentiasa Amal )

x. Melakukan aktiviti pengukuhan.

xi. Mempromosikan EKSA secara berterusan.

xii. Merekodkan jumlah penjimatan penambahbaikan yang telah

dicapai selepas EKSA (Key Performance Index, Kpi)

xiii. Menjalankan Audit Dalaman.

xiv. Pensijilan.

xv. Pelaksanaan aktiviti EKSA secara berterusan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

11

6. PRINSIP PELAKSANAAN EKSA

6.1 Imej Korporat

Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan

terhadap persekitaran serta tindakan dan pencapaian setiap Fasiliti.

Keselamatan persekitaran perlu diberi keutamaan. Contoh kawasan

yang memerlukan penampilan imej korporat ialah:

i. Kaunter.

ii. Susun atur perabot.

iii. Ruang pejabat.

6.2 Kreativiti dan Inovasi

Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, warga PKB

Samarahan digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan Inovasi

semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Warga PKB Samarahan digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak

(out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif

dan selamat. Contoh perkara yang menampak kreativiti dan Inovasi

ialah:

i. Tempat simpanan alat tulis.

ii. Pelabelan.

iii. Memendekkan proses kerja.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

12

6.3 Amalan Hijau

Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa

penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Contoh

amalan ialah:

i. Kitar semula.

ii. Peringatan penjimatan.

iii. Penjimatan elektrik.

iv. Penjimatan kertas.

6.4 Persekitaran Kondusif

Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesra

pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti

ini ialah:

i. Kemudahan pengguna berstatus OKU.

ii. Ruang kerja yang kemas.

iii. Ruang menunggu.

6.5 Kepelbagaian Agensi

Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus

kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis

perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa

dalam amalan 5S kurang mencakupi keperluan kepelbagaian agensi.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

13

7. PENYATAAN DASAR EKSA, PKB SAMARAHAN 7.1 Dasar amalan EKSA

Kami warga Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan komited

mengamalkan budaya kerja produktif melalui persekitaran yang

kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap

dan efisyen dengan pelaksanaan amalan EKSA yang berterusan.

7.2 Objektif

i. Meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan dalam

kalangan warga kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

ii. Mewujudkan budaya kerja yang ceria, efektif dan inovatif. dalam

kalangan warga kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

iii. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, selamat, bersih,

kemas dan berkualiti.

iv. Menerapkan amalan kitar semula ( Go Green ) dalam kalangan

warga kerja Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

v. Memperkukuhkan mutu perkhidmatan warga kerja Pejabat

Kesihatan Bahagian Samarahan serta tahap kepuasan pelanggan

terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

14

7.3 Logo

MAKSUD LOGO

Logo diadaptasi daripada Logo Penyayang KKM.

i. Tangan pada hati tertulis EKSA – Melambangkan Program EKSA

sentiasa dekat di hati dan menjadi kekuatan serta lambang dedikasi

anggota PKB Samarahan dalam usaha penambahbaikan persekitaran

kerja yang lebih kreatif, produktif dan kondusif.

ii. Daun dan Stil serta stigma bunga raya – Melambangkan percambahan

idea kreatif bagi melestarikan alam melalui budaya Go Green.

iii. Warna Merah – Melambangkan semangat dan komitmen yang tinggi di

kalangan anggota PKB Samarahan untuk melaksanakan Program

EKSAWarna Hijau, Kuning & Biru – Melambangkan penerapan budaya

Go Green / kitar semula melalui pelaksanaan Program EKSA.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

15

7.4 Motto

“ KREATIF, KONDUSIF, PRODUKTIF ”

i. “Kreatif” – Amalan EKSA bermula dari kreativiti dan semangat serta

azam dari warga kerja PKB Samarahan.

ii. “Produktif” – Produktiviti warga kerja akan meningkat dengan

semangat kerja berpasukan dalam suasana yang selesa dan ceria.

iii. “Kondusif” – Pelaksanaan EKSA memastikan persekitaran selesa,

berkualiti dan kondusif demi kepuasan pelanggan dan suasana kerja

yang ceria dan sihat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

16

7.5 Penubuhan Jawatankuasa & Peranan i. Carta Jawatankuasa Induk

PENGERUSI

DR. NUR FATIHAH OH ABDULLAH

FASILITATOR

DR. NUR FARAHIN BT MD ZUKI

SETIAUSAHA

YUSRIA IRDAWATY BT YAUSOFF

BENDAHARI

FELICITY WHISPER AK LULOT

AJK PROMOSI

SITI SURYANI BT JARMI

AJK LATIHAN

NOR HASPEKA BT HAMDEN

AJK AUDIT

UMI KALSOM BT MOHAMED

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

17

ii. Peranan Jawatankuasa Induk EKSA

Peranan Pengerusi

• Menentukan hala tuju keseluruhan dalam pelaksanaan EKSA.

• Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.

• Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-sumber

kewangan.

• Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan.

• Mengenalpasti ahli-ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua-ketua zon.

• Menetapkan sistem penghargaan dan pengiktirafan.

• Mengawas dan menilai kemajuan perlaksanaan EKSA ( dengan

bantuan JK Audit)

• Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (dengan

bantuan JK Promosi)

• Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalanamalan

kebersihan (dengan bantuan JK Latihan)

• Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan

jawatankuasa kecil (Latihan,Promosi dan Audit Dalam)

• Menyokong semua aktiviti dalam pelaksanaan EKSA.

• Mentadbir Akauntabiliti setiap pihak yang dipertanggungjawabkan.

• Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan

terbaik.

Peranan Fasilitator

• Memberikan Latihan dan panduan kepada Ketua zon dan ahli.

• Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.

• Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara

penyelaras bahagian dengan kumpulan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

18

• Pastikan Pelan Pelaksanaan ahli zon.

• Memastikan zon mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.

• Menentukan liputan zon dalam Bahagian.

• Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini; dan

menghebahkan maklumat terkini serta menyelaras dan memantau

aktiviti program EKSA di zon masing-masing.

• Menyedia dan mengemaskini fail induk/zon.

• Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit.

• Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.

• Memberi motivasi dalam kumpulan.

• Berkomunikasi semua pihak dan peringkat.

• Memberi sokongan pelaksanaan EKSA.

Peranan Jawatankuasa Latihan

• Mengenalpasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada

warga PKB Samrahan.

• Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan

Amalan EKSA kepada semua warga kerja PKB Samarahan.

• Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi

mengukuh aktiviti Amalan EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang

lain. ( Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil

keputusan audit aktiviti Amalan EKSA )

• Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang untuk

menghadiri Latihan secukupnya.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

19

Peranan Jawatankuasa Promosi

• Menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi amalan EKSA.

• Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran

Amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi.

• Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan

aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

• Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA ( kebersihan,

poster, banner dan lain-lain )

• Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.

• Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di

kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Induk.

Peranan Jawatankuasa Audit

• Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan

pelaksanaan audit.

• Melantik juruaudit dalaman EKSA.

• Merancang dan menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA.

• Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang

dikenalpasti semasa proses audit.

• Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.

• Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada Jawatankuasa Induk

Amalan EKSA PKB Samarahan.

• Menggunakan kriteria audit EKSA yang disediakan oleh MAMPU.

• Menyemak kriteria audit dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

20

Peranan Setiausaha

• Menjadi urusetia mesyuarat jawatankuasa Induk Amalan EKSA PKB

Samarahan.

• Menyelaraskan program Amalan EKSA PKB Samarahan.

• Melaporkan kemajuan dan sttus pelaksanaan Amalan EKSA kepada

jawatan kuasa EKSA.

• Menyimpan rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan Amalan

EKSA.

• Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit.

• Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan EKSA dalam

organisasi.

• Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan

• Mengemaskini sudut EKSA secara berkala.

Peranan Bendahari

• Bertanggungjawab memaklumkan status kewangan EKSA dalam

mesyuarat.

• Mengawal pengunaan duit keluar dan masuk.

• Pettycash untuk EKSA dipegang oleh bendahari, tetapi diselia oleh

Pegawai Kesihatan Bahagian.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

21

7.6 Pewujudan SubZon

i. Tujuan pewujudan subzon EKSA adalah untuk memudahkan

pelaksanaan dan pemantauan aktiviti yang dijalankan.

ii. Sesuai bagi fasiliti di PKB Samarahan yang mempunyai unit yang

berbeza.

iii. Pelan lantai setiap fasiliti menerangkan pembahagian subzon

dengan lebih terperinci.

7.6.1 Peranan Ahli-ahli EKSA

• Bekerjasama dalam kumpulan.

• Menyertai aktiviti EKSA secara aktif.

• Memberi komitmen secara berterusan.

• Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

22

8. TINDAKAN PELAKSANAAN EKSA

Penekanan terhadap pelaksanaan Amalan EKSA ini terbahagi kepada 12

kategori utama yang merangkumi keseluruhan persekitaran tempat kerja di

IPKKM iaitu:

i. Keperluan Sudut EKSA.

ii. Keperluan Fail Induk, Audit, Latihan, Promosi Dan Zon.

iii. Ruang Pejabat.

iv. Ruang Kerja/Bilik Pegawai.

v. Bahagian Pengeluaran.

vi. Tempat Penyimpanan/Stor.

vii. Tempat Umum.

viii. Kawasan Persekitaran.

ix. Keupayaan Sumber Manusia.

x. Keselamatan Persekitaran.

xi. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi.

xii. Amalan Hijau.

i. Keperluan Sudut EKSA

Kaedah penyaluran penyampaian. Ia boleh disediakan secara fizikal

dengan menggunakan ruang pejabat (seperti dinding / papan

kenyataan) atau secara maya. Setiap zon perlu mengandungi perkara-

perkara berikut:

i. Nama Zon.

ii. Dasar & Objektif EKSA.

iii. Carta Organisasi EKSA (Induk dan Zon)

iv. Carta Perbatuan/ Gantt Chart.

v. Pelan Lantai Zon EKSA.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

23

vi. Rekod aktiviti ( Catatan: Pamerkan gambar sebelum dan selepas

pelaksanaan sesuatu aktiviti EKSA di zon tersebut serta lengkap

bertarikh )

vii. Logo dan Slogan Amalan EKSA Pejabat Kesihatan Bahagian

Samarahan

viii. Informasi berkaitan EKSA ( Catatan: untuk tujuan

promosi.Informasi yang dipamer melibatkan makluman / gambar

bagi aktiviti seperti Gotong royong, Anugerah/Penghargaan dan

slot Buletin EKSA )

ix. Tarikh dan kemas kini sudut EKSA

ii. Keperluan Fail Induk, Latihan, Promosi Dan Zon Eksa

Kaedah penyaluran penyampaian. Ia boleh disediakan secara fizikal

dengan menggunakan ruang pejabat (seperti dinding / papan

kenyataan) atau secara maya.

i. Pengenalan EKSA – Dasar & Objektif EKSA dan garis panduan

EKSA PKB Samarahan.

ii. Carta Organisasi EKSA – Fail induk, jawatankuasa dan zon

iii. Pelan Lantai (Fail induk dan zon sahaja)

iv. Carta Perbatuan – Fail induk, Jawatankuasa (berkenaan) dan

zon.

v. Minit Mesyuarat – Fail induk, Jawatankuasa (berkenaan) dan zon.

vi. Gambar Aktiviti-Aktiviti EKSA.

vii. Gambar Sebelum dan Selepas – Fail Induk dan Zon.

viii. Audit (kriteria dan keputusan audit) - Fail induk, Jawatankuasa

(berkenaan) dan zon.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

24

9. RUANG PEJABAT

i. Peralatan Pejabat

a. Peralatan pejabat sentiasa berkeadaan baik dan sentiasa boleh

digunakan dengan selamat.

b. Peralatan pejabat sentiasa bersih dan disusun supaya kelihatan

kemas.

c. Pastikan lampu dan plug elektrik sentiasa berfungsi dan dilabelkan

mengikut kesesuaian contoh mesin fotostat, mesin faks dan CPU.

ii. Susun Atur Peralatan Pejabat

a. Semua perabot dan peralatan pejabat tersusun kemas, berkeadaaan

baik serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja.

b. Kreativiti menyusun perabot dan peralatan adalah digalakkan

supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih selesa dan keceriaan

pejabat serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan.

iii. Susunan Fail

a. Disusun dengan teratur, mudah diperoleh/disimpan dan bersistem.

b. Sistem pengurusan fail yang memudahkan pencarian/pencapaian

dalam satu tempoh masa (contoh 30 saat per fail)

c. Ring File boleh dilabelkan mengikut tatacara berikut:-

• Tetulang ring file mengandungi:

o Logo jata Negara.

o Singkatan nama kementerian, bahagian,cawangan/unit.

o nombor fail.

o tajuk fail.

o nombor susunan fail.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

25

• Muka depan ring file mengandungi:

o Tajuk.

o Nama unit atau cawangan.

• Penggunaan tulisan (font) dan saiz mengikut kesesuaian fail.

iv. Hiasan Dalaman

a. Hiasan yang bersesuaian dengan imej jabatan, mudah dan jimat

diselenggarakan dan kedudukannya tidak mengancam keselamatan

dan kesihatan pekerja.

b. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari

segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta organisasi,

piagam pelanggan, dasar kualiti dan sebagainya)

c. Dinding yang kotor akibat kesan tampalan dibersihkan sebaiknya;

d. Penggunaan hiasan pokok bunga plastik dan pokok bunga hidup

yang tidak keterlaluan.

e. Pastikan semua hiasan yang dibuat tidak berdebu, tidak kotor dan

sentiasa berada dalam keadaan baik supaya tidak mencacatkan

pemandangan.

f. Susunan hiasan sentiasa kemas, tersusun, menyenangkan

pergerakan, dan tidak mengancam keselamatan pekerja.

v. Tanda Arah/Petunjuk/Peringatan

a. Tanda peringatan yang sesuai diletakkan pada peralatan yang

berisiko seperti “AWAS” pada plug yang terdedah dan “SILA PADAM

LAMPU SELEPAS DIGUNAKAN” pada plug lampu yang terbabit

b. Tanda nama pegawai perlu diletakkan pada setiap partition dan bilik

pegawai.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

26

c. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang

strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

vi. Ruang Kerja Terperingkat

a. Ruang kerja terperingkat ini merangkumi Bilik Server dan Kawasan

Kerja Larangan.

b. Kawasan bilik ini perlu sentiasa kemas, tersusun, bersih, tidak

berdebu dan selesa.

c. Sistem pengurusan ruang kerja terperingkat perlu diamalkan dengan

memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna (tatacara yang ditetapkan

dalam peraturan keselamatan)

d. Pegawai yang bertanggungjawab (pemunya/ ownership) perlu

dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik. Nama pegawai

hendaklah dipamerkan pada pintu masuk bilik berkenaan.

vii. Bilik Fail (PP Bil. 5 Tahun 2007 (Panduan Pengurusan Pejabat)

a. Pelan Susun Atur/pelan lantai bilik fail perlu disediakan dan

dipamerkan di ruang yang strategik.

b. Kabinet fail perlu dilabelkan dengan jenis dokumen dan meletakkan

indeks.

c. Fail perlu disusun semula di tempat asal selepas digunakan.

d. Satu sistem pergerakan fail perlu diwujudkan bagi tujuan

pengesanan fail yang sedang digunakan (contoh : kad daftar

pengguna dan kad keluar masuk fail)

e. Fail-fail terperingkat yang digunakan perlu disimpan di dalam kabinet

besi berpalang. Indeks bagi fail-fail terperingkat tidak perlu

dilekatkan di luar cabinet.

f. Pekerja dilarang makan, minum dan merokok di dalam bilik fail.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

27

g. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) dilantik bagi

menguruskan kebersihan bilik fail (Nama pegawai dan gambar)

viii. Ruang Kaunter

a. Memastikan peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan

sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.

b. Persekitaran kaunter sentiasa dilap supaya tidak berdebu, bersih

dan disusun supaya kelihatan kemas.

c. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang

strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

d. Maklumat korporat boleh dipamerkan tetapi tidak keterlaluan dari

segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini.

e. Sentiasa mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

f. Sekiranya perkhidmatan kaunter melibatkan borang-borang yang

berkaitan, ianya perlulah disusun dengan teratur dan dilabelkan.

g. Sofa atau kerusi perlu disediakan di ruang menunggu untuk

pelanggan.

h. Kaunter utama perlu memenuhi kriteria berikut:

• Sistem maklum balas pengguna.

• Direktori pegawai.

• Borang / brousar.

• Bahan bacaan/ informasi.

• Piagam pelanggan.

ix. Bilik Helpdesk / Call Centre

a. Memastikan peralatan pejabat dan kemudahan yang disediakan

sentiasa berkeadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

28

b. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang

strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

c. Maklumat korporat bahagian boleh dipamerkan tetapi tidak

keterlaluan dari segi kuantiti dan sentiasa dikemaskini (contoh: carta

organisasi, piagam pelanggan, pemberitahuan atau arahan yang

perlu disampaikan kepada telefonis)

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

29

x. Pelan Lantai Pejabat Kesihatan dan Subzon

Bilik

Alpha

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

30

10. RUANG KERJA

i. Lantai

a. Pastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan bersih dari sebarang

kekotoran.

b. Tidak terdapat barang yang tidak diperlukan bertaburan di atas lantai

di sekitar ruang kerja.

ii. Meja (Di atas Meja)

a. Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan.

b. Dibenarkan satu sudut mini untuk tapak hiasan (optional)

c. Terdapat telefon dan buku direktori (optional)

d. Fail-fail aktif/diari/organizer hendaklah disusun dengan kemas dan

teratur pada setiap masa.

e. Rubber stamp yang aktif dilabelkan dan disenaraikan (tidak

termasuk self-ink rubber stamp) (jika ada)

iii. Meja (Di bawah/Tepi meja)

a. Wayar/kabel (untuk ICT dan elektrik) perlu dikemaskan dengan

menggunakan bahan-bahan yang.

iv. Laci Meja / Almari

a. Sekiranya pegawai dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang

laci boleh seperti berikut:

i. Laci boleh dilabel mengikut kesesuaian penggunaan.

b. Pegawai hendaklah patuh kepada laci yang telah dilabel iaitu barang

yang berkaitan dengan urusan rasmi dan barang peribadi tidak boleh

bercampur.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

31

c. Almari pegawai mestilah dipastikan sentiasa berada di dalam

keadaan kemas, tersusun dan bersih.

v. Dinding/partition pegawai

a. Dokumen yang perlu dipamerkan di ruang tempat kerja masing-

masing termasuk bilik pegawai:

i. Tanda Nama Penuh.

ii. Jawatan.

b. Segala dokumen yang dipamerkan hendaklah tersusun kemas dan

teratur.

c. Dibenarkan satu sudut mini di partition (optional) untuk hiasan dan

d. Status pergerakan pegawai (sekiranya perlu) dipamerkan di

hadapan partition.

vi. Kerusi

a. Kerusi tetamu dan kerusi kerja hendaklah tersusun rapi ketika tidak

digunakan.

b. Blazer/selendang boleh disangkut dengan kemas di belakang kerusi

(jika almari tidak disediakan)

c. Pastikan kerusi berada pada tahap selamat untuk diduduk, tidak

bergoyang, selesa dan bersih.

vii. Komputer dan pencetak

a. Komputer serta peralatan ICT yang berkaitan hendaklah sentiasa

tidak berhabuk dan sedia untuk digunakan.

b. Komputer disusun mengikut kesesuaian pegawai dan mematuhi ciri-

ciri keselamatan contohnya skrin monitor tidak dapat dilihat secara

terus atau membelakangkan pintu masuk.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

32

d. Pastikan komputer ditutup sebelum pulang (shut down)

e. Printer dan scanner haruslah tidak berhabuk dan boleh

digunakan.

viii. Sistem fail

a. Mengurus fail dengan mematuhi Tatacara Pengurusan Fail.

b. Fail berbentuk ring file – dilabel mengikut format yang telah

diseragamkan.

c. Menyusun fail mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan di dalam

kabinet fail.

d. Kabinet dilabelkan dengan kemas dan teratur (sekiranya ada)

ix. Bilik Pegawai

a. Semua perkara yang dinyatakan di atas (untuk workstation) adalah

juga diguna pakai untuk bilik pegawai mengikut kesesuaian.

b. Tiada sebarang dokumen dan fail diletakkan di atas settee, coffee

table atau lain-lain tempat yang tidak sepatutnya.

c. Hiasan perlulah berimej korporat dan tidak keterlaluan dari segi

kuantiti.

d. Susun atur perabot dan bahan-bahan bacaan hendaklah kemas dan

teratur dan memastikan tiada habuk yang terperangkap.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

33

11. BAHAGIAN PENGELUARAN

i. Mesin dan Peralatan

a. Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak

menghalang pergerakan proses kerja.

b. Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak

berhabuk, berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh

memendekkan jangka hayat mesin.

c. Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin

terutamanya bahan yang berbentuk cecair.

d. Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada

bahagian yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja

lain.

e. Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin

mengikut kesesuaian.

f. Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki

atau dilupuskan.

g. Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk

pemantauan mesin.

h. Mesin gunasama perlu disediakan tatacara penggunaan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

34

12. STOR

i. Dalam Stor

a. Pastikan stor sentiasa bersih, tidak berdebu dan tersusun kemas.

b. Terdapat tanda / label / abjad bersesuaian bagi tiap-tiap bahan/

komponen barangan (mengikut tatacara pengurusan stor)

c. Mempunyai sistem rekod yang sesuai untuk merekod barang

tersebut diambil / dicapai / dicari.

d. Tidak terdapat sampah/sisa/bahan tidak diperlukan berada di dalam

stor.

e. Peralatan sokongan pengurusan stor dalam keadaan baik dan

berfungsi (contoh: tangga dan troli)

f. Boleh menggunakan unsur-unsur kreativiti (tertakluk kepada

peraturan dan garis panduan) dalam pengurusan, penjagaan dan

penyelenggaraan stor tetapi melambangkan imej korporat.

g. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang

strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

ii. Simpanan Barang Stor

a. Barang-barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang

kerja-kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor.

b. Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu

Keluar Dulu /First In First Out (MDKD/FIFO)

c. Penggunaan ruang stor hendaklah mengikut jenis dan ruang yang

ada seperti berikut:

• Ruang stor hendaklah dibahagi mengikut kumpulan barang

seperti bahan kimia, alat ganti atau makmal dan sebagainya.

• Setiap kumpulan barang dilabel mengikut kategori.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

35

• Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dan

sebagainya hendaklah kekal penyimpanannya dan hendaklah

dilabel untuk mudah dilihat.

• Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang

yang sama.

• Pastikan bahan-bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan

yang masih boleh digunakan.

• Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di

tempat yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang

bertanggungjawab.

• Pengeluaran barang dibuat sendiri oleh pegawai-pegawai yang

diberi kuasa (pemesan/pegawai stor) dengan menggunakan

borang Kew.PS-10 (stor utama) atau Kew.PS-11 (stor

unit/bahagian)

• Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan

barang.

iii. Simpanan Barang Toxic

a. Barang toxic perlu disusun dengan kemas dan teratur mengikut

kawasan/garisan pemisah yang telah ditetapkan dan perlu dilabel.

b. Peralatan seperti rak/pallet/alatan sokongan lain untuk kegunaan

simpanan barangan toxic perlu digunakan dengan sebaiknya.

c. Tiada barangan lama yang sudah rosak, luput jangka hayat dan

tidak digunakan lagi.

d. Peralatan yang digunakan untuk mengangkat atau menyimpan

barang toxic berkeadaan baik.

e. Mempunyai tanda arah/label/abjad bagi setiap barangan siap.

f. Sistem susunan yang berkesan dan terdapat rekod pengeluaran.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

36

g. Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang

strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai.

iv. Keselamatan dan Kebersihan Stor

a. Alat pemadam api yang memenuhi kriteria berikut:

• Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak Bomba.

• Prosedur operasi hendaklah diletakkan bersebelahan.

• Digantung pada bracket yang dipasang di dinding.

b. Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: system water sprinkler dan

hose reel)

c. Pencahayaan yang mencukupi.

d. Tanda amaran seperti “Dilarang Merokok” dan “Mudah Terbakar”

dipamerkan dengan jelas.

e. Tangga dan troli hendaklah diletakkan di tempat mudah dicapai.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

37

13. TEMPAT UMUM

Ruang Umum termasuk Surau, Bilik Mesyuarat, Bilik Latihan, Tandas dan

lain-lain merupakan ruang yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kerana

ruang ini sentiasa digunakan. Jadi, perkara berikut perlu sentiasa diamalkan

untuk menjamin keselesaan pengguna.

i. Surau/Bilik Solat

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan untuk menjadikan

surau/bilik solat tempat yang selesa untuk beribadat:

a. Pastikan semua peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna

dan boleh digunakan dengan baik.

b. Sentiasa memastikan lantai tidak berdebu, tidak basah dan

sentiasa bersih untuk keselesaan ramai.

c. Telekung, kain pelikat dan sejadah hendaklah disusun, dilipat

atau digantung dengan kemas.

d. Pintu masuk hendaklah dilabelkan dengan perkataan Surau/Bilik

Solat.

e. Almari/kabinet/rak/penyidai adalah dibenarkan mengikut

keperluan.

f. Buku-buku bacaan agama hendaklah disusun kemas di dalam

almari / kabinet / rak yang disediakan.

g. Penanda arah kiblat hendaklah ditandakan di siling surau/bilik

solat dengan jelas.

h. Selipar/kasut hendaklah tersusun rapi.

i. Jadual waktu solat dipamerkan di ruang yang disediakan.

j. Tidak dibenarkan tidur di dalam surau/bilik solat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

38

k. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah

dilantik bagi menguruskan kebersihan surau/bilik solat (nama

pegawai dan gambar)

ii. Bilik Mesyuarat/Bilik Bincang

Pastikan Bilik Mesyuarat/Bilik Bincang berada dalam keadaan berikut:

a. Sentiasa memastikan lantai bersih, tidak berdebu dan tiada

kekotoran.

b. Peralatan/kemudahan dalam keadaan sempurna dan boleh

digunakan dengan baik.

c. Pastikan peralatan/kemudahan sentiasa bersih, tidak berhabuk

dan disusun kemas ketika tidak digunakan.

d. Peralatan mempunyai sistem inventori dan penyelenggaraan.

e. Memaparkan senarai inventori (KEW-PA 7)

f. Maklumat berkaitan mesyuarat hendaklah dipamerkan di pintu

masuk bilik mesyuarat. Contoh: Penggunaan papan tanda (slot in

board)

g. Hiasan berbentuk korporat boleh menaikkan suasana bilik dan

perlu ada penyelenggaraan yang berkala (Contoh; gambar,

maklumat pencapaian Kementerian/Bahagian, penyataan

kualiti/hala tuju, piagam pelanggan, program

Kementerian/Bahagian dan lain-lain)

h. White board (papan putih) (jika ada) hendaklah dibersihkan

selepas mesyuarat selesai.

i. Pastikan barang-barang elektronik seperti LCD Projektor,

mikrofon dan power supply ditutup sebelum meninggalkan bilik

mesyuarat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

39

j. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah

dilantik bagi menguruskan kebersihan bilik mesyuarat/bilik

bincang (nama pegawai dan gambar)

k. Etika penggunaan bilik mesyuarat perlu disediakan dan diletakkan

di lokasi yang bersesuaian.

iii. Pantri

a. Lantai sentiasa bersih, kering dan tidak berbau.

b. Semua peralatan/perabot dan perkakas disusun kemas dan teratur

setelah digunakan.

c. Kabinet/rak dilabelkan dengan nama perkakas di luar pintu dengan

seragam (mengikut kesesuaian/optional)

d. Tiada pinggan mangkuk/cawan/gelas diletak di atas meja dan sinki

selepas digunakan.

e. Kain lap yang kotor dicuci dan disangkut kemas.

f. Pastikan sinki bersih, tidak tersumbat dan tiada sisa makanan.

g. Bahan makanan seperti milo, nescafe, gula, susu, teh dan

sebagainya hendaklah diletakkan dalam bekas bertutup (contoh :

dimasukkan dalam bekas makanan)

h. Tong sampah disediakan dan ditutup supaya tidak berbau.

i. Pantri hendaklah sentiasa bersih, kemas, tersusun dan bebas

daripada bau yang tidak menyenangkan.

j. Penggunaan pewangi udara digalakkan bagi menghindarkan bau

yang tidak menyenangkan.

k. Pastikan lampu dan pintu ditutup setelah digunakan.

l. Dilarang merokok di dalam pantri.

m. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan pantri (nama pegawai dan gambar)

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

40

iv. Tandas

a. Permukaan lantai sentiasa bersih dan kering.

b. Senarai peralatan, kelengkapan yang perlu ada dalam bilik air:

• Bekas sampah.

• Soap dispenser.

• Kertas tisu.

c. Permukaan dinding keseluruhannya bersih termasuk dinding tiles

dan pintu utama.

d. Keadaan siling yang sempurna, tiada kebocoran dan tidak

bersawang.

e. Semua lampu berfungsi dengan baik.

f. Pintu-pintu tandas berfungsi dengan sempurna lengkap dengan

penyelak, penyangkut seluar dan kelihatan bersih.

g. Mangkuk tandas berkeadaan sempurna dan boleh digunakan

dengan selamat.

h. Mangkuk tandas bersih dan lengkap dengan pelapik serta flushing

system berfungsi dengan sempurna.

i. Sinki berkeadaan bersih, tidak tersumbat dan paip air berfungsi

dengan sempurna.

j. Meja sinki dan cermin muka berkeadaan bersih dan kering.

k. Digalakkan menggunakan kreativiti untuk menceriakan tandas.

l. Persekitaran tidak berbau yang kurang menyenangkan.

m. Pegawai bertanggungjawab (pemunya/ownership) perlulah dilantik

bagi menguruskan kebersihan tandas (nama pegawai dan gambar)

iv. Laluan Utama/ Laluan Awam

a. Lantai sentiasa bersih, tiada sisa buangan yang diletak di sepanjang

laluan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

41

b. Hiasan seperti pokok bunga yang berada di sepanjang laluan (jika

ada) disusun dengan kemas, bersih dan teratur supaya tidak

menghalang laluan.

c. Peralatan yang diletak di laluan utama/umum hendaklah disusun

dengan baik supaya tidak mengganggu aliran perjalanan.

d. Pintu kecemasan tidak dihalang dan sentiasa ditutup.

e. Papan Notis yang diletakkan di sepanjang laluan hendaklah sentiasa

diselenggara dan dikemaskini maklumatnya.

v. Lobi Utama

a. Semua peralatan di lobi utama sentiasa disusun kemas dan

berkeadaan baik.

b. Laluan-laluan umum bersih dan tidak dihalang dengan sebarang

halangan seperti barang/peralatan yang boleh menganggu laluan

umum.

c. Maklumat seperti pelan strategik/visi/misi/piagam pelanggan dan

lain-lain sentiasa dikemaskini dan dipaparkan di tempat yang mudah

dilihat.

d. Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini

seperti contoh-contoh berikut:

• Visi.

• Misi.

• Maklumat Pengurusan Atasan.

• Moto.

• Piagam Pelanggan.

e. Menyediakan perkara-perkara berikut:

• Buku kedatangan pelawat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

42

• Direktori pegawai.

• Sudut informasi untuk pelanggan.

• Perhiasan yang bersesuaian dengan imej korporat.

vi. Kaunter Khidmat Pelanggan Dan Ruang Menunggu

a. Kaunter khidmat pelanggan dan kawasan persekitaran ruamg

menunggu sentiasa bersih, kemas dan tersusun.

b. Peralatan/kemudahan/perabot di ruang menunggu disusun dengan

teratur dan berada dalam keadaan baik.

c. Kemudahan tanda arah/petunjuk dipamerkan dengan jelas di

kawasan yang mudah dilihat.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

43

14. KAWASAN PERSEKITARAN

i. Papan Tanda Jabatan/PapanTanda Arah/Petunjuk

a. Papan tanda jabatan, papan tanda arah/ petunjuk hendaklah

diletakkan di lokasi penting iaitu bilik admin, bilik pegawai kesihatan

awam bahagian, tandas, pintu keluar dan bilik mesyuarat.

b. Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih.

c. Saiz yang sesuai dan senang difahami.

d. Mudah dilihat oleh orang ramai dan kedudukannya strategik.

e. Berkonsepkan imej korporat Jabatan.

ii. Media/Bahan Pameran

a. Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan notis

atau papan kenyataan di seluruh Bahagian perlu berada dalam

keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih.

b. Bahan-bahan tersebut perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa.

c. Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu berkualiti,

berimej korporat, kemas dan teratur.

d. Penggunaan kreativiti mempamerkan bahan tersebut adalah

digalakkan supaya dapat menarik perhatian pelanggan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

44

15. KESELAMATAN PERSEKITARAN

Langkah-langkah keselamatan berikut perlu diambil bagi menjamin suasana

kerja yang selamat:

a. Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan

yang tidak diperlukan (contoh : pasu bunga, fire extinguisher, kotak-

kotak dan sebagainya)

b. Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup

dan tidak dihalang.

c. Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran.

d. Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali

pantri.

e. Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas

(contoh : Dilarang Merokok, tanda KELUAR dan AWAS)

f. Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi (contoh : barang-

barang pra pelupusan)

g. Tiada aktiviti merokok di persekitaran luaran dan dalaman IPKKM

(contoh : pantri, kafeteria, stor, bilik fail, bilik air, ruang tangga, ruang

awam dan sebagainya)

h. Peralatan-peralatan rosak hendaklah dilapor dan diselenggarakan

dengan segera.

i. Memastikan anak kunci dilabel/ditanda dan memenuhi tatacara

keselamatan.

j. Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemaskini.

k. Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang meliputi arahan

keselamatan, latihan pengusian bangunan, tanda amaran, pelan

laluan kecemasan dan tempat berkumpul serta tanda arah laluan

kecemasan.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

45

l. Dokumen-dokumen terperingkat perlulah diselengarakan mengikut

prosedur yang telah ditetapkan dan maklumat kerajaan hendaklah

dijaga keselamatannya.

m. Memastikan alat pemadam menepati kriteria berikut:

• Penyelengaraan secara berkala.

• Mempunyai Tatacara Penggunaan.

• Berkeadaan bersih.

• Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai.

n. Prosedur dan latihan pengungsian bangunan (fire-drill) hendaklah

dilaksanakan sebagaimana Arahan Keselamatan.

o. Melaksanakan Inovasi atau best practice yang boleh meningkatkan

produktiviti dan kualiti warga tanpa penggunaan peruntukan

kewangan yang tinggi.

p. Menggunakan barangan terpakai sebagai salah satu bentuk kreativiti

seperti untuk hiasan setiap zona tau dalam kegunaan amaln EKSA.

q. Amalan Hijau.

r. Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara

menyeluruh seperti contoh-contoh berikut:

• Notis / arahan penjimatan tenaga.

• Penggunaan lampu/ peralatan save energy.

• Penetapan suhu optimum.

• Penjimatan kertas.

• Penjimatan air.

• Kempen hijau.

s. Melaksanakan program kitar semula di peringkat zon.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

46

t. Menyediakan analisis penjimatan, sebagai contoh:

• Kos.

• Masa.

• Tenaga Pekerja.

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

47

16. PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini diharap dapat membantu warga PKB

Samarahan dalam melaksanakan pengurusan persekitaran yang berkualiti

melalui Amalan EKSA dan membudayakannya secara berterusan sehingga

menjadi amalan di semua fasiliti Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan pelaksanaan EKSA di PKB

Samarahan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan melalui:

Nombor Telefon : 082-673626 / 082-673627

Nombor Faks : 082-673632

Emel : [email protected]

Garis Panduan Pelaksanaan EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan, Versi 3 ( dikemaskini pada Februari 2018)

48

17. RUJUKAN

• Panduan Amalan 5S Sektor Awam terbitan MAMPU 2010

• Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam

(Eksa) Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia Versi 1/2016

• Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam

(Eksa) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Versi 2/2014

• Manual Standard Amalan 5 S Pejabat Kesihatan Bahagian

Samarahan Versi 1.1

• Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA)

• Arahan Perbendaharaan

• Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Panduan

Pengurusan Pejabat)

• Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 (Tatacara

Pengurusan Stor Kerajaan, TPS)

• Arahan-arahan Keselamatan 1986

• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

• Buku Panduan Program Imunisasi Kebangsaan Bayi dan Kanak-

Kanak untuk Anggota Kejururawatan, BPKK, KKM 2008, mukasurat

74-82

• Pekeliling-pekeliling semasa Kementerian dan Jabatan