garis panduan ldp
TRANSCRIPT
MESYUARAT HAL-HAL PROFESIONAL
GARIS PANDUAN
PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATAHUN 2009BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAJAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUANPENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PenasihatDatin Asariah bt Mior Shaharuddin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Pengerusi
Dato Misrah Bin Haji Ibrahim
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Timbalan Pengerusi
En. Abdul Halim Bin Abdul RazakPenyelaras
Dr. Zainab Bt. HussinAhli Jawatankuasa
Bahagian Pendidikan Guru
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Khas
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kluster
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Lembaga Peperiksaan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Bahagian Buku Teks
Bahagian Pelajaran Swasta
Lembaga Peperiksaan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
ISI KANDUNGAN
Prakata
5Pendahuluan
6Latar Belakang
7Objektif Latihan Dalam Perkhidmatan
7Panduan Pengoperasian Latihan
81. JAWATANKUASA LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN
82. KAJIAN KEPERLUAN
14
3. BIDANG LATIHAN DAN KANDUNGAN KURSUS
174. TEMPOH LATIHAN
295. KAD PELAPORAN LATIHAN
296. PROFIL PESERTA
297. PENCERAMAH/FASILITATOR/JURULATIH 308. PREMIS/ PUSAT KURSUS DAN KEMUDAHAN KURSUS
319. PERUNTUKAN KEWANGAN
3210. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
4511. PENSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN
6012. AKREDITASI
61 13. KAWALAN KUALITI
6214. PROMOSI
6215. PERMUAFAKATAN
6316. PELAPORAN PELAKSANAAN KURSUS 6317. Penutup
6418. Lampiran
Lampiran 1 - Format Cadangan Kursus Melibatkan Guru 65 Sekolah Anjuran Bahagian KPM / JPN
Lampiran 2 Format Cadangan Latihan Perkembangan 66Staf Peringkat Sekolah
Lampiran 3 _ Soal Selidik Analisis Keperluan Latihan 67Dalam Perkhidmatan
Lampiran 4 Kad Pelaporan Latihan KPM
73Lampiran 5 Borang Profil Peserta
76Lampiran 6 Borang Profil Penceramah/Fasilitator
78Lampiran 7 Senarai Semak Kemudahan di Sekolah
79Lampiran 8 Model Pengoperasian Latihan Dalam
80 Perkhidmatan
PRAKATA
Selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatan Profesion Keguruan dan matlamat Rancangan Malaysia Ke-9 yang memberi tumpuan kepada pembinaan Modal Insan. Ia merujuk kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi iaitu guru-guru yang benar-benar kompetent dalam bidang ilmu pengetahuan (content knowledge), amalan pedagogi (pedagogical skills), soft-skills dan memahami matlamat pendidikan negara serta dapat mempraktikkan best classroom practices dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pemantapan latihan perguruan. Bersesuaian dengan prinsip perkembangan profesional berterusan (CPD), usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru terlatih secara berterusan untuk membangunkan diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Sehubungan itu adalah wajar penyelarasan dan pelaksanaan LDP di semua peringkat KPM dimantapkan.
Sesuai dengan fungsi Bahagian Pendidikan Guru sebagai urus setia LDP yang menguruskan latihan dan mengagihkan peruntukan kewangan LDP kepada semua Bahagian dan JPN/PPD dan Sekolah, Garis Panduan Pengoperasian LDP dan Garis Panduan Prosedur Agihan dan Pelaporan Kewangan LDP adalah diperlukan.
Garis panduan Pengoperasian LDP KPM diperlukan untuk menyelaraskan pengisian program, kurikulum, pentaksiran dan pelaksanaan program. Manakala garis panduan prosedur agihan dan pelaporan kewangan LDP diperlukan untuk menyelaras agihan peruntukan dan perancangan masa depan.GARIS PANDUAN
PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 20091. PENDAHULUAN1.1. Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2005, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan untuk memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.1.2. Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 memutuskan BPG sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM.1.3. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan kertas cadangan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara school-based selaras dengan konsep let manager manage dan amalan LDP guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah.2.LATAR BELAKANGLatihan Dalam Perkhidmatan bagi PPP telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah mengikut keperluan masing-masing. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya isu-isu berikut :2.1 Pelaksanaan LDP di peringkat Bahagian-Bahagian dan JPN bertindan tindih.2.2 Kekerapan guru-guru meninggalkan sekolah bagi mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pelbagai pihak di KPM. 2.3 Data PPP hadir kursus tidak selaras dan tiada pangkalan data yang tepat dari satu sumber maklumat.2.4 Pengurusan kewangan (agihan dan kawalan peruntukan) kurang kemas.2.5 Sebahagian pelaksanaan LDP kurang efektif dan menepati keperluan sebenar.3.OBJEKTIF LATIHAN DALAM PERKHIDMATANLatihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:
3.1 Meningkatkan profesionalisme keguruan.
3.2 Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan.
3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan.3.4 Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan di kalangan warga pendidik.
3.5 Memartabatkan profesion keguruan.
4. PANDUAN PENGOPERASIAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAHJAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)4.1.1JAWATANKUASA (LDP)A.JAWATANKUASA LDP : JABATAN PELAJARAN NEGERI
Pengerusi :
Pengarah
Timbalan Pengerusi:Timbalan PengarahSetiausaha:
Pegawai Unit Latihan
Jawatankuasa:
Pengarah IPG
Ketua-Ketua Sektor
Pegawai Pelajaran DaerahKPP Bahagian Teknologi Pendidikan NegeriPegawai Kewangan
Pegawai Kaunseling dan Keutuhan
Ketua Unit ICT / maklumat
** Bagi Labuan dan Putrajaya ( Pengerusi : Timbalan Pengarah )B.JAWATANKUASA LDP : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Pengerusi :
Pegawai Pelajaran DaerahTimbalan Pengerusi:Timbalan Pegawai Pelajaran DaerahSetiausaha :
PPPD Akademik
Jawatankuasa:
PPPD Menengah
PPPD Rendah
YDP PKPSM
YDP MGBPegawai Kaunselor Daerah
Pegawai Tadbir Eksekutif
Penyelia ICT
Penyelaras PKG
Penolong AkauntanC. JAWATANKUASA LDP : SEKOLAH1. SEKOLAH MENENGAH
Pengerusi:
Pengetua
Timbalan Pengerusi:Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP:
Guru Kanan Mata Pelajaran
Jawatankuasa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan KokurikulumPenolong Kanan Petang
Guru Cemerlang
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Kaunselor
Guru Data
Pengerusi Kelab Guru
Ketua Pembantu Tadbir / PT KewanganGuru Media2. SEKOLAH RENDAHPengerusi:
Guru Besar
Timbalan Pengerusi:Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP:
Ketua Panitia
Jawatankuasa:
Penolong Kanan HEMPenolong Kanan KokurikulumPenolong Kanan Petang
Ketua-Ketua Panitia
Guru Data
Pengerusi Kelab Guru
Ketua Pembantu Tadbir / PT KewanganGuru Bimbingan
** Bagi SKM mengikut kesesuaiansekolah4.1.2SPESIFIKASI TUGASA.TUGAS JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI
Merancang, menyediakan, melaksana, menilai dan melapor;
1. Pelan operasi latihan jangka panjang dan pendek.2. Program Latihan Pedagogi, Program Pengurusan, Peningkatan Akademik, Pembudayaan Penyelidikan dan Program Keperluan Perkhidmatan semasa (ad hoc).3. Pengagihan Peruntukan LDP yang disalurkan oleh BPG dan lain-lain Peruntukan berkaitan.4. Anggaran Belanja Mengurus Tahunan
5. Pengelolaan Kursus
6. Perlantikan fasilitator LDP
7. Kutipan, Penyimpanan, Pemprosesan dan Penganalisisan Data
8. Pemantauan Perjalanan Kursus yang dilaksanakan9. Perjalanan Penilaian Program.10. Pendokumentasian Laporan-laporan Program.11. Cadangan serta Tindakan Susulan.12. Penglibatan Pegawai Pengantara JPN dengan bahagian-bahagian KPM dan agensi luar KPM.13. Tugasan Pegawai Resos LDP.14. Penyediaan Laporan Kewangan.15. Penjalanan Tugas-tugas lain dan Tugas-tugas Khas yang diarah dari semasa ke semasa.16. Kajian-kajian Keperluan dan Keberkesanan ProgramB.SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH /GABUNGAN
Merancang, mengurus dan melaksana perkara-perkara berikut;
1. Penyediaan surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan
sekolah-sekolah di bawah tadbiran PPD2. Peruntukan kewangan, perbelanjaan dan pembayaran sekolah bukan PTJ yang disalurkan melalui JPN.
3. Pelaporan prestasi perbelanjaan sekolah bukan PTJ kepada pihak JPN untuk maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan menyebarluaskan maklumat kepada PPP di sekolah.
4. Penyediaan maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan di peringkat PPD.
5. Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa.
6. Penyediaan maklumat/data PPP yang mengikuti kursus di
peringkat PPD
7. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat PPD.
8. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat sekolah/JPN sekiranya dipanggil.9. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah pedalaman.
10. kursus dalaman (in house traning) di peringkat PPD bagi sekolah Pedalaman.
11. Memantau pelaksanakan hari professional peringkat sekolah.12. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN / JK LDP Sekolah berhubung dengan program LDP sekiranya diminta.
13. Pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikanC. SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH
Merancang, mengurus dan melaksana perkara-perkara berikut;1. Penyediaan surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD.
2. Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah.3. Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD dan menyebarluaskan maklumat kepada PPP di sekolah.4. Mencadangkan kursus berasaskan keperluan sekolah kepada JPN .5. Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN.6. Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak PPD / Bahagian Iktisas setiap hujung bulan.7. Penyediaan maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan diperingkat sekolah.8. Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa.9. Kad Pelaporan Latihan.10. Pengemaskinian maklumat/data PPP berkaitan LDP di sekolah, di dalam pengkalan data dan setiap kali kursus dijalankan dan dihantar ke PPD apabila diminta.11. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah.12. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya
dipanggil.13. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di Sekolah.14. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house traning) di peringkat sekolah.15. Melaksanakan hari professional peringkat sekolah.16. Menyimpan borang permohonan berkaitan dengan kursus dan latihan dari BPG KPM dan bahagian-Bahagian lain.
17. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN/PPD berhubung dengan program LDP sekiranya diminta.18. Menyediakan pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikan.
4.2KAJIAN KEPERLUAN 4.2.1Garis Panduan Pelaksanaan Analisis Keperluan Latihan dalam Perkhidmatan
A. Objektif Pelaksanaan Analisis Keperluan ;
1. Mengenalpasti keperluan kursus guru-guru mengikut keutamaan2. Mengenalpasti keperluan kursus guru-guru mengikut keperluan
(what courses are needed by which target groups)
B.Cadangan Bidang / Skop:
1. Pengetahuan dan Profesionalisme
a. Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran/ Bidang Pengkhususan
b. Kandungan dan Kaedah Pedagogi
c. Pengurusan Kurikulum
d. Kreativiti dan Inovasi Pedagogi
2. Kemahiran Profesionalisme
a. Kejurulatihan
b. Penulisan Ilmiah
c. Kajian dan Penyelidikan Akademik
d. Kepimpinan
e. Pengurusan Kewangan
f. Pengurusan Strategik
3. Nilai dan amalan Profesionalisme
a. Nilai dan Etika
b. Komunikasi Berkesan
C.Pelan Tindakan Pelaksanaan Kutipan Data Untuk Analisis Keperluan Kursus (CARTA ALIR 1)1. Pengumpulan Data Analisis Keperluan Menggunakan Borang Soal Selidik Analisis Keperluan LDP (LAMPIRAN 3)a. Population Kajian: Semua guru-guru sekolah kerajaan (339, 882 Orang berkuatkuasa dari Januari 2008)
b. Respondent: 10% (Fraenkle & Wallen, 2000) atau mengikut jadual Kreajie & Morgan, 1972.c. Sampling method : Two-tier Cluster random sampling method (mengikut zon) atau random sampling method (mengikut 15 JPN)
d. Pengkaji: Pensyarah IPG, Pegawai JPN dan Pegawai Bahagian.
2. Analisis data bagi kajian Keperluan Kursus.a. Data dianalisis menggunakan mean dan peratusan.
b. Analisis data menggunakan perisian SPSS.
c. Di analisis oleh pengkaji (BPG, JPN dan pegawai Bahagian).
d. Pelaporan (BPG)CARTA ALIR 1:ANALISIS KEPERLUAN KURSUS
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
4.3BIDANG LATIHAN DAN KANDUNGAN KURSUS4.3.1 BIDANG LATIHAN
Fokus Latihan Dalam Perkhihmatan adalah bagi meningkatkan kualiti pendidikan melalui program peningkatan profesionalisme guru khususnya dalam :A. Pengetahuan Profesional ( 60% )1. Mempertingkat program-program peningkatan profesionalisme guru melalui kursus-kursus jangka panjang dan jangka pendek. 2. Memperluaskan program peningkatan akademik melalui program pensiswazahan guru dan pensarjanaan pensyarah IPG.B.Kemahiran Profesional ( 20% )1. Memperluaskan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Mempertingkat lagi latihan Pengajaran dan pembelajaran Sekolah Pedalaman
3. Memantapkan pelaksanaan program pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (EteMS)
4. Memantapkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum melalui peningkatan kemahiran kejurulatihan
5. Mempertingkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran
6. Mempertingkatkan pelaksanaan Kemahiran 3M, Prasekolah dan Pendidikan Khas.
7. Mempertingkatkan Komunikasi berkesan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
8. Mempertingkatkan kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.
9. Mempertingkatkan kreativiti melalui inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
10. Kemahiran mengendalikan pelajar bermasalah dalam pembelajaran
C.Nilai dan Amalan Profesional Keguruan ( 20% )1. Mempertingkatan program-program yang berkaitan dengan peningkatan jati diri, Emotional Spritual Quotient (ESQ), Soft Skill dan patriotisme,
2. Memantapkan sahsiah dan amalan-amalan profesional keguruan
3. Memantapkankan amalan Pendidikan Penyayang4.3.2KANDUNGAN KURSUSFOKUSSKOP LATIHANOBJEKTIFKOMPETENSILATIHAN YANG DIPERLUKANTEMPOHKUMPULAN SASAR
A. PENGETAHUAN PROFESIONALISME
Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran/ Bidang Pengkhususan Meningkatkan pengetahuan dalam pendidikan dan bidang mata pelajaran sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa
Mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh dalam amalan P& P
Meningkatkan korpus pengetahuan dalam pendidikan dan bidang mata pelajaran
Mengetahui dan memahami ilmu pengetahuan yang berkaitan pendidikan dan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan secara mendalam dan meluas.
Menjana pengetahuan untuk mempertingkatkan keberkesanan P&P.
Menggabung jalin pengetahuan dalam pelbagai situasi
Program Perkongsian Ilmu dalam bidang pengkhususan
Kursus Peningkatan dan Aplikasi Ilmu
Pembelajaran Berasaskan ProjekGuru Mata Pelajaran Berkaitan
Kandungan dan Kaedah Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge) Menyesuaikan kaedah pedagogi dengan keperluan pelajar
Memahami dan peka teori dan amalan terkini berkaitan dengan P&P
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran mengikut konteks dalam pembelajaran
Menggunakan pelbagai strategi pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar
Mengintegrasikan teknologi pengajaran terkini
Menghubung kaitkan amalan dengan teori-teori P&P
Mengaplikasikan teori-teori P&P dalam konteks pengajaran
Kursus Aplikasi Pedagogi Terkini mengikut tahap Kecerdasan Murid
Perkongsian Ilmu : Amalan terbaik Pedagogi Pendidikan
Aplikasi ICT dalam p & pGuru Mata Pelajaan Berkaitan
Pengurusan Kurikulum Merancang proses pembelajaran yang sempurna mengikut tahap pencapaian pelajar
Berkemahiran menganalisis pencapaian pelajar
Menentukan tindakan intervensi mengikut keperluan pelajar
Kemahiran mengurus kurikulum
Kemahiran membina item penilaian dan peperiksaan
Menguasai kemahiran menganalisi dan menginterpretasi data
Menentu dan melaksanakan kaedah intervensi yang sesuai
Penilaian dan Pentaksiran
pembinaan item
analisis item
Pengurusan Panitia
Pelan strategik
head-count
Guru Mata Pelajaran Berkaitan
Kreativiti dan Inovasi Pedagogi Memahami konsep inovasi pedagogi dalam pendidikan
Menginterpretasi dan mengaplikasikan konsep inovasi pedagogi dalam amalan P&P
Merefleksi inovasi pedagogi dalam pendidikan
Menguasai konsep inovasi pedagogi dalam pendidikan
Mempraktik inovasi pedagogi dalam amalan P&P
Berkongsi inovasi pedagogi dalam pendidikan Kursus Pedagogi Berkesan Bagi Guru Cemerlang
Kursus Strategi Pemulihan dan Masalah Pembelajaran
Guru Mata Pelajaran Berkaitan
B. KEMAHIRAN PROFESIONALISME
Kejurulatihan Menyediakan
- Kemahiran asas
- Kepengelolaan
program
- Kejurulatihan
- Kepegawaian dan Kepengadilan
- Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan teori andragogi
Berkeyakinan mengendalikan kursus dengan mengintegrasikan teori andragogi Mengaplikasi dan melatih pelajar dalam bidang kemahiran berkaitan
Mengamalkan prinsip andragogi dalam pemilihan strategi latihan dan pengisian kursus mengikut kumpulan sasar
Mengubahsuai kaedah dan isi penyampaian mengikut keperluan
Kebolehan berinteraksi dan berkomukasi dengan peserta
Kursus kursus : - Kemahiran asas
- Kepengelolaan
program
- Kejurulatihan
- Kepegawaian dan
Kepengadilan Kursus Mentoring dan Coaching
Kursus Team Building
Penulisan Ilmiah Membudayakan amalan pendokumentasian amalan pedagogi dan pendidikan terbaik
Berkongsi dan menyebarkan amalan pedagogi dan pendidikan terbaik
Berkemahiran menghasilkan pelbagai bentuk penulisan ilmiah
Menguasai kemahiran penulisan ilmiah
Menghasilkan pelbagai jenis penulisan ilmiah Kursus Kaedah Penulisan Ilmiah
artikal
jurnal
Modul P & P
Semua Guru
Kajian dan Penyelidikan Akademik Mengenal pasti isu kajian Berkemahiran menjalankan kajian Mempertingkatkan kepekaan terhadap perkembangan terkini dalam bidang pendidikan Berkemahiran membuat analisis dapatan kajian
Menguasai kemahiran menjalankan kajian
Mempunyai kemahiran mengakses kepada pelbagai sumber elektronik dan bukan elektronik
Berkongsi dapatan kajian dalam pelbagai forum Kursus Analisis Data
Kursus Jenis-Jenis Kajian
Kursus Kajian Tindakan
Kursus Reka Bentuk Kajian
Semua Guru
Kajian dan Penyelidikan Akademik Mengenal pasti isu kajian Berkemahiran menjalankan kajian Mempertingkatkan kepekaan terhadap perkembangan terkini dalam bidang pendidikan Berkemahiran membuat analisis dapatan kajian
Menguasai kemahiran menjalankan kajian
Mempunyai kemahiran mengakses kepada pelbagai sumber elektronik dan bukan elektronik
Berkongsi dapatan kajian dalam pelbagai forum Kursus Analisis Data
Kursus Jenis-Jenis Kajian
Kursus Kajian Tindakan
Kursus Reka Bentuk Kajian
Semua Guru
Kepimpinan Memahami dan menghayati ilmu dan teori kepimpinan Mengaplikasikan ilmu dan teori kepimpinan secara berkesan Menguasai ilmu dan teori kepimpinan
Berkebolehan memimpin secara berkesan Kursus Kepimpinan Berkesan
Kepimpinan Pengajaran
- Kepimpinan
Islam
Kepimpinan
Futuristik
Semua Guru
Ketua Panatia
Pengurusan Kewangan Memahami prosedur kewangan mengikut Peraturan Perbendaharaan semasa
Menyediakan kertas konsep bajet tahunan
Memahami konsep penilaian impak Menguasai kemahiran prosedur kewangan mengikut Peraturan Penbendaharaan semasa
Berkebolehan menyediakan kertas konsep bajet tahunan
Berkebolehan menganalisis keberkesanan kos
Kursus Asas KewanganSemua Guru
Pengurusan Strategik Memahami konsep pengurusan strategic Menterjemah konsep pengurusan strategik dalam amalan pengurusan makro dan mikro
Menguasai kemahiran menyediakan perancangan strategik
Menjana strategi yang bersesuaian dengan keperluan
Merancang dan melaksanakan tindakan susuklan mengikut keperluan
Kursus Pengurusan StrategikSemua Guru
C. NILAI DAN
AMALAN
PROFESIONALISME
Nilai dan Etika Meningkatkan pengetahuan mengenai Etika Perkhidmatan Awam dan Etika Guru Menghayati prinsip-prinsip utama Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan Etika Guru Berkemahiran menerapkan prinsip Nilai dan Etika murni untuk rakan sejawat Memahami dan mengetahui nilai dan etika Perkhidmatan Awam dan Etika Guru Mengamalkan prinsip-prinsip utama Nilai dan Etika
Mempunyai kemahiran menerapkan prinsip Nilai dan Etika murni di kalangan rakan sejawat Kursus Membangun Sahsiah Cemerlang
Kursus Pengurusan Tingkah Laku Dalam Kurikulum Kursus Pengurusan Tekanan / Pengurusan Krisis Kursus Peningkatan Integriti dan Budaya Kerja Cemerlang Kursus Pembelajaran Organisasi (LO)
Protokol dan EtiketSemua Guru
Komunikasi Berkesan Meningkatkan pengetahuan mengenai komunikasi berkesan Berkemahiran membuat komunikasi berkesan Memahami dan mengetahui prinsip-prinsip utama komunikasi berkesan Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan Kursus Komunikasi Berkesan Kursus Pengucapan Awam
Kursus Kemahiran PerundinganSemua Guru
Soft SkillMenguasai dan mengaplikasi kemahiran Halus Menguasai konsep Kemahiran Halus
Mempraktik Kemahiran Halus dalam amalan P&P Kursus Soft Skill
KursusStrategiPenerapan Soft Skill Dalam P & P
4.4TEMPOH LATIHAN
4.4.1Kursus Jangka Panjang
Satu Tahun 14 Minggu4.4.2Kursus Jangka Sederhana4.4.3Kursus Jangka Pendek 12 Minggu
Enam Minggu
Dua Minggu
Satu Minggu Tiga Hari4.5KAD PELAPORAN LATIHANBagi memenuhi keperluan kehadiran kursus tujuh hari setahun aktiviti yang diambilkira untuk tujuan pengisian Kad Pelaporan Latihan (LAMPIRAN 4) adalah seperti berikut: Kursus
Bengkel
Taklimat Profesional Seminar
Input in house Hari ProfesionalAktiviti professional yang melibatkan jangkamasa sekurang-kurangnya 6
jam terkumpul dianggap sebagai 1 hari berkursus.4.6 PROFIL PESERTA Borang Profil Peserta (LAMPIRAN 5) perlu diisi oleh peserta setiap kali mengikuti kursus.
4.7 PENCERAMAH/FASILITATOR/JURULATIH4.7.1 Sumber Kepakaran PENCERAMAH/FASILITATOR/ JURULATIHInstitusiKepakaran
1.
Guru Cemerlang
Di sekolah
Bidang kepakaran khususSekolahCth:
GC Matematik Men
Rekreasi matematik
Teknik Cepat Membaca
2.Pensyarah/ Pesara KerajaanKGSKCth:
Bidang Mata Pelajaran
Ko-Kurikulum
ICT
3.Jurulatih SekolahDaerah
NegeriCth:
Sukan Permainan
Bulan Sabit Merah
4.PensyarahIPG
IAB
IPTA
INTAN
IPTS dllCth:
Kepimpinan Pendidikan
Bidang Mata Pelajaran
ICT
Prasekolah
Pemulihan
Pengurusan Perubahan
Pengurusan Bilik Darjah, dll
5.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Jabatan/ Bahagian
JPN
PPDCth:
Inovasi Pedagogi
Pengurusan Tingkah laku
Pengurusan Tekanan
Motivasi Kecemerlangan
6.Perunding/KonsultanAgensi KerajaanNGO
Cth:
Kemahiran Belajar
ESQ dan Solf Skill Jurulatih Silat
Jurulatih Renang
7.Guru Berpakaran KhasSekolahCTH:
Penyelidikan
Inovatif Amalan Terbaik
Setiap penceramah yang telah dijemput untuk mengendalikan kursus dikehendaki mengisi Borang Profil Penceramah/Fasilitator/Jurulatih (LAMPIRAN 6) Borang Profil Penceramah/Fasilitator/Jurulatih hendaklah disimpan oleh urus setia sebagai rekod di pusat kursus.
4.8 PREMIS/ PUSAT KURSUS DAN KEMUDAHAN KURSUS Selaras dengan fokus kursus berasaskan sekolah/setempat, pusat kursus adalah dalam lingkungan 25 KM. ( Kecuali sekolah di kawasan pedalaman dan kemudahan infrastruktur tidak mencukupi). Untuk memastikan premis/pusat kursus dapat dimanfaatkan ke tahap maksima maka pihak sekolah, PPD, PKG, JPN, dan Institusi berkaitan perlu mengisi Senarai Semak Kemudahan Sekolah (LAMPIRAN 7) sebelum melaksanakan kursus. Bagi sekolah-sekolah di kawasan pendalaman kursus-kursus di urus dan dikendalikan oleh PPD/JPN. Sekolah-sekolah pendalaman adalah lebih menjimatkan diurus dan dikendalikan secara pakej sama ada di premis swasta atau kerajaan.
4.9 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN LDP 4.9.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk :
i. Menjelaskan beberapa perkara berkaitan penggunaan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi melaksanakan kursus-kursus dalam perkhidmatan. ii. Memaklumkan kepada semua Pusat Tanggungjawab yang menerima peruntukan Latihan Dalam Perkhiidmatan dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan tanggungjawab menguruskan peruntukan tersebut.iii. Memudahkan perancangan perbelanjaan dan kawalan peruntukan.
Adalah diharapkan dengan adanya panduan ini Kursus-kursus dalam perkhidmatan akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, teratur serta mencapai matlamat yang dihasratkan.
4.9.2. OBJEKTIF
i. Menyeragamkan aktiviti perbelanjaan oleh PTJ selaras dengan peraturan kewangan sedia adaii. Membantu PTJ melaksanakan kursus-kursus dalam perkhidmatan dengan lebih cekap dan profesionaliii. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada penyelaras kursus akan pengurusan kewangan LDP.
4.9.3. DEFINISI KURSUS/TUGAS RASMI
i. Kursus :
Kursus bermakna sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sembil belajar, seminar dan bengkel yang bercorak latihan untuk meningkakan kemahiran anggota perkhidmatan awam selaras dengan Pekeliling Perbendaharaaan Bil 3 Tahun 2005 ( Kadar-Kadar dan Syarat Syarat Tuntutan Elaun , Kemudahan dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus )
Jenis Kursus
(a) Kursus Panjang
Bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am.
(b) Kursus Pendek
Bermakna sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk hari hujung minggu dan kelepasan am.
ii. Tugas Rasmi
Tugas Rasmi bermakna tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat sebagaimana terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2005 ( Kadar-Kadar dan Syarat Syarat Tuntutan Elaun , Kemudahan dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi)
iiiIbu Pejabat
Ibu Pejabat bermakna tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah :
(a) 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;
(b) 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
(c) 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai
iv. GredGred Gaji di bawah Sistem saraan Malaysia mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bi. 4 Tahun 2002.
v. Kajian Luar
Bermakna sebarang aktiviti yang diarahkan oleh Pusat Pengajian semasa berkursus di luar pusat pengajian samada untuk membuat penyelidikan ataupun disangkutkan disesuatu jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus.
vi. Pegawai
Bermakna seseorang pegawai tetap / sementara di dalam perkhidmatan awam.
ViiPenganjur
Bermakna badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan.
ViiiPusat Pengajian
Bermakna tempat yang sebahagian besar sesuatu kursus itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu, Pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat.
4.9.4 PUNCA KUASA
i. Peraturan Kewangan*
Punca kuasa kepada penggunaan peruntukan ini adalah dengan merujuk kepada :
(a)Arahan Perbendaharaan (AP)
(b)Pekeliling Perbendaharaan (PP)
(i) PP Bil. 2/2003
(ii) PP Bil. 3/2003
(iii) PP Bi.l 3/2005
(iv) PP Bil. 2/2005
(c)Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)
(d)Surat Pekeling Kementerian Pelajaran (SPKPM)
(e)Surat Kelulusan Khas Perbendaharaan
(f)Surat Kelulusan Khas KPM
(g)Kelulusan Mesyuarat Tertinggi KPM
(h)Surat Kelulusan Bahagian Pendidikan Guru
*Sebarang bentuk keraguan / kekaburan perlu merujuk kepada perkara (a) (h) yang dapat menghuraikan dengan lebih terperinci.
ii. Penekanan Penggunaan Peruntukan LDPGaris panduan penggunaan peruntukan LDP menekankan aspek berikut :
Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1999 (Garis Panduan untuk mengawal perbelanjaan) dan;
Arahan Pegawai Pengawal Bil. 1/2008 KPM Peruntukan Belanja Mengurus (KPM) bertarikh 4 Januari 2008
iii. PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Pusat Tanggungjawab yang menerima peruntukan ini adalah:
(a) Institut Pendidikan Guru (IPG) & ELTC;
(b) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);
(c) Bahagian Ikhtisas, KPM;
(d) Sekolah PTJ dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi Sekolah bukan PTJ
(e) Institut Aminuddin Baki - Yuran Pensiswazahan
(f) Bahagian Biasiswa - Yuran Pensiswazahan
iv. TANGGUNGJAWAB PTJ
Setiap PTJ adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara berikut :
a. Fokus Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang mengikuti kursus ini adalah : Guru Bilik Darjah;
Pengurus Pedagogi ;
Pegawai/Kakitangan yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
b. Premis Kursus
Pelaksanaan kursus-kursus perlu dijalankan di premis berikut :
i. Institut Pendidikan Guru (IPG)
ii. Pejabat Pelajaran Gabungan/ Daerah
iii. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN )iv. Pusat Kegiatan Guru (PKG)
v. Sekolah
vi. Premis-premis Kerajaan seperti :
Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum (PKK)
Dewan Masyarakat
Bilik Serbaguna.
vii. Premis Swasta (Jika Perlu)viii. Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan ( PLGDP ) c. Agihan Peruntukan LDP
Faktor-faktor berikut diambil kira dalam mengagihkan peruntukan LDP untuk tahun 2008.
Program-program utama yang diputuskan oleh KPM
Bilangan guru mengikut negeri
Prestasi perbelanjaan tahun sebelumnya
Keadaan geografi sesebuah negeri
Fungsi atau tugas PTJ dari segi latihan untuk guru
d. Mode dan Tempoh / Masa Kursus
Penekanan pelaksanaan kursus mulai tahun 2008 adalah seperti berikut :
(i) Pelaksanaan kursus secara school based.Diadakan pada hujung minggu di sekolah atau pusat-pusat berhampiran pada hari Sabtu secara berperingkat (Hari Profesional).
(ii) Cuti Semester persekolahan.
(iii) Kursus di premis luar yang memerlukan interaksi lebih dari 3 hari perlu bermula pada Rabu hingga Sabtu iaitu menggunakan satu hari cuti hujung minggu supaya hari Ahad/Isnin guru akan berada di sekolah (Kaedah secara pakej bergantung kepada keperluan dan logistik dan tidak digalakkan)4.9.5 PROSES AGIHAN WARAN Strategi pengoperasian LDP adalah secara school-based. Sehubungan itu pengeluaran waran peruntukan kepada semua PTJ yang terlibat adalah berasaskan konsep tersebut serta memberi peluang PTJ melaksakan konsep Lets managers manage.
i. Pengeluaran Waran
a. Pihak Urus setia (BPG) akan melaksanakan agihan peruntukan berdasarkan prinsip 70% pengeluaran waran dan 30% bagi waran kedua. Proses pengeluaran waran adalah seperti berikut Sila Rujuk Jadual 1:JADUAL 1
PENGELUARAN WARAN
b. Waran akan dikeluarkan ke JPN mengandungi 2 waran iaitu:
(i) Waran Pembangunan Staf (15%) mengandungi :
Kursus Kelolaan JPN (staf JPN & PPD)
Kelolaan B. Ikhtisas dan JPN
Kelolaan BPG-JPN (EteMS dan berkaitan)
Kelolaan BPG-JPN (Kokurikulum/Sukan)
Kelolaan BPG-JPN (Integrasi ICT)
(ii) Waran Sekolah PTJ /PPG/PPD bagi sekolah Bukan PTJ (40%).
In-House sekolah (60%) Menghadiri kursus anjuran JPN/IPG (40%)
c. JPN bertanggungjawab mengeluarkan dan merekod pengeluaran waran kecil ke PPG/PPD (sekolah bukan PTJ) dan Sekolah PTJ. Penghantaran waran perlu di SEGERAKAN ke PTJ.
d. Data agihan peruntukan perlu dihantar satu salinan ke Bahagian Pendidikan Guru
e. Waran ke Bahagian Ikhtisas, Bahagian Biasiswa dan Institut Aminuddin Baki akan dihantar terus ke PTJ berkenaan.
f. Waran ke Institut Pendidikan Guru akan dihantar terus ke IPG mengikut kemasukan Program dan bilangan pelajar.
g. Waran Tambahan tidak akan dikeluarkan kecuali mendapat kelulusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selaku Pengerusi LDP atau diturunkan kuasa kepada Pengarah BPG.
h. Pengeluaran baki waran (30%) akan dikeluarkan pada Julai 2008 (tertakluk tarikh menerima waran Induk dari Bahagian Kewangan).Pengeluaran baki tersebut juga bergantung kepada prestasi perbelanjaan 70% peruntukan yang telah dikeluarkan.
4.9.6 PENGGUNAAN PERUNTUKAN MENGIKUT OBJEK SEBAGAI (OS)
i. Penggunaan peruntukan JPN (Pembangunan Staf ) -15% meliputi :
(a) Tambang Perjalanan
(b) Bahan Kursus dan
(c) Perkhidmatan makanan bermasak/Pakej makan dan penginapan (mengikut keperluan)
ii. Penggunaan peruntukan PPG/PPD PTJ atau Sekolah PTJ (Pembangunan Staf ) - 40% meliputi :
(a) Tambang Perjalanan guru (aktiviti P & P sahaja)
(b) Bahan Kursus
(c) Perkhidmatan makanan bermasak.
Pihak Sekolah PTJ adalah TIDAK DIGALAKKAN menggunakan peruntukan ini untuk tujuan:
Pakej makan dan penginapan di premis swasta; atau Menggabungkan peruntukan sekolah-sekolah untuk mengadakan pakej; atau
Menggunakan peruntukan untuk tujuan selain dari kursus Pengajaran dan Pembelajaran.
iii. Penggunaan peruntukan Bahagian Ikhtisas (Pembangunan Staf ) -5% meliputi :
(a) Tambang Perjalanan
(b) Bahan Kursus dan
(c) Perkhidmatan makanan bermasak/Pakej makan dan penginapan (mengikut keperluan)
v. Penggunaan peruntukan Institut Pendidikan Guru (Kursus jangka Panjang dan Pendek ) - 40% meliputi :
(a) Tambang Perjalanan
(b) Bahan Kursus dan
(c) Perkhidmatan makanan bermasak
vi.Penggunaan Objek Sebagai (OS)
(a) Penggunaan Objek Sebagai (OS) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2004 Penjenisan Kod Bagi hasil dan Perbelanjaan
(b) Bagi tujuan pelaksanaan kursus, penggunaan OS yang terlibat adalah OS21000, OS24000, OS27000 dan OS29000
(c) Penggunaannya adalah seperti berikut :
OS21000 :
Bayaran perjalanan dan sara hidup kakitangan meliputi bayaran tambang (bas teksi,kapal terbang, bot), penginapan, makanan dan minuman dan bayaran-bayaran lain seperti tol, bayaran lapangan terbang dan bayaran meletak kereta.Pelaksanaanya khususnya Sekolah PTJ:i. Pembiayaan tambang bagi kursus anjuran IPG- Kursus Pendek kelolaan IPG (KPKI) dan anjuran Bahagian/Daerah
ii. Tuntutan tambang termurah
iii. Berkongsi kereta OS24000 :
Bayaran untuk menyewa atau memajak tanah, bangunan, kemudahan dan alat kelengkapan. OS27000 :
Perbelanjaan bagi pembelian semua bekalan dan bahan-bahan termasuk pembelian barang tak luak yang berharga kurang daripada RM500.00 setiap satu atau tidak dijeniskan sebagai harta modal di bawah Kod 34000 dan Kod 35000. Harga belian adalah termasuk kos pengangkutan. Antaranya Bekalan Pejabat, Bekalan Am, Bekalan Riadah, Bekalan Perubatan Kesihatan dan Pergigian, Bahan Fotografi OS29000 :
Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan lain yang dibeli dan Hospitaliti. Antaranya Bayaran syarahan, Cetakan, makanan dan minuman dan sebagainya.
vi. PTJ adalah diminta mematuhi peraturan tersebut dan di LARANG sama sekali membuat bayaran mengikut budi bicara atau sebagainya. Tindakan akan diambil jika mana-mana PTJ menyalahgunakan atau menyeleweng peruntukan tersebut.4.9.7 PELAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN PTJ
i. Pelaporan Prestasi Perbelanjaan
Sumber peruntukan adalah di bawah peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (Aktiviti : 040102), BPG. Bahagian Pendidikan Guru seterusnya bertanggungjawab melaporkan prestasi perbelanjaan ke Bahagian Kewangan (Sila lihat Jadual 2) Semua sekolah PTJ menghantar laporan prestasi ke JPN sebelum 30hb setiap bulan. Sekolah yang peruntukan LDP dibawah Bahagian Ikhtisas perlu menghantar ke bahagian berkenaan sebelum 30hb setiap bulan. Semua JPN dan Bahagian Ikhtisas menghantar ke BPG sebelum 3hb setiap bulan.Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Aras 2-6 Blok E13,
Kompleks kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pembangunan, Bekalan dan Kewangan)
JPN bertanggungjawab melaporkan prestasi perbelanjaan seperti berikut :
Program Pembangunan Staf PPD (Bukan Sekolah PTJ)/Sekolah PTJ.
Laporan dihantar secara berasingan. Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2ii. Laporan prestasi perbelanjaan sekolah PTJ perlu disediakan secara komposit. Laporan terperinci setiap Sekolah PTJ bagi setiap bulan disimpan oleh JPN ,
JADUAL 2
PELAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN
vii. Pengurusan Pembayaran dan Laporan Bulanan Memastikan semua bil tuntutan pembayaran oleh pembekal dibayar dengan segera iaitu tidak lewat 14 hari dari tarikh bil-bil tersebut diterima selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara. Menyelenggara Daftar Bil. Mana-mana PTJ yang gagal menyelenggara Daftar Bil seperti ditetapkan akan dikenakan tindakan surcaj selaras dengan perkara 18(e), Akta Prosedur Kewangan 1952.
4.10 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 4.10.1 GARIS PANDUAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pemantauan dan penilaian kursus/program Latihan Dalam Perkhidmatan membabitkan semua pihak termasuk BPG, Bahagian atau Jabatan Negeri dan sekolah.
A. Konsep PemantauanPemantauan adalah satu tanggung jawab pengurusan yang dilakukan secara berterusan semasa pelaksanaan sesuatu kursus atau program Latihan Dalam Perkhidmatan. Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu melaksanakan pemantauan kursus/program.
1. Pemantauan adalah satu sistem untuk:
Mendokumentasikan pelaksanaan semua aktiviti program yang telah dirancang
Memproses data mentah
Mengukur sejauhmana kursus/program yang dirancang memenuhi keperluan peserta dan memenuhi perancangan yang dibuat
Menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak berkepentingan.
2. Pemantau memberi perhatian kepada perjalanan sesuatu program yang sedang dilaksanakan, mengukur dan melapor tentang kemajuan program berkenaan.
3. Secara khusus pemantauan adalah untuk :
Memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan Menyedarkan pihak yang berkenaan terhadap sebarang masalah dan keperluan program semasa
Mengambil tindakan segera/serta merta semasa kursus sedang berjalan secara sistematik bagi memperbaiki sebarang kekurangan yang telah dikenal pasti
B. Konsep Penilaian
1. Penilaian program Latihan Dalam Perkhidmatan merupakan satu proses sistematik mengumpul, menganalisis dan mentafsir data untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan program. Penilaian program akan dilakukan oleh Bahagian Pendidikan Guru selaku urusetia LDP. Namun begitu, penilaian kursus akan dilaksanakan oleh semua pusat tanggungjawab iaitu BPG, Bahagian/JPN dan pihak sekolah.
2. Penilaian dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan sama ada program diteruskan atau tidak. Selain itu, penilaian dilaksanakan untuk melihat kekuatan dan kelemahan program bagi tujuan perancangan masa depan.
3. Secara khusus objektif penilaian adalah untuk: Mengenal pasti kesesuaian program
Mengenal pasti sejauhmana faktor mempengaruhi
kesesuaian program
Mengenalpasti keberkesanan program dan faktor mempengaruhi
Mengenalpasti kecekapan pelaksanaan program
C.Tempoh Pemantauan dan Penilaian Dijalankan 1. Pemantauan dijalankan sepanjang pelaksanaan kursus.2. Penilaian pula dilaksanakan setelah kursus tamat atau hampir selesai dilaksanakan (lihat Rajah 1).
I. Personel Pemantau dan PenilaiPemantau program LDP sebaik-baiknya terdiri dari perancang dan pelaksana kursus LDP. Tugas utama pemantau adalah untuk mengumpul data dan maklumat yang boleh digunakan untuk membaiki program semasa pelaksanaan.
J. Langkah-langkah Pelaksanaan Pemantauan/Penilaian
Pelaksanaan pemantauan/penilaian kursus dan program latihan dalam perkhidmatan membabitkan langkah-langkah seperti Rajah 2 berikut :
CARTA ALIR 2 LANGKAH PELAKSANAAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Sediakan carta/pelan
Mengenal pasti maklumat /aspek hendak dinilai
Menentukan teknik pemantauan/penilaian
Memilih dan menyediakan instrumen yang membekalkan maklumat
Melaksanakan pemantauan/penilaian program
Menganalisis data
Menyediakan laporan
Mengambil tindakan penambahbaikan
/ubahsuai program
F.Pelan Pemantauan/PenilaianDalam melaksanakan pemantauan/penilaian program LDP, satu pelan yang disediakan dengan baik boleh membantu melicinkan pelaksanaan pemantauan dan penilaian. Antara langkah-langkah penyediaan pelan penilaian adalah seperti berikut:
1. Menentukan objektif/isu yang hendak dinilai membabitkan
Hasil pembelajaran
Kecekapan fasilitator
Pengurusan program
Penyediaan bahan bantu
Suasana pembelajaran
2. Menentukan maklumat yang diperlukan dalam penilaian
3. Mengenalpasti sumber-sumber maklumat
4. Membina instrumen pengumpulan data yang sesuai
5. Merangka pelan pengumpulan dan analisis data
6. Menyediakan jadual bagi setiap tugasan penilaian
7. Menentukan teknik menganalisis data
8. Menyediakan rangka laporan
9. Menyediakan laporan
G.Fokus Pemantauan dan Penilaian
Pemantauan dan penilaian yang dibuat adalah bertujuan untuk mengesan perkara-perkara berikut:
1. Reaksi peserta terhadap isi kandungan, stail penyampaian, bahan dan kemudahan
2. Pembelajaran pengetahuan yang dipelajari dan kemahiran yang dikuasai
3. Perubahan tingkah laku
4. Hasil membabitkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja dan implikasi kepada organisasi dan perubahan di tempat kerja.
H.Menentukan teknik pemantauan/penilaian
Antara teknik yang boleh digunakan bagi pengumpulan data adalah pemerhatian, soal selidik, temu bual, bertulis, analisis dokumen, ujian pra dan ujian pasca, ujian pencapaian, dan sebagainya. Instrumen boleh digunakan sebelum/pra kursus, semasa kursus, akhir kursus dan penilaian selepas kursus.
I.Pengumpulan data menggunakan instrumen seperti berikut:
Soal Selidik
Senarai Semak
Temubual Berstruktur Pemerhatian Berstruktur Ujian
Analisis Rekod Kehadiran
Laporan Fasilitator
Melaksanakan pemantauan dan penilaian program perlu menggunakan teknik dan instrumen yang sesuai. Perlu juga diambil perhatian tentang maklumat berbentuk lisan dan perlakuan non verbal; mematuhi masa yang ditetapkan dan menentukan semua item atau soalan dijawab. Semua instrumen dikumpulkan mengikut responden.
J. Menganalisis Data
1.Setelah data dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai instrumen, data mentah tersebut diproses menjadi maklumat yang bermakna kepada pihak yang memerlukannya. Pihak pusat tanggungjawab akan membuat analisis data pemantauan dan penilaian bagi kursus atau program masing-masing.
2.Data mentah yang diperolehi perlu diproses bagi memberi gambaran sebenar untuk membantu dalam membuat keputusan bagi program yang sedang berjalan atau telah dilaksanakan. Data yang diproses seharusnya diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami (angka, peratusan, dan kekerapan) untuk disampaikan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjutan.
K.Penyediaan Laporan
Laporan pemantauan/penilaian akan disediakan oleh pusat tanggungjawab dan dihantar ke BPG. Laporan tersebut membabitkan beberapa perkara seperti berikut:
Tajuk
Tempoh/masa
Kumpulan sasaran
Kaedah
Instrumen
Dapatan
Rumusan
Cadangan L. Proses Kerja Pengoperasian Pemantauan Kursus/Program
BilProses KerjaTindakan
1Penentuan pelan, mengenalpasti maklumat, menentukan teknik, dan pembinaan instrumen - penyelarasan oleh BPG bersama pegawai latihan pusat tanggungjawab
2Mentadbir instrumen/pelaksanaan pemantauan PPD/JPN/BHG
3Menganalisis data - PPD/JPN/BHG
4Membuat laporan pemantauan/kajian PPD/JPN/BHG
5Menyelaras laporan akhir, Pusat tanggung jawab mengambil tindakan serta merta mengikut keperluan berdasarkan laporan - PPD/JPN/BHG
6PPD menghantar laporan ke JPN dan menghantar laporan ke BPG
7Penambahbaikan kursus/program di peringkat PPD dan JPN/BHG
8Menganalisis laporan BP
9Membentang laporan ke pengurusan KPM
Carta Aliran 2
Pengoperasian Pemantauan Kursus/Program
1. Pembinaan instrument - BPG
2. Mentadbir instrumen/pelaksanaan pemantauan PPD/JPN/BHG
3. Menganalisis data- PPD/JPN/BHG
4. Membuat laporan pemantauan/kajian PPD/JPN/BHG
5. Menyelaras laporan akhir- PPD/JPN/BHG
Pusat tanggung jawab mengambil tindakan serta merta mengikut keperluan berdasarkan laporan6. PPD menghantar laporan ke JPN dan JPN
menghantar laporan ke BPG
7. Penambahbaikan kursus/program di peringkat PPD dan JPN/BHG
8. BPG menganalisis laporan
9. Membentang laporan ke pengurusan KPM
M. Proses Kerja Pengoperasian Penilaian Kursus/Program
BilProses KerjaTindakan
1Penentuan pelan, mengenalpasti maklumat, menentukan teknik, dan pembinaan instrumen - penyelarasan oleh BPG bersama pegawai latihan pusat tanggungjawab
2Mentadbir instrumen/pelaksanaan pemantauan PPD/JPN/BHG
3Menganalisis data - PPD/JPN/BHG
4Membuat laporan pemantauan/kajian PPD/JPN/BHG
5Penyelarasan laporan akhir dibuat oleh pusat tanggung jawab dengan mengambil tindakan serta merta mengikut keperluan berdasarkan laporan daripada PPD/JPN/BHG
6PPD menghantar laporan ke JPN dan menghantar laporan ke BPG
7Penambahbaikan kursus/program di peringkat PPD dan JPN/BHG
8Menganalisis laporan - BPG
9Membentang laporan ke pengurusan KPM
Carta Aliran 3 Pengoperasian Penilaian Kursus/Program
1. Pembinaan instrument - BPG
2. Mentadbir instrumen/pelaksanaan pemantauan PPD/JPN/BHG
3. Menganalisis data- PPD/JPN/BHG
4. Membuat laporan pemantauan/kajian PPD/JPN/BHG
5. Menyelaras laporan akhir- PPD/JPN/BHG
Pusat tanggung jawab mengambil tindakan serta merta mengikut keperluan berdasarkan laporan
6. PPD menghantar laporan ke JPN dan JPN
menghantar laporan ke BPG
7. Penambahbaikan kursus/program di peringkat PPD dan JPN/BHG
8. BPG menganalisis laporan
9. Membentang laporan ke pengurusan KPM
PENGOPERASIAN PEMANTAUAN PROGRAM DAN KURSUS
LATIHAN PERKHIDMATAN
Pelaporan Kursus/program
BPG sahaja
B Pemantauan dan pelaporan JPN kendalian JPN/sekolah SEKOLAH
PUS. LATH
P -PSPN
BHG BHG IP Laporan Pemantauan Pemantauan dan pelaporan
G program/kursus kendalian
Bahagian masing-masing
Pemantauan
Dan pelaporan
(program/kursus BPG sahaja)
Catatan: JPN melaksanakan pemantauan program dan kursus di sekolah dan di pusat bagi latihan dalam perkhidmatan kendalian JPN. Bahagian-bahagian KPM juga melaksanakan pemantauan bagi program/kursus dan dikendalikan oleh Bahagian masing-masing. Manakala BPG melaksanakan pemantauan dan pelaporan bagi program/kursus di Jabatan Pelajaran Negeri bawah kelolaan BPG di IPG dan pusat latihan yang lain. JPN dan Bahagian mengambil tindakan penambahbaikan serta merta bagi pelaksanaan kursus sekiranya perlu. Laporan akhir pemantauan program dan kursus dihantar ke BPG oleh Bahagian dan JPN. BPG melaporkan rumusan pemantauan ke peringkat pengurusan KPM.
PENGOPERASIAN PENILAIAN PROGRAM DAN KURSUS
LATIHAN PERKHIDMATAN
Catatan : Penilaian dan pelaporan program LDP dilaksanakan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Guru sebagai urus setia LDP. Pihak sekolah/JPN/Bahagian dan pusat latihan akan melaksanakan sendiri penilaian kursus masing-masing dan laporan penilaian kursus perlu dihantar ke JPN/BHG. Laporan akhir penilaian kursus dihantar oleh JPN/Bahagian ke Bahagian Pendidikan Guru untuk dilaporkan ke peringkat atasan KPM.CONTOH PELAN PEMANTAUAN/PENILAIANBIDANG
DINILAIOBJEKTIF PENILAIANMAKLUMAT PENTINGSTRATEGI PEMANTAUAN/PENILAIANSUMBER BERDATAINSTRUMENPEMANTAUAN/PENILAIJADUAL PENGUMPU-LAN DATAANALISIS DATA
REAKSI- pandangan terhadap program
Jenis kursus, bil pesertaFasilitator,peserta
PEMBELAJARAN- hasil dijangkakan
PERLAKUAN- Tindakan yang perlu dilakukan tentang program
HASIL- sejauhmana dapat memanfaatkan kursus dari segi kewangan, masa dan tenaga
4.11 PENSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN 1. Untuk tujuan pensijilan dan kredit tambah satu sistem penilaian pra dan post kursus perlu disediakan dengan menggunakan item penilaian yang standard bagi semua aras yang dapat menilai keberkesanan kursus. 2. Jenis-Jenis Sijil
a. Sijil Kemahiran / Kecekapan ( Dinilai oleh Badan Pefesional)b. Sijil Pencapaian
(Minimum 15 jam melayakkan diberi sijil pencapaian)
c. Sijil Kehadiran
(Perlu ada No Siri, No Kad Pengenalan Peserta)
3. Agensi Menganugerah Sijil
a. Kementerian Pelajaran Malaysia b. Institut Pendidikan Guruc. Badan Profesional seperti Malaysia Quality Agency (MQA) dan INTAN4. Syarat-syarat dan terma penganugerahan sijil
a.Antara item yang perlu dinilai;
Kehadiran
Pemerhatian
Ujian kertas pensil
b.Bentuk Penilaian Formatif Sumatif 5. Rekod Kehadiran/Pengesahan Kesesuaian Kursus dan Penganugerahan sijil
a. Kehadiran kursus akan direkodkan dalam kad pelaporan kursus. Ketua Jabatan/ Pengetua / Guru Besar boleh membuat pengesahan bidang kursus yang PPP hadir sesuai dengan bidang tugas hakiki.b. Sijil kehadiran kursus yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akan dikeluarkan di akhir tahun setelah PPP menghadiri kursus-kursus bagi tahun tersebut.c. Kad pelaporan kursus boleh dijadikan bukti kehadiran peserta kursus jika diperlukan untuk tujuan perkhidmatan4.12AKREDITASIA. Kriteria Pemberian Kredit
1.15 jam interaksi diberi satu kredit
(Contoh: Semua bentuk kuliah)
2.45 jam amali diberi satu kredit
(Contoh: Kegiatan makmal, padang, praktikal, muzik dan bengkel)
B.Kredit akan dinyatakan dalam transkrip yang akan disediakan oleh
Setia Usaha Peperiksaan (SUP) Bahagian/JPN/IPG.
C.Mode Kursus yang akan dijalankan mengikut kesesuaian:
Contoh:
1. Kursus dijalankan selama tiga hari secara berterusan (satu hari sekurang-kurangnya 6 jam)
2. Kursus dijalankan secara bersiri atau berfasa.
Syarat pemberian kredit perlu memenuhi semua komponen
yang ditetapkan dalam penganugerahan sijil.
4.12 KAWALAN KUALITIA. Untuk menjamin kualiti bagi kursus yang akan diberikan satu kredit,
struktur dan bentuk penilaian kursus hendaklah dihantar ke BPG (untuk perhatian Unit Peperiksaan dan Penilaian) untuk kelulusan pelaksanaan.
B. Bagi kursus yang kurang 15 jam perlu mendapat kelulusan daripada pihak institut/jabatan yang berkenaan untuk melaksanakannya.
4.13 PROMOSI Pihak BPG, JPN dan Bahagian-bahagian Ikhtisas mempromosikan latihan yang dilaksanakan melalui:
A. Penyebaran maklumat senarai kursus yang dijalankan secara on-line melalui laman web.
B. Penyediaan brosur bagi setiap kursus dengan maklumat terperinci dan disebarkan ke sekolah.4.14 PERMUAFAKATANFaktor kritikal yang menjamin keberkesanan pelaksanaan Latihan KPM di semua peringkat adalah permuafakatan dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan operasi latihan. Permuafakatan boleh mengembleng pelbagai sokongan seperti sumber tenaga, kepakaran, kewangan, kemudahan tempat kursus dan kemudahan peralatan infostruktur dan infrastruktur.A. Mesyuarat penyelarasan yang dikendalikan oleh BPG bersama
Bahagian KPM, JPN dan PPD.
B. Kerjasama di antara BPG dan JPN diperkukuhkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri (LDP).
C. Penganjur kursus boleh mendapatkan khidmat dan kepakaran pensyarah IPG, Pegawai Bahagian KPN, JPN, PPD, Guru, pensyarah IPTA/IPTS dan lain-lain agensi kerajaan serta agensi bukan kerajaan (NGO).D. Pengurusan sekolah boleh menjalin kerjasama lebih erat dengan PIBG, komuniti dan agensi swasta dalam mengendalikan kursus.
4.15 PELAPORAN PELAKSANAAN KURSUSPelaporan pelaksanaan kursus perlu disediakan oleh pihak pelaksana kursus atau program. Dokumen ini penting untuk menjadi rujukan pihak-pihak yang berkaitan bagi melihat prestasi dan mengukur setakat mana matlamat kursus atau program telah dicapai. Usaha-usaha penambahbaikan boleh dibuat berasaskan pelaporan yang disediakan.
Sekolah/Penganjur kursus hendaklah membuat pelaporan lengkap meliputi aspek-aspek berikut:
1.Tajuk Kursus/Program2.Tarikh3.Masa4.Tempat pelaksanaan kursus
5.Matlamat Kursus/Program6.Objektif Kursus/Program7.Jadual Kursus/Program8.Butiran kewangan
9. Analisis penilaian peserta kursus terhadap penceramah/fasilitator/jurulatih
10.Analisis penilaian peserta kursus terhadap kursus secara keseluruhan
11Post mortem12.Cadangan penambahbaikan
4.17 PENUTUP
Faktor kritikal yang menjamin kejayaan penyelarasan pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah kesediaan semua pihak menerima perubahan ke arah fokus latihan yang berasaskan sekolah. Kefahaman terhadap prinsip pembangunan profesionalisme guru sebagai komponen teras kepada sebarang perubahan dalam pendidikan amatlah penting khususnya dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah dalam semua aspek. Oleh itu perkembangan berterusan profesionalisme keguruan perlu terus disegarkan supaya guru terus cemerlang dan kekal cemerlang dalam profesion keguruan.Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
CADANGAN KURSUS MELIBATKAN GURU SEKOLAH
ANJURAN BAHGIAN/JPN:________________________
BILNAMA KURSUSBIDANG*TEMPOH KURSUSBIL PESERTASASARANTEMPATPENCERAMAH/
FASILITAORKOS
1OS21000:
OS24000:
OS27000:
OS29000:
2
3
4
...* Bidang Kursus
01 Pengetahuan Profesional
02 Kemahiran Profesional
03 Nilai dan Amalan Profesional Keguruan
Pengerusi
TandaTangan :____________________
JK Perkembangan Staf Bahagian/JPN
Tarikh
:
_______________________________
Cop Rasmi:
Format Cadangan Kursus
Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri
_______________________
CADANGAN LATIHAN PERKEMBANGAN STAF PERINGKAT SEKOLAH
BILNAMA KURSUSBIDANG*TEMPOH KURSUSBIL PESERTASASARANTEMPATPENCERAMAH/
FASILITAORKOS
1OS21000:
OS24000:
OS27000:
OS29000:
2
3
4
...* Bidang Kursus
01 Pengetahuan Profesional
02 Kemahiran Profesional
03 Nilai dan Amalan Profesional Keguruan
Pengerusi
TandaTangan :____________________
JK Perkembangan Staf
Tarikh
:
Sekolah_____________________
Cop Rasmi:
NO.SIRI
PPT/PPW
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
SOAL SELIDIK ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
(RESPONDEN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN )
Bahagian Pendidikan Guru akan menjalankan beberapa siri kursus latihan dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan anda terhadap kursus yang melibatkan kerjaya anda sebagai guru. Soal selidik ini juga mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri dan latarbelakang anda sebagai seorang guru. Bahagian B adalah senarai kursus dalam perkhidmatan yang dicadangkan. Bahagian C adalah soalan berbentuk terbuka untuk memberi peluang kepada anda menyatakan kursus-kursus lain yang anda perlukan tetapi tidak tersenarai di dalam senarai kursus yang dicadangkan.
Sila beri maklum balas tuan/puan bagi kesemua seksyen. Segala maklumat yang anda berikan akan membantu pihak kami melaksanakan kursus yang sesuai dengan keperluan anda dan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda di dalam tugas sebagai guru.Kerjasama dan bantuan yang pihak tuan/puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
BAHGIAN A: PROFIL RESPONDEN
1.Tarikh dilantik:(nyatakan) ..............................................
4.Tarikh disahkan(nyatakan) ..............................................
5.Jantina1. Lelaki
2. Perempuan
6.Bangsa1. Melayu 2 . Cina 3. India
3. Bumiputera Sabah / Sarawak 4. Lain-lain
7.Umur (nyatakan) ..........tahun (contoh: 38 tahun)
8.Status1. Bujang 2. Kahwin 3. Duda / Janda
10.Gred Jawatan 1. DG41 2. DG34 3. DG32 4. DG29 5. Lain-lain
11.Tempoh berkhidmat1. 25 tahun ke atas 2. 20 24 tahun
3. 15 19 tahun 4. 10 14 tahun
5. 6 9 tahun 6. 1 5 tahun
12.Opsyen semasa mengikuti program Diploma/Sijil Perguruan
13.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah
18.Lokasi tempat berkhidmat1. Bandar
2. Luar bandar
3. Pedalaman P1
4. Pedalaman P2
5. Pedalaman P3
BAHAGIAN B:
Bahagian ini mengandungi cadangan kursus yang mungkin anda perlukan untuk meningkatkan profesionalisme anda sebagai guru. Sila gunakan skala di bawah untuk menyatakan keperluan anda kepada kursus yang dinyatakan:
5: Sangat Perlu (SP)
4: Perlu (P)
3: Kurang Perlu (KP)
2: Tidak Perlu (TP)
1: Sangat Tidak Perlu (STP)
A. Pengetahuan Profesionalisme
Ilmu pengetahuan & pendidikan dan matapelajaran atau bidang pengkhususanSPPKPTPSTP
1. Program perkongsian ilmu dalam bidang pengkhususan
2. Kursus peningkatan dan aplikasi ilmu
3. Kursus Pembelajaran Berasaskan projek (Project based learning)
Kandungan dan kaedah pedagogi matapelajaran
SPPKPTPSTP
4. Kursus Aplikasi pedagogi Terkini mengikut kecerdasan murid
5. Perkongsian ilmu amalan terbaik pedagogi (the best practices) pendidikan peringkat antarabangsa
6. Aplikasi ICT dalam PLP
Pengurusan kurikulum
SPPKPTPSTP
7. Penilaian dan Pentaksiran : pembinaan item dan analisis item
8. Pengurusan Panatia: Pelan Strategik; head count
Kreativiti dan inoivasi pedagogi
SPPKPTPSTP
9. Kursus Pedagogi berkesan bagi guru
10. Kursus Strategi pemulihan dan masalah pembelajaran
B. Kemahiran Profesionalisme
Kejurulatihan (Training of Trainers)
SPPKPTPSTP
11. Kursus Mentoring dan Coaching
12. Kursus Team building
Kejurulatihan dan Pentauliahan Kokurikulum
SPPKPTPSTP
13. Kursus Kemahiran Asas
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
14. Kursus Kejurulatihan
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
15. Kursus Kepegelolaan dan Pentadbiran
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
16.Kursus Kepegawaian dan Pengadilan
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Sukan Permainan
Penulisan Ilmiah
SPPKPTPSTP
17. Kursus Kaedah Penulisan ilmiah : artikel, jurnal, modul P&P
Kajian dan penyelidikan Akademik
SPPKPTPSTP
18. Kursus Analisis data
19. Kursus Jenis-jenis Kajian
20. Kursus Kajian Tindakan
21. Kursus Reka bentuk kajian
Kepimpinan
SPPKPTPSTP
22. Kursus kepimpinan berkesan
23. Kepimpinan pengajaran (Instructional leadership)
24. Kepimpinan Islam
25. Kepimpinan futuristik
Pengurusan Kewangan
SPPKPTPSTP
26. Kursus asas kewangan
Pengurusan Strategik
SPPKPTPSTP
27. Kursus Pengurusan strategik
28. Kursus Pengurusan Perubahan
C. Nilai dan Amalan Profesionalisme
Nilai dan Etika
SPPKPTPSTP
29. Kursus membangun sahsiah cemerlang
30. Kursus pengurusan tingkah laku dalam kurikulum
31. Kursus pengurusan tekanan atau pengurusan krisis
32. Kursus Peningkatan integriti dan budaya kerja cemerlang
33. Kursus pembelajaran organisasi (learning organization)
34. Kursus protokol dan etiket.
Komunikasi berkesan
SPPKPTPSTP
35. Kursus komunikasi berkesan
36. Kursus pengucapan awam
37. Kursus kemahiran perundingan
BAHAGIAN C
Sila nyatakan kursus-kursus lain yang anda perlukan tetapi tidak tersenarai di dalam senarai kursus yang dicadangkan.
KAD PELAPORAN LATIHAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN ______________
NAMA:
KAD PENGENALAN:
JAWATAN:
BAHAGIAN/JABATAN:
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS:
No Tel Pejabat / Mobile:
Penggunaan Kad Pelaporan Latihan, KPM1. Dapatkan kebenaran mengikuti kursus daripada Ketua Jabatan masing-masing
2. Selepas berkursus,minta pengesahan daripada Ketua Jabatan/
Penyelia Kursus menggunakan kad ini
3. Hantar Kad ini ke Unit Pentadbiran untuk direkodkan dalam
BRP
4. Pastikan setiap salinan turut dikemukakan bersama(sekiranya latihan yang dihadiri bersijil)
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
"Pegawai Perkhidmatan Awam hendaklah mengikuti latihan sekurang-
kurangnya tujuh (7) hari setahun"Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1-5,Blok E12Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 W.P. PUTRAJAYA(u.p. Bahagian Sumber Manusia)
Tel No: 03-8884 7231 / 7885 / 7970 / 7985
Fax No: 03 - 8884 7925
KAD PELAPORAN LATIHAN
BILNAMA KURSUSANJURAN/TAJAANTEMPAT KURSUSTARIKH KURSUSBILANGAN HARI/JUMLAH JAMPENGESAHAN KETUAJABATAN/PENYELIA KURSUS
Seminar/Ceramah/Bengkel/ Latihan yang diadakan berdasarkan jam boleh dikira bilangan hari berdasarkan pengiraan berikut: 6 jam seminar/ ceramah/ bengkel/ latihan = 1 hari kursus.BORANG PROFIL PESERTA
Nama Kursus:______________________Kod Kursus:________________
Tempat Kursus:___________________________
BilMaklumatNyatakan:
1. Nama :
2. No. Kad Pengenalan :
3. Jawatan :(nyatakan) ..............................................
4. Gred Jawatan :(nyatakan) ..............................................
5. No. Fail Jabatan :(nyatakan) ..............................................
6. Tarikh dilantik :(nyatakan) ..............................................
7. Tarikh disahkan :(nyatakan) ..............................................
8. Nama Sekolah/ Pejabat :
9. Jantina :Lelaki
Perempuan
10. Bangsa :Melayu
Cina
India
Bumiputera Sabah / Sarawak
Lain-lain
11. Umur :..........tahun
12. Status Perkahwinan :Sudah
Belum
13. Tempoh berkhidmat :1-5 tahun
6-9 tahun
10-14 tahun
15-19 tahun
20-24 tahun
25 tahun keatas
14. Opsyen semasa mengikuti Program : Ijazah/Diploma/KPLI/ Sijil Perguruan(nyatakan) ..............................................
15. Mata pelajaran yang diajar di sekolah(nyatakan) ..............................................
16. Alamat surat menyurat :
17. No. Telefon :Rumah
Bimbit
18. Nama dan alamat waris :
No. Telefon :Rumah/Bimbit
TandaTangan :
Tarikh :
PENCERAMAH/FASILITATOR/JURULATIHBilMaklumatNyatakan:
1Nama :
2No. Kad Pengenalan :
3Jawatan :
4Gred Jawatan :
5Jabatan/ Pejabat :
6Kelayakan Akademik:
7Kelayakan Profesional:
8Bidang Kepakaran:
9Pengalaman Dalam Bidang Kepakaran1-5 tahun
6-9 tahun
10-14 tahun
15-19 tahun
20 tahun ke atas
10Penyelidikan/Penerbitan
11Umur :
12Alamat surat menyurat :
13No. Telefon :Rumah
Bimbit
14TandaTangan :Tarikh :
SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DI SEKOLAH
SEKOLAHBilanganKemudahan/
Kelengkapan
1.
Dewan Kuliah
Kapasiti 70 ke atas
Kapasiti 40-70
Kapasiti 40 ke bawahTanda diruang berkaitan:
Pendingin hawa
Kerusi/Meja
LCDSistem Audio/Visual
Kemudahan PC/Notebook
Akses Internet
Lain-lain peralatan yang sesuai dengan kursus
2.Bilik Darjah
Makmal
Komputer
Sains
KH
Muzik
Bahasa
3.Dewan Besar
4.Gimnisium
5.Gelanggang
6.Padang
7.Dataran Kejat/Padang Kawat
8.Pusat Pendidikan luar/Pusat Koko
9.Bengkel
LAMPIRAN 8
Model Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan
CARTA PENGOPERASIAN LDP
LAMPIRAN 4
LAMPIRAN 3
Penempatan Peserta
Pelaporan / Data
Pangkalan
Data
Premis Swasta
Kewangan
Pemantauan
B
P
G
Pemantauan
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 1
PETUNJUK:
BTPN -Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
IPG-Institut Pendidikan Guru
PKG-Pusat Kegiatan Guru
PLGDP-Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan
Analisis Keperluan
Penilaian Kursus
Pelaksanaan
PETUNJUK:
SEKOLAH
Pejabat Pelajaran Daerah
Jabatan Pelajaran Negeri
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Jabatan/Bahagian KPM
Short listing
Penilaian dan Pelaporan Kursus
Short listing
Need Analysis
BPG
Sekolah-sekolah di bawah kawalan :
Bhg. Teknik & Vokasional
Bhg. Pend. Khas
JAPIM
Bhg. Pengurusan Sek. Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
Need Analysis
SEKOLAH
PUSAT LATIHAN
BTPN
IPG
PKG
PLGDP
B
P
G
JPN
BHG
Penilaian dan Pelaporan Program
Penilaian dan Pelaporan Program
PETUNJUK:
BTPN -Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
IPG-Institut Pendidikan Guru
PKG-Pusat Kegiatan Guru
PLGDP-Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan
SEKOLAH
PUSAT LATIHAN
BTPN
IPG
PKG
PLGDP
JPN
Pelaksanaan
- Kandungan
Kursus
- Ambilan
- Penilaian
Pencalonan Peserta
Kepakaran
Luar
Jurulatih
Fasilitator
Penceramah
Bhgn KPM
Analisis keperluan
- Bidang
- Unjuran
Maklumat Keperluan Bidang Latihan
PUSAT LATIHAN
PLGDP
IPG
PSPN
PKG
Sekolah
Dasar LDP
LAMPIRAN 5
LAMPIRAN 6
LAMPIRAN 7
IAB
BHG. BIASISWA
IPG / ELTC
JPN
Bahagian Ikhtisas
Sekolah peruntukan LDP di bawah Bhg Ikhtisas
PPD/ PPG ( sek bukan PTJ )
Sekolah
PTJ
Bhg. Ikhtisas
SEKOLAH PTJ
PPG/PPD (SEK. BUKAN PTJ)
BPG
IAB
Bhg. Biasiswa
IPG/ELTC
JPN
30PAGE 0