garis panduan kriteria penubuhan...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus...

24
1 GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN ‘FOCUS GROUP’ (FG), ‘CENTER OF RESEARCH’ (COR), ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) DAN PROSES KERJA PELANTIKAN AHLI DI BAWAH FG, COR, COE DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada staf Universiti dalam merancang dan melaksanakan penubuhan ‘Focus Group’ (FG), ‘Center of Research’ (COR), ‘Center of Excellence(COE) dan proses kerja pelantikan ahli di bawah FG, COR, COE di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 2.0 TAKRIFAN a) ‘Fokus Group’ atau Kumpulan Fokus (FG) merujuk kepada suatu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan kecil dalam bidang tertentu di bawah pengurusan fakulti. b) ‘Center of Research’ atau Pusat Penyelidikan (COR) merujuk kepada suatu kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan besar dalam bidang tertentu di bawah pengurusan fakulti.

Upload: others

Post on 24-Aug-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

1

GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN

DAN PELAKSANAAN ‘FOCUS GROUP’ (FG),

‘CENTER OF RESEARCH’ (COR), ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) DAN

PROSES KERJA PELANTIKAN AHLI DI BAWAH FG, COR, COE

DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada staf Universiti dalam merancang

dan melaksanakan penubuhan ‘Focus Group’ (FG), ‘Center of Research’ (COR),

‘Center of Excellence’ (COE) dan proses kerja pelantikan ahli di bawah FG, COR, COE

di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2.0 TAKRIFAN

a) ‘Fokus Group’ atau Kumpulan Fokus (FG) merujuk kepada suatu kumpulan

penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan kecil dalam bidang

tertentu di bawah pengurusan fakulti.

b) ‘Center of Research’ atau Pusat Penyelidikan (COR) merujuk kepada suatu

kumpulan penyelidikan yang melaksanakan kajian dalam kumpulan besar dalam

bidang tertentu di bawah pengurusan fakulti.

Page 2: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

2

c) ‘Center of Excellence’ atau Pusat Kecemerlangan (COE) merujuk kepada:

i) Sebuah entiti yang menerajui suatu bidang penyelidikan/perkhidmatan yang

terfokus.

ii) Pusat Kecemerlangan boleh ditubuhkan dalam sebuah disiplin atau antara

disiplin.

iii) Pusat Kecemerlangan dipimpin oleh penyelidik yang bukan sahaja telah

menunjukkan kecemerlangan dalam penyelidikan/perkhidmatan tetapi juga

telah membuktikan diri sebagai pemimpin yang berwawasan untuk membina

komuniti penyelidik yang dinamik.

iv) Pusat Kecemerlangan merupakan pusat untuk menjalankan penyelidikan

bermutu tinggi dan mempunyai kolaborasi dengan agensi luar termasuk

institusi antarabangsa.

d) ‘Higher Institution Center of Excellence’ atau Pusat Kecemerlangan

Pengajian Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi merujuk kepada

sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan tahap

dan kualiti perkhidmatan dan rundingan kepada industri dan masyarakat. Lebih

70% aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat ini bertumpu kepada penyelidikan dan

inovasi manakala kurang 30% meliputi aspek perkhidmatan dan perundingan.

‘Higher Institution Center of Excellent’ atau Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi

(HICoE) bagi Teras Perkhidmatan merujuk kepada Sebuah pusat yang

menyediakan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri.

Lebih daripada 75% aktivitinya hendaklah meliputi aspek perkhidmatan dan

perundingan, manakala kurang daripada 25% meliputi aspek penyelidikan serta

pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

3

e) ‘Niche Area’ atau Bidang Tujahan merujuk kepada sesuatu bidang yang

berpotensi tinggi untuk memberikan impak kepada Universiti. Bidang tujahan

UTHM adalah Kejuruteraan dan Teknologi (Engineering & Technology), iaitu

merupakan integrasi antara aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (T&L) dan

Penyelidikan dan Inovasi (R&I) di Universiti.

f) ‘Principal Researcher (PR)’ atau Penyelidik Utama merujuk kepada staf

akademik yang dilantik sebagai Ketua Kluster dalam setiap bidang integrasi

tujahan utama (Integrated Niche Area) di setiap COR dan COE. Penyelidik Utama

mestilah dilantik dalam kalangan penyelidik yang berpengalaman dan mempunyai

kelulusan minima PhD ke atas serta gred jawatan minima Profesor Madya Gred

DS54/DS53.

g) ‘Senior Researcher’ atau Penyelidik Kanan (SR) merujuk kepada staf akademik

yang dilantik sebagai Penyelidik Sokongan dalam setiap bidang integrasi tujahan

utama (Integrated Niche Area) di setiap COR dan COE bagi tujuan membantu

Penyelidik Utama. Penyelidik Kanan mestilah dilantik dalam kalangan penyelidik

yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan minima PhD keatas serta gred

jawatan minima Pensyarah Kanan Gred DS52/DS51.

h) Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) - Merujuk kepada staf akademik yang

memegang jawatan Profesor Madya Gred DS53/DS54 dan ke atas serta memiliki

Ijazah Doktor Falsafah.

i) Ketua Pusat Penyelidikan (COR) - Merujuk kepada staf akademik yang

memegang jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/DS52 dan ke atas serta memiliki

Ijazah Doktor Falsafah.

j) Ketua Kumpulan Fokus (FG) - Merujuk kepada staf akademik yang memegang

jawatan Pensyarah Kanan Gred DS51/DS52 dan ke atas serta memiliki Ijazah

Doktor Falsafah.

Page 4: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

4

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi tumpuan dan fokus utama ke arah peningkatan pencapaian KPI

kumpulan penyelidikan FG, COR dan COE yang lebih baik dan berkualiti dan

seterusnya meningkatkan Rating/Ranking Universiti samada di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa.

3.2 Meningkatkan minat dan kesedaran serta pentingnya melakukan penyelidikan

kepada semua staf dan memastikan setiap staf terlibat dalam aktiviti penyelidikan,

perundingan, pengujian dan pengkomersilan mengikut kumpulan penyelidikan

yang bersesuaian dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah

ditetapkan.

3.3 Membantu pihak Universiti dalam meningkatkan tahap kualiti pengumpulan data

dan maklumat penyelidikan bagi tujuan kegunaan dalaman Universiti dan juga

pihak luar terutamanya bagi pihak KPM seperti MyRA, MyMOHES, SETARA dan

lain-lain.

3.4 Membantu pihak fakulti dan ORICC dalam melaksana perancangan dan strategi

yang lebih sistematik dan efektif supaya dapat mencapai sasaran KPI

penyelidikan, perundingan dan penerbitan bagi tahun berkenaan.

3.5 Membantu, mengawalselia serta memantau semua permohonan staf untuk

melaksanakan aktiviti penyelidikan, perundingan, pengujian, pengkomersilan dan

penerbitan.

3.6 Membantu Universiti melahirkan modal insan yang cemerlang dalam akitiviti

penyelidikan mengikut bidang keutamaan atau niche area melalui kumpulan

penyelidikan yang berfokus.

Page 5: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

5

3.7 Meningkatkan kualiti prasana kemudahan fasiliti penyelidikan yang berkualiti dan

bertaraf antarabangsa melalui penglibatan staf secara langsung dalam kumpulan

penyelidikan.

3.8 Memastikan proses pelantikan ahli bagi Kumpulan Fokus (FG), Pusat Penyelidikan

(COR) dan Pusat Kecemerlangan (COE) dilaksanakan secara bersistematik dan

jelas.

3.9 Memastikan setiap fakulti/ PTJ memahami peranan dan tugas yang

dipertanggungjawabkan dalam memastikan kelancaran proses pelantikan.

3.10 Memastikan setiap maklumat berkaitan penubuhan dan lantikan ahli di bawah FG,

COR dan COE dikemaskini dalam sistem serta boleh diakses dengan mudah oleh

pihak-pihak yang memerlukan.

4.0 KAEDAH DAN KONSEP PELAKSANAAN BAGI PENUBUHAN FG, COR DAN COE

4.1 Fakulti adalah diminta untuk melaksanakan penilaian kendiri (self-assessment)

terlebih dahulu sebelum memajukan kertas kerja permohonan penubuhan FG,

COR dan COE.

4.2 Laporan Penilaian Kendiri dalam format excel yang perlu disediakan terbahagi

kepada dua (2) bahagian iaitu; Bahagian I adalah tiga (3) Laporan Penilaian

Kendiri bagi pencapaian tiga (3) tahun berturut-turut mengikut kriteria

FG/COR/COE yang disandang, manakala Bahagian II adalah satu (1) Laporan

Penilaian Kendiri bagi memenuhi kriteria FG/COR/COE yang akan dipohon.

Laporan Kendiri dalam bentuk hardcopy dan softcopy beserta dokumen sokongan

hendaklah dimajukan bersama-sama dengan kertas kerja permohonan.

Page 6: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

6

4.3 Untuk proses penarafan atau naik taraf sesebuah kumpulan penyelidikan ia perlu

melepasi syarat khusus iaitu di mana jumlah markah (%) dalam Laporan Kendiri

mestilah sama atau tidak kurang dari 80% bagi tempoh minimum tiga (3) tahun

secara berturutan bagi FG/COR/COE yang disandang. Walau bagaimanapun,

pencapaian markah 80% secara tidak berturutan akan dipertimbangkan atas

justifikasi yang munasabah. Peraturan ini juga terpakai untuk permohonan baharu

FG, COR dan COE.

4.4 Setiap penubuhan kumpulan penyelidikan (COR dan COE) mestilah mendapat

kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan (JKPI) dan

seterusnya kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

4.5 Setiap penubuhan kumpulan penyelidikan (FG) memerlukan kelulusan Dekan

Fakulti dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan

(JKPI) untuk makluman.

4.6 Setiap kumpulan penyelidikan Pusat Kecemerlangan (COE) akan diketuai oleh

seorang Ketua COE yang juga merupakan salah seorang Penyelidik Utama

(Principal Researcher - PR) dalam COE tersebut, dengan dibantu oleh

beberapa Penyelidik Kanan (Senior Researcher - SR) seperti dalam Struktur

Organisasi FG-COR-COE UTHM dalam Lampiran 1.

4.7 Setiap kumpulan penyelidikan Pusat Penyelidikan (COR) akan diketuai oleh

seorang Ketua COR yang juga merupakan salah seorang Penyelidik Utama

(Principal Researcher - PR) dalam COR tersebut, dengan dibantu oleh

beberapa Penyelidik Kanan (Senior Researcher - SR) seperti dalam Struktur

Organisasi FG-COR-COE UTHM dalam Lampiran 1.

4.8 Setiap kumpulan penyelidikan Kumpulan Fokus (FG) akan diketuai oleh seorang

Ketua FG yang juga merupakan salah seorang Penyelidik Utama (Principal

Researcher - PR) dalam FG tersebut, dengan dibantu oleh beberapa

Penyelidik Kanan (Senior Researcher - SR) seperti dalam Struktur Organisasi

FG-COR-COE UTHM dalam Lampiran 1.

Page 7: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

7

4.9 Bilangan keahlian Penyelidik Utama (PR) dan Penyelidik Kanan (SR) untuk setiap

kumpulan penyelidikan (FG/COR/COE) boleh dirujuk di Lampiran 2.

4.10 Bagi tujuan pendaftaran, setiap staf akademik hanya dibenarkan menjadi ahli bagi

SATU (1) kumpulan fokus penyelidikan sahaja iaitu samada FG, COR, dan COE,

walau bagaimanapun, penglibatan staf akademik di dalam kumpulan penyelidikan

yang lain adalah dibenarkan sebagai Penyelidik Bersekutu (Affiliate Researcher –

AR).

4.11 Setiap kumpulan penyelidikan (FG, COR dan COE) perlu memastikan hanya satu

Bidang Keutamaan (Main Niche Area - MNA) sahaja yang akan didaftarkan. Walau

bagaimanapun, dibenarkan lebih dari satu pendaftaran untuk Integrasi Bidang

Keutamaan (Integrated Niche Area - INA). Bilangan Main Niche Area dan

Integrated Niche Area untuk setiap kumpulan penyelidikan (FG, COR dan COE)

adalah seperti di Lampiran 2.

4.12 Selain itu, tujuh (7) kriteria dan syarat khusus juga perlu dipenuhi mengikut nilai

peratusan yang berkenaan seperti di Lampiran 2.

4.13 Setiap COE ditempatkan di bawah Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E)

dan bertanggungjawab melapor kepada TNC (P&I) dalam hal keanggotaan staf,

bajet, pengurusan kewangan, dan pemantauan KPI di mana mengikut struktur

organisasi ketika ini, pihak ORICC berperanan sebagai Urusetia dari segi

pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan.

4.14 Semua FG dan COR adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa fakulti

iaitu dalam hal lantikan dan keanggotaan staf, bajet, pengurusan kewangan,

pemantauan KPI, pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan.

Page 8: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

8

4.15 Jumlah bilangan COR di setiap fakulti terhad kepada tiga (3) sahaja. Walau

bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan jangka panjang untuk menubuhkan

COR lebih daripada tiga (3), permohonan perlu dimajukan untuk kelulusan.

4.16 Carta Alir Permohonan Penubuhan ‘Focus Group’ (FG) Baharu adalah seperti di

Lampiran 3.

4.17 Carta Alir Permohonan Penubuhan ‘Center of Research (COR) dan ‘Center of

Excellence’ (COE) Baharu adalah seperti di Lampiran 4.

4.18 Manakala Carta Alir Permohonan Penambahbaikan/ Permurnian ‘Focus Group’

(FG) Sedia Ada adalah seperti di Lampiran 5.

4.19 Carta Alir Permohonan Penambahbaikan/ Permurnian ‘Center of Research’ (COR)

dan ‘Center of Excellence’ (COE) Sedia Ada adalah seperti di Lampiran 6.

5.0 KONSEP DAN KAEDAH PELAKSANAAN BAGI PELANTIKAN AHLI DI BAWAH FG,

COR DAN COE

5.1 Penetapan Dasar Pelantikan Penyelidik Utama (PR), Penyelidik Kanan (SR)

dan Penyelidik Bersekutu (AR)

5.1.1 Ketua Pusat Kecemerlangan (COE) dan Ketua Pusat Penyelidikan (COR)

dilantik oleh Naib Canselor. Manakala, Ketua Kumpulan Fokus (FG) dilantik

oleh Dekan Fakulti.

5.1.2 Penyelidik Utama (PR) dan Penyelidik Kanan (SR) di Pusat

Kecemerlangan (COE) dilantik oleh Pendaftar.

5.1.3 Penyelidik Utama (PR) dan Penyelidik Kanan (SR) dalam Kumpulan Fokus

(FG) dan Pusat Kecemerlangan (COR) di Fakulti dilantik oleh Dekan

Fakulti.

Page 9: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

9

5.1.4 Penyelidik Bersekutu (AR) di Pusat Kecemerlangan (COE) dilantik oleh

Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E).

5.1.5 Penyelidik Bersekutu (AR) dalam Kumpulan Fokus (FG) dan Pusat

Kecemerlangan (COR) di Fakulti dilantik oleh Dekan Fakulti.

5.1.6 Tempoh lantikan penyelidik sebagai Penyelidik Utama (PR) dan Penyelidik

Kanan (SR) di COE adalah selama lima (5) tahun dan boleh diperbaharui

semula mengikut prestasi semasa penyelidik.

5.1.7 Tempoh lantikan penyelidik sebagai Penyelidik Utama (PR) dan Penyelidik

Kanan (SR) di COR dan FG adalah selama tiga (3) tahun dan boleh

diperbaharui semula mengikut prestasi semasa penyelidik.

5.1.8 Setiap penyelidik yang telah dilantik samada PR atau SR di COE/COR/FG

hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja sebagai keahlian utama (major)

dan/atau hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja bagi keahlian kedua

(minor) sebagai Penyelidik Bersekutu (AR) samada di COE/COR/FG.

5.1.9 Jika penyelidik tidak dilantik sebagai PR atau SR samada di COE/COR/FG,

pendaftaran keahlian utama (major) sebagai AR perlu dibuat samada di

COE/COR/FG yang berkenaan, dan/atau hanya dibenarkan mendaftar

sekali sahaja bagi keahlian kedua (minor) sebagai Penyelidik Bersekutu

(AR) samada di COE/COR/FG.

5.2 Proses Kerja Pelantikan Penyelidik Utama (PR), Penyelidik Kanan (SR) dan

Penyelidik Bersekutu (AR) di Bawah Pusat Kecemerlangan (COE)

5.2.1 Pelantikan Baharu/Semula PR dan SR di COE adalah melalui kaedah

manual dan akan dikemaskini dalam Sistem Maklumat Staf (SMS)/Sistem

MyExpert oleh Pegawai di Pejabat Pendaftar. Carta Alir Proses Kerja

Pelantikan Baharu/Semula PR dan SR di COE ialah seperti di Lampiran 7.

Page 10: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

10

5.2.2 Pelantikan AR di COE dilaksanakan sepenuhnya secara online dalam

Sistem MyExpert. Pelantikan ini akan melalui beberapa peringkat perakuan

sehingga diluluskan oleh Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E).

Carta Alir Proses Kerja Pelantikan AR di COE adalah seperti di Lampiran

8.

5.2.3 Sehubungan itu, tiga (3) ‘tab’ baharu akan diwujudkan dalam Sistem

Maklumat Staf (SMS) iaitu Penyelidik Utama (PR), Penyelidik Kanan

(SR) dan Penyelidik Bersekutu (AR).

5.3 Pelantikan Penyelidik Utama (PR), Penyelidik Kanan (SR) dan Penyelidik

Bersekutu (AR) di Bawah Kumpulan Fokus (FG) dan Pusat Penyelidikan

(COR) di Fakulti

5.3.1 Pelantikan PR, SR dan AR di bawah FG dan COR di Fakulti akan

dilaksanakan sepenuhnya secara online dalam Sistem MyExpert.

Pelantikan ini akan melalui beberapa peringkat perakuan sehingga

diluluskan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan

Penerbitan) Fakulti. Carta Alir Proses Kerja Pelantikan PR, SR dan AR di

bawah FG dan COR di Fakulti adalah seperti di Lampiran 9.

5.4 Pewujudan Menu Input Data Bagi FG, COR dan COE Dalam Sistem MyExpert

5.4.1 Pewujudan menu input data bagi FG, COR dan COE secara online dalam

Sistem MyExpert dibahagikan empat proses kerja:

a) Penubuhan FG Baharu – Lampiran 10

b) Penubuhan COR dan COE Baharu – Lampiran 11

c) Penamaan Semua FG Sedia Ada – Lampiran 12

d) Penamaan Semula COR dan COE Sedia Ada – Lampiran 13.

Page 11: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

11

6.0 PENUTUP

Garis panduan ini akan menjadi rujukan dan prosedur untuk setiap kumpulan penyelidikan

samada di peringkat fakulti, ORICC dan Universiti. Ia adalah sah digunapakai bagi

permohonan baharu kumpulan penyelidikan serta pelantikan ahli-ahli di bawah FG, COR,

COE di Universiti.

Page 12: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

12

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI FG-COR-COE UTHM

(a) Center of Excellence (COE) – University Level

(b) Center of Research (COR) – Faculty Level

(c) Focus Group (FG) – Faculty Level

Notes:

MNA - Main Niche Area INA - Integrated Niche Area PR – Principal Researcher SR – Senior Researcher RC – Research Cluster FG – Focus Group

HEAD OF

COE

PR 1

PR 1

PR 1

PR 1

PR 1

SR 4

SR 4

SR 4

SR 4

SR 4

MNA = 1

INA = 6

Total researchers:

COE (min.): 6 + 6(4) = 30

PR 1

SR 4

INA = 4

MNA = 1

Total researchers:

COR (min.): 4 + 4(3) = 16

PR 1

PR 1

PR 1

PR 1

SR 3

SR 3

SR 3

SR 3

PR 1

SR 1

SR 1

SR 1

Total researchers:

FG (min.): 1 + 3 = 4

HEAD OF FG

HEAD OF

COR

MNA = INA = 1

LAMPIRAN 1

Page 13: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

13

Bil. % Bil. % Bil. %

Kelulusan penubuhan diluluskan oleh Senat, Eksekutif dan ahli LPU

Tempoh penubuhan (tahun)

Staf sepenuh masa 'Principal Researcher' - PR

Staf sepenuh masa 'Senior Researcher' - SR

Bilangan 'Main Niche Area' - MNA

Bilangan 'Integrated Niche Area' - INA

a) Ketua projek geran universiti (aktif tahun semasa) 1 5% 2 5% 3 5%

b) Ketua projek geran kebangsaan (aktif tahun semasa) 1 5% 3 5% 5 5%

c) Ketua projek geran antarabangsa (aktif tahun semasa) - - 1 5% 2 5%

d) Anugerah/Pertandingan peringkat kebangsaan oleh badan profesional, IHLs 2 10% 3 5% 5 5%

e) Anugerah/Pertandingan peringkat antarabangsa oleh badan profesional, IHLs 1 5% 2 5% 3 5%

a) Kumulatif sitasi penerbitan (Cumulative Citation of Publications) 20 2% 45 2% 75 2%

b) Penerbitan jurnal berindeks Scopus-ISI JCR 2 5% 5 4% 10 4%

c) Penerbitan jurnal/persidangan/prosiding berindeks Scopus 8 6% 18 3% 30 3%

d) Penerbitan jurnal (selain berindeks Scopus -ISI JCR) 1 3% 2 2% 3 2%

e) Penerbitan buku penyelidikan - - 1 2% 2 2%

f) Penerbitan bab dalam buku penyelidikan 1 2% 2 2% 3 2%

g) Penerbitan - laporan teknikal, majalah, suratkhabar, policy paper 1 2% 2 2% 3 2%

h) Jumlah geran penyelidikan kebangsaan (RM1k) 100 3% 300 2% 500 2%

i) Jumlah geran penyelidikan swasta (RM1k) 10 2% 60 2% 100 2%

j) Jumlah geran penyelidikan antarabangsa (RM1k) - - 30 2% 50 2%

k) Bilangan 'post-doctoral' kebangsaan dan antarabangsa - - 1 2% 1 2%

a) Bilangan PG bergraduasi (MSc/PhD) - Kebangsaan 2 5% 5 5% 8 5%

b) Bilangan PG bergraduasi (MSc/PhD) - Antarabangsa 1 2% 2 2% 3 2%

c) Bilangan PG enrolmen (MSc/PhD) - Kebangsaan 4 5% 9 5% 15 5%

d) Bilangan PG enrolmen (MSc/PhD) - Antarabangsa 1 3% 2 3% 3 3%

a) Paten produk - filing / granted - - 1 2.5% 3 2.5%

b) Produk pengkomersilan (Commercialized Products) - - - - 1 2.5%

c) Technology know-how licensing - - 1 2.5% 1 2.5%

d) IPR - copyrights/trademarks/original writing (buku karya asli) 1 10% 2 5% 3 2.5%

a) Jumlah pendapatan kasar dari latihan/kursus/R&D (licensing, etc) (RM1k) 1 1% 3 1% 10 1%

b) Jumlah pendapatan kasar dari perundingan dan khidmat makmal (RM1k) 2 3% 5 2% 30 2%

c) Endowmen daripada pihak luar (penyelidikan sahaja) (RM1k) - - 3 1% 5 1%

d) Sumbangan daripada pihak luar - duit, peralatan dan bahan, servis, dll (RM1k) 1 1% 5 1% 10 1%

a) Jumlah MOAs (mesti ditandatangani oleh NC) - - 1 2% 1 2%

b) Kerjasama projek penyelidikan di peringkat a/bangsa - bil. staf - - 1 3% 3 3%

c) Kerjasama projek penyelidikan di peringkat kebangsaan - bil. staf 1 7% 3 4% 5 4%

d) Bilangan staf bercuti sabatikal / postdoc / kursus / dll di luar negara - - 1 2% 1 2%

e) Keahlian dalam badan / persatuan akademik / profesional - kebangsaan 2 4% 3 2% 5 2%

f) Keahlian dalam badan / persatuan akademik / profesional - antarabangsa 1 4% 3 2% 5 2%

a) Akreditasi makmal - GMP/GRP/GLP/ISO17025/ISO15189/dll - - 1 5% 2 5%

6

Jaringan dan Rangkaian (Networking Linkages) 15%

7Kemudahan Fizikal (Physical Resources) 5%

4

Inovasi (Innovation) 10%

5

Perkhidmatan Profesional dan Pemberian (Professional & Gifts) 5%

Kualiti dan Kuantiti Penyelidikan (Quality & Quantity of Research) 25%

3

Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah (Quality & Quantity of Postgraduate) 15%

6 1 4 6

(B) SYARAT KHUSUS (SETIAP TAHUN DINILAI, MARKAH > 80%)

1

Kualiti dan Kuantiti penyelidik (Quality & Quantity of Researchers) 25%

(A) SYARAT AWAL

1 - √ √

2

4 3 12 24

5 1 1 1

3 3

3 1 4 6

2 3

LAMPIRAN 2

Kriteria Penubuhan dan Perlaksanaan Focus Group (FG), Center of Research (COR) dan Center of Excellence (COE) UTHM

BIL. KRITERIA DAN SYARATFG COR COE

Page 14: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

14

CARTA ALIR PERMOHONAN PENUBUHAN ‘FOCUS GROUP’ BAHARU

Mula

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Fakulti beserta Laporan Penilaian Kendiri

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Majukan Kertas Kerja Untuk Makluman Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan

(JKPI)

Maklumkan Keputusan Kepada Fakulti/PTj

Tindakan

Fakulti/PTj

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ORICC

Pusat R&D

Selesai

Ulasan Pusat R&D

Pemohon

Semak Permohonan

Fakulti/PTj

Lulus?

Tidak Lulus?

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC

Mesyuarat JKPI

Membentangkan Kertas Kerja Untuk Makluman Mesyuarat JKPI

Fakulti/PTj

Mesyuarat JKPI

LAMPIRAN 3

Page 15: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

15

CARTA ALIR PERMOHONAN PENUBUHAN

‘CENTER OF RESEARCH (COR) DAN ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) BAHARU

Mula

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Fakulti Beserta Laporan Penilaian Kendiri

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan (JKPI)

Peraku?

Tidak Peraku?

Lulus?

Tidak Lulus?

Maklumkan Keputusan Kepada Fakulti/PTj

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Senat

Lulus?

Tidak Lulus?

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

Tindakan

Fakulti/PTj

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ORICC

Pusat R&D

Fakulti/PTj

Fakulti/PTj

Fakulti/PTj

Bahagian Pentadbiran & Kewangan ORICC

Selesai

Semak Permohonan

Pemohon

Semak Permohonan

Fakulti/PTj

Peraku?

Tidak Peraku?

Fakulti/PTj

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC

Mesyuarat JKPI

Mesyuarat Senat

Membentangkan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat JKPI

Fakulti/PTj

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan

LAMPIRAN 4

Page 16: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

16

CARTA ALIR PERMOHONAN PENAMBAHBAIKAN/ PERMURNIAN

(SKOP BIDANG/ NICHE AREA/ PENAMAAN SEMULA) ‘FOCUS GROUP’ (FG) SEDIA ADA

Mula

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Fakulti

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Majukan Kertas Kerja Untuk Makluman Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan

(JKPI)

Maklumkan Keputusan Kepada Fakulti/PTj

Tindakan

Fakulti/PTj

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ORICC

Pusat R&D

Selesai

Ulasan Pusat R&D

Pemohon

Semak Permohonan

Fakulti/PTj

Lulus?

Tidak Lulus?

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC

Mesyuarat JKPI

Membentangkan Kertas Kerja Untuk Makluman Mesyuarat JKPI

Fakulti/PTj

Mesyuarat JKPI

LAMPIRAN 5

Page 17: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

17

CARTA ALIR

PERMOHONAN PENAMBAHBAIKAN/ PERMURNIAN (SKOP BIDANG/ NICHE AREA/ PENAMAAN SEMULA)

‘CENTER OF RESEARCH’ (COR) DAN ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) SEDIA ADA

Mula

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Fakulti

Majukan Kertas Kerja Kepada Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Peraku?

Tidak Peraku?

Lulus?

Tidak Lulus?

Maklumkan Keputusan Kepada Fakulti/PTj

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Senat

Lulus?

Tidak Lulus?

Maklumkan Keputusan Kepada Fakulti/PTj

Tindakan

Fakulti/PTj

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), ORICC

Pusat R&D

Fakulti/PTj

Pejabat Pengurusan Akademik

Selesai

Semak Permohonan

Pemohon

Semak Permohonan

Fakulti/PTj

Peraku?

Tidak Peraku?

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), ORICC

Mesyuarat JKPI

Mesyuarat Senat

Membentangkan Kertas Kerja Permohonan Untuk Kelulusan Mesyuarat JKPI

Fakulti/PTj

LAMPIRAN 6

Majukan Kertas Kerja Untuk Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Penyelidikan

(JKPI)

Fakulti/PTj Majukan Kertas Kerja Untuk Makluman

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

Page 18: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

18

CARTA ALIR

PROSES KERJA PELANTIKAN BAHARU/ SEMULA PENYELIDIK UTAMA (PR) DAN PENYELIDIK KANAN (SR)

DI PUSAT KECEMERLANGAN (COE) - MANUAL

Tindakan

Pengarah I2E

Dekan Fakulti Tidak Lulus? Lulus?

Dekan Fakulti

Pengarah I2E

Pendaftar Pejabat Pendaftar

Mula

Selesai

Majukan Surat Pencalonan PR/ SR di COE

Kepada Dekan Fakulti

Semakan Permohonan

Hantar Surat Permohonan Pengeluaran Surat Lantikan PR / SR

Kepada Pendaftar

Keluarkan Surat Pelantikan PR / SR

Kemaskini Sistem MyExpert/ Sistem Maklumat Staf (SMS)

LAMPIRAN 7

Kemukakan Maklumbalas Permohonan Kepada Pengarah I2E

Page 19: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

19

CARTA ALIR PROSES KERJA PELANTIKAN PENYELIDIK BERSEKUTU (AR)

DI ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) DALAM SISTEM MY EXPERT - ONLINE

Tindakan

Staf Akademik Ketua COE Tidak Peraku? Peraku? Sistem MyExpert

Pengarah Institut Kejuruteraan

Integrasi (I2E) Tidak Lulus?

Lulus?

Sistem MyExpert Sistem MyExpert Pengarah Institut Kejuruteraan Integrasi (I2E)/ Penolong Pendaftar I2E

LAMPIRAN 8

Mula

Pohon Untuk Menjadi AR di COE

Kemaskini Nama Ahli AR di COE Dalam Sistem MyExpert

Semakan Permohonan

Majukan Perakuan Kepada Pengarah Institut Kejuruteraan

Integrasi (I2E)

Semakan Permohonan

Selesai

Keluarkan Surat Pelantikan AR di COE

Majukan Email Notifikasi Kelulusan Permohonan Kepada

Penolong Pendaftar I2E

Page 20: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

20

CARTA ALIR PROSES KERJA PELANTIKAN PENYELIDIK UTAMA (PR),

PENYELIDIK KANAN (SR) DAN PENYELIDIK BERSEKUTU (AR) DI BAWAH ‘FOCUS GROUP’ (FG) DAN ‘CENTER OF RESEARCH’ (COR)

DI FAKULTI DALAM SISTEM MY EXPERT - ONLINE

Tindakan

Staf Akademik Ketua FG/COR Tidak Peraku?

Peraku?

Sistem MyExpert

Ketua Jabatan Staf Akademik

Tidak Peraku?

Peraku?

Sistem MyExpert

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan) Fakulti Tidak Lulus?

Lulus

Sistem MyExpert

Sistem MyExpert

Dekan Fakulti/ Penolong Pendaftar

LAMPIRAN 9

Mula

Pohon Untuk Menjadi PR, SR dan AR di FG/COR

Semakan Permohonan

Majukan Perakuan Kepada Ketua Jabatan Staf Akademik

Semakan Permohonan

Majukan Perakuan Kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan,

Pembangunan & Penerbitan) Fakulti

Semakan Permohonan

Selesaiai

Keluarkan Surat Pelantikan PR, SR dan AR di FG/COR

Kemaskini Nama PR, SR dan AR di FG/COR Dalam Sistem MyExpert

Majukan Email Notifikasi Kelulusan Kepada Dekan & Penolong

Pendaftar Fakulti

Page 21: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

21

CARTA ALIR

PROSES KERJA PEWUJUDAN MENU INPUT DATA ‘FOCUS GROUP’ (FG) YANG BAHARU DALAM SISTEM MYEXPERT - ONLINE

TINDAKAN

Dekan Fakulti/ Dekan R&D Mesyuarat JKPI Fakulti/ Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E)

Pejabat Pendaftar

P Sistem MyExpert

Penolong Pendaftar Fakulti

Nota: ( ** ) Timbalan Dekan (PPP) dan Penolong Pendaftar Fakulti

Mula

Selesai

Dapatkan/Terima Minit Mesyuarat JKPI

Wujudkan Menu Input Baharu FG Dalam Sistem MyExpert

LAMPIRAN 10

Majukan Email Notifikasi Pewujudan Menu Input FG Baharu Kepada **Fakulti

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli FG Baharu Dalam Sistem MyExpert

Mesyuarat JKPI

Hantar Kertas Kerja Penubuhan FG Baharu ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian

Penyelidikan (JKPI)

Page 22: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

22

CARTA ALIR PROSES KERJA PEWUJUDAN MENU INPUT DATA

‘CENTER OF RESEARCH’ (COR) DAN ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) YANG BAHARU DALAM SISTEM MYEXPERT - ONLINE

TINDAKAN

Dekan Fakulti

Mesyuarat LPU

Fakulti/ Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E) Pejabat Pendaftar Sistem MyExpert

Penolong Pendaftar Fakulti

Penolong Pendaftar I²E/ Pejabat Pendaftar

Nota: ( ** ) Timbalan Dekan (PPP) dan Penolong Pendaftar Fakulti

LAMPIRAN 11

Mula

Selesai

Dapatkan/Terima Minit Mesyuarat LPU

Wujudkan Menu Input Baharu COR dan COE Dalam Sistem MyExpert

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli COE Baharu Dalam Sistem MyExpert

MyExpert

Majukan Email Notifikasi Pewujudan Menu Input COR dan COE Baharu

Kepada **Fakulti/ I²E

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli COR Baharu Dalam Sistem MyExpert

Hantar Kertas Kerja Penubuhan COR dan COE Baharu ke Mesyuarat Lembaga

Pengarah Universiti (LPU)

Mesyuarat LPU

Page 23: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

23

CARTA ALIR PROSES KERJA PENAMAAN SEMULA ‘FOCUS GROUP’ (FG) SEDIA ADA

DALAM SISTEM MYEXPERT - ONLINE

TINDAKAN

Dekan Fakulti/ Dekan R&D

Mesyuarat JKPI

Fakulti/ Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E)

Pejabat Pendaftar Sistem MyExpert Penolong Pendaftar Fakulti

Nota: ( ** ) Timbalan Dekan (PPP) dan Penolong Pendaftar Fakulti

LAMPIRAN 12

Mula

Selesai

Hantar Kertas Kerja Penamaan Semula FG Sedia Ada ke Mesyuarat Jawatankuasa

Pengajian Penyelidikan (JKPI)

Mesyuarat JKPI

Kemaskini Menu FG Sedia Ada Dalam Sistem MyExpert

Majukan Email Notifikasi Penamaan Semula FG Kepada **Fakulti

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli FG Dalam Sistem MyExpert

Dapatkan/Terima Minit Mesyuarat JKPI

Page 24: GARIS PANDUAN KRITERIA PENUBUHAN...1 garis panduan kriteria penubuhan dan pelaksanaan ‘focus group’ (fg), ‘center of research’ (cor), ‘center of excellence’ (coe) dan proses

24

CARTA ALIR PROSES KERJA PENAMAAN SEMULA ‘CENTER OF RESEARCH’ (COR)

DAN ‘CENTER OF EXCELLENCE’ (COE) SEDIA ADA DALAM SISTEM MYEXPERT - ONLINE

TINDAKAN

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti

Mesyuarat LPU

Fakulti/ Institut Kejuruteraan Integrasi (I²E)

Pejabat Pendaftar Sistem MyExpert Sistem MyExpert

Penolong Pendaftar Fakulti Penolong Pendaftar I²E/

Pejabat Pendaftar

Nota: ( ** ) Timbalan Dekan (PPP) dan Penolong Pendaftar Fakulti

LAMPIRAN 13

Mula

Selesai

Hantar Kertas Kerja Penamaan Semula COR dan COE Sedia Ada ke Mesyuarat

Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

Mesyuarat LPU

Kemaskini Menu COR dan COE Sedia Ada Dalam Sistem MyExpert

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli COE Dalam Sistem MyExpert

Dapatkan/Terima Minit Mesyuarat LPU

Majukan Email Notifikasi Penamaan Semula COR dan COE Kepada **Fakulti/ I²E

Kemaskini Maklumat Ketua dan Ahli COR Dalam Sistem MyExpert

MyExpert