intervensi dan peranan kaunselor untuk · pdf fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih...

22
Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat 97 Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118 INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK MENJANA KEPULIHAN KLIEN SEPANJANG HAYAT Lasimon Matokrem 1 ABSTRACT A drug addiction can be classified as a psychobiosocial disease that is progressive and chronic in nature. Addiction causes an individual to develop a physical and psychological dependency on drugs and an immediate discontinuation can cause an individual to develop serious “withdrawal” symptoms. According to the American Medical Association, “chemical dependence is a chronic progressive disease characterized by significant impairment that is directly associated with persistent and excessive use of psychoactive substances. Impairment may involve physiological and social dysfunction.” Since addiction is a form of disease, a drug addict has to be given proper treatment in order to be cured; otherwise it could result in death. According to a study carried out by the National Institute of Drug Abuse (NIDA), Department of Health and Human Services USA, drug addiction can be treated and cured. Treating drug addiction can effectively reduce the abuse of drugs as well as the chances of contracting HIV. It can also reduce medical and social costs as well as help diminish drug-related crimes. NIDA, which has assisted in approximately 85% of the researches conducted all over the world regarding drug abuse and addiction, has found the behavioural approach to be the most effective method in treating and curing drug addiction. ABSTRAK Penagihan merupakan penyakit psikobiososial yang berbentuk progresif dan kronik. Penagihan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah 1 Tuan Haji Lasimon Bin Matokrem bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan) di Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri.

Upload: lynguyet

Post on 06-Feb-2018

430 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

97Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELORUNTUK MENJANA KEPULIHAN KLIEN

SEPANJANG HAYAT

Lasimon Matokrem1

ABSTRACT

A drug addiction can be classified as a psychobiosocial disease that is progressiveand chronic in nature. Addiction causes an individual to develop a physical andpsychological dependency on drugs and an immediate discontinuation can causean individual to develop serious “withdrawal” symptoms. According to theAmerican Medical Association, “chemical dependence is a chronic progressivedisease characterized by significant impairment that is directly associated withpersistent and excessive use of psychoactive substances. Impairment may involvephysiological and social dysfunction.” Since addiction is a form of disease, adrug addict has to be given proper treatment in order to be cured; otherwise itcould result in death. According to a study carried out by the National Instituteof Drug Abuse (NIDA), Department of Health and Human Services USA, drugaddiction can be treated and cured. Treating drug addiction can effectively reducethe abuse of drugs as well as the chances of contracting HIV. It can also reducemedical and social costs as well as help diminish drug-related crimes. NIDA,which has assisted in approximately 85% of the researches conducted all overthe world regarding drug abuse and addiction, has found the behavioural approachto be the most effective method in treating and curing drug addiction.

ABSTRAK

Penagihan merupakan penyakit psikobiososial yang berbentuk progresifdan kronik. Penagihan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah

1 Tuan Haji Lasimon Bin Matokrem bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan)di Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri.

Page 2: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

98Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

pergantungan fizikal dan psikologi terhadap dadah dan tindakan memutuskanpenggunaan dadah secara serta merta hanya akan mengakibatkan seseorangitu mengalami gejala pengunduran (withdrawal symptom). MengikutAmerican Medical Association “Chemical dependence is a chronic progressivedisease characterized by significant impairment that is directly associated withpersistent and excessive use of psychoactive substance. Impairment mayinvolve physiological and social dysfunction”. Memandangkan penagihanadalah sejenis penyakit, oleh itu seseorang penagih perlu dirawat dandipulihkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian. Berasaskankajian lebih 20 tahun yang dijalankan oleh National Institute of Drug Abuse(NIDA), Department of Health and Human Services Amerika Syarikat, jelasbahawa penagihan boleh dirawat. Rawatan terhadap penagihan adalahberkesan dalam mengurangkan penggunaan dadah dan jangkitan HIV,sekaligus mengurangkan kos kesihatan dan sosial akibat penagihan danmengurangkan kadar jenayah. NIDA yang membantu lebih daripada 85%kajian mengenai penyalahgunaan dadah dan penagihan di seluruh dunia jugamendapati bahawa pendekatan tingkah laku (behavioural approaches)merupakan pendekatan yang berkesan dalam merawat penagihan dadah.

Pendahuluan

Penagihan terhadap dadah merupakan satu penyakit yang kompleks,yang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segifizikal, mental, sosial dan spiritual. Menyedari keadaan ini, rawatanpenagihan seharusnya memberi perhatian terhadap pelbagai keperluanpenagih yang mencakupi aspek fizikal, psikologikal, mental, spiritual,dan sosial untuk membantu proses kepulihannya. Semakin parahmasalah dan kerosakan yang dialami penagih dalam setiap aspektersebut, semakin tinggi kemungkinannya untuk menagih semula. Bebassepenuhnya daripada dadah dan disokong oleh perubahan personalitidan gaya hidup, adalah penting untuk kepulihan sepenuhnya.

Kaunseling penagihan dadah memfokuskan tentang simptom-simptom penagihan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsipsikososial individu yang terjejas akibat penagihan dan kandungan sertastruktur program recovery yang berterusan. Ia menekankan tentangperubahan tingkah laku dengan memberikan strategi daya tindak (copingstrategies) dan tools untuk recovery kepada klien.

Dalam hubungan ini, klien dibantu mengenali dan mengakuimasalah yang dialaminya dan sistem pemikiran yang tidak rasional dan

Page 3: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

99Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

selepas itu ia digalakkan untuk mencapai dan mengekalkan keadaanbebas dadah, seterusnya membina kemahiran psikososial yang perluuntuk terus berada dalam recovery sebagai proses sepanjang hayat. Klienmerupakan agen perubahan yang berkesan dan ia mesti mengambiltanggungjawab untuk memastikan kejayaan program kepulihannya.Namun begitu, ia digalakkan untuk mendapat sokongan dan pertolongandaripada orang lain termasuk kaunselor, pembimbing rakan sebaya yangsedang pulih dan anggota keluarga.

Apa yang penting dalam proses untuk menolong penagih ialahmenyedari bahawa penyakit penagihan dan cara berfikir seseorangpenagih itu, mencegahnya daripada bertindak secara yang boleh diterimadari segi sosial. Mereka sebenarnya ingin menjadi anggota masyarakatyang berfungsi secara berkesan tetapi tidak mempunyai kemahiranberbuat demikian. Malahan dalam keadaan tertentu, mereka berputusasa dan hilang harapan. Justeru, menjadi tanggungjawab kaunseloruntuk memahami dan menolong mereka mempelajari kemahiran-kemahiran baru dengan memberi harapan kepada mereka supayabermotivasi untuk berubah. Pemulihan menjadi kurang berkesan jikakita hanya menyatakan kepada klien mengenai dirinya atau apasepatutnya dilakukan, melainkan jika klien datang dengan asaskefahaman untuk berubah mengikut cara pemikirannya.

Prinsip-prinsip Rawatan dan Pemulihan Yang Berkesan

Rawatan dan pemulihan dadah yang berkesan seharusnya berasaskankepada beberapa prinsip dan panduan antaranya seperti tiada rawatantunggal yang sesuai untuk semua individu. Treatment setting, intervensidan perkhidmatan yang disediakan hendaklah dipadankan dengan masalahdan keperluan tertentu klien untuk memastikan kejayaan mengembalikanfungsi produktifnya dalam keluarga, tempat kerja dan mayarakat.

Kemudahan rawatan perlu sentiasa ada untuk memberipertolongan kepada klien apabila ia memerlukan. Oleh kerana tidakdapat dipastikan bila penagih dadah akan tampil untuk mendapatrawatan, ambil kesempatan apabila ia bersedia untuk mengikuti rawatankerana ia mungkin akan menghilangkan diri atau meneruskan aktivitipenagihannya jika kemudahan rawatan tidak disediakan serta merta atautidak ada sepanjang masa.

Kemudahan rawatan hendaklah mengambil kira pelbagaikeperluan klien dan bukan memberi tumpuan kepada masalah

Page 4: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

100Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

penggunaan dadah semata-mata. Supaya menjadi berkesan, rawatanseharusnya memberi perhatian bukan sahaja terhadap masalahpenggunaan dadah tetapi juga terhadap apa-apa masalah berkaitandengan perubatan, psikologi, sosial, spiritual, vokasional dan undang-undang.

Rancangan rawatan dan perkhidmatan untuk klien mestilahdinilai secara berterusan dan dimodifikasikan apabila perlu untukmemastikan rancangan tersebut memenuhi keperluan klien untukberubah. Klien mungkin memerlukan kombinasi perkhidmatan dankomponen rawatan yang berbeza semasa menjalani rawatan danpemulihan. Dari perspektif terapi, klien pada satu masa mungkinmemerlukan ubat-ubatan, perkhidmatan perubatan yang lain, terapikeluarga, kemahiran keibubapaan, pemulihan cara kerja, perkhidmatansosial dan undang-undang. Perlu disedari bahawa pendekatan rawatanhendaklah bersesuaian dengan tahap umur, jantina, bangsa dan amalanbudaya klien.

Berada dalam rawatan untuk tempoh masa yang cukup adalahpenting untuk keberkesanan rawatan. Tempoh masa berada dalamrawatan yang bersesuaian untuk klien adalah bergantung kepadamasalah dan keperluannya. Kajian menunjukkan kebanyakan klienmencapai garis masa perubahan yang signifikan setelah berada selama 3bulan dalam rawatan. Selepas garis masa ini dicapai, rawatan tambahanboleh menghasilkan kemajuan selanjutnya ke arah kepulihan. Olehkerana klien selalu meninggalkan rawatan sebelum masanya, programrawatan seharusnya melibatkan strategi untuk mengikat danmengekalkan klien dalam rawatan.

Kaunseling (individu dan /atau kelompok) serta terapi tingkahlaku yang lain adalah komponen rawatan yang berkesan dan kritikaluntuk penagihan. Dalam terapi, klien memberi perhatian terhadap isu-isu motivasi, membina kemahiran untuk menolak penggunaan dadah,menggantikan aktiviti-aktiviti guna dadah dengan aktiviti-aktiviti yangkonstruktif dan mengukuhkan aktiviti-aktiviti tidak guna dadah danmeningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Terapi tingkah lakujuga menggalakkan hubungan interpersonal dan mengembangkankebolehan klien untuk berfungsi dalam keluarga dan masyarakat.

Ubat-ubatan adalah unsur rawatan yang penting untukkebanyakan klien, terutama apabila dikombinasikan dengan kaunseling

Page 5: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

101Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

dan terapi tingkah laku yang lain. Methadone dan Levo-alpha-acetylmethadol(LAAM) adalah berkesan dalam menolong penagih heroin atau opiate-opiate lain untuk menstabilkan kehidupannya dan mengurangkanpenggunaan dadah. Dari segi jangka panjang Naltrexone juga berkesanuntuk membantu penagih-penagih mengurangkan keinginan terhadapdadah berasaskan opiate. Kedua-dua pendekatan rawatan ubat-ubatandan terapi tingkah laku menjadi begitu penting untuk klien yangmengalami kecelaruan mental.

Penagih dadah yang mengalami kecelaruan mental memerlukandual-diagnosis dan perlu dirawat secara bersepadu. Oleh keranakecelaruan penagihan dan mental sering dialami di kalangan orang yangsama, klien perlu dinilai dan dirawat atas kedua-dua patologi yangdialaminya.

Medical detoxification hanya rawatan penagihan tahap pertama danhanya sedikit sahaja menyumbang kepada perubahan penggunaan dadahjangka panjang. Detoksifikasi membantu klien menghilangkan gejalapengunduran dadah, tetapi detoksifikasi itu sendiri tidak cukup untukmembantu penagih dadah mencapai bebas dadah dalam jangka panjang.Namun demikian, bagi sesetengah klien ianya menunjukkan tandaawalan yang efektif untuk rawatan penagihan.

Rawatan tidak semestinya bergantung kepada kesukarelaaan danmemerlukan kesediaan supaya berkesan. Tidak dinafikan motivasi yangkuat boleh mempercepatkan proses pemulihan. Namun begitu,sokongan, galakan dan gesaan keluarga, dorongan dan desakan majikandan sistem perundangan jenayah boleh mendorong kemasukan untukmenjalani rawatan dan kejayaan intervensi pemulihan.

Perkembangan dan kemajuan klien perlu dipantau secaraberterusan. Klien berkemungkinan menggunakan dadah semasamenjalani rawatan. Kejadian-kejadian seperti slip dan lapse yangmelibatkan penggunaan dadah boleh berlaku pada bila-bila masa semasarawatan. Pemantauan terutama melalui ujian air kencing dan ujian-ujianlain boleh menolong klien mengekang dorongan dan keinginan untukmenggunakan dadah. Pemantauan ini juga boleh menyediakan buktiawal penggunaan dadah supaya rancangan rawatan klien bolehdisesuaikan semula. Sementara itu, intervensi terhadap hasil ujian airkencing yang positif, merupakan elemen penting dalam prosespemantauan yang berkesan.

Page 6: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

102Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Program rawatan juga seharusnya menyediakan penilaian untukpengesanan HIV/AIDS, Hepatitis B dan C, batuk kering dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain. Di samping itu, kaunseling juga perludisediakan untuk menolong klien mengubah suai atau menukar tingkahlaku yang boleh meletakkan mereka atau orang lain dalam keadaan risikojangkitan yang tinggi. Kaunseling boleh menolong klien mengelakkantingkah laku berisiko tinggi dan menolong mereka yang telah dijangkitimenguruskan penyakit yang dialami dengan betul.

Kepulihan daripada penagihan dadah boleh merupakan satuproses yang panjang dan acapkali memerlukan rawatan yang berulang-ulang. Seperti penyakit kronik yang lain, penggunaan semula dadah(relapse) boleh berlaku semasa atau selepas menjalani rawatan. Penagihmungkin memerlukan rawatan yang berpanjangan dan berulang-berulang untuk mencapai tahap bebas dadah jangka panjang danberfungsi sepenuhnya. Dalam hubungan ini, penglibatan dalam programsokong bantu diri (self-help support programs) semasa dan pasca rawatanlazimnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap bebas dadah.

Matlamat

Kaunseling penagihan dadah adalah dijurus untuk menolong klienmencapai beberapa matlamat utama. Antaranya supaya klien memahamidan mengakui bahawa penagihan dadah adalah sejenis penyakitbiopsikososial; klien dapat mencapai tahap bebas dadah sepanjang hayat(abstinence) daripada segala bentuk dorongan, keinginan dan desakanminda terhadap dadah; klien boleh membina program kepulihanberterusan untuk mengekalkan tahap bebas dadah; klien boleh membinacoping skills untuk membuat penilaian dan mengatasi masalah-masalahatau keadaan-keadaan yang boleh menghalang proses kepulihannya; danklien dapat memulihkan dan mengembalikan semula fungsipsikososialnya yang terjejas akibat daripada penagihan, seterusnyamengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah (sobriety-based life style).

Proses ‘Recovery’

Abstinence akan menggerakkan proses recovery bermula. Namun, untukbelajar menghadapi hidup secara normal tanpa menggunakan dadahmemerlukan lebih daripada abstinence. Recovery adalah proses di manakerosakan fisiologi, psikologi dan sosial akibat penagihan dapatdisembuhkan dan diperbaiki semula. Dalam keadaan ini penagihmempelajari hidup secara sihat dan produktif tanpa memerlukan dadah.

Page 7: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

103Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Recovery merupakan proses individu yang panjang dan berterusan, tiadahad masa dan ia adalah merupakan program sepanjang hayat.

Proses recovery mempunyai tahap-tahap perkembangan yangtertentu dan pada setiap tahap ada tugas yang perlu disempurnakandan kemahiran yang perlu dibina. Jika klien yang sedang pulih tidakmenyedari keadaan dan perkembangan ini, tidak berkeupayaanmenyempurnakan tugas dan menguasai kemahiran atau kurangmendapat rawatan secukupnya, mereka akan relapse. Tugas utama klienuntuk mencapai recovery antaranya adalah mengakui bahawa ia mengalamipenyakit yang merosakkan; memastikan mereka bebas daripada sebarangjenis dadah; dan merancang dan melaksanakan program kepulihan yangboleh membantu dan menyokong kepulihannya.

Proses recovery bermula daripada tugasan yang asas kepadatugasan yang lebih kompleks. Progres ini terdiri daripada ‘abstinence’(learning to live without drug) kepada ‘sobriety’ (learning to cope with lifewithout drug), daripada ‘comfortable living’ (learning how to live comfortablywhile abstinence) kepada ‘productive living’ (learning how to build a meaningfulsober life). Menurut Gorski dan Miller, (1986) proses recovery bolehdibahagikan kepada enam tahap perkembangan iaitu Tahap Peralihan/Prarawatan (Transition Stage/Pretreatment), Stabilisasi (Stabilization),Peringkat Kepulihan Awal (Early Recovery), Peringkat KepulihanPertengahan (Middle Recovery), Peringkat Kepulihan Akhir (Late Recovery)dan Pengekalan (Maintenance).

Tahap Peralihan / Prarawatan (Transition Stage / Pretreatment)

Pada tahap ini, klien belajar daripada kesan-kesan penggunaan dadahbahawa ia tidak boleh menggunakan dadah dengan selamat. Tahap inibermula apabila ia mengalami masalah berkaitan dadah.

Apabila tahap penagihan semakin serius, klien mula merangkastrategi untuk mengawal penggunaan dadah. Bagaimanapun akhirnyaia sedar bahawa ia tidak berkeupayaan untuk mengawal penggunaandadah.

Kebanyakan penagih terpaksa menjalani rawatan sebelummenyedari bahawa penagihan adalah mendatangkan masalah. Kesedaranklien tentang masalah penagihan yang dialaminya merupakan tahapprarawatan yang dialami dan dicapai.

Page 8: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

104Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Sebab utama yang menyebabkan klien tidak berkeupayaan untukmembuang tabiat penagihan pada tahap ini ialah kepercayaan bahawaterdapat cara untuk mengawal penggunaan dadah.

Stabilisasi (Stabilization)

Pada tahap ini pula, klien mengalami gejala pengunduran dan masalahkesihatan untuk mencapai abstinence, mempelajari bagaimanamenghadapi dorongan psikologi terhadap dadah, mewujudkankestabilan diri terutama dari aspek pemikiran, perasaan, membuatkeputusan dan tingkah laku untuk menjalani rawatan bagi menyediakanmereka dengan pemulihan jangka panjang.

Klien kebanyakan tidak berupaya untuk menghadapi tekananakibat kecelaruan minda dan desakan fizikal (physical craving) selepasdetoksifikasi. Ramai yang tidak mendapat faedah daripada rawatan yangdijalani dan mereka berasa tidak berkeupayaan untuk memulihkan diri.

Kekurangan sokongan sekitaran dan sosial, melemahkan usahamereka untuk menstabilisasikan diri. Mereka sering menggunakan dadahuntuk mengurangkan tekanan tersebut. Punca utama menyebabkanketidakupayaan klien untuk terus bebas dadah semasa tahap stabilisasi,ialah kerana kekurangan kemahiran pengurusan kestabilan diri (lack ofstabilization management skills).

Peringkat Kepulihan Awal (Early Recovery)

Klien pada peringkat ini mempelajari dan mengakui tentang penyakitpenagihan dan perlunya gaya hidup bebas dadah (drug-free life style)untuk proses recovery. Klien mula pulih daripada kerosakan fisiologi,psikologi dan sosial akibat penagihan.

Program recovery yang berstruktur amat diperlukan klien diperingkat ini. Klien perlu menjauhi diri daripada kawan-kawan yangmengambil dadah dan membina jaringan perhubungan baru yangmenyokong kepulihan jangka panjang. Keadaan ini mungkin sukar bagiklien yang tidak mempunyai perhubungan dengan individu-individuyang mengamalkan hidup tanpa bergantung kepada dadah.

Di peringkat ini juga klien belajar untuk membina cara hidupberasaskan recovery sebagai cara hidup baru. Pencegahan (intervention)utama di peringkat ini ialah mengajar klien tentang kemahiran hidupberasaskan recovery ini untuk berjaya.

Page 9: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

105Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Bagi sesetengah klien mungkin masa ini agak sukar untukmelaksanakan hidup berasaskan recovery kerana masalah gejala pascapengunduran (post-acute withdrawal symptoms). Faktor utama yangmenyebabkan relapse di peringkat ini ialah kekurangan kemahiranrecovery dan sosial yang berkesan (effective social and recovery skills) untukmembina sobriety-based lifestyle.

Peringkat Kepulihan Pertengahan (Middle Recovery)

Di peringkat pertengahan kepulihan ini, klien akan mengubah gayahidup dengan mempraktiskan gaya hidup normal yang seimbangberasaskan nilai dan aktiviti-aktiviti gaya hidup tanpa dadah. Programrecovery akan menumpukan kepada pembinaan semula hubungandengan keluarga, pekerjaan, aktiviti-aktiviti sosial, pembangunan diri,rekreasi dan amalan hidup sihat.

Klien akan mula berada dalam sekitaran hidup yang lebih terbukadan nyata dan di sinilah mereka mula menguji penggunaan recovery skillsdi dalam masalah hidup yang sebenar. Faktor utama yang bolehmenjerumuskan klien kepada relapse ialah tekanan masalah hidup yangsebenar.

Peringkat Kepulihan Akhir (Late Recovery)

Klien di peringkat ini membina harga diri, hubungan yang sihat danbermakna hidup yang bahagia dan produktif. Mereka akan menilaisemula sistem kepercayaan diri (belief system) pola tingkah laku alah diri(self-defeating behaviour), hubungan sosial, nilai-nilai yang diwarisi daripadakeluarga, rakan sebaya dan budaya serta menyusunnya semula jika perlu.

Masa ini merupakan peluang kepada klien untuk belajarmengubah tingkah laku alah diri yang mungkin boleh menjerumuskandirinya kepada penggunaan dadah semula. Tingkah laku alah dirilazimnya timbul daripada isu-isu psikologi dari zaman kanak-kanakseperti deraan fizikal dan seks, pengabaian, nilai dan budaya yangmenjadi penghalang kepada pertumbuhan serta perkembanganpersonaliti yang sihat dan berpenyesuaian (well adjusted personality).

Punca utama yang menyebabkan relapse di peringkat ini ialah samaada kelemahan untuk menghadapi tekanan isu-isu zaman lampau atauhelah untuk membina gaya personaliti yang berfungsi (functionalpersonality style).

Page 10: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

106Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Pengekalan (Maintenance)

Tahap ini merupakan proses pertumbuhan dan perkembangan sepanjanghayat, menghadapi peralihan kehidupan zaman dewasa, menguruskanmasalah hidup seharian dan mencegah relapse. Matlamatnya ialah untukhidup harmoni dan produktif. Keadaan ini dapat dicapai melaluipengekalan dalam program recovery.

Klien terus mengelak daripada sebarang bahan ketagihan. Apa-apa penggunaan dadah akan mengaktifkan semula progres fisiologi,psikologi dan sosial penyakit tersebut. Faktor utama yang menyebabkanrelapse di peringkat ini ialah kegagalan untuk mengekalkan diri dalamprogram recovery dan ketidakupayaan menghadapi krisis peralihanhidup.

Proses Kaunseling Penagihan

Untuk memastikan sesi kaunseling yang efektif, kaunselor seharusnyamempunyai data dan maklumat yang mendalam tentang diri klien.Maklumat tersebut berguna untuk membantu kaunselor dalam mengenalpasti masalah/patologi yang dialami klien dan seterusnya merangkakanstrategi intervensi atau terapi yang sesuai dan berkesan. Kaunselor bolehmenggunakan panduan dan proses berikut untuk menolong klien melaluisesi-sesi kaunseling yang berstruktur.

Penilaian Psikososial

Bagi mendapatkan data dan maklumat yang lebih mendalam tentangklien, kaunselor perlu menilai klien secara terperinci dari segi psikologidan sosial.

Kaunselor boleh menggunakan pelbagai ujian psikologi terutamauntuk menilai jenis personaliti dan tahap kecerdasan minda (IQ) klien.Hasil ujian ini nyata sekali banyak membantu kaunselor untukmenganalisis jenis dan masalah personaliti yang dialami klien. Ujian IQpula boleh membantu kaunselor sebagai indikasi kebolehan klien untukberfikir dan membuat penaakulan (reasoning).

Kaunselor seterusnya perlu menjalankan penilaian sosial yangmelibatkan proses pengumpulan data daripada klien, anggota keluargadan majikan jika perlu berkenaan fungsi sosial klien. Maklumat yangperlu diperoleh kaunselor termasuklah sejarah penagihan dadah, latarbelakang pendidikan, latar belakang keluarga, sejarah pekerjaan, kegiatan

Page 11: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

107Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

masa lapang, rekod rawatan dan kesihatan, rekod berkaitan denganundang-undang dan sebagainya.

Setelah maklumat psikososial klien diperoleh, kaunselor perlumembuat penilaian untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dialamiklien.

Membina Rancangan Pemulihan

Setelah kaunselor dan klien berbincang mengenai latar belakangpsikososial klien dan mengenal pasti masalah-masalah atau krisis yangdialami klien, rancangan pemulihan yang komprehensif hendaklahdirangka dan disediakan supaya setiap masalah/krisis yang dikenal pastidapat diberikan perhatian dan diselesaikan.

Rancangan pemulihan klien yang komprehensif perlumengandungi komponen-komponen seperti masalah-masalah yang telahdikenal pasti; matlamat yang hendak dicapai bagi setiap masalah yangdikenal pasti; strategi intervensi/terapi untuk menyelesaikan setiapmasalah dan mencapai matlamat; dan jangka masa yang diperlukanuntuk menyelesaikan setiap masalah. Keluarga dan individu-individuyang penting dalam hidup klien boleh dilibatkan dalam proses untukmenyediakan rancangan pemulihan klien.

Kaunselor perlu menilai dan menyemak tentang kesesuaianrancangan pemulihan klien dari masa ke semasa dan mengubah suaijika perlu, bila ada perubahan dan perkembangan terbaru mengenai klien.Untuk memastikan komitmen klien dalam melaksanakan rancanganpemulihan yang disediakan, ia perlu menandatangani kontrak rawatan(treatment contract).

Melaksanakan Rancangan Pemulihan

Rancangan pemulihan yang telah disediakan perlu dilaksanakandan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan untuk menolong klienmenyelesaikan masalah-masalah yang dialaminya.

Kaunselor perlu menyusun strategi dan menentukan pelaksanaankaedah intervensi dan terapi yang telah ditetapkan melalui sesi-sesikaunseling dan aktiviti-aktiviti terapeutik yang dirancang secaraberjadual.

Page 12: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

108Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Perkembangan dan kemajuan yang dicapai klien hendaklahsentiasa dipantau untuk menentukan setiap masalah klien dapatdiselesaikan. Sekiranya klien menghadapi masalah untuk melaksanakanstrategi intervensi yang ditetapkan, kaunselor perlu mengadakanperbincangan dengan klien sama ada untuk mengubahsuai ataumengubah strategi intervensi tersebut.

Kaunselor boleh mengadakan persidangan kes atau konsultasi kesmelibatkan kaunselor-kaunselor lain dan juga pakar rujuk dari luarsekiranya ia menghadapi masalah untuk menolong klien. Hasilpersidangan atau konsultasi kes ini akan merumuskan strategi intervensi/terapi yang lebih praktikal dan berkesan untuk menolong klien.

Penilaian Kemajuan dan Pencapaian Klien

Penilaian kemajuan kepulihan yang dicapai klien hendaklah diadakanuntuk menentukan sejauh manakah masalah-masalah yang dialami kliendapat diselesaikan.

Penilaian ini juga dapat mengukur progres yang dicapai kliendalam proses kepulihannya. Ini akan memudahkan kaunselor untukmerancang pelaksanaan strategi intervensi/terapi yang telah ditetapkanatau menyemak semula pelaksanaan rancangan pemulihan klien secarakeseluruhannya.

Kemajuan yang dicapai klien perlu dirakamkan secara sistematikdan hendaklah sentiasa dikemaskini. Laporan kemajuan yang dicapaiklien boleh digunakan sebagai asas untuk menyokong kenaikan fasa atauuntuk memberi pertimbangan bebas kepada klien.

Rancangan Pembebasan

Sebelum klien dibebaskan, kaunselor perlu membuat penilaian tentangkeperluan dan persediaan klien untuk menyediakan rancanganpembebasannya. Berasaskan kepada keperluan-keperluan yang telahdikenal pasti, kaunselor dan klien boleh membina rancangan jagaanlanjutan klien yang berbentuk persendirian (personalized aftercare plan).

Orientasi mengenai persediaan dan rancangan sebelum bebasperlu diadakan untuk klien bagi membolehkannya memahami danmengikuti program jagaan lanjutan yang perlu dilaluinya. Di sampingitu, ia juga perlu dimaklumkan tentang pegawai yang bertanggungjawab

Page 13: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

109Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

menyelia klien semasa menjalani program jagaan lanjutan dalamkomuniti.

Program jagaan lanjutan dalam komuniti merupakan programrecovery yang perlu diikuti klien selepas dibebaskan supaya dapatmenghindari mereka daripada terjerumus kembali kepada masalahrelapse melalui strategi pencegahan relapse dan amalan gaya hidup bebasdadah. Di antara program recovery dalam komuniti yang disediakan ialahseperti kaunseling pencegahan relapse; penempatan kerja; integrasisemula ke dalam masyarakat; dan penglibatan dalam aktiviti sokongbantu.

Peranan yang Perlu Dimainkan oleh Kaunselor

Peranan kaunselor dalam kaunseling penagihan dadah ialahmenyediakan sokongan, pendidikan dan konfrantasi secara profesional.Kaunselor perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan klien. Dalamhubungan ini, kaunselor berperanan untuk membimbing klien sekurang-kurangnya pada tahap awal kepulihan, tetapi proses kepulihan adalahhak dan kepunyaan klien. Kepulihan daripada penagihan adalahtanggungjawab klien. Kaunselor hendaklah menekankan perkara inikepada klien untuk meningkatkan tanggugjawabnya. Mempraktiskankonfrantasi mungkin berguna untuk untuk menekankan tanggungjawabpersonal klien. Bagaimanapun apabila konfrantasi berlaku, kaunselormesti menunjukkan sikap lebih membantu berbanding daripadamenghukum.

Dalam kaunseling penagihan dadah, kaunselor akan memberitumpuan dan peranannya untuk menolong klien antaranya ialah supayaklien mengakui dan memahami bahawa ia menderita kerana menghidapipenyakit penagihan. Kaunselor perlu mengenal pasti tanda-tandapenagihan yang relevan dengan pengalaman klien di samping mengajarklien mengenali dan menyalurkan semula keinginan untukmenggunakan dadah. Kaunselor hendaklah menggalakkan danmerangsang klien untuk mencapai dan mengekalkan tahap bebas dadah.Kaunselor juga perlu memantau dan menggalakkan klien sentiasa bebasdadah dengan menggunakan kaedah yang objektif terutama melaluianalisis air kencing.

Kaunselor hendaklah memastikan klien bertanggungjawab danmembincangkan apa-apa kejadian penggunaan dadah dan mencegahpenggunaan seterusnya, membantu klien mengenal pasti situasi di mana

Page 14: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

110Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

dadah digunakan untuk menghadapi masalah hidup dan memahamibahawa menggunakan dadah untuk menghadapi atau menyelesaikanmasalah hidup adalah tidak berkesan, menolong klien membina strategipenyelesaian masalah yang baru dan lebih berkesan, memperkenalkanklien kepada kelompok sokong bantu seperti NA (Narcotics Anonymous)dan menggalakkan penyertaannya serta menggalakkan klien membinadan meneruskan rancangan kepulihan sebagai proses sepanjang hayatdi samping menolong klien mengenal pasti dan mengubah sikap dantingkah laku negatif yang boleh merangsang relapse. Kaunselor harusmenggalakkan klien meningkatkan konsep diri dengan mempraktiskancoping skills dan strategi menangani masalah yang baru di rumah dan didalam komuniti.

Fokus Kaunseling Berdasarkan Peringkat Rawatan Penagihan

Sesi kaunseling penagihan dadah mempunyai struktur yang jelas.Bagaimanapun kandungan perbincangan dalam sesi kaunselingberstruktur adalah banyak bergantung kepada klien. Kaunselor acapkalimemberi perhatian dan fokus kepada keperluan klien di setiap peringkatrawatan dan apa-apa juga isu mengenai penagihan dan kepulihan yangbiasa. Dalam hubungan ini, kaunselor perlulah sensitif dan responsifkepada perubahan keperluan klien sepanjang proses kepulihannya.Kaunselor seharusnya memahami bahawa rawatan penagihan dadahadalah progresif seperti proses kepulihan klien yang juga progresif.Untuk memastikan pendekatan yang progresif dalam rawatanpenagihan, kaunselor hendaklah bersedia memfokuskan tajuk-tajuk yangberbeza dalam recovery, menggunakan strategi intervensi yang berbezadan mengharapkan klien bertanggungjawab mengikut perkembangankepulihannya.

Secara umumnya, kaunselor boleh menekankan aspek-aspekberikut sebagai fokus utama setiap sesi kaunseling yang dijalankan sepertimeminta klien menjelaskan bagaimana keadaan dirinya sejak sesi-sesiyang terdahulu dan memberi perhatian berat sama ada klien telahmenggunakan dadah sejak sesi yang lepas.

Jika keadaan itu wujud atau berlaku, buat analisis tentang relapsedan punca-puncanya dan seterusnya bina strategi untuk mencegah relapseakan datang. Jika klien ada menggunakan dadah-dadah lain, bincangkanmengapa adalah penting untuk membebaskan diri daripada semua jenisdadah, terutama apabila seseorang sedang berusaha untuk pulihdaripada ketagihan.

Page 15: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

111Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Pastikan sama ada klien menghadapi masalah yang mendesakyang perlu perhatian dan jika ya, bantu klien menanganinya. Beri maklumbalas tentang hasil ujian air kencing yang lepas, jika ada. Bincang tentangtajuk-tajuk recovery yang relevan dengan peringkat kepulihan klien dankeperluan tertentunya dalam rawatan.

Isu-isu penting rawatan yang perlu diberikan penekanan danfokus dalam kaunseling penagihan adalah berasaskan kepada peringkat-peringkat rawatan yang dilalui klien sebagaimana berikut:-

Permulaan Rawatan (Treatment Initiation)

Matlamat utama yang perlu dicapai di peringkat rawatan inimemperkenalkan klien tentang program kaunseling dan ekspektasinya;mendapatkan sejarah latar belakang klien untuk membina rancanganpemulihan; menolong klien menyedari bahawa ia mengalami penyakitketagihan; menolong klien membuat keputusan untuk keluar daripadapusingan hidup penagihan; dan menolong klien melihat faedah amalangaya hidup bebas dadah.

Antara isu-isu yang perlu diberikan perhatian dan fokus adalahseperti denial dan ambivalence. Penagih seringkali menunjukkan sifatpenafian (denial) terhadap masalah penagihannya. Ia berpunca daripadafaktor-faktor seperti keengganan klien mempercayai bahawa dirinyaseorang penagih; klien berfikir bahawa dia boleh menyelesaikan masalahdengan mengurangkan penggunaan dadah daripada meninggalkannyasama sekali dan percaya bahawa ia boleh mengawal penggunaan dadah;klien enggan percaya bahawa dadah secondary seperti alkohol sebagaisatu masalah sebagaimana dadah utama; klien juga enggan percayabahawa Narcotics Anonymous (NA) boleh membantu; dan klien masihterus menghabiskan masa dengan kawan yang menagih sertamenganggap dadah bukan satu masalah.

Perasaan ambivalence (dua perasaan yang berlawanan) dikalangan klien wujud kerana faktor-faktor seperti klien mengaitkanpenggunaan dadah dengan perubahan perasaan yang positif;penggunaan dadah dianggap strategi untuk menyelesaikan masalahdan klien tidak tahu ada strategi menghadapi masalah yang sihat danlebih berkesan; dan klien mungkin merasa terlalu lemah atau tidakberdaya untuk keluar daripada kitaran penagihan yang kuat (powerfulcycle of addiction).

Page 16: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

112Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Bebas Dadah Peringkat Awal (Early Abstinance)

Matlamat utama yang hendak dicapai pada tahap ini adalah sepertimembimbing klien mengenali dan menjauhi sekitaran yang bolehmendorong kepada penggunaan dadah; membimbing klien melakukansesuatu sebagai alternatif apabila ia mengalami keinginan terhadapdadah; menolong klien mencapai dan mengekalkan tahap bebas daripadasemua jenis dadah; mendorong klien untuk melibatkan diri dalamaktiviti-aktiviti yang sihat; dan menggalakkan klien melibatkan diridalam kumpulan sokong bantu (self-help group).

Sementara itu isu-isu utama yang perlu diberikan perhatian danfokus adalah seperti penagihan dan tanda-tanda yang berkaitandengannya; orang, tempat dan benda yang dikaitkan dengan penagihan;pengurusan masa klien; keinginan terhadap dadah (drug craving); situasiberisiko tinggi (high-risk situation); tekanan sosial untuk guna dadah;tingkah laku seks yang tidak terkawal; gejala pasca pengunduran dadah(post-acute withdrawal); penggunaan dadah-dadah lain; dan kumpulansokong bantu (Narcotics Anonymous).

Pada peringkat ini kaunselor seharusnya menggalakkan klienmembina gaya hidup bebas dadah. Ianya melibatkan klien dengandengan aktiviti sokong bantu untuk menolong kepulihannya,mengelakkan hubungan sosial yang dikaitkan dengan dadah danmenggantikan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dadah kepadaaktiviti-aktviti rekreasi yang sihat.

Peringkat Mengekalkan Bebas Dadah (Maintaining Abstinence)

Matlamat utama yang perlu dicapai pada peringkat ini pula adalah sepertimenolong klien terus mengekalkan bebas dadah; menyedarkan kliententang proses relapse, supaya ia boleh dielakkan; membantu klien dalammengenali keadaan yang boleh menimbulkan dorongan kepada dadahdari aspek emosi; membimbing klien mempelajari coping skills untukmenghadapi tekanan hidup tanpa kembali kepada pengguna dadah;menyediakan peluang kepada klien mempraktiskan coping skills baruyang dipelajari; dan terus menggalakkan klien mengubah sikap dantingkah laku yang perlu untuk mengekalkan tahap bebas dadah.

Dalam pada itu, isu-isu utama yang perlu diberikan perhatian danpenekanan adalah seperti kaedah untuk mencegah relapse; mengenaliproses relapse; hubungan dalam kepulihan; pembinaan gaya hidup bebas

Page 17: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

113Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

dadah; aspek spirituality; shame and guilt; kecacatan watak (characterdefects); mengenali dan memenuhi keperluan; pengurusan marah; relaksdan masa lapang; pekerjaan dan pengurusan wang; dan menukar tingkahlaku penagihan.

Klien yang telah mencapai bebas dadah akan berusaha untuk terusmengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku bebas dadah, mengelakkansekitaran yang merangsang keinginan terhadap dadah (environmentaltriggers), mengenal pasti psychosocial and emotional triggers dan membinaserta mempraktiskan gaya hidup sihat untuk menghadapi tekanan hidup.

Peringkat Kepulihan Lanjutan

Matlamat utama kaunseling di peringkat kepulihan lanjutan adalah untukmenyedarkan klien bahawa recovery adalah proses sepanjang hayat danberterusan dalam hidup; membawa perubahan secara total gaya hidupklien meliputi bebas daripada semua jenis dadah, aktiviti-aktiviti danperhubungan yang sihat dan mengatasi masalah-masalah personaldengan matlamat untuk mencapai kepuasan dan kebahagiaan hidup;menyediakan klien untuk menamatkan sesi setelah klien membina danmengekalkan bebas dadah dan mempelajari semua strategi untukmencapai kepulihan dan hidup bermakna; menyedarkan klien supayalebih bersedia menghadapi kebebasan dan bertanggungjawab penuhterhadap kepulihannya; menggalakkan klien supaya komited untukmeneruskan proses recovery personalnya; menyediakan kesempatankepada klien untuk meluahkan perasaan kerana mengakhiri hubungankaunseling; mengingatkan klien mengenai komitmennya terhadapkepulihan; menawarkan sokongan dan maklum balas kepada klien yangsedang pulih; dan sentiasa bersedia untuk menawarkan pertolonganapabila berlaku relapse atau krisis.

Perlu diingatkan fokus penting kaunseling seharusnya meliputiisu-isu seperti proses kepulihan tiada had masa; perubahan gaya hidup;tanggungjawab terhadap recovery; pengalaman melalui proses rawatan;program kepulihan personal; self-help group; dan juga masalah/krisishidup.

Walaupun hubungan kaunseling telah ditamatkan, kaunselormasih perlu terus menyediakan sokongan kepada klien yang sedangpulih, menggalakkan penyertaan dalam program recovery personal danmemastikan bantuan disediakan jika klien menghadapi masalah untukmengekalkan kepulihan.

Page 18: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

114Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

Cabaran-Cabaran Dalam Melaksanakan Kaunseling Penagihan Dadahyang Berkesan

Pengalaman dalam menolong penagih dadah untuk mengatasi masalahpenagihan yang dialami dan seterusnya membina strategi untukmenghadapi pelbagai masalah kehidupan bagi mencapai kepulihansecara total, merupakan sesuatu yang amat bermakna dan berguna dalammenyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkesan. Perlu disedaribahawa klien adalah individu yang unik yang memerlukan rancanganpemulihan yang personalized dan strategi intervensi yang bersesuaiandengan keperluan dan permasalahannya. Dalam membantu klien untukmempraktiskan gaya hidup bebas dadah melalui program recovery yangkomprehensif, kaunselor seringkali berhadapan dengan pelbagai masalahdan cabaran . Cabaran-cabaran ini bukan sahaja timbul daripada klien,tetapi juga berpunca daripada kaunselor sendiri dan keadaanpersekitaran sosial yang berbeza.

Berdasarkan pengalaman kebanyakan kaunselor yangmenjalankan sesi-sesi kaunseling penagihan, klien didapati mempunyaikomitmen menghadiri sesi kaunseling yang rendah. Ini adalah berpuncakebanyakannya akibat dari kekurangan motivasi dan kesediaan untukmengikuti program recovery. Sehubungan dengan itu, kaunselorseharusnya menentukan temu janji dan memberi galakan dan doronganyang secukupnya untuk meningkatkan komitmen klien.

Kaunselor sering kali menghadapi kesukaran apabila berhadapandengan klien yang mempunyai sikap penafian terhadap masalahpenagihan yang dialaminya. Klien mempunyai kepercayaan yang kuatbahawa mereka boleh mengawal penagihan dan ianya bukan satumasalah. Jika kaunselor tidak dapat meyakinkan klien tentang masalahpenagihan yang dialami itu merupakan sejenis penyakit yang perludirawat, dia akan menghadapi kesukaran untuk membantu klien bebasdaripada dadah. Justeru, kaunselor perlu memahamkan klien danmengakui masalah penagihan yang dialaminya untuk membolehkanrawatan dan program recovery dijalankan.

Keengganan klien untuk berubah (resistance) juga merupakanhalangan yang sukar dihadapi kerana masalah ini akan menyukarkankaunselor untuk membantu klien mengubah gaya hidup danmelaksanakan program recovery yang dirancang. Program recovery tidakdapat dilaksanakan dan usaha-usaha untuk membantu klien menjauhkandiri daripada dadah akan menjadi gagal, sehingga kaunselor dapat

Page 19: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

115Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

membuat konfrantasi yang berkesan untuk membantu klien menerimapertolongan.

Motivasi dan kesediaan klien yang rendah sering kali dikaitkandengan faktor yang menyebabkan kurangnya keberkesanan kaunseling,sehingga mengakibatkan kegagalan klien untuk bebas sepenuhnya daridadah. Oleh itu, beberapa strategi perlu digunakan untuk mengkaji kesan-kesan penagihan yang dialami klien dan kebaikan hidup bebas dadah.

Klien sering kali menghadapi pelbagai masalah dan krisisberkaitan penagihannya. Masalah-masalah ini acapkali dikaitkan dengantingkah laku penagihan. Kaunselor dalam konteks ini perlu membantuklien membina strategi untuk menghadapi masalah/krisis ini secarakonsisten dengan matlamat kepulihannya. Krisis yang lebih kritikalseperti tendensi untuk membunuh diri, memerlukan tindakan serta mertauntuk menyelamatkan klien.

Masalah relapse semasa berada dalam rawatan, merupakancabaran yang paling kritikal dalam memastikan klien terus berada dalamprogram recovery dan bebas dadah. Apabila relapse terjadi, kaunselor perlumembuat intervensi untuk mengenal pasti dan memproses kejadian,pemikiran dan perasaan yang mempercepatkan relapse dengan membuatanalisis relapse. Kaunselor perlu memahamkan klien bahawa relapse tidakbermakna program rawatannya gagal. Kejadian tersebut hanyamenunjukkan klien hilang clean time dan bukannya pengetahuan danpengalamannya yang diperoleh semasa berada dalam program recovery.Kaunselor seharusnya mendidik klien tentang relapse dan pentingnyamengambil tindakan yang betul. Kebanyakan daripada kejadian relapseboleh diuruskan tanpa menjejaskan program recovery. Ianya bolehdigunakan sebagai cara yang positif dan edukatif untuk menguatkanproses recovery. Dalam menghadapi relapse, kaunselor bolehmenggunakan prinsip asas bahawa relapse adalah disebabkan kegagalanklien mengikuti program recovery. Oleh itu, kaunselor perlu mengesandi mana klien menyimpang daripada rancangan recovery, dan membantudirinya agar lebih komited terhadap program recovery. Sementara itu,kaunselor perlu mengesan tahap ketenatan relapse yang dialami kliendan seterusnya menggunakan strategi intervensi yang bersesuaian, untukmengembalikan klien kepada program recovery.

Rawatan yang berkesan memerlukan sokongan sosial yang kuatterutama daripada orang-orang yang penting dalam hidup klien seperti

Page 20: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

116Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

anggota keluarga, rakan sebaya yang tidak menagih, majikan dansebagainya. Kekurangan sokongan sosial akan menyulitkan klien untukmembina semula hubungan sosialnya yang terjejas dan seterusnya bolehmelemahkan keyakinan dirinya untuk mencapai kepulihan. Justeru,penglibatan dan perhatian pihak-pihak tersebut perlu dipertingkatkan,demi memastikan sokongan sosial yang secukupnya dalam membantuproses kepulihan klien.

Klien yang menghadapi masalah psikiatri di samping penagihandadah, merupakan masalah dan cabaran yang sukar untuk ditanganikaunselor. Klien dalam kategori ini memerlukan dual-diagnosis danrancangan pemulihan bersepadu yang melibatkan konsultasi psikiatris.Kaunselor tidak mempunyai kemahiran dan iktisas yang diperlukanuntuk mengendalikan kes-kes tersebut. Rujukan kepada psikiatristerpaksa dilakukan untuk merawat masalah psikiatri yang dialami kliensebelum melibatkan klien dengan program kepulihan psikososialnya.

Dalam menghadapi pelbagai masalah dan kerenah klien,kaunselor tidak dapat membendung diri daripada terus terjejas dengankerumitan dan complexity yang timbul daripada proses interaksi denganklien. Dalam keadaan tertentu kaunselor kadangkala terjerat dengansikap dan tingkah laku alah diri (self-defeating behaviour) yang nyata sekaliboleh menjejaskan hubungan profesionalnya dengan klien. Sementaraitu, ada pula yang kecewa dan berputus asa dan menyifatkan bahawatiada jalan keluar untuk menyelesaikan kebuntuan yang dialaminya.Sindrom burn-out ini perlu disedari kaunselor dan langkah-langkah yangsewajarnya perlu diambil untuk menyuntik semangat dan usahanya, kearah membina perhubungannya dengan klien yang terapeutik dan efektif.

Masalah-masalah peribadi yang dialami kaunselor ditenatkan lagidengan bebanan tugas dan tanggungjawab yang lebih daripadasepatutnya. Kaunselor bukan sahaja terpaksa berhadapan denganbilangan kes yang ramai melebihi nisbah yang ditentukan, tetapi jugadibebani dengan pelbagai tugas tambahan yang kadangkalamenghilangkan tumpuannya untuk menjalankan tugas hakikinya. Jikakeadaan ini terus berlanjutan, dikhuatiri usaha-usaha untuk menolongklien tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan kemahirankaunselor dalam menjalankan sesi-sesi kaunseling banyak bergantungkepada tahap latihan dan bidang ilmu yang relevan yang ada pada

Page 21: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

Intervensi dan Peranan Kaunselor untuk Menjana Kepulihan Klien Sepanjang Hayat

117Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

dirinya di samping pengalamannya. Latihan yang bertaraf profesionaldan menjurus kepda kaunseling pemulihan dadah, amat diperlukan dankritikal dalam usaha kita untuk mewujudkan perkhidmatan kaunselingyang benar-benar berkesan. Menyedari bahawa kaunseling merupakanelemen dan tool utama dalam pemulihan penagihan dadah, usaha-usahayang lebih jitu perlu dibuat untuk memberi latihan yang sewajarnyakepada service providers ini, bagi memastikan perkhidmatan yang lebihberkualiti dan berkesan.

Keperluan untuk mewujudkan satu sistem penyeliaan danpemantauan yang bersistematik terhadap mutu dan piawaian kaunselingyang dikendalikan kaunselor, adalah juga menjadi agenda yang utamauntuk diteliti dan diperhalusi. Hal ini adalah sejajar dengan kehendakkod etika kaunselor yang menentukan supaya mutu perkhidmatanmereka dipertingkatkan dan diperbaiki melalui kaedah penyeliaan danpemantauan yang berterusan. Di samping itu, sistem ini juga akanmemastikan proses diagnosis dan intervensi yang lebih sesuai danberkesan dapat dijalankan yang tentunya akan dapat mengelakkandaripada berlakunya diagnosis dan ketidaksesuaian terapi.

Penutup

Di dalam menghadapi cabaran dan permasalahan yang lebih kompleksterutamanya di alaf baru ini, kaunselor perlu lebih berketrampilan danmenyediakan diri dengan pelbagai teknik dan pendekatan dalam rawatanpenagihan dadah. Pada prinsipnya rawatan penagihan yang terapeutikdan efektif memberi perhatian yang berat terhadap keperluan danmasalah klien secara spesifik. Kaunselor perlu sensitif dan responsifterhadap perkara ini, supaya pendekatan dan teknik intervensi yangbersesuaian mengikut tahap perkembangan dan kemajuan pemulihanklien, dapat dibina dan dilaksanakan.

Klien perlu terus dibantu untuk mencapai tahap bebas dadah danseterusnya mempraktiskan gaya hidup sihat tanpa dadah, sekiranyamereka berada dalam persekitaran sosial yang supportive dan komiteduntuk melaksanakan program recovery yang telah ditetapkan. Kegagalanklien untuk melaksanakan program recovery, akan meletakkan dirinyaberada dalam situasi yang berisiko tinggi untuk relapse.

Menyedari bahawa kepulihan merupakan proses sepanjang hayat,kaunselor perlu menggalakkan klien supaya dapat membina programrecovery personalnya setelah menamatkan proses rawatan. Program

Page 22: INTERVENSI DAN PERANAN KAUNSELOR UNTUK · PDF fileyang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama dari segi ... asa dan hilang harapan. ... memastikan rancangan tersebut memenuhi

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

118Lasimon bin Matokrem, m/s 97-118

recovery di peringkat pascarawatan ini akan memastikan klienmelaksanakan strategi untuk mencegah relapse, mengekalkan bebasdadah dan memantapkan kehidupan sosialnya. Namun demikian,kaunselor perlu bersedia jika didapati klien memerlukan pertolongandan sokongan untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Rujukan

Alcoholic Anonymous. (1986) Twelve Steps and Twelve Tradition. NewYork: AA World Services.

American Psychiatric Association. (1994). American Psychiatric AssociationDiagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. Fourth Edition:Washington D.C.: APA 5th Edition.

Barber, JP, Mercer, D. Krakauer, I. & Calvo, N., (1996) Development of anadherence/competence rating scale for individual drug counseling. DrugAlcohol Depend, 40-65.

Daley, D.C., (1986). Relapse Prevention Workbook. Holmes Beach, FL:Learning Publication, Inc.

Daley, D.C., (1993). Dual Disorders: Relapse Prevention Workbook. CenterCity, MN: Hazeldon Foundation.

Gorski, T., (1989). The CENAPS Model of Relapse Prevention Planning.J.Chem Depend Treat, 25-35.

Gorski, T and Miller, M., (1982). Counseling for Relapse Prevention.Independence, MO: Herald House/Independence.

Milhorn, T.H. Jr., (1987). Chemical Dependence: Diagnosis, Treatment andPrevention. Department of Family Medicine, University of MississipiMedical Center.

Luborsky, L., (1984). Principle of Psychoanalytic Psychotherapy: A Manualfor Supportive Expressive Treatment. New York: Basic Book

Marlatt, G.A. and Gordon, Jr., (1985). Relapse Prevention: MaintainenceStrategies in The Treatment of Addictive Behavior. New York: GuilfordPress.

Washton, A.M., (1989). Cocaine Addiction: Treatment, Recovery and RelapsePrevention. New York: Norton.