garis panduan etika berpakaian bagi ... tidak menggunakan fabric dan jenis kain yang jarang baju...

18
Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 1 GARIS PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN BAGI KAKITANGAN KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) Selaras dengan pengkorporatan Kumpulan PPPNP, keperluan mewujudkan budaya professional termasuklan imej penampilan diri setiap kakitangan akan turut mencerminkan kredibiliti Kumpulan PPPNP. Penampilan professional ketika bertugas rasmi di dalam atau luar pejabat akan turut memberikan persepsi positif umum kepada tahap penyampaian perkhidmatan di Kumpulan PPPNP. Pemakaian dan penampilan yang kemas juga akan turut mempengaruhi tahap sahsiah dan moral kakitangan Kumpulan PPPNP dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Atas dasar itu, Garis Panduan Etika Dan Penampilan Pemakaian ke Pejabat diterbitkan sebagai rujukan warga PPPNP di dalam menampilkan etika pemakaian yang lebih kemas dan bersesuaian ketika menjalankan tugas-tugas rasmi. OBJEKTIF i. Sumber rujukan utama dalam etika dan penampilan pemakaian ke pejabat bagi semua warga PPPNP; ii. Membentuk konsistensi dalam jenis pakaian dan penampilan setiap warga PPPNP ketika menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam mahupun luar pejabat; iii. Hasil terjemahan kepada arahan-arahan dan pekeliling- pekeliling mengenai tatacara dan etika pemakaian ke pejabat mengikut keadaan dan kesesuaian suasana kerja di Kumpulan PPPNP; dan iv. Membentuk budaya keterampilan yang kemas, professional dan beretika di kalangan warga PPPNP bagi meningkatkan keyakinan dan persepsi ETIKA DAN PENAMPILAN Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan, pemikiran dan etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Cara berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan akan member kesan dalam menentukan sejauh

Upload: hamien

Post on 02-Aug-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 1

GARIS PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN BAGI KAKITANGAN KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) Selaras dengan pengkorporatan Kumpulan PPPNP, keperluan mewujudkan budaya professional termasuklan imej penampilan diri setiap kakitangan akan turut mencerminkan kredibiliti

Kumpulan PPPNP. Penampilan professional ketika bertugas rasmi di dalam atau luar pejabat akan turut memberikan

persepsi positif umum kepada tahap penyampaian perkhidmatan di Kumpulan PPPNP. Pemakaian dan penampilan yang kemas juga akan turut mempengaruhi tahap sahsiah dan

moral kakitangan Kumpulan PPPNP dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Atas dasar itu, Garis Panduan Etika Dan Penampilan Pemakaian ke Pejabat diterbitkan sebagai rujukan warga PPPNP

di dalam menampilkan etika pemakaian yang lebih kemas dan bersesuaian ketika menjalankan tugas-tugas rasmi.

OBJEKTIF

i. Sumber rujukan utama dalam etika dan penampilan pemakaian ke pejabat bagi semua warga PPPNP;

ii. Membentuk konsistensi dalam jenis pakaian dan penampilan setiap warga PPPNP ketika menjalankan

tugas rasmi sama ada di dalam mahupun luar pejabat;

iii. Hasil terjemahan kepada arahan-arahan dan pekeliling-

pekeliling mengenai tatacara dan etika pemakaian ke pejabat mengikut keadaan dan kesesuaian suasana kerja

di Kumpulan PPPNP; dan

iv. Membentuk budaya keterampilan yang kemas,

professional dan beretika di kalangan warga PPPNP bagi meningkatkan keyakinan dan persepsi

ETIKA DAN PENAMPILAN

Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan, pemikiran dan etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Cara berpakaian dan penampilan yang

ditunjukkan akan member kesan dalam menentukan sejauh

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 2

mana keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan kepada stakeholders dan pelanggan.

Atas dasar itu, imej adalah berkait rapat dengan tanggapan dan

persepsi ke atas seseorang individu tersebut. Oleh yang demikian, bagi menggayakan pakaian,seseorang itu harus menitik beratkan pertimbangan berikut iaitu:

i. Mengenali bentuk badan;

ii. Potongan dan kombinasi warna pakaian yang dipilih;

iii. Kesesuaian jenis pakaian dan aksesori; dan

iv. Kedudukan/pangkat dalam Organisasi

LOUNGE SUIT

Lounge Suit bagi pegawai lelaki

adalah pemakaian kot dan seluar panjang yang diperbuat daripada bahan yang

bersesuaian dan padan dari segi corak dan warna. Warna gelap

adalah digalakkan. Baju kemeja hendaklah

berlengan panjang dan berwarna cerah (lengan baju tidak

dilipatkan) Tali leher yang digunakan

adalah bersesuaian dengan warna kemeja yang dipakai.

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 3

NEHRU SUIT

SUIT PEREMPUAN

Kerajaan telah menetapkan

beberapa fesyen pemakaian

alternative yang boleh dipakai semasa bekerja atau

menghadiri acara rasmi. Antaranya ialah Nehru Suit.

Pemakaian Nehru Suit boleh dipakai sama ada berbutang hadapan atau terselindung.

Pemakaian Suit bagi pegawai wanita di

Kumpulan PPPNP boleh dipakai dengan seluar panjang dan skirt labuh yang diperbuat daripada bahan yang

bersesuaian dan padan dari segi corak dan warna. Warna gelap adalah digalakkan.

Kot mesti melebihi sedikit daripada

paras punggung. Seluar panjang hendaklah tidak ketat dan mencolok mata.

Baju kemeja hendaklah berlengan

panjang dan berwarna cerah (;lengan baju tidak dilipatkan).

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 4

PAKAIAN PEJABAT (LELAKI)

**Pemakaian tali leher PPPNP adalah diwajibkan

setiap hari Isnin serta ketika menghadiri Majlis-majlis

Rasmi PPPNP

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 7

BAJU BATIK

Pemakaian batik adalah diwajibkan pada setiap hari Khamis

Batik yang digunakan hendaklah batik Malaysia

Pegawai Lelaki perlu memakai baju batik (dibuat seperti baju kemeja

dan berlengan panjang) dan berseluar panjang

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 8

PAKAIAN KEBANGSAAN DAN PAKAIAN ALTERNATIF

Pemakaian Baju Melayu Lengkap adalah digalakkan

pada hari Jumaat.

Baju Melayu hendaklah

dipakai dengan lengkap iaitu bersamping, bersongkok dan mempunyai lima butanmg

(Jenis cekak musang)

Warna baju, seluar dan samping adalah pilihan sendiri tetapi hendaklah bersesuaian.

Penggunaan pakaian kebudayaan kaum lain adalah dibolehkan. Namun begitu, pakaian tersebut

haruslah dipakai secara lengkap dan bersesuaian untuk

menjalankan tugasan rasmi.

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 9

PAKAIAN SERAGAM - Kakitangan Kumpulan PPPNP yang telah dibekalkan pakaian seragam

(Pemandu, Pembantu Am Rendah Dan Polis Bantuan) hendaklah

memakai pakaian tersebut ke pejabat.

BAJU KORPORAT PPPNP

- Pemakaian baju korporat PPPNP (Oren) perlu dipakai oleh setiap warga PPPNP pada setiap hari Selasa.

PEMATUHAN ARAHAN Garis Panduan Etika Dan Penampilan Pemakaian ke Pejabat ini adalah tertakluk kepada arahan sedia ada yang telah dikeluarkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan hendaklah digunakan bersama-sama dengan arahan pengurusan Kumpulan PPPNP dari masa ke masa :-

a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1975 – Pindaan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 mengenai Pakaian Masa

Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Kerajaan;

b) Pekeliling Perkhidmatan 2 Tahun 1985 – Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai Awam;

c) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), 1993;

d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif sebagai Pakaian semasa bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi;

e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 – Pemakaian

Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada Hari Khamis; dan

f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013 – Pemakaian

Two/Three- Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 10

AKSESORI

LELAKI

Tali Leher Korporat

Pemakaian tali leher korporat adalah

setiap hari Isnin Pin Tali Leher

Dipakai di tengah-tengah tali leher.

Pas Pekerja

Setiap warga PPPNP mestilah sentiasa memakai pas pekerja sepanjang berada di kawasan pejabat ataupun ketika

melakukan tugas rasmi di luar pejabat.

Tali Pinggang Warna tali pinggang adalah digalakkan

sama dengan warna kasut. Jam Tangan

Reka bentuk, warna dan bahan adalah

bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat.

Cuff Link

Pemakaian aksesori ini adalah pilihan kepada butang. Corak, bahan dan saiz hendaklah bersesuaian dengan suasana

kerja di pejabat. Kasut Dan Stoking

Kasut yang dipakai mestilah berkilat dan

berwarna gelap. Stoking yang dipakai juga berwarna gelap dan sepadan dengan

warna seluar yang dipakai.

PEREMPUAN

Tali Pinggang Warna Tali pinggang adalah digalakkan

sama dengan warna kasut. Jam Tangan

Reka bentuk, warna dan bahan adalah

bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat.

Pas Pekerja

Setiap warga PPPNP mestilah sentiasa memakai pas pekerja sepanjang berada di kawasan pejabat ataupun ketika melakukan

tugas rasmi di luar pejabat. Cuff Link

Pemakaian aksesori ini adalah pilihan

kepada butang. Corak, bahan dan saiz hendaklah bersesuaian dengan suasana kerja di pejabat

Rantai/Gelang/Cincin Barang kemas hendaklah dipakai secara

sederhana dan tidak terlalu menonjol Kasut Dan Stoking

Kasut yang dipakai mestilah berkilat dan

berwarna gelap (court shoes). Stoking adalah

berwarna kulit.

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 11

PEMAKAIAN UNTUK LELAKI

YA

KEPALA/MUKA

Rambut hendaklah disikat kemas

Berkepala botak hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut sahaja iaitu;

v. Genetik / Keturunan vi. Penyakit vii. Amalan Agama / Kepercayaan

(Umrah/Haji) viii.

BADAN - Memakai Pas Nama

- Kolar baju dan hujung tangan mesti kelihatan ½ inci daripada kot

- Warna Tali leher dan Baju yang dipakai adalah sepadan

- Hujung kepala tali leher mencecah

paras kepala tali pinggang

KAKI

- Memakai kasut kulit yang sentiasa berkilat

- Memakai stoking yang berpadanan

dengan warna seluar.

TIDAK

KEPALA/MUKA

- Rambut Panjang, berwarna atau

dibuat dengan gaya Punk atau skinhead.

- Menindik telinga / hidung / lidah

- Misai tidak dijaga rapi - Gigi yang tidak digosok - Nafas Berbau

BADAN

- Badan berbau dan tidak bersih - Memakai bow tie dengan suit yang

tidak bersesuaian - Berkuku panjang dan kotor

- Memakai pakaian yang tidak tersenarai sebagai pakaian ke pejabat

- Tali leher berkarektar kartun atau

logo yang tidak sepatutnya - Pakaian yang tidak digosok kemas

atau tidak dibasuh.

KAKI - Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis

- Memakai kasut sukan dengan pakaian pejabat

- Memakai kasut dan stoking berwarna putih

- Berselipar atau hanya memakai

sandal.

PENAMPILAN

- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya

- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa

YA

KEPALA/MUKA

Rambut hendaklah disikat kemas

Berkepala botak hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut sahaja iaitu;

i. Genetik / Keturunan ii. Penyakit iii. Amalan Agama / Kepercayaan

(Umrah/Haji) iv.

BADAN - Memakai Pas Nama

- Kolar baju dan hujung tangan mesti kelihatan ½ inci daripada kot

- Warna Tali leher dan Baju yang dipakai adalah sepadan

- Hujung kepala tali leher mencecah

paras kepala tali pinggang

KAKI

- Memakai kasut kulit yang sentiasa berkilat

- Memakai stoking yang berpadanan

dengan warna seluar.

TIDAK

KEPALA/MUKA

- Rambut Panjang, berwarna atau

dibuat dengan gaya Punk atau skinhead.

- Menindik telinga / hidung / lidah

- Misai tidak dijaga rapi - Gigi yang tidak digosok - Nafas Berbau

BADAN

- Badan berbau dan tidak bersih - Memakai bow tie dengan suit yang

tidak bersesuaian - Berkuku panjang dan kotor

- Memakai pakaian yang tidak tersenarai sebagai pakaian ke pejabat

- Tali leher berkarektar kartun atau

logo yang tidak sepatutnya - Pakaian yang tidak digosok kemas

atau tidak dibasuh.

KAKI - Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis

- Memakai kasut sukan dengan pakaian pejabat

- Memakai kasut dan stoking berwarna putih

- Berselipar atau hanya memakai

sandal.

PENAMPILAN

- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya

- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 12

PEMAKAIAN UNTUK WANITA

YA

KEPALA/MUKA

- Rambut sentiasa disikat kemas

atau disanggul (netting)

- Tudung yang dipakai hendaklah berpadanan dengan warna baju

- Memakai subang yang bersesuaian - Mengenakan makeup yang

berkadaran

ix. x. BADAN

- Memakai Pas Nama - Kombinasi corak dan warna pakaian

adalah berpadanan - Memakai pewangi yang

menyenangkan dan berkadaran

- Memakai aksesori yang tidak terlalu sarat dan mewah

- Sentiasa memakai kot (jika memakai lounge suit)

KAKI

- Memakai kasut kulit yang bertutup

dan sentiasa berkilat

- Memakai stoking berwarna kulit / gelap.

TIDAK

KEPALA/MUKA

- Rambut berserabai dan dibiarkan

tidak terurus.

- Kombinasi warna makeup yang tidak sesuai dan keterlaluan

- Tudung yang lusush dan tidak digosok kemas

- Gigi yang tidak digosok

- Nafas Berbau

BADAN - Badan berbau dan tidak bersih

- Berkuku panjang dan kotor - Memakai pakaian yang jarang, ketat

atau kombinasi fesyen yang tidak

boleh diterima sebagai pakaian ke pejabat

- Pakaian yang tidak digosok kemas atau tidak dibasuh.

KAKI

- Berseluar jenis ‘jeans’ atau khakis - Memakai kasut sukan dengan

pakaian pejabat - Berselipar atau hanya memakai

sandal.

PENAMPILAN

- Sentiasa senyum, ramah dan berkelakuan sewajarnya

- Mengamalkan etika dan protokol yang berkadaran dengan suasana semasa

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 13

TIP TAMBAHAN

1. Baju Kemeja

Elakkan memakai kemeja daripada kain jenis berkilat dan

jarang Hendaklah memilih kemeja yang selesa dipakai dan

berpadanan dengan bentuk badan dan warna kulit Bukaan kolar yang selesa, bertujuan untuk tampak kemas

ketika mengenakan dengan tali leher

Warna baju hendaklah lebih gelap daripada warna tali leher Padankan tali leher berjalur dengan baju satu warna (plain) dan

tali leher plain dengan baju berjalur Baju yang berjalur timbul dan sewarna boleh dipakai dengan

tali leher berjalur halus

Elakkan memakai tali leher plain kecuali memakai lounge suit.

2. Tali Leher

Panjang tali leher adalah padan dengan ketinggian pemakai Hanya dipakai dengan baju lengan panjang (kecuali pakaian

seragam)

Elakkan menggunakan tali leher yang terlalu besar, sharp-end dan dipakai dengan terlalu singkat atau labuh

Diikat dengan ikatan simpul tiga segi Pin tali leher dipakai di tempat yang bersamaan dengan tengah

saku baju, tetapi jika memakai lounge suit, tempat yang

bersesuaian adalah bersamaan di bahagian atas saku baju.

3. Lounge Suit

Dipakai dengan baju lengan panjang sewarna

Potongan seluar adalah jenis straight-cut dan bukannya jenis bell-bottom

Lounge suit tidak dipakai berlainan warna dengan seluar

kecuali jika memakai sport-jacket Semasa berdiri di majlis/mesyuarat, hanya butangkan satu

sahaja suit tersebut, manakala semasa duduk, butang tersebut

boleh dibuka untuk keselesaan.

4. Beg Tangan Dan Kasut

Warna beg tangan boleh dipadankan dengan warna kasut

Beg tangan sederhana besar adalah sesuai untuk dibawa ke pejabat, manakali jenis bertali dan kepit (clutch) dipakai jika

menghadiri majlis rasmi.

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 14

PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN Cara pakaian yang tidak dibenarkan dalam waktu bekerja:

Berpakaian yeng member sangkaan ianya seolah-olah hendak

menghadiri pesta ataupun ke tempat perkelahan Pakaian yang menjolok mata “Jeans”

Seluar Pendek Pakaian yang menutup muka

Kasut Sukan, selipar dan sandal Mewarnakan Rambut Skirt dan blaus (Kecuali mengandung)

Seluar panjang dan blouse tanpa jaket (untuk wanita)

Seluar Panjang dan blaus tanpa jaket

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 15

Jubah / Abaya

Skirt dan Blaus (kecuali mengandung)

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 16

Kebaya Ketat, Pendek,

jarang dan terbelah

Baju melayu (tidak lengkap –

tanpa samping dan songkok)

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 17

Baju casual (T-shirt, jeans)

Berkopian/Berketayap

Garis Panduan Etika Berpakaian Kumpulan PPPNP

Garis Panduan Etika Pemakaian Kumpulan PPPNP Page 18

ARAHAN PEMAKAIAN Sehubungan dengan itu, semua warga Kumpulan PPPNP adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi sepenuhnya. Pemantauan pelaksanaan oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing adalah perlu demi meningkatkan imej korporat Kumpulan PPPNP. Pelanggaran arahan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil termasuk pemotongan markah KPI secara tahunan. Kerjasama semua adalah amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Arahan ini berkuatkuasa pada tarikh 23/11/2015. Sekian.