sejarah - keluarga82.files.wordpress.com filebahagian pengurusan sekolah berasrama ... yang perlu...

27
SULIT 21/1 Sejarah Kertas 1 Julai 1 ¼ jam Kertas soalan ini mengandungi 27 halaman bercetak 21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 PENILAIAN MENENGAH RENDAH SEJARAH Kertas 1 1 ¼ jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas ini mengandungi 60 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disedialan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Upload: duongcong

Post on 28-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 21/1

Sejarah

Kertas 1

Julai

1 ¼ jam

Kertas soalan ini mengandungi 27 halaman bercetak

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

SEJARAH

Kertas 1

1 ¼ jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas ini mengandungi 60 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan

objektif yang disedialan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baru.

Page 2: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 2 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

1 Apakah sumber pertama yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan berikut?

Peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda

Kebudayaan masyarakat setempat

A Jurnal

B Majalah

C Ensiklopedia

D Catatan harian

2 Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri masyarakat Zaman Neolitik

dengan Zaman Logam.

Zaman Kegiatan Peralatan digunakan

Zaman Neolitik Bercucuk tanam

Berdagang X

Zaman Logam Bercucuk tanam

Berdagang Peralatan besi

Peralatan X dibuat daripada

A kayu

B batu

C tulang

D gangsa

3 Senarai berikut menunjukkan kawasan wilayah taklukan Srivijaya.

Selat Melaka

Selat Sunda

Laut Jawa

Apakah kesan penguasaan kawasan wilayah tersebut?

A Menguasai pengeluaran emas

B Meningkatkan cukai barangan

C Memajukan kegiatan pertanian

D Mengawal laluan perdagangan

Page 3: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 3 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

4 Maklumat berikut menunjukkan kerajaan yang mengancam Melaka pada kurun ke-15.

Siam

Majapahit

Bagaimanakah Parameswara menghadapi ancaman tersebut?

A Menubuhkan tentera laut

B Membina kubu pertahanan

C Mengupah askar Jawa

D Meminta naungan China

5 Senarai berikut menunjukkan tokoh pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Perak

Tun Mutahir

Tun Perpatih Puteh

Apakah ciri persamaan tokoh tersebut?

A Bendahara

B Laksamana

C Temenggung

D Penghulu Bendahari

6 Jadual berikut berkaitan Sistem Cukai Berkeutamaan di Melaka.

Pedagang Kadar Cukai dikenakan

Tempatan (tinggal tetap di Melaka) 3 %

Barat (Arab dan India) 6 %

China dan Jepun Tidak dikenakan cukai, tetapi

memberi hadiah

Mengapakah kadar cukai tersebut berbeza?

A Mengikut jenis barang dagangan

B Mengikut mata wang digunakan

C Berdasarkan laluan perlayaran

D Berdasarkan tempat asal pedagang

Page 4: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 4 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

7 Rajah berikut menerangkan tindakan Tun Perak semasa menghadapi serangan Siam.

Mengunakan perahu kecil

Tindakan Tun Perak

Mengikat jamung di pokok bakau

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tindakan tersebut?

I Kebijaksanaan strategi

II kepemimpinan yang cekap

III Kekuatan kubu pertahanan

IV Kelengkapan alatan perang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

8 Peta berikut menunjukkan perpindahan pedagang dari Melaka ke pelabuhan lain pada

awal kurun ke -16

Mengapakah perpindahan tersebut berlaku?

A Barang dagangan berkurangan

B Sistem perundangan lemah

C Kadar cukai meningkat

D Prasarana pelabuhan terhad

Brunei

Patani

Acheh

Bantam

Melaka

Page 5: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 5 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

9 Rajah berikut menunjukkan kegemilangan kerajaan Johor pada kurun ke-17.

Pusat perdagangan antarabangsa

Kegemilangan

Kerajaan Johor

Pusat pengajian agama Islam

X

Apakah X?

A Pusat pengumpulan barang

B Pusat persuratan

C Pusat ketenteraan

D Pusat pertanian

10 Maklumat berikut menunjukkan lokasi peperangan yang melibatkan Belanda di Johor.

Riau

Teluk Ketapang

Apakah kejayaan peperangan di lokasi tersebut?

A Menguasai Melaka

B Menghapuskan lanun

C Mengusir orang Bugis

D Mengawal perdagangan

11 Garis masa berikut menerangkan ancaman kuasa asing terhadap negeri Perak.

1819 Siam menguasai Perak

1651 Belanda mengepung Perak

1575 Acheh menawan Perak

Mengapakah kuasa tersebut berminat menguasai Perak?

A Keperluan tenaga buruh

B Kesuburan tanah pertanian

C Kekayaan hasil bumi

D Kedudukan pelabuhan strategik

Page 6: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 6 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

12 Pernyataan berikut menerangkan bentuk hubungan yang terjalin antara Kelantan

dengan Siam.

Pada tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam.

Penghantaran bunga emas dibuat setiap tiga tahun sekali.

Mengapakah pemerintah Kelantan bertindak sedemikian?

A Mengelakkan ancaman jiran

B Meningkatkan hubungan luar

C Mengukuhkan pertahanan negeri

D Menggalakkan aktiviti perdagangan

13 Dialog berikut mungkin berkaitan dengan amalan masyarakat Melayu tradisional.

Ketua Kampung : Kumpulkan semua penduduk. Kita akan ke istana esok untuk

membina istana baru sultan.

Penduduk : Baik datuk, kami semua akan patuhi arahan.

Apakah amalan tersebut?

A Sistem cukai

B Sistem serah

C Sistem barter

D Sistem kerah

14 Senrai berikut berkaitan kepercayaan masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

Dilarang hidup menetap

Tidak boleh menebang pokok besar

Berpindah apabila berlaku kematian

Kumpulan etnik manakah mengamalkan kepercayaan tersebut?

A Iban

B Penan

C Melanau

D Kedayan

Page 7: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 7 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

15 Senarai berikut berkaitan dengan pendidikan masyarakat pedalaman Sabah?

Mendaki bukit

Memanjat pokok

Memburu binatang

Mengapakah masyarakat tersebut mementingkan pendidikan sedemikian?

A Memberi asas kemahiran

B Melahirkan semangat juang

C Membentuk kekuatan fizikal

D Mewarisi cara hidup keluarga

16 Mengapakah Sultan Kedah menghubungi syarikat-syarikat berikut pada kurun ke 18?

Firma Jourdain Sullivan and de Souza

Syarikat Hindia Timur Inggeris

A Menarik pelaburan asing

B Menghapus ancaman lanun

C Mengekal kedaulatan negeri

D Menjalin hubungan perdagangan

17 Monolog berikut mungkin berlaku di Singapura pada tahun 1819.

Raffles : Nampaknya perjanjian yang saya tandatangan dengan

Temenggung Abdul Rahman tidak membolehkan saya

berkuasa penuh di Singapura. Saya mesti berbuat sesuatu.

Apakah tindakan Raffles seterusnya?

A Melancarkan perang

B Menabalkan sultan baru

C Membina kubu pertahanan

D Membuka petempatan baru

Page 8: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 8 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

18 Peta berikut menunjukkan petempatan British yang disatukan di bawah satu

pentadbiran pada tahun 1826.

Mengapakah British menyatukan petempatan tersebut?

A Mengukuhkan pertahanan

B Mengukuhkan kuasa pembesar

C Menyeragamkan pentadbiran

D Memajukan sistem perhubungan

19 Maklumat berikut adalah sebahagian syarat Perjanjian Pangkor yang ditandatangani

pada tahun 1874.

Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak

Sultan menerima seorang Residen British

Apakah kesan perjanjian tersebut?

A British menguasai pentadbiran negeri

B Kuasa pembesar tempatan bertambah

C Sistem pewarisan takhta diperkukuhkan

D Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk

Singapura

Pulau Pinang

Melaka

Bendera Negeri-Negeri Selat

Page 9: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 9 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

20 Rajah berikut menerangkan perbalahan pembesar yang membawa kepada campur

tangan British di Sungai Ujong

Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

Perbalahan Pembesar

Sungai Ujong

Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Apakah faktor perbalahan tersebut?

A Pertikaian sempadan daerah

B Perebutan hak mengutip cukai

C Penguasaan kawasan pertanian

D Percanggahan undang-undang adat

21 Peta berikut menunjukkan negeri Melayu yang terlibat dalam pembentukan

Persekutuan 1896 atau Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Apakah kesan pembentukan persekutuan tersebut?

A Kuasa pemerintah tempatan merosot

B Krisis kewangan negeri meruncing

C Kemasukan buruh luar disekat

D Kemajuan ekonomi terbantut

Perak

Pahang

Selangor

Negeri Sembilan

Page 10: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 10 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

22 Jadual di bawah menunjukkan pemerintah negeri-negeri Melayu.

Tokoh Negeri

Sultan Zainal Abidin III

Sultan Abu Bakar

Terengganu

Johor

Bagaimanakah mereka berusaha mengekalkan kedaulatan negeri?

A Mempelopori amalan demokrasi

B Menggubal perlembagaan negeri

C Memantapkan pendidikan rakyat

D Menjalin hubungan diplomatik

23 Rajah berikut menerangkan sumbangan Sultan Abu Bakar kepada negeri Johor.

Menjamin keamanan

Sumbangan Sultan Abu Bakar Memodenkan pentadbiran

X

Apakah X?

A Mengisytiharkan perlembagaan negeri

B Memindahkan pusat pentadbiran

C Membuka pelabuhan antarabangsa

D Memperkenalkan tanaman dagangan

Page 11: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 11 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

24 Peta berikut menunjukkan lokasi peristiwa yang berlaku di Sarawak.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

A Kubu pertahanan didirikan

B James Brooke meluaskan wilayah

C Jawatan pembesar tempatan dilucutkan

D Pangeran Indera Mahkota menjadi wakil pemerintah

25 Jadual berikut menunjukkan bilangan sekolah di Sarawak semasa pentadbiran

keluarga Brooke.

Jenis Sekolah Bilangan Sekolah

1930 1938

Sekolah Katolik 15 27

Sekolah Melayu 24 33

Sekolah Cina 91 144

Sekolah Dayak 1 1

Mengapakah Brooke tidak menambah bilangan Sekolah Dayak?

A Mengalami masalah kewangan

B Menghadapi kekurangan guru

C Mengekalkan cara hidup tradisional

D Menumpukan pembangunan ketenteraan

1853-Penentangan

di Saribas dan

Batang Lupar

1861-Kekacauan di Sungai Rajang

1883-Pembunuhan peniaga di

lembangan Sungai Trusan

Page 12: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 12 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

26 Rajah berikut menerangkan syarat pemberian piagam kepada Syarikat Borneo Utara

British (SBUB).

Perlantikan pegawai SBUB perlu

persetujuan Kerajaan British

Syarat Pemberian

Piagam kepada SBUB

SBUB mesti menerima nasihat

kerajaan British

Mengapakah British mengenakan syarat sedemikian?

A Mengukuhkan pengaruh

B Menjamin kedaulatan negeri

C Menamatkan pemberontakan

D Memelihara kebajikan penduduk

27 Senarai berikut adalah jawatan dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British

(SBUB) yang disandang oleh penduduk tempatan.

Ketua Kampung

Ketua Anak Negeri

Timbalan Penolong Pegawai Daerah

Mengapakah SBUB melantik penduduk tempatan memegang jawatan tersebut?

A Mengawal pendidikan peringkat rendah

B Mengawal sumber hasil negeri

C Mengatasi masalah kewangan

D Memupuk perpaduan kaum

Page 13: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 13 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

28 Graf berikut menunjukkan harga getah di Tanah Melayu pada tahun 1930an.

Bagaimanakah harga tersebut dapat ditingkatkan pada tahun 1933?

A Kadar cukai diturunkan

B Tenaga buruh ditambah

C Teknik torehan dimodenkan

D Kuota pengeluaran ditetapkan

29 Carta berikut menunjukkan penguasaan pengeluaran bijih timah oleh pelombong

Eropah dan pelombong Cina di Tanah Melayu pada tahun 1937.

Mengapakah pelombong Eropah berjaya mengatasi pelombong Cina dalam

pengeluaran tersebut?

A Buruh ramai

B Cukai rendah

C Teknologi moden

D Dividen tinggi

Harga getah

dalam sen

sepaun

1930 1931 1932 1933

9.96

7.01

19.31

10.23

Pelombong

Eropah

(68%)

Pelombong

Cina

(32%)

Page 14: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 14 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

30 Petikan berikut menggambarkan dasar British terhadap pendidikan orang Melayu.

“Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus

di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian

dalam kerka-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan”

Arthur Kenion,

Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan

Mengapakah British melaksanakan dasar sedemikian?

A Mermantapkan jati diri

B Menambah pengeluaran

C Meningkatkan taraf hidup

D Mengukuhkan kedudukan

31 Jadual berikut merujuk kebangkitan rakyat tempatan menentang penjajah.

Negeri Kebangkitan rakyat

Kelantan Penentangan Tok Janggut

Terengganu Pemberontakan Tani

Sabah Kebangkitan Rundum

Apakah yang mendorong kebangkitan tersebut?

A Cukai membebankan

B Gelaran pembesar dilucut

C Adat perhambaan dihentikan

D Kuasa memungut cukai ditamatkan

32 Rajah berikut menunjukkan sebab kebangkitan pemimpin tempatan menentang

penjajah.

Hilang hak memungut cukai

Penentangan Dato’ Bahaman Gelaran pembesar dilucut

X

Apakah X?

A Adat resam dicabuli

B Balai polis didirikan

C Buruh paksa diamalkan

D Kampung halaman dibakar

Page 15: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 15 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

33 Jadual berikut menunjukkan kejayaan pejuang tempatan menentang penjajah.

Tokoh Kejayaan

Dol Said Menewaskan angkatan perang yang diketuai

Kapten Wyllie di Naning

Rentap Berjaya membunuh Allan Lee di Nanga

Skrang

Dato’ Bahaman Mengalahkan tentera British diketuai Hugh

Clifford di Lubuk Terua

Apakah iktibar daripada kejayaan tersebut?

A Berani menanggung risiko

B Bertoleransi dalam perjuangan

C Bijaksana dalam menyusun strategi

D Bekerjasama menegakkan undang-undang

34 Peta berikut menunjukkan gerakan di luar negara yang berlaku pada awal kurun ke-20.

Apakah kesan gerakan tersebut ke atas Tanah Melayu?

A Kemunculan semangat nasionalisme

B Perpaduan penduduk berbilang kaum

C Penubuhan pelbagai parti politik

D Kehadiran kaum imigran

Page 16: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 16 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

35 Tokoh berikut adalah pemimpin Kesatuan Melayu Muda.

Ibrahim Haji Yaakob Mustapha Hussain Ahmad Boestamam

Apakah matlamat perjuangan mereka?

A Memupuk kesetiaan kepada raja

B Menamatkan pemerintahan penjajah

C Mempelopori gerakan pemulihan agama

D Mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum

36 Gambar berikut menunjukkan kenderaan yang digunakan oleh tentera Jepun semasa

menyerang Tanah Melayu.

Mengapakah tentera Jepun menggunakan kenderaan tersebut?

A Melaksanakan strategi perang gerila

B Mengelakkan taktik bumi hangus

C Mempercepatkan kemaraan

D Menjimatkan perbelanjaan

Page 17: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 17 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

37 Peta berikut menunjukkan negeri Melayu yang diserahkan oleh Jepun kepada

Thailand semasa Perang Dunia Kedua.

Mengapakah Jepun menyerahkan negeri tersebut kepada Thailand?

A Memperoleh senjata

B Mendapat maklumat sulit

C Memperoleh bekalan makanan

D Mendapat kemudahan laluan tentera

38 Rajah berikut berkaitan institusi latihan yang ditubuhkan semasa pentadbiran Jepun.

Ditubuhkan di Singapura, Melaka dan

Pulau Pinang

Koa Kunrenjo 75 peratus pelatih orang Melayu

Lulusan mendapat jawatan dalam tinggi

dalam pentadbiran

Mengapakah Jepun menubuhkan institusi tersebut?

A Menghargai jasa pembesar

B Memenuhi desakan penduduk

C Mengiktiraf pemimpin tempatan

D Mengatasi masalah kekurangan pegawai

Perlis

Kedah

Kelantan Terenganu

Thailand

Page 18: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 18 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

39 Senarai berikut adalah tujuan British melakukan perubahan pentadbiran di Tanah

Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Mewujudkan pentadbiran yang seragam

Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

Menjamin penguasaan ekonomi berterusan

Bagaimanakan British berusaha mencapai tujuan tersebut?

A Melaksanakan Sistem Ahli

B Menubuhkan Malayan Union

C Membentuk Persekutuan Malaysia

D Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British

40 Gambar berikut menunjukkan tuntutan orang Melayu semasa demonstrasi membantah

pentadbiran Malayan Union pada tahun 1946.

Apakah yang dituntut orang Melayu dalam demostrasi tersebut?

I Keistimewaan dipertahan

II Kuasa sultan dikembalikan

III Taraf hidup dinaikkan

IV Kekayaan ekonomi diagih sama rata

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 19: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 19 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

41 Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu yang dianggap

sebagai kemenangan kepada orang Melayu.

1946

Malayan Union

1948

Persekutuan Tanah Melayu

Mengapakah perubahan tersebut merupakan kemenangan orang Melayu?

A Jus soli diperkenalkan

B Status qou dikembalikan

C Pentadbiran diseragamkan

D Gabenor menjadi ketua kerajaan

42 Senarai berikut adalah keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Membakar kilang

Menyerang balai polis

Merosakkan landasan kereta api

Mengapakah PKM bertindak sedemikian?

A Menyekat kemaraan musuh

B Menentang pendudukan Jepun

C Melumpuhkan ekonomi negara

D Menumbangkan Malayan Union

43 Akhbar berikut memaparkan musuh negara pada zaman darurat.

Bagimanakah kerajaan berusaha menangkap musuh tersebut?

A Melaksanakan Rancangan Briggs

B Menubuhkan Special Constable

C Membentuk Home Guard

D Menawarkan hadiah wang

Page 20: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 20 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

44 Peta berikut menunjukkan taburan kampung baru di Tanah Melayu pada tahun 1950-an

Mengapakah wujud banyak kampung baru tersebut?

A Pengisytiharan kawasan hitam

B Pertambahan golongan imigran

C Penempatan semula setinggan

D Penghijrahan masyarakat luar bandar

45 Rajah berikut menunjukkan kesan Zaman Darurat di Tanah Melayu.

Malayan Chinese

Association (MCA)

ditubuhkan

Syarat kerakyatan

dilonggarkan

Kesan Zaman

Darurat

Ekonomi terjesas

X

Apakah X?

A Petempatan setinggan bertambah

B Pertahanan negara semakin lemah

C Pendidikan vernakular berkembang

D Kemerdekaan tanah air disegerakan

Petunjuk:

Kampung Baru

Page 21: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 21 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

46 Rajah berikut menerangkan sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka.

Sekolah Melayu

Sekolah Vernakular Sekolah Cina

Sekolah Tamil

Apakah kesan pelaksanaan sistem pendidikan tersebut?

A Perbelanjaan mengurus meningkat

B Penghijrahan penduduk ke bandar

C Petempatan baru bertambah

D Perpaduan rakyat terjejas

47 Jadual berikut beriakiatn Sistem Ahli pada tahun 1951.

Ahli Portfolio

Dato’ Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

Dato’ E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran

Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan

Apakah faedah daripada pelaksanaan sistem tersebut?

A Menjimatkan perbelanjaan

B Memperkuat asas demokrasi

C Memupuk pengalaman mentadbir

D Menyeragamkan sistem pentadbiran

48 Rajah berikut menunjukkan langkah membentuk kerjasama kaum ke arah

berkerajaan sendiri.

Pemimpin tempatan mengetuai jabatan kerajaan

X Sistem kabinet bayangan

Di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

Apakah X?

A Sistem Ahli

B Suruhanjaya Reid

C Majlis Perundangan Persekutuan

D Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

Page 22: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 22 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

49 Garis masa berikut menunjukkan kejayaan Parti Perikatan dalam pilihan raya

Tahun Kejayaan Parti Perikatan

1952 Pakatan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Bandaran

Kuala Lumpur

1954 Perikatan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Negeri

1955 Pertikatan UMNO, MCA dan MIC memenangi Pilihan Majlis

Perundangan Persekutuan

Apakah iktibar daripada kejayaan tersebut?

A Berani menanggung risiko

B Bersyukur dengan kekayaan negara

C Berolak ansur dalam perkongsian kuasa

D Bersatu mempertahankan warisan bangsa

50 Jadual berikut menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Parti Kerusi ditandingi Kerusi dimenangi

Parti Perikatan 52 51

Parti Islam Se-Malaya 11 1

Mengapakah Parti Perikatan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya

tersebut?

I Memperjuangkan kemerdekaan negara

II Menjamin pendidikan tinggi

III Menanamkan semangat kenegerian

IV Mengamalkan dasar perkongsian kuasa

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 23: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 23 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

51 Tokoh-tokoh berikut telah bertolak ke London pada tahun 1956.

Wakil Perikatan Wakil raja-raja Melayu

Tunku Abdul Rahman

Tun Dr. Ismail

Tun H.S Lee

Tun Abdul Razak Hussein

Dato, Panglima Bukit Gantang

Dato, Nik Ahmad Kamil

Dato, Mohd Seth

Abdul Aziz Othman

Mengapakah mereka bertolak ke London?

A Membincangkan hal pilihan raya

B Mendesak pembentukan suruhanjaya

C Merundingkan kemerdekaan negara

D Mencadangkan pindaan perlembagaan

52 Rajah berikut berkaitan dengan kronologi kemerdekaan negara kita.

Januari 1956 Mac 1956 31 Ogos 1957

Rombongan

Merdeka

X

Permasyhuran

Kemerdekaan

Apakah X?

A Pembentukan Parti Perikatan

B Pembentukan Suruhanjaya Reid

C Penubuhan Jawatankuasa Esekutif

D Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

Page 24: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 24 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

53 Akhbar berikut memaparkan peristiwa bersejarah pada 31 Ogos 1957.

Apakah kesan daripada peristiwa yang dipaparkan akhbar tersebut?

I Pelaburan Barat diambilalih kerajaan

II Pangkalan tentera British ditutup

III Pembentukan negara demokrasi berparlimen

IV Pemulangan kuasa politik kepada pemerintah tempatan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

54 Rajah berikut menunjukkan faktor penyerahan Sarawak oleh pentadbiran Brooke

kepada kerajaan British.

Ketiadaan waris

Faktor Penyerahan

Sarawak kepada British Desakan kerajaan British

X

Apakah X?

A Menghadapi masalah kewangan

B Membendung pengaruh komunis

C Menjamin keselamatan negeri

D Menyeragamkan pentadbiran

Page 25: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 25 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

55 Jadual berikut menerangkan tokoh wanita yang aktif dalam politik di negara kita

pada tahun 1940-an.

Tanah Melayu Sarawak

Datin Mariah Puteh

Zahara Abdullah

Halimahton Bt. Abd. Majid

Lily Eberwein

Dayang Fauziah

Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman

Apakah persamaan peranan mereka?

A Mempertahankan kedaulatan negeri

B Menyokong penubuhan Malaysia

C Menentang dakyah komunis

D Memperjuangkan kebajikan kaum ibu

56 Petikan berikut adalah sebahagian kandungan Pekeliling No.9 yang memberi amaran

kepada golongan antipenyerahan Sarawak.

”.... pegawai kerajaan yang melibat diri dengan sebarang kegiatan yang membangkit

masalah ”Cession” atau melakukan sebarang kelakuan yang sengaja tidak taat setia

kepada kerajaan akan menyebabkan dirinya dibuang kerja serta merta.

- Perkara (e) Pekeliling No. 9/1946

Apakah kesan pengeluaran pekeliling tersebut?

A Pejabat kerajaan ditutup

B Rukun Tiga Belas dibubar

C Perlantikan Gabenor dipulau

D Kakitangan kerajaan meletak jawatan

57 Jadual di bawah menerangkan pendirian parti-parti politik di Sarawak terhadap

cadangan pembentukan Malaysia.

Parti Politik Sarawak Pendirian

Awal Akhir

Parti Negara Sarawak (PANAS) Menentang Menyokong

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Menentang Menyokong

Apakah faktor yang mendorong parti tersebut mengubah pendirian pada peringkat akhir?

A Persetujuan negara Brunei

B Tuntutan Fillipina ke atas Sabah

C Kegagalan konfrontasi Indonesia

D Pembebasan dari penjajahan British

Page 26: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 26 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

58 Carta berikut menerangkan rumusan laporan tinjauan ke atas penduduk Sarawak dan

Sabah berkaitan pembentukan Malaysia.

Pihak manakah yang mengeluarkan laporan tersebut?

A MAPHILINDO

B Suruhanjaya Cobbold

C Jawatankuasa Antara Kerajaan

D Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

59 Jadual berikut menerangkan usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan perdamaian.

Tarikh Persidangan

Feb 1964 Persidangan di Bangkok, Thailand

Jun 1964 Persidangan di Tokyo, Jepun

Apakah peristiwa yang membawa kepada persidangan tersebut?

A Pencerobohan tentera Indonesia

B Keganasan Parti Komunis Malaya

C Pemberontakan Parti Rakyat Brunei

D Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Page 27: SEJARAH - keluarga82.files.wordpress.com fileBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA ... yang perlu dirujuk untuk menghasilkan kajian tempatan ... kerajaan yang mengancam Melaka pada

SULIT 27 21 / 1

21/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah

SULIT

60 Jadual berikut menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an.

Tahun Tindakan Tunku Abdul Rahman

1961 Mencadangkan Singapura dicantumkan dengan Persekutuan Tanah Melayu

1965 Mengumumkan Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia

Mengapakah Tunku bertindak sedemikian?

A Mengatasi krisis ekonomi

B Menjamin kestabilan negara

C Mematuhi desakan antarabangsa

D Menamatkan pertikaian sempadan

KERTAS SOALAN TAMAT