gambar terkini ayu budak 20 sen dalam filem seniman bujang lapok

2
Gambar Terkini Ayu Budak 20 Sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok !!! Add Comment AllPost, Entertainment, Gossip, Hiburan, Info Para peminat filem klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul Bujang Lapok, pasti mengingati karekter seorang budak perempuan yang selalu meminta duit 20 sen sebagai upah agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton. Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli siapa empunya diri,apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya. Tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama tidak lama dahulu. Ayu atau nama sebenarnya Sri Rahayu Sudarmaji sebenarnya merupakan anak kepada Allahyarham S. Sudarmaji yang juga pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 03-Feb-2016

94 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ayu

TRANSCRIPT

Page 1: Gambar Terkini Ayu Budak 20 Sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok

Gambar Terkini Ayu Budak 20 Sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok !!! Add Comment

AllPost, Entertainment, Gossip, Hiburan, Info

Para peminat filem klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berjudul Bujang Lapok, pasti mengingati karekter

seorang budak perempuan yang selalu meminta duit 20 sen sebagai upah agar tidak membuka rahsia

percintaan di antara Sudin dan Zaiton.

 

Mungkin ramai yang tidak mengambil peduli siapa empunya diri,apatah lagi untuk mengetahui nama

sebenarnya. Tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen dimuat naik

secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak

dalam jumlah yang sama tidak lama dahulu.

Ayu atau nama sebenarnya Sri Rahayu Sudarmaji sebenarnya merupakan anak kepada Allahyarham S.

Sudarmaji yang juga pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan Allahyarham Tan Sri

P. Ramlee.

Page 2: Gambar Terkini Ayu Budak 20 Sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini

sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Menurut Ayu, dia ditawarkan berlakon ketika berusia empat tahun setengah, dan dimaklumkan tentang tawaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk mengambilnya berlakon oleh bapanya sebaik sahaja pulang dari studio.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut. 

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.