gajah yang sombong dan mencari raja rimba

11
GAJAH YANG SOMBONG DAN MENCARI RAJA RIMBA Di dalam sebuah hutan, terdapat beberapa jenis haiwan yang tinggal bersama walaupun mereka tidak mempunyai raja, semua haiwan takutkan Sang Gajah kerana tubuh Sang Gajah yang besar dan berat. Mereka bimbang Sang Gajah terpijak diri mereka. Sang Gajah bangga kerana semua haiwan takut akan dirinya. Gajah : Wahai Sang Arnab yang comel, mengapakah engkau takutkan aku? Arnab : Aku takut engkau akan terpijak diri aku yang kecil ini. Tentu hancur badan aku nanti. Gajah : Kenapa aku hendak pijakkan badan engkau jika engkau tidak berbuat salah padaku? Arnab : Memang aku tidak berbuat salah pada engkau tapi aku khuatir engkau tidak nampak aku semasa engkau berjalan-jalan dalam hutan ini. Lebih baik aku larikan diri apabila ternampak engkau. Sang Gajah tertawa geli hati. Ia terus berjalan menuju ke sungai. Sang Gajah mahu mandi – manda di sungai tetapi ia

Upload: aini-firdaus

Post on 30-Jul-2015

119 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

GAJAH YANG SOMBONG DAN MENCARI RAJA RIMBA

Di dalam sebuah hutan, terdapat beberapa jenis haiwan yang tinggal bersama

walaupun mereka tidak mempunyai raja, semua haiwan takutkan Sang Gajah kerana

tubuh Sang Gajah yang besar dan berat. Mereka bimbang Sang Gajah terpijak diri

mereka. Sang Gajah bangga kerana semua haiwan takut akan dirinya.

Gajah : Wahai Sang Arnab yang comel, mengapakah engkau takutkan aku?

Arnab : Aku takut engkau akan terpijak diri aku yang kecil ini. Tentu hancur

badan aku nanti.

Gajah : Kenapa aku hendak pijakkan badan engkau jika engkau tidak berbuat

salah padaku?

Arnab : Memang aku tidak berbuat salah pada engkau tapi aku khuatir engkau

tidak nampak aku semasa engkau berjalan-jalan dalam hutan ini. Lebih

baik aku larikan diri apabila ternampak engkau.

Sang Gajah tertawa geli hati. Ia terus berjalan menuju ke sungai. Sang Gajah

mahu mandi – manda di sungai tetapi ia ternampak Sang Ular. Apabila Sang Ular

ternampak Sang Gajah, ia bersembunyi di sebalik pokok. Sekali lagi Sang Gajah

tertawa.

Gajah : Ha ha ha… Sang Ular, oh, Sang Ular. Kenapa engkau bersembunyi di

sebalik pokok itu? Adakah engkau juga takutkan aku?

Ular : Tentulah! Sebab badan engkau terlalu besar. Kalau engkau terpijak aku,

kemungkinan badan aku terputus dua!

Gajah : Bagaimanakah aku hendak pijak badan engkau sedangkan engkau

selalu melilit di batang pokok walhal aku berada di bawah.

Page 2: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

Ular : Sebab itulah aku sentiasa melilit di batang pokok untuk mengelakkan diri

daripada di pijak oleh engkau.

Sang Gajah berasa bangga. Dia sedar, semua haiwan takut kepadanya. Tiba-

tiba ia teringatkan Sang Harimau pula. Sang Harimau merupakan pahlawan di hutan itu.

Pada mulanya, ia ingin mandi-manda di sungai tetapi ia tidak berpuas hati selagi tidak

berjumpa dengan Sang Harimau. Semasa sedang berjalan-jalan, ia terserempak

dengan Sang Harimau yang sedang berehat di bawah sebatang pokok. Sang Harimau

terus melarikan diri dalam semak apabila ternampak Sang Harimau.

Gajah : Hei, Sang Harimau, pahlawan di hutan! Kenapa engkau melarikan diri?

Adakah engkau juga takutkan aku?

Harimau : Aku takut kena pijak. Badan engkau besar dan berat.

Gajah : Kalau begitu, tidak gunalah engkau menjadi pahlawan di hutan ini sebab

engkau penakut! Ha ha ha…

Harimau : Engkau mengejek aku, Sang Gajah. Engkau tahulah nasib engkau satu

hari nanti, Sang Gajah.

Gajah : Aku tidak takut dengan ugutan engkau. Badan aku besar. Semua haiwan

di hutan ini sangat takutkan aku.

Sejak dari hari itu, Sang Harimau berfikir cara untuk mengajar Sang Gajah yang

sombong itu. Sang Harimau mendapat satu idea untuk mengadakan mesyuarat

bersama haiwan lain tanpa kehadiran Sang Gajah.

Harimau : Wahai rakan-rakanku, memandangkan Sang Gajah terlalu sombong,

marilah kita sama-sama berikan pengajaran kepada Sang Gajah.

Arnab : Bagaimanakah cara hendak mengajar Sang Gajah yang sombong itu?

Page 3: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

Badannya terlalu besar. Aku sangat takut jika Sang Gajah terpijak

badanku yang comel ini. .

Harimau : Engkau jangan takut dan bimbang. Aku cadangkan kita adakan satu

perlawanan. Perlawanan siapa yang cepat sampai di tempat yang

ditetapkan.

Ular : Bagus juga cadangan engkau, Sang Harimau. Tetapi, siapakah yang

akan bertanding dalam perlawanan itu?

Arnab : Betul juga, Sang Ular. Siapakah yang berani bertanding dengan Sang

Gajah?

Harimau :Jangan risau. Aku akan bertanding dengan Sang Gajah. Aku sangat

berasa sakit hati dengan ejekannya. Tujuannya hanyalah untuk

menyedarkan diri Sang Gajah yang terlalu sombong.

Ular :Aku setuju! Siapa yang cepat sampai, dialah yang akan menjadi raja

rimba.

Arnab : Kalau macam itu, aku dan rakan-rakan yang lain akan menjadi hakim.

Harimau :Baguslah jika semua sudah bersetuju. Kita akan adakan perlawanan ini

pada minggu hadapan. Sang Ular, tolong beritahu kepada Sang Gajah

tentang perlawanan ini. Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk

mencari raja rimba yang akan mentadbir hutan ini. Tidak semestinya

yang berbadan besar yang akan menjadi raja.

Ular : Baiklah, Sang Harimau.

Page 4: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

Tibalah hari yang ditunggu. Perlawanan telah diadakan. Tetapi…

Harimau : Wahai Sang Gajah, engkau janganlah bersedih kerana kalah dalam

perlawanan ini. Engkau mesti terima kenyataan yang aku telah

dinobatkan sebagai raja rimba.

Ular :Sedarlah wahai Sang Gajah, tidak semestinya badan engkau besar,

semua haiwan engkau boleh takutkan.

Arnab :Sekarang, marilah kita berdamai. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Mari kita sama –sama bekerjasama menjaga hutan ini daripada musuh.

Gajah :Sang Harimau, Sang Arnab, Sang Ular dan rakan-rakan yang lain, aku

minta maaf atas perangai dan sikapku yang sombong ini. Aku tidak

sepatutnya memandang rendah terhadap haiwan yang lain. Sepatutnya

aku melindungi rakan-rakanku di hutan ini.

Selepas perlawanan itu, sikap dan perangai Sang Gajah yang sombong

itu berubah. Semua haiwan hidup aman dan damai di hutan itu. Sang Harimau

mentadbir hutan itu dengan seadil-adilnya.

Page 5: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

Boneka merupakan objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang

berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Boneka dicipta untuk

menghiburkan orang ramai. Boneka digerak lakonkan oleh pemainnya dengan

menggunakan dialog mengikut watak atau cerita.

Jenis Boneka yang dipilih.

Jenis boneka yang dipilih ialah boneka daripada sarung kaki. Watak yang telah dibina

ialah watak haiwan seperti gajah, harimau, ular dan arnab. Tajuk cerita yang disediakan

ialah ‘Gajah yang sombong dan mencari raja rimba’.

Langkah pelaksanaan di bilik darjah.

1) Sarung kaki digubah menjadi bahagian kepala watak gajah, harimau, arnab dan

ular.

2) Semasa menggunakan boneka setiap watak, tangan perlu dimasukkan ke dalam

sarung kaki.

3) Gunakan jari tangan untuk menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan

gerak mulut pemainnya.

4) Pencerita pula perlu menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang

ditutrkan selaras dengan gerak laku boneka.

5) Variasi suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang digunakan.

6) Guru boleh memilih empat orang murid untuk melakonkan boneka tersebut

mengikut skrip yang telah disediakan.

7) Boneka boleh dilakonkan di pentas seperti pentas rentang iaitu guru hanya perlu

merentangkan tirai hitam yang dilekat pada dinding ke dinding.

Page 6: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

NAMA: NURUL ‘AINI BINTI BAHARUM

NO KAD PENGENALAN: 840410-08-5046

REFLEKSI

Tugasan lieterasi bahasa memberikan banyak pengetahuan kepada saya.

Antaranya untuk tugasan yang pertama iaitu menghuraikan aktiviti prabacaan,

pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan menulis dalam bentuk grafik. Melalui

tugasan ini, saya dapat mengetahui kaedah-kaedah yang efektif dalam menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-kaedah ini memberi langkah yang

berkesan untuk mengajar murid-murid yang baharu masuk ke sekolah.

Bagi tugasan yang kedua pula, saya dan rakan dikehendaki mencari,

mengumpul dan memproses maklumat tentang boneka dalam bentuk esei. Saya

mendapatkan maklumat-maklumat tersebut daripada buku-buku, internet dan berkongsi

daripada rakan-rakan. Apabila membuat tugasan ini, barulah saya mengetahu tentang

ciri-ciri boneka, jenis-jenis boneka, cara pementasan boneka dan sebagainya. Saya

juga dikehendaki membina empat watak boneka. Saya dan rakan memilih watak

haiwan seperti gajah, harimau, arnab dan ular.

Kami membahagi tugas untuk membina watak-watak boneka tersebut. Saya

dikehendaki membina watak ular dan gajah manakala rakaan saya dikehendaki

membina watak harimau dan arnab. Tajuk cerita yang dipilih ialah ‘Gajah yang

sombong dan mencari raja rimba’. Ini merupakan pengalaman pertama kerana

sebelum ini saya tidak pernah membina boneka. Saya banyak mencari maklumat dari

internet dan buku untuk menghasilkan watak boneka. Boneka yang saya hasilkan

adalah menggunakan sarung kaki.

MASALAH YANG DIHADAPI

Walaupun masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini selama

empat minggu, banyak juga kekangan yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini

Antaranya untuk membahagi masa di antara kerja sekolah, kerja rumah dan tugasan

ini. Tetapi saya hadapinya juga dan akhirnya saya dapat menghasilkan sesuatu yang

Page 7: Gajah yang sombong dan mencari raja rimba

saya anggap terbaik di mata saya dan akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan

datang.

Selain itu, terdapat juga masalah untuk mencari dan memilih tajuk yang sesuai

untuk cerita boneka. Akhirnya saya dan rakan memilih cerita yang berkaitan dengan

haiwan. Ini adalah kerana saya rasakan cerita tentang haiwan lebih mudah untuk

dihuraikan jalan ceritanya. Murid-murid juga sangat sukakan cerita yang berkaitan

dengan haiwan. Cerita ini dapat menarik perhatian murid-murid. Watak- watak yang

saya dan rakan pilih juga yang dapt memudahkan kerja kami untuk mencari bahan-

bahan membina boneka.

LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya

kerjasama bersama ahli kumpulan. Kami membahagikan tugas sama rata untuk

menyiapkan tugasan ini bagi meringankan beban tugas masing-masing. Walaupun

telah membahagi tugasan, saya dan rakan tetap berbincang dan berkongsi maklumat

jika salah seorang daripada kami tidak mendapat maklumat yang dikehendaki.

Bagi pembinaan boneka pula, saya dan rakan mendapatkan maklumat dan

contoh daripada buku-buku dan internet. Apabila mendapat maklumat-maklumat ini,

dapatlah saya membayangkan watak boneka yang akan saya hasilkan walaupun tidak

secantik yang dijual di pasaran. Tatapi saya berasa bangga kerana dapat

menyelesaikan segala tugasan dan menghasilkan boneka yang memuaskan hati saya

dan rakan.