gagasan rahmatan lil alamin dalam malaysia baharu* · rahman yang merupakan salah satu daripada...

20
GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* 1 Oleh: YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Apabila kita membuka mushaf al-Quran, kita akan menemui surah pertama yang mengandungi perkataan al-Rahman dan al-Rahim diulang sebanyak dua kali. Perkataan al- Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah. Al-Rahman adalah sifat yang berdiri pada zat Allah SWT. Al-Rahim pula adalah menunjukkan al-Rahmah itu sifat khusus bagi Allah SWT. Al- Rahim juga menunjukkan Dia menyayangi makhlukNya dengan rahmahNya. Untuk lebih memahami, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud “dan adalah Dia sangat menyayangi orang-orang beriman” (Surah al-Ahzab: 43) dan “sesungguhnya Dia sangat Rauf (lembut) dan Rahim (sayang) terhadap mereka (orang-orang beriman)” (Surah al-Tawbah: 117). Oleh kerana tidak ada ayat al-Quran yang menyebut “Rahman bihim”, maka difahami bahawa al-Rahman itu adalah mawsuf atau tempat berdirinya sifat al-Rahim, iaitu yang menyayangi dengan rahmahNya (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, 2008) Sungguh menakjubkan apabila surah yang menyebutkan dua kali sifat al-Rahman dan al- Rahim ini menjadi rukun dalam setiap rakaat solat fardhu atau solat sunat. Basmalah yang mengandungi sebutan al-Rahman dan al-Rahim itu pula mengawali setiap surah daripada 114 surah al-Quran, kecuali surah Baraah. Namun begitu, ia digantikan dengan satu ayat dalam surah al-Naml iaitu ayat 30: Maksudnya: "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Terdapat lebih daripada 300 kali perkataan rahmah atau pecahannya dalam al-Quran. Jika dicampur perkataan-perkataan lain yang sinonim atau semakna, ia berjumlah lebih daripada 1000 kali atau hampir satu perenam ayat al-Quran (Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, 2017) Dengan tadabbur ini, sudah tentu di sana ada maksud yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita sebagai hamba yang membaca kitabNya, mendirikan solat lima waktu dan solat- * 1 Dibentangkan di seminar Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah, MITC Ayer Keroh Melaka pada 20 Julai 2019

Upload: others

Post on 24-Sep-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU*1 Oleh: YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

Apabila kita membuka mushaf al-Quran, kita akan menemui surah pertama yang

mengandungi perkataan al-Rahman dan al-Rahim diulang sebanyak dua kali. Perkataan al-

Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa

al-Husna) juga berasal daripada rahmah. Al-Rahman adalah sifat yang berdiri pada zat Allah

SWT. Al-Rahim pula adalah menunjukkan al-Rahmah itu sifat khusus bagi Allah SWT. Al-

Rahim juga menunjukkan Dia menyayangi makhlukNya dengan rahmahNya. Untuk lebih

memahami, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud “dan adalah Dia sangat

menyayangi orang-orang beriman” (Surah al-Ahzab: 43) dan “sesungguhnya Dia sangat Rauf

(lembut) dan Rahim (sayang) terhadap mereka (orang-orang beriman)” (Surah al-Tawbah:

117). Oleh kerana tidak ada ayat al-Quran yang menyebut “Rahman bihim”, maka difahami

bahawa al-Rahman itu adalah mawsuf atau tempat berdirinya sifat al-Rahim, iaitu yang

menyayangi dengan rahmahNya (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, 2008)

Sungguh menakjubkan apabila surah yang menyebutkan dua kali sifat al-Rahman dan al-

Rahim ini menjadi rukun dalam setiap rakaat solat fardhu atau solat sunat. Basmalah yang

mengandungi sebutan al-Rahman dan al-Rahim itu pula mengawali setiap surah daripada

114 surah al-Quran, kecuali surah Baraah. Namun begitu, ia digantikan dengan satu ayat

dalam surah al-Naml iaitu ayat 30:

Maksudnya: "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti

berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Terdapat lebih daripada 300 kali perkataan rahmah atau pecahannya dalam al-Quran. Jika

dicampur perkataan-perkataan lain yang sinonim atau semakna, ia berjumlah lebih daripada

1000 kali atau hampir satu perenam ayat al-Quran (Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, 2017)

Dengan tadabbur ini, sudah tentu di sana ada maksud yang ingin Allah SWT sampaikan

kepada kita sebagai hamba yang membaca kitabNya, mendirikan solat lima waktu dan solat-

*1 Dibentangkan di seminar Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah, MITC Ayer Keroh Melaka pada 20 Julai 2019

Page 2: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

solat sunat, iaitu Allah mahu kita mengenaliNya sebagai Tuhan yang sangat rahmah,

mengasihi dan menyayangi. Dia bukan Tuhan yang keras, ganas, suka menghukum atau

membunuh. AjaranNya pula pastilah ajaran Rahmatan Lil Alamin.

Islam Menjamin Kebebasan Beragama

Menurut Dr. Muhammad ‘Imarah (2010, 19), dalam menerapkan dasar kesatuan mazhab

dalam agama Kristian terhadap ketuhanan Isa al-Maseh, Maharaja Hercules telah

menetapkan semua orang Kristian mesti bermazhab Kristian Roman Katholik. Dasar itu

dibantah oleh umat Kristian Coptic Mesir. Hal ini membawa kepada penindasan Kristian

Roman Katholik ke atas Kristian Coptic Mesir menyebabkan penganut mazhab Coptic Mesir

melarikan diri ke sahara, gurun dan gua. Fenomena pertarungan yang paling sengit sesama

penganut agama Kristian Katholik Rom dan Kristian Coptic Mesir ini berlaku pada kurun

keenam dan ketujuh Masehi. Masing-masing mengkafirkan pengikut berlainan mazhab.

Percubaan Maharaja Hercules (610 – 641M) untuk menyatukan pelbagai mazhab Kristian ini

ditentang oleh pengikut Kristian Coptic Mesir. Penentangan itu membawa kepada

penderaan yang dahsyat selama sepuluh tahun. Ketua Gereja Coptic Patriach Benjamin

(memimpin mazhab Coptic di antara tahun 623 – 662M) telah melarikan diri selama tiga

belas tahun sehingga beliau dipanggil balik, diberi jaminan keamanan, dimuliakan dan

gerejanya dibebaskan oleh panglima Islam ‘Amru bin al’As (574 – 664M) yang datang

membuka Mesir. Demikianlah faham rahmah dalam menjaga kebebasan beragama yang

difahami dan diamalkan oleh Sahabah yang bernama ‘Amru bin al-‘As.

Rahmah Islam Memberi Peluang Memperbaiki Diri

Manusia tidak dapat lari daripada kesilapan dan dosa. Dosa-dosa yang banyak lama

kelamaan akan menutup hatinya daripada cahaya kebenaran. Tanpa amalan taubat dan

membersihkan diri daripada dosa, hati manusia itu akan dipenuhi titik-titik hitam. Hati yang

penuh kotoran tidak akan dapat melihat kebenaran dan akan terus terpesong serta

mendorong tuannya melakukan kejahatan, maksiat dan kezaliman. Untuk tujuan

Page 3: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

membersihkan diri daripada dosa-dosa itulah manusia diperintahkan solat lima waktu.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Apa pandangan kamu jika di depan pintu rumah salah seorang daripada kamu ada

sebatang sungai yang dia mandi di dalamnya lima kali sehari? Adakah akan tinggal lagi

kotoran di badannya?” Para Sahabah berkata: “Sudah tentu tiada lagi kotoran yang tinggal

di badannya”. Baginda bersabda: “Demikianlah perumpamaan solat lima waktu, dengannya

Allah menghapuskan dosa-dosa.” (Al-Bukhari, Kitab Mawaqit al-Solah, no. 514; Muslim no.

667)

Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, aku telah

mengambil seorang perempuan (dan membawanya) ke kebun. Aku buat semua perkara

dengannya, cuma aku tidak menyetubuhinya. Aku telah mencium dan merapatinya, tetapi

aku tidak melakukan lebih daripada itu. Maka sekarang jatuhkanlah apa sahaja hukuman ke

atasku”. Rasulullah tidak berkata apa-apa kepadanya. Lelaki itu pun berlalu pergi. ‘Umar

berkata: “Allah telah menutup keaibannya, alangkah elok jika dia menutup keaiban dirinya”.

Rasulullah mengikuti pandangan mata ‘Umar yang memandang lelaki itu. Sabda Rasulullah

SAW: “Bawakan dia ke sini semula”, lalu Sahabah pun membawa lelaki itu bertemu

Rasulullah semula. Lantas Rasulullah membacakan ayat 114 daripada Surah Hud:

Yang bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang)

dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya

amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan (dosa). Perintah-

perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu

beringat”. Lalu Mu’adz bin Jabal bertanya: “Wahai Nabi Allah, adakah ia (ayat itu) khusus

untuk lelaki itu seorang ataupun untuk semua orang?” Jawab baginda: “Bahkan untuk

semua manusia seluruhnya.” (Musnad Ahmad, 6/143 dengan sanad sahih)

Page 4: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Dalam konteks Malaysia Baharu, kita berdakwah dengan ramah, bukan marah. Rahmah

kepada orang yang melakukan maksiat dan kesalahan ialah menegur dan membetulkannya

dengan hikmah, bukan mengecam, membesarkan kesalahannya atau mengaibkannya di

khalayak ramai. Kita membenci maksiat, tetapi kita mesti rahmah dan sayang kepada orang

yang melakukan maksiat, kerana bimbang dia akan terus sesat dan mati dalam maksiat.

Oleh kerana itu, kita dekati mereka supaya mereka percaya bahawa kita memang sayangkan

mereka. Demikianlah sunnah Rasulullah SAW yang sebenar dalam berhadapan dengan

orang yang melakukan maksiat. Mereka tidak dimarahi sehingga mereka menjauhkan diri,

sebaliknya mereka didekati dan diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri.

Islam menolak ekstrimisme dalam beribadah

Kadang-kadang ada orang terlalu asyik dengan amal ibadat untuk mendapat keredhaan

Tuhannya. Keasyikannya itu membawa kepada pemaksaan diri dan berlebih-lebihan dalam

beragama. Hal ini tidak dibenarkan dalam agama yang rahmah dan penuh kesederhanaan

ini. Islam tidak membenarkan umatnya menjadi pendita di rumah ibadat, kerana dalam

Islam semua amal dan pekerjaan yang halal adalah ibadah.

Satu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid dan mendapati seutas tali melintang di antara

dua tiang masjid. Lalu baginda bertanya: “Tali apa ini?” Sahabah berkata: “Itu adalah tali

yang digunakan Zainab. Apabila dia kepenatan (dalam beribadah) dia akan bergantung

(pada tali itu). Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jangan (buat begitu) dan leraikan tali itu.

Seseorang kamu hendaklah solat menurut kemampuannya. Apabila dia rasa letih hendaklah

dia tidur” (Riwayat al-Bukhari no 1150)

Ibadah dan hubungan dengan Allah yang ingin dibina tidak harus mencuaikan hubungan

dengan manusia, apatah lagi hubungan dalam bentuk tanggungjawab. Segolongan Sahabah

RA bertanya para isteri Nabi SAW tentang amal ibadah baginda yang tidak diketahui orang

ramai. (Apabila mereka diberitahu amalan baginda) sebahagian mereka berkata: “Aku tak

mahu mengahwini wanita”, sebahagian lagi berkata: “Aku tak mahu makan daging”,

sebahagian lagi berkata: “Aku tak mahu tidur di atas hamparan”, sebahagian lagi berkata:

“Aku akan terus berpuasa setiap hari tanpa berbuka”. Lalu baginda keluar dan bertahmid

Page 5: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

memuji Allah seraya berkata: “Apa halnya kaum-kaum ini berkata begitu dan begini?

Sesungguhnya aku ini solat dan aku juga tidur, aku berpuasa tetapi aku juga berbuka dan

aku juga mengahwini wanita. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, dia bukanlah

dari kalanganku” (Riwayat Muslim no. 1401 dan al-Nasaie no. 3217 )

Ringkasnya, di antara ciri rahmah agama Islam ialah menolak kemelampauan dalam

beragama dan beribadah kepada Tuhan sebagaimana yang berlaku pada penganut

sesetengah agama lain. Tiada rahbaniyyah (kependitaan) dalam Islam. Tujuan penciptaan

manusia bukan hanya untuk duduk di atas sejadah menjadi ‘abid, sebaliknya tugas manusia

ialah menjadi khalifah, iaitu mentadbir dan mengurus hal ehwal kehidupan di dunia ini

dengan ketaatan kepada Allah SWT.

Rahmah Sesama Manusia

Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah atau pentadbir yang menggantikan

golongan jin yang terlebih dahulu mendiami bumi ini. Firman Allah (Surah al-Baqarah: 30):

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku

hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan

Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu

orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),

padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan

berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Tanggungjawab sebagai khalifah tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya tanpa

mengadakan hubungan yang baik sesama manusia secara adil dan rahmah.

Page 6: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Hubungan yang pertama sesama manusia yang wajib dipelihara ialah hubungan dengan ibu

bapa. Arahan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa datangnya secara langsung

selepas arahan supaya menyembah dan mentauhidkan Allah SWT. Firman Allah (Surah al-

Israa ayat 23):

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan

kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah

seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan

dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan

kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,

tetapi katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).

Perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa ini termasuklah kepada ibu bapa yang bukan

Islam. Islam memuliakan jasa ibu yang melahirkan dan bapa yang menjaga anak, walaupun

ibu bapa itu seorang bukan Islam. Lantas Islam mewajibkan supaya seorang anak berbakti

kepada kedua ibu bapanya, walaupun apa status atau kepercayaan mereka. Pengecualian

daripada mentaati ibu bapa hanyalah apabila ibu bapa itu menyuruh melakukan perkara

syirik.

Selepas berbuat baik kepada ibu bapa, Islam memerintahkan umatnya memelihara

hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kaum kerabat. Firman Allah (Surah al-

Nisaa ayat 36):

Page 7: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan

Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan

kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat,

dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga

hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong

takbur dan membangga-banggakan diri.”

Bahkan jauh melangkaui hubungan kekeluargaan, Islam memerintahkan umat Islam

menjaga semua segmen manusia khususnya golongan yang lemah dan perlu bantuan. Selain

daripada suruhan berbuat ihsan kepada kedua-dua ibu bapa, umat Islam juga diperintah

melakukan kebaikan kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang

dekat, jiran yang jauh, rakan sejawat, orang-orang yang dalam perjalanan atau musafir yang

terputus bekalan dan hamba sahaya yang dimiliki. Suruhan dalam ayat ini tidak

membezakan di antara mereka yang muslim atau bukan muslim. Dalam erti kata lain, jika

ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran yang dekat, jiran yang

jauh, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya itu bukan beragama Islam sekalipun,

mereka juga termasuk dalam suruhan agar seseorang muslim itu berbuat baik atau ihsan.

Hal ini kerana seluruh manusia di sisi Allah SWT adalah bertaraf mulia berbanding

makhlukNya yang lain. Firmannya (Surah al-Israa ayat 70):

Page 8: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah

beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah

memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah

lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami

ciptakan.”

Islam tidak membezakan sasaran untuk berbuat baik dan ihsan, sama ada orang itu orang

Islam dan orang bukan Islam. Di sinilah tertegaknya makna rahmah Islam untuk semua atau

Rahmatan Lil ‘Alamin.

Rahmah Islam meliputi semua golongan manusia kerana asalnya agama Islam itu adalah

untuk didakwahkan kepada semua manusia. Bagaimana Islam boleh didakwahkan kepada

orang bukan Islam jika orang Islam memilih bulu untuk berbuat baik sesama orang Islam

sahaja? Ajaran sedemikian tidak ada dalam Islam, sebaliknya amalan membezakan agama

untuk melakukan kebaikan adalah ajaran Yahudi kerana mereka berpegang kepada

kepercayaan kononnya mereka adalah bangsa Tuhan yang terpilih (The Chosen People of

God).

Dalam konteks Malaysia Baharu, seharusnya kita tidak ragu-ragu lagi untuk mengadakan

hubungan damai dengan semua penganut agama dan kaum. Tidak timbul lagi persoalan

bolehkah menjemput jiran bukan Islam untuk hadir kenduri perkahwinan, kurban atau

akikah. Berbuat ihsan dan adil adalah suruhan agama yang berbentuk umum merangkumi

sasaran orang Islam dan bukan Islam.

Islam hanya melarang umatnya berbuat baik dan berkasih sayang dengan orang bukan Islam

yang telah memerangi umat Islam dan menghalau orang Islam dari negeri mereka sahaja.

Orang bukan Islam yang tidak memerangi Islam dan tidak menghalau orang Islam dari negeri

mereka hendaklah diperlakukan dengan baik dan adil. Ini adalah arahan Allah SWT dalam

firmanNya (Surah al-Mumtahanah ayat 8 dan 9):

Page 9: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada

orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan

kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman

rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu

dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan

(ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang

yang zalim.”

Allah berfirman (Surah al-Hujurat ayat 13):

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada

lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara

kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Sudah jelas daripada ayat di atas bahawa kepelbagaian manusia dari segi jantina, keturunan,

bangsa, warna kulit, bahasa dan cara berfikir adalah untuk tujuan mereka saling kenal

mengenal (Li ta’aarafu). Dengan kenal mengenal, manusia boleh bertukar-tukar fikiran, ilmu

dan pengalaman masing-masing dalam kerangka membina tamadun yang boleh dinikmati

bersama.

Page 10: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Kerana prinsip Li ta’aarafu ini maka umat Islam Arab di zaman silam menuntut ilmu

daripada bangsa lain yang lebih maju ketika itu seperti Greek Yunani dan India. Setelah umat

Islam maju dan berada di puncak ketika zaman Abbasiah di Baghdad dan Umawiyah di

Andalus, mereka berkongsi kemajuan yang mereka capai itu dengan bangsa-bangsa lain

pula. Hal ini dirakam oleh para sejarawan timur dan barat, seperti orientalis Dr. Sigrid Hunke

dengan karya ulungnya yang menggemparkan Eropah pada tahun penghujung tahun

1950an. Karya beliau dalam bahasa Jerman bertajuk Allahs Sonne Uber Dem Abendland

Unser Arabisches Erbe yang diterjemahkan ke bahasa Arab dengan tajuk Shams al-’Arab

Tastu’ ‘ala al-Gharbi (Mentari Arab Menyinari Barat).

Perbezaan dan kepelbagaian manusia adalah salah satu daripada sunnah atau aturan Allah

yang memutuskan bahawa perbezaan agama, mazhab dan pemikiran adalah satu

kemestian. Seiringan dengan fitrah kepelbagaian manusia, alam semula jadi dan warna-

warni juga adalah pelbagai. Demikianlah sunnah aturan kejadian Allah SWT. Firman Allah

SWT (Surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang

bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa

yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat

kebaikan (beriman dan beramal soleh), kepada Allah jualah tempat kembali kamu

semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Seperti ayat 13 Surah al-Hujurat, ayat ini juga menganjurkan umat Islam supaya mengambil

manfaat daripada perbezaan dan menyuruh mereka berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Lebih jelas lagi, menurut Syeikh Ali al-Qaradaghi, (2004: 13) Allah SWT juga menjadikan

perbezaan agama, kepercayaan dan mazhab sebagai sunnah atau aturan kejadianNya.

FirmanNya (Surah Hud ayat 118 dan 119):

Page 11: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia

menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (tetapi Dia tidak berbuat

demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang

telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk

(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian

sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan

sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

Lantaran itu, sesiapa yang tidak senang dengan kepelbagaian, memusuhi perbezaan dan

merasa terancam dengan kewujudan orang lain adalah mereka yang cuba melawan fitrah

dan sunnah Allah SWT di alam ini. Adakah akan menang sesiapa yang melawan fitrah?

Rahmah Islam Untuk Semua

Telah timbul persoalan panjang atau polemik dalam masyarakat Melayu Islam khususnya

tentang persoalan adakah rahmah Islam hanya untuk umat Islam sahaja atau meliputi umat

selain Islam. Berdasarkan rujukan terhadap tafsiran ayat 107 Surah al-Anbiyaa:

(yang bermaksud: “Tidaklah Aku –Allah- mengutuskan engkau –Muhammad- melainkan

untuk memberi rahmah kepada sekalian alam”), ulama tafsir sepakat mentafsirkan

Rahmatan Lil Alamin itu sebagai rahmah untuk semua, seluruh alam termasuk manusia dan

jin, di dunia dan di akhirat.

Hal ini boleh dirujuk kepada al-Zamakhsyari (meninggal 1144M) dalam kitab tafsirnya

bernama al-Kasyaf ‘an Haqaiq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil (3/22-23), al-

Page 12: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Qurtubi (meninggal 1273M) dalam kitabnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran (7/4390), al-Hafidz

Ibn Kathir (meninggal 1394M) dalam kitabnya Tafsir al-Quran al-‘Adzim (5/380), Syeikh

Jamaluddin al-Qasimi (meninggal 1935M) dalam kitabnya Tafsir al-Qasimi atau Mahasin al-

Ta’wil (11/297-298), Syed Qutb (meninggal 1966M) dalam kitabnya Fi Dzilal al-Quran

(4/2401), dan kitab tafsir terkini Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaily (meninggal 2015) yang

bernama al-Tafsir al-Munir (17/44).

Syeikh Rasyid Ridha (meninggal 1935) pula berkata dalam kitabnya ketika mentafsirkan ayat

156 Surah al-A’raf yang bermaksud “Dan rahmahKu meliputi segala perkara...”: “Iaitu di

antara bukti rahmahKu (Allah) mendahului murkaKu ialah Aku menjadikan azabKu hanyalah

khusus untuk sesiapa yang Aku ingini dari kalangan orang kafir, ahli maksiat dan penjahat

sahaja. Adapun rahmahKu, maka ia merangkumi setiap perkara seluruh alam, ia adalah

sifatKu yang azali semenjak Aku menciptakan alam. Azab pula bukanlah sifatKu, sebaliknya

ia cuma satu perbuatan Aku yang datang menuruti sifat adilKu... Inilah dia rahmah yang

merupakan rahmah yang umum melimpahi segala makhluk. Kalau tidak kerananya, sudah

tentu setiap yang kafir dan melakukan maksiat akan hancur sebaik sahaja kekufuran dan

kemaksiatannya...” (Tafsir al-Manar: 9/222)

Tidak dinafikan bahawa al-Qurtubi ada menyatakan bahawa Ibn Zaid berkata maksud al-

‘Alamin itu ialah orang-orang beriman secara khusus. Namun pendapat ini adalah syaz

(janggal, terpencil) dari segi bahasa dan perbandingan dengan pendapat para mufassirin

yang lain. Pendapat yang syaz wajib ditolak seperti pendapat yang mentafsirkan keharusan

poligami dengan sembilan orang wanita serentak berdasarkan tafsiran songsang terhadap

ayat 3 Surah al-Nisaa.

Bahkan al-Hafidz Ibn Kathir ketika menghuraikan tafsiran ayat 107 al-Anbiyaa itu beliau

membawa hadis Rasulullah SAW diminta supaya mendoakan laknat dan kemusnahan ke

atas orang-orang musyrikin. Baginda menjawab: “Aku tidak diutuskan untuk mendoakan

laknat, sebaliknya aku diutuskan sebagai rahmah (Riwayat Muslim, Kitab al-Bir wa al-Silah

wa al-Adab no 4710).

Dalam hadis lain baginda bersabda: “Aku hanyalah rahmah yang dihadiahkan (untuk

manusia seluruhnya)” (Al-Albani, al-Silsilah al-Sahihah, no. 490)

Page 13: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Sebenarnya ajaran rahmah untuk semua itu meliputi seluruh alam, seluruh manusia dan

seluruh ciptaan Allah SWT bukanlah berdasarkan satu ayat 107 Surah al-Anbiya itu sahaja.

Sebaliknya ia adalah konsep atau kefahaman yang lahir daripada himpunan seluruh ayat

berkaitan rahmah yang merangkumi semua, seperti dalil-dalil berikut:

1. Surah al-Fatihah: 2:

Maksudnya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan

sekalian alam.

2. Surah al-A’raf: 156:

Maksudnya: "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,

sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku

timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu;

maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat,

serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami.

3. Surah al-A’raf: 158:

Page 14: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku

adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit

dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan

mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, nabi yang ummi yang

beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya

kamu beroleh hidayah petunjuk".

4. Surah Ghafir atau al-Mu’min: 7:

Maksudnya: “Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya,

bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi

orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami, rahmatMu dan

IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat

serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

5. Surah Al-Rahman: 10:

Page 15: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Maksudnya: Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-

makhlukNya yang lain:

6. Surah Al-Mumtahanah: 8 dan 9:

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada

orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan

kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang

berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman

rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu

dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan

(ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang

Yang zalim.

7. Surah Saba’: 28:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat

manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang

Page 16: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan

manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

8. Surah Al-Furqan: 1:

Maksudnya: “Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya

(Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.”

9. Surah Yusuf: 104:

Maksudnya: “Padahal engkau (Muhammad) tidak meminta kepada mereka sebarang upah

tentang ajaran Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran

dari Allah bagi umat manusia seluruhnya.

Bermula dengan surah pembukaan iaitu Surah al-Fatihah itu dengan jelas memberitahu kita

bahawa Allah itu Tuhan yang memiliki, menjaga dan memelihara sekalian alam (Rabb al-

‘Alamin), bukan Tuhan untuk orang Islam sahaja, ia ditegaskan berulang-ulang tentang sifat

universal ajaran rahmah Islam dalam banyak lagi surah yang lain.

Dari segi praktik Rasulullah SAW terhadap ajaran rahmah itu pula terdapat riwayat hadis

sahih yang banyak. Di antaranya hadis:

ولكنَّها صاِحَبه أحدِكم ِبَرِْحَةِ ليس إنه :قال .رحيم ُكلُّنا اللِ رسولَ يا :قالوا ،تُ رَاِِحُْوا حىت تُ ْؤِمنوا لن

العامَّةِ رِحةُ الناسِ رِحةُ

“Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah

berkata: Wahai utusan Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda:

“(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi

rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah kepada semua” (Riwayat al-

Page 17: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418 dan dinilai

Hasan oleh al-Albaniy dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 2253)

Rahmah Islam juga meliputi rahmah kepada manusia yang telah mati walaupun mati dalam

beragama lain. Suatu hari satu jenazah telah dibawa lalu di depan Rasulullah SAW. Baginda

bangun berdiri sebagai penghormatan, lalu diberitahu kepada baginda bahawa itu adalah

jenazah Yahudi. Baginda bertanya: Bukankah dia juga seorang manusia?” (Riwayat al-

Bukhari 1312 dan Muslim 2181)

Dalam akhlak pula, Islam tidak membezakan akhlak berkata-kata sesama orang Islam dan

akhlak kepada orang bukan Islam. Bahkan al-Quran memerintahkan supaya umat Islam

mengeluarkan kata-kata yang baik kepada seluruh manusia. Firman Allah (Surah al-Baqarah:

83):

Maksudnya: “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia

dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan

berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta

orang-orang miskin; dan ucapkanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang

baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling

membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan

sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”

Dengan lambakan dalil yang nyata tentang rahmah Islam yang universal ini, adakah kita

masih lagi ingin menutup kebenaran dengan ketaksuban? Dalam konteks Malaysia sekarang,

sesungguhnya tiada orang bukan Islam yang boleh dianggap kafir harbi yang halal darah dan

hartanya bagi umat Islam. Hal ini kerana tiada peperangan yang dilancarkan oleh orang

Page 18: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

bukan Islam terhadap Islam di Malaysia. Walaupun kerap dikatakan DAP itu kafir harbi

kerana menentang hudud, tetapi sokongan speaker Dewan Rakyat daripada DAP dan Ahli-

ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang ketika pembentangan dan perbahasan

RUU Profesian Guaman Syarie 2019 dan RUU Pentadbiran Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) (Pindaan) (No. 2) 2019 baru-baru ini adalah bukti nyata DAP tidak memerangi

Islam. Bahkan mereka juga adalah penyokong kepada RUU Pentadbiran Islam yang lebih

mapan.

Maka tuduhan selama ini DAP memusuhi Islam dan Islam terancam di Malaysia kerana

kononnya PH dimonopoli DAP adalah tuduhan bermotif politik kotor semata-mata.

Pembangkang yang kekeringan modal terpaksa mencipta musuh seperti harimau kertas

untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada PH. Adalah satu perkara yang sangat

mudah dicongak bahawa jika pembangkang tidak mencipta musuh buatan bernama DAP,

nescaya jangka hayat mereka tidak akan lama.

Kesimpulan

Gagasan Rahmatan Lil Alamin adalah satu alternatif baru untuk mengubah cara fikir yang

selama ini didominasi oleh pemikiran konservatif agama. Sikap konservatif yang menjadi

Islam sebagai agama yang sangat eksklusif kepada orang orang Melayu sahaja amat

merugikan Islam dan umat Islam. Lebih parah lagi, kemurnian ajaran Islam tidak dapat

dilihat oleh orang bukan Islam akibat daripada pandangan yang terlalu eksklusif. Justeru

tiada jalan lain melainkan kita kembali kepada nas-nas al-Quran dan sunnah yang sebenar

dalam menterjemahkan fahaman Rahmatan Lil Alamin ini dalam naratif Malaysia Baharu.

Untuk membersihkan kemurniaan fahaman dan fikrah ini daripada segala kekeruhan fanatik

perkauman dan konservatif agama, kita sedia berhadapan dengan sesiapa sahaja untuk

berdialog dan bermuzakarah. Hal ini tidak lain tidak bukan, melainkan untuk

mempertahankan fikrah Islam yang sebenar lagi tulen daripada Rasulullah SAW dan para

Salafussoleh ridhwanuLlahi ‘alaihim. Dakwah kita adalah da’wah ‘ala bashirah, bukan

dakwah ikut-ikutan atau taqlid:

Page 19: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku,

menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti

yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan

syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang

lain." (Yusuf: 108)

RUJUKAN

Mushaf al-Quran al-Karim

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (1994). Al-Silsilah al-Sahihah. Maktabah al-Ma’arif.

Riyadh

Al-Albani, Muhammad Nasir al-Din (1994). Sahih al-Targhib wa al-Tarhib. Maktabah al-

Ma’arif. Riyadh

Al-Hakim, Abu ‘Abd Allah (al-Hafidz). (t.t.). al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn. Dar al-Ma’rifah.

Beirut

al-Haythami, Nur al-Din ‘Ali bin Abi Bakr (al-hafidz). (1994). Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-

Fawaid. Maktabah al-Qudsi. Kaherah

Al-Munziri, Zaki al-Din ‘Abd al-‘Aziz (Al-Hafidz). (2003). Mukhtasar Sahih Muslim. Markaz Fajr

li al-Tiba’ah. Arab Saudi

Al-Nadawi, Abu al-Hasan ‘Ali al-Hasani, (t.t.). Madza Khasira al-‘Alam bi Inhitati al-Muslimin,

Maktabah al-Iman, Mansoura, Mesir,

Al-Qaradaghi, ‘Ali Muhyi al-Din (Dr.), (2004). Nahnu wa al-Akhar, Lajnah al-Ta’lif wa al-

Tarjamah, al-Ittihad al’Alami li Ulama al-Muslimin, Doha, Qatar.

Al-Qaradaghi, ‘Ali Muhyi al-Din (Dr.), (2017). Islam Agama Rahmah (Terj. Furqan Abdullah)

Al-Qasimi, Muhammad bin Jamal al-Din (Syeikh). (t.t.). Tafsir al-Qasimi atau Mahasin al-

Ta’wil, Dar al-Fikr, Beirut

Page 20: GAGASAN RAHMATAN LIL ALAMIN DALAM MALAYSIA BAHARU* · Rahman yang merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang paling mulia (al-Asmaa al-Husna) juga berasal daripada rahmah

Al-Qurtubi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (t.t.). al-Jami’ li Ahkam al-

Quran, Dar al-Rayyan li al-Turath, Kaherah

Al-Syaukani, Muhammad bin ‘Ali. (t.t.). Nayl al-Awtor min Hadith Sayyid al-Akhyar.

Maktabah dar al-Turath. Kaherah

Al-Zabidi, Ahmad bin ‘Abd al-Latif. (2003). Mukhtasar Sahih al-Bukhari. Markaz Fajr li al-

Tiba’ah. Arab Saudi

Al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Jar Allah Mahmud bin ‘Umar. (t.t.). al-Kasyaf ‘an Haqaiq al-

Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil, Dar ‘Alam al-Ma’rifah, Beirut,

Al-Zuhaily, Wahbah (Syeikh Dr.). (1991). Al-Tafsir al-Munir, Dar al-Fikr al-Mu’asir, Beirut

Ibn Hanbal, Ahmad (al-Imam). (1994). al-Musnad. Dar al-Fikr. Beirut. Cetakan Ke-2

Ibn Kathir, Abu al-Fidaa Ismail ‘Imad al-Din bin ‘Umar (al-Hafidz). (t.t.). Tafsir al-Quran al-

‘Adzim, Dar al-Sya’b, Kaherah

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr. (2008). Bada’ie al-

Fawaid, Dar ‘Alam al-Fawaid, Saudi,

‘Imarah, Muhammad (Dr.) (2010). Haqaiq wa Syubuhat hawla al-Samahah al-Islamiyah wa

Huquq al-Insan. Dar al-Salam. Kaherah. Cetakan Pertama

Hunke, Sigrid (Dr.) (1986). Shams al-‘Arab Tastu’ ‘ala al-Gharbi (Terj: Faruq Baydhun dan

Kamal Dusuqi), Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut. Cetakan ke-8.

Rasyid Ridha (Syeikh). (t.t.). Tafsir al-Quran al-‘Adzimn atau Tafsir al-Manar. Dar al-Fikr.

Beirut

Syed Qutb. (1992). Fi Dzilal al-Quran, Dar al-Syuruq, Beirut