fungsi setiap uni1

Upload: gkalai-arasi

Post on 10-Jan-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu asas

TRANSCRIPT

FUNGSI SETIAP UNIT/ BAHAGIAN

BAHAGIAN AUDIT DALAM Bahagian Audit Dalam ditubuhkan pada tahun 1982 selaras dengan kehendak pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam ini diperkemas dan dimantapkan melalui Pekeliling Perbendahaaraan Bilangan 9 Tahun 2004. Pekeliling ini menetapkan supaya organisasi Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Melaksanakan pengauditan secara professional dan mengemukakan Laporan/ Pemerhatian Audit yang objektif kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan akauntabiliti Kementerian Pendidikan Malaysia Mengkaji dan menilai sistem dan prosedur organisasi bagi menentukan kawalan dalaman adalah berkesan. Mengkaji sama ada dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi. Mengkaji dan menilai program/aktiviti Kementerian/Jabatan diurus secara ekonomi, cekap dan berkesan. Menjalankan siasatan bagi menentukan aset dan kepentingan Kementerian dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan. Mengemukakan penemuan Audit kepada Ketua Setiausaha melalui laporan yang objektif dan tepat pada masanya. Memberi cadangan pembetulan dan penambahbaikan pengurusan kewangan. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha. Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

UNIT KOMINIKASI KORPORAT Menyebarkan maklumat mengenai dasar, program, aktiviti dan perkhidmatan Kementerian menerusi saluran komunikasi yang efektif; Menguruskan khidmat perhubungan awam yang professional dan berwibawa. Memastikan segala isu/aduan berkaitan Kementerian diuruskan dengan cekap. Merancang, mengurus dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, program, aktiviti dan perkhidmatan Kementerian. Memastikan imej korporat Kementerian sentiasa terpeliharaSEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM DAN KHIDMAT PELANGGAN

1. Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima/SAT) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima.2. Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja.3. Menyelaras penyediaan maklum balas isu menerusi media dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.4. Memenuhi 80% tahap kepuasan pelanggan dengan membuat pengukuran melalui Kajian Kepuasan Pelanggan sebanyak 2 kali setahun.

SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT

1. Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia.2. Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan Kementerian 1 kali setahun.3. Menyedia dan menerbitkan Buletin Kementerian empat (4) keluaran setahun.4. Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, blog, Facebook dan Twitter Kementerian setiap hari waktu bekerja.5. Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.6. Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai Kementerian Pelajaran Malaysia

UNIT KPI KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi (PKPA Bil. 2/2005 ). Meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Meningkatkan kualiti penyampaian seperti pengukuran prestasi individu dan organisasi melalui sasaran kerja tahunan, pengukuran kecekapan Sistem Pengurusan Kualiti melalui pelaksanaan MS ISO 9000 serta Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan penandaarasan amalan-amalan terbaik melalui pelaksanaan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam.PADUPADU merupakan unit pengurusan penyampaian berorientasikan tindakan yang telah diamanahkan untuk memastikan visi dan aspirasi PPPM dapat direalisasikan.. PADU terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu i) pembelajaran murid ii) Guru dan Kepimpinan Sekolah iii) Transformasi Kementerian iv)Struktur Sistem

UNIT INTEGRITIEnam (6) fungsi utama Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut1. Tatatertib Menjadi urus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai; Membuat tapisan tatatertib keutuhan ke atas urusan perkhidmatan , kenaikan pangkat dan darjah kebesaran; Memproses kelulusan penglibatan dalam politik; Memproses kebenaran permohonan Tanah kerajaan; dan Mengumpul data-data kes tatatertib di peringkat Bahagian dan negeri.1. Pengukuhan Integriti Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi; Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan Memastikan kod etika jabatan dipatuhi;1. Pengurusan Aduan Menerima dan memastikan tindakan diambil terhadap semua maklumat atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia di semua peringkat.

1. Pematuhan Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa; dan Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Kementerian Pendidikan Malaysia.1. Pengesanan dan Pengesahan Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti; Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku tatatertib; Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib. - *sekiranya berkaitan1. Tadbir Urus Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di Kementerian Pendidikan Malaysia; Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU), Kementerian Pendidikan MalaysiaUNIT UNDANG-UNDANGBAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN

1. Merancang dan menggubal dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan dan pembangunan sistem aplikasi maklumat pendidikan.2. Mengesan, menilai dan menganalisis pelaksanaan dasar pendidikan, program pembangunan pendidikan termasuk program bantuan luar, kerjasama serantau dan pelbagai hala.3. Menyelaras maklumat berkaitan pendidikan untuk urusan Hal Ehwal Parlimen, perancangan pendidikan dan keutuhan pengurusan untuk semua agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia.4. Menjalankan penyelidikan dan penilaian bagi penyelesaian isu-isu berkaitan perancangan dan pelaksanaan dasar dan program pendidikan.5. Menjalankan penyelidikan perbandingan untuk peringkat antarabangsa.6. Mengurus, menyedia, dan menyelaras pengumpulan data dan maklumat pendidikan melalui sistem aplikasi maklumat pendidikan seperti EMIS, SMEP, GIS, dan MASA.7. Mengurus dan menyelaras pembangunan koleksi serta perkhidmatan pusat sumber pengetahuan dan maklumat pendidikan kepada warga Kementerian Pelajaran Malaysia dan para penyelidik.8. Menjalankan meta analisis terhadap dapatan kajian oleh penyelidik dalam dan luar negara.9. Menyediakan, menganalisis dan menyelaras unjuran enrolmen dan kelas, serta unjuran keperluan guru bagi sekolah rendah, menengah dan kolej matrikulasi mengikut jenis sekolah, tahap dan negeri.10. Menyediakan khidmat kepakaran berkaitan akta, peraturan dan dasar pendidikan, perancangan pembangunan pendidikan, penyelidikan, penilaian serta pengurusan data dan maklumat pendidikanSEKTOR DASAR PEMBANGUNAN PENDIDIKANBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan. Menyebar dan melaksanakan kurikulum. Mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum. Menyediakan bahan sokongan kurikulum. Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum

BAHAGIAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikanberasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum. Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian danpengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya danpengawalan mutu alat-alat pengukuran. Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum. Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran. Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri. Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan & sijil dari penganalisa statistik. Pengurusan bank soalan. Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan standard. Pengurusan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat perundingan. Pemberian kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan dan mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasarteknologipendidikan.2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan danmenyediakan sokongan perkhidmatan ICT.3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah.4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.5. Merancang, menyelaras, menilai dan memantau pengurusan danpembangunan pusat sumber sekolah dan program literasi maklumat.6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elektronik dan media cetak.7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah BAHAGIAN BUKU TEKS Merancang, Menyelaras Dan Menentukan Keperluan dan Bentuk Program Penerbitan untuk Menghasilkan Buku Teks Aliran Perdana Dan Pendidikan Khas Sekolah Dari Peringkat Prasekolah Sehingga Menengah Atas. Merancang, Menyelaras Dan Memantau Pelaksanaan Program Skim Pinjaman Buku Teks Dan Pasaran Terbuka. Mengurus Hal-hal Pentadbiran, Perkhidmatan Pembangunan Manusia dan Kewangan

URUSETIA TETAP MBKM1. Menasihati kerajaan dalam perkara dasar dan peraturan industri buku, khususnya penerbitan bercetak dan penerbitan elektronik dalam bahasa Melayu;2. Menjalankan usaha memupuk dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Dasar Buku Negara serta pembinaan modal insan. 3. Menggalakkan pembentukan norma dan mengadakan kod etika industri buku untuk meningkatkan profesionalisme serta persaingan yang sihat dan adil dengan mengadakan institusi dan peraturan self-regulation untuk industri buku;4. Menjalankan kegiatan bimbingan ke arah meningkatkan profesionalisme dalam bidang kepengarangan, penerbitan, pengeluaran dan pemasaran buku bercetak dan elektronik;5. Menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai aspek penerbitan dan pembangunan industri buku;6. Menjadi pusat maklumat industri buku dengan menubuhkan pangkalan data elektronik dan portal laman sesawang (website) industri buku.7. Membantu penerbitan buku-buku yang dianggap tiada daya maju daripada segi komersial tetapi penting bagi pembangunan ilmu pengetahuan;8. Memudahkan perundingan antara kerajaan dengan pihak yang berkaitan dengan industri buku dan menjadi forum bagi mana-mana pihak yang berkepentingan dalam industri buku;9. Menubuhkan pusat pendaftaran penerbit dan pusat pendaftaran hak cipta;10. Menggalakkan penyertaan industri buku negara dalam kegiatan pembangunan dan promosi buku di perigkat nasional dan antarabangsa, termasuk yang berkaitan dengan urus niga hak cipta;11. Bekerjasama dengan pihak penerbit dalam usaha memperbanyakkan penerbitan bahan cetak dan elektronik bagi kegunaan pendidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan;12. Menggalakkan perkembangan industri buku di Malaysia melalui program dan aktiviti pemasaran dan lain-lain yang dirancang selaras dengan Misi Nasional dan matlamat Wawasan 2020

SEKTOR OPERASI PENDIDIKANBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL1. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pembangunan pendidikan teknikal dan vokasional.2. Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan akademik dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional3. Merancang, mengurus, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti persekolahan dan keperluan pengoperasian sekolah4. Merancang, melaksana, memantau dan menilai program pembangunan kepakaran kejurulatihan (TOT) pendidikan teknikal dan vokasional5. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai standard kualiti dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Bahagian dan SMT/SMV

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA); Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini/Azhari; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir urus ICT BPI; Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan pentadbiran dan perolehan BPI; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan dan aktiviti BPI;Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan, kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan kepimpinan Islam; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan nilai Islam; Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan budaya dan syiar Islam; Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid pengurusan dan aktiviti PI; Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam perkhidmatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab; Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan Pendidikan Islam

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS1. Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas.2. Membentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat antarabangsa.3. Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program latihan di dalam dan di luar negara.4. Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program Pendidikan Khas. 5. Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khasBAHAGIAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan terutama dalam hal ehwal persekolahan, guru dan murid;2. Memastikan cadangan-cadangan dalam Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan;3. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020;4. Mewujudkan permuafakatan di semua Sekolah Berasrama Penuh;5. Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara;6. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;7. Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;8. Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan;9. Meningkatkan tahap kebajikan guru;10. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar;11. Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid;12. Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah;13. Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%;14. Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa;15. Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid; dan16. Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadahBAHAGIAN SUKAN Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan; Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka; Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan; Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan secara berterusan; Memastikan semua permohonan aduan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja; Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnyBAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA1. Mengkonsepkan dasar, memantapkan perundingan dan peraturan-peraturan pendidikan swasta serta merancang menentukan hala tuju pendidikan swasta.2. Menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan .3. Menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang berkaitan dengan pendidikan swasta4. Mengendalikan pengurusan data dan maklumat pendidikan swasta.5. Mengendalikan aktiviti berkaitan promosi pendidikan ke arah menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan6. Mewartakan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat pusat, negeri dan daerah sebagai Pendaftar Sekolah dan Guru, Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru di bawah Akta Pendidikan 1996BAHAGIAN KESENIAN DAN KOKURIKULUM1. Merancang dan melaksanakan dasar berkaitan kokurikulum, sekolah seni dan pusat kokurikulum dalam pelbagai peringkat .2. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan kesenian murid pada peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri.3. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian sekolah seni Malaysia.4. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan pengurusan dan pengoperasian pusat kokurikulum.5. Merancang, mengurus dan memantau pengiktirafan dan penghargaan terhadap muriddan guru dalam aktiviti kokurikulum dan kesenian.6. Merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam pelaksanaan program kokurikulum dan keseniaSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUANBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU1Merancangan hala tuju latihan pembangunan profesionalisme keguruan menggubal dan menilai pelaksanaan dasar latihan guru.

2Memberi khidmat kepakaran, merancang, membangun, menilai dan menentukan pematuhan standard latihan keguruan.

3Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program bina upaya keguruan.

4Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan program kompetensi pembelajaran dan pengajaran.

5Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana serta menilai program peningkatan keilmuan dan akademik.

6Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan melaksana latihan ICT serta menyelaras program dan kandungan pedagogi untuk pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT.

7Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau hal-hal berkaitan pentadbiran perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan pembangunan BPG dan cawangannya

INSTITUT AMINUDDIN BAKI IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiriFungsi : Latihan Pentaksiran Konsultasi Penyelidikan Penerbitan Pasukan PemikirMatlamat : Stakeholder dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan teras yang ditawarkan Barisan pengurusan dan kepimpinan organisasi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia Warga kerja IAB yang sejahtera dan berkompetensi tinggi Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap, berhemat dan memberi pulangan nilai (value for moneyJEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikantaraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang sesuai. Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusipendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana yang ditetapkan. Memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepadaguru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau pengurusan yang dijalankan di institusi pendidikan itu. Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksa oleh Nazir Sekolah. Membina standard kualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penandaarasanuntuk mencapai kualiti.Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan institusi pendidikan. Memastikan pengurusan penyampaian perkhidmatan pendidikan di institusi pendidikanbebas daripada pelanggaran, kecuaian dan ketidakcekapan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Menyediakan dasar latihan dan perancangan pendidikan keguruan. Mengurus penempatan pelajar ke ipg. Mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan program mentor mentee serta konvokesyen. Merancang, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum. Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau penggubalan item pentaksiran. Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau pentadbiran peperiksaan. Mengurus penganugerahan sijil, diploma dan ijazah bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian. Merancang, melaksana dan memantau latihan pembangunan staf. Merancang dan melaksana program peningkatan akademik dan profesionalisme guru. Merancang pembangunan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur. Merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi. Merancang, mengurus dan mengawal selia agihan peruntukan serta memantau peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Merancang, mengurus dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan. Merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan dan inovasi. Mengurus perkhidmatan kaunseling pentadbiran. Merancang, melaksana dan memantau program keutuhan. Mengurus perkhidmatan perjawatan pegawai ikhtisas dan staf.

BAHAGIAN MATRIKULASI1. Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;2. Mengeluarkan lulusan program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam bidang sains, teknologi dan professional; dan3. Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN PELAJARAN)BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN

BAHAGIAN PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET) Merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar. Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan. Merancang dan mengurus program/aktiviti penyelenggaraan prasarana dan aset-aset kerajaan mengikut jangka masa dan piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif. Memantau dan menilai program/aktiviti perolehan bekalan , perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset.BAHAGIAN DASAR & HUBUNGAN ANTARABANGSABDHA sebuah bahagian bertanggungjawab terhadap Ketua Setiausaha KPM melaksanakan empat peranan utama berikut:

1. Penggerak Hubungan Dua Hala

i. Menguruskan perjanjian-perjanjian kerjasama (Mou) di antara Malaysia dengan negara-negara sahabat dalam bidang pendidikan; ii. Meningkatkan hubungan baik dan kerjasama dua hala Malaysia dengan negara sahabat dalam bidang pendidikan; dan iii. Menjalin dan menguruskan lawatan-lawatan rasmi luar negara.

2. Pemacu Hubungan Pelbagai Hala

i. Meningkatkan kerelevenan Malaysia dalam pertubuhan sejagat dan serantau seperti ASEAN, APEC, OIC, SEAMEO, Komanwel, G15 dan sebagainya khasnya dalam bidang pendidikan.

3. Penyelaras Hal-Ehwal UNESCO-Malaysia

i. Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia; dan ii. Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris

4. Perancang Dan Pemantau Dasar Makro Serta Keurusetiaan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM

i. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai dasar Makro KPM; ii.Mengurus dan menyelaras semua urusan maklum balas awal Jemaah Menteri / Memorandum Jemaah Menteri / Nota Jemaah Menteri, KPM dan ulasan agensi / kementerian luar; iii. Urus setia Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri; Mesyuarat Pengurusan Tertinggi; Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian; Mesyuarat KPM-KPT dan Jawatankuasa Kebajikan Pendidikan, Agama dan Latihan; iv. Menyelaras dan menyemak kertas dasar/makluman.

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN1. Mengurus pemberian biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pelajar dalam dan luar negara (dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan).2. Mengurus pemberian pinjaman pelajaran kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

3. Penguatkuasaan kutipan bayaran balik pinjaman dan pecah kontrak.

4. Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan dan kewangan jawatan latihan.

5. Mengurus fungsi sebagai PTJ

BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH

Memeriksa dan mengesahkan penyata kewangan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan Menentukan pengurusan dan kawalan kewangan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dijalankan dengan baik, teratur dan kemaskini serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan Memberi pendapat sama ada penyata kewangan yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan sekolah yang benar dan saksama Menentukan sama ada program bantuan kerajaan telah digunakan dengan cekap, berhemat dan dibelanjakan bagi maksud yang diberi.

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)KEWANGAN (PELAJARAN) Merancang keperluan kewangan KPM Mengurus dan menyalur peruntukan kepada Program dan Aktiviti KPM Mengawal dan menilai prestasi perbelanjaan KPM Mengurus bantuan persekolahan dan institusi pendidikan Menyediakan anggaran hasil dan menyelaras terimaan KPM Melaksanakan dasar berhubung saraan dan wang awam KPM

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PELAJARAN)1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia, kajian pemantapan skim perkhidmatan guru dan bukan guru, kajian norma perjawatan guru dan bukan guru dan menguruskan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);2. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;3. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi / fungsi serta pemantapan perjawatan bagi Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Institusi Pendidikan di bawah KPM,di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan ;4. Menguruskan hal-hal perkhidmatan dan kemudahan warga KPM serta memantapkan jalinan kerjasama dengan kesatuan/persatuan guru dan bukan guru di samping merapatkan hubungan majikan dan pekerja melalui Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) ; dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ;5. Mengendalikan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran setara bagi PPP dan AKS serta menjadi Urus Setia Induk Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri

BAHAGIAN AKAUNFUNGSI PENGURUSANCawangan ini bertanggungjawab di dalam memberi perkhidmatan sokongan pengurusan kewangan kepada aktiviti di bawah Bahagian Akaun dengan melaksanakan tugas pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan. Cawangan ini juga bertanggungjawab ke atas perlaksanaan sistem perakaunan di Jabatan/Bahagian, PTJ dan sekolah di bawah KPM. Fungsi utama yang di jalankan meliputi Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan, Perkhidmatan Perundingan dan Pengurusan Akaun Sekolah.

FUNGSI OPERASI

Secara umumnya, Bahagian Akaun memberi perkhidmatan perakaunan untuk memastikan semua urusniaga bagi Kementerian Pelajaran Malaysia diperakaunkan dengan tepat dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan. Tugas utama dalam melaksanakan fungsi ini termasuk Pengurusan Gaji dan Bayaran, Pengurusan Amanah Pengurusan Akaun dan Pengurusan Teknologi MaklumatBAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPOTENSI1. Merangka dan menggubal Dasar Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).2. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi serta Peperiksaan Perkhidmatan warga KPM berpandukan dasar yang ditetapkan.3. Membangunkan Standard Kompetensi warga KPM berdasarkan Profil Kompetensi.4. Menggubal sukatan Peperiksaan Perkhidmatan bagi Subjek Jabatan Kumpulan Pelaksana KPM.5. Melaksanakan kawalan kualiti pelaksanaan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi warga KPM.

6. Melaksanakan kawalan kualiti pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan KPM.

7. Menjalankan kajian berkaitan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi serta Peperiksaan Perkhidmatan warga KPM.

8. Melaksanakan penandaarasan untuk mengenal pasti amalan terbaik berkaitan Pembangunan dan Penilaian Kompetensi dan Potensi di dalam dan luar negara.

9. Mengurusetiakan Lembaga Kompetensi dan Potensi Kementerian Pendidikan Malaysia (LKPKPM).

10. Mengurusetiakan Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia (LPPAKPM).

11. Mengurusetiakan Panel Pengurusan PROSPEK Kementerian Pendidikan Malaysia.

12. Mengurusetiakan Panel Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING1. Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.2. Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.3. Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan.4. Memberikan pendidikan kesihatan mental dan fizikal kepada warga KPM.5. Membangunkan dan analisis keperluan aplikasi psikologi dan kaunseling berdasarkan data dan kajian secara kolaberatif .6. Menyediakan pelan dan laluan kerjaya kepada kaunselor KPM selaras dengan rakan profesional yang lain.7. Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.8. Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT Merancang strategi ICT dan mengurussumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Kementerian

Membangun, melaksana dan menyenggara, sistem aplikasi / sistem maklumat organisasi.

Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT.

Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT.

Memantau, mengurus dan menilai pentadiran, perkhidmatan dan kewangan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (PELAJARAN)PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATANPengurusan Hal Ehwal Pentadbiran bagi Pejabat Anggota Pentadbiran, Pengurusan Tertinggi, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Pengurusan Sumber Manusia.Menguruskan hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan kepada Ibu pejabat Kementerian (Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi ) dan Bahagian.Menyelaras serta memberi perkhidmatan berkaitan dan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran am seperti permohonan lawatan persendirian ke luar negara dan insurans perlindungan diri.

KEWANGANMerancang, menyelaras dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2010-2011, kawalan peruntukan Dasar Sedia Ada (DSA) ABM Tahun 2009, Dasar One-Off Luar Negara dan One-Off Harta Modal Yang Lain Tahun 2009 serta laporan prestasi perbelanjaan dan kawalan peruntukan melalui sistem e-FISU.

Merancang dan melaksanakan pengurusan akaun Bahagian Bagi Bahagian Pusat Tanggungjawab (PTJ) 140201 melalui sistem vot berkomputer (eSPKB).

Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan hasil serta menyediakan Penyata Pemungut di peringkat Bahagian.

Menyelaras dan menguruskan bayaran balik pinjaman komputer dan kenderaan pegawai / kakitangan di peringkat Bahagian.

Menyelaras, menyedia dan mengemukakan jawapan / maklumbalas pertanyaan / teguran Jabatan Audit Negara / Bahagian Audit Dalam / naziran serta laporan secara berkala kepada Bahagian Kewangan , Audit Dalam dan Bahagian Akaun mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bahagian setiap suku tahun dan menghantar laporan prestasi perbelanjaan / minit mesyuarat ke Bahagian Kewangan.

Merancang dan menguruskan stor dan aset alih kerajaan Bahagian; dan menjalankan pemantauan pengubahsuain ruang pejabat Jabatan/Bahagian KPM di Kompleks E.

PENGURUSAN KUALITIPengurusan Kualiti di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan Penarafan Sistem Star Rating.

Pengurusan Penyelarasan Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengurusan Majlis Hari Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menyelaras pelaksanaan pemakaian Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan penghayatan dan pembudayaan kualiti di kalangan warga Kementerian.

PENGURUSAN INOVASIPengurusan Program Pembudayaan Inovasi.

Pengurusan Pelaksanaan Program Kesedaran Inovasi.

Pengurusan Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

PENGURUSAN REKODMengenalpasti dan menyediakan skema sistem penyelarasan fail kementerian mengikut klasifikasi Arkib Negara.

Mengurus penstoran dokumen Kementerian.

Menyelaras draf Pekeliling yang dikeluarkan oleh setiap bahagian untuk mendapatkan pengesahan daripada pengurusan tertinggi.

Meminda dan menyemak status Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian/Jabatan yang terdahulu.

Mengumpul dan menjilid Pekeliling dan Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh KPM dan Agensi Pusat.

Urusetia mesyuarat,mengumpul maklumbalas bagi mesyuarat:a) Mesyuarat Susulan Jemaah Menterib) Mesyuarat Pengurusan Kementerianc) Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatand) Lain-Lain Mesyuarat Peringkat Kementerian

KESELAMATAN DAN PENYELENGGARAAN Merancang, dan menguruskan urusan-urusan pemantauan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi oleh syarikat perkhidmatan penyelenggaraan sivil, mekanikal dan elektrikal di Kompleks E.

Mengurusetiakan Mesyuarat Penyelarasan Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Keselamatan Bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia Kompleks E.

Merancang, menyelaras dan menguruskan Sistem Aduan Berpusat Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan Kompleks E.

Merancang dan melaksanakan pemantauan syarikat keselamatan yang di lantik menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan diberikan seperti terkandung di dalam kontrak, sepanjang tempoh kontrak termasuk pada hari bekerja, hari cuti am dan hari cuti hujung minggu.

Memproses dan meluluskan permohonan Kad Pengenalan Kementerian pegawai dan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.

KEURUSETIAAN DAN KEMUDAHANMerancang, menyelaras, mengurusetia dan melaksanakan majlis-majlis rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menyelaras dan membantu urusan protokol majlis-majlis rasmi Kementerian yang dianjurkan oleh Bahagian lain.

Merancang, menyelaras, menerima tempahan penggunaan kemudahan-kemudahan, memantau dan menyelia penggunaan serta mengenalpasti keperluan peralatan, kebersihan dan sebagainya dari masa ke semasa.

Merancang, menyelaras, membantu dan melaksanakan Perhimpunan Bulanan Kementerian yang dikelolakan oleh urus setia yang dilantik pada setiap bulan.

Menyelaras dan memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada majlis-majlis rasmi Kementerian.

Menyelaras dan menyediakan maklumbalas mesyuarat-mesyuarat

DEWAN BAHASA & PUSTAKA1.Melaksanakan Perancangan bahasa, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangkan bahasa.

2.Melaksanakan Pelaksanaan sastera, yang terangkum di dalamnya pembinaan dan pengembangan sastera.

3. Melaksanakan program penerbitan, terutama dalam bahasa Melayu, sebagai wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan Mentafahus rayuan tentang keputusan peperiksaan Melatih kakitangan urus setia dan penjawat yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan