fungsi penanda wacana

16
FUNGSI PENANDA WACANA PENGENALAN Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, suatu wacana yang mantap haruslah mempunyai kohesi dan koheren selain daripada mengandungi maklumat baru dan lama serta boleh difahami oleh pendengar atau pembaca. Kohesi atau tautan bermaksud keserasian hubungan antara unsur-unsur linguistik. Pertautan yang ada dalam sesuatu wacana akan mewujudkan perkaitan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan sehingga membentuk kesatuan. Koheren pula boleh dijelaskan sebagai runtutan atau kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna dan berkembang isi penceritaannya. Demi mewujudkan pertautan dan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam wacana, penanda wacana digunakan. Harimurti Kridalaksana (1982), penanda wacana didefinisikan sebagai rangkaikata yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap. Penanda wacana adalah frasa yang dijadikan sebagai perangkai ayat untuk nenentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain dalam sesuatu ayat atau perenggan. Penanda wacana digunakan untuk memantapkan wacana dan mewujudkan pertalian isi atau maklumat pada perenggan pertama dengan perenggan seterusnya. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat akan menyebabkan seluruh

Upload: julia-abdullah

Post on 22-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FUNGSI PENANDA WACANA

FUNGSI PENANDA WACANA

PENGENALAN

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, suatu wacana yang

mantap haruslah mempunyai kohesi dan koheren selain daripada mengandungi maklumat

baru dan lama serta boleh difahami oleh pendengar atau pembaca. Kohesi atau tautan

bermaksud keserasian hubungan antara unsur-unsur linguistik. Pertautan yang ada dalam

sesuatu wacana akan mewujudkan perkaitan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat

dengan perkataan sehingga membentuk kesatuan. Koheren pula boleh dijelaskan sebagai

runtutan atau kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga

menjadikan sesebuah teks itu bermakna dan berkembang isi penceritaannya. Demi

mewujudkan pertautan dan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam wacana, penanda

wacana digunakan.

Harimurti Kridalaksana (1982), penanda wacana didefinisikan sebagai rangkaikata

yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa

menulis atau berucap. Penanda wacana adalah frasa yang dijadikan sebagai perangkai ayat

untuk nenentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan idea yang lain

dalam sesuatu ayat atau perenggan. Penanda wacana digunakan untuk memantapkan wacana

dan mewujudkan pertalian isi atau maklumat pada perenggan pertama dengan perenggan

seterusnya. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat akan menyebabkan seluruh

wacana tidak mempunyai kesatuan dan pautan cerita yang tidak lengkap. Akibatnya,

pembaca atau pendengar akan gagal memahami maklumat dan penerangan yang hendak

disampaikan oleh penulis atau penutur. Ketepatan aspek penanda wacana akan

mempengaruhi pengolahan dan strukur ayat dalam perenggan. Penanda wacana yang tepat

perlu untuk menghurai maklumat utama agar wujud kesinambungan dengan isi huraian atau

maklumat sampingan. Dalam erti kata lain, penanda wacana amat penting untuk

menyempurnakan tautan isi-isi atau maklumat dalam sesebuah esei atau pengucapan.

 

2.0 FUNGSI PENANDA WACANA DALAM WACANA BAHASA MELAYU

Page 2: FUNGSI PENANDA WACANA

Merujuk pada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Nik Safiah Karim telah menetapkan

sekurang-kurangnya terdapat lima jenis penanda wacana yang digunakan dalam Bahasa

Melayu iaitu : penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda

leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Penanda wacana menjalankan beberapa

fungsi yang berbeza seperti membawa maksud : a) urutan, b) penyataan semula, c)

rumusan, d) tempat, e) perbandingan dan f) pengesahan. Namun, dalam

membincangkan fungsi penanda wacana, hanya empat fungsi yang paling utama akan

dibincangkan dengan lebih terperinci iaitu : i) menunjukkan maksud tambahan, ii)

menjelaskan maksud bertentangan, iii) menerangkan sebab dan akibat serta iv)

menunjukkan tempoh waktu.

 

2.1 MENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN.

 

Razali Yahya dalam Sistem Bahasa UPSR mengkategorikan penanda wacana jenis ini

merujuk kepada perkara tambahan atau perihal selanjutnya kepada perkara yang telah

dinyatakan sebelumnya. Penanda wacana ini juga fungsi untuk memberi penerangan meluas

tentang sesuatu

topik yang telah dibincangkan. ontohnya, lebih-lebih lagi, malahan, lagi pun, justeru, di

samping itu, sejajar dengan itu, tambahan pula, sehubungan dengan itu, selain itu, dan

selanjutnya. Berikut adalah lain-lain contoh berserta ayatnya :

 

a)      Kami berjaya menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh para hakim. Ini bererti,

kamilah pemenang pertandingan kuiz itu.

 

b)      Kami amat tertarik dan kagum melihat seni bina bangunan bersejarah itu. Pendek kata,

lawatan ini amat bermakna buat kami.

Page 3: FUNGSI PENANDA WACANA

2.2 MENUNJUKKAN MAKSUD SEBALIKNYA ATAU BERTENTANGAN

 

Raminah Hj Sabran (1985) menjelaskan penanda wacana juga berfungsi untuk

menerangkan situasi berlawanan atau pertentangan pada maklumat yang baharu diperkatakan

sebelumnya. Selain itu, penanda wacana ini juga menjelaskan maksud sebaliknya daripada

keterangan dalam ayat terdahulu. Contohnya, sungguhpun, walau bagaimanapun, walaupun

demikian, kendatipun, biarpun begitu, padahal dan sebaliknya. Berikut disertakan contoh

ayat bagi menjelaskan lagi fungsinya.

a)      Dia sering diejek kawan-kawannya lantaran pakaian seragamnya yang kusam dan buruk.

Biarpun demikian, dia hanya tersenyum dan bersabar.

 

b)      Sudah tiga hari Aiman tidak hadir ke sekolah. Katanya dia demam. Padahal, setiap petang

dia berada di padang bermain bola dengan kami.

 

            2.3 MENUNJUKKAN SEBAB DAN AKIBAT

Raihana Hamdan (2007) menjelaskan bahawa fungsi lain penanda wacana adalah bagi

mengemukakan maksud sesuatu yang menerangkan akibat atau kesimpulan daripada perkara

yang telah pun berlaku sebelumnya. Penanda wacana ini juga menerangkan sebab musabab

berlakunya sesuatu. Contohnya, oleh sebab itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka,

lantaran itu, akibatnya, jadi, dan kesudahannya. Berikut adalah fungsinya dalam ayat:

 

a)      Kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kokurikulum betul-betul membanggakan

pihak sekolah. Oleh sebab itu, dia telah dicalonkan untuk Anugerah Pelajar Cemerlang pada

tahun ini.

Page 4: FUNGSI PENANDA WACANA

 

b)      Pak Halim dan Mak Nab bersungguh-sungguh mempelawa kami bermalam di rumah mereka

dan berjanji hendak membawa kami ke dusun durian pada esok harinya. Jadi, kami bersetuju

sahaja kerana kami pun teringin hendak makan durian.

 

2.4 MENUNJUKKAN MAKSUD TEMPOH WAKTU DAN KETIKA.

 

Nik Safiah Karim (2009), penanda wacana juga berfungsi untuk menjelaskan urutan

masa atau berlakunya sesuatu secara bersiri. Selain itu, penanda wacana ini digunakan untuk

mengemukakan maksud perkara yang berlaku pada masa itu, selepas atau sebelumnya.

Contohnya, berbalik kepada hal tadi, akhirnya, sementara itu, sejenak kemudian, seterusnya,

selepas itu, kemudian, dan dalam pada itu. Berikut adalah contoh ayat bagi menerangkan

fungsi penanda wacana ini:

a)      Semua tetamu diarahkan masuk ke dalam dewan kerana majlis akan bermula bila-bila masa.

Sejenak kemudian, pengumuman ketibaan tetamu kehormat dibuat oleh pengacara majlis.

Kemudian, kami pun cepat-cepat mengambil tempat.

 

b)      Sebaik sahaja kami tiba di pusat membeli-belah terkemuka itu, Datin Mazni bersedia

menunggu kami. Selepas itu, kami di bawa ke butik Idaman. Dalam pada itu, saya sempat

meninjau sebuah kedai yang menjual kasut wanita.

 

3.0  PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PERENGGAN.

 

Page 5: FUNGSI PENANDA WACANA

Seperti yang telah dibincangkan, penanda wacana mempunyai fungsi yang pelbagai dan

digunakan untuk memperlihatkan kesinambungan idea. Penggunaan penanda wacana dapat

dilihat pada contoh petikan yang disertakan dibawah :

 

a)      Petikan dari contoh Karangan Terpilih Bahasa Malaysia, Oxford Fajar(2010).

 Industri pelancongan yang kian pesat dapat memberikan peluang kepada masyarakat

untuk mengenali dan mempelajari budaya dan cara hidup pelancong. Di samping itu, para

pelancong pula dapat mempelajari gaya hidup dan budaya orang Timur. Selain itu,

pelancong juga dapat memberikan inspirasi kepada orang tempatan untuk bekerja lebih

keras demi mencapai kemajuan setanding dengan pelancong yang datang. Hal ini ekoran

timbul keyakinan orang tempatan untuk merasai pengalaman menjadi pelancong di luar

negara. Tambahan pula, untuk menjadi pelancong, mereka perlulah mempertingkatkan diri

dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai simpanan perbelanjaan yang mencukupi. Hal ini

pasti meramaikan golongan cerdik pandai dan mewah di Malaysia.

 

Berdasarkan petikan yang diambil dari contoh karangan terpilih ini, penggunaan

penanda wacana adalah baik namun masih terdapat sedikit kekaburan yang boleh dibaiki.

Rangkai kata ‘Di samping itu’ dan ‘Selain itu’ sesuai digunakan dalam keterangan teks ini

kerana ia menerangkan maklumat tambahan daripada ayat sebelumnya. Penggunaan rangkai

kata ‘ Hal ini ekoran’ sesuai juga digantikan dengan ‘Hal ini demikian kerana’ dan membawa

menerangkan sebab dan akibat daripada huraian ayat sebelumnya. Penanda wacana seperti

‘Tambahan pula’ lebih sesuai jika digunakan rangkai kata ‘Begitulah halnya’ kerana ayat ini

menerangkan maksud ayat yang sama tara dengan perkara yang dinyatakan sebelumnya.

Penanda wacana terakhir yang digunakan dalam teks ini iaitu ‘ Hal ini’ sesuai digunakan

dengan fungsinya sebagai kesimpulan daripada maksud ayat-ayat sebelumnya. Setelah dibuat

sedikit penambahbaikan pada penggunaan penanda wacana, fungsinya semakin jelas dan

mudah difahami. Ayat yang sepatutnya ialah seperti :

Page 6: FUNGSI PENANDA WACANA

……. “Hal ini demikian kerana timbul keyakinan orang tempatan untuk merasai

pengalaman menjadi pelancong di luar negara. Begitulah halnya, untuk menjadi pelancong,

mereka perlulah mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mempunyai simpanan

perbelanjaan yang mencukupi.”………..

 

b)      Petikan cerita cereka kanak-kanak .

Tina anak tunggal dalam keluarganya. Ayahnya telah meninggal dunia dua tahun

yang lalu. Sejak itu, ibu Tina terpaksa membuat kuih-muih untuk dijual di pasar bagi

menampung perbelanjaan keluarga. Tambahan pula, wang pencen arwah ayahnya tidak

mencukupi menampung kehidupan mereka. Ibu Tina wanita yang kuat bekerja. Jika waktu

siang dia sibuk memasak kuih muih dan berjualan, waktu malam pula dia akan menyiapkan

tempahan baju jiran-jirannya. Akibatnya, ibu Tina sering sakit-sakit. Oleh itu, Tina terpaksa

ponteng sekolah demi menggantikan ibunya menjual kuih-muih di pasar. Namun begitu,

tugas baharunya tidak menghalangnya menjadi pelajar yang berjaya. Sebaliknya, jiwa Tina

semakin kental dan bersemangat. Dia berazam untuk belajar lebih tekun demi membela nasib

keluarganya.

 

Merujuk kepada petikan cerita cereka kanak-kanak yang dipetik daripada buku

‘Mahalnya Harga Kejayaan” karya Nik Suhana, teks ini mempunyai wacana yang baik dan

mantap. Penggunaan penanda wacana yang pelbagai dalam teks ini sesuai dengan fungsi dan

maksudnya. Pembaca dapat memahami wacana ini kerana berjaya menepati aspek koheren

dan kohesi. Kesinambungan idea dijelaskan mengikut urutan perkembangan cerita. Rangkai

kata ‘Sejak itu’ bermaksud tempoh waktu berlakunya sesuatu yang diterangkan dalam ayat.

‘Tambahan pula’ menambahkan lagi keterangan cerita yang disampaikan. ‘Akibatnya’ sesuai

digunakan sebagai penanda wacana pada ayat ini kerana penulis menjelaskan rentetan atau

kesan daripada cerita sebelumnya. ‘Oleh itu’ pula digunakan dengan tepat untuk menjelaskan

maksud tambahan daripada kesan atau sebab yang diterangkan pada ayat sebelumnya.

rangkai kata ‘Namun begitu’ sesuai digunakan dalam wacana ini kerana menerangkan

perkara yang bertentangan dari maksud cerita sebelumnya. perkembangan isis cerita dijelskan

lagi dengan 

Page 7: FUNGSI PENANDA WACANA

penggunaan penanda wacana ‘ Sebaliknya’ yang juga merujuk situasi yang berlawanan

daripada situasi yang diterangkan di awal penceritaan. Penggunaa penanda wacana yang tepat

menjadikan wacana ini mempunyai rentetan dan bertautan cerita yang mudah difahami oleh

pembaca khasnya pembaca kanak-kanak.

 

c)      Petikan contoh karangan tidak berformat.

 

Dengan menyertai Rakan Muda Rekreasi, kita dapat mengisi masa lapang dengan

pelbagai aktiviti lasak yang berfaedah seperti merentas hutan, perkhemahan, mendaki

gunung dan berakit. Hasilnya, Kita dapat menambah pengetahuan serta pengalaman.

Dengan ini,, dapatlah kita menjadi individu yang lasak, kreatif dan berani menghadapi

cabaran hari muka. Selain itu, kita dapat mendisiplinkan diri mematuhi arahan jurulatih

atau peraturan yang dikenakan. Sehubungan dengan itu, Rakan Muda Rekreasi adalah

sebahagian daripada usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh sebab itu,

penyertaan pelajar dan belia dalam Rakan Muda Rekreasi amat-amat dialukan. Hal ini

demikian kerana negara memerlukan golongan muda yang cekal, berdisiplin, berilmu dan

mempunyai ketahanan diri yang kukuh untuk menerajui negara pada masa akan datang.

Berpandukan petikan rencana di atas, terdapat penggunaan penanada wacana yang

kurang tepat dalam wacana ini. Penanda wacana yang pertama digunakan pada baris ayat

ketiga didapati kurang tepat. ‘Hasilnya’ merujuk kepada maksud kesan atau akibat daripada

maksud ayat sebelumnya. Rangkai kata yang patut digantikan ialah ‘Di samping itu’ kerana

dapat menunjukkan ada perkaitan yang setara dengan maksud ayat sebelumnya. rangkai kata

‘Dengan ini’ dan ‘Selain itu’ sesuai digunakan pada ayat kerana dapat menerangkan huraian

tambahan daripada penyataan sebelumnya. Penanda wacana berikutnya iaitu ‘Sehubungan

dengan itu’ kurang sesuai digunakan sebaliknya digantikan dengan rangkai kata ‘Lebih-lebih

lagi’. Rangkai kata ini menunjukkan maksud penekanan dan kesetaraan kepada isu yang

dinyatakan sebelumnya. rangkai kata ‘Oleh sebab itu’ dan ‘Hal ini demikian’ sesuai

digunakan kerana ia menunjukkan maksud kesan atau akibat daripada tindakan yang

diterangkan dalam ayat sebelumnya. Penggunaan penanda wacana yang sesuai di akhir

petikan ini menjadikan pembaca  lebih memahami isu yang dibincangkan. Setelah dibuat

beberapa pindaan pada penggunaan penanda wacana, petikan yang yang seharusnya adalah

seperti berikut :

Page 8: FUNGSI PENANDA WACANA

 

“ Dengan menyertai Rakan Muda Rekreasi, kita dapat mengisi masa lapang dengan

pelbagai aktiviti lasak yang berfaedah seperti merentas hutan, perkhemahan, mendaki

gunung dan berakit. Di samping itu, Kita dapat menambah pengetahuan serta pengalaman.

Dengan ini,, dapatlah kita menjadi individu yang lasak, kreatif dan berani menghadapi

cabaran hari muka. Selain itu, kita dapat mendisiplinkan diri mematuhi arahan jurulatih

atau peraturan yang dikenakan. Lebih-lebih lagi, Rakan Muda Rekreasi adalah sebahagian

daripada usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020. Oleh sebab itu, penyertaan pelajar

dan belia dalam Rakan Muda Rekreasi amat-amat dialukan. Hal ini demikian kerana negara

memerlukan golongan muda yang cekal, berdisiplin, berilmu dan mempunyai ketahanan diri

yang kukuh untuk menerajui negara pada masa akan datang.”

 

4.0 CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PENANDA WACANA

DALAM KALANGAN PELAJAR.

Murid banyak melakukan beberapa kesilapan semasa menghasilkan penulisan yang

baik. Kesilapan yang dibuat mungkin melibatkan kesalahan penggunaan kata, tanda baca,

ejaan dan binaan ayat yang kurang tepat. Kadangkala, berlaku kesalahan penggunaan

penanda wacana yang berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara menulis,

kurang pasti tentang fungsinya serta tidak mematuhi aspek-aspek tatabahasa. Misalnya, murid

sering lupa dan lalai meletakkan tanda baca ( , ) selepasa penanda wacana yang berfungsi

sebagai frasa. Kesilapan kecil begini akan menyebabkan murid gagal mendapat markah yang

baik dalam penulisan walaupun mampu menghasilkan wacana yang baik. Sehubungan

dengan itu, beberapa cadangan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan penanada wacana

dalam kalangan murid disenaraikan seperti berikut:

a)      Murid haruslah banyak membaca pelbagai jenis teks penulisan sebagai meluaskan

pengetahuan dan menguasai banyak perbendaharaan kata termasuklah penanda wacana.

Dengan banyak membaca, murid akan dapat mengenali pelbagai jenis penanda wacana dan

memahami fungsinya dalam ayat-ayat dan perenggan yang di gunakan. Murid juga

digalakkan merujuk kamus dan tesaurus untuk mencari maksud frasa atau kosa kata yang

tidak difahami. 

Page 9: FUNGSI PENANDA WACANA

b)      Murid harus digalakkan membuat latihan kendiri menyalin perenggan ayat yang

mengandungi penanda wacana dengan memberi fokus kepada ejaan dan penggunaan tanda

baca yang betul. Murid akan lebih memahami cara menulis dan menggunakan penanda

wacana yang betul ketika menyalin ayat-ayat yang dilihat. Selain itu, latihan mengambil

imlak sesuai dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajran di dalam kelas. Dengan

cara ini murid di latih menjadi lebih mahir menulis semula wacana yang disebut atau

diperdengarkan kepada mereka dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

c)      Dalam meningkatkan kemahiran menggunakan penanda wacana, murid perlu

membanyakkan latihan membina dan melengkapkan perenggan ayat. Murid juga boleh

memilih penanda wacana yang paling sesuai daripada senarai yang telah disediakan oleh

guru. Latihan begini dapat melatih murid memahami fungsi penanda wacana dalam

perenggan ayat. Setelah itu, latihan tubi harus diteruskan agar pemahaman murid tentang

penggunaan penanda wacana menjadi mantap.

d)     Untuk memantapkan lagi kemahiran murid membina perenggan, murid dilatih menyusun

ayat-ayat yang telah disediakan supaya menjadi perenggan cerita mengikut urutan idea yang

betul. Dengan cara ini, murid dapat dilatih untuk menghasilkan wacana yang menepati aspek

kohesi dan koheren. Selain itu, murid akan menyusun dan menulis semula ayat yang lengkap

dengan penanda wacana yang sesuai untuk menghasilkan kesinambungan cerita.

e)      Demi meningkatkan kemahiran murid mengguna penanda wacana yang sesuai, murid dilatih

membina ayat sendiri untuk menghasilkan pertautan dan kesinambungan idea dengan

menyudahkan cerita yang diberi. Murid yang kurang mahir boleh dilatih melengkapkan

perenggan berpandukan penanda wacana dan perkataan yang yang sesuai. Manakala murid

yang sudah mahir, digalakkan menghasilkan idea sendiri. .

f)       Setelah mahir membina ayat, murid boleh menulis wacana yang lengkap berpandukan topik

yang telah dibincangkan. Sebelum itu, murid juga digalakkan menulis wacana berpandukan

kerangka karangan yang disediakan. Tujuannya adalah supaya hasil wacana tidak

menyimpang daripada topik yang sepatutnya. Murid juga harus mematuhi prinsip penulisan

wacana, iaitu setiap wacana haruslah mempunyai pengenalan , isi utama, ayat-ayat huraian

dan kesimpulan. Wacana yang baik ialah wacana ayng mempunyai pertautan idea yang

Page 10: FUNGSI PENANDA WACANA

disampaikan secara berurutuan. Selain itu, murid juga wajarlah menggunakan penanda

wacana yang sesuai untuk mempamerkan kesinambungan idea yang lebih berkesan.

g)      Langkah terakhir yang harus dipatuhi oleh murid agar berjaya menguasai kemahiran

menghasilkan wacana yang baik ialah mereka haruslah membuat pemantauan kendiri ke atas

hasil penulisan mereka. Setelah selesai mengarang, murid seharusnya membaca semula untuk

mengenal pasti kemungkinan kesalahan yang mungkin berlaku semasa menulis seperti

kesilapan ejaan, tanda baca dan penggunaan tanda wacana yang kurang sesuai. pemantau

kendiri akan melatih murid lebih peka dan berhati-hati dalam menghasilkan wacana yang

baik.

5.0 RUMUSAN.

Keindahan sesuatu bahasa dapat dinilai daripada kesempurnaan kata dan ungkapan

yang dibicarakan oleh penuturnya. Bahasa Melayu adalah bahasa yang indah dan mudah

dipelajari kerana bahasa ini terbina daripada pembentukan kata, frasa, klausa, ayat dan

wacana yang sempurna. Penggunaan kata yang tepat akan membentuk ayat-ayat yang

bermakna. Seterusnya, akan menghasilkan wacana yang tinggi nilai tatabahasanya. Wacana

ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana disampaikan secara lisan atau bertulis.

Ia terdiri daripada sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dailog dan sebagainya

yang memperlihatkan perkembangan fikiran yang berturutan. Wacana yang utuh hasuslah

menepati ciri-ciri ketekstualan wacana iaitu mempunyai tautan (kohesi) , memperlihatkan

kesinambungan idea (koheren), mempunyai tujuan, pendengar atau penerima, mempunyai

maklumt baharu dan maklumt lama serta releven dengan situasi dan ketika diujarkan. Bagi

menjelaskan pertautan, pertalian dan kesinambungan idea atau hujah, penanda wacana

digunakan pada ayat.

Penanda wacana mempunyai pelbagai fungsi seperti : menghubungkan idea dengan idea,

menambah atau meluaskan idea, menunjukkan maksud idea yang pertentangan,

menunjukkan kesan dan akibat, membuat kesimpulan, menerangkan maksud tempoh dan

ketika dan juga menunjukkan penegasan idea yang hendak disampai dalam sesebuah

penulisan. Penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai dalam sesuatu wacana akan

menjadikan teks itu dapat difahami, menarik dan bermakna. Wacana yang mantap haruslah

mengandungi idea utama, huraian idea, maklumat tambahan dan juga kesimpulan idea.

Page 11: FUNGSI PENANDA WACANA

Semua ini dihubungkait secara berurutan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Proses menghasilkan wacana yang baik harus dipelajari secara berperingkat supaya penutur

atau penulis dapat menhasilkan wacana yang baik. Dalam hal ini, murid-murid haruslah

diberi panduan yang lengkap cara-cara menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana

yang betul dan sesuai semasa mereka menghasilkan sesuatu wacana dalam bahasa Melayu.

Latihan tatabahasa dan aktiviti membaca dapat membantu murid-murid memahami dan

menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Selain itu, guru-guru juga haruslah berperanan

menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai di samping mengamalkan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.