karangan contoh dan penanda wacana bmspm

32
Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dalam Diri Anak-Anak Sebagaimana yang kita tahu, pada tahun 2010, sebanyak tujuh purnama telah mengucapkan salam permisi bulan demi bulan. Bagaimanapun, dalam aspek sosial, pelbagai lakaran suram telah terpahat akibat kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan menabung. Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang yang ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini sememangnya sudah lama berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Walaupun pihak kerajaan pernah memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung, khususnya anak-anak, tetapi usaha murni tersebut telah menemui jalan buntu, seperti hujan di atas pasir. Secara literalnya, menabung dapat ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung dan yang seumpamanya. Dalam usaha menjayakan amalan menabung, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi pelakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpanwang yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa juga harus membuka akaun bank untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir wang mereka, anak-anak tidak mungkin akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk membuka akaun bank. Pihak bank juga menyediakan pelbagai insentif yang menarik, seperti kadar faedah yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang membuka akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu bapa harus memanfaatkan peluang ini untuk

Upload: mohd-nazrul-nizam

Post on 12-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sfsgfgea

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dalam Diri Anak-Anak

Sebagaimana yang kita tahu, pada tahun 2010, sebanyak tujuh purnama telah mengucapkan salam permisi bulan demi bulan. Bagaimanapun, dalam aspek sosial, pelbagai lakaran suram telah terpahat akibat kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan menabung. Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang yang ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini sememangnya sudah lama berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Walaupun pihak kerajaan pernah memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung, khususnya anak-anak, tetapi usaha murni tersebut telah menemui jalan buntu, seperti hujan di atas pasir. Secara literalnya, menabung dapat ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung dan yang seumpamanya. Dalam usaha menjayakan amalan menabung, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi pelakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpanwang yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa juga harus membuka akaun bank untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir wang mereka, anak-anak tidak mungkin akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk membuka akaun bank. Pihak bank juga menyediakan pelbagai insentif yang menarik, seperti kadar faedah yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang membuka akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu bapa harus memanfaatkan peluang ini untuk membuka akaun bank bagi anak-anak mereka. Amalan menyimpan wang di dalam bank dapat dicerminkan dengan peribahasa, “ menyediakan payung sebelum hujan”. Hal ini berlaku demikian kerana wang yang akan disimpan di dalam bank dapat digunakan semasa kecemasan. Dengan membuka akaun bank, anak-anak berpeluang didedahkan dengan kepentingan amalan menabung. Anak-anak juga akan mengambil iktibar bahawa menabung merupakan amalan kudus yang harus disemai. Ibu bapa juga harus mengambil inisiatif tanpa mengenal penat dan lelah untuk membawa anak-anak ke bank dua bulan sekali. Usaha untuk menyimpan wang di bank harus dilakukan secara istiqamah dan konsisten, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Ilustrasi di atas menggambarkan bahawa ibu bapa harus mengorak langkah yang proaktif untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Semasa meraikan hari ulang tahun kelahiran anak-anak, ibu bapa gemar menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai misalan, terdapat segelintir ibu bapa yang akan menghadiahkan komputer, alat permainan video dan sebagainya kepada anak-anak

Page 2: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

sebagai bukti mereka telah menatang minyak yang penuh. Pernahkah terlintas dalam jalur fikiran anak-anak tentang impak negatif pemberian hadiah-hadiah sedemikian kepada anak-anak? Kesan yang paling ketara ialah anak-anak akan bersifat hedonistik. Lantaran itu, langkah yang paling afdal ialah ibu bapa sewajarnya menghadiahkan tabung kepada anak-anak sempena ulang tahun kelahiran anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat menyerlah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak, tetapi juga dapat menanam amalan menabung dalam hati nurani anak-anak. Ibu bapa digalakkan menghadiahi anak-anak tabung yang cantik dan bercorak menarik agar anak-anak akan menggunakannya untuk menabung. Anak-anak juga akan menyedari kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian. Deduksinya, memang tidak ada sesiapa yang berupaya menyangkal bahawa tindakan ibu bapa memberikan tabung sebagai hadiah adalah sangat wajar untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang amouh kerana dengan adanya penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan mengikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya, anak-anak akan dikuasai keborosan. Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk menyampiakan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Sebagai penalinya, ibu bapa harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Setiap tahun, pihak kerajaan akan bahu-membahu dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan “Kempen Menabung”. Matlamat utama aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk mempraktikkan amalan menabung dalam kalangan anak. Dalam majlis pelancaran Kempen Menabung, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan, seperti sayembara menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis. Hadiah-haidah yang lumayan telah disediakan untuk pemenang-pemenang. Oleh itu, ibu bapa harus membawa anak-anak untuk memeriahkan majlis tersebut serta memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan kempen tersebut. Usaha pihak kerajaan yang bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah seperti sambil menyelam minum air. Hal ini demikian, usaha yang murni ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Anak-anak memang akan memperoleh kemaslahatan yang banyak sehingga tidak dapat dihitung oleh jari. Antaranya, anak-anak akan diperkenalkan kepada teknik menabung yang berkesan. Anak-anak juga dapat menghabiskan masa dengan berfaedah. Natijahnya, ibu bapa berperanan untuk membawa anak-anak ke Kempen Menabung agar dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Akhirulkalam, seluruh strata masyarakat khususnya ibu bapa harus melangkah sederap dengan pihak-pihak ataupun agensi-agensi yang lain untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Amalan menabung merupakan nadi pembangunan dan kesentosaan negara. Justeru, jangan meranapkan impian Wawasan 2020 yang lantang diuar-uarkan oleh mantan perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammah. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk

Page 3: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

menjadinegara yang maju yang dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden di seantero dunia. Hal ini kerana salah satu elemen kearah kemajuan negara ialah amalan menabung. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gilang-gemilang di persada antarabangsa hingga kekal abadi. Semoga dengan saranan-saranan pragmatik di atas menjadi kenyataan, fajar sidik 2020 yang akan menyingsing nanti akan membawa sinar baru kepada masa hadapan anak watan Malaysia. “ Nir kasa nir jaya”. Ungkapan berirama Sanskrit ini mencerakinkan bahawa kejayaan tidak mungkin dibuahkan tanpa usaha yang padu dan konkrit daripada ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, seperti juga yang digambarkan dalam rangkap puisi berikut:

Kulit upih dihiris mayang,Bersarang ulat di tepian kolek,Yang pipih tidak dating melayang,Yang bulat tak dating bergolek.

Page 4: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

Tajuk - Peranan ibu bapa menerapkan amalan menabung dalam kalangan anak-anak

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya merupakan peribahasa yang sangat sinonim dalam kehidupan pada zaman moden kini. Peribahasa ini amat bertepatan jika merujuk pada peranan ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil. Sememangnya, amalan menabung sangat penting dalam menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran kini. Tanpa menabung, ibu bapa akan menghadapi masalah jika anak-anak mereka ingin melanjutkan pelajaran nanti. Ibu bapa juga akan menghadapi situasi yang merumitkan jika kecemasan berlaku secara tiba-tiba. Jawapan kepada permasalahan ini adalah melalui amalan menabung yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka sejak kecil.

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat dominan dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak akan berbelanja mengikut kehendak mereka jika tiada pemantauan daripada ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengawal perbelanjaan harian anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kemahuan. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memastikan anak-anak menggunakan wang perbelanjaan persekolahan mereka untuk membeli makanan dan minuman di sekolah,  membayar tambang pengangkutan dan menyimpan di dalam tabung setelah pulang dari sekolah. Wang yang diberikan tidak boleh melebihi perbelanjaan harian anak-anak mereka. Apabila anak-anak mereka pulang, ibu bapa perlu menanyakan perbelanjaan anak-anak mereka di sekolah dan memastikan anak-anak memasukkan wang ke dalam tabung jika ada lebihan. Jika ibu bapa melakukan amalan ini secara istiqamah sejak anak-anak mereka kecil amalan menabung dapat diterapkan dalam diri anak-anak. Pakar motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah pernah menyatakan bahawa anak-anak perlu diasuh dengan amalan murni dan nilai keagamaan sejak mereka masih bayi lagi kerana amalan tersebut akan menjadi tabiat apabila mereka besar nanti. Kata-kata tersebut sangat tepat kerana anak-anak dilahirkan seperti kain putih dan ibu bapalah yang akan menentukan coraknya. Jika ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka mampu menguruskan kewangan dengan baik maka bentuklah mereka bermula sejak kecil lagi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, amalan menabung mampu diterapkan dalam diri anak-anak jika ibu bapa memantau perbelanjaan harian mereka.

Amalan menabung juga dapat diterapkan dalam diri anak-anak jika ibu bapa menjadi suri teladan dan model kepada anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang berpengaruh dalam kehidupan anak-anak. Setiap perlakuan dan pergerakan ibu bapa akan dilihat oleh anak-anak mereka. Dalam hal menabung, ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak supaya amalan menabung dapat ditiru oleh anak-anak mereka. Peribahasa bapa borek anak rintik dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi amat bertepatan dalam hal ini. Setiap perlakuan ibu bapa akan menjadi contoh kepada anak-anak mereka apabila mereka dewasa nanti. Ibu bapa perlu menunjukkan perlakuan yang positif di hadapan anak-anak mereka. Sebagai contoh, setelah pulang daripada pejabat ibu bapa hendaklah memasukkan wang syiling ke dalam tabung di rumah. Jika ibu bapa melakukan amalan ini di hadapan anak-anak mereka sejak kecil maka tabiat itu akan ditiru oleh anak-anak mereka. Perbuatan ibu bapa itu akan menimbulkan minat dalam diri anak-anak. Perkara ini tidak mustahil jika anak-anak mereka akan mencari bekas untuk dijadikan tabung dan memasukkan wang syiling ke dalam bekas tersebut apabila pulang daripada sekolah. Amalan ini akan menjadi budaya kepada anak-anak apabila mereka dewasa nanti. Tan Sri Hamad Kama Piah, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) semasa melancarkan Amanah Saham Nasional 1Malaysia pernah mengingatkan ibu bapa supaya menjadi contoh teladan kepada anak-anak dengan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) agar masa hadapan anak-anak terjamin dalam pendidikan. Oleh itu, amalan menabung dalam kalangan anak-anak dapat dipupuk jika ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak mereka. 

Page 5: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

Tugasan soalan – langkah-langkah untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah Idea: i. Pemantapan sahsiah murid ii. Penguatkuasaan peraturan sekolah iii. Kempen menjaga kebersihan

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika persekitaran sekolah berada dalam keadaan kondusif kerana anak-anak akan berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran yang kondusif ada hubung kait dengan kebersihan kawasan sekolah. Pada pendapat saya, pelbagai langkah boleh dilakukan untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Sahsiah terpuji atau keperibadian unggul memainkan peranan yang sangat dominan dalam membentuk jati diri yang mapan. Sahsiah murid yang mantap mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Murid-murid yang sering membuang sampah merata-rata merupakan individu yang tidak memiliki sahsiah terpuji. Mereka tidak mempunyai perasaan sayang akan sekolah kerana sahsiah mereka pada tahap rendah. Oleh itu, pihak sekolah perlu memastikan murid-murid mempunyai sahsiah yang unggul agar mereka menunjukkan rasa sayang akan sekolah. Pelbagai program boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji. Sebagai contoh, program seperti Kem Jati Diri mampu memupuk rasa sayang kepada sekolah. Aktiviti dalam Kem Jati Diri seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah misalnya, mampu memupuk rasa cinta murid kepada sekolah. Murid-murid juga dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa melakukan kerja gotong-royong. Faedah daripada aktiviti ini ialah kawasan sekolah bukan sahaja menjadi bersih tetapi pada masa yang sama juga hubungan antara murid dapat dieratkan seperti peribahasa sambil menyelam minum air. Oleh itu, jelas bahawa sahsiah yang mantap mampu memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah. Selain sahsiah yang mantap, penguatkuasaan peraturan sekolah juga mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah senrtiasa bersih. Peraturan sekolah digubal adalah untuk memastikan murid-murid dapat mendisiplinkan diri agar mereka menjadi insan yang berguna. Peraturan supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah seperti kantin, padang, kelas, asrama dan sebagainya telah ditulis dalam Buku Peraturan Sekolah. Peraturan ini dirangka supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah dan hukuman akan dikenakan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, peraturan seperti mengenakan denda kepada setiap murid yang membuang sampah merata-rata perlu dikuatkuasakan oleh pihak sekolah jika mendapati murid-murid telah membuang sampah merata-rata. Denda melakukan kerja amal seperti membersih tandas sekolah perlu dikuatkuasakan untuk menyedarkan murid-murid supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekali gus

Page 6: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

menjadikan setiap hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran agar tidak mengulangi lagi pada masa depan. Mereka akan berhati-hati jika ingin membuang sampah merata-rata kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan juga mampu memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih. Di samping itu, kempen juga merupakan wadah yang amat berkesan dalam membina sekolah yang bersih. Kempen yang dilancarkan mampu memberi kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. Sebagai contoh, kempen Sekolah Rumah Keduaku seperti yang dilancarkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Kelantan telah menobatkan sekolah tersebut sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2010. Menerusi kempen tersebut, warga sekolah telah diberi kawasan angkat dan mereka dikehendaki menjaga kawasan angkat tersebut dengan kreativiti masing-masing. Pada masa yang sama pihak sekolah telah menyediakan insentif berupa wang tunai dan piala pusingan untuk dianugerahkan kepada kawasan angkat yang meraih tempat pertama pada akhir tahun. Inisiatif ini telah menyebabkan murid-murid saling bekerjasama ibarat berat sama dipukul ringan sama dijinjing untuk mencantikkan kawasan mereka kerana ingin menang. Mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang bagi memastikan kawasan masing-masing menjadi cantik. Jadi jelas menunjukkan bahawa kempen yang sering diuar-uarkan oleh pihak sekolah mampu memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Kesimpulannya, pihak sekolah perlu merancang pelbagai program untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Setiap kejayaan akan bermula dengan perancangan yang rapi. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa usaha kejayaan tidak akan mendampingi kita. Oleh itu, kerjasama yang padu antara warga sekolah mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Kawasan sekolah yang bersih dapat menyediakan suasana yang kondusif kepada murid-murid. Mereka mampu belajar dengan tenang dan akhirnya kejayaan akan menanti mereka pada masa depan.

Page 7: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk

Page 8: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin.  Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga  kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria

Page 9: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

Frasa menarik dalam karangan

1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan7Alaf baharu - Masa terkini8Mutakhir ini - Pada masa kini9Seantero dunia - Seluruh dunia10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa25Landasan berfikir - Cara berfikir26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa27Mengaibkan diri - Memalukan diri28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir30Alpukah - Daya usaha / inisiatif31Bacul - Tidak bersemangat32Badai kehidupan - Cabaran hidup33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai34Berkongkalikung - Bersepakat35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh36Praja - Kota / negeri37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari40Nawaitu diri - Keinginan diri41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan43Portfolio menteri - Tugas menteri44Pentas siasah - Dunia politik

Page 10: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

45Polemik - Bahas / debat / konflik46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan47Linglung - Hilang ingatan48Falah - Kejayaan / kemenangan49interpretasi - Tafsiran / penjelasan50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Penanda Wacanai) Penanda permulaan karangana) Pada era globalisasi ini,b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,c) Dalam meniti arus kemodenan ini,d) Dewasa ini,e) Pada masa ini,f) Kini,g) Dasawarsa ini,h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,i) Sejak sedekad yang lalu,j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,k) Kebelakangan ini,l) Belakangan ini,m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharua) Selain itu,b) Di samping itu,c) Sementara itu,d) Lebih-lebih lagi,e) Dalam pada itu,f) Lain daripada itu,g) Pada waktu yang sama,h) Dalam pada itu,i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangana) Hal ini demikian keranab) Hal ini berlaku keranac) Hal ini terjadi keranad) Hal ini disebabkan olehe) Hal ini wujud akibat daripadaf) Hal ini bersangkut-paut dengang) Hal ini berpunca daripadah) Hal ini tercetus apabilai) Hal ini timbul apakala

Page 11: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

iv) Penanda memberi contoh dalam karangana) Misalnya,b) Contohnya,c) Sebagai contoh,d) Tamsilnya,e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoha) Hal ini mengakibatkanb) Hal ini menyebabkanc) Oleh itu,d) Maka,e) Oleh hal yang demikian,f) Oleh sebab itu,g) Jelaslah bahawah) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isia) Kesannya,b) Natijahnya,c) Akibatnya,d) Akhirnya,e) Dengan itu,f) Dengan berbuat demikian,g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayatContoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justerub) malahc) malahand) tambahan pulae) sementelahanf) sekali gusg) di sampingh) bahkani) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutupa) Kesimpulannya,b) Intihanya,c) Secara tuntas,

Page 12: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

d) Konklusinya,e) Sebagai penutup wacana,f) Sebagai penghias bicara akhir,g) Sebelum mengakhiri wacana ini,h) Secara keseluruhan,i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbezaa) Walau bagaimanapun,b) Walakin begitu,c) Namun demikian,d) Daripada perspektif yang berbeza,e) Jika dilihat dari sudut lain,f) Dengan kata lain,g) Kontradiksinya,i) Di sebalik itu,j) Dalam pada itu,k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasaa) Bak kata peribahasa, .......b) Bak kata peribahasa Melayu, ............c) Bak kata orang tua-tua, ...........d) Bak kata mutiara, .........e) Bak peribahasa, ............f) Bak kata cendekiawan, .............g) Persis kata peribahasa, ............h) Persis kata peribahasa Melayu, .............i) Persis kata orang tua-tua, ............j) Persis kata mutiara, ............k) Persis peribahasa, ...............l) Persis kata cendekiawan, .............m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......o) Fenomena ini dikatakanp) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

· Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

Page 13: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Kita dapat menyaksikan betapa…· Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…· Lazimnya, dalam keadaan …· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …· Pada hemat saya …· Pada pandangan saya …· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …· Sebagaimana yang kita ketahui· Sebagaimana yang kita maklumi· Sejak awal lagi· Sejak kebelakangan ini· Selain itu, pada masa ini juga· Seperti yang telah dinyatakan· Umum mengetahui bahawa· Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …

Page 14: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

· Begitu juga dengan …· Begitu juga halnya dengan …· Bertitik tolak daripada itu …· Bukan itu sahaja …· Dalam hal ini …· Dalam konteks ini ..· Dalam zaman yang serba canggih ini …· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …· Dengan adanya …· Dengan berbuat demikian …· Dengan perkataan lain ..· Disebabkan hal itu· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..· Hal ini berlaku disebabkan· Hal ini penting dalam· Hal ini serupa dengan· Hal yang serupa berlaku apabila· Ini disebabkan· Ini membuktikan bahawa· Ini menggambarkan bahawa· Ini secara tidak langsung akan· Ini semua meninggalkan kesan kerana· Ini tentu sekali membuatkan· Jadi kita perlu· Jadi kita hendaklah· Keadaan ini tentunya· Lantaran itu sehingga kini· Kesemua ini menyumbang kepada· Kita mengakui hakikat bahawa· Kita sering menonton di kaca televisyen· Kita sering membaca di dada-dada akhbar· Memandangkan keadaan yang sedemikian· Namun sejak kebelakangan ini· Oleh itu, bolehlah dikatakan· Secara logiknya masa yang· Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita· Keadaan ini seharusnya boleh· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini· Kendatipun demikian, kita masih· Yang paling nyata ialah· Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

Page 15: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya· Biar kita lihat· Biar kita ambil contoh· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah· Sebagai analoginya,· Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

· Intihanya,· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas· Konklusinya,· Dengan ini diharapkan· Bukan itu sahaja· Mudah-mudahan perkara ini· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN01. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.05. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang06. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:7707. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:1808. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.09. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

Page 16: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

Kebangsaan)11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Page 17: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

(A) PANDUAN MENULIS PENDAHULUAN    1. Pastikan anda menulis AYAT TEMA dan AYAT ARAHAN dalam perenggan pendahuluan

    - Ayat tema mencakupi definis tema menurut perspektif anda, tokoh dan kajian serta contoh   

    - Ayat arahan mencakupi kata kunci soalan sama ada punca / kesan / langkah.

2. Cipta statistik dengan satu pihak atau badan yang benar-benar berkait rapat dengan isu yang anda sedang bincangkan.  Antara badan umum yang boleh anda gunakan untuk mencipta statistik ialah:          ~ Institut Sosial Malaysia (untuk isu-isu sosial)          ~ Polis DiRaja Malaysia (untuk masalah jenayah)

Contoh pendahuluan 1: Implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah 

TAKRIF: Telefon bimbit dicipta untuk memudahkan komunikasi sesama manusia. Terdapat banyak jenis telefon bimbit di pasaran negara seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengenal batasan usia mampu memiliki sebuah telefon bimbit termasuklah para pelajar sekolah.

ISU: Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend dalam kalangan murid sekolah. Meskipun telefon bimbit bukanlah alat keperluan mereka, mereka masih ingin memilikinya kerana pemilikan telefon bimbit akan melambangkan status. Oleh itu, mereka sanggup membawa alat ini ke sekolah. Oleh sebab remaja masih belum keras ubun-ubunnya, mereka tidak sedar akan implikasi penggunaan telefon bimbit di sekolah.

ARAHAN: Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah.

Perenggan pendahuluan 1:            Telefon bimbit dicipta untuk memudahkan komunikasi sesama manusia. Terdapat banyak jenis telefon bimbit di pasaran negara seperti Nokia, Samsung, dan sebagainya. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengenal batasan usia mampu memiliki sebuah telefon bimbit termasuklah para pelajar sekolah. Penggunaan telefon bimbit telah menjadi satu trend dalam kalangan murid sekolah. Meskipun telefon bimbit bukanlah alat keperluan mereka, mereka masih ingin memilikinya kerana pemilikan telefon bimbit akan melambangkan status. Oleh itu, mereka sanggup membawa alat ini ke sekolah. Oleh sebab remaja masih belum keras

Page 18: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

ubun-ubunnya, mereka tidak sedar akan implikasi penggunaan telefon bimbit di sekolah. Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid di sekolah.

Contoh pendahuluan 2: Permainan tradisional banyak membawa kebaikan kepada golongan remaja.

Takrif:Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari turun-temurun nenek moyang kita. Pada zaman dahulu, permainan tradisional dimainkan sebagai hiburan untuk melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja di bendang, ladang dan sebagainya. Antara permainan tradisional yang popular ialah gasing, wau, congkak dan sepak takraw.

Isu: Malangnya, permainan tradisional yang merupakan khazanah nenek moyang kita ini semakin hari semakin terpinggir ditelan arus pemodenan terutamanya dalam kalangan remaja. Menurut kajian, hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja kita. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak menyedari  kepentingan permainan tradisional.

Arahan: Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa kebaikan permainan tradisional kepada golongan remaja yang dianggap sebagai pelapis negara yang akan memartabatkan khazanah negara ini agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Perenggan pendahuluan 2:            Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari turun-temurun nenek moyang kita. Pada zaman dahulu, permainan tradisional dimainkan sebagai hiburan untuk melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja di bendang, ladang dan sebagainya. Antara permainan tradisional yang popular ialah gasing, wau, congkak dan sepak takraw.  Malangnya, permainan tradisional yang merupakan khazanah nenek moyang kita ini semakin hari semakin terpinggir ditelan arus pemodenan terutamanya dalam kalangan remaja. Menurut kajian, hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja kita. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak menyedari  kepentingan permainan tradisional.  Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa kebaikan permainan tradisional kepada golongan remaja yang dianggap sebagai pelapis negara yang akan memartabatkan khazanah negara ini agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Soalan 3: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja

Page 19: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

TAKRIF: Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.

ISU: Malangnya, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatkan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini.

ARAHAN: Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.                                       Perenggan pendahuluan 3:            Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Malangnya, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatkan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Contoh ayat arahan PUNCA:1.    Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca….

Page 20: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

2.    Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar         umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

3.   Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?4.  Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca

yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?

Contoh ayat arahan LANGKAH:1.  Sebelum kudis menjadi tokak, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik

dan penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.

2.  Persoalan yang sering berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah konkrit yang wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum kudis menjadi tokak?

(B) PANDUAN MENULIS PERENGGAN ISI DAN PERKEMBANGAN (IMBaKUP)

1.   4 jenis ayat yang penting:(a)    ayat isi (I)(b)   ayat huraian (M)(c)    ayat contoh (BaK)(d)   ayat penegas (P)

2.    Teknik mencari isi :

(a)    Punca / Kesan / Langkah (pelbagai pihak) - DiKeMaSeN:i.         Diri (Di)ii.        Keluarga (Ke), iii.        Masyarakat (Ma) / Media Massa (Me)iv.        Sekolah (Se)v.         Negara (N)

(b)   Kesan negara:i.         Ekonomi ii.        Politik iii.       Sosial

(c)    Ciri-ciri remaja (JERIS):i.      Jasmani / fizikal yang sihat dan bebas daripada penyakit (J)

Page 21: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

ii.     Emosi yang stabil (E)iii.    Rohani yang mantap (R) iv.    Intelek kelas pertama (I)

v.    Sosial yang menyeluruh dengan memiliki kemahiran insaniah (Lihat karangan ciri-ciri remaja berwawasan) (S)

3.  Teknik menghuraikan isi dengan IMBaKUPI = isi (apa)M = mengapaBa = Bagaimana (contoh) K = Kesan contohP = Penegas

Contoh teknik IMBAKUP:Soalan: Punca pencemaran alam sekitar

I (isi) : Penguatkuasaan undang-undang yang masih lemah M (mengapa) : 1. tidak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah alam sekitar 2. tidak menunjukkan kekuasaan untuk menakutkan pesalah / orang ramai Ba (bagaimana) : 1. membiarkan pengusaha balak menggondol hutan sewenang-wenangnya untuk pembangunan 2. tidak mengenakan dendaan yang tinggi kepada pesalah yang membuang sampah dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai K (kesan) : 1. memberikan ancaman kepada manusia dan hidupan akuatik 2. mencemarkan nama negara + bukti kajian - pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan U (ungkapan menarik) : tidak seperti singa menunjukkan taringnyaP (penegas) : Pendek kata, undang-undang yang longgar menjadi penyumbang kepada masalah alam sekitar

4.  Penanda wacana bagi setiap perenggan isi:

Isi:1.      Punca perdana / kesan perdana / langkah perdana2.      Selain itu,3.      Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …4.      Seperkara lagi,5.      Pada masa yang sama,

                                 Contoh:

1.      Tamsilnya,2.      Buktinya,

Page 22: Karangan Contoh Dan Penanda Wacana Bmspm

3.      Hal ini dapat kita lihat4.      Misalannya,5.      Contohnya,

Penegas:1.      Tegasnya,2.      Izharlah bahawa 3.      Sesungguhnya,4.      Pendek kata,5.       Ringkasnya

(C) PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENUTUP1. Ada 3 jenis ayat:(a)    Ayat penutup karangan (penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan /

langkah) +    tema)(b)   Ayat cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)(c)    Ayat harapan

Penanda wacana ayat penutup karangan (Pilih 2 sahaja):(a)    Sebagai intiha, /(b)   Akhir kalam, /(c)    Sudah terang lagi bersuluh bahawa… /(d)   Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…/(e)    Secara tuntasnya,(f)    Sebagai konklusinya

3. Contoh ayat harapan:(a) Semoga impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan

menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.(b) Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang

dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia(c) Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai Gagasan Satu

Malaysia akan menjadi kenyataan dan sekaligus Wawasan 2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara gergasi di persada antarabangsa’