fungsi bahasa melayu - · pdf filefungsi bahasa melayu bahasa kebangsaan mempunyai fungsi...

4
Fungsi Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan, Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969. Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi. Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan. Bahasa rasmi Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat negara ini. Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan kumpulannya. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara ini. Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah secara berperingkat-peringkat. Sehingga kini, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi.

Upload: dinhnhu

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi Bahasa Melayu - · PDF fileFungsi Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan

Fungsi Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap

kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan, Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara dalam urusan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara

rasmi sejak tahun 1969. Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai

bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai

bentuk komunikasi.

Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi

Bahasa Perpaduan Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Pengantar

Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi

Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu

identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.

Bahasa rasmi

Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, merangkumi urusan pemerintahan dan

pentadbiran, system pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman

dan sebagainya.

Bahasa Perpaduan

Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat negara

ini. Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan kumpulannya.

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai

bangsa di negara ini.

Bahasa Pengantar

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya

Penyata Razak 1956, menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-

sekolah secara berperingkat-peringkat. Sehingga kini, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting

sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi.

Page 2: Fungsi Bahasa Melayu - · PDF fileFungsi Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan

Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai

bahasa ilmu. Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa Melayu

sebagai bahasa penyalur ilmu.

Bahasa komunikasi

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat,

perasaan dan fikiran. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun formal seperti

ucapan, persidangan, seminar, forum dan sebagainya.

Aktiviti

1. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai :

a) bahasa pengantar

b) bahasa ilmu

c) bahasa komunikasi

Latihan

1. Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.

2. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa

ilmu di negara ini.

Hasil Pembelajaran

Menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,

bahasa ilmu, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.

Page 3: Fungsi Bahasa Melayu - · PDF fileFungsi Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan

Kesantunan Berbahasa

Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan

komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. Penerapan

kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti,

berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. Aspek

yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. Bahasa sapaan meliputi kata ganti

diri dan sapaan dalam keluarga, masyarakat, protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa tubuh

merangkumi gerakan anggota tubuh, gerakan mata, tangan, dan mimic muka. Kesantunan berbahasa

dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran

globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kesantunan Berbahasa

Bahasa Sapaan Bahasa Tubuh

Sapaan Keluarga

Sapaan Masyarakat

Anggota Tubuh

Gerakan Mata

Panggilan Hormat

Aturan Sapaan

Gerakan Tangan

Mimik Muka

Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan

santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa

menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa,

bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini

melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai

ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi

perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh.

Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga, sapaan masyarakat, panggilan hormat dan aturan

sapaan. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh, gerakan mata, gerakan

tangan dan mimik muka.

Aktiviti

1. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori

berikut:

a) Gelaran keturunan

b) Gelaran anugerah

Page 4: Fungsi Bahasa Melayu - · PDF fileFungsi Bahasa Melayu Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Selepas era penjajahan

c) Gelaran ikhtisas

2. Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan.

Latihan

1. Senaraikan ungkapan-ungkapan tidak bertatasusila yang boleh menimbulkan kemarahan pendengar.

Cadangkan juga ungkapan-ungkapan bertatasusila yang sesuai dengan ungkapan tersebut.

2. Jelaskan kepentingan kesantunan berbahasa dalam budaya bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran

Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa berkomunikasi dalam pelbagai situasi.