full print sivik

Upload: mariena

Post on 14-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota berpandu

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan: Tingkatan 3 AmanahTarikh: 13 Januari 2010Masa: 7:00 pagi 7:40 pagiBilangan Pelajar : 40 orang pelajarTema : 1. Pencapaian KendiriTajuk: Unit 1. Pilihan Kerjaya

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:Objektif Pengetahuan:i) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan secara lisan.

ii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan kerjaya pilihan pelajar sama ada secara lisan dan bukan lisan.

Objektif Kemahiran:iii) Merancang sekurang-kurangnya dua perjalanan kerjaya yang menjadi pilihan pelajar secara lisan.

Objektif Nilai:iv) Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati berdasarkan tahap dan kebolehan pelajar.

Pendekatan: Kooperatif dan Pembelajaran Masteri.

Teknik : Bercerita, berbincang, sumbangsaran dan bersoal jawab.

Bahansumber pengajaran: Slide Power Point, Model Roda Impian Kerjaya, Kotak Beracun Kerjaya, kertas mah-jong dan marker pen.

Nilai Murni: Keyakinan, keberanian, kerajinan, bekerjasama, hormat kepada guru.

Kajian Masa Depan: Mewujudkan keyakinan diri sendiri dalam memilih kerjaya yang diminati oleh pelajar mengikut tahap dan kebolehan diri pelajar pada masa hadapan.

BAHAGIAN A

Topik / Tema: 1. Pencapaian KendiriSub-topik: Unit 1: Pilihan KerjayaTingkatan: Tingkatan Tiga

Sumber-sumber atau bahan rujukan yang guru perolehi sebagai panduan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:1.Maimoon Binti Jantan, Roshani Binti Abdullah dan Johari Binti Talib. 2005. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan: Tingkatan 3. Selangor: MEP Education Consult Sdn. Bhd.2. Huraian Sukatan Pelajaran, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan Tiga.3.55 Kerjaya Pilihan

Jenis-jenis pengetahuan yang pelajar dapat dalam topik ini:Pelajar dapat mengetahui maksud kerjaya iaitu profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara untuk mencari nafkah. Selain itu juga, pelajar juga dapat mengetahui bahawa terdapat tiga bahagian kumpulan kerjaya yang ada iaitu kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan. Di samping itu juga, pelajar dapat mengetahui kelayakan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya iaitu kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran. Juga, pelajar dapat mengetahui kepentingan kerjaya dalam sesebuah kehidupan.

Jenis-jenis kemahiran yang akan diajar oleh guru dalam topik ini: Kemahiran yang akan diajar oleh guru kepada pelajar ialah kemahiran dalam membuat sesuatu keputusan iaitu pemilihan kerjaya yang diminati berdasarkan potensi diri pelajar masing-masing. Selain itu, guru juga mengajar kepada pelajar dalam mengenal pasti akademik dan kemahiran yang diperlukan sebelum memutuskan memilih kerjaya masing-masing. Malah, guru juga mengajar cara-cara merancang perjalanan kerjaya pilihan pelajar. Seterusnya, kemahiran strategi pengurusan masa dalam jangka masa pendek dan panjang dalam mencapai pilihan kerjayanya. Di samping itu, kemahiran meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru, serta kemahiran berinteraksi dengan antara pelajar yang pelbagai kaum.

Jenis-jenis nilai yang akan diterapkan kepada pelajar dalam topik ini:Termasuklah nilai keprihatinan, bertolak ansur, hormat-menghormati, sedia menerima pandangan, patuh kepada arahan, bekerjasama, keberanian, bijak, keyakinan, kreativiti dan daya usaha.

Kandungan topik:1) Menyatakan jenis-jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap 3 kumpulan kerjaya iaitu kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan.2) Membincangkan kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan berdasarkan kerjaya yang dipilih.3) Penilaian oleh guru terhadap tugasan dalam kumpulan (sesi pembentangan dan permainan Roda Impian Kerjaya). 4) Merumuskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan menerapkan nilai keyakinan dalam diri pelajar dalam membuat keputusan pilihan kerjaya.

Aras pengetahuan dan kemahiran yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik ini melibatkan kemahiran kognitif pada aras pengetahuan. Guru juga akan mengajukan beberapa bentuk soalan pada aras pengetahuan seperti di bawah:1) Apakah yang anda faham mengenai kerjaya?2) Nyatakan jenis-jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap 3 kumpulan kerjaya (kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan).3) Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan akademik?4) Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan ikhtisas?5) Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran?

PETA KONSEP

TEMA: PENCAPAIAN KENDIRIUNIT1: PILIHAN KERJAYA

PILIHAN KERJAYA

Maksud Kerjaya:Kerjaya ialah profesion atau pekerjaan yang dipilih dan diceburi seseorang individu itu sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya juga dapat didefinisikan sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan.

Jenis-jenis Kerjaya:Tindakan Dalam Merancang Kerjaya:Kelayakan dan Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Sesuatu Kerjaya:

Kelayakan Akademik:Ialah kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal di mana-mana institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, maktab, universiti atau pusat pengajian lain.Ia juga dikenali sebagai kelayakan asas PMR, SPM, STPM, diploma, ijazah dan lain-lain.Kelayakan Ikhtisas:Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya. Ia melibatkan kepandaian, kebolehan, kemahiran atau kecekapan khusus dalam sesuatu bidang itu.Lazimnya, kesemua aspek ini diberi kelulusan/pengiktifaran dari institusi atau badan profesional. Kemahiran:Kemahiran ialah melibatkan kecekapan atau kepandaian yang ada dalam diri seseorang individu itu dalam menggunakan alat dan koordinasi anggota yang baik.Seterusnya, merancang perjalanan kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu itu dengan usaha untuk mencapainya.AkauntanArkitekEditorGuruJuruauditJururawatJuruteraJuruterbangKeraniPegawai TadbirPelukisPensyarahPereka Bentuk DalamanPolisPramugari / PramugaraSetiausahaTenteraWartawanDan sebagainya.

BAHAGIAN B:

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF PENGAJARAN:

Hasil pembelajaran yang ingin pelajar mencapainya pada akhir pengajaran topik ini.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Objektif Pengetahuan:i) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan secara lisan.

ii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan kerjaya pilihan pelajar sama ada secara lisan dan bukan lisan.

Objektif Kemahiran:iii) Merancang sekurang-kurangnya dua perjalanan kerjaya yang menjadi pilihan pelajar secara lisan.

Objektif Nilai:v) Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati berdasarkan tahap dan kebolehan pelajar.

BAHAGIAN C:Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran

Topik: Pencapaian Kendiri

UnitPengetahuan dan KefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

Konsep / IstilahFaktaKaedah / KemahiranTeori / Prinsip

Unit 1:Pilihan Kerjaya Memahami maksud kerjaya.

Memahami istilah kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran.

Jenis-jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan professional, kumpulan separa professional dan kumpulan sokongan.

Kelayakan-kelayakan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya.

Pelajar dapat merancang perjalanan kerjaya yang diminati oleh pelajar.

Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati.

BAHAGIAN D:Pendekatan PengajaranPendekatan Koperatif (perbincangan kumpulan) melibatkan beberapa teknik pengajaran yang digunakan, Contohnya seperti perbincangan, sumbangsaran dan pembentangan.

Pendekatan Pembelajaran Masteri melibatkan pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar. Guru membantu pelajar yang lemah atau pasif bagi meningkatkan tahap penguasaan topik yang diajar (pemulihan) agar dapat meneruskan unit/topik seterusnya. Bagi pelajar yang dapat menguasai topik pembelajaran pada hari itu, guru meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memberi tambahan soalan berdasarkan tahap kebolehannya.

Jadual Rancangan Am Pengajaran

Unit PengajaranObjek / Hasil PembelajaranKandungan PelajaranKaedah MengajarKaedah Penilaian

Unit 1: Pilihan KerjayaObjektif Pengetahuan:i) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan professional, kumpulan separa professional dan kumpulan sokongan secara lisan.

ii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan kerjaya pilihan pelajar sama ada secara lisan atau pun bukan lisan.

Objektif Kemahiran:iii) Merancang sekurang-kurangnya dua perjalanan kerjaya yang menjadi pilihan pelajar secara lisan.

Objektif Nilai:iv) Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati.

Dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan kerjaya seperti berikut: Kerjaya Guru dan Akauntan tergolong dalam kumpulan profesional. Kerjaya Jururawat dan Polis tergolong dalam kumpulan separa profesional. Kerjaya Kerani dan Pemandu Lori tergolong dalam kumpulan sokongan.

Misalnya kerjaya Juruterbang:

Kelayakan Akademik: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Kelayakan Ikhtisas: Mengikuti latihan penerbangan tempatan seperti MAS, dan mengikuti latihan penerbangan di luar negara seperti Amerika Syarikat. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.

Kemahiran: Mampu berkomunikasi dengan baik. Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tambahan bahasa asing dengan baik.

Merancang atau menentukan perjalanan kerjaya yang dipilih oleh pelajar.

Dapat menunjukkan keyakinan diri untuk memilih dan meneroka kerjaya pilihannya berdasarkan tahap kebolehan dan kemampuan.

Penerangan dan pertanyaan.

Pendekatan Kooperatif (perbincangan kumpulan).

Pembentangan hasil tugasan pelajar dan perbincangan bersama pelajar.

Pertanyaan dan membuat rumusan mengenai topik Pilihan Kerjaya.Berdasarkan pertanyaan soalan kepada pelajar dan respon jawapan yang diberikan.

Memantau dan menyelia pelajar dalam perbincangan kumpulan.

Menilai hasil tugasan pelajar.

Penilaian berdasarkan pertanyaan soalan kepada pelajar dan respon jawapan yang diberikan.

(a) Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Objektif Pengetahuan:i) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan profesional, kumpulan separa profesional dan kumpulan sokongan secara lisan.

ii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan kerjaya pilihan pelajar sama ada secara lisan dan bukan lisan.

Objektif Kemahiran:iii) Merancang sekurang-kurangnya dua perjalanan kerjaya yang menjadi pilihan pelajar secara lisan.

Objektif Nilai:iv) Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati berdasarkan tahap dan kebolehan pelajar.

(b) Kandungan Pelajaran:Objektif Pengetahuan:(i) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan iaitu kumpulan professional, kumpulan separa professional dan kumpulan sokongan secara lisan.

Maka, kandungan pelajaran bagi objektif (i) ialah:Dua jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap tiga kumpulan kerjaya seperti berikut: Kerjaya Guru dan Akauntan tergolong dalam kumpulan profesional. Kerjaya Jururawat dan Polis tergolong dalam kumpulan separa profesional. Kerjaya Kerani dan Pemandu Lori tergolong dalam kumpulan sokongan.

Objektif Pengetahuan:(ii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan, berdasarkan kerjaya pilihan pelajar sama ada secara lisan dan bukan lisan.

Maka, kandungan pelajaran bagi objektif (ii) ialah:Misalnya kerjaya Juruterbang:Kelayakan Akademik: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Kelayakan Ikhtisas: Mengikuti latihan penerbangan tempatan seperti MAS, dan mengikuti latihan penerbangan di luar negara seperti Amerika Syarikat. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.

Kemahiran: Mampu berkomunikasi dengan baik. Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tambahan bahasa asing dengan baik.

Objektif Kemahiran:(iii) Merancang sekurang-kurangnya dua perjalanan kerjaya yang menjadi pilihan pelajar secara lisan.

Maka, kandungan pelajaran bagi objektif (iii) ialah:Merancang atau menentukan perjalanan kerjaya yang dipilih oleh pelajar. Bermakna, seseorang pelajar yang berada di Tingkatan Tiga akan membuat perancangan iaitu menentukan jurusan/aliran yang bersesuaian ketika pelajar itu di Tingkatan Empat kelak. Penentuan ini juga melihat tahap kebolehan dan kemampuan pelajar itu.

Objektif Nilai:(iv) Menunjukkan keyakinan diri pelajar untuk meneroka kerjaya yang diminati berdasarkan tahap dan kebolehan pelajar.

Maka, kandungan pelajaran bagi objektif (iv) ialah:Pelajar dapat menunjukkan keyakinan diri untuk memilih dan meneroka kerjaya pilihannya berdasarkan tahap kebolehan dan kemampuan.

(c) Turutan langkah-langkah pengajaran:Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran:Penyampaian / MasaIsi Pembelajaran / KemahiranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan / BBM

Set Induksi( 3 minit )Menarik perhatian pelajar melalui model Roda Impian Kerjaya. Pelajar memerhati dan cuba memahami model Roda Impian Kerjaya

BBM: Roda Impian Kerjaya.

Langkah 1( 8 minit )

Kerjaya-kerjaya yang terdapat dalam setiap 3 kumpulan kerjaya iaitu profesional, separa profesional dan sokongan.

Contoh soalan:1) Apakah yang anda faham mengenai kerjaya?

2) Nyatakan jenis-jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap 3 kumpulan kerjaya secara lisan.

3) Apakah maksud kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran?

Guru memaklumkan terlebih dahulu terdapat aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan permainan Roda Impian Kerjaya.

Guru meminta pelajar mendengar dan menfokuskan penerangan guru serta mencatat isi-isi penting.

Pelajar mula bersedia mendengar dan mencatat isi-isi penting.

Guru menyoal kepada pelajar apa yang mereka faham mengenai Kerjaya.

Guru menyoal kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 jenis kerjaya yang terdapat dalam setiap 3 kumpulan kerjaya secara lisan.

Guru juga menyoal kepada pelajar mengenai maksud kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran.

Guru memaklumkan kepada semua pelajar mengenai perbincangan.

Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 6 kumpulan berdasarkan 3 kumpulan kerjaya.

Guru menentukan :i. 2 buah kumpulan profesional membincangkan kelayakan akademik.ii. 2 buah kumpulan separa profesional membincangkan kelayakan ikhtisas.iii. 2 buah kumpulan peringkat sokongan membincangkan kemahiran.

Guru mengedarkan bahan aktiviti kepada 6 kumpulan yang telah dibentuk.

BBM: Roda Impian Kerjaya Slide Power Point (gambar- gambar berkaitan kerjaya) kertas mah-jong marker pen.

Nilai: Hormat kepada guru. Menerima arahan guru. Prihatin. Memberi kerjasama Disiplin.

KBKK: Mengenal pasti. Mencirikan. Menerangkan.

Langkah 2( 9 minit )Membincangkan kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan berdasarkan kerjaya yang telah ditentukan oleh guru.

Contoh soalan (Apakah kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas dan kemahiran yang diperlukan bagi kerjaya Juruterbang?):

Kelayakan Akademik: Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Fizik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Kelayakan Ikhtisas: Mengikuti latihan penerbangan tempatan seperti MAS, dan mengikuti latihan penerbangan di luar negara seperti Amerika Syarikat. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.

Kemahiran: Mampu berkomunikasi dengan baik. Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan tambahan bahasa asing dengan baik.

Guru meminta setiap kumpulan bidang kerjaya membincangkan kelayakan-kelayakan dan kemahiran yang diperlukan berdasarkan bidang kerjaya yang telah ditentukan oleh guru.

Pelajar menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Guru: memantau dan menyelia pelajar dalam perbincangan kumpulan.

Soalan adalah pada aras pengetahuan.

BBM: Contoh latihan yang telah ditulis dalam kertas mahjong (dipaparkan di hadapan kelas). Kertas mah-jong Marker pen.

Nilai: Bekerjasama. Daya usaha. Kreativiti.

KBKK: Mencirikan. Menjana Idea.

Penilaian( 15 minit )

Penilaian oleh guru terhadap tugasan dalam kumpulan. Penilaian dijalankan semasa pembentangan kumpulan berlangsung dan permainan Roda Impian Kerjaya.

Guru meminta setiap wakil kumpulan membentangkan hasil tugasan masing-masing di hadapan.

Pelajar membentangkan hasil perbincangan di hadapan.

Guru memberi arahan permainan Roda Impian Kerjaya kepada pelajar. Guru meminta setiap wakil kumpulan dari kumpulan kerjaya yang berlainan untuk tampil ke hadapan untuk memulakan aktiviti permainan Roda Impian Kerjaya.

Guru meminta pelajar mengambil satu pilihan kerjaya yang terdapat dalam Kotak Beracun Kerjaya.

Pelajar memutar Roda Impian Kerjaya.

Pelajar diminta untuk menyatakan kelayakan atau kemahiran yang diperlukan berdasarkan pilihan kerjaya tersebut.

Guru: memerhatikan dan menilai tahap pemahaman pelajar.

BBM: Roda Impian Kerjaya. Kotak Beracun Kerjaya.

Nilai: Berani. Yakin pada diri sendiri. Berdedikasi.

KBKK: Menjana Idea.

Penutup( 5 minit )

Merumus aktiviti yang dijalankan dan menerapkan nilai keyakinan dalam diri pelajar.

Contoh soalan:1) Apakah yang anda faham secara keseluruhannya mengenai topik pembelajaran?

2) Adakah kerjaya penting dalam kehidupan kita?

Guru mengajukan beberapa soalan kepada pelajar.

Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Guru memberi keyakinan diri dalam diri pelajar untuk meneroka kerjaya pilihan pada masa hadapan. Nilai: Bijak membuat pemilihan kerjaya. Yakin pada diri sendiri dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya yang diminati.

KBKK: Menilai

Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran.

Refleksi Guru: 1) Sebelum P & P :

Guru mengharapkan agar semua pelajar dapat menguasai topik pembelajaran pada hari ini. Selain itu, guru juga berharap agar pelajar-pelajar dapat memberi kerjasama yang baik dalam aktiviti kumpulan dan sesi permainan. Juga, guru mengharapkan agar suasana sepanjang P&P yang akan dijalankan berjalan dengan lancar dan menarik. Malah, guru menjangkakan bahawa bahan bantu mengajar yang dibekalkan berjaya menarik perhatian pelajar.

2) Selepas P & P :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menilai dan mengenalpasti kelemahan pelajar serta guru cuba melakukan penambahbaikan kelemahan pelajar tersebut. Bagi pelajar yang telah menguasai topik pembelajaran pada hari ini pelajar dapat meneruskan topik seterusnya. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru turut mengharapkan agar objektif hasil pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Rumusan Penyelia:____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(d) Aktiviti dan latihan untuk pelajar:Melibatkan aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Langkah 2) dan aktiviti permainan Roda Impian Kerjaya (Penilaian). Aktiviti perbincangan dalam kumpulan merupakan latihan (latihan dalam bentuk penulisan) yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar. Bertujuan melihat semula tahap penguasaan pelajar terhadap penerangan dan perbincangan yang telah disampaikan oleh guru sebelum aktiviti kumpulan dimulakan.

CONTOH SOALAN

Contoh soalan-soalan yang berkaitan dengan topik Pilihan Kerjaya (soalan yang akan diajukan kepada pelajar mengikut kesesuaian aktiviti P&P dalam kelas):

1) Apakah maksud kerjaya? atau apakah yang anda faham mengenai kerjaya?2) Apakah cita-cita anda? atau apakah pilihan kerjaya anda pada masa hadapan?3) Bagaimanakah caranya untuk mencapai kerjaya anda?4) Sebutkan jenis-jenis kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional?5) Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan akademik?6) Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan ikhtisas?7) Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran?8) Apakah ciri-ciri @ syarat-syarat yang perlu ada untuk menjadi seorang Doktor?9) Apakah peluang kerjaya bagi bidang sukan?10) Individu yang mempunyai minat seperti yang ditunjukkan sesuai menceburi bidang apa? (tunjuk gambar kepada pelajar)11) Alia melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan, apakah pekerjaan yang sesuai dengan Alia?12) Kenapakah kita perlu merancang pemilihan kerjaya lebih awal?13) Kenapakah kita perlu ada kerjaya?14) Adakah kerjaya penting dalam kehidupan kita?15) Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat tentang kerjaya?

NILAI

Nilai-nilai yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pilihan Kerjaya.

1) Memberi perhatian penerangan guru (prihatin).2) Menerima pandangan guru.3) Menghormati arahan guru.4) Mematuhi arahan guru.5) Pelajar bekerjasama sesama ahli dalam kumpulan.6) Pelajar memberi kerjasama kepada guru.7) Berani tampil ke hadapan untuk sesi pembentangan. 8) Bijak membuat pemilihan kerjaya.9) Yakin pada diri sendiri dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya yang diminati.10) Kreativiti menghasilkan tugasan dalam aktiviti kumpulan.11) Daya usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Bahan bantu mengajar yang diperlukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pilihan Kerjaya adalah seperti berikut:

1. Model Roda Impian Kerjaya2. Tripod3. Kertas Mahjong4. Marker Pen5. Peta Konsep (Juruterbang) 6. Kotak Beracun Kerjaya

REFLEKSIHASIL TUGASAN OLEH SETIAP KUMPULAN (6 KUMPULAN)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan: Tingkatan 3 AmanahTarikh: 27 Januari 2010Masa: 7:00 pagi 7:40 pagiBilangan Pelajar: 40 orangTema : 1. Pencapaian KendiriTajuk: Unit 2: Membuat Keputusan Yang Bijak dan Adil

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:Objektif Pengetahuan:i) Memberi justifikasi secara lisan sekurang-kurangnya dua kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Objektif Kemahiran:ii) Membuat perbandingan sekurang-kurangnya 2 secara bukan lisan bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

Objektif Nilai:iii) Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Pendekatan: Pendekatan problem-solving (penyelesaian masalah)

Teknik: Bercerita, berbincang dan bersoal jawab.

Bahan sumber pengajaran: Tayangan video, gambar-gambar dari keratan akhbar dan buku latihan pelajar.

Nilai Murni: Prihatin, tanggungjawab, kesedaran sivik, bekerjasama, yakin pada diri.

Kajian Masa Depan: Dapat membuat sesuatu keputusan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

BAHAGIAN A

Topik / Tema: 1. Pencapaian KendiriSub-topik: Unit 2: Membuat Keputusan (Membuat Keputusan Yang Bijak dan Adil)Tingkatan: Tingkatan Tiga

Sumber-sumber atau bahan rujukan yang guru perolehi sebagai panduan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:1.Maimoon Binti Jantan, Roshani Binti Abdullah dan Johari Binti Talib. 2005. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan: Tingkatan 3. Selangor: MEP Education Consult Sdn. Bhd.2. Huraian Sukatan Pelajaran, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tingkatan Tiga.3.Noraini Hamzah. 2009. PRA TEST KBSM Tingkatan 3: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selangor: PEP Publications Sdn. Bhd.

Jenis-jenis pengetahuan yang pelajar dapat dalam topik ini:Pelajar dapat memberi justifikasi kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat sesuatu keputusan dengan menggunakan akal fikiran dan mempertimbangkan kesan tindakan dan perlakuan mereka untuk menjamin kehidupan yang sejahtera.

Jenis-jenis kemahiran yang akan diajar oleh guru dalam topik ini: Kemahiran yang akan diajar oleh guru kepada pelajar ialah kemahiran dalam membuat sesuatu keputusan itu secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu. Juga, memastikan keputusan yang diambil itu mendatangkan kesan positif dan juga memikirkan kesan negatif terhadap diri dan orang lain.

Jenis-jenis nilai yang akan diterapkan kepada pelajar dalam topik ini:Guru menerapkan nilai sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain. Selain itu, guru memberi kesedaran sivik, meningkatkan kesedaran dalam membuat sesuatu keputusan, dan meyakinkan pelajar dalam membuat keputusan. Selain itu, guru juga menerapkan nilai-nilai seperti sedia mematuhi arahan guru, bekerjasama, keberanian dan keyakinan di dalam tugasan individu dan pembentangan tugasan tersebut.

Kandungan topik melibatkan kemahiran kognitif pada aras pengetahuan (taksonomi bloom). Guru juga akan mengajukan beberapa bentuk soalan pada aras pengetahuan seperti di bawah: Apakah yang anda faham mengenai membuat keputusan dengan bijak dan adil?

PETA KONSEP

(i)

Isu Permasalahan(Misalnya Lumba Haram)

KesanJustifikasikan kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Kesan Terhadap Orang LainKesan Terhadap Diri Sendiri

Isu Permasalahan(Misalnya Mendapat Tawaran Memasuki Asrama Penuh)(ii)

KesanMembezakan bahawa keputusan yang dibuat untuk mengatasi sesuatu permasalahan itu mendatangkan kesan positif dan negatif.

Kesan NegatifKesan Positif

BAHAGIAN B:HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF PENGAJARAN:

Hasil pembelajaran yang ingin pelajar mencapainya pada akhir pengajaran topik ini.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Objektif Pengetahuan:i) Memberi justifikasi secara lisan sekurang-kurangnya dua kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Objektif Kemahiran:ii) Membuat perbandingan sekurang-kurangnya 2 secara bukan lisan bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

Objektif Nilai:iii) Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

BAHAGIAN C:Jadual Penentuan Kandungan Pelajaran

Topik: Pencapaian Kendiri

UnitPengetahuan dan KefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

Konsep / IstilahFaktaKaedah / KemahiranTeori / Prinsip

Unit 2: Membuat Keputusan Yang Bijak dan Adil

Maksud membuat keputusan dengan cara yang bijaksana.

Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Membuat perbandingan bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

BAHAGIAN D:Pendekatan Pengajaran

Pendekatan pengajaran yang digunakan untuk mengajar topik Membuat Keputusan yang Bijak dan Adil adalah Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving) dan Pendekatan Pembelajaran Masteri.

Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving) amat sesuai digunakan terutamanya topik seumpama ini kerana topik ini membincangkan permasalahan mengenai sesuatu situasi. Kemudian, pelajar diminta membuat keputusan berdasarkan situasi yang diberikan oleh guru dengan mengambil kira keputusan yang diputuskan itu mendatangkan kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.

Pendekatan Pembelajaran Masteri melibatkan pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar. Guru membantu pelajar yang lemah atau pasif bagi meningkatkan tahap penguasaan topik yang diajar (pemulihan) agar dapat meneruskan unit/topik seterusnya. Daripada pendekatan ini juga guru dapat mengenal pasti pelajar yang lemah dan berusaha membaiki kelemahan yang ada pada dirinya. Hal ini kerana, golongan remaja khususnya masih lemah dalam membuat keputusan dengan bijak kerana dipengaruhi keadaan persekitaran yang sangat kuat. Maka, daripada pendekatan ini guru dapat melihat pelajar membuat sesuatu keputusan. Sekiranya pelajar salah membuat keputusan maka guru membantu pelajar membuat keputusan secara bijak.Bagi pelajar yang dapat menguasai topik pembelajaran yang diajar oleh guru itu, maka guru boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memberi tambahan soalan berdasarkan tahap kebolehannya

BAHAGIAN D:Jadual Rancangan Am Pengajaran

Unit PengajaranObjek / Hasil PembelajaranKandungan PelajaranKaedah MengajarKaedah Penilaian

Unit 2: Membuat Keputusan Yang Bijak dan Adil Pilihan KerjayaObjektif Pengetahuan:iv) Memberi justifikasi secara lisan sekurang-kurangnya dua kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Objektif Kemahiran:ii) Membuat perbandingan sekurang-kurangnya 2 bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

Objektif Nilai:iii) Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Justifikasikan kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Misalnya:Lumba Haram:Kesan terhadap diri sendiri:1) Membahayakan keselamatan diri2) Risiko ditahan oleh pihak berkuasaKesan terhadap orang lain:1) Membahayakan keselamatan orang lain.2) Menggangu ketenteraman awam.

Menagih Dadah:Kesan terhadap diri sendiri:1) Terdedah kepada penyakit AIDS2) Masa depan gelap contohnya dihina oleh masyarakat.

Kesan terhadap orang lain:1) Memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga2) Perasaan ibu bapa yang sedihkerana gagal mendidik anak menjadi insan berguna.

Tabiat Merokok:Kesan terhadap diri sendiri:1) Menjejaskan kesihatan.2) Membazirkan wang.

Kesan terhadap orang lain:1) Menjejaskan kesihatan orang lain.2) Orang lain turut terpengaruh atau ingin mencuba merokok.

Membezakan bahawa keputusan yang dibuat untuk mengatasi sesuatu permasalahan itu kepada mendatangkan kesan positif dan negatif.

Misalnya:Menerima Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh:Kesan positif:1) Pengalaman baru2) Mendapat kawan baru atau ramai kenalan.

Kesan negatif:1) Kurang kawalan daripada ibu bapa.2) Menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk membiayai keperluan barangan anaknya.

Pelajar dapat menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Pendekatan solve-solving, penerangan, perbincangan dan pertanyaan .

Pembentangan individu.

Perbincangan.

Berdasarkan pertanyaan dan respon yang diberi kepada pelajar.

Menilai tahap pengetahuan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi.

Menilai respon atau keputusan yang diberi oleh pelajar, menilai keputusannya samaada dapat membuat keputusan yang bijak atau sebaliknya.

Menilai respon atau keputusan yang diberi oleh pelajar, menilai keputusannya samaada dapat membuat keputusan yang bijak atau sebaliknya.

(a) Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:Objektif Pengetahuan:i) Memberi justifikasi secara lisan sekurang-kurangnya dua kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Objektif Kemahiran:ii) Membuat perbandingan sekurang-kurangnya 2 secara bukan lisan bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

Objektif Nilai:iii) Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Penyampaian / MasaPelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran:Isi Pembelajaran / KemahiranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan / BBM

Set Induksi ( 5 minit )Menunjukkan beberapa tayangan movie seperti: Lumba haram Menagih Dadah Tabiat Merokok Pelajar menonton dan menghayati video yang ditayangkan. Penilaian guru secara pemerhatian.

Nilai: Memberi kesedaran sivik dan kewarganegaraan.

Langkah 1 ( 15 minit)

Memberi justifikasi secara lisan sekurang-kurangnya dua kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Contoh soalan:Apakah kesan terhadap diri sendiri dan orang lain sekiranya terlibat dengan masalah merokok? Guru menyoal pelajar berkaitan tayangan video yang dipaparkan.

Guru meminta pelajar mendengar dan menfokuskan penerangan guru serta mencatat isi-isi penting.

Pelajar bersedia mendengar dan mencatat isi-isi penting.

Guru menerangkan secara ringkas mengenai topik Keputusan Yang Bijak dan Adil.

Guru menyoal kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain apabila membuat keputusan.

Guru meminta setiap pelajar mengambil satu gambar yang telah siap dipotong daripada akhbar-akhbar di dalam kotak yang telah disediakan. Pelajar mengambil setiap keratan akhbar secara bergilir-gilir. Guru meminta setiap pelajar menampal gambar yang diterima di dalam buku latihan masing-masing. Guru meminta pelajar menulis catatan di bawah gambar yang diterima berdasarkan catatan iaitu kesan terhadap diri dan orang lain. Pelajar memikirkan dan menulis tugasan yang diberikan oleh guru.

Penilaian: Terhadap respon yang diberikan oleh pelajar, pemerhatian dan penulisan pelajar.

Nilai: meningkatkan kesedaran dalam membuat keputusan. Kerjasama

BBM: Gambar daripada akhbar, gam dan buku latihan pelajar.

Langkah 2 (12 minit)Membuat perbandingan sekurang-kurangnya 2 bahawa setiap keputusan yang dibuat secara adil, bijak dan tanggungjawab dalam sesuatu situasi itu mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap diri dan orang lain.

Contoh soalan:Misalnya:Menerima Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh:Kesan positif:3) Pengalaman baru4) Mendapat kawan baru atau ramai kenalan.

Kesan negatif:3) Kurang kawalan daripada ibu bapa.4) Menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk membiayai keperluan barangan anaknya.

Guru memberi situasi permasalahan kepada pelajara dan pelajar membezakan kesan tersebut kepada kesan positif dan negatif.

Guru meminta pelajar membentangkan tugasan masing-masing.

Guru memanggil pelajar secara rawak untuk membentangkan tugasan masing-masing.

Pelajar perlu membentangkan tugasan masing-masing dengan melakonkan cara-cara membuat keputusan berdasarkan isu permasalahan yang diterima di hadapan kelas.

Guru memberi komen terhadap tugasan pelajar. Penilaian berdasarkan hasil tugasan, pembentangan dan pemerhatian.

Nilai: Berani tampil ke hadapan untuk pembentangan. Yakin terhadap keputusan yang dibuat.

Penilaian (2 minit)

Penilaian berdasarkan tugasan pelajar. Guru membuat penilaian terhadap pembentangan individu pada langkah 2.

Guru memberi lembaran kerja kepada pelajar dengan mencari gambar-gambar lain yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan, dan menulis kesan-kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain.

Guru mengingatkan pelajar supaya menghantar tugasan yang diberikan pada esok harinya untuk dinilai dan hasil tugasan pelajar akan dibincangkan pada minggu berikutnya. Penilaian secara lisan dan bukan lisan.

Secara lisan: - pembentangan pelajar.

Secara bukan lisan: hasil lembaran kerja bertulis.

Penutup (6 minit)Merumus aktiviti yang dijalankan dan menerapkan sikap prihatin dan tanggungjawab oleh keputusan yang diambil terhadap diri dan orang lain.

Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Guru menyoal kembali kepada pelajar mengenai topik yang dibincangkan. Guru memberi kesedaran sivik ke dalam diri pelajar dan memperingati pelajar dalam membuat keputusan secara adil, bijak dan bertanggungjawab. Nilai: Menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab. Yakin dalam membuat keputusan. Meningkatkan kesedaran dalam membuat keputusan.

Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran.

Refleksi Guru: 3) Sebelum P & P :Guru mengharapkan agar semua pelajar dapat menguasai topik pembelajaran pada hari ini. Selain itu, guru juga berharap agar pelajar-pelajar dapat memberi kerjasama yang baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Juga, guru mengharapkan agar suasana sepanjang P&P yang akan dijalankan berjalan dengan lancar. Malah, guru menjangkakan bahawa bahan bantu mengajar yang dibekalkan berjaya menarik perhatian pelajar (video).

4) Selepas P & P :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menilai dan mengenalpasti kelemahan pelajar dalam membuat keputusannya serta guru cuba melakukan penambahbaikan kelemahan pelajar tersebut. Bagi pelajar yang telah menguasai topik pembelajaran pada hari ini pelajar dapat meneruskan topik seterusnya. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, guru turut mengharapkan agar objektif hasil pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Rumusan Penyelia:________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan: Tingkatan 3 IxoraTarikh: 20 Januari 2010Masa: 7:00 pagi 7:40 pagiBilangan Murid : 40 orang pelajarTema : 1. Pencapaian KendiriTajuk: Unit 1. Pilihan Kerjaya 2. Membuat Keputusan- (a) Memilih jurusan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:Objektif Pengetahuan:vi) Mengenal pasti sekurang-kurangnya empat jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan empat nanti secara lisan. vii) Mengenal pasti sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras dan tiga mata pelajaran elektif yang perlu diambil bersesuaian jurusan yang telah dipilih secara lisan.Objektif Kemahiran:viii) Membuat keputusan yang bijak dan adil dalam memilih jurusan mengikut kebolehan dan kemampuan diri sendiri.Objektif Nilai:ix) Menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak diri sendiri yang tepat.Pendekatan: Koperatif dan Pembelajaran Masteri.

Teknik : Bercerita, berbincang, sumbangsaran dan bersoal jawab.

Bahansumber pengajaran: Kotak Beracun Gula,Flash Card, kertas mahjong dan pen Marker.

Nilai Murni: Berani, yakin pada diri sendiri, sikap keterbukaan, hormat kepada guru, kerjasama, toleransi, daya usaha, dedikasi, kerajinan, rasional..

Kajian Masa Depan: Mewujudkan keyakinan pada diri sendiri dalam memlihjurusan yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan pelajar pada masa hadapan.

BAHAGIAN A

Topik / Tema: 1. Pencapaian KendiriSub-topik: Unit 2: Membuat Keputusan ( Memilih Jurusan)Tingkatan: Tingkatan Tiga

Sumber-sumber atau bahan rujukan yang guru perolehi sebagai panduan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran:1. Maimoon Binti Jantan, Roshani Binti Abdullah dan Johari Binti Talib. 2005. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan: Tingkatan 3. Selangor: MEP Education Consult Sdn. Bhd.2. Mas Anom Musdar & Nathan Kumar, 2009, Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Tingkatan 1,2&3, Selangor Darul Ehsan: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.3. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, 2009, Amalan Pengajaran Berkesan, Selangor Darul Ehsan : Karisma Publications Sdn. Bhd.4. Mok Soon Sang, 2009, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.5. Kementerian Pelajaran Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran, Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Jenis-jenis pengetahuan yang pelajar dapat dalam topik ini:Pelajar dapat mengetahui maksud jurusan iaitu bahagian pengajian. Selain itu juga, pelajar juga dapat mengetahui bahawa terdapat empat jurusan yang ada iaitu jurusan Sains, jurusan teknikal, jurusan agama dan jurusan sastera. Di samping itu juga, pelajar dapat mengetahui enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. Di samping itu, pelajar dapat mengetahui mata pelajaran elektif yang patut diambil oleh pelajar berdasarkan jurusan yang dipilih. Jenis-jenis kemahiran yang akan diajar oleh guru dalam topik ini: Kemahiran yang akan diajar oleh guru kepada pelajar ialah kemahiran dalam membuat sesuatu keputusan iaitu memilih jurusan yang diminati berdasarkan potensi diri pelajar masing-masing. Selain itu, guru juga mengajar kepada pelajar dalam mengenal pasti beberapa jurusan dan kemahiran yang perlu ada pada diri sebelum memilih jurusan masing-masing. Malah, guru juga mengajar cara-cara yang bijak dan tepat dalam memilih jurusan. Seterusnya, kemahiran strategi pengurusan masa dalam jangka masa pendek dan panjang dalam merealisasikan pemilihan jurusan pelajar. Di samping itu, kemahiran meningkatkan kemahiran komunikasi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru, serta kemahiran berinteraksi dengan masyarakat luar dititikberatkan.

Jenis-jenis nilai yang akan diterapkan kepada pelajar dalam topik ini:Termasuklah berani, yakin pada diri sendiri, sikap keterbukaan, hormat kepada guru, kerjasama, toleransi, daya usaha, dedikasi, kerajinan, rasional ilai keprihatinan, bertolak ansur, hormat-menghormati, sedia menerima pandangan, patuh kepada arahan, bekerjasama, keberanian, bijak, keyakinan, kreativiti dan daya usaha.

Kandungan topik:5) Menyatakan jenis-jenis jurusan yang ditawarkan iaitu jurusan Sains, jurusan teknikal, jurusan agama dan jurusan Sastera.6) Membincangkan enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral.7) Membincangkan mata pelajaran elektif bagi sesuatu jurusan. Contoh : Jurusan Sains- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science and Technology. 8) Penilaian oleh guru terhadap tugasan dalam kumpulan (sesi pembentangan dan permainan Kotak Beracun Gula). 9) Merumuskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak dan kebolehan diri pelajar.

Aras pengetahuan dan kemahiran yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik ini melibatkan kemahiran kognitif pada aras pengetahuan. Guru juga akan mengajukan beberapa bentuk soalan pada aras pengetahuan seperti di bawah:

6) Apakah yang anda faham mengenai jurusan?7) Apakah jurusan-jurusan yang ditawarkan?8) Apakah yang kamu faham tentang mata pelajaran teras?9) Apakah yang kamu faham tentang mata pelajaran elektif?10) Apakah mata pelajaran elektif yang terdapat dalam jurusan Sains?11) Apakah mata pelajaran elektif yang terdapat dalam jurusan Sastera?12) Apakah yang anda dapat simpulkan dengan topik pembelajaran kita pada hari ini?PETA KONSEP

TEMA: PENCAPAIAN KENDIRIUNIT2: MEMBUAT KEPUTUSAN(a) MEMILIH JURUSAN

MATA PELAJARAN ELEKTIF : MATA PELAJARAN PILIHAN YANG DIAMBIL BERDASARKAN JURUSAN

MATA PELAJARAN TERAS : MATA PELAJARAN WAJID YANG PERLU DIAMBIL

DEFINISI JURUSAN : BAHAGIAN PENGAJIAN

MATA PELAJARAN TERAS :BAHASA MELAYUBAHASA INGGERISMATEMATIKSAINSSEJARAHPENDIDIKAN ISLAM/ MORAL

JURUSAN SASTERA:Enam mata pelajaran teras berserta lima pelajaran elektif: Ekonomi AsasPerdaganganKesusasteraan MelayuSainsPendidikan seni visual

JURUSAN SAINS :Enam mata pelajaran teras berserta lima mata pelajaran elektif: Fizik,KimiaBiologiMatematik TambahanEnglish for Science and technology.

JURUSAN

JURUSAN TEKNIKAL:Enam mata pelajaran teras berserta : FizikKimiaKejuruteraan AwamMatematik TambahanEnglish for Science and Technology.

JURUSAN AGAMA:Enam mata pelajaran teras berserta:Bahasa ArabUsuludinSyariah

BAHAGIAN B:

HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF PENGAJARAN:

Hasil pembelajaran yang ingin pelajar mencapainya pada akhir pengajaran topik ini.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Objektif Pengetahuan:iv) Mengenal pasti sekurang-kurangnya empat jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan empat nanti secara lisan. v) Mengenal pasti sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras dan tiga mata pelajaran elektif yang perlu diambil bersesuaian jurusan yang telah dipilih secara lisan.Objektif Kemahiran:vi) Membuat keputusan yang bijak dan adil dalam memilih jurusan mengikut kebolehan dan kemampuan diri sendiri.

Objektif Nilai:vii) Menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak diri sendiri yang tepat.

BAHAGIAN C:

UnitPengetahuan dan KefahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

Konsep / IstilahFaktaKaedah / KemahiranTeori / Prinsip

Unit 3:Membuat Keputusan:Memilih Jurusan Maksud jurusan.

Empat jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan empat: Jurusan Sains Jurusan Teknikal Jurusan Sastera Jurusan Agama

Mata pelajaran teras @ wajib yang perlu diambil.

Mata pelajaran elektif berdasarkan setiap jurusan.

Menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak diri sendiri yang tepat.

Membuat keputusan yang bijak dan adil dalam memilih jurusan mengikut kebolehan dan kemampuan diri sendiri.

Merancang jurusan yang akan dipilih oleh pelajar berdasarkan kemampuan dan kebolehan diri masing-masing.

BAHAGIAN D:

Pengajar menggunakan dua (2) pendekatan yang berlainan untuk mengajar topik Pilihan Kerjaya iaitu:

Kaedah KoperatifKaedah pembelajaran koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin, 1990). Cohen (1994) mentakrifkan kaedah pembelajaran koperatif sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung. Sasaran adalah pada tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah : saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif bertujuan menambah keberkesanaan pembelajaran dalam kumpulan.Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik kaedah ini dikatakan menekankan pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar, manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.Johnson dan Anderson (1976) telah mendefinisikan pembelajaran sebagai satu kaedah yang memerlukan pelajar belajar bersama-sama dalam menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-mambantu member penerangan sesame mereka dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang memuaskan. Pembelajaran koperatif telah dikenalpasti sebagai salah satu kaedah pengajaran yang berjaya membawa pelbagai kesan positif di kalangan pelajar-pelajar (Kagan, 1992).Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, Teams Games Tournaments (TGT), Students Teams Achievement Division (STAD), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads) dan Meja Bulat (Round Table).Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Pendekatan Pembelajaran Masteri melibatkan pemulihan dan pengayaan terhadap pelajar. Guru membantu pelajar yang lemah atau pasif bagi meningkatkan tahap penguasaan topik yang diajar (pemulihan) agar dapat meneruskan unit/topik seterusnya. Bagi pelajar yang dapat menguasai topik pembelajaran pada hari itu, guru meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memberi tambahan soalan berdasarkan tahap kebolehannya.

BAHAGIAN D:Jadual Rancangan Am Pengajaran

Unit PengajaranObjek / Hasil PembelajaranKandungan PelajaranKaedah MengajarKaedah Penilaian

Unit 3: Membuat Keputusan :Memilih JurusanObjektif Pengetahuan:i. Mengenal pasti sekurang-kurangnya empat jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan empat nanti secara lisan.

Jenis-jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan 4, misalnya:Jurusan Sains, Jurusan Teknikal, Jurusan Sastera dan Jurusan Agama. Jurusan Sains Jurusan Teknikal Jurusan Sastera Jurusan AgamaPertanyaan dan peneranganBerdasarkan pertanyaan soalan kepada pelajar dan respon jawapan yang diberikan oleh pelajar.

ii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras dan tiga mata pelajaran elektif yang perlu diambil bersesuaian jurusan yang telah dipilih secara lisan.

Enam mata pelajaran teras:- Bahasa Melayu- Bahasa Inggeris- Matematik- Sains- Sejarah - Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

Mata pelajaran elektif :- Jurusan Sains : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science andTechnology. - Jurusan Teknikal :Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, dan English for Science and Technology.- Jurusan Sastera : Ekonomi Asas @ Perdagangan @ Kesusasteraan Melayu, Sains, dan Pendidikan Seni Visual.- Jurusan Agama : Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.

Pendekatan koperatif(perbincangan dalam kumpulan).

Memantau dan menyelia pelajar dalam perbincangan kumpulan.

Memerhatikan dan menilai tahap pemahaman pelajar.

Objektif Kemahiran:i. Membuat keputusan yang bijak dan adil dalam memilih jurusan mengikut kebolehan dan kemampuan diri sendiri.

Pelajar dapat memilih jurusan yang sesuai berdasarkan kebolehan pelajar.Perbincangan.

Objektif Nilai:i. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak diri sendiri yang tepat.

Menunjukkan sikap prihatin pelajar dalam mengambil keputusan.Pertanyaan.

Penilaian berdasarkan soalan-soalan yang diajukan kepada pelajar dan respon jawapan yang diberikan oleh pelajar.

Rancangan Pengajaran HarianMata Pelajaran:Pendidikan Sivik dan KewarganegaraanTingkatan: Tingkatan 3 IxoraTarikh:20 Januari 2010Masa:7:00am 7:45amBilangan Murid :40 orangTema : 1. Pencapaian KendiriTajuk: 2. Membuat Keputusan (a) Memilih Jurusan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat : Pengetahuan :iii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya empat jenis jurusan yang ditawarkan apabila memasuki tingkatan empat nanti secara lisan. iv. Mengenal pasti sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras dan tiga mata pelajaran elektif yang perlu diambil bersesuaian jurusan yang telah dipilih secara lisan.Kemahiran : v. Membuat keputusan yang bijak dan adil dalam memilih jurusan mengikut kebolehan dan kemampuan diri sendiri.Nilai :vi. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keputusan yang diambil mengikut kehendak diri sendiri yang tepat.Pendekatan:Koperatif dan MasteriTeknik :Bercerita, berbincang, sumbangsaran dan bersoal jawabBahan:Kotak Beracun Gula,Flash Card, kertas mahjong dan pen

Penyampaian / MasaIsi Pembelajaran / KemahiranAktiviti Pengajaran & PembelajaranCatatan / BBM

Set Induksi ( 5 minit )Menarik perhatian pelajar melalui flash kad. Pelajar memerhati dan berinteraksi dengan flash kad tersebut. Guru meminta pelajar memberi pendapat melalui apa yang diperhatikan dalam flash kad tersebut. BBM : flash card Nilai : Berani, yakin pada diri sendiri dan sikap keterbukaan.

Langkah 1 ( 10 minit )

Jurusan-jurusan yang ditawarkan seperti Jurusan Sains, Jurusan Teknikal, Jurusan Sastera dan Jurusan Agama. Mata pelajaran teras @ wajib yang perlu diambil. Mata pelajaran elektif berdasarkan setiap jurusan. Contoh soalan : 1. Apakah yang anda faham mengenai jurusan?2. Apakah jurusan-jurusan yang ditawarkan?3. Apakah yang kamu faham tentang mata pelajaran teras?4. Apakah yang kamu faham tentang mata pelajaran elektif? Guru menyoal pelajar secara rawak mengenai jurusan-jurusan yang ditawarkan. Pelajar memberi pendapat apa yang mereka faham tentang jurusan-jurusan tersebut. Guru menerangkan jurusan-jurusan yang ditawarkan: Jurusan Sains, Jurusan Teknikal, Jurusan Sastera dan Jurusan Agama. Guru bertanya kepada pelajar apa yang mereka faham tentang mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Guru menjelaskan secara ringkas 6 mata pelajaran teras dan sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran elektif yang perlu diambil bersesuaian jurusan yang telah dipilih secara lisan. Pelajar mendengar dan menfokuskan penerangan guru serta mencatat isi-isi penting.

BBM : flash card Kertas mahjong Nilai : hormat kepada guru. Teknik : soal-jawab.

Langkah 2 ( 12 minit )Membincangkan mata pelajaran elektif berdasarkan setiap jurusan.

Guru membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan berdasarkan 4 jurusan, kemudian setiap kumpulan diminta untuk berbincang sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran elektif yang terdapat dalam setiap jurusan tersebut. Dua kumpulan akan mendapat jurusan yang sama. Guru menentukan :iv. 2 buah kumpulan Jurusan Sains v. 2 buah kumpulan Jurusan Teknikalvi. 2 buah kumpulan Jurusan Sasteravii. 2buah kumpulan Jurusan Agama. Pelajar menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan masing-masing. Guru meminta wakil seorang pelajar bagi setiap kumpulan yang sama jurusan untuk tampil ke hadapan membentangkan hasil kerja mereka. 2 orang wakil pelajar bagi 2 kumpulan yang sama jurusan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan. BBM : Kertas mahjong dan pen marker. Guru : memantau dan menyelia pelajar dalam perbincangan kumpulan. Nilai : Kerjasama, toleransi dan daya usaha.

Penilaian ( 8 minit )Penilaian dijalankan dengan menggunakan permainan kotak beracun gula.Contoh Soalan: Jurusan SainsMata pelajaran elektif : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan English for Science and Technology.Jurusan SasteraMata pelajaran elektif : Ekonomi Asas, Perdagangan, Kesusasteraan Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.

Guru memberi arahan kepada pelajar tentang permainan tersebut. Pelajar mendengar arahan guru tersebut. Guru mengedarkan kotak beracun gula kepada pelajar. Setiap pelajar mengambil sebiji gula-gula dalam kotak beracun tersebut. Guru meminta pelajar yang mendapat gula-gula yang berisi kertas untuk berdiri dan menjawab soalan yang terdapat dalam gula-gula tersebut. Pelajar-pelajar yang mendapat gula-gula berisi kertas untuk berdiri menjawab soalan yang tertulis dalam kertas tersebut.

BBM : Kotak Beracun Gula Guru : memerhatikan dan menilai tahap pemahaman pelajar. Soalan adalah pada aras pengetahuan. Nilai : Berani, yakin pada diri sendiri, dedikasi dan kerajinan.

Penutup( 5 minit )

Merumus aktiviti yang dijalankan dan menerapkan nilai keyakinan dalam diri pelajar. Apakah yang anda dapat simpulkan dengan topik pembelajaran kita pada hari ini?

Guru menyoal secara rawak pelajar dalam kelas untuk menyimpulkan apa yang mereka faham mengenai tajuk yang telah dipelajari. Pelajar memberi respon kepada guru dengan menyimpulkan apa yang mereka perolehi di akhir sesi pembelajaran. Guru membuat kesimpulan secara keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Guru memberi keyakinan diri dalam diri pelajar untuk memilih jurusan yang sesuai dengan kebolehan pelajar pada tingkatan 4 nanti. Teknik : soal-jawab Nilai : Yakin pada diri sendiri dan rasional.

Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran.Refleksi Diri / Catatan Guru :