frasa

6
FRASA Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, frasa ialah unit ynag boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konsistituen kepada klausa ataupun konsistituen kepada frasa itu sendiri. Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah frasa. 1. Burung merpati terbang melayang. 2. Anak kecil itu sedang tidur. 3. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman. Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

Upload: yu-yong-

Post on 28-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FRASA

FRASA

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ke-3, frasa ialah unit ynag boleh terdiri

daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,

ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau

lebih.Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya

subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi

konsistituen kepada klausa ataupun konsistituen kepada frasa itu sendiri.

Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah frasa.

1. Burung merpati terbang melayang.

2. Anak kecil itu sedang tidur.

3. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga difahami sebagai binaan

daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang

mengandungi dua perkataan atau lebih.

Page 2: FRASA

JENIS-JENIS FRASA

Frasa terbahagi kepada empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa

adjektif (FA) dan fasa sendi nama (FS). Penamaan sesuatu frasa ditentukan oleh nama

kata yang menjadi kata utama frasa. Sekiranya kata yang menjadi kata utama frasa itu

ialah kata nama, maka frasa itu disebut frasa nama, jika inti frasa itu ialah kata kerja,

maka frasa itu disebut sebagai frasa kerja dan hal ini juga berlaku kepada kata sendi

dan kata adjektif.

(a) Frasa nama

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa nama (FN) ialah kata nama

atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan yang dapat bertugas

sebagai subjek, atau predikat, atau objek dalam ayat. Semua kata nama yang dapat

bertugas sebagai subjek atau predikat dalam sesuatu ayat merupakan frasa nama.

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konsitituen yang utama

iaitu subjek dan predikat. Unsur- unsur yang membentuk konsitituen utama ayat-ayat

dasar bahasa Melayu adalah seperti berikut :

(i) FN + FN

(ii) FN + FA

(iii) FN + FS

(iv) FN + FK

Dalam sistem tatabahasa Melayu, susunan unsur-unsur frasa nama mesti mematuhi

hukum D-M iaitu unsur yang diterangkan mesti mendahului unsur yang menerangkan.

Hukum ini menyatakan bahawa unsur penerang dalam sesuatu frasa nama boleh

diletakkan sesudah kata nama, tetapi tidak boleh sebelum kata nama.

Page 3: FRASA

(b) Frasa kerja

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa kerja (FK) ialah binaan yang

boleh berdiri daripada satu perkataan atau lebih dan intinya kata kerja. Kata kerja boleh

merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif boleh

hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja

transitif mesti diikuti oleh subjek serta unsur-unsur lain.

(c) Frasa adjektif

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa adjektif (FA) ialah susunan

perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata

sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam

susunan frasa tersebut. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai

unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata

adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir

selepas kata nama.

(d) Frasa sendi

Menurut buku tatabahasa dewan edisi ke tiga, frasa sendi ialah sekumpulan kata

yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek atau menjadi

pelengkap kata sendi itu. Kata sendi nama adalah bentuk morfem atau kata yang

letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi dari, di dan ke adalah kata sendi yang

utama kerana paling banyak dan sangat biasa digunakan dalam pertuturan dan

penulisan. Contohya: di sini, atau dari tempat itu. Kata sendi nama seperti boleh juga

dan sebagai pilihan mesti didahului oleh kata bantu.

Page 4: FRASA

POLA AYAT DASAR

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis,

dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konsistituen ayat-ayat itu,

iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya.Konsistituen subjek , pada umumnya, diisi oleh

frasa nama, sementara konsistituen predikat pula diisi olehempat jenis unsur yang

berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.Empat jenis

unsur pengisi konsistituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar

bahasa Melayu.

Pola Subjek Predikat

Pola 1Frasa nama

Encik Ahmad

Frasa nama

guru sekolah

Pola 2Frasa nama

Bapa mereka

Frasa kerja

sedang berehat

Pola 3Frasa nama

Anak itu

Frasa adjektif

sihat sungguh

Pola 4Frasa nama

Pejabat saya

Frasa sendi nama

di Kuala Lumpur

Ringkasnya, empatpoala ayat dasar dengan unsur-unsurnya adalah seperti

yang berikut :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama ( FN + FN )

Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK )

Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA )

Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS )