format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah

8
Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah Tutorial : Minggu 1 Oleh : Fyqa.Izho.Owna.Payain.

Upload: ain-abu-amar

Post on 27-Jun-2015

3.796 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

Tutorial : Minggu 1Oleh : Fyqa.Izho.Owna.Payain.

Page 2: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

1.0 Latar Belakang/ Pengenalan2.0 Rasional3.0 Nama,misi dan Visi Prasekolah4.0 Objektif Penubuhan5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan6.0 Pelan lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran8.0 Aspek Pemakanan 9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan10.0 Aspek Kesihatan11.0 Kos Penubuhan12.0 Staf13.0 Penutup

Page 3: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

1.0 Latar Belakang/ Pengenalan

Pengenalan melibatkan serba sedikit apa itu pendidikan di peringkat Prasekolah.

Pengenalan juga menekanakan kepentingan pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Motto Prasekolah juga dinyatakan iaitu “Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim” dan bertemakan “Fun In Learning”.

Turut diterangkan ialah Dasar Prasekolah Kebangsaan yang menyatakan bahawa “kerajaan menyediakan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras dengan peruntukan “Akta Pendidikan 1996” : Seksyen 2 menyatakan “Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun.

Page 4: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

2.0 Rasional

• Titik tolak mengapa perlunya prasekolah ini ditubuhkan.

• Rasional juga merupakan sesuatu yang difikirkan dimana pada akhirnya nanti semuanya akan beroleh manfaat.

• Antaranya ialah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak serta mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.

Page 5: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

3.0 Nama,Misi dan Visi Prasekolah• Nama dipilih sebagai menandakan bagaimanakah

sesebuah prasekolah itu akan menjalankan operasinya. • Sebagai contoh, Cadangan nama prasekolah yang

dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa Arab dan hampir dengan sebutan ‘dinar’ yang membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin dibina.

• Misi dan visi pula merupakan matlamat yang ingin dicapai sepanjang proses pendidikan di prasekolah tersebut.

Page 6: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

4.0 Objektif Penubuhan

• Objektif merupakan tujuan atau pun matlamat utama mengapa sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.

• Antaranya ialah membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak serta membantu perkembangan sosial dan perhubungan serta melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif dan mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.

Page 7: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

Lokasi Tapak dan Bangunan

• Lokasi Tapak dan Bangunan merupakan cadangan di mana tempat sesebuah prasekolah itu akan didirikan.

• Pelan lantai yang dicadangkan terdiri daripada 2 iaitu bahagian dalam dan luar.

• Pelan merangkumi keluasan kawasan, sekiranya disewa berapakah jumlahnya, bilik-bilik yang terdapat dalam premis tersebut, serta sudut-sudut pembelajaran.

Page 8: Format Penyediaan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran

• Kurikulum sebagai satu pelan atau program untuk segala pengalaman pembelajaran di bawah bimbingan sekolah.

• Terdiri daripada Kurikulum Utama (KSPK), Kurikulum Tambahan (Cth : Ilmu Fardhu Ain,Iqra’,Muqaddam), Jadual Pembelajaran, Buku-Buku Khas yang digunakan, serta Program Tambahan seperti Sambutan Hari Kebangsaan.