format penulisan ilmiah

16
5 PENULISAN ILMIAH 1. Pengenalan  Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,  projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal,  buku atau majalah ilmiah. Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik. Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti. 2.0 Definisi Konsep Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam  penulisannya (APA, 2001). Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan.

Upload: khanisah-ismail

Post on 14-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 1/16

5

PENULISAN ILMIAH 

1.  Pengenalan 

Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,

 projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,

simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal,

 buku atau majalah ilmiah.

Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal

kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan

hasil penulisan ilmiah yang baik.

Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah

menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk 

kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah

diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan

membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.

2.0 Definisi Konsep 

Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk 

mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada

sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam

 penulisannya (APA, 2001).

Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan

satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana,

Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian

secara kerja kursus maupun penyelidikan.

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 2/16

5

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan

 bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil

 pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian,

 pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:

1. Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;

2. Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;

3. Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;

4. Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan

menyelesaikan masalah yang dibincangkan;

5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat

sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.

Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan

dalam:

1. Masalah yang diteliti,

2. Kaedah penelitian,

3. Teknik penulisan bahan ilmiah dan

4. Penguasaan bahasa yang baik.

3.0 Jenis Penulisan Ilmiah 

Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah

 beberapa contoh:

1.  Kerta Kerja Konsep/ Kajian 

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 3/16

5

Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu

 pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau

kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain

seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan

atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b)

kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide

 penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan.

Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan

daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan

menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas

kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian

dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.

2.  Artikel 

Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya

untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang

awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya

adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang

diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas

konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.

3.  Kertas Projek, Tesis dan Desertasi 

Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk 

memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi.

Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara

tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi

dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 4/16

5

4.  Laporan 

Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau

gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan

 berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan

ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi

dan Informasi Ilmiah, 1995)

1.  Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian 

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut

adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:

4.1 Kertas dan Saiz

Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah

dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

1.  Jidar/ Margins 

Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi

lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

2.  Huruf/ Fonts 

Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah.

 Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan.

Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak 

 bercampur-campur.

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 5/16

5

3.  Jarak Antara Baris 

Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5

spacing).

4.  Muka surat 

Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya

digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive

summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.

 Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka

surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian

rujukan dan lampiran.

5.  Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian 

Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional

HALAMAN JUDUL

Halaman Judul

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Singkatan

Lampiran

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Kajian

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 6/16

5

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Tujuan Kajian

1.5 Rasional Kajian

1.6 Soalan Kajian

1.7 Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 

1.  Pendahuluan

2.2 Tinjauan Am

2.2 Tinjauan relevan dengan soalan kajian

2.3 Rumusan

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Instrumen

3.4 Populasi/Sampelan

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

- kaedah

- kajian rintis

1.  Pemerosesan dan Analisis Data

2.  Jadual Kerja

3.  Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet

BIBLIOGRAFI 

LAMPIRAN 

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 7/16

5

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian

Halaman

Halaman Judul i

Isi kandungan ii

Abstrak iii

1.0 Pengenalan 1

1.1 Matlamat Kajian

1.2 Objektif Kajian

1.3 Persoalan Kajian

1.4 Kepentingan Kajian

1.5 Batasan Kajian

2.0 Sorotan Kajian 4

3.0 Metodologi Kajian 6

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Persampelan

3.3 Instrumentasi

3.4 Prosedur Kajian

3.5 Kaedah Analisis Data

4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11

4.1 Demografi

4.2 .................

5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20

Rujukan

Lampiran

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 8/16

5

5.0 Penggunaan Bahasa 

Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta

sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah

 penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi

memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.

6.0 Perenggan 

Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau

 pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan

kedudukannya dalam penulisan :

6.1 Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka

• Pengantar  

• Menarik minat dan perhatian pembaca 

• Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan 

• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan

6.2 Perenggan Penghubung

• Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.

• Analisa masalah 

• Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik  

6.3 Perenggan Penutup

• Merumus dapatan 

• Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung 

• Ringkas, padat dan pendek  

1.  Topik dan Tajuk  

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 9/16

5

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan)

 perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa

hal berikut :

1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas

2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis

3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis

4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya

tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat

dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid

 berbentuk terbalik.

Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah

dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan

dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau

semacam label untuk suatu karangan. 

Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:

a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang

lain

 b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan

c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan

d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat

e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

2.  Kerangka Penulisan 

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 10/16

5

Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun dalam

komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis

sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang

disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman

kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini

melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan

hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut.

Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam

 penulisan dengan mudah dan cepat

3.  Format Rujukan 

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai

rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan

Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):

(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang

dirujuk, contohnya:

Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang

merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun

 perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 11/16

5

Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih

 berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama

kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:

Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh

Kralj dan Petrovic (1995).

(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,

hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:

Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam

menyediakan jadual waktu untuk universiti.

(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang

yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu

digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:

Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan

Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional

Jawa.

4.  Bibliografi 

Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam

 bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 12/16

5

 pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/

 bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan

kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu

 penulisan.

Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang

digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan

 bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan

suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan

karya ilmiah tersebut.

Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:

(a) Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990).  Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.

(b) Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and

Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. School Leadership and    Management .

Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

(c) Artikel dalam jurnal

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The Intructional Management  

 Behavior Of Principal . The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

(d) Tesis

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 13/16

5

Chew Chee Wan (1993).  Instructional Supervision For Curriculum

 Implementation: A Case Study Of A School . Universiti Malaya: Disertasi

Sarjana Pendidikan.

(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan

Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan

 Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

11.0 Cadangan

Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan

 penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk 

menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan

 berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri

Johor 2008

5.  Rumusan/ Kesimpulan

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu

kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana

sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang

 penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana

kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan 

American Psychological Association (2001).  Publication Manual of the American

 Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 14/16

5

Gallaudet University (2003).  APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC:

Gallaudet University.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995).  Pedoman Penulisan Skripsi.

Jakarta: LIPI.

Universiti Teknologi Malaysia (2001).  Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor:

Penerbitan UTM.

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 15/16

5

PANDUAN PENULISAN ILMIAH

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN

Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya (IPS) namun disesuaikan mengikut

keperluan penulisan Jabatan Sejarah. Pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah yang sedang

menyediakan Projek Ilmiah juga mesti mematuhi garis panduan ini sebagai latihan

 penulisan ilmiah yang baik dan memastikan pelajar-pelajar menulis mengikut prosedur  penulisan ilmiah yang betul.

Hakikatnya wujud pelbagai format dalam menyediakan sebuah penulisan ilmiah. Namun,

untuk tujuan keseragaman bagi penulisan-penulisan Ilmiah dari Jabatan Sejarah dan juga

mengelakkan kekeliruan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah, panduan ini dapat

digunapakai untuk menyediakan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing.

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

Setelah pelajar-pelajar jelas dengan tajuk yang dipilih, setiap pelajar perlulah

menyediakan „ Kertas Cadangan Penyelidikan' (Proposal) . Apabila penulisanTesis/Disertasi/Projek Ilmiah selesai kelak, Kertas Cadangan Penyelidikan ini seharusnyamenjadi bahagian „ Pengenalan ' di dalam Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing

dan akan diletakkan sebelum Bab Pertama penulisan.

Bagi tujuan keseragaman seluruh penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah Jabatan

Sejarah, penyediaan proposal perlu mengikut format yang di bawah,

(1) Bidang Kajian (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)

(2) Tajuk Kajian

(3) Latar Belakang Kajian

7/27/2019 Format Penulisan Ilmiah

http://slidepdf.com/reader/full/format-penulisan-ilmiah 16/16

5

- Memberi gambaran secara umum tentang tajuk kajian yang dipilih.

(4) Persoalan Kajian

- Persoalan kajian ialah isu utama yang hendak diselesaikan di dalam sesuatu kajian.

(5) Objektif Kajian

- Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak dicapai di dalam kajian bagi

membolehkan Persoalan Kajian dijawab.

(6) Skop Kajian

- Skop kajian merupakan lingkungan kajian. Lingkungan ini melibatkan tempoh masa,

tema dan lokasi yang dipilih.

(7) Kepentingan Kajian

- Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian yang dilakukan dalam bidang dan penulisansejarah sedia ada.

(8) Ulasan Literatur 

- Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian-kajian lepas yang relevan dengan

tajuk yang dipilih.

(9) Kaedah Penyelidikan dan Sumber 

- Kaedah penyelidikan adalah pendekatan yang digunakan dalam bidang penyelidikan.Sumber terdiri daripada dua kategori iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Pelajar 

 perlu menjelaskan kaedah dan sumber-sumber yang digunakan dalam kajiannya.

(10) Pembahagian Bab

Pembahagian bab ialah struktur kajian yang dipersembahkan dalam

Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah.

(11) Bibliografi