skema pemarkahan percubaan stpm · web viewkelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas,...

65
SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KELANTAN 2010 SOALAN 1: Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British. A. PENGENALAN: 1. Sebelum tahun 1874, masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mempunyai hierarki sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. 2. Golongan pemerintah menduduki hierarki teratas yang terdiri daripada raja, golongan bangsawan atau kerabat diraja, pembesar, golongan ulamak atau agama dan pendeta. 3. Tujuan utama hierarki ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan tugas golongan pemerintah serta memastikan keharmonian dalam masyarakat. B. ISI: 1. Raja/ Sultan: a) Kedudukan i. Raja atau sultan merupakan golongan pemerintah yang menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat Melayu. ii. Mereka merupakan ketua pemerintah dan bertanggungjawab melaksanakan semua aspek pentadbiran di negeri baginda. iii. Mereka juga menjadi ketua angkatan tentera, ketua agama, pemodal dalam perdagangan dan lain-lain. b) Keistimewaan raja i) Raja atau sultan juga mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat dan lambang kebesaran. Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau juga dikenali sebagai bahasa dalam seperti beta, baginda, santap,

Upload: lamhuong

Post on 07-Mar-2018

289 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPMSEJARAH 2 NEGERI KELANTAN 2010

SOALAN 1:

Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

A. PENGENALAN:

1. Sebelum tahun 1874, masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mempunyai hierarki sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.2. Golongan pemerintah menduduki hierarki teratas yang terdiri daripada raja, golongan bangsawan atau kerabat diraja, pembesar, golongan ulamak atau agama dan pendeta.3. Tujuan utama hierarki ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan tugas golongan pemerintah serta memastikan keharmonian dalam masyarakat.

B. ISI:

1. Raja/ Sultan:

a) Kedudukan

i. Raja atau sultan merupakan golongan pemerintah yang menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat Melayu. ii. Mereka merupakan ketua pemerintah dan bertanggungjawab melaksanakan semua aspek pentadbiran di negeri baginda. iii. Mereka juga menjadi ketua angkatan tentera, ketua agama, pemodal dalam perdagangan dan lain-lain.

b) Keistimewaan raja

i) Raja atau sultan juga mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat dan lambang kebesaran. Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau juga dikenali sebagai bahasa dalam seperti beta, baginda, santap, gering, beradu, makam dan sebagainya,

ii) Dari segi warna, warna di raja ialah warna kuning untuk pakaian rasmi dan peralatan istana. Alat-alat kebesaran pula merupakan peralatan yang hanya boleh digunakan di istana seperti ketur, kendi, tombak berambu, kipas besar berambu dan lain-lain, Lambang kebesaran pula adalah lembing yang digunakan untuk memperlihatkan kekuasaan baginda seperti tengkolok, pending, mahkota, cap mohor dan nobat.

Page 2: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

c) Peranan raja:

i) Politik

• Raja atau sultan juga memainkan peranan yang sangat penting terutama dari aspek politik, ekonomi dan sosial. • Dari segi politik misalnya baginda merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak, mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan dan berkuasa melantik pembesar terutama pembesar-pembesar di peringkat negeri dan daerah.

ii) Ekonomi

• Dari segi ekonomi, baginda menguasai semua sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian, hasil hutan, pelombongan, perdagangan dan menentukan sistem sukatan, ukuran dan timbangan.• Baginda juga berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual dan memajak cukai kepada pedagang.

iii) Sosial

• Sultan atau raja berperanan sebagai ketua angkatan tentera, memelihara undang-undang dalam negeri serta mengawal ketenteraman dan kesejahteraan rakyat. • Selain itu, baginda juga menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu, mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan Majlis Penasihat Raja.

2. Golongan kerabat diraja

i. Merupakan golongan kedua dalam hierarki masyarakat Melayu. ii. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada saudara mara terdekat raja atau sultan. Golongan ini memliki keistimewaan seperti menggunakan gelaran Tengku. Engku, Tuan, Wan, Nik dan lain-lain, menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, menggunakan bahasa istana dan lain-lain. iii. Ada dalam kalangan kerabat di raja ini dianugerahkan oleh raja daerah-daerah tertentu untuk ditadbir dan sekaligus menjadi pembesar daerah seperti Engku Wan Ahmad yang menjadi pembesar daerah Jeram di Kelantan, Raja Mahadi menjadi pembesar daerah Kelang di Selangor dan lain-lain.

3. Golongan Pembesar

i. Merupakan golongan ketiga dalam hierarki pemerintah. Mereka terdiri daripada kerabat-kerabat diraja dan rakyat biasa yang dilantik oleh raja sebagai pembantu baginda dalam pentadbiran. Pembesar-pembesar ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringakat negeri atau pusat, daerah dan kampung. Mereka dilantik melalui dua cara iaitu

Page 3: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

secara warisan atau keturunan dan melalui lantikan oleh raja. Pembesar mempunyai kawasan pegangan dan cap mohor sendiri.ii. Peranan pembesar meliputi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, golongan ini menjadi ketua pemerintah,dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.iii. Dari segi ekonomi pula, mereka memungut cukai seperti cukai kepala, pertanian, perdagangan dan lain-lain, kemudian menyerahkan hasil kutipan sebanyak 10% kepada pembesar di peringkat pusat. Mereka juga menguasai semua hasil ekonomi seperti cukai, hasil hutan, perlombongan dan lain-lain di kawasan pegangan masing-masing.iv. Dari segi sosial pula, pembesar memainkan peranan menjaga kebajikan rakyat, memastikan pelaksanaan undang-undang, menyediakan tenaga kerja dan tentera kepada raja, memastikan rakyat taat setia kepada raja serta melaksanakan adat istiadat menjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.

4. Golongan Ulamak

i. Golongan ini merupakan mereka yang mahir dalam hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak dan selok belok agama Islam termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu-isu agama. ii. Mereka menjadi penasihat sultan dalam aspek agama Islam. Gelaran ulamak berbeza mengikut negeri seperti Dato’ Mufti di Kelantan, iii. Orang Kaya Imam Besar di Perak, Tokku di Terengganu dan lain-lain. Golongan ini sangat dihormati dalam masyarakat kerana kemahiran keagamaan mereka.

5. Golongan Pendeta

i. Golongan pendeta pula menduduki hierarki terakhir dalam golongan pemerintah.ii. Mereka sangat mahir dan menjadi pakar rujuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat istiadat dan salasilah raja seperti Tun Sri Lanang, Abdullah Munsyi dan lain-lain. Golongan ini sangat rapat dengan istana kerana menjadi pencatat bagi diari diraja.

C. KESIMPULAN:

1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, golongan pemerintah telah mengekalkan kedudukan mereka dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.2. Walau bagaimanapun, kedudukan ini mula mengalami perubahan selepas kedatangan British. Golongan pemerintah mula hilang kuasa dari segi politik dan ekonomi. Walaupun begitu, kedudukan dalam hierarki sosial masih dikekalkan.

SOALAN 2

Sejauhmanakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatanganBritish.

Page 4: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

A) PENGENALAN

1. Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri.Tiada penggunaan teknologi moden,tetapi tenaga ahli-ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluaran. Rakyat jelata tidak ada dorongan untuk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya dikenakan adalah tinggi dan sistem pemasaran adalah sesuatu yang mudah. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja.

2. Kegiatan terpenting ialah pertanian,iaitu tanaman padi. Di samping itu, terdapat juga kegiatan penternakan, penghasilan barang-barang kraftangan serta mencari hasil-hasil hutan.

3. Sekiranya ada lebihan, aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang tidak dapat dihasilkan sendiri boleh dijalankan. Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi komersial yang berlandaskan perdagangan dan perlombongan.

B) ISI 1. Ekonomi Sara Diri

i. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditanam dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah, Negeri Sembilan ,Pahang dan Kelantan

ii. Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke--19. Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan. Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankan sistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentu

iii. Di negeri Perak, masyarakat Melayu merupakan masyarakat tani. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi. Selain itu, terdapat juga tanaman seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung, tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian.

iv. Di samping itu, kegiatan menangkap ikan secara kecil-kecilan penting sebagai mata pencarian bagi penduduk Tanah Melayu yang tinggal berhampiran dengan laut,sungai

Page 5: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

dan tasik

v. Kegiatan memburu binatang juga dijalankan seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.

vi. Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan disamping kegiatan pertanian.

vii. Selain itu, sistem kerah yang diwajibkan ke atas rakyat untuk berkhidmat dengan pembesar termasuk raja merupakan ciri penting. Khidmat yang diberikan seperti membuat jalan,menjaga perahu,jambatan,gajah,menghantar surat dan berita dan menjaga kepentingan pembesar semasa melawat daerah dan sebagainya

viii. Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.

ix. Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain dan menghasilkan kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata. Di samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga daripada tanah. Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh2. Ekonomi Komersial

i. Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan perdagangan dan perlombongan

ii. Perdagangan dengan negara-negara Eropah dijalankan melalui pelabuhan entrepot Singapura dan ke China

iii. Pertanian dagangan merupakan kegiatan pertanian yang dijalankan untuk perdagangan di samping kegunaan harian

iv. Perlombongan bijih timah telahpun diusahakan oleh orang-orang Melayu (pembesar-pembesar Melayu). Pengeluaran terhad kerana kaedah yang digunakan ialah mendulang. Dianggarkan bahawa hanya 500 tan bijih timah setahun diusahakan oleh orang-orang Melayu hingga pertengahan abad ke-19.

v. Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina telah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor,lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah

Page 6: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

vi. Di Seberang Perai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.

vii. Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun 1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.

viii. Terengganu menjalankan kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina Terengganu sudahpun mempunyai seorang kapitan China. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas, bijih timah, kopi, pinang, rotan dan damar. Baginda mengarahkan supaya kegiatan carigali emas di Ulu Nerus dan biji timah di Kemaman dipergiatkan. Terengganu mengimport barangan seperti candu, barang-barang buatan British dan barang-barang dari China.

ix. Kelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket. Import utamanya ialah barang-barang kapas dari India dan Britain, sutera mentah dari China, candu, tembakau dan lain-lain. Pengeluaran emas dikuasai oleh orang-orang Cina. Kawasan utamanya ialah di Pulai, Gua Musang. Hasil eksport Kelantan yang lain seperti kayu-kayan, getah perca, damar ,buluh dan sebagainya.

x. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada abad ke- 19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an

xi. Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dari Kesultanan Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Lebih daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. Kawasan Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. Ia dieksport ke luar pada tahun 1859

xii. Di Negeri Sembilan pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan abad ke- 19 di bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855. Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya Melaka

xiii. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an

xiv. Di Pahang,kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagar-saudagar negeri-negeri Selat

C) KESIMPULAN

Page 7: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

1. Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada perlombongan dan perdagangan

2. Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.

3. Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan

SOALAN 3:

Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke- 19.

A. PENGENALAN

Page 8: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

1. Pada abad ke 19, Sabah dan Sarawak telah ditadbir oleh pihak berkuasa British yang diwakili oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan Dinasti Brooke.

2. Di Sabah, SBBU telah mentadbir Sabah bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan oleh SBBU. Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan yang membawa kepada penentangan dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote dan Mat Salleh.

3. Manakala di Sarawak, penguasaan Dinasti Brooke bermula dari tahun 1842 apabila James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak. Sepanjang penguasaan tersebut banyak pembaharuan telah dilakukan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Pembaharuan tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk menyebabkan berlakunya penentangan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Sharif Mashor, Rentap, orang-orang Cina dan Banting.

B. ISI

1. Gerakan penentangan di Sabah.

a. Penentangan Pangeran Samah (1884).

i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.

ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa British.

iii. Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.

iv. Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).

i. Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari daerah Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote. Beliau dipercayai

Page 9: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada pada beliau telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba untuk menghapuskannya.

ii. Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah melahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).

i. Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh bin Datu Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani. Berasal dari hulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau.

ii. Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalan keretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.

iii. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Ini menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Pulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.

iv. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannya itu telah menyebabkan SBBU bertindak balas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai.

v. Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh, boleh mentadbir secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan.

vi. Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambil semula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas hati lalu mengatur strategi menyerang British. Belum sempat Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan. Dalam serangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah Tambunan menjadi wilayah kepunyaan SBBU.

2. Gerakan penentangan di Sarawak.

a. Penentangan Sharif Masahor (1853-1860).

Page 10: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

i. Sharif Masahor merupakan seorang gabenor dari Daerah Sarikei, bangkit menentang pihak berkuasa British di bawah pimpinan Brooke disebabkan beberapa pembaharuan yang telah diperkenalkan khususnya berkaitan masalah pungutan cukai. Kemuncak rasa tidak puas hati Sharif Masahor ialah apabila British bertindak menyokong Pangeran Matusin dalam peristiwa perbalahan antara Pangeran Matusin dengan Pangeran Arshad, sedangkan Sharif Masahor menyokong Pangeran Arshad. Beliau mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang Melayu, Iban dan lain-lain.

ii. Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah bersatu dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur bertindak menyerang kubu Brooke. Abdul Ghapur berjaya melarikan diri ke Pontianak tetapi telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjara di Betawi. Manakala Sharif pula berjaya melepaskan diri dari buruan British.

iii. Pada tahun 1860, Sharif bersama pengikutnya sekali lagi melakukan serangan ke atas Kuching, namun serangannya gagal apabila mendapat serangan balas dari Charles Brooke di Sungai Sadong. Sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri dan memaksa Charles Brooke menyerang dan bertindak membakar kampung Igan iaitu perkampungan Sharif Masahor.

iv. Pada tahun 1861, British terpaksa meminta bantuan Sultan Brunei untuk mengadakan perundingan dengan Sharif yang akhirnya bersetuju untuk dibuang negeri ke Singapura dan meninggal dunia di sana pada tahun 1890.

b. Penentangan Rentap (1853-1861).

i. Rentap atau juga dikenali dengan Libau merupakan ketua kaum Iban di hulu Sungai Sekrang. Beliau bersama pengikutnya bangkit menentang Brooke keran rasa tidak puas hati ekoran daripada tindakkan melakukan beberapa perubahan yang telah menganggu punca pencarian mereka serta menghapuskan adat resam kaum Iban seperti memburu kepala atau disebut adat ‘mengayau’.

ii. Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang dan berjaya membunuh seorang pegawai British bernama Allan Lee. Pada tahun 1854, Brooke telah mengarah tenteranya supaya menangkap Rentap, namun beliau bejaya melarikan diri ke Bukit Sadok.

iii. Pada tahun 1857, Charles Brooke cuba menyerang rentap yang berkubu di Bukit Sadok, tetapi gagal kerana kubu tersebut dilengkapi dengan meriam. Pada tahun1861, cubaan Brooke untuk menawan Bukit Sadok buat kali ketiga akhirnya berjaya dengan menggunakan meriam bujang sadok. Namun Rentap berjaya melarikan diri ke dalam hutan dan meninggal dunia beberapa tahun kemudiaannya.

c. Penentangan orang-orang Cina.

i. Masyarakat Cina di Bau telah bangkit menentang pentadbiran Brooke disebabkan tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara.

Page 11: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

ii. Kerajaan Brooke menganggap bahawa masyarakat Cina yang berhijrah dari Sambas adalah sebagai pelarian jenayah. Mereka tidak dibenarkan menjalankan perdagangan luar. Malah segala perdagangan judi, pajak, arak dan candu berada di bawah kawalan kerajaan Brooke.

iii. Kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut ialah apabila kerajaan Brooke mengenakan cukai terhadap orang Cina. Mereka telah dipaksa mematuhi segala peraturan yang diperkenalkan. Pada bulan Januari 1857, pelombong Cina di Bau telah didenda sebanyak €150 kerana menyeludup candu.

iv. Tindakan tersebut telah menyebabkan seramai 600 orang Cina bangkit melancarkan serangan ke atas Kuching tetapi berjaya dipatahkan oleh British. Akhirnya masyarakat Cina terpaksa berundur ke Bau dan kemudiaannya berhijrah ke Sambas, Kalimantan.

d. Penentangan Banting (1893).

i. Gerakan penentangan ini diketuai oleh Banting, seorang pemimpin Iban berasal dari hulu Sungai Batang Lupar. Kebangkitan Banting dan pengikutnya disebabkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke yang cuba menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti memburu kepala.

ii. Pada tahun 1895, Banting bersama pengikutnya telah didenda kerana membawa masuk tajau dan perkakas tembaga tanpa membayar cukai. Ekoran daripada itu, Banting dan pengikutnya telah bertindak menyerang perkampungan dayak yang menyokong kerajaan Brooke dan berjaya membunuh 10 orang Dayak. Charles Brooke bertindak dan cuba menangkap Banting tetapi gagal.

iii. Pada tahun 1902, Banting bersama pengikutnya muncul semula dan beberapa kali melancarkan serangan terhadap penyokong-penyokong Brooke. Bagaimanapun tindakan Brooke untuk menangkap Banting menemui kegagalan. Akhirnya pada tahun 1904, Bating berjaya ditewaskan dalam ‘Pertempuran Bong Kap’ yang kemudian bersetuju untuk membayar denda kepada pihak berkuasa British.

C. KESIMPULAN

1. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British di Sabah dan Sarawak telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukan mereka.

2. Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telah muncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

Page 12: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

SOALAN 4

Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895.

A. PENGENALAN

1. Perjanjian Persekutuan tahun 1895 yang dikuatkuasakan pada 1hb. Julai 1896 telah menyatukan negeri-negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu pemerintahan pusat.

Page 13: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Rancangan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah diasaskan oleh Frank Swettenham dalam tahun 1893 dan dikemukakan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London oleh Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-negeri Selat. Perjanjian Persekutuan ini dilaksanakan oleh Sir Charles Mitchell iaitu pengganti Sir Cecil Clementi Smith.3. Sebab-sebab pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk menyelesaikan masalah kewangan negeri Pahang, mencapai keseragaman dan kecekapan pentadbiran, mengeratkan kerjasama antara Negeri-negeri Melayu berkenaan dan mengawal kuasa Residen-residen British.

B. ISI

a. Kepentingan Politik

1. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.

a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya, tapi satu kesatuan politik.b. Kuasa pentadbiran dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur yang menjadi ibu negeri Persekutuan. Semua keputusan penting berkaitan dengan keempat-empat negeri Melayu berkenaan diputuskan di Kuala Lumpur.c. Tiada terdapat pengagihan kuasa pentadbiran di antara negeri-negeri dan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persektuan telah ditubuhkan.d. Residen Jeneral mempunyai kuasa atas perkara kewangan. Punca utama hasil iaitu duti-duti atas eksport berada di bawah kawalan kerajaan pusat.

2. Kehilangan kuasa Sultan-sultan Melayu, Residen-residen dan majlis-majlis mesyuarat negeri.

a. Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral mengakibatkan kehilangan kuasa Sultan-sultan Melayu, Residen-residen dan Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri.b. Sultan-sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal mengenai pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu.c. Penubuhan jabatan-jabatan persekutuan mengakibatkan pengambilan lebih ramai lagi pegawai-pegawai British. Negeri-negeri Melayu berkenaan ditadbirkan oleh peagawai-pegawai yang hampir kesemuanya orang British.d. Pemusatan kuasa pusat mengakibatkan bantahan dari Sultan-sultan Melayu. Pada tahun 1903 sultan Idris dari negeri Perak telah mengkritik pemusatan kuasa berlebihan dalam persidangan raja-raja (Durbar) di Kuala Lumpur. Beliau menggesa kerajaan British untuk mengagihkan kuasa pusat.e. Perkara pengagihan kuasa pusat merupakan isu politik yang terpenting dalam sejarah Negeri-negeri Melayu Bersekutu hingga 1941.

3. Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)

a. Kerajaan Beritish memperkenalkan satu sistem persidangan raja-raja Melayu (Durbar)

Page 14: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

bagi membolehkan sultan-sultan membincangkan dengan pegawai-pegawai British perkara-perkara kepentingan bersama.b. Persidangan raja-raja yang pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar. Ini merupakan kali pertama sultan-sultan negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan bertemu satu sama laih.c. Persidangan raja-raja Melayu telah meletakkan asas bagi kerjasama erat antara pemerintah negeri-negeri Melayu.

4. Perpaduan dalam kalangan Negeri-negeri Melayu.

a. Perjanjian persekutuan juga memupuk perpaduan dalam kalangan Negeri-negeri Melayu buat pertama kalinya sejak Kesultanan Melayu Melaka.b. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah juga meletakkan asas bagi penubuhan persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948.c. N.J. Ryan menyatakan dalam bukunya; ”The Making a Modern Malaysia”, bahawa negeri-negeri Melayu Bersekutu merupakan nukleas bagi Malaysia moden.

b. Kepentingan Ekonomi

1. Perkembangan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pesat.

a. Perjanjian Persekutuan telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS). Sistem kerajaan yang lebih cekap dan kestabilan politik meningkatkan penanaman modal di FMS oleh pelabur-pelabur Eropah dan Negeri-negeri Selat.b. Perusahaan bijih timah berkembang dengan pesat akibat penyertaan orang Eropah. Orang Eropah telah memperkenalkan penggunaan kapal korek dalam tahun 1912 dan seterusnya menguasai perusahaan bijih timah.c. Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga memudahkan pengenalan dan perkembangan perusahaan getah.d. Antara tahun-tahun 1895 dan 1905 hasil FMS meningkat daripada $8 ½ juta kepada $24 juta.e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah mengakibatkan pembukaan bandar-bandar dan penempatan-penempatan baru bolehlah dikatakan bahawa FMS telah meletakkan asas bagi Malaysia moden. f. Akibat ekonomi jangka masa panjang Perjanjian Persekutuan ialah kemunduran Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu berbanding dengan FMS. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu hanya berada di bawah kuasa British dalam tahun 1909.

2. Kemajuan dalam sistem perhubungan.

a. Penyatuan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengakibatkan kemajuan dalam sistem perhubungan.b. Jalan-jalan raya dan jalan keretapi yang sedia wujud telah disambungkan. Perkhidmatan pos dan telegraf juga berkembang dengan pesat.c. Kemajuan dalam sistem perhubungan telah membantu perkembangan ekonomi FMS.

Page 15: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

3. Penyatuan hasil-hasil FMS

a. Melalui perjanjian persekutuan, hasil-hasil FMS dapat digunakan bagi faedah semua negeri berkenaan.b. Dengan penyatuan hasil-hasil negeri, negeri yang kurang maju seperti Pahang dapat dimajukan dengan bantuan hasil dari negeri-negeri yang lebih maju seperti Selangor dan Perak.

C. KESIMPULAN

1. Perjanjian Persekutuan telah mengakibatkan kehilangan kuasa Sultan-sultan Melayu dan Majlis-majlis Mesyuarat Negeri.2. Namun demikian Perjanjian Persekutuan telah mengakibatkan perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.3. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meletakkan asas bagi pembentukan Malaysia moden.

SOALAN: 5

Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan.

A. PENGENALAN

1. Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew memang berhasrat untuk mencantumkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Contohnya pada tahun 1959 Lee Kuan Yew pernah menyarankan konsep percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengumumkan idea

Page 16: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

penubuhan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak semasa berucap di Kelab Wartawan Asing Asia Tenggara di Sngapura. 2. Pada 23 Ogos 1961, idea penubuhan Malaysia menampakkan hasil setelah Tunku Abdul Rahman berunding dengan Lee Kuan Yew bagi tujuan percantuman Singapura ke dalam gagasan Malaysia.3. Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sememangnya bertitik tolak kepada kebimbangan terhadap pengaruh golongan berhaluan kiri (komunis) yang kuat di Singapura dan Sarawak. 4. Kebimbangan terhadap pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak merupakan sebab utama penubuhan Malaysia. Walaubagaimanapun terdapat sebab-sebab lain yang membawa kepada penubuhan Malaysia. Antaranya ialah bagi mewujudkan keseimbangan kaum, keseimbangan ekonomi dan mempercepatkan kemerdekaan negeri-negeri yang terlibat.

B . ISI

1. Pengaruh komunis di Singapura.

a. Krisis politik Singapura antara PAP dan parti berhaluan kiri semakin memuncak apabila PAP kalah dalam dua pilihanraya kecil kawasan Hong Lim pada 21 April 1961 dan Kawasan Anson. Politik Singpura akan dikuasai pemimpin yang radikal dan berhaluan kiri daripada Parti Barisan Sosialis sekiranya tidak dibendung. British bimbang kumpulan ini akan menuntut kemerdekaan sendiri dan dipengaruhi oleh komunis. b. Bagi menyelamatkan kuasanya, Lee Kuan Yew sanggup berbincang dengan Tunku Abdul Rahman dan mencadangkan Singapura bergabung dalam gagasan Malaysia.c. Kedua-dua mereka juga berpendapat sekiranya Singapura diberi kemerdekaan secara bersendirian, ia akan dikuasai oleh komunis dan akan menggugat gagasan Malaysia yang dicadangkan. d. Pada bulan Ogos 1961, Lee Kuan Yew telah bertemu dengan Tunku untuk merangka perjanjian sementara percantuman Singapura – Tanah Melayu dengan beberapa syarat tertentu.e. Tunku Abdul Rahman turut bimbang dengan perkembangan politik di Singapura, khususnya selepas tamat Perlembagaan Persekutuan. Tunku bimbang Singapura yang merdeka akan diperintah oleh komunis yang kemudiannya akan mengugat Parti PAP yang pro-Tanah Melayu dan menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu.

2. Pengaruh komunis di Sarawak

a. Pengaruh komunis turut merebak dan mengamcam kestabilan politik di Sarawak. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Pertubuhan Komunis Sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA) ditubuhkan. Mereka menghasut orang Cina yang terdiri daripada pelajar dan kesatuan – kesatuan sekerja supaya menentang dasar pendidikan British yang dianggap boleh mengancam dan menghapuskan identiti dan kebudayaan Cina.b. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang berpengaruh juga diresapi oleh ideologi

Page 17: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

komunis.c. Wilayah yang berdekatan dengan Sarawak iaitu Kalimantan dan Brunei turut dipengaruhi oleh gerakan komunis Indonesia.d. Kerajaan British telah melancarkan “operasi pisang” tetapi tidak berjaya menghalang pengaruh komunis. Keadaan ini amat membimbangkan Tunku. Beliau berpendapat Sarawak perlu bergabung dalam gagasan Malaysia bagi mengekang pengaruh komunis.

3. Keseimbangan kaum

a. Kemasukan Singapura dalam Malaysia akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan komposisi kaum kerana 75% penduduk Singapura adalah orang Cina. Komposisi kaum di Tanah Melayu ialah 49% Melayu dan 37% Cina. Kemasukan Singapura tanpa Sabah, Sarawak dan Brunei akan menyebabkan bilangan orang Cina mengatasi bilangan orang Melayu keseluruhannya. b. Tunku bimbang keadaan ini akan mengamcam kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya negeri-negeri di Pulau Borneo menyertai Malaysia kerana 70% penduduk di wilayah tersebut adalah Bumiputera.

4. Keseimbangan kemajuan ekonomi

a. Kemajuan ekonomi di Sabah, Sarawak , Brunei, Tanah Melayu dan Singapura adalah tidak seimbang. Oleh itu, pembentukan Malaysia diharap dapat mewujudkan kerjasama ekonomi dengan negeri-negeri mundur seperti Sabah dan Sarawak. b. Negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula lebih maju dan diharap dapat memberikan sumbangan kepada pembentukan negara Persekutuan kelak.

5. Mempercepatkan kemerdekaan

a. Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei masih belum merdeka semasa gagasan Malaysia dicadangkan. Sabah dan Sarawak diletakkan di bawah status negari jajahan, sementara Brunei dan Singapura bertaraf negari naungan. b. British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan awal sekiranya negeri- negeri tersebut bercantum dengan Tanah Melayu membentuk gagasan Malaysia. Penggabungan wilayah- wilayah ini akan menamatkan penjajahan British dan menjamin keselamatan dari ancaman luar seperti Filipina dan Indonesia.c. British berharap dengan memberi kemerdekaan lebih awal, hasrat komunis untuk menguasai kawasan ini akan terhalang. d. Setelah melalui beberapa kali perundingan dan referendum, maka terbentuklah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Gagasan ini mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Brunei yang pada mulanya ingin menyertai Malaysia telah menarik diri pada saat- saat akhir.

C. KESIMPULAN

Page 18: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

1. Gagasan Malaysia diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963. Dengan pembentukan ini hasrat komunis untuk menguasai wilayah- wilayah tersebut telah gagal sama sekali. 2. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir kerana timbulnya penentangan daripada pemimpin Parti Rakyat Brunei A. M. Azahari dan perubahan pendirian Sultan Omar Ali Saifuddin.3. Singapura pula menarik diri dari gabungan Malaysia pada bulan Oktober 1965 dan kemudiannya mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun tersebut.

SOALAN: 6

Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dari tahun 1957 hingga 1963.

A. PENGENALAN

1. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman telah menjalinkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dunia seperti pembentukan Persatuan Asia Tenggara (ASA), menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Komanwel .2. Sejak merdeka, dasar luar Malaysia adalah pro Barat, pro Komanwel dan anti-komunis. Dasar luar negara bertujuan mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan negara

Page 19: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

dan menentukan kesejahteraan sosio-ekonomi.

B. ISI

Pertubuhan Asia Tenggara (ASA)

a. Pada akhir tahun 1958, Tunku Abdul Rahman telah membayangkan hasrat untuk menubuhkan satu pertubuhan serantau di Asia Tenggara. b. Pada bulan Januari 1959, telah menghasilkan pembentukan satu pertubuhan serantau bersama Presiden Filipina, Carlos Garcia. c. Akhirnya pada 31 Julai 1961, Filipina, Malaysia dan Thailand bersetuju menubuhkan Persatuan Asia Tenggara (ASA). ASA merupakan pertubuhan serantau pertama yang digerakkan oleh negara-negara Asia Tenggara sendiri.d. Matlamat ASA ialah menggalakkan kerjasama ekonomi, kebudayaan dan sosial serta mewujudkan keamanan dan keselamatan serantau. ASA telah berjaya mewujudkan keseragaman pendirian negara anggotanya dalam menghadapi isu-isu kepentingan bersama di peringkat antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

a. Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai negara berdaulat pada peringkat antarabangsa berikutan diterima menjadi ahli PBB pada 17 September 1957. Pada tahun 1959, Malaysia bersama-sama Ireland telah mengemukakan usul kepada Persidangan Agung PBB untuk mengecam Republik Rakyat China di atas tindakannya menakluk Tibet. b. Pada bulan Oktober 1961, Malaysia telah menghantar pasukan tentera menyertai pasukan pendamai PBB di Congo (Republik Zaire) untuk mengekalkan keamanan dan mendamaikan perang saudara (1960-1963) . c. Malaysia telah membekalkan sebanyak $ 30 juta untuk membantu PBB menyelesaikan krisis perang saudara di Congo. Malaysia juga telah membeli bon sebanyak $ 600 juta yang dikeluarkan oleh PBB untuk menyelesaikan kewangan yang dihadapi PBB. Selain memberi bantuan, Malaysia turut mendapat bantuan daripada agensi PBB seperti Bank Dunia, UNESCO, WHO, FAO dan ILO.

Pertubuhan Negara-Negara Bekas Tanah Jajahan British (KOMANWEL)

a. Malaysia menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Bekas Tanah Jajahan British (Komanwel) selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia sangat bergantung kepada bantuan Britain dalam soal pertahanan dan keselamatan. Perjanjian Pertahanan Britain- Tanah Melayu membolehkan bantuan tentera kepada Tanah Melayu dalam membanteras ancaman komunis dan ancaman luar. Sebagai negara anggota, barangan eksport Tanah Melayu ke -Britain dan negara-negara anggota lain dikenakan kadar cukai yang rendah. b. Malaysia memainkan peranan penting dalam Rancangan Colombo sebagai negara penerima dan penderma. Sumbangan negara kita adalah dalam bentuk hadiah, latihan dan biasiswa dalam bidang penyelidikan getah serta pengajian Sejarah dan Bahasa Melayu kepada Negara-negara Komenwel yang lain. Malaysia telah mengecam dasar Apartheid

Page 20: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

sejak tahun 1958. c. Tunku Abdul Rahman telah menentang dasar tersebut dan mencadangkan supaya melancarkan sekatan ekonomi terhadap kerajaan Afrika Selatan tetapi tidak begitu berkesan kerana Britain tidak menyokongnya. Walaubagaimana pun, sekatan tersebut menyebabkan Afrika Selatan meninggalkan Komenwel pada tahun 1961.

C. KESIMPULAN

1. Sebagai kesimpulan, dasar luar Malaysia berubah mengikut keadaan yang wujud di rantau Asia Tenggara. Malaysia telah membuktikan usaha yang paling ulung ke atas pakatan kerjasama serantau dengan tertubuhnya ASA.2. Dalam arena antarabangsa Malaysia juga memainkan peranan yang aktif dan membanggakan.

SOALAN 7:

Huraikan sistem feudal yang diamalkan di China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

A. PENGENALAN:1. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia pada abad ke-19 kebanyakan negara Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan merupakan kerajaan berbentuk sistem feudal. Feudalisme bermaksud satu masyarakat yang bersusun lapis mengikut heiraki dan ianya merupakan cara hidup yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ianya juga merupakan satu bentuk kerajaan tempatan yang diperintah oleh individu-individu tertentu yang tidak terikat dengan kerajaan pusat.2. Di Asia Timur iaitu China dan Jepun, sistem feudal dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan memerintah terdiri

Page 21: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

daripada raja dan pembesar sementara golongan yang diperintah pula ialah rakyat.3. Tujuan sistem feudal ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan status golongan tertentu dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian masyarakat.

B) ISI

1) Sistem Feudal Di China

Golongan Pemerintah

a) Maharajai. Maharaja menduduki heiraki tertinggi, memegang kuasa mutlak dan mengawal seluruh masyarakat China, sangat berkuasa dalam bidang pentadbiran iaitu eksekutif, lagislatif dan kehakiman. ii. Baginda mempamerkan dirinya sebagai pemimpin intelektual dan pemimpin agama tertinggi dan menganggap dirinya sebagai ‘Anak Tuhan Dari Syurga’. iii. Maharaja wajib mematuhi etika moral ajaran confucius dan harus menjadi contoh kepada rakyat. Maharaja yang jujur dan berkarisma akan disanjung , dihormati dan ditaati oleh rakyat. Jika berlaku sebaliknya rakyat berhak memberontak dan menggulingkan maharaja itu.

b) Golongan BangsawanLapisan kedua yang memerintah ialah golongan bangsawan terdiri daripada kerabat diraja, bangsawan bergelar dan bangsawan perang (bannerman);

i) Bangsawan Kerabat Maharajaa. Bangsawan kerabat maharaja terdiri daripada kaum lelaki keturunan ‘nunhaci’ yang berjumlah kira- kira 700 orang. b. Sejak kurun ke-16 hingga kurun ke-19, seluruh kehidupan mereka diuruskan oleh maharaja sebagai kumpulan bangsawan yang utama. c. Mereka dianugerahkan oleh maharaja tanah, tempat tinggal rasmi dan elaun dalam bentuk perak dan beras. d. Namun demikian, mereka hidup terasing kerana tidak dibenarkan berhubung dengan pihak berkuasa wilayah dan Sekretariat/Majlis Agung.

ii) Bangsawan Bergelara. Bangsawan bergelar pula terdiri daripada 5 kelas yang tiap-tiap satunya terbahagi pula kepada beberapa kelas mengikut darjat. b. Mereka terdiri daripada 3 kumpulan iaitu Duke (kung), 4 kumpulan bagi tiap-tiap kumpulan Marquis (hon), Earl (po), Viscount (tzu) dan Baron (nan).

Page 22: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

c. Bangsawan bergelar juga mempunyai keistimewaan dan menerima anugerah daripada maharaja seperti beras, perak dan tanah. Sebagai contoh, Duke kelas pertama menerima 260 taels.

iii) Bangsawan Peranga. Bangsawan perang (bannerman) merupakan kumpulan bangsawan yang ketiga. Mereka adalah pemimpin elit tentera yang menjadi teras pertahanan Manchu sehingga kurun ke-19. Sebahagian besar daripada mereka ditempatkan di Peking dan kawasan sekitarnya. Sebahagian lagi di tempatkan di markas-markas tentera yang jauh. b. Mereka diberi layanan yang baik oleh maharaja melalui pemberian pencen tahunan, tanah untuk ternakan lembu, beras dan kain. c. Selalunya bangsawan perang terdiri daripada keturunan Manchu, diberi layanan lebih baik daripada keturunan China dan Monggol. Semua Bannerman (bangsawan perang) adalah dilarang mengambil bahagian dalam perburuhan bagi menjaga maruah dan status sosial mereka. d. Pemimpin tertinggi tentera Manchu boleh membicarakan mereka atas kesalahan-kesalahan tertentu.

Golongan diperintah

a) Sarjanai) Para sarjana menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakat cina dari golongan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada yang lulus peperiksaan awam kerajaan dan juga yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Termasuk dalam kumpulan ini ialah para ‘literati’(persuratan) yang sama ada atau enggan mengambil peperiksaan kerajaan atau telah memiliki ijazah akedemik atau telah menjawat jawatan rasmi dikenali sebagai gentry (Shan-Shin). Golongan Gentri terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang menjadi pegawai kerajaan dikenali sebagai ‘official gentri’ dan yang tidak terlibat dalam birokrasi kerajaan dipanggil ‘skolar gentri’.ii) Golongan Gentri (Shan-Shin) mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat. Official gentry tergolong sebagai birokrat dan menganggotai kelas pemerintah. Skolar gentri pula menjadi orang perantaraan diantara golongan pemerintah dengan golongan diperintah. Mereka selalunya menjadi pemimpin di tempat mereka. Peranan mereka yang dominan dalam masyarakat dan hak-hak unik yang mereka nikmati menjadikan mereka golongan istimewa. Mereka juga adalah bakal-bakal pegawai kerajaan yang akan mengetuai kelas pemerintahan bila tiba masanya. Di samping itu, golongan ini sentiasa menganggap kumpulan mereka sebagai pelindung warisan kebudayaan, prinsip-prinsip moral dan pendidikan masyarakat Cina.b) Petanii) Golongan petani menduduki lapisan kedua selepas golongan sarjana. Golongan ini membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk China. Oleh kerana China sebuah negara argraria, status golongan petani ini lebih tinggi daripada golongan artisan dan saudagar. Mereka mencapai status ini kerana golongan mereka yang besar, menghasilkan makanan dan sumber cukai kepada kerajaan serta membekalkan tenaga kerja untuk projek-projek kerajaan.ii) Pada umumnya, kehidupan petani di kampung-kampung kecil adalah bebas tanpa

Page 23: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

gangguan selagi mereka menjelaskan pembayaran cukai, menunaikan khidmat kerah dan akur dengan tanggungjawab terhadap sistem Poa-chia dan Li-chia. Namun demikian, kehidupan mereka belum tentu selesa dan makmur kerana pendapatan hasil beras daripada tanah yang dikerjakan hanya cukup untuk menyara keluarga. Mereka juga terpaksa menjelaskan bayaran cukai yang tinggi kepada kerajaan atau tuan-tuan tanah feudal.iii) Golongan petani bagaimanapun terbuka kepada mobiliti sosial secara menegak. Seorang anak petani yang pintar selalunya berusaha keras untuk maju dalam pelajaran dan lulus peperiksaan kerajaan serta mendapat ijazah. Kemudian dia menjadi ahli golongan sarjana (Gentri) dan mendapat jawatan yang boleh membawa penghormatan kepada keluarga dan mengelakkan diri daripada kemiskinan.

c) Artisan

i. Golongan artisan berada di lapisan ketiga dalam strafikasi sosial masyarakat Cina selepas Skolar Gentri dan petani. ii. Mereka ini terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit, pelukis, tukang kasut dan seumpamanya. iii. Pekerja-pekerja dalam industri proto seperti menenun kain, melombong, pembuat barangan tembikar dan kertas serta seumpamanya termasuk dalam kumpulan ini. iv. Mereka membentuk persatuan mengikut jenis pekerjaan yang mereka jalankan bagi menetapkan harga barangan dan mutu yang dikeluarkan. v. Umumnya pendapatan mereka lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial adalah lebih rendah.

d) Saudagar

i. Golongan saudagar menduduki lapisan sosial paling bawah. ii. Mereka terdiri daripada bukan sahaja peniaga-peniaga kaya yang memegang monopoli tetapi juga peruncit-peruncit, dan kerani. iii. Saudagar teh, sutera dan garam menjadi kaya raya serta menikmati hidup mewah. iv. Beberapa firma antarabangsa juga mencapai kekayaan dan terkenal. Walaupun kaya dan mempunyai perniagaan yang besar tetapi status sosial mereka lebih rendah berbanding Skolar Gentri dan golongan petani. v. Kegiatan mereka mengejar keuntungan dianggap bertentangan dengan ajaran Confucius.

e) Masyarakat Tanpa Kelas

i. Dalam masyarakat Cina, terdapat satu kumpulan masyarakat yang disisih atau tanpa kelas. Mereka ini terdiri daripada penyanyi, penghibur, peminta sedekah, pelacur, pelakon dan buruh kasar tertentu digelar ‘palani’. ii. Mereka ini disekat daripada menikmati peperiksaan kerajaan. Bagaimanapun, Maharaja Yung Cheng (1723-1735)telah membebaskan mereka daripada sekatan-sekatan tersebut.

Page 24: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2) Sistem Feudal Di Jepun

Golongan Pemerintah

a) Maharajai. Di Jepun, Maharaja tidak berkuasa langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan. Kehidupan Maharaja di Kyoto dikawal ketat oleh Shogun dengan pelbagai undang-undang dan peraturan. Di Jepun, Maharaja dibonekakan dan terbelenggu di istana.

b) Shoguni. Shogun Tokugawa adalah panglima tertinggi tentera di Jepun dan merupakan pemerintah diktator yang menampilkan dirinya sebagai pemimpin di lapisan teratas, memiliki autoriti pentadbiran tertinggi meliputi seluruh rakyat dan istana termasuk maharaja. ii. Shogun sangat dihormati, ditakuti dan digeruni. iii. Shogun menguasai hampir seluruh tanah di Jepun dan membentuk hampir 30% daripada keluaran hasil pertanian negara.

c) Daimyo/Tuan Tanah/Land lordi. Daimyo terletak dilapisan selepas Shogun. Mereka diklasifikasikan mengikut hubungan dan pertalian darah dengan Shogun iaitu Daimyo Sanke yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Tokugawa dan dibahagi kepada Kii, Owari danMito.ii. Sunkyo bermaksud tiga pembesar yang mempunyai pertalian dengan Tokugawa. Mereka memakai nama keluarga mereka iaitu Toyasu, Hitotsubashu dan Shimizan.iii. Koman bermaksud rumpun keluarga berkait. Bilangan mereka lebih ramai dan memakai nama keluarga mereka iaitu Matsudaimo. iv. Fudai merupakan penyokong kuat Tokugawa yang berjumlah 120 orang. Mempunyai hak istimewa seperti boleh menjadi anggota dua Majlis Negeri.v. Tozama terdiri daripada tuan-tuan tanah feudal dan terpaksa tunduk kepada Tokugawa. Mereka dilarang memegang jawatan di peringkat pusat kerana dicurigai sebagai golongan penentang. Golongan Diperintah

a) Samuraii. Menduduki hierarki tertinggi dalam golongan diperintah. Hanya segelintir samurai dibenarkan memiliki tanah sendiri. Samurai biasanya tidak mempunyai tanah dan upah mereka dibayar dalam bentuk beras. Di zaman keamanan, peranan samurai mula berubah dan menjadi pentadbir ladang, wilayah, mengurus kewangan, mengawal dusun dan utusan.ii. Samurai dibahagi kepada tiga kelas iaitu kelas teratas di mana bilangan mereka tidak ramai, kelas sederhana adalah taraf samurai sebenarnya dan kelas bawahan merupakan tentera berjalan kaki.b) Petanii. Golongan ini sangat dihormati dan dianggap sebagai asas pembinaan negara kerana petani terikat dengan tanah.

Page 25: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

ii. Mereka menghasilkan beras dan membayar cukai feudal. Di zaman Tokugawa, golongan ini terikat dengan tanah dan tidak boleh menukar pekerjaan. Setelah berlaku perubahan ekonomi, golongan petani mula terlibat dalam kegiatan lain yang berkaitan dengan pertanian seperti menghasilkan sutera, kertas, lilin, menekap kain dan lain-lain. iii. Ada juga yang terlibat dalam pertanian konglomerat, menjadi pekedai runcit, peminjam wang disamping kekal sebagai tuan tanah. Walaupun golongan ini mengecap kekayaan tetapi taraf sosial mereka masih tidak berubah.

c) Artisani. Golongan ini memainkan peranan yang penting tetapi status sosial mereka lebih rendah daripada petani. Mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah, tukang besi, tukang tembaga, tukang jahit dan lain-lain.ii. Walaupun berpendapatan lebih tinggi daripada petani tetapi status sosial mereka lebih rendah.

d) Saudagar/ Pedagangi. Menduduki lapisan paling bawah dalam struktur sosial masyarakat Jepun. Saudagar menguasai perdagangan tempatan yang kompleks merangkumi pelbagai jenis pekerjaan seperti jualan barangan, gudang, pengangkutan, broker beras, pertukaran wang dan pinjaman wang. Mereka juga merupakan golongan yang memanipulasi pelbagai perniagaan.ii. Golongan saudagar juga menubuhkan persatuan dan melindungi diri mereka melalui tindakan berkumpulan. Mereka adalah golongan yang kaya tetapi status mereka kekal di lapisan paling bawah.

C) KESIMPULAN:1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun mula berubah setelah campur tangan kuasa-kuasa Barat. Di negara China, sistem feudal ini mengalami perubahan setelah berlaku kemasukan kuasa-kuasa asing dan perubahan politik China terutama melalui dasar pembaharuan serta perubahan daripada Dinasti Manchu kepada kerajaan Republik mulai tahun 1911.2. Di Jepun, perubahan turut berlaku apabila Shogun Tokugawa telah dijatuhkan dan digantikan dengan Maharaja Meiji. Baginda telah mengadakan pembaharuan-pembaharuan di Jepun meliputi aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial. Sistem ekonomi wang telah menyebabkan golongan saudagar menjadi golongan penting semasa zaman Maharaja Meiji.

Page 26: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

SOALAN 8

Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19.

A) PENGENALAN

1. Agama bermaksud sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sebuah masyarakat yang merupakan satu bentuk pegangan idea, pelakuan terhadap kuasa ghaib dewa-dewi, kuasa halus, roh termasuk upacara tertentu dan pantang larang.2. Kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di China ialah kepercayaan Animisme, Buddha, Confucianisme, Taoime, Islam dan Kristian.3. Masyarakat di Jepun pula mengamalkan agama Buddha dan Shintoisme.

B) ISI

1. Kepercayaan dan agama di China

i. Kepercayaan Animisme

a) Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling alam seperti pokok, batu, gunung dan sungai mempunyai semangat dan roh.b) Semangat ini perlu dihormati dan dipuja supaya mereka tidak ditimpa sebarang malapetaka. Kepercayaan ini menyebabkan mereka menghormati dan memuja benda-benda di sekeliling sebagai benda yang suci supaya kehidupan mereka selamat.c) Kepercayaan anamisme adalah berdasarkan tanggapan bahawa kehidupan tidak terhenti selepas kematian. Orang yang mati terus hidup di dunia yang lain dan orang yang masih hidup di dunia ini dapat berhubung dengan orang yang mati.d) Konsep kepercayaan tersebut menyebabkan masyarakat lama memuja roh nenek moyang dengan mengadakan pelbagai upacara dan penyembahan. Pemujaan ini dilakukan kerana dianggap mempunyai kesaktian jelmaan tuhan.

ii. Confucianisme

a) Diasaskan oleh Kung Fu Tze yang mementingkan konsep Li dan ajarannya terdapat dalam bukunya ‘Analekta’ dan mengamalkan konsep ‘Jen’.b) Ia merupakan falsafah yang berkaitan dengan tradisi etika iaitu idea pemerintah dijadikan pegangan hidup dan hormat-menghormati dalam keluarga dan unit keluarga ialah asas kepada keamanan negara.c) Ia juga menekankan bahawa ibu bapa yang mesti dihormati. Oleh itu, penganut ajaran ini akan mengadakan upacara menyembah roh nenek moyang.d) Ajaran Confuciunisme telah membentuk aliran falsafah yang utama di China dan seterusnya ajaran ini menjadi asas kepada kebudayaan Cina. Kepentingan ajaran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam yang menjadi syarat khas kepada perlantikan pegawai-pegawai kerajaan. Sistem peperiksaan awam telah menjadikan ajaran Confucios

Page 27: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

sebagai elemen utama dan mereka yang akan mempelajari secara mendalam akan lulus peperiksaan tersebut.

iii. Taoisme

a) Diasaskan oleh Lao Tze dan Chuang Tze. Ajarannya terkandung dalam bukunya ‘Tao Te Ching’ yang menekankan keharmonian manusia dengan alam.b) Tao bererti cara atau jalan bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta dan menyeru manusia supaya hidup sederhana.c) Ia mahukan kerajaan yang paling sedikit pemerintah dengan sedikit peraturan dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat di selatan China.d) Lao Tze pernah menekankan keharmonian manusia dengan alam sejagat dan menyatakan bahawa Tao adalah satu cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta.e) Perkara yang ideal bagi pengikut Tao ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan hidup sederhana. Ajaran Tao menggalakkan pengikutnya menghafal kitab suci Taoisme dan mendekatkan diri dengan alam dengan cara meditasi serta memakan makanan tertentu.f) Taoisme tidak menyokong kerajaan-kerajaan disifatkan sebagai ciptaan manusia dan menganggu alam semulajadi. Bagi penganut-penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan paling sedikit memerintah.g) Menurut kata seorang pengikut Tao, Lebih banyak undang-undang dan peraturan yang dikenakan lebih banyak lagi pencuri dan penganas” atau kerajaan yang menguatkuasakan pelbagai undang-undang akan menghadapi banyak masalah dan jenayah.h) Taoisme diamalkan oleh rakyat biasa kerana falsafahnya mudah difahami. Penekanan ajaran Taoisme terhadap keharmonian dengan alam semesta telah mendorong pengikutnya menerokai sains dan teknologi.

iv. Buddha

a) Diasaskan oleh Putera Siddharta Gautama di India yang melarang manusia berbuat jahat dan kekejaman sesama manusia.b) Ia menyentuh konsep ‘Ahimsa’ iaitu tidak melakukan kekasaran ke atas makhluk di dunia dan tidak mengamalkan kasta, berasaskan kepada 4 kebenaran mulia dan jalan lapan lapis.c) Pengaruh agama Buddha lebih berfokus kepada mazhab Mahayana iaitu menekankan pencapaian dan tindakan individu dalam kehidupan. Biara-biara Buddha didirikan di negara China. Biara-biara ini menjadi pusat keagamaan dan pusat seni pertahankan diri.d) Agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah pencapaian nirvana iaitu tahap kebahagian yang kekal dan tidak dilahirkan selepas beberapa kelahiran.

Page 28: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

v. Islam

a) Agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhamad SAW di Mekah pada 610 M dan menekankan keEsaan kepada Allah. Ajarannya berasaskan akidah dan hukum syariah yang berpandukan Al- Quran dan Hadis.b) Islam di China turut melahirkan sarjana Islam seperti Liu Zhi yang menulis buku Etika dalam Islam dan Yusof Ma Dexin menulis buku Kitab Ajaran Suci.

vi. Kristian

a) Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jurusalem. Terdapat dua kitab suci dalam agama Kristian iaitu Old Testament dan New Testament. Agama Kristian menekankan konsep kasih sayang, pengampunan sesama manusia dan kesempurnaan hidup di akhirat.b) Agama Kristian disebarkan oleh pedagang-pedagang dan mubaligh-mubaligh barat. Agama Kristian menjadi agama rasmi di Filipina dan terdapat juga penganut Kristian di Indonesia, Thailand, Vietnam, China dan India.

2. Kepercayaan dan Agama di Jepun.

i. Shintoisme

a) Shinto merupakan satu jenis pemujaan terhadap alam dan roh nenek moyang. Shinto menekankan kepada kepercayaan animisme iaitu percaya kepada semangat atau roh yang disebut sebagai Kami yang terdapat di sekeliling manusia yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Kami menentukan perjalanan hidup masyarakat. Oleh itu, penganutnya mengadakan pelbagai upacara dan perayaan untuk menghormati Kami..b) Agama Shinto yang diamalkan oleh masyarakat Jepun tidak mempunyai patung atau gambar tuhan. Mereka tidak menganggap tuhan sebagai luar biasa tetapi sebaliknya sebagai tenaga kabur. Upacara dalam agama Shinto adalah ringkas tanpa korban darah dan berdasarkan kepada idea tentang kesucian upacara dan mengelakkan daripada segala yang tidak suci.c) Penganut Shinto diajar supaya menggemari alam semesta dan menghormati nenek moyang. Mereka percaya wujudnya dewa-dewi dan melakukan pemujaan terhadap Dewi Ametriasu. Mereka juga percaya bahawa Maharaja Jimmu berasal dari Dewi Matahari.d) Pada pertengahan abad ke-19, agama Shinto terbahagi kepada dua iaitu Sect Shinto dan State Shinto iaitu agama yang menyembah maharaja dengan tujuan untuk menguatkan semangat kebangsaan Jepun.e) Agama Shinto telah membentuk falsafah masyarakat Jepun. Menurut ajaran Shinto, manusia adalah baik dan tidak berdosa dan manusia perlu patuh kepada Kami. Oleh itu, upacara memperingati Kami seperti pesta menuai, menanam dan menjaga tanaman daripada gangguan binatang dan alam semulajadi telah diadakan. Matsuri adalah upacara yang popular dalam agama Shinto.

Page 29: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

f) Dalam falsafah Shinto, terdapat tiga alam iaitu takama no hara ( syurga ), yomi no kuni( neraka ) dan tokoyo no kuni ( dunia ). Agama Shinto meletakkan dunia sebagai tumpuan utama dan mempercayai adanya kehidupan selepas mati. Sehubungan itu, kerajaan Jepun telah mendirikan beribu-ribu rumah berhala.

ii. Buddha

a) Diasaskan oleh Putera Siddharta Gautama di India yang melarang manusia berbuat jahat dan kekejaman sesame manusia.b) Ia menyentuh konsep ‘Ahimsa’ iatu tidak melakukan kekasaran ke atas makhluk di dunia dan tidak mengamalkan kasta, berasaskan kepada 4 kebenaran mulia dan jalan lapan lapis.c) Agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab iaitu Mazhab Hinayana dan Mahayana. Mazhab Hinayana menekankan kehidupan secara bermasyarakat dan Mahayana lebih menekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam kehidupan. Penganutnya banyak terdapat di Jepun.d) Di Jepun, agama Buddha telah diperibumikan melalui proses asimilasi untuk disesuaikan dengan masyarakat di Jepun. Agama Buddha tidak menghadapi sebarang masalah untuk wujud bersama budaya dan agama Shinto. Contohnya, upacara perkahwinan dilakukan dengan ritual Shinto dan kematian pula dengan ritual Buddha.e) Pada zaman pemerintahan Tokugawa, agama Buddha telah dijadikan alat untuk mengawal rakyatnya.

C) KESIMPULAN

1. Kepercayaan dan agama menjadi satu aspek yang penting dalam membentuk kehidupan masyarakat dan corak pemerintahan Negara China dan Jepun.

2. Kehadiran kuasa-kuasa barat di China dan Jepun berjaya mengubah nilai-nilai hidup masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan mula beralih kepada ajaran-ajaran dan agama yang dibawa oleh kuasa-kuasa Barat. Pegangan masyarakat tempatan terhadap agama-agama dan kepercayaan tempatan menjadi semakin longgar.

Page 30: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

SOALAN 9:

Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19.

A. PENGENALAN

a. Pengilhakan merupakan suatu proses penguasaan Barat ke atas negara-negara luar demi memenuhi keperluan politik dan ekonomi mereka.

b. Di India, British telah melaksanakan dasar pengilhakan dengan jayanya melalui tiga zaman yang berbeza-beza. Zaman Lord William Bentinck berlaku pada tahun 1824-1835, zaman Lord Ellenborough tahun 1836-1846 dan zaman Lord Dalhousie berlaku pada tahun 1846-1856.

c. Manakala di Vietnam, Perancis juga telah melaksanakan dasar yang melibatkan beberapa kawasan seperti Tourane dan Saigon, Tongking dan Annam. Melalui dasar tersebut akhirnya British berjaya menguasai India manakala Perancis berjaya menduduki Vietnam.

B. ISI

a. Pengilhakan British ke atas India.

1. Dasar pengilhakan Lord William Bentinck (1824-1835)

i. Semasa Lord William Bentinck menjadi Gabenor Jeneral India, beliau telah melakukan ugutan ke atas pemerintah tempatan dan akhirnya telah berjaya mengilhakan beberapa buah wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore.

ii. Lord William Bentick telah berjaya menguasai Cachar apabila rajanya meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Keadaan menjadi lebih mudah kerana adanya permintaan daripada penduduk tempatan agar negerinya diperintah oleh British.

iii. Di Coorg dan Mysore beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan saksama. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau untuk memerintah negeri tersebut.

iv. Manakala di Jaintia pula, pengilhakan berlaku apabila rajanya enggan menyerahkan kembali penculik rakyat Inggeris kepada British.

Page 31: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836-1846)

i. Sepanjang pemerintahan beliau beberapa wilayah telah berjaya diletakkan di bawah penguasaan British, antaranya wilayah Sind dan Gwalior.

ii. Sejak tahun 1809, Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823 satu perjanjian telah ditandatangani di antara Sind dan British. Hasil perjanjian ini, pedagang dan saudagar British dibenarkan menggunakan sungai dan jalan raya tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut.

iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afgan, Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind.

iv. Ellenborough berhasrat merampas wilayah Sind, lalu membuat beberapa tindakan ke atas pemerintah tempatan. Ekoran itu, Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Satu perjanjian baru telah dibuat dengan Amir-Amir di Sind. Mereka telah dipaksa supaya menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British diakui sah.

v. Tindakan tersebut telah menyebabkan Amir-Amir Sind marah dan bertindak menyerang residen British. Namun Amir-Amir ini berjaya ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Akhirnya Sind berjaya dirampas dan diletakkan di bawah jajahan British di India.

vi. Ellenboroug juga telah berjaya mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar melalui Kaedah Undang-Undang Lesap Waris apabila berlaku kematian ke atas Dhulat Kao Sindhia yang amat digeruni.

3. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)

i. Sepanjang penguasaan beliau, Lord Dalhousie telah berjaya mengilhakan beberapa buah wilayah di India melalui tiga kaedah iaitu ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, ‘Undang-Undang Lesap Waris’ dan ‘Kebaikan Untuk Diperintah’.

ii. Melalui ‘Hak Menakluk Kuasa Agung’, Dalhousie telah mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh di Gujerat. Akhirnya wilayah Punjab berjaya diilhakkan.

iii. Lord Dalhousie juga dilihat paling berjaya dalam pemerintahannya apabila banyak wilayah India berjaya diletakkan di bawah penguasaannya melalui kaedah ’Undang-Undang Lesap Waris’ atau dikenali dengan ‘Doctrin of Lapes’. Menurut Doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas mangkat, negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya. Dalhousie tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Di Jhansi misalnya, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh Dalhousie. Beberapa wilayah lain yang berjaya diilhakan melalui kaedah

Page 32: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

ini ialah Satara, Jaitpur, Baghat, Samalpur dan lain-lain.

iv. Manakala melalui kaedah ’Kebaikan Untuk Diperintah’, ianya dilaksanakan atas alasan penganiayaan, kezaliman, dan ketidakadilan politik tempatan. Misalnya Qudh telah diletakkan di bawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh asalnya dikuasai oleh Nawab Khan yang sentiasa berada dalam keadaan huru-hara dan penuh dengan amalan rasuah. Dalhousie bertindak dengan membuat perjanjian dengan Qudh yang akhirnya meletakkan Qudh di bawah penguasaan SHTI, manakala pemerintahnya Nawab dibenar mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menerima dan menandatangani perjanjian tersebut, Dalhousie telah bertindak mengilhakan wilayah tersebut atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

b. Pengilhakan Perancis ke atas Vietnam

1. Pengilhakan Tourane dan Saigon.

i. Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long di Vietnam, baginda telah mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa Barat khususnya Perancis. Malah, beliau telah melantik Bishop Pigneau sebagai Menteri Besar kerajaannya. Baginda amat bertolak ansur dengan penganut agama Kristian walaupun baginda sendiri merupakan pengamal Kung Fu Tze yang setia.

ii. Selepas kemangkatan Maharaja Gia Long, pengganti-pengganti beliau tidak lagi menjalinkan hubungan yang baik dengan Perancis. Sebaliknya mereka telah bertindak melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap mubaligh Kristian. Kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam telah disekat sama sekali terutama semasa pemerintahan Maharaja Mihn Mang.

iii. Ekoran daripada tindakan pemerintah Vietnam itu telah menyebabkan wujudnya permusuhan di antara Vietnam-Perancis. Permusuhan ini sampai ke kemuncak semasa Vietnam berada di bawah pemerintahan Maharaja Tu Duc. Kemuncaknya pada tahun 1851 Paderi Augustin Schoeffler telah dibunuh dan diikuti pembunuhan Paderi Jeon-Louis Bernard pada tahun 1852. Paderi Sepanyol Bishop Diaz juga turut dihukum bunuh di Tongking atas alasan terlibat dalam pemberontakan tempatan menentang pemerintahan Maharaja Tu Duc.

iv. Peristiwa pembunuhan tiga orang paderi Kristian tersebut telah memaksa Raja Perancis Nepoleon III bertindak melakukan serangan ke atas Vietnam. Serangan tersebut telah menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

v. Akhirnya Maharaja Tu Duc mengaku kalah dan menandatangani satu perjanjian dengan Perancis pada bulan Jun 1862. Di antara syarat perjanjian tersebut ialah Vietnam terpaksa menyerah tiga wilayah ke Cochin-China kepada Perancis. Beberapa pelabuhan seperti Tourane, Balat dan Kaung Anh dibuka kepada perdagangan Perancis. Dalam aspek keagamaan pula, mubaligh Kristian dibenarkan menyebar agama Kristian di Vietnam. Manakala orang Perancis pula dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Merah

Page 33: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

hingga ke Yunnan

2. Pengilhakan Tongking

i. Kepentingan dan desakan ekonomi telah menyebabkan Perancis terpaksa menduduki Tongking. Malah Perancis amat bimbang dengan persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc yang melampau telah memaksa Perancis menakluki Tongking. Proses tersebut dilakukan oleh beberapa pemimpin Perancis seperti Francis Garnier, Jean Dupuis dan Admiral Merie Jules Dupre.

ii. Pada tahun 1873 Jean Dupuis telah dilarang berniaga garam kerana telah menjadi perdagangan monopoli Mandarin Vietnam. Perancis bertindak balas dengan menguasai Hanoi. Gabenor Dupre kemudiannya menghantar tentera pimpinan Garnier ke Hanoi di samping memperkukuhkan kedudukan Perancis di Tongking. Walaubagaimanapun pengilhakan ke atas Tongking dibatalkan pada tahun 1874 setelah mendapat arahan daripada Perdana Menteri Perancis.

iii. Pengilhakan kali kedua ke atas Tongking dan Annam kemudiannya disempurnakan semasa pemerintahan Jules Ferry. Alasan utama yang digunakan oleh Ferry untuk mengilhakan Tongking ialah kerana berlaku kekacauan sosial dan politik. Pada bulan April 1882 angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan berjaya menakluki Tongking. Pada 25 Ogos 1883 Maharaja Hiep-Hoa terpaksa menandatangani persetiaan dengan Perancis. Ekoran daripada itu, wilayah Tongking dan Annam telah menjadi naungan Perancis yang sah.

C. KESIMPULAN

1. Jelas menggambarkan bahawa British dan Perancis telah berjaya mencapai matlamat politiknya. British berjaya menguasai India dengan kaedah pengilhakan iaitu melalui perang, doktrin dan alasan penyelewengan pentadbiran. Manakala Perancis pula berjaya mengilhakan Vietnam dengan alasan melindungi keselamatan mubaligh-mubaligh Kristian di Vietnam.

2. Campur tangan tersebut telah menyebabkan berlakunya pelbagai perubahan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial tempatan yang akhirnya membawa kepada kebangkitan dan penentangan masyarakat tempatan

SOALAN 10

Page 34: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa barat pada abad ke-19

A) PENGENALAN

1. Sepanyol telah menjajah Filipina pada pertengahan abad ke-16. Sejak dari itu, rakyat Filpina tidak puas hati dengan corak pentadbiran Sepanyol di Filipina. Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa penentangan rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol di Filipina sepanjang abad ke-19.

2. Sementara kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia pula telah menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan Indonesia yang mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke-19.

B) ISI

1.Tindak balas di Indonesia

a) Penentangan di Sulawesi. (1811)

i. Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi diketuai oleh Lavi Bone. Pada tahun 1811, angkatan perang Lavi Bone telah menyerang pihak Belanda tetapi berjaya dikalahkan oleh Belanda.ii. Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi berakhir apabila Belanda bertindak menakluki Makasar pada tahun 1905.

b) Penentangan Sapurua di Maluku. (1817)

i. Penentangan Sapurua di Maluku tercetus akibat daripada tindakan Belanda memaksa penduduk Maluku melaksanakan siste, serahan dan melakukan kerja wajib.ii. Penentangan ini diketuai oleh Thomas Matelusia. Beliau bertindak menyerang dan menakluki Kubu Belanda di Maluku pada April 1817. Penentangan ini berakhir apabila Belanda bertindak menangkap Thomas Matelusia pada bulan Ogos 1817.

c) Perang Paderi. (1819)

i. Pengaruh Gerakan Wahabi telah memasuki Sumatera Barat pada awal abad ke-19. Golongan Wahabi menentang perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. Golongan Wahabi telah berjaya menguasai kerajaan Minangkabau.ii. Pada tahun 1819, Belanda telah bertindak memerangi golongan Wahabi di Minangkabau. Golongan Wahabi yang diketuai oleh Tengku Imam Bonjol terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Belanda pada tahun 1825.

d) Perang Jawa. (1825)

Page 35: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

i. Perang Jawa meletus antara tahun 1825 – 1830 di bahagian Jawa Tengah. Perang Jawa dipimpin oleh Dipo Negora iaitu seorang Putera Diraja Kerajaan Jogjakarta.ii. Perang Jawa meletus disebabkan :-

• Perasaan tidak puas hati golongan Bangsawan Pulau Jawa

• Perasaan tidak puas hati golongan petani Jawa

• Masalah perubatan takhta kerajaan Jogjakarta

• Keengganan Belanda mengiktiraf Dipo Negora sebagai pemimpin agama Islam di Pulau Jawa

• Kepercayaan penduduk Jawa tentang kemunculan seorang Putera Pembebas atau Ratu Adil.

• Keputusan kerajaan Belanda membina jalan raya melintasi tanah milik kerajaan Dipo Negora.

iii. Perang Jawa tamat pada tahun 1830 selepas Belanda menangkap Dipo Negora. Beliau telah dibuang ke Menado dan seterusnya Makasar. Beliau meninggal dunia di Makasar pada tahun 1855.

e) Penentangan di Banjarmasin. (1857)

i. Penentangan terhadap Belanda di Banjarmasin tercetus akibat daripada pihak Belanda dalam masalah takhta kerajaan Banjarmasin.ii. Selepas Sultan Ahmad mangkat pada tahun 1857, Tamjid Ulah, cucu Sultan Adam yang mendapat sokongan Belanda telah dilantik sebagai pengganti. Tindakan ini menyebabkan Pangeran Hidayat iaitu saudaranya tidak puas hati. Ini telah menyebabkan Tamjid Ulah turun daripada tahkta kerajaan Banjarmasin.iii. Belanda bertindak menghapuskan kesultanan Banjarmasin pada tahun 1860. Tindakan ini mendapat tindakbalas Pangeran Hidayat. Namun begitu, Pangeran Hidayat akhirnya menyerah kalah pada Belanda pada tahun 1862.

f) Perang Acheh. (1873)

i. Perang Acheh meletus akibat daripada tindakan Belanda ingin menguasai perdagangan di Acheh.ii. Pada tahun 1873, angkatan Belanda menyerang Acheh tetapi berjaya dikalahkan oleh angkatan Acheh. Pada tahun 1874, angkatan Belanda berjaya menguasai Istana Acheh.iii. Perjuangan menentang Belanda di Acheh berakhir apabila Acheh menyerah kalah pada tahun 1903.

Page 36: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Tindak balas di Filipina

a) Pemberontakan Casi. (1807)

i. Pada tahun 1807, kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri membuat casi atau arak di Filipina.ii. Industri membuat casi atau arak merupakan pekerjaan tradisi Filipina yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk Filipina.iii. Pengharaman industri membuat casi telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan casi di wilayah Ilcendia Filipina pada tahun 1807.

b) Pemberontakan Sarat. (1815)

i. Pemberontakan Sarat tercetus akibat daripada tindakan pihak Sepanyol memperkenalkan sistem Polo dan sistem Vandala di Filipina.ii. Kedua-dua sistem ekonomi ini telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan Sarat pada tahun 1815.

c) Pemberontakan Novales. (1823)

i. Pada tahun 1823, pihak tentera Filipina telah memberontak menentang tentera Sepanyol disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera. Amalan diskriminasi ini telah menjejaskan imej dan maruah tentera Filipina (kiv).ii. Justeru , pasukan tentera Filipina bertindak menyerang Manila dan hampir-hampir menawannya.

d) Pemberontakan Tayabas. (1840 – 1841)

i. Pemberontakan Tayabas dilakukan oleh Paderi Filipina menentang Paderi Sepanyol disebabkan wujudnya diskriminasi antara Paderi Filipina dengan Paderi Sepanyol di gereja.ii. Pemberontakan Tayabas dipimpin oleh Appolinario De la Cruz. Pemberontakan meletus antara tahun 1840-1841 tetapi gagal dan Appolinario De La Cruz telah dibunuh.

e) Pemberontakan Tagalog. (1871)

i. Pemberontakan Tagalog merupakan tindak balas tentera bangsa Filipina menentang Sepanyol bagi menuntut persamaan hak.

f) Pemberontakan Cavite. (1872)

i. Pemberontakan Cavite meletus pada bulan Januari 1872 di gudang senjata Cavite.ii. Pemberontakan ini melibatkan 200 orang tentera Filipina yang diketuai oleh Sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai kerajaan Sepanyol. Namun begitu, pemberontakan ini dengan mudah sahaja dihapuskan oleh pihak Sepanyol.

Page 37: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

g) Gerakan Propaganda (1882)

i. Gerakan Nasionalisme Filipina berkembang di bawah gerakan Propaganda mulai tahun 1882.ii. Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual dan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutama Sepanyol. Antara mereka ialah Jose Rizal, Marcelo De Pillar dan Lopez Jaena(kiv).iii. Golongan intelektual dan pelajar Filipina menggunakan penulisan dengan cara menerbitkan novel dan akhbar bagi membantah dasar pemerintahan Sepanyol di Filipina.iv. Antara novel yang dihasilkan ialah “ Noli Me Tenggere” dan “El-Filibuterismo” karya Jose Rizal. Sementara akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah “La Solidaridad”.v. Novel-novel dan akhbar La Solidaridad serta tulisan lain diseludup ke Filipina bagi membangkitkan semangat rakyat tempatan bagi menentang pemerintahan Sepanyol.

h) Liga Filipina (1892)

i. Ditubuhkan oleh Jose Rizal. Tujuan penubuhannya ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme dan menitikberatkan kemajuan ekonomi rakyat Filipina.ii. Liga Filipina telah diharamkan oleh Sepanyol pada 7 Julai 1892. Sementara Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang ke Daerah Dapitan di Kepulauan Mindanao.

i) Pemberontakan KATIPUNAN. (1896)

i. Katipunan diasaskan oleh Andress Bonifacio pada bulan Julai 1892. Sebuah pertubuhan bercorak radikal dan revolusiner.ii. Katipunan bertindak melancarkan pemberontakan bersenjata menentang Sepanyol pada 30 hb Ogos 1896. Namun begitu pemberontakan bersenjata Katipunan telah gagal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol di Filipina.

j) Tindakbalas terhadap Amerika. (1898)

i. Amerika Syarikat telah bertindak menjajah Filipina selepas Sepanyol menyerah kalah.ii. Tindakan(kiv) Amerika Syarikat telah ditentang hebat oleh KATIPUNAN yang dipimpin oleh Aguinaldo.iii. Pemberontakan ini gagal apabila Amerika Syarikat berjaya menumpaskan Aguinaldo pada tahun 1901. Pada bulan Mac 1901, Aguinaldo telah ditangkap oleh Amerika Syarikat.

C) KESIMPULAN

1. Tindakbalas masyarakat peribumi di Indonesia dan Filipina telah gagal untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.

2. Sebaliknya tindakbalas rakyat Filipina telah menyebabkan Filipina dijajah pula oleh Amerika Syarikat. Sementara penentangan di Indonesia telah megukuhkan lagi

Page 38: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

kedudukan Belanda di Indonesia.

SOALAN 11

Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun (1941-1945) terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma.

A) PENGENALAN

1. Pada bulan Februari 1942, Jepun telah menyerang dan menawan Sumatera. Pada bulan Mac 1942, Jepun telah menawan Pulau Jawa dan seluruh Indonesia. Pendudukan Jepun di Indonesia telah tamat pada bulan Ogos 1945 dan telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.

Page 39: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Jepun telah menyerang Burma pada bulan Disember 1941. Menjelang bulan Mei 1942, Jepun telah berjaya menakluki seluruh negara Burma. Pendudukan Jepun di Burma berakhir pada bulan Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah memberi kesan penting terhadap perkembangan nasionalisme Burma dan telah menpercepatkan pencapaian kemerdekaan Burma.

B) ISI1. Kesan pendudukan Jepun di Indonesia

a) Kemerosotan maruah Belanda

i. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemenangan Jepun telah membuktikan Belanda boleh dikalahkan dan telah menyemarakkan semangat anti-Belanda dalam kalangan penduduk Indonesia.

b) Pengalaman dalam bidang pentadbiran

i. Selepas menakluki Indonesia, Jepun menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk mentadbir Indonesia. Justeru, Jepun bertindak melantik golongan terpelajar Indonesia memegang jawatan dalam bidang pentadbiran dan teknikal$ di Indonesia.

ii. Tindakan Jepun ini telah mengukuhkan lagi keyakinan diri dalam kalangan golongan terpelajar Indonesia bahawa mereka mampu untuk mentadbir Indonesia sendiri.

c) Penggunaan Bahasa Indonesia

i. Bagi menghapuskan pengaruh Barat di Indonesia, Jepun telah mengharamkan penggunaan bahasa Belanda dan Inggeris. Penggunaan bahasa Jepun digalakkan. Memandangkan bahasa Jepun tidak diketahui oleh kebanyakan orang Indonesia, penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan telah dipertingkatkan lagi.ii. Pengunaan bahasa Indonesia telah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan nasionalis Indonesia.

d) Penubuhan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

i. Jepun telah memberi kebebasan politik kepada para nasionalis Indonesia. Ini adalah kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan mereka untuk mengeksplotasi pendudukan dan sumber Indonesia bagi kepentingan Jepun.

ii. Justeru, Jepun telah bertindak membebaskan semua pemimpin nasionalis Indonesia yang telah dipenjarakan oleh Belanda seperti Sukarno, Dr Muhamad Hatta, Sultan Sjahrir dan lain-lain dari penjara pada tahun 1942.

iii. Dengan sokongan Jepun, Sukarno dan Dr. Muhamad Hatta telah menubuhkan Pusat

Page 40: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 9hb Mac 1943 dan telah dipengerusikan oleh Sukarno.

iv. Penubuhan PUTERA telah menambahkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan.

v. Sukarno dan Dr Muhamad Hatta telah diberi kebebasan untuk berpidato dan bergerak di seluruh Indonesia

e) Penubuhan Tentera Pembela Tanah Air (PETA)

i. Tentera Pembela Tanah Air (PETA) telah ditubuhkan pada bulan September 1943 dan berada di bawah naungan PUTERA.

ii. PETA dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan menerima latihan ketenteraan dari pihak Jepun. Tujuan penubuhan PETA ialah untuk mempertahankan Indonesia dari sebarang serangan kuasa Berikat.

iii. Pada pertengahan tahun 1945, bilangan ahli PETA ialah 120,000 orang.

iv. PETA merupakan tulang belakang tentera nasionalis yang menentang kemasukan semula Belanda ke Indonesia selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.

v. Semangat anti-penjajahan dan anti-Jepun telah berkembang dalam kalangan tentera PETA akibat propaganda Sukarno dan pemimipin nasionalis Indonesia yang lain.

f) Penubuhan Persatuan Belia dan Pelajar

i. Jepun juga bertindak menubuhkan beberapa pertubuhan belia dan pelajar seperti Seinandan (1942), Garkutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda (1944).

ii. Golongan belia dan pelajar dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut telah diberi pendedahan politik dan latihan tentera.

iii. Pada bulan Oktober 1944, Jepun telah menubuhkan sebuah sekolah iaitu Asrama Indonesia Merdeka di Jakarta.

iv. Pemimpin-pemimpin nasionalis Indonesia seperti Dr. Muhamad Hatta dan Sultan Sjahrir telah member ceramah-ceramah di sekolah tersebut. Ceramah-ceramah ini telah membangkit semangat kebangsaan dalam kalangan pelajar dan belia Indonesia.

g) Penubuhan Masjumi

Page 41: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

i. Pihak Jepun telah membantu menubuhkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASJUMI) pada Oktober 1943.

ii. Jepun ingin menggunakan MASJUMI untuk mendapatkan sokongan rakyat Indonesia dan menyebarkan semangat anti-Belanda dalam kalangan mereka melalui agama.

iii. MASJUMI merupakan gabungan persatuan-persatuan agama seperti Muhamadiyah dan Nahdatul Ulama.

iv. Penubuhan MASJUMI telah membantu mengembangkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Indonesia.

h) Idea Kemerdekaan

i. Pada 7 hb September 1944, Perdana Menteri Jepun, Koiso telah berjanji untuk member kemerdekaan kepada Indonesia.

ii. Pada bulan Ogos 1945, satu Jawatankuasa Persediaan Kemerdekaan Indonesia telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah Sukarno dan naib pengerusinya ialah Dr Muhamad Hatta.iii. Perkembangan ini telah mengukuhkan keazaman para nasionalis Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

2. Kesan Pendudukan Jepun di Burma

a) Pakatan dengan Jepun

i. Pada tahun 1941, Thakin Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakatan ini golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Burma daripada Inggeris.Sementara Jepun pula berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Burma.

ii. Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin seterusnya menubuhkan tentera kemerdekaan Burma dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Burma mempunyai 30,000 orang anggota.

b) Membantu Jepun menyerang Burma

i. Pada bulan Disember 1941, Jepun telah menyerang Burma dengan bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma.

ii. Pada Bulan Mei 1942, Jepun berjaya menakluki seluruh Burma.

iii. Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap sebagai pembela nasionalisme Burma dalam kalangan rakyat Burma.

Page 42: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

iv. Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Burma bahawa British satu kuasa agung yang tidak boleh dikalahkan. Kemenangan Jepun ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan.

c) Pengalaman dalam bidang Pentadbiran

i. Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 hb Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr Ba Maw sebagai Perdana Menteri.

ii. Kerajaan Dr Ba Maw telah dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.

iii. Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan lagi keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Burma daripada British.

d) Penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist

i. Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Burma. Kuasa sebenar pentadbiran Burma masih terletak di tangan Jepun.

ii. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Burma semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentiment anti-Jepun dalam kalangan rakyat Burma.

iii. Lantaran itu pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Burma yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF) bagi menentang Burma.

iv. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun.

v. Pada bulan Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British, apabila ia secara terbuka menentang Jepun.

vi. Pada bulan Ogos 1945, Jepun telah kalah dalam Perang Dunia ke 3 LPRAF yang ditubuhkan oleh golongan Thakin muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Burma.

C) KESIMPULAN

1. Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Indonesia mencapai kemerdekaan pada bulan Disember 1949. Sukarno telah dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia.

Page 43: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Begitu juga, di Burma pendudukan Jepun telah mempercepatkan kemerdekaan Burma daripada penjajahan British. Burma mencapai kemerdekaan pada 4 hb Januari 1948. Thakin U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri Burma.

SOALAN 12:

Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952.

A. PENGENALAN

1. Pendudukan Amerika Syarikat di Jepun secara rasmi bermula pada 2hb September 1945 bila mana tentera Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua.

2. Sepanjang pendudukan tersebut Jepun telah ditadbir oleh Jeneral Douglas Mac Arthur, Pemerintah Agung Kuasa-Kuasa Berikat iaitu Suprame Council Abselute Power (SCAP).

3. Sepanjang pendudukan tersebut, banyak perubahan telah dilakukan oleh Amerika Keadaan ini secara langsungnya telah mengubah aliran dan perkembangan sejarah moden negeri Jepun.

B. ISI

Pembaharuan-pembaharuan oleh Amerika Syarikat di Jepun.

a. Pembaharuan Politik

1. Pembubaran angkatan tentera.

i. Salah satu tugas utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan Jepun. Ini adalah untuk memastikan bahawa negera Jepun tidak dapat mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Page 44: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

ii. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Antara yang terlibat ialah kesemua angkatan tentera bersama 1,300 persatuan nasionalis telah dibubarkan. Kilang-kilang membuat senjata juga telah ditutup.

iii. Semua tentera Jepun dan orang awam yang berada di seberang laut telah dibawa balik ke negeri Jepun. Perbicaraan terhadap orang Jepun khususnya golongan tentera yang dianggap penjenayah telah diadakan. Lanjutannya tujuh orang pemimpin kanan Jepun termasuk Panglima Tojo telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada bulan Disember 1948.

iv. SCAP juga telah bertindak menyingkirkan kira-kira 200,000 orang pegawai tentera kerajaan dan pemimpin perniagaan yang dipercayai terlibat dengan dasar perluasan kuasa kerajaan Jepun.

2. Pengenalan unsur-unsur demokrasi.

i. Sepanjang pendudukan SCAP, Jepun telah diperkenalkan dengan unsur-unsur demokrasi. Implikasinya, satu perkembangan demokratik yang baru telah diperkenalkan pada tahun 1947. Lanjutan daripada itu Jepun telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet. (Dewan Rakyat dan House of Councillors).

ii. Diet telah dijadikan organ kuasa negara yang tertinggi dan organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi kuasa penuh ke atas hal-hal berkaitan kewangan.

iii. Kuasa kerajaan pusat telah diagih dan pilihanraya tempatan amat digalakkan. Kementerian Dalam Negeri yang menguasai jabatan polis dan pentadbiran tempatan turut dibubarkan.

iv. Perlembagaan baru tersebut, telah memberi jaminan akan hak-hak asasi seperti, kebebasan dan persamaan dari segi undang-undang. Tahanan politik telah dibebaskan, malah sebarang peperangan telah diharamkan.

v. Perlembagaan baru ini juga, telah mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah dianggap suci dan ’inviolable’. Maharaja Jepun hanya dijadikan lambang negara dan perpaduan rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan pentadbiran negara, malah kerajaan Jepun telah bertukar menjadi sekular.

b. Pembaharuan Ekonomi.

i. Pemulihan ekonomi merupakan kesan jangka panjang pendudukan SCAP di Jepun. Pihak berkuasa SCAP telah memperkenalkan beberapa ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan yang lebih luas dalam kalangan rakyat Jepun.

Page 45: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

ii. Pihak berkuasa SCAP telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan menambahkan pemilikan tanah oleh para petani. Melalui Akta Pembaharuan Tanah 1946, pihak berkuasa SCAP telah membeli tanah-tanah kepunyaan tuan tanah tidur (Absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudian dijual dengan harga rendah kepada para petani. Langkah ini telah menambahkan jumlah tanah pertanian yang dipunyai oleh petani-petani.

iii. Pihak berkuasa SCAP juga telah mengambil langkah untuk menghapuskan monopoli ekonomi golongan Zaibatsu di Jepun. Sebanyak 83 buah syarikat induk kepunyaan Zaibatsu telah dibubarkan. Harta-harta kepunyaan Zaibatsu telah dibekukan dan akhirnya ahli-ahli keluarga serta eksekutif Zaibatsu telah disingkirkan.

iv. Pihak berkuasa SCAP juga telah menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja. Akta Kesatuan Sekerja 1945 telah memberi hak kepada pekerja untuk mengadakan pemogokan dan perundingan secara kolektif. Ekoran itu didapati bilangan ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesatnya.

v. Selepas tahun 1948, dasar ekonomi pihak berkuasa SCAP di Jepun telah berubah. Peletusan Perang Dingin di antara dunia Barat dan Timur telah memaksa pihak berkuasa SCAP bertindak mengukuhkan lagi ekonomi negara Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang komunisme.

vi. Pembayaran ganti rugi perang oleh kerajaan Jepun telah dihapuskan. Amerika Syarikat telah bersetuju memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan lagi langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi negara Jepun. Perdagangan antarabangsa Jepun turut digalakkan.

c. Pembaharuan Sosial.

i. Pihak berkuasa SCAP telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun berasaskan model Amerika Syarikat. Perubahan-perubahan dalam pendidikan adalah bertujuan memperluaskan pendidikan dan fikiran masyarakat Jepun.

ii. Pendidikan wajib telah dilanjutkan daripada enam tahun ke sembilan tahun. Kursus-kursus lama mengenai etnik yang telah menggalakkan perkembangan fahaman ketenteraan digantikan dengan kursus-kursus sains sosial. Pentadbiran pendidikan telah diletakkan di bawah penguasaan kerajaan tempatan.

C. KESIMPULAN

1. Ternyata pendudukan Amerika Syarikat berjaya melakukan pelbagai pembaharuan. Malah pembaharuan tersebut telah dapat diterima dengan terbuka oleh masyarakat tempatan.

Page 46: SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN STPM · Web viewKelantan pula terkenal dengan pengeluaran emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, getah perca, buluh, kayu gaharu dan kain songket

2. Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan itu juga telah secara langsungnya membantu dan memulihkan ekonomi Jepun di samping berjaya mengekalkan sebuah kerajaan berparlimen yang kukuh.