folio-penyalahgunaan-dadah-kvlc

22

Click here to load reader

Upload: anwar-samsuari

Post on 29-Oct-2015

1.570 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

mengenai dadah dan bahayanya

TRANSCRIPT

Page 1: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

1.0 PENGENALAN - SIAPA REMAJA DAN APA ITU DADAH?

1.1 Remaja

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun.

Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan

manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan

yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada

itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Pemikiran golongan remaja juga sangat berbeza dan biasanya mereka banyak memikirkan

mengenai keseronokkan hidup. Keinginan untuk merasa perkara yang menyeronokkan seperti

bermain video game, lepak dengan kawan-kawan, gangsterisme dan lain-lain lagi.

Perkataan remaja ataupun adolescene berasal dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang

bermaksud “membesar” atau “membesar menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus

Dewan (Edisi Ketiga), remaja merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah

cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif

Islam pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai

baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara zaman kanak-kanak

dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di

antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang

abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya.

Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama

bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan

saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu

berbeza dengan orang lain. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja

ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).

Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan

terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.

1

Page 2: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah

remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan

disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai tempoh pertumbuhan antara

masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya bermula pada usia 12 tahun atau

13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan. Manakala menurut Adams & Gullota (1997),

masa remaja meliputi usia antara 11 tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan

dan Mahani Razali (2004) pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12

hingga 18 tahun) dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat,

pada masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan yang

berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan orientasi

masa depan.

Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan bahawa

remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa yang

berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada peringkat ini berlakunya

perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan

tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan

remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu,

berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam

zaman remaja sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada

tahap ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan

demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

1.1.1 Ciri-ciri manusia remaja

· Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa. Pada peringkat ini, manusia remaja

akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini

bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang.

Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh

masalah sosial.

2

Page 3: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

· Suka berangan-angan

Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka

sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan. Namun begitu, tidak

dinafikan mereka juga mempunyai angan-angan yang kurang sihat dan sangat negatif. Misalnya

mereka suka memikirkan hal-hal mengenai seks dan juga hal-hal lain yang menyeronokkan

mereka. Angan-angan mereka kadangkala menjadi kenyataan sekiranya mereka bertekad untuk

melakukannya untuk keseronokkan dan kepuasan mereka sendiri tanpa memikirkan akibatnya

nanti.

· Senang Terpengaruh oleh Emosi

Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional

mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap. Emosi mereka juga

masih tidak stabil dan amat mudah berubah dengan mendadak. Jika emosi mereka berubah,

mereka sukar mengawalnya kerana fikiran mereka masih belum matang dan hampir tidak

berupaya untuk mengawal diri sendiri.

Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang

amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi dengan gejala

sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagi mengetahui mengapa mereka

terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktor personaliti individu itu sendiri serta faktor

perkembangannya mempengaruhi tingkahlaku yang dilakukan olehnya.

1.1.2 Perkembangan fizikal remaja

Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari aspek biologi.

Ketika ini remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari

segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran

dan perubahan remaja lelaki dan perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang

individu dengan individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja

3

Page 4: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

seperti kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi kematangan

biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan

pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin

bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia

beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya. Mereka akan sering membezakan

dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa

kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil

tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada

sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.

Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang

berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya

remaja perempuan.

Baligh pula merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula

apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat

daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam

badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini

merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling ketara semasa

baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan.

Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau

mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua

kelahiran, bentuk badan mula berubah dan keinginan muncul dari dalam, perubahan angin,

kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan mereka tidak dapat mengawal, mula berasa segan

atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula

merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain. Manakala

menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah

disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa tersebut. Zon genital, khasnya

didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja

ini sekali lagi dilanda fantasi. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa apabila berada di

kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu

ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran.

4

Page 5: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang

terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan.

Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall

percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya akan

menjadi individu yang matang dan bermoral.

1.2 Dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang

menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak

hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja

perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi,

sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih

kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.

Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",

"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya

"drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah

merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan

kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku

pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan

akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin telah

menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan

"antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat

juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah

rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,

masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi

undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang

pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah kesihatan, masalah

5

Page 6: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di

dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran,

import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti

kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda.

Dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

1.2.1 Ciri-ciri dadah

Dadah da

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti

berikut :

· Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);

· Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

· Diperoleh secara haram;

· Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan

terhadap dadah; dan

· mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

Jenis-jenis Dadah

1.2.2 Jenis-jenis dadah

Opiat

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah

popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan

heroin.

1. Candu

2. Morfin

3. Heroin

4. Kodein

5. Opiat Sentetik

6

Page 7: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Stimulan

Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.

Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)"

dan kokain.

1. Amfetamin

2. Methamphetamine

3. Kokain

4. MDMA (Methylenedioxy-methamphetamine)

Ganja/Kanabis

1. Kanabis - Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang

diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas

seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.

1. Kanabis Herba

2. Hashish

3. Minyak Hashish

Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah

pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak

benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan

penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan

oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di Negara-

negara barat.

7

Page 8: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Depresen

1. Ubat depresen

2. Alkohol

3. GHB

4. Ketamin

Ubat-ubat yang disalah guna

Antara ubat-ubat yang biasa disalahguna oleh penagih adalah seperti steriod, gam, petrol,

inhalan, daun ketum dan ubat-ubatan seperti ubat bius, ubat penenang, ubat tidur, dan ubat tahan

sakit (pain killer).

1.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya

(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan

merangsangkan (contohnya ganja).

b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin

mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana

akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.

c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap

atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.

8

Page 9: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman

penggunaan dadah aktiviti penagih.

f) Situasi ketika menggunakan dadah

Keadaan atau tempat menggunakan dadah sama ada ketika ada orang atau tiada orang lain hadir

bersama.

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?

Pergantungan remaja kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau

kedua duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu

tertentu. Pergantungan kepada dadah ini juga biasanya dipanggil sebagai ketagihan kepada dadah

secara berterusan. Remaja yang sudah ketagih dengan dadah akan sentiasa memerlukan dadah

untuk memenuhi keperluan fizikal dan psikologi mereka. Dua jenis pergantungan kepada dadah

apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadan di mana badan penagih memerlukan dadah

secara berterusan dan apabila dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkah laku dan fizikal

seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam

masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah,

cirit-birit, menggeletar dan sebagainya. Gejala ini akan hilang sekiranya penagih dapat

mengambil dadah semula dan akan datang semula apabila penagih tidak mengambil

dadah pada jangka masa yang lama.

9

Page 10: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan dimana penagih

mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi

secara normal serta mencapai ketenangan jiwa. Ini bermakana, seseorang remaja yang

sudah bergantung pada dadah akan berterusan memerlukan dadah untuk mencapai tahap

kepuasan fizikal dan psikologi mereka.

2.1 Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya

diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan.

Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila

pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya

dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta. Seperti yang telah dibincangkan dalam

Subtopik sebelumnya, jika seseorang tidak mengambil dadah dalam jangka waktu tertentu,

gejala-gejala tarikan akan wujud di kalangan penagih remaja.

2.2 Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :

· Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-

keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.

· Daya tahan meningkat.

· Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah

· Berada terdesak atau gian untuk menggunkan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang

atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.

· Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk

beberapa waktu.

10

Page 11: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

3. 0 DADAH MENURUT PANDANGAN AGAMA ISLAM

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang

dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil

pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia

termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan

kedua-duanya mempunyai alasan hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-

keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat

dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah

Al-baqarah : 195 Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaungi oleh ketua

yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa

isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam

menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh merosakkan sesebuah rumahtangga

dengan masalah yang ditimbulkan oleh mereka. Oleh itu remaja perlu sedar bahawa agama juga

sangat melarang penyalahgunaan dadah, dan mereka perlu menjauhi dadah sejauh mungkin.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: “..peliharalah diri kamu

dan keluarga kamu daripada api neraka...”

Surah At-Tahrim : 06 Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Seseorang itu adalah berdosa

jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud Menurut fatwa

yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al- Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh

Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah

adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan,

mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama

Hambali.

11

Page 12: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

3.1 Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah

hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan

dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah

s.a.w pernah melaknat tentang khamar. “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh

golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5)

pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10)

pemesannya.” Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan

dengan dadah adalah haram hukumnya seperti:

· Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

· Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah

· Menjual beli dadah.

· Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan

sebagainya yang berkaitan

4.0 PANDANAGN AGAMA HINDU TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH

Di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut bahawa: “Dipisahkan daripada deria

adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada

yang tidur mahupun yang telah mati”. Manusia adalah makhluk yang berfikir, diharap dapat

mengawal dan membendung segala tindak tanduknya dengan kuasa pemikirannya dan

tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng daripada sebab memasukkan dadah ke

dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan pemikiran tetapi juga tubuh fizikal. Dhama

Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat

yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri

mereka atau orang lain dikira “adharmic” yang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh

kerana itu, penggunaan dadah juga dianggap “adharmic”. Tubuh badan manusia dianggap

sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh

kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah. Daripada hujah dan pandangan di atas,

maka jelaslah bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.

12

Page 13: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantunga

5.0 SEBAB-SEBAB REMAJA MENGAMBIL DADAH

Fakta statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada

penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah

belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat

pengajian tinggi. Remaja sememangnya adalah golongan yang sentiasa berada di tangga teratas

dalam kes penyalahgunaan dadah dalam negara Malaysia.

5.1 Di antara faktor-faktor yang mendorong remaja menyalahgunakan dadah adalah :

· Keseronokan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya

sendiri – sesuai dengan ciri-ciri seorang remaja yang suka dengan benda baru dan mereka ingin

mencubanya. Mereka ingin tahu bagaimana rasanya menggunakan dadah yang mereka sudah

sedia maklum dapat memberikan keseronokan semasa berkhayal. Tarikan daripada rasa ingin

tahu dan ingin mencuba ini menyebabkan mereka terjebak serta merta dan tidak ada sesiapa yang

tahu mereka ingin mencuba dadah tersebut. Faktor inilah yang paling banyak membawa remaja

kepada penyalahgunaan dadah. Niat dan mereka untuk mencuba tidak dapat dihidu dan

menyukarkan pengawalan untuk menghalang mereka.

· Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut –

bukan semua remaja di Malaysia tahu mengenai bahayanya dadah serta kesan-kesan

penyalahgunaan dadah.

Remaja yang tinggal di luar bandar biasanya terlepas pandang kempen-kempen yang dianjurkan

kerajaan mengenai dadah. Mereka tidak tahu apakah itu dadah dan bagaimana ianya

disalahgunakan. Sebilangan remaja di sekolah juga malas ataupun tidak mahu untuk mengikuti

program-program anti dadah yang dianjurkan. Ini membuatkan pengetahuan mereka mengenai

penyalahgunaan dadah sangat cetek dan tidak memberi kesedaran kepada mereka tentang

bahayanya dadah. Maka, mereka akan terus menggunakan dadah tanpa rasa takut.

13

Page 14: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

· Pengaruh rakan dan kawan-kawan untuk menyesuaikan dirinya dengan sesuatu

kumpulan yang sebaya dengannya –

Sesuai dengan ego seorang remaja, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengambil hati rakan-

rakannya untuk memenangi hati mereka dan mendapat perhatian daripada rakan-rakan

kumpulan. Apabila rakan-rakanya melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain, iaitu

menagih dadah, maka ini merupakan satu peluang kepada remaja tersebut untuk membuktikan

kepada rakan-rakannya bahawa dia juga boleh seperti mereka dan layak memasuki kumpulan

mereka. Kebanggaan menjadi sebahagian daripada rakan kumpulan mereka adalah salah satu

matlamat seseorang remaja yang masih pendek akal.

· Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan – alasan

mencari ketenangan jiwa biasa digunkan oleh remaja apabila terjebak dalam penyalahgunaan

dadah. Sebenarnya, fakta ini diperolehi hasil daripada soal selidik yang dibuat terhadap remaja

yang terlibat dengan dadah. Mereka memberi alasan bahawa mereka tertekan dengan masalah

hidup semasa belajar ataupun bekerja dan menggunakan dadah untuk melupakan sebentar

masalah yang menimpa mereka. Yang pastimya mereka tahu bahawa dadah dapat

mengkhayalkan mereka dan membuatkan mereka melupai sebentar masalah mereka.

· Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya-

Sebenarnya, sebilangan besar remaja di Malaysia yang berpendidikan tinggi sudah tahu akan

bahaya dadah dan akibat menyalahgunakannya, namun mereka sanggup juga menggunakan

dadah untuk mengambil jalan singkat. Mungkin mereka menggunakan dadah untuk

memusnahkan diri mereka secara perlahan-lahan kerana sudah tidak sanggup lagi untuk

menanggung masalah dan penderitaan hidup mereka. Mereka tahu dadah boleh membunuh,

maka mereka akan menggunakannya untuk membunuh diri.

· Masalah dan tekanan rumah tangga, tekanan daripada ibu bapa, masalah peribadi –

Sama seperti faktor di atas, masalh rumahtangga dan masalh dengan kelurga serumah

membuatkan remaja tertekan dan menyebabkan remaja bertindak tidak mempedulikan keluarga

lagi, apatah lagi diri mereka sendiri.

14

Page 15: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

· Kurang kemesraan daripada ibu bapa, didikan agama kepada anak-anak remaja –

Perhatian ibu bapa adalah sangat penting bagi mengawal tigkah laku anak-anak remaja. Jika

mereka tidak dipantau, dididik dari segi agama dan moral, serta disayangi, maka amat mudah

bagi remaja menjadi liar dan bergaul dengan rakan-rakan yang membawa mereka kepada dadah.

Kesedaran agama mereka tidak ada dan menyebabkan mereka tidak takut akan kesalahan yang

mereka lakukan. Ibu bapa yang sibuk bekerja juga menjadi punca remaja jarang dikawal di

rumah dan memudahkan anak-anak remaja keluar dari rumah sesuka hati.

· Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu

olehnya dengan cara menjadi pengedar.

remaja yang suka berlagak memiliki duit yang banyak biasanya menggunakan cara yang paling

singkat untuk mendapatkan wang. Penjualan dadah adalah cara yang paling cepat untuk mereka

mendapatkan wang yang banyak. Mula-mula mereka ingin melakukannya dua atau tiga kali

sahaja, lama kelamaan mereka akan rasa seronok dengan wang yang banyak dan mahu lagi

melakukannya.

6.0 AKIBAT PENAGIHAN DADAH TERHADAP REMAJA

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

· kesan kepada penagih

· kesan kepada keluarga

· kesan kepada masyarakat

· kesan kepada Negara

6.1 Kesan Kepada Penagih

· Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan

kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.

· Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.

· Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam

khayalan.

· Pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihan.

15

Page 16: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

· Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis,

Tibi, HIV/Aids dan maut. Penagih remaja akan mudah mendapat penyakit dan menghadapi

risiko kematian yang tinggi.

Tanda-tanda penagihan dadah pada seseorang penagih umumnya boleh dilihat melalui beberapa

perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh

dilihat berkaitan dengan kegiatan penangihan dadah adalah :

· Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

· Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

· Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

· Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.

· Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.

· Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup

dan kuyu.

· Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.

· Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.

· Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.

· Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari

rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.

· Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah

bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah. Bagaimanapun, kita tidak harus membuat

kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja.

6.2 Kesan Kepada Keluarga

· Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

· Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak

untuk merawatnya. Remaja yang terlibat dengan penagihan dadah terpaksa dirawat di pusat

pemulihan dan

· Rumah tangga menjadi porak peranda.

16

Page 17: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

· berlaku keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga. Keganasan ini wujud akibat

daripada pertengkaran yang wujud antara ibu bapa dan anak-anak, remaja yang berani melawan

nasihat dan teguran ibu bapa mereka.

6.3 Kesan Kepada Masyarakat

· mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.

Masyarakat awan sentiasa takut dan risau akan remaja yang berani melakukan rompakan atau

pecah rumah untuk mendapatkan wang membeli dadah.

· Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja

dan belia dengan dadah.

· Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota

masyarakat remaja dengan dadah.

7.4 Kesan Kepada Negara

· Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah

penyalahgunaan dadah yang berterusan

Kos tersebut termasuklah :

i. Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.

ii. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah

iii. Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.

iv. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

v. Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota

polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

vi. Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan

dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Negara juga mengalami kerugian kehabisan generasi akan datang akibat dadah. Remaja yang

telah dirosakkan dengan dadah mempunyai peluang yang amat tipis untuk pulih semula atau

sembuh. Generasi remaja boleh musnah akibat daripada dadah.

17

Page 18: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

7.0 KESIMPULAN

7.1 Cadangan penyelesaian terhadap penyalahgunaan dadah oleh remaja

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para remaja kita pada hari

ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap

terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah

banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku remaja tetapi

kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya

bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan, tindakan untuk

membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mengatasi

masalah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada

program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada

segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat

perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak

dan para remaja.

TandaSebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam

masyarakat makro. Sekolah adalah platform paling mudah untuk membentuk remaja kerana pada

tahap umur ini, remaja masih mudah untuk dikawal dan dibentuk. Pihak sekolah boleh

menerapkan keburukkan dan semangat bencikan dadah melalui pembelajaran akedemik di dalam

kelas maupun di luar kelas. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk

dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah.

Institusi keluaraga adalah institusi yang paling dekat sekali dengan remaja. Institusi

keluarga lah yang mencorakkan remaja sejak dari kecil lagi. Maka, anak-anak perlu dicorakkan

dengan baik supaya tidak terjebak dengan gejala sosial terutamanya dadah. Ibu bapa perlu lebih

tegas dan serius dalam mendidik anak mereka. Pendekatan agama juga amat sesuai digunakan

sebagai alat untuk membentuk anak-anak remaja. Apa juga agama yang ada di Malaysia,

semuanya pun langsung tidak menyokong dengan penyalahgunaan dadah.

18

Page 19: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

Institusi pengajian tinggi juga perlu terlibat sama dalam menangani masalah ini. Remaja

yang berada dalam institusi pengajian tinggi sangat mudah terdedah kepada dadah oleh kerana

kawalan terhadap mereka amat longgar semasa di universiti. Tidak bermakna pihak universiti

perlu mengawal mereka 100 peratus, tetapi mesti ada jalan yang paling efisen untuk mengawal

remaja di universiti untuk tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Pihak universiti boleh

merangka program yang sesuai disertai oleh remaja agar mereka menaruh minat terhadap budaya

belajar di universiti dan seterusnya dapat membantu membawa remaja menjauhi dadah.

Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan

remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh

merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan

pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pihak polis pula perlu

bekerja keras lagi untuk mencegah pengedaran dadah dalam negara supaya bilangan rakyat

Malaysia yang musnah kerana dadah dapat dikurangkan. Penguatkuasaan perlu diketatkan dan

tinjauan terhadap aktiviti pengedaran dadah perlu ditingkatkan.

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan

negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam

politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di

kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan

merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh

para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar

terhadap aset yang tidak ternilai ini. Mana-mana negara yang ada di dunia ini, mereka semua

sangat menghargai anak-anak remaja dan tidak mahu untuk dimusnahkan kerana dadah.

Dadah adalah seperti nyala api, jika digunakan dengan baik dan betul, maka hasilnya adalah

baik. Jika salah digunakan, ia seperti nyala api yang besar yang sedang membakar semuanya

tanpa tinggal apa pun. Sedangkan nyala api boleh dikawal, ini kan pula dadah.

19

Page 20: Folio-Penyalahgunaan-dadah-kvlc

8.0 LAMPIRAN

8.1 Jadual Profil penagih mengikut umur ketika dikesan

Umur (tahun) Baru Berulang Jumlah

< 13 0 0 0

13-15 82 0 82

16-17 312 7 319

18-19 909 47 956

20-24 4018 1080 5098

25-29 3617 2878 6495

30-34 2472 3573 6045

35-39 1509 3277 4786

40-44 889 2834 3723

45-49 535 2108 2643

50-54 253 1051 1304

55-60 100 360 460

Data jumlah penagih mengikut umur ini diperolehi pada tahun 1988 hingga tahun 2008

yang mana jumlah penagih ini diperolehi secara terkumpul pada setiap tahun sehingga lah tahun

2008. Cuba lihat golongan umur yang paling ramai sekali terlibat dalam penagihan dadah.

Golongan dewasa yang berumur 20 tahun ke atas adalah yang paling ramai sekali terlibat dalam

penyalahgunaan dadah. Berbalik kepada topik kita iaitu golongan remaja, golongan remaja

adalah golongan yang kedua terbanyak terlibat dalam kes penagihan dadah. Lingkungan umur 13

hingga 19 tahun adalah golongan yang paling ramai sekali terlibat dengan dadah seramai 1303

orang untuk kes baru dan 54 orang unruk kes berulang. Bilangan ini sudah cukup untuk membina

dua pasukan infantri tentera darat untuk bertempur di medan perang. Rugi lah sesebuah Negara

seperti kita yang masih kekurangan penduduk masih mensia-siakan golongan remaja dengan

membiarkan mereka dirosakkan dengan dadah.

20