folio olahraga

16
1.0 Sejarah Olahraga Malaysia Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya. Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962. Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Upload: amirah-najihah-azis

Post on 23-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

lari pecut, lontar peluru, lompat jauh

TRANSCRIPT

Page 1: Folio olahraga

1.0 Sejarah Olahraga Malaysia

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932,  Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang  Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia. 

Page 2: Folio olahraga

1.1 Sejarah Olahraga Antarabangsa

Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.Mengikut catatan, Sukan Olimpik kuno bermula tahun 776 S.M di Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik  656 S.M.

Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata.

Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama  itu sebanyak  295 atlit telah menyertainya.

o Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh  memberi  peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

o Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England.

o Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-

Page 3: Folio olahraga

acara olahraga.  Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

o Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang dicapai oleh atlit.Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

o Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri,  kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928.

o Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan

Page 4: Folio olahraga

2.0 Lompat Jauh

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.

2,1- Peralatan

o Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat jauh.

1) Lorong Larian

o Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

Page 5: Folio olahraga

2) Papan Pelepas (Plasticine Indicator)

o Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai

3) Kawasan Pendaratan ( Landing Area)

Page 6: Folio olahraga

o Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

4) Pita Pengukur ( Measuring Tape )

o Pita pengukur digunakan untukk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

4) Pengukur Halaju Angin (wind velocity indicator)

Page 7: Folio olahraga

o Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan. 

5) Bendera Isyarat

o Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

6) Kasut Berpaku (spike)

o Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

Page 8: Folio olahraga

3.0 GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH

Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :-

Gaya layar Gaya gantungGaya kayuh

 

Gaya Layar

Gaya Gantung

Page 9: Folio olahraga

Gaya kayuh

 

3.1 FASA LOMPAT JAUH

Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-empat fasa itu ialah :-

fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak fasa lonjakan – melompat dari papan fasa layangan – badan berada di udara. fasa pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat

mendarat.

FASA PENUJUAN 

Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu. Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan yang

maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan. Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir

sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk

mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok

FASA LONJAKAN

Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat

di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat

dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke

hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk

membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.

FASA LAYANGAN 

Page 10: Folio olahraga

Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan.

Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. 

Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:- Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak. Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan

badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki. Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-

olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.

Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas lonjakan.

Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan. Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang. Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat

layangan. Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama

dengan kaki bebas.

FASA PENDARATAN Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan

badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)

lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke atas.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Page 11: Folio olahraga

3.0 Acara Lari Pecut

Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu:

    i.          Memulakan larian tanpa blok permulaan ·          

Gaya peluru

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kakihujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan   ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki   lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan   ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Gaya panjang

berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki   lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Ii Memulakan larian dengan blok permulaan ·       

   

Gaya peluru

o  blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan

blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. ·          

Gaya sederhana letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan o  blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. ·          

Page 12: Folio olahraga

Gaya panjang

o   blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan

o   blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan

b.    Fasa larian         

i. Pecutan

selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di  blok permulaan. tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-

jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula. ·              kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata  pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,

pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan   dimulakan dengan hayunan

pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki. tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke

hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900.

Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap  rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.       

ii. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian ·             

95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter ·               apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kevergasan fizikal atlet.        

iii. Larian di selekoh

pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal' pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'

tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Page 13: Folio olahraga

c.         Fasa penamat           

i. Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya            ii. pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat           iii. cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada

ke hadapan