folio novel konserto terakhir tingkatan 5

23
FOLIO NOVEL KONSERTO TERAKHIR TINGKATAN 5 Nama: Amirah Qurratuain Binti Hairul Amri Tingkatan: 4 Nusaibah Tandatangan Guru:

Upload: muhammad-adiyaat-bin-ismail

Post on 09-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

FOLIO NOVEL KONSERTO TERAKHIR

TINGKATAN 5

Nama: Amirah Qurratuain Binti Hairul Amri

Tingkatan: 4 Nusaibah

Tandatangan Guru:

---------------------------

( )

Page 2: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

SINOPSIS:

Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga.

Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.

Page 3: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

TEMA

Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Dalam meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai dugaan hidup hingga ke akhir hayat.

Helmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah. Selain daripada itu dia juga dihalang daripada berhubung dengan Hayati sehingga akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah itu.

Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga dia menghadapi masalah rumah tangganya dengan isterinya Azizah disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan. Dia berasa amat kecewa dan tertekan walaupun dia mendapat pujian daripada peminat seni. Keadaan ini terterusan sehinggalah dia meninggal dunia.

Page 4: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

PERSOALAN

1. Kegigihan dalam berusaha.Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah,  Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita – citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal. 

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran persoalan ini melalui perhubungan antara Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi.

3. Pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya. Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku – buku agama.

4. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat. Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari.

Page 5: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

WATAK DAN PERWATAKAN:

A. Hilmi

1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.

2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.

3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.

4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.

5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.

Page 6: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

B. Datin Salmah:

1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.

2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.

3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.

4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.

5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.

Page 7: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

C. Hayati

1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.

2. Seorang yang cantik.

3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.

4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.

Page 8: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

D. Datuk Johari

1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.

2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.

3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.

4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.

5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.

6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Page 9: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

PLOT

Peringkat permulaan

Plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja di Kuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.

Peringkat perumitan dan perkembangan

Apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah.  Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar.  Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.

Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal.  Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.

Page 10: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

Peringkat kemuncak atau klimaks

Plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dariLondon  untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan,  Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan  Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.

Peringkat penyelesaian atau anti klimaks

Novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu  meninggal dunia.

Page 11: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

TEKNIK PLOT

Pemerian(Menggambarkan peristiwa, suasana atau watak)Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggaldun ia .  Har i  bapanya meninggaldun ia  d ia  hanya kembal i  untuk  beberapa   jam sahaja  dankemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Halaman 12)

Dialog(Percakapan)“Siapa mahu marah? Tak ada siapa.”“Aku tahu. Tauke aku telah ceritakan.”“Bila kau balik?”“Tadi malam.”“Kenapa kau tak panggil aku?”Mamat tersengih.“Kenapa kau tak panggil aku?”“Aku bawa orang perempuan,” jawabnya, tersipu-sipu agak malu sedikit. (Halaman 80)

Monolog(Percakapan dengan diri sendiri atau bukan manusia)Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selamaHayati tiada. "Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu. (Halaman 69)

Monolog dalaman(Bercakap dalam hati)Hati kecil Hilmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yangmencerca, menghina setiap kali berjumpa. (Halaman 68)

Page 12: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

Imbas muka(Membawa pembaca ke masa depan)Encik Bakar berhenti dan menarik nafas panjang. Seolah-olah dadanya itu telah lega danlapang benar kerana daia dapat meluahkan isi hatinya di hadapan seorang anak mua yangmenurut tilikannya mempunyai harapan besar pada masa depan. (Halaman 99)

Imbas kembali(Mengimbau kembali peristiwa)Masih terdengar pesan bapanya. “Cuba kau pergi ke Kuala Lumpur cari kerja. Pak cikmu adadi sana. Cuba kau minta tolong kepadanya. Dia orang berpangkat.” (Halaman 15)

Page 13: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

LATAR

LATAR TEMPAT

i.Rumah Datuk Johari: Hilmi bekerja sebagai tukang kebun

ii.Rumah Encik Bakar: Hilmi belajar muzik

iii.Stesen minyak Shell Jalan Setapak: Hilmi bekerja setelah keluar dari rumah Datuk Johari

iv.Kelab malam: Hilmi bermain muzik dengan quartet Encik Bakar

v.Hospital Besar KL: tempat Hilmi dirawat ketika sakit tenat dan meninggal dunia disitu

vi.Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya: tempat Pertunjukan Orkes Perdanadiadakan

Page 14: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

LATAR MASA

i.Sekitar tahun 1960 hingga 1970-an: zaman pengaruh gitar rancak dari Barat – Hilmi telah menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia”

ii.Pergerakan latar masa dari siang hingga malam melalui pelbagai peristiwa:Hilmi bermain muzik di kelab malam dan sering menggubah lagu hingga larut malam

iii.Pergerakan latar masa dipercepat oleh pengarang: tempoh Hayati belajar muzik di London selama dua tahun dipercepat sehingga muncul dengan ijazah dalam bidangmuzik – da lam masa yang s ingkat , H i l imi dapat meguasa i pe lbaga i jen is a la t muz ik dan menjad i  penggubah lagu

Page 15: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

LATAR MASYARAKAT

i.Masyarakat majmuk: termasuk Melayu, Cina dan India – watak keluarga Datuk Johari, Dr. Nathan, Nona Alice Lee, tauke Ah Kong dan Tony Lim

ii.Masyarakat kampung yang berpendidikan rendah dan miskin: watak Hilmi danPak Karim yang hidup dalam kekurangan

iii.Masyarakat kampung yang berpegang kuat pada adat, berbudi bahasa,dan taatakan ajaran agama: watak Hilmi

iv.Masyarakat kota yang mementingkan kehidupan dan harta: watak Datuk Johari,Datin Salmah dan Mohsin.

v.Masyarakat pemuzik: Encik Bakar mengajar Hilmi bermain muzik secara percuma – ah l i -ah l i  quar te t  banyak  membantu  Hi lmi  semasa d ia  memimpin  orchest ra  –  menjadikan bidang muzik sebagai sumber mata pencarian

vi.Masyarakat kota yang baik hati dan bersimpati– watak Mamat, Mak Minah, dan Pak Amat

 

Page 16: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

NILAI

Ketekunan dan kerajinan–Hi lmi tekun dan ra j in menimba i lmu da lam b idang muz ik seh ingga ber jaya menjad i  penggubah lagu yang terkenal

Hormat-menghormati–Hilmi menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun sering dicemuh

Belas kasihan–Pak Amat , Mak Minah dan Hayat i kas ihan akan Hi lmi yang d i layan dengan buruk  oleh Datin Salmah

Bantu-membantu–Mamat membantu Hi lmi mengembangkan minat dan bakatnya da lam b idang muz ik  dengan membawa Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar

Keyakinan–Hayati yakin dapat menggantikan Hilmi dalam pertunjukan Orkes Perdana ataskebolehan dan pengalamannya

Ketabahan– H i l m i t a b a h m e n g h a d a p i d u g a a n h i d u p

Keikhlasan–Enc ik Bakar ikh las mengajar H i lmi bermain muz ik tanpa gan jaran

Kasih sayang–Hi lmi te tap menyayangi Az izah mesk ipun rumah tangga mereka gagal

Page 17: Folio Novel Konserto Terakhir Tingkatan 5

PENGAJARAN

•Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

•Kita haruslah mengenang budi orang yang telah membantu kita.

•Kita janganlah memandang hina kepada orang lain.

•Kita hendaklah menghormati antara satu sama lain.

•Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam.

•Kita wajib berpegang teguh pada ajaran agama dan menjauhi perkara maksiat.

•Kita hendaklah mementingkan kesihatan diri.

•Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.

•Kita harus membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan.

•Kita hendaklah mengekalkan nilai kasih sayang.

•Kita perlu menjaga maruah diri.

•Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan Tuhan.

•Kita harus berani menempuh pelbagai cabaran.

•Kita harus bertanggungjawab terhadap keluarga.