apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan...

2
Bersihkan gigi dengan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Ubat gigi tersebut juga boleh disapukan pada gigi yang ngilu. Kesannya hanya dapat dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaannya. Dapatkan pemeriksaan di klinik gigi jika rasa ngilu masih berterusan. Bersihkan gigi setiap hari dengan berus gigi yang mempunyai bulu lembut. Gunakan teknik yang betul untuk memberus gigi. Kurangkan atau elakkan pengambilan minuman berkarbonat. Kesan buruk daripada minuman tersebut juga boleh dikurangkan dengan: - mengguna penyedut minuman - minum semasa waktu makan utama - berkumur-kumur selepas minum Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala. Ikuti nasihat doktor gigi dan dapatkan rawatan yang diperlukan. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sensitif? Bagaimanakah cara untuk mencegah kejadian gigi sensitif? Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia MOH/K/GIG/6.2006(PT)

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan …ohd.moh.gov.my/images/bahan_pendidikan/Gigi-Sensitif.pdf• Bersihkan gigi dengan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi

• Bersihkan gigi dengan berus gigi yangmempunyai bulu lembut dan ubat gigikhas untuk gigi sensitif.

Ubat gigi tersebut juga boleh disapukan padagigi yang ngilu.

Kesannya hanya dapat dirasai dalam tempohbeberapa hari hingga beberapa minggu penggunaannya.

Dapatkan pemeriksaan di klinik gigi jika rasa ngilu masih berterusan.

• Bersihkan gigi setiap hari dengan berus gigi yang mempunyai bulu lembut.

• Gunakan teknik yang betul untuk memberus gigi.

• Kurangkan atau elakkan pengambilan minuman berkarbonat. Kesan

buruk daripada minuman tersebut juga boleh dikurangkan dengan:

- mengguna penyedut minuman

- minum semasa waktu makan utama

- berkumur-kumur selepas minum

• Lakukan pemeriksaan gigi secara

berkala. Ikuti nasihat doktor gigi dan

dapatkan rawatan yang diperlukan.

Apa yang anda boleh lakukan

untuk mengurangkan rasa

sensitif?

Bagaimanakah cara untuk mencegah kejadiangigi sensitif?

Bahagian Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan Malaysia

MOH/K/GIG/6.2006(PT)

Page 2: Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan …ohd.moh.gov.my/images/bahan_pendidikan/Gigi-Sensitif.pdf• Bersihkan gigi dengan berus gigi yang mempunyai bulu lembut dan ubat gigi

Rasa ngilu atau sensitif

pada sebatang atau lebih gigi

boleh dirangsang oleh

makanan atau minuman yang

panas, sejuk, manis atau masam.

Kesakitan atau rasa ngilu tersebut

boleh berpanjangan sehingga beberapa jam.

Masalah gigi sensitif lazimnya dialami oleh orang dewasa

tetapi kini lebih ramai remaja mengalami masalah ini kerana gaya

hidup mereka.

Lapisan luar gigi ialah pelindung yang kuat. Apabila lapisan ini haus,

lapisan di bahagian dalam gigi terdedah dan menyebabkan rasa sakit

atau ngilu.

Berikut adalah beberapa sebab gigi menjadi haus:

Apakah yang menyebabkan gigi menjadi sensitif?

Lekuk berbentuk ‘V’

di leher gigi

Lekuk licin

di permukaan gigi

Bahagian akar gigi terdedah

dan gigi kelihatan panjang

Kerosakan gigi

• Lelasan gigiMemberus gigi dengan kuat atau

menggunakan berus gigi yang

mempunyai bulu keras boleh

menyebabkan gigi terlelas.

• Hakisan gigiLapisan luar gigi boleh terhakis oleh

tindakan asid yang terdapat dalam

makanan atau minuman contohnya

minuman berkarbonat, jus buah-

buahan dan minuman sukan.

• Gusi menyusutGusi menyusut lazimnya berlaku

di kalangan warga emas yang mana

mendedahkan bahagian akar gigi.

• Masalah kesihatanMuntah yang berulangkali juga boleh menyebabkan gigi haus

contohnya masalah bulimia.

• Gigi yang retak atau berlubang

• Tampalan gigi yang retak atautertanggal

• Tabiat mengancing danmengetap atau mengetam gigi