fokus karangan upsr

Upload: nathasyaazalia

Post on 01-Mar-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Fokus Karangan UPSR: Fakta - Faedah MembacaAssalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolahguru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaikuntukmenelaahtajuk-tajuk penting, fokus utamasetiap mata pelajaran termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu.

Antara kaedah tersebut,guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karanganataukarangan contohtajuk yang ditekankan untukUPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsirangka karanganuntuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentangFaedah Membaca.

Tulis sebuah karangan tentang Faedah Membaca Buku.

Solan karangan tersebut juga boleh diubah kepadaFaedah Membaca Buku Sains Angkasa. Hal ini kerana dalam sukatan Bahasa Melayu Tahun 5 adaUnit 12 : Sains Teknologi dan Reka Cipta. Sudah semestinya murid telah mempelajarinya.

Rangka Karangan

1. Seorang murid mesti __________________(apa) buku.2. Membaca buku banyak mendatangkan ________________. (apa)3. Kita boleh menambah _________________(apa) tentang sains angkasa.4. Kita dapat mengetahui tentang ___________________(apa)5. Bidang sains angkasa merupakan bidang yang _________. (apa)6. Kita juga dapat menambah ___________(apa) tentang angkasa.7. Kosa kata dapat membantu _______________(apa) soalan tentang sains.8. Kosa kata baru tentang angkasa amat __________(apa) untuk dipelajari.9. Membaca buku sains angkasa dapat menarik ___________ (apa) murid untukmeneroka angkasa.10. Murid akan menanam cita-cita untuk menjadi__________. (apa)11. Murid-murid akan __________(apa) untuk mencapai cita-citanya.12. Membaca buku sains juga dapat mengisi________(apa) lapang.13. Mereka dapat ___________(apa) diri daripada gejala tidak sihat.14. _______ (siapa) gembira kerana anak mereka bijak mengisi masa lapang.15. Kesimpulannya membaca buku sains angkasa banyak mendatangkan_____________(apa).16. Oleh itu, ___________(siapa) digalakkan membaca buku sains angkasa.

Karangan ContohKarangan contoh ini pula lebih bersifat umum tentang faedah membaca.

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu.

Sumber:Karangan UPSR

NOTA:Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu).