flora & fauna dalam al-qur'an

148

Upload: azimkeldn

Post on 21-Jul-2015

826 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Perkongsian Ilmu : Flora dan Fauna dalam Al-Quran 1. Pengenalan

Dari segi makna, ialah bacaan. Dari segi maksud, ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi pelbagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran

Diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril. Pada semulia-mulia bulan iaitu Ramadan. Di semulia-mulia tempat iaitu Mekkah dan Madinah. Dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab

1. Pengenalan

Matlamat tamadun Islam berteraskan kepada tiga : 1. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t. 2. Hubungan manusia dengan manusia. 3. Hubungan manusia dengan alam.

Hubungan Manusia dengan Alam Manusia merupakan Khalifah Allah yang bermaksud : 1. Membangunkan alam. 2. Menguruskan alam. 3. Mentadbir alam.*Alam di sini ialah alam sekitar yang meliputi flora, fauna, cakerawala dan sebagainya.

1. Pengenalan

2. Flora & Fauna dalam al-Quran

Flora dan fauna seringkali disebut di dalam al-Quran dengan mengunakan perkataan secara umum seperti : buah-buahan, tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, haiwan dan sebagainya. Bagaimanapun, terdapat beberapa kata nama am yang digunakan seperti : burung hud-hud, kurma, lembu, unta, zaitun dan sebagainya.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dalam Al-Quran adalah kekuasaan Allah s.w.t. supaya manusia : 1. Mengenali tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. 2. Sentiasa mengingati-Nya. 3. Sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya. 4. Gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia. 5. Menjadikan pengajaran.

2. Flora & Fauna dalam al-Quran Antara senarai nama flora dan fauna yang terdapat di dalam al-Quran : Flora : 1. Anggur 2. Ara/Tin 3. Bawang Merah 4. Bawang Putih 5. Biji Sawi 6. Delima 7. Gandum 8. Halia 9. Kacang Dal 10. Kafur 11. Kasturi 12. Kurma 13. Labu 14. Mann 15. Mawar 16. Pohon Bidara 17. Pohon Cemara 18. Pohon Khuldi 19. Pohon Pisang 20. Pohon Zaqqum 21. Rumput 22. Timun 23. Zaitun Fauna : 1. Anai-anai 2. Anjing 3. Babi 4. Belalang 5. Beruk/Kera/Monyet 6. Biri-biri 7. Burung Ababil 8. Burung Hud-hud 9. Burung Gagak 10. Burung Puyuh 11. Gajah 12. Harimau 13. Ikan 14. Kambing 15. Katak 16. Keldai(Baghal) 17. Kuda 18. Kutu 19. Labah-labah 20. Lalat 21. Lebah 22. Lembu 23. Nyamuk 24. Rama-rama 25. Semut 26. Serigala 27. Singa 28. Ular 29. Unta

Anggur / Grape / Raisin / Perkataan Anggur disebut sebanyak 11 kali dalam al-Quran : Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, sedan dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kencang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.* *Inilah perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya dengan riyak, menbangga-banggakan pemberiannya kepada orang lain dan menyakiti hati orang. Al-Baqarah (2:266)

Anggur / Grape / Raisin /

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu bijian yang banyak, dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang berjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah (perhatikan pulalah) ketika ia masak. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.Al-Anam (6:99)

Anggur / Grape / Raisin / Dan di bumi terdapat beberapa daerah yang berdekatan, kebunkebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanaman-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. Al-Rad (13:4)

Anggur / Grape / Raisin /

Dia menunbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan daripada buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang memikiran. Al-Nahl (16:11 & 67)

Anggur / Grape / Raisin / Atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungaisungai di celah-celah kebun yang deras alirannya. Al-Isra (17:91)

Dan berikanlah kepada mereka* satu perumpamaan dua orang lelaki,** Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikit pun dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu. *Iaitu kepada orang mukmin dan orang kafir. **Iaitu dua orang Yahudi, yang seorang mukmin dan yang lain kafir. Al-Kahf (18:32-33)

Anggur / Grape / Raisin / Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu dia membalik-balikan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang telah dia belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata : Aduhai, kiranya dahulu aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku. Sambungan Al-Kahf (18:42)

Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur; di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian daripada (buah-buahan) itu kamu makan. Al-Mukminun (23:19)

Anggur / Grape / Raisin / Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. Al-Yasin (36:34)

Perumpamaan penghuni syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau dan sungaisungai air susu yang tidak berubah rasanya dan sungai-sungai khamar (anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperolehi segala macam buah-buahan dan keampunan daripada Tuhan mereka. Samakah mereka dengan orang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih, sehingga hancur ususnya? Muhammad (47:15)

Anggur / Grape / Raisin / Sesungguhnya orang yang bertakwa mendapat kemenangan.

(Iaitu) kebun-kebun dan buah anggur.Dan gadis-gadis yang sebaya umurnya. Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). Al-Naba (79:31-34)

Lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijiam. Dan anggur dan sayur-sayuran. Abasa (80:28)

Bawang Merah / Onion / Oignon / Dan ingatlah ketika kamu berkata : Wahai Musa! Kami tidak dapat bersabar (sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami daripada

apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawangputihnya, kacang adasnya (kacang dal) dan bawang merahnya. Musa berkata : Mahukah kamu mengambil sesuatu yang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. Lalu ditimpakanlah kepada mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat kermurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu

(terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.Al-Baqarah (2:61)

Bawang Putih / Garlic / Ail / ; Dan ingatlah ketika kamu berkata : Wahai Musa! Kami tidak dapat bersabar (sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami daripada

apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawangputihnya, kacang adasnya (kacang dal) dan bawang merahnya. Musa berkata : Mahukah kamu mengambil sesuatu yang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. Lalu ditimpakanlah kepada mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat kermurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu

(terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.Al-Baqarah (2:61)

Biji Sawi / Mustard Seed / Graine de Moutarde / Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka sesiapa pun tidak rugi walau sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun, pasti Kami datangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan. Al-Anbiya (21:47)

(Luqman berkata) : Wahai anakku! Sesungguhnya, jika ada (sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus,* lagi Maha Teliti. *Allah Maha Halus ialah ilmu Allah Subhanahu wa Taala itu meliputi segala sesuatu walaubagaimana kecilpun.Luqman (31:16)

Perkataan Delima disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran :

Delima / Pomegranate / Grenade / ;

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu bijian yang banyak; dan dari mayang kurma , mengurai tangkai-tangkai yang berjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah (perhatikan pulalah) ketika ia masak. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Al-Anam (6:99)

Delima / Pomegranate / Grenade / ; Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang tanamannya menjalar, pohon kurma , tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daripada buahnya (yang bermacam-macam itu) apabila ia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya) dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. Al-Anam (6:141)

Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.

Al-Rahman (55:68)

Gandum / Wheat / Bl / Raja berkata (kepada para pemuka kaumnya) : Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yan gemuk-gemuk, dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh tangkai lainnya yang kering. Wahai orang terkemuka! Terangkanlah kepadaku tentang tawkil mimpiku itu, jika kamu dapat mentawkilkan mimpi. Tatkala mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barangbarang (tukaran) mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata : Wahai ayah kami! Apa lagi yang kita inginkan. Ini barang-barang tukaran kita dikembalikan kepada kita dan kami akan dapat memberi makan keluarga kami dan kami akan dapat memelihara saudara kami serta kami akan mendapat tambahan sukatan (gandum) seberat beban seekor unta. Itu adalah sukatan yang mudah (bagi raja Mesir) untuk ditunaikan. Yusuf (12:43 & 65)

Halia / Ginger / Gingembre /

Dan di sana mereka diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada zanjabil. (Yang didatangkan daripada) sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil.

Al-Insan (76:17-18)

Kacang Dal / Lentils / Lentilles /

Dan ingatlah ketika kamu berkata : Wahai Musa! Kami tidak dapat bersabar (sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami daripada

apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawangputihnya, kacang adasnya (kacang dal) dan bawang merahnya. Musa berkata : Mahukah kamu mengambil sesuatu yang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. Lalu ditimpakanlah kepada mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat kermurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu

(terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.Al-Baqarah (2:61)

Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan akan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur*. (Iaitu) mata air (dalam syurga) yang diminum oleh hambahamba Allah (yang taat) dan mereka dapat mengalirkan mata air itu sebaik-baiknya. *Kafur ialah nama suatu mata air di dalam syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya. Al-Insan (76:5-6)

Kapur Barus / Camphor Tree / Camphrier /

Kasturi / Musk / Musc / Mereka diberi minum daripada khamar murni (tidak memabukkan) yang bekasnya masih besalut.(Bahan salutannya daripada kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba bagi merebut kelebihan dan kesenangan itu. Dan campurannya itu daripada tasnim. (Iaitu mata air yang diminum oleh mereka yang dekat kepada Allah). Al-Mutaffifin (83:25-28)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Perkataan Kurma disebut sebanyak 18 kali dalam al-Quran : Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, sedan dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kencang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.* *Inilah perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya dengan riyak, menbangga-banggakan pemberiannya kepada orang lain dan menyakiti hati orang. Al-Baqarah (2:266)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu bijian yang banyak, dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang berjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah (perhatikan pulalah) ketika ia masak. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang tanamannya menjalar, pohon kurma , tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daripada buahnya (yang bermacam-macam itu) apabila ia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya) dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. Al-Anam (6:99 & 141)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /

Dan di bumi terdapat beberapa daerah yang berdekatan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan tanamantanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir. Al-Rad (13:4)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /

Dia menunbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan daripada buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang memikiran. Al-Nahl (16:11 & 67)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah-celah kebun yang deras alirannya.

Al-Isra (17:91)

Dan berikanlah kepada mereka* satu perumpamaan dua orang lelaki,** Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikit pun dan Kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu. *Iaitu kepada orang mukmin dan orang kafir. **Iaitu dua orang Yahudi, yang seorang mukmin dan yang lain kafir. Al-Kahf (18:32-33)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata : Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah : Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah : Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa kerana Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini. Maryam (19:23-25)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /

Firaun berkata : Patutkah kamu beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian? Sesungguhnya dia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara timbal balik dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurmadan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal seksaanya. Taha (20:71)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur; di sana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian daripada (buah-buahan) itu kamu makan. Al-Mukminun (23:19)

Dan tanam-tanaman dan pohon-pohon kurma yang mayangnyalembut; Al-Syuara (26:148)

Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air.Al-Yasin (36:34)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, Qaf (50:10)

Yang membuatkan manusia bergelimpangan, mereka bagaikan pohon-pohon kurma yang tumbang dengan akar-akarnya. Al-Qamar (54:20)

Di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima. Al-Rahman (55:11 & 68)

Kurma; Tamar / Date / Dattier / /Apa-apa jua pohon kurma (milik orang kafir) yang kamu tebang atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri seperti keadaan asalnya*, maka yang demikian adalah dengan izin Allah; dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang fasik.

*Pohon kurma itu milik musuh, menurut kepentingan dan siasah (politik) perang ianya boleh ditebung atau dibiarkan tumbuh.Al-Hasyr (59:5)

Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka kamu melihat kaum Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang telah kosong (lapuk).

Al-Haqqah (69:7)

Dan zaitun dan pohon kurma Abasa (80:29)

Labu / Pumpkin / Citrouille / ; ;

Kemudian Kami lemparkan dia ke daratan yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Kemudian untuk dia, Kami tumbuhkan sebatang pohon daripada jenis labu. Al-Saffat (37:145-146)

Mann/ Manna / Manne /

Perkataan Mann disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran; dan ianya berserta dengan perkataan salwa :

Dan Kami payungi kamu dengan awan* dan Kami turunkan kepadamu mann** dan salwa***. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. *Salah satu nikmat Allah kepada mereka ialah mereka selalu dipayungi awan ketika mereka berjalan di panas terik padang pasir. **Mann ialah makanan manis seperti madu. ***Salwa ialah sejenis burung puyuh.Al-Baqarah (2:57)

Mann/ Manna / Manne / Dan Kami bahagikan mereka menjadi dua belas suku yang masingmasingnya dengan jumlah yang besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya : Pukulah batu itu dengan tongkatmu! Maka memancarlah darinya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minuman masingmasing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka mann dan salwa*. (Kami berfirman) : Makanlah yang baik-baik daripada apa yang telah Kami rezekikan kepadamu. Mereka tidak menganiaya Kami, akan merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. *Mann ialah sejenis makanan yang manis pekat macam madu yang turun seperti embun dari langit dan jatuh di atas batu dan daun-daun kayu. Salwa pula ialah sejenis burung. Al-Araf (7:160)

Mann/ Manna / Manne / Wahai Bani Israel! Sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu daripada musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk bermunajat) di sebelah kanan* gunung itu** dan Kami telah menurunkan kepada kamu mann dan salwa.

Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah dia. *Yang bermunajat kepada Allah ialah Nabi Musa Alaihissalam. Tetapi di sini disebut kamu sekalian kerana manfaat munajat itu kembali kepada Musa Alaishissalam dan Bani Israel semuanya. Perjanjian yang dijanjikan itu ialah untuk menerima Taurat. Sebahagian ahli tafsir mentafsirkan di sebelah kanan (al-aiman) dengan yang diberkati. **Gunung itu di sini ialah Tursina.Taha (20:80-81)

Mawar / Rose / Rose / ;

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.

Al-Rahman (55:37)

Pokok / Tree / Arbre /

Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit /

Dan Kami berfirman : Hai Adam, tinggalh kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan janganlah kamu mendekati pohon ini* yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim. *Pohon yang tidak dipastikan namanya. Sebab al-Quran dan Hadith tidak menerangkannya. Ada yang menamakannya sebatang pohon Khuldi sebagaimana tersebut dalam surah Taha(120). Tetapi itu adalah nama yang diberikan syaitan. Al-Baqarah (2:35)

Pokok / Tree / Arbre /

Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit /

(Dan Allah berfirman) : Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai. Dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, jika tidak jadilah kamu berdua termasuk orang yang zalim. Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka, iaitu auratnya dan syaitan berkata : Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidakmenjadi orang yang kekal (dalam syurga). Al-Araf (7:19-20)

Pokok / Tree / Arbre /

Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit /

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya : Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua.

Maka syaitan memujuk keduanya(untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah pohon kayu itu, tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan keduanya mulalah menutupnya dengan daun-daun dari syurga. Kemudian Tuhan mereka meyeru kepada mereka : Bukankah Aku melarang kamu berdua daripada pohon kayu itu dan Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?Sambungan Al-Araf (7:21-22)

Pokok / Tree / Arbre /

Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit /

Keduanya berkata : Ya Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang yang rugi. Allah berfirman : Turunlah kamu sekalian! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan .

Allah berffirman : Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.Sambungan Al-Araf (7:23-25)

Pokok / Tree / Arbre / Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit / Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata : Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pohon Khuldi* dan kerajaan yang tidak akan binasa? Maka keduanya memakan daripada buah pohon itu, lalu terdedahlah aurat masingmasing dan mereka menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga dan derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah dia**

*Pohon itu dinamakan Syajaratul Khuldi(pohon abadi), kerana menurut bisikan syaitan , orang yang memakan buahnya akan kekal, tidak akan mati. **Derhaka di sini ialah melanggar larangan Allah kerana lupa, tidak sengaja, sebagaimana disebutkan pada surah Taha(20:115). Dan yang dimaksudkan sest di sini ialah mengikuti apa yang dibisikkan syaitan. Kesalahan Nabi Adam Alaihissalam meskipun tidak begitu besar menurut ukuran manusia biasa sudah dinamakan derhaka dan sesat, kerana tingginya martabat Nabi Adam Alahissalam dan untuk menjadi teladan bagi orang besar dan pemimpin-pemimpin agar menjauhi perbuatanperbuatan yang terlarang walau bagaimana kecil sekalipun.Taha (20:120-121)

Pokok / Tree / Arbre / Kemudian Tuhanya memilihnya*, lalu Dia menerima taubatnya dan memberiinya petunjuk.

Iblis memberi nama Pokok Khuldi / Tree of Eternity / Arbre de l'ternit /

Allah berfirman : Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, lalu barang siapa yang mengikut petunjukKu, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barang siapa berpaling daripada peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. *Allah memilih Nabi Adam Alaihissalam untuk menjadi orang yang dekat kepadaNya. Taha (20:122-124)

Pokok Ara; Tin / Fig Tree / Figuier /

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.* *Sebahagian mufassir mentafsirkan : Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh Alaihissalam iaitu Damysik yang banyak tumbuh pohon tin; Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh zaitun. Al-Tin (95:1)

Tetapi mereka berpaling, maka Kami kirimkan kepada mereka banjir yan besar* dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohol Asl dan sedikit pohon Sidr**.*Banjir besar yang meruntuhkan Empangan Marib. **Pohon Asl ialah sejenis pohon cemara dan pohon Sidr ialah sejenis pohon Bidara. Saba (34:16)

Pokok Bidara / Lote-Tree; Jujube / Arbre Lote; Jujubier /

(Mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri. Al-Waqiah (56:28)

Pokok Cemara / Pine;Tamarisk Tree / Pin; Arbre de Tamaris / ; Tetapi mereka berpaling, maka Kami kirimkan kepada mereka banjir yan besar* dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohol Asl dan sedikit pohon Sidr**. *Banjir besar yang meruntuhkan Empangan Marib. **Pohon Asl ialah sejenis pohon cemara dan pohon Sidr ialah sejenis pohon Bidara. Saba (34:16)

Pokok Pisang / Banana Tree / Bananier /

Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). Al-Waqiah (56:29)

Pokok Zaqqum / Tree of Zaqqum / Arbre de Zaqqum / Perkataan Zaqqum disebut sebanyak 4 kali dalam al-Quran : Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu : Sesungguhnya (ilmu) Tuhanmu meliputi seluruh manusia. Dan Kami tidak menjadikan mimpi* yang telah Kami memperlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk (zaqqum) dalam al-Quran. Dan kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka. *Mimpi adalah terjemahan daripada perkataan ar-Ruya. Dalam ayat ini maksudnya adalah mimpi tentang Perang Badar yang dialami oleh Rasulullah Sallallahualaihi wasallam sebelum Perang Badar itu terjadi. Kebanyakkan mufassir menterjemahkan kata ar-Ruya tersebut dengan penglihatan yang bermaksud penglihatan yang dialami Rasulullah pada waktu mala Isra dan Miraj. Al-Isra (17:60)

Pokok Zaqqum / Tree of Zaqqum / Arbre de Zaqqum / Apakah (makanan syurga) itu hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.* Sesungguhnya, Kami jadikannya (pohon zaqqum) sebagai azab bagi orang zalim. Sesungguhnya itu adalah pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim. Mayangnya seperti kepala-kepala syaitan.

Maka sesungguhnya, mereka benar-benar memakan sebahagian daripadanya (buah pohon itu) dan mereka memenuhi perutnya dengan buahnya (zaqqum).Kemudian sesungguhnya, setelah makan (buah zaqqum) mereka mendapat minuman yang dicampur dengan air yang sangat panas. *Zaqqum ialah sejenis pohon yang tumbuh di neraka. Al-Saffat (37:62-67)

Pokok Zaqqum / Tree of Zaqqum / Arbre de Zaqqum / Sesungguhnya pohon zaqqum itu, Makanan bagi orang yang banyak dosa. Seperti cairan tembaga yang mendidih di dalam perut.

Seperti mendidihnya air yang sangat panas.(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka) : Peganglah dia (orang yan berdosa), kemudian heretlah dia sampai ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya azab (daripada) air yang sangat panas. (Serta dikata kepadanya seraya mengejek) : Rasakanlah, sesungguhnya kamu benarbenar orang yang perkasa lagi mulia (sebagaimana engkau mendakwanya ketika di dunia dulu).

Sesungguhnya, inilah azab yang dahulu kamu ragukan.Al-Dukhan (44:43-50)

Pokok Zaqqum / Tree of Zaqqum / Arbre de Zaqqum /

Kemudian sesungguhnya kamu, wahai orang yang sesat lagi mendustakan.

Pasti akan memakan pohon zaqqum.Maka akan penuh perutmu dengannya. Setelah itu kamu akan meminum air yang sangat panas Maka kamu minum seperti unta (yang sangat haus) minum. Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan. Al-Waqiah (56:51-56)

Rumput / Grass / Herbe / Dan ambillah seikat (rumput) dengan tanganmu, lalu pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau menlanggar sumpah.* Sesungguhnya Kami dapati dia(Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat (kepada Allah). *Pada suatu ketika, Nabi Ayub alaihissalam teringat akan sumpahnya bahawa dia akan memukul isterinya apabila sakitnya sembuh disebabkan isterinya lalai menguruskannya sewaktu dia masih sakit. Akan tetapi timbul dalam hatinya perasaan hiba dan sayang kepada isterinya sehingga dia tidak dapat memenuhi sumpahnya itu. Oleh sebab itu, turunlah perintah Allah Subhanahu wa Taala, seperti yang bercantum dalam ayat 44 di atas, agar dia dapat melaksanakan sumpahnya dengan tidak menyakiti isterinya, iaitu memukul dengan seikat rumput. Sad (38:44)

Timun / Cucumber / Concombre / ; Dan ingatlah ketika kamu berkata : Wahai Musa! Kami tidak dapat bersabar (sudah jemu) dengan sejenis makanan saja. Sebab itu, mohonkanlah untuk kami daripada apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, mentimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya (kacang dal) dan bawang merahnya. Musa berkata : Mahukah kamu mengambil sesuatu yang baik sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta. Lalu ditimpakanlah kepada mereka kepapaan dan kehinaan serta mereka mendapat kermurkaan daripada Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Demikian itu (terjadi) kerana mereka selalu berbuat derhaka dan melampaui batas. Al-Baqarah (2:61)

Zaitun / Olive / Olive /

Perkataan Zaitun disebut sebanyak 6 kali dalam al-Quran : Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu bijian yang banyak; dan dari mayang kurma , mengurai tangkai-tangkai yang berjuntai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah (perhatikan pulalah) ketika ia masak. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Al-Anam (6:99)

Zaitun / Olive / Olive / Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang tanamannya menjalar, pohon kurma , tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah daripada buahnya (yang bermacam-macam itu) apabila ia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya) dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.

Al-Anam (6:141)

Dia menunbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. Al-Nahl (16:11)

Zaitun / Olive / Olive / Dan (Kami tumbuhkan) pohon (zaitun) yang tumbuh dari Bukit Sinai, yang menghasilkan minyak dan bahan pembangkit selera bagi orang yang makan. Al-Mukminun (23:20)

Zaitun / Olive / Olive / Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya seperti sebuah lubang yang tidak tembus,* yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak daripada pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat,** yang minyaknya (saja) hampir-hampir meneranginya, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (belapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

*Lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai ke sebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu atau barangbarang lain. **Pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit dan ia mendapat sinar matahari, baik pada waktu matahari terbit mahupun pada waktu matahari akan terbernam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.Al-Nur (24:35)

Zaitun / Olive / Olive /

Dan zaitun dan pohon kurma. Abasa (80:29)

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun.* *Sebahagian mufassir mentafsirkan : Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh Alaihissalam iaitu Damysik yang banyak tumbuh pohon tin; Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuh zaitun. Al-Tin (95:1)

Anai-anai / Termite / Termites; Fourmi Blanches /

Maka ketika Kami telah menetapkan kematian atasnya (Sulaiman), tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anaianai yang memakan tongkatnya. Maka ketika dia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentu mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan. Saba (34:14)

Anjing / Dog / Chien /

Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur, dan Kami membolakbalikkan mereka ke kanan ke kiri, sedang anjing mereka menjulurkan kedua lengannya di depan muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan (diri) daripada mereka dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

Al-Kahf (18:18)

Anjing / Dog / Chien / Nanti (ada orang yang akan) mengatakan.* (Jumlah mereka) adalah tiga orang, yang lkeempat adalah anjingnya; dan (yang lain) mengatakan : (Jumlah mereka) adalah lima orang, yang keenam adalah anjingnya , sebagai tekaan terhadap barang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan : (Jumlah mereka) tujuh orang dan yang kelapan adalah anjingnya. Katakanlah (Muhammad) : Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit. Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran zahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka. *Orang yang mengatakan ialah Ahli Kitab dan lain-lainnya pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam, Al-Kahf (18:22)

Babi / Pig / Cochon / Perkataan Babi disebut sebanyak 5 kali. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.* Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. *Menurut ayat ini, haram juga daging yang berasal dari sembelihan yang menyebut nama Allah dan menyebut sama nama selain Allah.

Al-Baqarah (2:173)

Babi / Pig / Cochon / Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,* daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana jatuh; yang mati ditanduk dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih.** Dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan anak panah,*** (kerana) itu adalah perbuatan fasik. .............

*Ialah darah yang keluar dari tubuh sebagaimana tersebut dalam Al-Anam(145). **Binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati.Al-Maidah (5:3)

Babi / Pig / Cochon / Katakanlah : Apakah (kamu mahu) aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasanya daripada (orang yang fasik) itu di sisi Allah? Iaitu, orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi* dan (orang yang) menyembah Thaghut. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.*Yakni; orang-orang Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu [Al-Baqarah (2:65)] Al-Maidah (5:60)

Babi / Pig / Cochon / Katakanlah : Tiadalah aku mendapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapayang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.Al-Anam(6:145)

Sesungguhnya Allah hanya mengharankan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah, tetapi barang siapa terpaksa memakannya dengan menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Nahl (16:115)

Belalang / Grasshopper / Souterelle / Maka Kami kirimkan kepada mereka angin taufan, belalang, kutu, katak dan darah* sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap sombong dan mereka adalah kaum yang berdosa.

*Air minum mereka berubah menjadi darah.Al-Araf (7:133)

Pandangan mereka tertunduk ketika mereka keluar dari perkuburan. Seakan-akan mereka belalang yang berterbangan.Al-Qamar (56:7)

/ Perkataan Kera disebut sebanyak 3 kali :

Beruk; Monyet; Kera / Ape; Monkey / Singe /

Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang yang melanggar (larangan) di antaramu pada hari Sabtu,* lalu Kami berfirman kepada mereka : Jadilah kamu kera** yang hina. *Hari khusus bagi orang Yahudi untuk beribadat. **Sebahagian ahli tafsir berpendapat, sebutan ini sebagai suatu perumpamaan untuk menunjukkan bahawa hati mereka menyerupai hati kera kerana sama-sama tidak menerima nasihat dan peringatan. Sedangkan jumhur mufassir berpendapat bahawa mereka betul-betul berubah menjadi kera, hanya tidak beranak, tidak makan dan minum dan hidup tidak lebih dari 3 hari. Al-Baqarah (2:65)

/

Beruk; Monyet; Kera / Ape; Monkey / Singe / Katakanlah : Apakah (kamu mahu) aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasanya daripada (orang yang fasik) itu di sisi Allah? Iaitu, orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi* dan (orang yang) menyembah Thaghut. Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. *Yakni; orang-orang Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu [Al-Baqarah (2:65)] Al-Maidah (5:60)

Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka kerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina.Al-Araf (7:166)

Biri-biri / Sheep / Mouton /

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan,* dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). *Binatang-binatang yang termasuk adalah jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ali-Imran (3:14)

Biri-biri / Sheep / Mouton /

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah,* dan jangan (langgar kehormatan) bulan-bulan haram,** jangan (mengganggu) binatang-binatang hadya*** dan binatang-binatang qalaid,**** dan jangan (pula) mengganggu orang yang mengunjungi Baitullah; sedang mereka mencari kurniaan dan keredhaan daripada Tuhannya, ***** dan apabila kamu telah menyelesaikan ihram ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang kamu dari Masjidil-Haram, mendorongmu menganiaya (mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (ajaran Allah). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaanNya. *Syiar Allah ialah segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadah haji dan tempat-tempat mengerjakannya. **Erti bulan haram, maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di dalam bulan-bulan itu. ***Ialah binatang (unta, lembu, kambing, biri-biri) yang dibawa ke Kaabah untuk mendekatkan diri kepada Allah, disembelih di Tanah Haram dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin dalam rangka ibadah haji. ****Ialah binatang hadya yang diberi kalung, supaya diketahui orang bahawa binatang itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Kaabah. *****Kurnia, ialah keuntungan yang diberikan Allah dalam perniagaan. Keredhaan dari Allah ialah pahala amalan haji. Al-Maidah (5:2)

Biri-biri / Sheep / Mouton /

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia. Dan demikian pula bulan haram,* hadya dan qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu mengetahui, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. *Maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di bulan-bulan itu. Sambungan Al-Maidah (5:97)

Biri-biri / Sheep / Mouton /

(Iaitu) lapan binatang yang berpasangan,* sepasang daripada kambing biri-biri** dan sepasang daripada kambing biasa.*** Katakanlah : Adakah Allah mengharamkan kedua ekor jantan atau kedua ekor betina, ataukah yang ada dalam kandungan kedua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan pengetahuan jika kamu memang orang yang benar. *Ertinya; empat pasangan, iaitu sepasang kambing biri-biri, sepasang kambing biasa, sepasang unta dan sepasang lembu. **Kambing biri-biri jantan dan kaming biri-biri betina. ***Kambing jantan dan kambing betina. Al-Anam (6:143)

Biri-biri / Sheep / Mouton /

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) daripada kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya pada waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikanNya pula) daripada bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). Al-Nahl (16:80)

/ Burung Belatuk; Hud-hud / Woodpeckers; Hoopoe / Picidae; Huppe Fasice / ; ; Dan dia memeriksa burung-burung, lalu berkata : Mengapa aku tidak melihat Hud-hud.* apakah ia termasuk yang tidak hadir? Pasti akan aku hukum ia dengan hukuman yang berat, atau aku sembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas. Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata : Aku mengetahui sesuatu yang kamu belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba** dengan membawa suatu berita yang meyakinkan. *Hud-hud ialah sejenis burung belatuk. **Saba ialah nama kerajaan pada zaman dahulu, ibu kotanya Marib yang letaknya dekat kota Sana, ibu kota Yamansekarang.

Al-Naml (27:20-22)

/ Burung Belatuk; Hud-hud / Woodpeckers; Hoopoe / Picidae; Huppe Fasice / ; ;

Sesungguhnya, aku dapati ada seorang perempuan* yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.Aku (burung Hud) dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatanperbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak dapat petunjuk. *Iaitu Ratu Balqis yang memerintah kerajaan Sabaiyyah pada zaman Nabi Sulaiman Alaihissalam, Sambungan Al-Naml (27:23-24)

/ Burung Belatuk; Hud-hud / Woodpeckers; Hoopoe / Picidae; Huppe Fasice / ; ;

Mereka (juga) tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi* dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang agong. *Umpamanya : menurunkan hujan dari langit, menumbuhkan tanam-tanaman, mengeluarkan logam dari bumi dan sebagainya. Sambungan Al-Naml (27:25-26)

Burung Gagak / Crow; Raven / Corneille; Corbeau /

Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk menunjukkan kepadanya (Qabil) bagaiman dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.* Qabil berkata : Aduh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? Maka jadilah dia termasuk orang yang menyesal. *Difahami dari ayat ini bahawa kebanyakkan manusia mengambil pelajaran dari alam dan jangan malu mengambil pelajaran dari yang lebih rendah tingkatan pengetahuannya. Al-Maidah (5:31)

Burung Ababil; Layang-layang / Swallow / Hirondelle /

Walaupun namanya tiada dalam terjemahan bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Arab menyebutnya Thoyra Ababeel : Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondongbondong(berduyun-duyun).

Al-Fiil (105:3)

Burung Puyuh / Quail / Caille /

Perkataan Salwa disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran; dan ianya berserta dengan perkataan mann :

Dan Kami payungi kamu dengan awan* dan Kami turunkan kepadamu mann** dan salwa***. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. *Salah satu nikmat Allah kepada mereka ialah mereka selalu dipayungi awan ketika mereka berjalan di panas terik padang pasir. **Mann ialah makanan manis seperti madu. ***Salwa ialah sejenis burung puyuh.Al-Baqarah (2:57)

Burung Puyuh / Quail / Caille / Dan Kami bahagikan mereka menjadi dua belas suku yang masingmasingnya dengan jumlah yang besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya : Pukulah batu itu dengan tongkatmu! Maka memancarlah darinya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minuman masingmasing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka mann dan salwa*. (Kami berfirman) : Makanlah yang baik-baik daripada apa yang telah Kami rezekikan kepadamu. Mereka tidak menganiaya Kami, akan merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. *Mann ialah sejenis makanan yang manis pekat macam madu yang turun seperti embun dari langit dan jatuh di atas batu dan daun-daun kayu. Salwa pula ialah sejenis burung. Al-Araf (7:160)

Burung Puyuh / Quail / Caille / Wahai Bani Israel! Sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu daripada musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk bermunajat) di sebelah kanan* gunung itu** dan Kami telah menurunkan kepada kamu mann dan salwa.

Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah dia. *Yang bermunajat kepada Allah ialah Nabi Musa Alaihissalam. Tetapi di sini disebut kamu sekalian kerana manfaat munajat itu kembali kepada Musa Alaishissalam dan Bani Israel semuanya. Perjanjian yang dijanjikan itu ialah untuk menerima Taurat. Sebahagian ahli tafsir mentafsirkan di sebelah kanan (al-aiman) dengan yang diberkati. **Gunung itu di sini ialah Tursina.Taha (20:80-81)

Gajah / Elephant / lphant / Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah?**Tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah, Gabenor Yaman, yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke Kota Mekah, tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah. Al-Fiil (105:1)

Harimau / Tiger / Tigre /

Kejutan yang dahsyat tidak membuatkan mereka merasa sedih, dan para malaikat akan menyambut mereka (dengan ucapan) : Inilah harimau yang telah dijanjikan kepadamu.

Al-Anbiya(21:103)

Ikan / Fish / Poisson /

Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri* yang terletak berdekatan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabt (Sabtu),** di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar)merelka, terapung-terapung di permukaan air dan pada hari-hari selain Sabtu, ikan-ikan tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka berlaku fasik. *Iaitu kota Eilah yang terletak di pantai Laut Merah antara kota Madyan dan Tur Sina. **Menurut peraturan itu, mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu, kerana hari Sabtu itu dikhususkan hanya untuk beribadah. Al-Araf (7:163)

Ikan / Fish / Poisson / Dan Dialah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan daripada lautan itu perhiasan yang kamu pakai. Al-Nahl (16:14)

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya.* Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan duah buah lautan; atau aku akan berjalan bertahun-tahun.

Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.*Menurut ahli-ahli tafsir, murid Nabi Musa Alaihissalam itu ialah Yusya bin Nun.

Al-Kahf (18:60-61)

Ikan / Fish / Poisson /

Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepad muridnya : Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini.

Muridnya menjawab : Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. Sambungan Al-Kahf (18:62-63)

Ikan Paus / Whale / Baleine / Walaupun tiada dalam terjemahan bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Arab disebut Huwtu/Hawat bermaksud ikan paus.

Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela* Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, Nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut (ikan itu) sampai Hari Berbangkit. *Sebab Nabi Yunus Alaihissalam tercela ialah kerana dia lari meninggalkan kaumnya. Al-Saffat (37:142-144)

Ikan Paus / Whale / Baleine /

Maka bersabarlah engkau (wahai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu dan janganlah engkau seperti (Yunus) orang yang berada dalam (perut) ikan ketika berdoa dengan hati yang sedih. Al-Qalam (68:48)

Kambing / Goat / Chvre / ;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatangbinatang ternakan,* dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). *Binatang-binatang yang termasuk adalah jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ali-Imran (3:14)

Kambing / Goat / Chvre / ; Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah,* dan jangan (langgar kehormatan) bulan-bulan haram,** jangan (mengganggu) binatang-binatang hadya*** dan binatang-binatang qalaid,**** dan jangan (pula) mengganggu orang yang mengunjungi Baitullah; sedang mereka mencari kurniaan dan keredhaan daripada Tuhannya, ***** dan apabila kamu telah menyelesaikan ihram ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang kamu dari Masjidil-Haram, mendorongmu menganiaya (mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (ajaran Allah). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaanNya. *Syiar Allah ialah segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadah haji dan tempat-tempat mengerjakannya. **Erti bulan haram, maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di dalam bulan-bulan itu. ***Ialah binatang (unta, lembu, kambing, biri-biri) yang dibawa ke Kaabah untuk mendekatkan diri kepada Allah, disembelih di Tanah Haram dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin dalam rangka ibadah haji. ****Ialah binatang hadya yang diberi kalung, supaya diketahui orang bahawa binatang itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Kaabah. *****Kurnia, ialah keuntungan yang diberikan Allah dalam perniagaan. Keredhaan dari Allah ialah pahala amalan haji. Al-Maidah (5:2)

Kambing / Goat / Chvre / ;

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia. Dan demikian pula bulan haram,* hadya dan qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu mengetahui, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. *Maksudnya ialah dilarang peperangan di bulan-bulan itu. Sambungan Al-Maidah (5:97) melakukan

Kambing / Goat / Chvre / ; (Iaitu) lapan binatang yang berpasangan,* sepasang daripada kambing biri-biri** dan sepasang daripada kambing biasa.*** Katakanlah : Adakah Allah mengharamkan kedua ekor jantan atau kedua ekor betina, ataukah yang ada dalam kandungan kedua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan pengetahuan jika kamu memang orang yang benar.

*Ertinya; empat pasangan, iaitu sepasang kambing biri-biri, sepasang kambing biasa, sepasang unta dan sepasang lembu. **Kambing biri-biri jantan dan kaming biri-biri betina. ***Kambing jantan dan kambing betina.Al-Anam (6:143)

Kambing / Goat / Chvre / ;

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) daripada kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya pada waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikanNya pula) daripada bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). Al-Nahl (16:80)

Kambing / Goat / Chvre / ; Musa berkata : ini adalah tongkatku, aku bertopang padanya ketika berjalan, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya. Taha (20:18)

Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, pada waktu keduanya memberikan hukuman mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosakkan oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan hukuman yang diberikan oleh mereka itu.

Al-Anbiya (21:78)

Kambing / Goat / Chvre / ;

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.* Dan Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang yang datang kemudian. Selamat sejahtera bagi Ibrahim. *Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim Alaishissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam, maka Allah Subhanahu wa Taala melarang menyembelih Nabi Ismail Alaishissalam. Untuk meneruskan berkorban, Allah Subhanahu wa Taala telah menggantikannya dengan seekor kambing. Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban yang dilakukan pada Hari Raya Haji. Al-Saffat (37:107)

Kambing / Goat / Chvre / ;

Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor saja, lalu dia berkata : Serahkanlah (kambingmu) itu kepadaku! Dan dia mengalahkan aku dalam perdebatan. Sad (38:23)

Katak / Frog / Grenouille /

Maka Kami kirimkan kepada mereka angin taufan, belalang, kutu, katak dan darah* sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap sombong dan mereka adalah kaum yang berdosa. *Air minum mereka berubah menjadi darah. Al-Araf (7:133)

Keldai / Donkey / ne / ; ; ; Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal dan keldai agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

;

Al-Nahl (16:8)

Dan sederhanakanlah dalam perjalanan* dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. *Ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan janganlah terlalu lambat,; berjalanlah dengan sopan dan merendahkan hati, tidak memakai pakaian dan perhiasan secara berlebihan, tetapi tidak juga rendah diri. Luqman (31:19)

Keldai / Donkey / ne / ; ; ; Perumpamaan orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya)* adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. *Maksud tidak mengamalkannya antara lain tidak membenarkan kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wasallam. Al-Jumuah (62:5)

;

Seakan-akan mereka sekawan keldai liar yang lari terkejut,Lari daripada singa. Al-Muddaththir (74:50-51)

Kuda / Horse / Cheval /

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan,* dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).*Binatang-binatang yang termasuk adalah jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ali-Imran (3:14)

Kuda / Horse / Cheval / Dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal dan keldai agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Al-Nahl (16:8)

Dan perdayakanlah siapa yang kamu sanggupi di kalangan mereka dengan ajakanmu dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak, lalu beri janjilah kepada mereka. Dan tidak ada yang menjanjikan oleh syaitan kepada mereka menlainkan tipu daya belaka.*

*Allah memberi kesempatan kepada iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. Tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak mampu menghadapi orang yang benar-benar beriman.Al-Isra (17:64)

Kuda / Horse / Cheval / (Ingatlah) ketika pada suatu petang dipertunjukkan kepadanya (kuda-kuda) yang jinak, tetapi sangat cepat larinya. Maka dia berkata : Sesungguhnya sku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku ingat akan (kebesaran) Tuhanku, sampai matahari terbenam. Bawalah semua kuda itu kembali kepadaku, Lalu diamengusap-usap kaki dan leher kuda itu. Sad (38:31-33)

Demi kuda perang yang berlari kencang termengah-mengah. Dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya) Dan kuda yan menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi.

Al-Adiyat (100:1-3)

Kutu / Lice / Poux /

Maka Kami kirimkan kepada mereka angin taufan, belalang, kutu, katak dan darah* sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap sombong dan mereka adalah kaum yang berdosa. *Air minum mereka berubah menjadi darah. Al-Araf (7:133)

Labah-labah / Spider / Araigne / ;

Perumpamaan orang yang meminta perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labahlabah, sekiranya mereka mengetahui.Al-Ankabut (29:41)

Lalat / House-Fly / Mouche Domestique / ; Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan, maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat mencipta seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptanya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah. Al-Hajj (22:73)

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di bangunan-bangunan yang dibuat manusia. Al-Nahl (16:68)

Lebah / Bee / Abeille /

Lebah / Bee / Abeille /

Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-buahan, lalu ikutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan Sambungan Al-Nahl (16:69)

Lembu / Cattle / Btail /

Dan ingatlah (ketika) Musa berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku, sesungguhnyakamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sebagai sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu.* Hal itu adalah lebih baik bagimu di sisi Tuhan yang menjadikan kamu, maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

*Orang yang tidak menyembah patung anak lembu itu membunuh orang yang menyembahnya. Ada pula yang menyatakan atau mentafsirkan, mereka yang menyembah patung anak lembu saling berbunuhan; dan ada pula yang menyatakan atau mentafsirkan, mereka disuruh membunuh diri masing-masing untuk bertaubat.Al-Baqarah (2:54)

Lembu / Cattle / Btail /

Dan ingatl ketika Musa berkata kepada kaumnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina.* Mereka berkata : Apakah kamu hendak menjadikan kami bahan ejekan?. Musa menjawab : Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang daripada orang yang jahil. *Hikmah Allah menyuruh mereka menyembelih lembu ialah supaya hilang rasa penghormatan mereka kepada lembu yang pernah mereka sembah. Sambungan Al-Baqarah (2:67)

Lembu / Cattle / Btail / Mereka menjawab : Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami, lembu betina apakajh itu? Musa menjawab : Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang tidak tua dan tidak muda, pertengahan antara itu, maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Mereka berkata : Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya?. Musa menjawab : Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang kuning tua warnanya lagi menyenangkan orang yang memandangnya. Mereka berkata : Mohonlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami, bagaimana hakikat lembu betina itu, kerana sesungguhnya lembu itu (masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami, insya Allah, akan mendapat petunjuk (untuk memperoleh lembu itu)?. Sambungan Al-Baqarah (2:68-70)

Lembu / Cattle / Btail /

Musa berkata : Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah digunakan untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belang. Mereka berkata : Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.* Dan (ingatlah) ketika kamu membunuh seorang manusia, lalu kamu saling tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan.

*Berdasarkan syarat yang disebutkan, lembu itu sukar diperolehi dan hampir saja mereka tidak dapat menemukannya.Sambungan Al-Baqarah (2:71-72)

Lembu / Cattle / Btail / Lalu Kami berfirman : Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota lembu betina itu! Demikianlah, Allah menghidupkan kembali orang yang telah mati dan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti.* Kemudian hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu, ada yang mengalir sungai-sungai darinya dan di antaranya ada yang terbelah, lalu keluarlah mata air darinya dan di antaranya ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

*Menurut jumhur mufassir, ayat ini berhubung dengan peristiwa yang dilakukan oleh seorang daripada Bani Israel. Mereka saling tuduh menuduh tentang siapa yang melakukan suatu pembunuhan. Setelah mereka membawa persoalan tersebut kepada Nabi Musa Alaihissalam, Allah menyuruh mereka untuk menyembelih seekor lembu betina serta memukulkan sebahagian dari tubuh lembu tersebut kepada orang yang terbunuh supaya dapat hidup kembali dan menerangkan siapa yang membunuhnya.Sambungan Al-Baqarah (2:73-74)

Lembu / Cattle / Btail / Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan,* dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). *Binatang-binatang yang termasuk adalah jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ali-Imran (3:14)

(Oran) Ahli Kitab meminta kepadamu (Muhammad) agar engkau menurunkan sebuah Kitab dari langit kepada mereka. Sesungguhnya mereka telah meminta daripada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata : Perlihatkanlah Allah kepada kami secara nyata. Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya. Kemudian mereka menyembah (patung) anak lembu* setelah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, namun demikian Kami memaafkan mereka, dan telah Kami berikan kepada Musa kekuasaan yang nyata. *Anak lembu itu dibuat oleh mereka daripada emas untuk disembah.

Al-Nisa (4:153)

Lembu / Cattle / Btail / Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah,* dan jangan (langgar kehormatan) bulan-bulan haram,** jangan (mengganggu) binatang-binatang hadya*** dan binatang-binatang qalaid,**** dan jangan (pula) mengganggu orang yang mengunjungi Baitullah; sedang mereka mencari kurniaan dan keredhaan daripada Tuhannya, ***** dan apabila kamu telah menyelesaikan ihram ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang kamu dari Masjidil-Haram, mendorongmu menganiaya (mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (ajaran Allah). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaanNya. *Syiar Allah ialah segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadah haji dan tempat-tempat mengerjakannya. **Erti bulan haram, maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di dalam bulan-bulan itu. ***Ialah binatang (unta, lembu, kambing, biri-biri) yang dibawa ke Kaabah untuk mendekatkan diri kepada Allah, disembelih di Tanah Haram dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin dalam rangka ibadah haji. ****Ialah binatang hadya yang diberi kalung, supaya diketahui orang bahawa binatang itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Kaabah. *****Kurnia, ialah keuntungan yang diberikan Allah dalam perniagaan. Keredhaan dari Allah ialah pahala amalan haji. Al-Maidah (5:2)

Lembu / Cattle / Btail /

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia. Dan demikian pula bulan haram,* hadya dan qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu mengetahui, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.*Maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di bulan-bulan itu. Sambungan Al-Maidah (5:97)

Lembu / Cattle / Btail /

Dan sepasang daripada unta dan sepasang daripada lembu. Katakanlah : Apakah kedua ekor yang jantan yang diharamkan ataukah kedua ekor betina, ataukah yang ada dalam kandungan kedua betinanya? Apakah kamu menyaksikan pada waktu Allah menetapkan ini bagimu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.Al-Anam (6:144)

Lembu / Cattle / Btail /

Dan kaum Musa, setelah pemergian Musa ke (Tur Sina), mereka membuat patung anak lembu yang bertubuh dan bersuara dari perhiasan-perhiasan (emas) mereka.* Apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak (pula) dapat menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang yang zalim. *Mereka membuat patung anak lembu dari emas. Para mufassir berpendapat bahawa patung itu tetap patung yang tidak bernyawa dan suara seperti lembu itu hanyalah disebabkan oleh angin yang masuk ke dalam rongga patung itu dengan teknik yang diketahui oleh as-Samiri waktu itu; dan sebahagian mufassir ada yang mentafsirkan bahawa patung yang dibuat daripada emas itu kemudiannya menjadi tubuh yang bernyawa dan mempunyai suara lembu Al-Araf (7:148)

Lembu / Cattle / Btail /

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar gembira, mereka mengucapkan : Selamat sejahtera. Ibrahim menjawab : Selamat sejahtera, maka tidak lama kemudian Ibrahim menghidangkan daging anak lembu yang dipanggang.Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, dia (Ibrahim) mencurigai mereka dan berasa takut kepada mereka. Malaikat berkata : Janganlah kamu takut, sesungguhnya kami adalah (malaikat-malaikat) yang diutus kepada kaum Luth. Hud (11:69-70)

Lembu / Cattle / Btail /

Raja berkata (kepada para pemuka kaumnya) : Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk, dimakan oleh tujuh ekor lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan tujuh tangkai lainnya yang kering. Wahai orang yang terkemuka! Terangkanlah kepadaku tentang takwil mimpiku itu, jika kamu dapat mentakwilkan mimpi.Yusuf (12:43)

Lembu / Cattle / Btail / Mereka berkata : Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban daripada perhiasan kaum itu, maka kami telah melemparkannya dan demikian pula asSamiri melemparkannya.* Kemudian as-Samiri mengeluarkan untuk mereka (dari lubang itu) anak lembu yang betubuh dan bersuara,** maka mereka berkata : Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa. *Mereka disuruh membawa perhiasan daripada emas kepunyaan orang-orang Mesir, lalu dianjurkan oleh as-Samiri agar perhiasan itu dilemparkan ke dalam api yang telah dinyalakannya dalam suatu lubang untuk dijadikan patung berbentuk anak lembu. Kemudian mereka melemparkannya dan diikuti pula oleh as-Samiri. **Daripada leburan barang logam emas perhiasan, Samiri membuat patung berupa anak lembu. Taha (20:87-88)

Lembu / Cattle / Btail / Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawapan kepada mereka dan tidak dapat memberi kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan? Dan sesungguhnya Harun telah berkata kepada mereka sebelumnya : Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu hanya diberi cubaan dengan anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) Yang Maha Pemurah, maka ikutilah aku dan taatilah perintahku. Mereka mejawab : Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami. Sambungan Taha (20:89-91)

Maka diam-diam dia (Ibrahim) pergi menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk (yang dibakar). Al-Zaariyat (51:26)

Nyamuk / Mosquito / Moustique / Sesungguhnya Allah tiada segan atau malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu.* Adapun orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka tetapi bagi mereka yang kafir mengatakan : Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan? Dengan perumpamaan itu, ramai orang yang disesatkan Allah** dan dengan perumpamaan itu (pula) ramai orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang yang fasik. *Saat surah Al-Hajj (73)diturunkan, Allah menerangkan bahawa berhala-berhala yang mereka sembah tidak dapat membuat lalat sekalipun mereka melakukan bersama-sama. Dalam surah Al-Ankabut(41), Allah menggambarkan bahawa berhala-berhala yang dijadikan sebagai pelindung oleh orang musyrik adalah selemah sarang labah-labah. **Orang yang ingkar tidak mampu memahami petunjuk-petunjuk Allah. Dalam ayat ini, mereka menjadi sesat kerana mereka ingkar dan tidak mahu memahami apa sebabnya Allah menjadikan nyamuk sebagai perumpamaan. Al-Baqarah (2:26)

Rama-rama; Kupu-kupu / Butterfly; Moth / Papillon /

Dalam al-Quran disebut faraasyee iaitu rama-rama. Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan. Al-Qariah (101:4)

Semut / Ant / Fourmi /

Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut : Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum, lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa : Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. Al-Naml (27:18-19)

Serigala / Wolf / Loup / Perkataan Serigala disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran surah yang sama : 13.(Yaakub) berkata : Sesungguhnya pemergian kamu bersama Yusuf sangat menyedihkanku dan aku khuatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lalai daripadanya. 14.Merek berkata : Jika dia dimakan serigala, sedang kamai golongan (yang kuat), sesungguhnya kalau demikian, kami adalah orang yang rugi.* 17.Mereka berkata : Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami pergi berlumbulumba dan kami tinggalkan Yusuf berdekatan barang-barang kami, kemudian dia telah dimakan serigala, dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang yang benar. *Menjadi seorang pengecut yang hidupnya tidak ada ertinya. Yusuf (12:13-14&17)

Singa / Lion / Lion / ;

Lalu mengapa mereka (orang kafir) berpaling daripada peringatan (Allah)? Seakan-akan mereka sekawan keldai liar yang lari terkejut. Lari daripada singa.

Al-Muddaththir (74:49-51)

Ular / Snake / Serpent / ; Perkataan Ular disebut sebanyak 5 kali di dalam al-Quran : Maka (Musa) melemparkan tongkatnya, lalu pada ketika itu juga tongkatnya itu menjadi ular yang sebenarnya. Al-Araf (7:107)

Allah berfirman : Lemparkanlah ia, wahai Musa! Lalu dilemparkannya tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat. Allah berfirman : Peganglah ia dan janganlah takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula Taha (20:19-22)

Ular / Snake / Serpent / ; Dia (Firaun) berkata : Tunjukkan sesuatu (bukti yang nyata) itu, jika engkau termasuk orang yang benar! Maka dia (Musa) melemparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu menjadi ular besar yang jelas dan nyata.

Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka ada-adakan itu.* *Tali temali dan tongkat-tongkat yang dilemparkan ahli sihir itu terbayang seolah-olah menjadi ular, semuanya ditelan oleh tongkat Nabi Musa Alaihissalam yang benar-benar menjadi ular. Al-Syuara (26:31-32 & 45)

Ular / Snake / Serpent / ; Dan lemparkanlah tongkatmu! Maka ketika (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seperti seekor ular yang pantas, lalu larilah dia berpaling ke belakang tanpa menoleh. Wahai Musa! Janganlah takut! Sesungguhnya di hadapanKu, para rasul tidak perlu takut. Al-Naml (27:10)

Dan lemparkanlah tongkatmu. Maka ketika dia (Musa) melihatnya bergerak-gerak seakan-akan seekor ular yang (besar), dia lari berbalik ke belakang tanpa menoleh. (Allah berfirman) : Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguhnya engkau termasuk orang yang aman. Al-Qasas (28:31)

Unta / Camel / Chameau / ;

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatangbinatang ternakan,* dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). *Binatang-binatang yang termasuk adalah jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ali-Imran (3:14)

Unta / Camel / Chameau / ; Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah,* dan jangan (langgar kehormatan) bulan-bulan haram,** jangan (mengganggu) binatang-binatang hadya*** dan binatangbinatang qalaid,**** dan jangan (pula) mengganggu orang yang mengunjungi Baitullah; sedang mereka mencari kurniaan dan keredhaan daripada Tuhannya, ***** dan apabila kamu telah menyelesaikan ihram ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang kamu dari Masjidil-Haram, mendorongmu menganiaya (mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran (ajaran Allah). Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaanNya. *Syiar Allah ialah segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadah haji dan tempat-tempat mengerjakannya. **Erti bulan haram, maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di dalam bulan-bulan itu. ***Ialah binatang (unta, lembu, kambing, biri-biri) yang dibawa ke Kaabah untuk mendekatkan diri kepada Allah, disembelih di Tanah Haram dan dagingnya dihadiahkan kepada fakir miskin dalam rangka ibadah haji. ****Ialah binatang hadya yang diberi kalung, supaya diketahui orang bahawa binatang itu telah diperuntukkan untuk dibawa ke Kaabah. *****Kurnia, ialah keuntungan yang diberikan Allah dalam perniagaan. Keredhaan dari Allah ialah pahala amalan haji.

Al-Maidah (5:2)

Unta / Camel / Chameau / ;

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia. Dan demikian pula bulan haram,* hadya dan qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu mengetahui, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. *Maksudnya ialah dilarang melakukan peperangan di bulan-bulan itu. Sambungan Al-Maidah (5:97)

Unta / Camel / Chameau / ;

Dan sepasang daripada unta dan sepasang daripada lembu. Katakanlah : Apakah kedua ekor yang jantan yang diharamkan ataukah kedua ekor betina, ataukah yang ada dalam kandungan kedua betinanya? Apakah kamu menyaksikan pada waktu Allah menetapkan ini bagimu? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Al-Anam (6:144)

Unta / Camel / Chameau / ; Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit* dan mereka tidak (pula) masuk syurga, hingga unta masuk ke dalam lubang jarum.** Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang yang berbuat kejahatan. *Doa dan amal mereka tidak diterima Allah. **Mereka tidak mungkin masuk syurga sebagaimana tidak mungkinnya unta masuk ke dalam lubang jarum. Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Thamud saudara mereka, Soleh. Dia berkata : Wahai kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu daripada Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah ia makan di atas bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun, (yang kerananya) kamu akan ditimpa seksaan yang pedih. Al-Araf (7:40 & 73)

Unta / Camel / Chameau / ; Wahai kaumku! Inilah unta betina daripada Allah sebagai mukjizat (yang menunjukkan kebenaran) untukmu, sebab itu biarkanlah ia makan di atas bumi Allah dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun, yang akan menyebabkan kamu segera ditimpa seksaan azab. Mereka membunuh unta itu, maka Soleh berkata : Bersukarialah kamu sekalian di rumahmu selama tiga hari,* itu adalah janji yang tidak dapat didustakan.*Perbuatan merek menusuk unta itu adalah perlanggaran terhadap larangan Nabi Soleh Alaihissalam. Oleh sebab itu, Allah menjatuhkan kepada mereka hukuman, iaitu membataskan hidup mereka hanya dalam tempoh tiga hari, maka sebagai ejekan, mereka disuruh bersukaria selama tiga hari itu. Hud (11:64-65)

Unta / Camel / Chameau / ; Tatkala mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang (tukaran) mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata : Wahai ayah kami! Apa lagi yang kita inginkan. Ini barang-barang tukaran kita dikembalikan kepada kita dan kami akan dapat memberi makan keluarga kami dan kami akan dapat memelihara saudara kami serta kami akan mendapat tambahan sukatan (gandum) seberat beban seekor unta. Itu adalah sukatan yang mudah (bagi raja Mesir) untuk ditunaikan.Yusuf (12:65)

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) daripada kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawa)nya pada waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan (dijadikanNya pula) daripada bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu). Al-Nahl (16:80)

Unta / Camel / Chameau / ; Dan sekali-kali tidak ada yang menghalang Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan kerana (tanda-tanda) itu telah didustakan oleh orang dahulu.* Dan telah Kami berikan kepada Thamud unta betina (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menganiaya unta betina itu. Dan kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti. *Allah menetapkan bahawa orang yang mendustakan tanda-tanda kekuasaanNya seperti yang diberikan kepada rasul-rasulNya yang dahulu dan dimusnahkan. Orang Quraisy meminta kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam supaya diturunkan pula kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Allah itu, tetapi Allah tidak menurunkan kepada mereka, kerana kalau tanda-tanda kebesaran Allah ini ditunjukkan juga, pasti mereka akan mendustakannya, dan tentulah mereka akan dibinasakan pula seperti umat-umat yang dahulu, sedangkan Allah tidak hendak membinasakan kaum Quraisy.

Al-Isra (17:59)

Unta / Camel / Chameau / ;

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus,* yang datang dari segenap penjuru yang jauh.*Unta yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya perjalanan yang ditempuh oleh jemaah haji. Al-Hajj (22:27)

Unta / Camel / Chameau / ; Dan telah kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperoleh kebajikan padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan kaki-kaki telah terikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik. Sambungan Al-Hajj (22:36-37)

Unta / Camel / Chameau / ;

Dia (Soleh) menjawab : Ini seekor unta betina yang berhak mendapatkan (giliran) minuman dan kamu juga berhak mendapatkan minuman pada hari yang ditentukan.Dan jangan kamu menyentuhnya (unta itu) dengan sesuatu kejahatan, nanti kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat. Al-Syuara (26:155-156)

Unta / Camel / Chameau / ;

Sesungguhnya Kami akan mengirimkan unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah mereka dan bersabarlah (Nabi Soleh). Dan khabarkanlah kepada mereka bahawa air itu dibahagi di antara mereka (dengan unta betina itu); setiap orang berhak mendapat giliran minum. Maka mereka memanggil kawan mereka, lalu dia menangkap (unta itu) dan memotongnya. Al-Qamar (54:27-29)

Unta / Camel / Chameau / ; Maka kamu minum seperti unta (yang sangat haus) minum.Al-Waqiah (56:55)

Sesungguhnya (neraka) itu menyemburkan bunga api (sebesar dan setinggi) istana.Seakan-akan iring-iringan unta yang kuning. Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran). Al-Mursalat (77:32-34)

Unta / Camel / Chameau / ; Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus).Al-Takwir (81:4)

Lalu Rasul Allah (Soleh) berkata kepada mereka : (Biarkanlah) unta betina daripada Allah ini dengan minumannya.Al-Syams (91:13)

Antara haiwan-haiwan yang tidak tersenarai dalam al-Quran, tetapi ada di dalam beberapa peristiwa. Baraq/Buraq Kisah Isra Miraj. Burung merak Kisah merak dengan Azazil ketika Azazil ingin memasuki syurga. (sumber : Qisas Al Anbiya). Burung merpati -Kisah hijrah Nabi Muhammad bersama Abu Bakar, di Bukit Thur. (Walaupun peristiwa ini ada diceritakan dalam Al-Taubah(9:40) tetapi burung merpati dan labah-labah tidak dinyatakan).

3. Kesimpulan

Menutup Majlis dengan Tasbih Kafarah dan surah Al-'Asr