fitnah pada zaman saidina uthman bin affan

Upload: kesatuan-guru-jqaf-msia

Post on 13-Oct-2015

351 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kajian ilmiah

TRANSCRIPT

  • AQIDAH SGDI 5013

    DISPUTES WHICH TOOK PLACE AMONG MUSLIM AFTER THE DEATH

    OF USMAN BIN AFFAN

    DISEDIAKAN UNTUK

    Prof Madya Dr Shukri Ahmad Pusat Pengajian Umum

    DI SEDIAKAN OLEH

    AKMAL BIN AHMAD

    816790

  • PENDAHULUAN

    Saidina Uthman bin Affan dikenali sebagai Abu Abdillah yang dilahirkan di kota Makkah.

    Beliau mendapat jolokan Dzunnurrain kerana mengahwini 2 orang puteri baginda Rasulullah s.a.w.

    Beliau termasuk keluarga besar Umayyah dari suku Quraisy, dan salasilah pertaliannya dengan

    Rasulullah s.a.w pada generasi yang ke lima. Beliau meneruskan usaha nenek moyangnya dengan

    menjadi pedagang Arab yang terkemuka dan juga merupakan sahabat rapat dengan khalifah Islam

    yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar. Abu Bakar merupakan rakan yang bertanggungjawab

    memperkankan Islam kepada beliau dan Saidina Uthman bin Affan memeluk Islam bersama dengan

    Thalhah bin Ubaidillah di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah mendapat siksan teruk daripada bapa

    saudaranya maka beliau diperintahkan oleh baginda Rasulullah s.a.w ke Abessinia bersama kaum

    muslimin yang lain. Beliau telah menginfakkan hartanya demi perjuangan Islam.

    Semasa pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Uthman menjadi orang yang dipercayai dan

    pendapat beliau sering digunakan dalam menghadapi masalah kenegaraan dan perkara-perkara

    penting yang lain. Beliau antara yang di ajak berunding oleh Abu Bakar ketika menjelang wafatnya

    Abu Bakar dalam mengangkat Umar sebagai khalifah. Ketika Umar hampir wafat, beliau

    mencalonkan 6 orang calon dan 4 orang calon telah mengundurkan dirinya. Beliau konsisten

    bersama Saidina Ali dan mereka berpegang dengan keputusan yang di keluarkan oleh Abdul Rahman

    bin Auf. Akhirnya Saidina Uthman bin Affan telah terpilih dengan diikuti oleh bai`ah taat setia

    penduduk Madinah dan umat Islam

    Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan penawanan

    wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya

    di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur

    dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan maghribi yang terletak di sebelah bahagian

    Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman,

    terbentang luas gagasannya,mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-

    wilayah Uzbekistan, Persi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan,Turki, Syria Palestin,Jordan, Mesir, Yaman

    termasuk kawsan-kawasan di teluk dan semenanjung Arab.seluruh kawasan dan wilayah itu

    terhimpun dan bernaung dalam satu gagasan dan panji-panji yang berdaulat, sekaligus mengangkat

    islam dan ummah sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar, dibandingkan dengan

    empayar-empayar Byzentyne dan Parsi. Dalam waktu yang sama, Islam turut bertapak di habsyah,

    dan sebahagian kawasan di sebelah Timur dan Afrika Tengah. Disamping itu, dengan kemasukan

    wilatah-wilayah itu ke dalam gagasan dan wadah Islam selain senanjung Arab, Yaman, dan pesisir

    yang tersedia wujud , maka Islam muncul sebagai sebuah Empayer yang lebih hebat dari gabungan

  • Empayer Parsi dan Byzentine yang berusia lebih 1000 tahun sebelum masehi sebagaimana disebut

    sebelum ini. Pada masa yang sama, pengaruh islam sebagai ad-Din al-hanif turut berkembang

    dengan sendirinya di Abyssinia atau Habsyah, yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Arab.

    Perkembangan dakwah Islamiah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan tenteram,

    dan diterima baik oleh rakyat di bahagia Tengah dan Timur Afrika, sekalipun kawasan tersebut tidak

    pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Kejayaan gemilang yang diperoleh pada peringkat pertama

    pemerintahannya, cukup hebat dan mengkagumkan dari pelbagai sudut namun kejayaan gemilang

    itu tidak dapat menjamin keutuhan dan kekukuhan pemerintahnya apabila kegawatan mula

    menggugat kedudukannya sebagai khalifah.

  • ANTARA SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

    Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi

    jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka

    bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qiraah) ekoran dari tulisan dan salinan

    yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah

    Uthman mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah,

    Mesir dan lain-lainnya, dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui

    kesahihannya, dan sekaligus menjadi satu-satunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum

    Muslimin seluruhnya sehingga kini

    Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah di kalangan

    orang-orang tawanan perang. Ramai bilangan mereka yang memeluk islam ekoran dakwah yang

    disampaikan oleh beliau, dan di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut

    islam, yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu dengan

    sempurna.

    Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para

    pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat

    umum, jalan raya, jambatan dan telaga airdibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga

    tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk

    Madinah.

    Beliau mengamalkan sistem syura sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah

    sebelumnya, dengan para sahabat yang sama dilantik menduduki Majlis Syura sebagai anggotanya,

    dan mereka ialah Ali ibn abi Talib, Zubeir bin al-Awam, Talhah bin Ubaidillah, dan Abdul Rahman bin

    Auf.

    Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah

    Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah,

    Qasim bin Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-

    asyari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia.

    Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan

    sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan

    golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak

    berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil

    dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan

  • kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi

    pembiayaan tetap untuk para Muadzin.

  • FITNAH PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

    Permasalahan dan perbalahan yang berlaku di kalangan umat Islam pada ketika itu sebahagian

    besarnya berpunca daripada 2 golongan :

    1. Peranan Golongan Yahudi, Rom dan Farsi

    Perluasan wilayah Islam menyebabkan ramainya golongan a`jam atau bukan berbangsa Arab

    memeluk agama Islam terutamanya bangsa Farsi dan Rom. Apabila Islam berjaya meluaskan

    pengaruhnya ke bumi Farsi dan Rom, ramai daripada penduduk Rom dan Farsi yang beragama

    Majusi dan sebahagiannya bangsa Yahudi telah memeluk agama Islam. Namun terdapat dari

    kalangan mereka ini merupakan golongan zindiq yang berpura-pura memeluk Islam tetapi

    mempunyai niat jahat terhadap umat Islam. Di kalangan mereka juga memeluk Islam kerana

    terpaksa di sebabkan takut dengan tentera Islam dan inginkan harta rampasan memandangkan

    umat Islam sentiasa memperolehi kemenangan dalam peperangan menentang golongan kuffar.

    Pada pandangan Farsi dan Rom, sebelum ini bangsa Arab merupakan bangsa yang telah dilupai dan

    tidak begitu di ambil perhatian oleh bangsa lain. Mereka seolah-olah terkubur di padang pasir dan

    sibuk dengan perselisihan dan persengketaan yang berpanjangan sesama mereka. Namun

    kebangkitan bangsa Arab sehinggakan mampu meruntuhkan empayar Rom dan Farsi dalam tempoh

    masa yang amat singkat di cemburui oleh Rom dan Farsi. Maka mereka telah mengatur pelbagai

    strategi dengan merancang pelbagai tipu daya di samping menyebarkan api fitnah untuk memporak-

    perandakan umat Islam.

    Antara tipu daya yang di rancang oleh golongan-golongan ini dengan mencemarkan nama baik

    pegawai Khalifah Uthman bin Affan. Mereka berusaha memburukkan para gabenor yang di lantik

    khalifah Uthman serta cuba mencari kesalahan yang mereka yang lakukan supaya api fitnah berjaya

    di marakkan. Kesalahan atau kesilapan kecil yang dilakukan diperbesarkan untuk menyemarakkan

    api fitnah. Mereka juga menyebarkan kononnya para sahabat besar seperti saidina Ali r.a, Thalhah

    r.a, Zubair ibn Awwam r.a dan Ummul Mukminin Saidatina Aisyah tidak menyukai pemerintahan dan

    membenci Saidina Uthman. Dalam menjayakan usaha mereka itu, mereka telah memalsukan surat

    dan kemudian menamakan atas nama para sahabat. Selain itu juga, mereka juga telah memalsukan

    surat yang kononnya di tulis oleh Saidina Uthman.

    Golongan ini juga menyebarkan fitnah kononnya Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan bahawa

    pengganti baginda adalah Saidina Ali bin Abi Thalib. Penyebaran fitnah ini dimainkan oleh Abdullah

    bin Saba` yang merupakan seorang Yahudi yang telah memeluk Islam. Dikatakan ketika Abdullah bin

    Saba` masih seorang Yahudi, beliau telah menyebarkan bahawa Tusa` bin Nun adalah orang yang

  • diwasiatkan sebagai khalifah setelah kewafatan Nabi Musa. Kemudian apabila Abdullah bin Saba`

    memeluk Islam maka beliau telah menyebarkan perkara yang sama dan berpendapat bahawa

    seharusnya khalifah Islam di berikan kepada Ali bin Abi Thalib. Para ulama Syiah Rafidhah telah

    mengakui bahawa wasiat ini merupakan rekaan semata-mata oleh Abdullah bin Saba`.

    2. Para Ahli Qurra dan Ahli Ibadah

    Berkata Aisyah:

    Wahai Ubaidillah bin Adi, janganlah sekali-kali engkau tertipu dengan amalan seseorang setelah

    engkau tahu apa yang terjadi. Sungguh ! Demi Allah aku tidak pernah meremehkan amalan sahabat

    Rasulullah s.a.w sampai muncul orang-orang yang memusuhi Uthman. Mereka memberikan nasihat

    kepada Uthman dengan perkataan yang tidak pernah diucapkan oleh orang lain, membaca al-Quran

    dengan bacaan yang tidak pernah dibuat oleh orang lain dan mereka bersembahyang dengan

    sembahyang yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila aku renungkan amalan mereka ,

    tenyata; Demi Allah! Amalan mereka tidak ada apa-apanya ketika dibandingkan dengan amalan para

    sahabat Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, apabila engkau merasa kagum dengan perkataan

    seseorang, maka katakanlah: Beramallah! Kerana Allah dan Rasul-Nya akan melihat amalan kalian.

    Jangan tertipu oleh orang lain.

    Golongan ini merupakan ahli ibadat dan ahli Qurra dan banyak di pengaruhi oleh golongan pertama

    tadi iaitu puak Yahudi, Rom dan Farsi. Kelemahan mereka terhadap hukum-hukum syariat dan

    kurang pemahamannya memberi peluang untuk mereka ini dipengaruhi dan dipergunakan.

    Walaupun mereka ini banyak melakukan ibadat, banyaknya puasa dan sembahyang namun mereka

    merupakan ranting yang rapuh untuk dipergunakan sehinggakan mereka menempatkan diri mereka

    di barisan hadapan dalam penyebaran fitnah serta menggambarkan bahawa ijtihad yang di lakukan

    khalifah Uthman merupakan tindakan kemaksiatan dan penentangan terhadap al-Quran.

  • KONFLIK ZAMAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

    Enam tahun terakhir ketika pemerintahan Saidina Uthman bin Affan ialah tahap atau zaman

    Fitnatul al-Kubra iaitu zaman huru hara. Konflik dan fitnah mulai berlaku ekoran tohmahan yang

    oleh golongan Yahudi dan munafik. Puak munafik pada ketika itu di pimpin oleh Abdullah bin Saba`

    yang juga merupakan seorang Yahudi yang telah memeluk Islam. Saidina Uthman bin Affan dituduh

    tidak adil dan tidak telus dalam urusan pemerintahannya. Beliau berjaya mengatasi krisis ini dengan

    menghantar pegawai penyiasat ke Kufah, Basrah dan Syam. Beliau juga membuka pintu

    perbincangan dengan rakyat serta memanggil para gabenor yang dilantik untuk disoal siasat. Hasil

    siasatan mendapati bahawa krisis berlaku akibat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan agama

    dan umat Islam.

    Imam Ahmad berkata, Aswad bin Amir telah mengatakan kepada kami dan ia berkata,

    Sinan bin Harun telah mengatakan kepada kami dan ia berkata, Kulaib bin Waail telah mengatakan

    kepada kami dari Ibn Umar r.a ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang

    fitnah dan baginda bersabda: Orang yang menyelimuti mukanya ini, akan terbunuh secara zalim

    pada waktu itu; lalu aku melihat orang tersebut, ternyata ia adalah Uthman bin Affan r.a

    Dari hadis ini menunjukkan berita fitnah dan pembunuhan ke atas Saidina Uthman bin Affan

    telah khabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dan member petunjuk bahawa beliau berada di atas

    kebenaran.

    Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa beliau telah berkata : Aku

    mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya engkau akan menemui fitnah dan

    perselisihan setelahku nanti; salah seorang bertanya, siapa yang harus kami ikuti ya Rasulullah

    s.a.w ? Baginda menjawab: ikutilah al-Amin ini dan para sahabatnya. Sambil baginda menunjuk

    kepada Uthman.

    Kisah fitnah terhadap Saidina Uthman bin Affan bermula ketika perlantikan Marwan bin al-

    Hakam sebagai menteri yang di kecam hebat oleh umat Islam. Beberapa sahabat terkemuka telah

    membantah perlantikan ini tetapi tidak dipedulikan oleh Saidina Uthman bin Affan. Mengenai

    pengampunan ke atas bapa saudaranya dan dibenarkan kembali, Saidina Uthman bin Affan telah

    memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w dan

    sebagai sebab beliau berani melakukan sedemikian.

    Selain ketidakpuasan hati terhadap Saidina Uthman bin Affan ekoran pemecatan pegawai-

    pegawai yang di lantik pada zaman Saidina Umar al-Khattab dan digantikan oleh orang-orang baru

    yang terdiri dari kaum keluarga beliau. Sementara itu di wilayah Islam juga tidak sunyi dari perasaan

  • curiga dan tidak puas hati kepada Saidina Uthman bin Affan. Pemerintahan beliau berada di dalam

    ujian yang besar iaitu dengan tumbuhnya api fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke wilayah-

    wilayah Islam yang lain. Pada ketika inilah, Abdullah bin Saba` telah membangkitkan kemarahan

    umat Islam terhadap Saidina Uthman bin Affan dengan tujuan untuk memecah belahkan umat Islam.

    Kegiatan dan usaha gigih Abdullah bin Saba` untuk memecah-belahkan umat Islam telah

    mendapat kejayaan di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau berjaya mempengaruhi jiwa orang ramai

    dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah di bawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa

    kononnya Nabi Muhammad s.a.w telah menetapkan seorang pengganti selepas kewafatan baginda

    iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib. Fitnah dan rekaan ini telah dinafikan oleh Saidina Ali sendiri dan juga

    Ummul Mukminin Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah sendiri menegaskan bahawa beliau sendiri

    berada bersama Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat dan mustahil beliau tidak tahu sekiranya

    Rasulullah s.a.w ada berwasiat sedemikian.

    Usaha keras Abdullah bin Saba` memperolehi kejayaan apabila golongan-golongan yang

    menentang Khalifah Uthman bin Affan yang datang dari wilayah Mesir, Kufah dan Basrah telah

    membuat pakatan menuju ke Madinah untuk mengemukakan tuntutan mereka kepada Khalifah

    Uthman bin Affan. Tuntutan mereka ini sebahagiannya besarnya berkisar tentang harta dan di

    jelaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan serta menolak bebrapa perkara. Pertemuan ini berjaya

    menjalinkan perdamaian antara puak pemberontak dengan Khalifah Uthman bin Affan. Namun

    dalam perjalan pulang mereka telah di datangkan dengan surat palsu yang memerintahkan mereka

    ini di potong kaki dan tangan. Para pemberontak telah berpatah balik dan melakukan pengepungan

    terhadap Khalifah Uthman bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan pengepungan, mereka

    akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman bin Affan yang terkenal dengan sifat

    sabar dan lelah lembutnya.

    Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan

    kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan

    kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus

    dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat

    pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah:

    Adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?

  • Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh,

    sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama

    muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan

    mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah

    untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan

    kesatuan ummah

    Zaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : sesungguhnya mereka golongan Ansar

    berada di hadapan pintu rumahmu, mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan

    engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah! namun Uthman menolaknya, katanya, aku tidak

    berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang

    peperangan).

    Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada

    hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedangkan

    beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka

    puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga.

    Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya

    dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah

    selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah

    masing-masing setelah diperintahkan oleh Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk

    melepaskan jawatan, atau dibunuh!

    Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku

    akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli saadah (orang yang

    dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh

    Allah ). Demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika

    diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

    Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf

    yang berada ditangannya,isterinya Nailah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus

    tangannya ditetak pemberontak laknatullah. Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan

    peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama

    Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka

    menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak..

  • Menurut Ibn Jarir pemberontak telah mengepung rumah Saidina Uthman r.a selama 40 hari

    dan ketika pengepungan itu pengganti imam solat ialah Talhah bin Ubaidillah, Saidina Ali, Abu

    Ayyub, Sahl bin Hunaif dan ramai lagi. Pengepungan terus berlanjutan dari awal Zulkaedah sehingga

    Jumaat 18 Zulhijjah. Sahabat yang terakhir keluar dari rumah Saidina Uthman r.a setelah berazam

    untuk menentang para pemberontak ialah Hassan bin Ali. Manakala pemimpin pasukan untuk

    mempertahankan rumah Saidina Uthman r.a ialah Abdullah bin Zubair. Ketika keadaan semakin

    tegang Saidina Uthman r.a telah berbincang dengan para sahabat yang terdiri daripada kalangan

    Muhajirin dan Ansar dan jumlah mereka mencecah 700 orang termasuk Abdullah ibn Umar,

    Abdullah bin Zubair, Hussain bin Ali dan ramai lagi. Para sahabat ingin mengangkat senjata tetapi di

    halang oleh Saidina Uthman r.a untuk mengelakkan perpecahan yang lebih buruk pada umat Islam.

    Ini membuktikan juga bahawa tohmahan bahawa para sahabat tidak membantu Saidina Uthman r.a

    adalah fitnah yang amat besar kerana para sahabat bersedia untuk mempertahankan Saidina

    Uthman r.a dan bergilir-gilir mengawal rumah Saidina Uthman r.a.

  • RUMUSAN

    Kesimpulannya, Saidina Uthman merupakan seorang Khalifah yang hebat dimana sewaktu era

    pemerintahan beliau, beliau dapat mengembangkan kekuasaan Islam dengan lebih meluas. Seperti

    dengan penaklukan wilayah-wilayah dalam pemerintahan Parsi dan Byzentine. Selain itu juga, beliau

    telah mengembangkan agama Islam dengan lebih pesat lagi. Sebagai contoh, beliau telah

    menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan. Di sini kita dapat lihat dimana usaha gigih

    yang dilakukan oleh Saidina Uthman untuk membangun dan memajukan agama Islam dan

    menyebarkannya. Walaupun beliau begitu sebuk dengan pemerintahan negara tetapi beliau tetap

    tidak melepaskan tanggungjawab beliau sebagai orang muslim. Contohnya, beliau turut mengajar

    fiqh kepada penganut-penganut Islam yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-

    cara mengambil wudhu. Tambahan lagi, demi menunjukkan kecintaannya kepada al-Quran beliau

    telah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, Mesir dan lain-lain bagi menjaga

    kesucian al-Quran dan mengelakkannya daripada tercemar. Walaupun zaman pemeritahan Saidina

    Uthman itu hebat, akan tetapi terdapat segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan corak

    pemerintahan Saidina Uthman. Iaitu tuduhan demi tuduhan telah dilemparkan terhadap Khalifah

    Uthman seperti pentadbirannya berunsur bidah. Perkara ini berlarutan sehingga menjadi lebih

    kritikal lalu mengakibatkan pembunuhan Khalifah Uthman. Berdasarkan sirah tersebut, kita dapati

    Saidina Uthman merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga syahid

    kerana Allah. Kita sebagai umat Islam perlulah menpunyai sikap keberanian seperti Saidina Uthman

    dan menjadi muslimin yang sejati dan juga sanggup mati kerana memperjuangkan agama Allah s.w.t.

    iaitu agama Islam.

  • BIBLIOGRAFI

    Shamsuddin M.D, Hj Mohd rashad (2003). Khulafa Rasyidin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

    Aziz, Dr mukhtar (2005). Ensiklopedia islam. Kuala Lumpur: PT Ictiar Baru Van Hoeve.

    Syakir, mahmud(2004). Biografi Gemilang Uthman bin Affan dzin nurain. Kuala Lumpur: Jasmin

    Enterprise.

    Semit, syed ahmad(1995). Sepuluh yang dijamin masuk syurga. Singapura: pustaka Islamiyah pte ltd.

    Quthud, muhammad ali(1984). Sepuluh sahabat dijamin ahli syurga. Singapura: Pustaka Nasional pte

    ltd

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Uthman_bin_Affan

    Dipetik dari Buku ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN

    oleh Prof. Madya Dr. Marzuki Haji Mahmood, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti

    Pengajian Islam

    Rafiq al-Azrn, Asyhar Masyahir al-Islam, hlm. 638. Lihat juga Dr. Hassan Ibrahim Hassan dlm. Tarikh

    al-Islam. jil. I, hlm. 252.

    Ibn Sa'd al-Baghdadi, Muhammad The book of The Major Classes, only partially translated into

    English; see Men of Medina and Women of Medina published by Ta-Ha Publishers, and first two

    volumes as published by Kitab Bhavan, New Delhi

    Ochsenweld, William; Fisher, Sydney Nettleton (2004). The Middle East: a history (sixth ed.). New

    York: McGraw Hill. ISBN 0072442336.

    Al-Mubarakphuri, Safi-ur-Rahman. Ar-Raheeq Al-Makhtum (The Sealed Nectar). Riyadh: Dar-us-

    Salam Publications, 1996

    Uthman bin Affan, the Third Caliph of Islam by Ahmad, Abdul Basit. (Riyadh: Dar-us-Salam

    Publications, 2000).

    A Restatement of the History of Islam and Muslims on Al-Islam.org , referencing Al-Fitna Al-Kubra

    (The Great Upheaval), published by Dar-ul-Ma'arif, Cairo, 1959.

    The Cambridge History of Islam, ed. P.M. Holt, Ann K.S. Lambton, and Bernard Lewis, Cambridge,

    1970

    The Encyclopaedia of World History: Ancient, Medieval, and Modern, Chronologically Arranged By

    Peter N. Stearns, William Leonard Langer