fiqh sunnah-sunan alfitrah

Upload: yat-saaidal

Post on 14-Jul-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

..ll s ,l-ll s..,-llFIQH SUNNAH FIQH SUNNAH FIQH SUNNAH FIQH SUNNAHFIQH TAHARAHSUNAN AL-FITRAH SAYYID SABIQ: HURAIAN] THTL [ TUAN HASAN TUAN LAH 2 _,= ,= FIQH SUNNAH- FIQH TAHARAH- SUNAN AL-FITRAH HUKUM-HAKAM: KHITAN MENCUKUR BULU KEMALUAN MENCABUT BULU KETIAK MEMOTONG KUKU MENCUKUR/MEMENDEKKAN MISAI KARYA ASAL: SAYYID SABIQ TERJEMAHAN DAN HURAIAN: TUAN HASAN TUAN LAH [THTL] SUSUNAN SEMULA: ABU ZUBAIR AL-JAHITI PERHATIAN: siri ini asalnya merupakan thread forum di al-fikrah.net @ AFN. Ia telah diedit untuk menyesuaikannya dengan format buku. Harap maklum. Tulisan asal boleh dirujuk di: http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1378&postdays=0&postorder=asc&start=0 3Fiqh Thaharah -Sunan al-Fithrah- =| = Seputar istilah Sunan al-Fitrah: Al-Sayyid mendefinasikan sunnah fitrah sebagai sunnah-sunnah pilihan Allah untuk dijadikan sebagai syiar (lambang) dan ciri utama pengikutnya dan menjadi identiti umat seseorang Nabi. Syarh: Sunnah dan jama (plural) alah Sunan dan bila digandingkan dgn kalimah fitrah (tabiiy) menjadi sunan al-fitrah atau amalan tabiiy atau dalam bahasa Inggeris ialah `personal hygiene practices (amalan penjagaan diri). Definasi atau istilah yang dikemukakan oleh al-Sayyid adalah tepat dan itulah yang banyak diperkatakan oleh ulama muhaqqiqin. Kata Imam Nawawi, sunan al-fitrah amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh para Nabi (AS), tapi hukum amalan itu tidak sama, ada yang wajib dan ada yg sunat (syarh sahih Muslim, 3/148; juga lebih kurang yg dinyatakan dalam alMughni (1/114) karya Ibn Qudamah. Imam al-Khithabi (Mualim asSunan (1/44) berkata majoriti ahli ilmu berkata sunan al-ftrah bermaksud sunnah, manakala al-Hafidz Ibn Hajar pula berkata, maksud fitrah ialah agama. Prof Dr Abdullah al-Mutlaq, AJK Majlis Fatwa KSA (Fiqh sunnah al-Muyassar), sunan al-fitrah bermaksud menjaga kebersihan tubuh sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw. Syaikh Abu Malik Kamal (sahih Fiqh Sunnah, maktabah taufiqiah, Cairo) menjelaskan sunan al-fhtrah ialah hal-hal yg jika dilakukan, maka pelakunya kembali kepada fitrahnya, yakni fitrah yang ditetapkan Allah baginya. Fitrah kejadian manusia yang dicipta paling sempurna dan penampilan paling mulia. 4Perincian 10 perkara yang dikatakan sebagai Sunan al-Fitrah ,=-- Q-~ Pertama: Khitan, .- al-Sayyid mendefinasikan khitan bagi lelaki ialah memotong kulit yang menutupi ujung kemaluan (zakar) untuk menjaga agar di sana tidak berkumpul kotoran, agar kencing lebis tus (lawas) dan agar tidak mengurangi kelazatan dalam hubungan seks. Manakala khitan bagi perempuan pula memotong bahagian atas dari kemaluan. Syarh: Khitan lelaki ialah memotong quluf (kulit yang menutup kepala zakar atau foreskin) sehingga kepala zakar itu akan nampak keseluruhannya, manakala khitan perempuan ialah memotong sedikit kelentit atau clitorisnya (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah/170) Kata al-Qardhawi lagi, antara fiqh almaqosyid (kebaikan) khitan lelaki ialah: mencegah kotoran dan tempat pembiakan kuman pada zakar terhindarnya zakar dari terkena penyakit kelamin spt siflis quluf atau foreskin zakar akan mudah mengalami radang atau melecet zakar akan kurang risiko kepada penyakit zakar spt pembengkakan atau kanser memaksimakan kepuasan seks ketika jima' (hubungan seks) (ibid, 172) Pada nota kaki (footnote), al-Sayyid berkata, hadith-hadith yang memerintahkan mengkhitan perempuan, semuanya dha'if, tidak ada satupun yang sah.Syarah: Terdapat perbahasan yang menarik mengenai hukum khitanan bagi perempuan: al-Muhaddith al-Albani membantahkenyataan ini dan membawa hadith Ummu 'Athiyah, di mana Nabi saw menasihati jurukhitan bayi perempuan di Madinah, ` _ ' . - ' , . '` ,_ =` - ': . , ,`Terjemahnya: Janganlah dihabiskan (memotong clitoris), sesungguhnya itu (khitan yg sedang-sedang) akan menguntungkan wanita dan lebih dicintai suami" Ini adalah lafaz Abu Daud. Kata al-Albani, hadith ini hasan lighairihi kerana jalurnya banyak (silsilah alSahihah, no 722. Tahqiq: Lafadz al-Hakim pula: _` ,` ,` _ =` - ' ,` - , ` , .`' ` `, . ,` , . ` - Dari ad-Dhahhak bin Qis, dari Ummu 'Athiyah, " Pendekkan, jangan digondolkan (clitoris), sesungguhnya itu lebih mencerahkan wajah dan lebih diterima suami." al-Mustadrak al-Hakim dan beliau mensahihkannya (6297) Hadith ini dinilai tidak sahih oleh manhaj muqaddimun antaranya Imam Abu Daud sendiri, kerana terdapat perawi bernama Muhammad al-Hassan adalah 5berstatus majhul (tidak dikenali). Manakala hadith al-Hakim terdapat perawi Zaidah bin Abu Raqqad yg dinilai al-Hafidz sebagai perawi mugkar. Prof Dr Yusof al-Qardhawi menolak pensahihan al-Albani.Maka dalam hal ini kenyataan Syed Sabiq adalah valid bahawa dalil hadith yg menyokong khitannya perempuan adalah dha'if. Ia dipesetujui oleh syaikh Mustafa al-'Adawi (Jaami; Ahkam an-Nisa', 1:22) Hadth dalil no 104 yang dikemukakan oleh al-Sayyid untuk menjelaskan khitan ini sebenarnya adalah syari'at Nabi Ibrahim AS: Dari Abu Hurayrah ra: ,' ,` ` ,,` , ` ` ` , ` ,, ,` , ` - (Sabda yg mulia) " Ibrahim AS itu berkhitan pada usia 80 tahun dengan alqadum (kapak atau di Qadum (Syria)." [HR Bukhari]Takhriij: sahih Bukhari, 3204. al-Qadum itu diperselisihkan maknanya, ada yang mengatakan kapak dan ada yang mengatakan pekan di Syria (al-Fath (11/ms 88) Hukum Khitan: Kata al-Sayyid, Jumhur hukumnya wajib, Berkata Syafi'iy, sunat pada hari ke 7. Komentar al-Syaukani: Hukum wajib dan waktu spt hari ke 7 itu tidak disokong oleh dalil. Perbahasan:Istilah jumhur itu adalah diperselisihkan di antara Imam Ibn Qudamah dan Imam Nawawi, masing-masing mendakwa jumhur. 1) Kata Imam Nawawi, jumhur (majoriti) menetapkan khitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan (al-Majmu' (1/301) 2) Kata pula Imam Ibn Qudamah, jumhur sebenarnya menetapkan, khitan wajib bagi lelaki dan dianjurkan bagi perempuan (al-Mughni 1/85) Imam Nawawi mendakwa, jumhur itu mewakili madzhab Syafi'iy, Hanabilah dan sebahagian Malikiah. Ini disokong oleh salafi Syam pimpinan al-Albani. Imam Ibn Qudamah pula mendakwa, jumhur itu mewakili sebahagian Hanabilah, sebahagian Malikiah dan Zahiri. Pendapat ini disokong oleh Syaikh Ibn Uthaimiin 3) Pendapat ketiga: Khitan itu sunnah (atas lelaki dan wanita). Ini pendapat Hanafiah dan Imam Malik. al-Qardhawi menyokong pendapat ini dan berkata al-Qardhawi, khitan bagi lelaki cuma sunnah syi'ariyah atau sunnah yang membawa syi'ar Islam yang kena ditegakkan. Ini juga pendapat al-Syaukani. (Fiqh Thaharah) Pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah pula: Beliau memilih madzhab Ahmad, beliau menjelaskan tujuan khitan atas lelaki ialah membersihkan zakar dibawah khulufnya, manakala tujuan khitan bagi perempuan ialah menstabilkan libido (seksualiti) perempuan. (Majmu' Fatawa 21:114) 6Waktu Khitan al-Sayyid wrote: Menurut Syafi'iy rh, sunat dikhitan pada hari ke tujuh. Ia dibantah oleh al-Syaukani. Syarah: Nampaknya al-Sayyid tidak mentarjih dua pendapat Imam ini, ia kelihatan tergantung, samada pendapat Imam Syafi'iy atau Imam Syaukani yang lebih rajih. Al-Muhaddith al-Albani dalam Tamam al-Minnah (kitab tahqiq dan koreksi atas Fiqhus Sunnah) menjelaskan ada dua hadith: Pertama: hadith Jabir ra ,' ,-, . -, - ,, , = _. = ,_ .',, .- = , ,,- _._.' ' ,, ,' -. 6-_ .- ,, ._ , _' , - , . -_ =- Bahawasanya RasuluLlah membuat akikah al-Hasan dan al-Hussain dan mengkhitani keduanya pada hari ke tujuh." Takhriij: dikeluarkan oleh Ibn Adi dl al-kaamil (4/180, dorar code), Thabrani, Mu'jam as-Soghir (2:122), al-Baihaqi, sunan al-Kubraa (8:324) Ia dinilai dha'if oleh al-Albani berpandukan penilaian al-Hafidz dalam al-Fath (10/282 yang dinisbahkan kepada Abu Syaikh dan al-Baihaqi. Punca masalah hadith ini ialah perawinya Muhammad bin Abi as-Sirri al-Asqolani, yang mana hafadzannya dipertikaikan, lalu melemahkan kualiti hadith tsb. Hadith kedua: dari Ibn Abbas ra -, _, _, ,, _. ,, .- , = _._.' , .,_.,, ,' - 1 / 8-_ .- , ,-, - ,. ,, ,_ . :' ,,, , ,= - ,, .,' , _-, , _, Takhriij: Tabrani dalam al-Awsath (1:334:562), jalur sanad Rawwad bin al-Jarrah dari Abd Mulk bin Abi Sulaiman. al-hafidz menilai Rawwad sbg perawi yg dha'if. Rumusan al-Albani dari dua hadith di atas, bahawa walaupun ia hadith lemah sanadnya, tapi ia saling menguatkan menjadi hasan lighairihi. Maka ulama' Syafi'iyah (alMajmuu', 1:307) menaiktaraf hadith tsb dan menetapkan disukai (sunnat) dilakukan khitan pd hari ke tujuh kelahiran bersamaan dgn akikah. Tapi al-7Syaukani menentangnya keranamenilai kedua hadith tersebut bermasalah sanadnya dan tidak mungkin dapat dinaiktaraf* [*Kita mintak Lajnah hadith AFN mengkaji lebih detail akan dua hadith tsb dan membuat koreksi susulan, kerana dalam fiqh setakat inilah kemampuan thtl] Keluar dari khilaf: al-hafidz Ibn Qayyim, batas maksima waktu khitan ialah sebelum kanak2 mencapai usia baligh dan tidak sampai melewatinya (Tuhfah al-Mauduud :61) kebiasan atau kelaziman waktu khitan di zaman salaf ialah menjelang baligh. Dalilnya hadith Bukhari: ,, ' ,, , = _. _ - .' , _, - -, .,- . ,, . .,- .,, .- _- , , _-_.' _,-. _-,, ,' -.6`'' Ibn Abbas ditanya akan usianya ketika kewafatan Nabi , Ibn Abbas menjawab, waktu itu saya telah dikhitan."Perawi menyatakan: mereka dahulu (anak2 lelaki kaum salaf) tidak dikhitankan hingga mencapai usia baligh." [sahih Bukhari, no 6299] Rumusan al-Mawardi dalam al-Fath (10:342) Waktu khitan dibahagi tiga: waktu wajib: ketika baligh waktu sunat: sebelum baligh waktu ikhtiyar: pada hari ke 7 Khitan sebelum baligh hukumnya sunat kecuali ada uzur. Walimah (kenduri) khitan dan pesta hiburan di dalamnya Walimah khitan atau dalam tradisi arab dinamakan 'Al-Ghadirah' yang diadakan sempena majlis khitan anak. Menurut Dr Nasih Ulwan (Tarbiyah al-Awlad) ia adalah disyari'atkan. Bila diajukan kepada Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, beliau menjawab: "Ianya dibolehkan bagi sesiapa yg ingin melakukan dan (diharuskan juga) meninggalkan kpd sesiapa yg tidak suka". Beliau menjelaskan dengan pendetailan: "Para sahabat tidak membuat kenduri khitan atau membuat undangan (jemputan) makan kenduri sempena khitan. Manakala di kalangan ulama' ia diperselisihkan: ashab atau sahabat2 Imam Ahmad ada yg membenci, ada memberi kelonggaran (rukhsah) dan ada juga yg menyukainya." [Majmu' Fatawa lil Syaikhul Islam, 32: 206-307] 8Rumusan: Dalam madzhab Hanbali, ada tiga pendapat, dibenci, diharuskan dan digalakkan. Tahqiq oleh dua syaikh: Syaikh Salim Ali Rasyid al-Syubli dan Syaikh Muhammad Khalifah Muhammad al-Ribah (dua murid syaikh al-Albani di Syria) mendapati kenduri sempena khitan atau walimah al-Ghadirah adalah tidak disyari'atkan sama sekali kerana tiada satu nas pun yg mendokongnya. Rumusan: Kenduri khitan adalah adat sahaja dan bukan anjuran dari syari'at. Mengadakan hiburan sempena Majlis Khitan: Hukumnya harus, asalkan ia dalam batas-batas hiburan menurut Islam, tujuannya utk menghiburkan kanak2 yg dikhitan supaya mereka dapat suntika semangat untuk menahan kesakitan. Imam Bukhori dalam ASdab al-Mufrad (#1247) menceritakan Ummu alqamah telah mengadakan majlis khitan anak2 saudaranya dna bertanya kepada Aisyah, apakah boleh dia mengundang penghibur utk datang ke majlis khitan anak2 saudaranya, maka Aisyah berkata, " boleh". Rumusan: Majlis khitan yg dimaksudkan dalam atsar di atas bukanlah ada walimah atau kenduri, cuma majlis khitan sahaja. Di Negara kita diadakan kenduri khatan dan diselitkan sekali hiburan spt marhaban dan berzanji. Jikalau bait2 puisi atau rangkap2 berzanji itu baik maksudnya dan tidak melampaui batas dalam memuji RasuluLlah , maka sudah tentu dibolehkan berdasarkan atsar Aisyah tadi. 9Sunan al-Fitrah # 2 & #3: Mencukur bulu Kemaluan dan Mencabut Bulu ketiak (Menghilangkan Bulu Badan) al-Sayyid wrote: Keduanya merupakan sunnah yang boleh dilakukan dengan samada menggunting, memotong, mencabut atau mencukur. ]Hadith Dalil # 106: Dari Abu Hurayrah ra _~. ,,, . , ., . ._ , . .-, . -. ,= ~ ,, .- ,,, ,,' _-_.' _,-. _-,, ,' -.8'1 -_ .- | _,-. | Terjemah: Lima perkara termasuk fitrah: memotong bulu kemaluan (ari-ari), berkhitan, memotong kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku. [HR al-Jamaah] Takhriij: al-Jamaah ialah 7 ahli hadith, sahih Bukhori, # 5891, Muslim, # 257. Syarah:Sunah al-Fitrah #2: Mencukur bulu kemaluan,_-=-'- (halqu al-aanah) ialah menghapuskan bulu yg tumbuh di sekitar kemaluan, baik lelaki atau perempuan. Kata Imam Nawawi, jika suami yg menyuruh isterinya mencukur bulu kemaluannya, maka hukum sunnah menjadi wajib pula (syarah sahih Muslim, 3: 157). Yang disebut secara jelas ialah mencukur (istihdad), namun kata al-Qardhawi, boleh saja menggunakan bahan khusus yang banyak didapati sekarang (hair removal cream atau krim menghapuskan rambut). Setiap orang hendaklah mencukurnya sendiri kecuali antara suami dan isteri boleh saling mencukurnya (al-Majmu karyaal-Nawawi, 1:289). Kata al-Qardhawi lagi (Fiqh Thaharah), terdapat adat mengandam di beberapa negara terhadap pengantin perempuan, di mana mak andam akan turut mencukur bulu kemaluan pengantin perempuan, maka adat ini hendaklah dihentikan kerana tidak boleh seseorang menyingkapkan auratnya kepada orang yg tidak halal baginya melihat aurat sulitnya. Adapun waktu mencukurnya ialah bergantung kepada keperluan, tapi tidak melebihi 40 hari. Sunan al-fitrah #3: mencabut bulu ketiak (Natful IbT). Disebut dengan bahasa yg mudah dimengerti ialah mencabut. Kata al-Qardhawi (FT) tujuan dicabut ialah supaya ia tidak bertambah lebat kerana mencukur akan menjadikan bulu ketiak semakin subur. Bulu ketiak mudah 10mengumpul bau hangit/hapak ketiak, maka mencabutnya akan menghilangkan bau ketiak. Namun, jika tak tahan kesakitannya, maka dibolehkan mencukurnya sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Syafiiy rh yang dilapurkan oleh Imam Nawawi rh (al-Majmu, 1: 289), dari Yunus bin Abdul Alaa, bahawa dia melihat Imam Syafiiy menggunakan khidmat tukang cukur utk mencukur bulu ketiaknya. Hari ini ada terdapat krim khas yang mudah sekali untuk menanggalkan bulu ketiak. Kata Syaikh al-Jibrin dalam Majmu; Fatawanya (1:176), tidak mengapa mencukur jika kesakitan atau menggunakan tawas. 11al-Sayyid wrote: Sunan al-Fitrah # 4 dan 5: Memotong kuku dan Memendekkan/memanjangkan Kumis [S]Hadith Dalil # 105 ._, ,-', . _- ,,, ,' ,-Dari Ibn Umar: (sabda saw) Bedzakanlah dari kaum musyrik: lebatkan janggut dan panjangkan kumis.Hadith dalil # 106 (spt di atas), memotong kumis dan memotong kuku Hadith dalil # 107, dari Zaid bin Arqam (Zaid bin Arqam dari Bani Khazraj, penduduk asal Madinah, orang kuat Khalifah Ali dan bersama beliau pada perang Siffin. Beliau wafat di Kufah pada tahun 68H) , ,_ -', , ,, .- ,_' , ,_ _._.' , _,-.-.,, ,' `61 -_ .- _,-.(sabda ), Barangsiapa yang tidak memotong kumisnya, tidaklah termasuk golongan kami. Syarah:Sunan fitrah # 4: Memotong kuku Kata al-Qardhawi, tujuan sunnah ini ialah agar kotoran tidak terkumpul di bawah kuku dan agar seseorang tidak menyerupai haiwan yang berkuku. Panduan dari Imam Nawawi: Disukai atau disunnahkan memulai dari tangan kanan, kemudian kiri kerana baginda amat senang dimulai sesuatu dengan yang kanan dalam segala hal (al-Majmu 1:283). Dalil: Dari Aisyah ' , . _,,~, -,, , -, ,, , = _. _ . .,, .- _-_.' _,-. _-,, ,' -. 168-_ .- | _,-. | Adalah Nabi (SAW) sentiasa mulakan dengan yang kanan ketika menyarung sandal, berjalan, bersuci dan malah dalam semua perkata. (HR al-Bukhori). Mengenai petua memotong jari2 tertentu mengikut turutan tertentu, seperti mana yg disarankan oleh Imam al-Ghazali, adalah berdasarkan hadith2 lemah, demikian ulas al-Ayni dalam Umdah al-Qari, (10:284) 12Tidak ada ketetapan waktu bila perlu memotong kuku, memadai dilihat bila ia sudah panjang dan kotoran sudah mula terkumpul, setiap minggu kata Ibn Abidin (Radd al-Mukhtar, 2:181) atau setiap 10 hari kata al-Dimyati (Ianah at-Tolibin, 2:84) tapi tidak boleh melebihi 40 hari. Kata Ibn Qudamah, disukai selepas memotong kuku, kita membasuh tangan untuk membersihkan segala kotoran (al-Mughni, 1:72) Isu #1: Kotoran di bawah kuku, apakah ia menyebabkan wudhu dan mandian tidak sah? Imam Nawawi kata, wudhu dan mandinya sah jika kotoran itu sedikit, jika banyak dan terhalang maka tidak sah wudhu dan hadath besarnya. Imam al-Ghazali berkata, wudhu dan mandinya adalah sah kerana bila Nabi memerintahkan mereka supaya memotong kuku, namun baginda tidak memerintahkan mereka supaya mengulangi solat. (al-Majmu, 1:287) Isu #2: Hukum menanam kuku selepas dipotong . Hadithnya dhaif spt berikut: , , , . ,,~' ,. ,, .- __' ,, , = _._.' ,. ,' -. ,, 11`-_ .- .,.Potonglah kuku kalian dan (kemudian) tanamlah) HR Abu Daud, didha'ifkan oleh al-Albani Isu #3: Hukum mengerat kuku dalam keadaan junub. Makruh menurut Hanafi (Fatawa al-Hindiyah, 5: 358) dan Zahiri (al-Muhalla, 1:362) Pendapat yg benar, tiada dalil dalam hal ini. Bidah-bidah kuku (terutama kaum wanita kita): 1. Memanjangkan kuku. Ia jelas suatu budaya Barat yang bertentangan dengan perintah RasuluLlah saw supaya memotongnya. 2. Mencat kuku dengan pewarna (manicure) adalah dilarang. (al-Qardhawi, FT) Manicure bukan sekadar mencat kuku dengan pewarna, maksud terperinci adalah seperti berikut : A manicure is a cosmetic beauty treatment for the fingernails and hands performed either at home or by a nail technician. ... en.wikipedia.org/wiki/Manicure manicure yg ditegah ke atas wanita ialah mengcat kuku... 13Penjelasan kekeliruan: 1. hadis panjangkan kumis, potong kumis-bertentangan HR Ibn Umar, panjangkan kumis HR Zayd bin Arqam, potong kumis [S] Hadith dalil # 105 Lihat semula hadith Ibn Umar: . _ -,` , , ,`' , - ' , ,` , ` _. ` ` . , ` ` , . _ ,`, ` - ' , ' Takhrij: [HR al-Bukhori (#5577 (sonna code), #5892 (dorar code). Sahih Muslim # 259 (dorar)] Penterjemah Indonesia telah semborono menterjemah kalimah (ahfuu, ,-= ) sebagai memanjangkan. Terjemahan yg benar ialah mencukur hingga licin (habis) Terjemahan yg benar bagi sunan al-Fitrah # 5: memendekkan (Qush, -) atau mencukur licin, ahfu ( ;-= ) 2. hadis larangan potong kuku bercanggah? kita paparkan pelbagai versi hadith larang potong kuku dalam sahih Muslim: -tu ` -` ,`` ,` , ` -` , ` -` ,` ` .. , ``- . ' , ` , ' ` ` , `- ` , ` _. ` ` . ' .` ' ` .`-`, ..` , `` ,, _ . ` , ` , , , ' ,, , , ` ` , .` - .`,. ' ` , `- ' _ ' , . ` ,` .- ` ,Mulim = 6 du- `` ,` , ` - ` ` , ` -` , ` ` ` - .. , `, ` - ' .,, ,` , ` ` , ` -` ` `- , . ` ` ` ,.` ' ` ..` , ` ` ,, ` . ` , ` , ` -` , ' - ,~ ` , , .,` . ` - ', .` - .`,. ' ` , ,`,` , -` . ' ` ` , ` ,`' -lil Mulim no 68 14 ti- . ` ``- ..` ,` , ' ' , ` _ ` ` , _ ,` -, `- ., `` ` , ` _` - - `-, . ' .` ' ` ..` , `` ,, ` . , ` ` ` , , ,` ` . '` ,: ` , ,` , ` _. ` ` ' ` - .`,. ' ` , `- ' _ ' , .` - - ` ,` `, ' _ _~ ' , ,` ` ` : ` ` , . ' -lil mulim no 6' cm-t ` . ' ` ,, ,` ` ` , ` `-` `- . , ' `- . ' , ` ` ` ` ,` ` , ` `-,, , ..` , `` ,, ` .` . ` ` , ` , '` ,_`` ,, `` ` ,, ` ` , ` _. ,`_ ,, ,` , ` _. ` ` _` , _ .` ' ` .` , , ', . ,` ` . ` - ', .` - - ' , ` ` - , , ` _` , ` . ` ` - .`, _`-` , _~ ' ` -lil mulim no 15Quote:: sunan al-Fitrah # 5: memendekkan Kumis (Qush, -) atau mencukur licin, ahfu ( ;-= ) Mengenai kumis (syawaarib) ada tiga kalimah: -Juzzuu (=) maksudny potong Dalil: ,- ,- . _- ,-_', ._, ,,-,, .- ,,, ,,' ,_.' _,-. ',, ,' -. `6-_ .- _,-.Terjemah: "Potonglah kumis dan biarkan janggut" -Qusysyu (,-) maksudnya potong Dalil: _- ,', ._, ,.,, .- ,,, ,,' , ~'_.' ~' ,, ,' -.1` / 1-_ .- _,-. Terjemahnya: " Potonglah kumis, dan lebatkan janggut" -Ahfuu (,-=) = potong habis (licin) Dalil: _- ,', ._, ,-',, .- , , = ,_.' _,-. ',, ,' -.`' -_ .- _,-.Terjemahnya: " Cukurlah kumis dan lebatkan janggut." Sayyid Sabiq wrote: Tidak diketahui yg manakah yg lebih sunnah, samada potong habis atau memangkasnya (trim) 16Tahqiq: Ini adalah isu khilafiah. Pertama: Hukum memendekkan kumis. ahli hadith/atsar, hukumnya wajib (Fatwa ben Baz, darul Hak, 1:172) ahli ra'yi, spt al-Qardhawi, hukumnya sunnat (Fiqh Thaharah (163) Kedua: cukur habis atau trim sahaja Trim atau potong pendek ialah pilihan Imam Malik, madzhab Syafi'iy (al-Majmu', 1:288) dan pilihan Dr al-Qardhawi (Fiqh Thaharah, 163) ; cukur habis ialah pilihan ahli hadith spt Ben Baz, madzhab Hanafi dan Hanabilah. Mufti Ben Baz menggungkan hadith dalil 107 (lihat siri FS 52) '-- ,' -'- - -=', ' - [Barangsiapa yg tidak memotong kumis, bukan golongan kami.] sahih at-Termidzi, #2761 Rumusan muhaqqiqin: al-Qardhawi, trim misai adalah sunnah lajnah fatwa KSA: cukur habis adalah sunnah al-Sayyid memilih jalan tengah, berkecuali al-Sayyid menyarankan, kumis ditrim,cukur setiap minggu, tapi tidak melebihi 40 malam (atau hari) berdasarkan hadith berikut: [S]Hadith dalil # 108, dari Anas ra: , . .' . -, . , ., . _~. ,,, . ._ .,, ,_' ,' .,, .- : , ' ,_.' _,-. ',, ,' -.`8 -_ .- _,-." kami diberi tempoh oleh Nabi saw agar memotong kumis...tidak melampaui 40 malam." [HR Ahmad, Abu Daud DLL] Takhriij:DiKeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, 258