final xm paper moral y5

11
BAHAGIAN A i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan berikut. 1. Apakah pekerjaan bapa Ahmad ? 1 Bagi Ahmad, hujan bukanlah cuaca yang paling diharapkan oleh mereka sekeluarga. Hal ini disebabkan hujan selalu membawa petanda kelaparan. Pada hari tersebut mereka tidak akan mendapat hasil tangkapan. Ada ketikanya mereka sekeluarga terpaksa makan nasi berlaukkan ikan masin untuk mengalas perut. Malah, Ahmad tidak pernah melupakan sejarah hidupnya yang diberikan wang saku 20 sen sehari oleh ayahnya. Sekalipun pengalaman hidupnya pahit, namun dia tetap bersyukur kerana dengan pengalaman itulah yang membuatkannya sentiasa bersyukur akan nikmat Ilahi. Baginya nilai itulah yang dijadikan "tangkal" dalam membentuk empat permata hatinya. Keperitan dan kepayahan hidup sering kali dikongsi dengan anak dan isterinya supaya mereka bersyukur dengan limpahan nikmat Tuhan. Kemelaratan hidupnya dahulu dijadikan pendorong semangat untuk berjaya. Ahmad

Upload: arissanursafiyya

Post on 27-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

vcgf

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

BAHAGIAN A

i) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

1. Apakah pekerjaan bapa Ahmad ?

_____________________________________________________________________

2. Petanda kelaparan dalam petikan bermaksud

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Bagaimanakah kehidupan Ahmad kini ?

_____________________________________________________________________

4. Apakah sikap yang ada dalam diri Ahmad?

_____________________________________________________________________

5. Apakah peringatan yang selalu diberikan oleh Ahmad kepada anak-anaknya?

_______________________________________________________________________

ii) Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

6. Apakah penyakit berbahaya yang melanda kampung tersebut ?

__________________________________________________________________

7. Di manakah nyamuk Aedes membiak ?

_________________________________________________________________

8. Apakah yang perlu dilakukan oleh penduduk kampung ?

____________________________________________________________________

9. Apakah faedah yang diperoleh melalui aktiviti gotong-royong ?

_____________________________________________________________________

10. Apakah harapan pegawai Jabatan Kesihatan tersebut ?

______________________________________________________________________

( /20 markah )

BAHAGIAN B

Bulatkan jawapan yang betul.1. Amalkan sikap _______dan bersopan santun dengan semua orang.

A. beria-ria

B. berdengki

C. bermuka-muka

D. beramah mesra

2. Kita hendaklah mempunyai perasaan ___________kepada diri sendiri dan orang lain.

A. sayang

B. senang

C. berani

D. benci

3. Orang yang rajin akan melaksanakan tugasnya tanpa______________.A. dikejar

B. dirotan

C. disuruh

D. dihasut

4. Murid-murid Tahun 5 Zuhal ___________melukis mural di dalam kelas mereka.

A. bersuka-suka

B. bekerjasama

C. berebut-rebut

D. bergaduh

5. Chun Hou selalu menggunakan kata-kata yang ___________ semasa bergurau dengan kawan-kawannya.

A. berjaya

B. menarik

C. sopan

D. bagus

6. Saya dan abang ___________selimut kerana kesejukan ketika berkhemah di padang sekolah.

A. menjual

B. menjahit

C. bersukan

D. berkongsi

7. Hari Bapa dan Hari Ibu diwujudkan sebagai tanda kita menghormati kasih sayang yang telah_________oleh ibu bapa kepada kita.

A. dimandikan

B. dijiruskan

C. disiramkan

D. dicurahkan

8. Perasaan sayang dan cinta akan keluarga perlu demi melahirkan keluarga yang____________.

A. gembira

B. bahagia

C. senang

D. mewah

9. Kita hendaklah memuliakan anggota keluarga dengan memberikan____________ yang sopan dan harmoni.

A. layanan

B. perhiasan

C. tawaran

D. galakan

10. Razif menegur Kumar kerana __________________ di dalam tandas.

A. merokok

B. duduk

C. berdiri

D. tidur

11.Kawasan rumah yang kotor boleh menyebabkan pelbagai jenis ______________.

A.kesakitan

B.ancaman

C.gangguan

D.penyakit

12.Penagihan dadah merupakan suatu perbuatan yang menunjukkan sifat tidak _______ akan diri sendiri.

A.suka

B.benci

C.gemar

D.sayang

13.Mustakim berani mempertahankan _____________apabila dituduh mencuri oleh rakannya.A.kekuatan

B.ketakutan

C.kebenaran

D.keberanian

14.Apakah pakaian yang sesuai bagi wanita Melayu untuk ke majlis perkahwinan?

A.Sari

B.Skirt mini

C.Ceongsam

D.Baju kurung

15.Yasmin sentiasa berbudi pekerti mulia dan ____________ suara ketika bercakap dengan orang lain.

A.menenggelamkan

B.merendahkan

C.meninggikan

D.menyimpan

( /30 markah )

BAHAGIAN C

Nyatakan tindakan yang akan kamu lakukan dalam situasi berikut.

1. Kawan kamu telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

2. Seorang murid tahun empat sedang menghisap rokok di dalam tandas.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

3. Jiran di sebelah rumah kamu mengalami kemalangan jalan raya.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4. Kamu ternampak kawan kamu membuang sampah sarap ke dalam longkang sekolah.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

5. Kamu telah memecahkan pasu bunga kesayangan ibu kamu secara tidak sengaja.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

( /10 markah )

BAHAGIAN D

Tuliskan BETUL bagi pernyataan yang betul atau SALAH bagi pernyataan yang salah.

1. Jika kita mengantuk, kita boleh tidur semasa guru sedang mengajar.

2. Menonton televisyen tanpa mengulang kaji pelajaran membolehkan

seseorang itu berjaya.

3. Adat merisik dan bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan adalah

adat yang diamalkan oleh kaum Melayu.

4. Amin dan Anand berbuat bising semasa berada di dalam perpustakaan.

5. Membuang sampah di merata-rata tempat merupakan amalan yang baik.

6. Ivan membiarkan Sandeep mengutip buku yang berselerak selepas dia

melanggar Sandeep.

7. Rukun tetangga dapat menjamin kesejahteraan hidup dan keselamatan

masyarakat setempat.

8. Ajaay telah merosakkan telefon awam itu kerana duitnya tersekat di

dalamnya.

9. Kita boleh menggunakan telefon awam dengan sesuka hati tanpa memberi

peluang kepada orang lain menggunakannya..

10.Pejabat pos merupakan salah satu kemudahan awam yang disediakan oleh

pihak kerajaan dengan baik.

( /10 markah)

BAHAGIAN E

Gariskan jawapan yang betul.1. Pembakaran terbuka yang menyebabkan kualiti udara _______________ (rosak, tercemar) berlaku akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat.

2. Persekitaran yang bersih akan menjamin kehidupan yang _____________ ( teruk, sejahtera).

3. Pelupusan sampah sarap perlu dibuat dengan ______________(pantas, teliti) agar tidak mencemarkan alam sekitar.

4. Setiap penganut mesti yakin akan kewujudan Tuhan sebagai __________(pencipta, pembantu) alam.

5. Kerajaan akan mengenakan ___________(saman, hukuman) yang lebih berat kepada mereka yang merosakkan kemudahan awam.

6. ______________( Amaran, Teguran) yang diberikan oleh Guru Besar sangat baik untuk menyedarkan murid-murid yang bermasalah di sekolah itu.

7. Thivashini dan Kirthiganes _____________(mengunjungi, membersihkan) rumah saudara mereka pada hari Deepavali.

8. Puan Hanisah banyak menerima hadiah semasa ______________( Hari Guru, Hari Gawai) di sekolah itu.

9. Encik Zaman membawa keluarganya _____________(berkelah, berpesta) di Port Dickson.

10. Sikap suka memburuk-burukkan orang lain adalah contoh pemikiran yang (positif, negatif).

( /10 markah )

Bagi Ahmad, hujan bukanlah cuaca yang paling diharapkan oleh mereka sekeluarga. Hal ini disebabkan hujan selalu membawa petanda kelaparan. Pada hari tersebut mereka tidak akan mendapat hasil tangkapan. Ada ketikanya mereka sekeluarga terpaksa makan nasi berlaukkan ikan masin untuk mengalas perut.

Malah, Ahmad tidak pernah melupakan sejarah hidupnya yang diberikan wang saku 20 sen sehari oleh ayahnya. Sekalipun pengalaman hidupnya pahit, namun dia tetap bersyukur kerana dengan pengalaman itulah yang membuatkannya sentiasa bersyukur akan nikmat Ilahi. Baginya nilai itulah yang dijadikan "tangkal" dalam membentuk empat permata hatinya.

Keperitan dan kepayahan hidup sering kali dikongsi dengan anak dan isterinya supaya mereka bersyukur dengan limpahan nikmat Tuhan. Kemelaratan hidupnya dahulu dijadikan pendorong semangat untuk berjaya. Ahmad berusaha berniaga secara kecil-kecilan. Semakin lama, perniagaannya semakin maju. Anak-anaknya bernasib baik kerana tidak pernah mengalami kepahitan yang dialaminya dahulu. Walau bagaimanapun, Ahmad sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar tidak leka dengan kemewahan yang dikecapi oleh mereka.

Sebagai ahli perniagaan yang mengendalikan syarikat pembinaan, Ahmad tidak pernah mengabaikan anak-anaknya walaupun sibuk dengan pelbagai urusan. Justeru, pada setiap hari Ahad,Ahmad akan meluangkan masa dengan keluarganya di rumah, bersiar-siar, atau membawa mereka makan di restoran di bandar.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, ketua kampung, serta tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih kerana telah menjemput saya ke majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, wabak denggi telah banyak meragut nyawa di negara kita, termasuklah kampung ini sejak akhir-akhir ini. Sebanyak empat orang telah disahkan menghidap demam denggi. Beberapa kes demam biasa terus dilaporkan kepada pihak kami.

Saya mewakili pihak jabatan kesihatan sedih akan kejadian ini. Walau bagaimanapun, saya berharap agar penduduk kampung dapat bekerjasama menjagai kebersihan kampung dan makanan kita. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, demam denggi ini berlaku disebabkan oleh nyamuk Aedes yang membiak di dalam takungan air jernih.

Hadirin yang budiman,

Tayar-tayar terpakai, tin-tin kosong, dan pasu-pasu bunga biasanya akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar penduduk kampung mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Aktiviti ini bukan sahaja untuk mengelakkan nyamuk Aedes daripada membiak, tetapi juga untuk mengelakkan penduduk daripada didenda atas kesalahan membiakkan nyamuk tersebut.

Bagi mengakhiri kata-kata saya ini, besarlah harapan saya bagi pihak jabatan kesihatan untuk melihat perubahan kampung ini. Saya berharap agar kes seumpama ini tidak akan berulang lagi.

Sekian, terima kasih.

3