final garis panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 penggunaan...

24
DOKUMEN RASMI KERAJAAN GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA 1 NOVEMBER 2010

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

DOKUMEN RASMI KERAJAAN GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN

INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK PEJABAT KETUA PENDAFTAR

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA PUTRAJAYA 1 NOVEMBER 2010

Page 2: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 1 / 23]

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN ........................................................................................................ 2

OBJEKTIF ............................................................................................................... 2

1.0 LATARBELAKANG................................................................................................... 3

2.0 TUJUAN ................................................................................................................. 4

3.0 TANGGUNGJAWAB AGENSI .................................................................................. 4

4.0 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET ..................................................................... 5

5.0 TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK .......................................................... 8

6.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA ........................................................................... 14

7.0 KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN EMEL .................................................... 15

8.0 KHIDMAT NASIHAT ............................................................................................... 17

9.0 PENUTUP ............................................................................................................. 18

RUJUKAN ............................................................................................................. 19

LAMPIRAN A : POLISI PEMBATALAN DAN PEMBEKUAN AKAUN E MEL ............................ 21

LAMPIRAN B : CONTOH FORMAT EMEL BUKAN RAHSIA RASMI KERAJAAN ..................... 22

LAMPIRAN C : AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN ........................................... 23

Page 3: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 2 / 23]

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar

dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan

Internet dan emel elektronik dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan

pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi

secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan

perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan

penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun,

penggunaan Internet dan emel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat.

Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin

kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan.

OBJEKTIF

Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik ini adalah untuk memastikan :

a. Pengguna-pengguna di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dapat

menggunakan kemudahan internet dan emel dengan lebih berkesan dan menyeluruh;

b. Meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi kerajaan;

c. Mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan emel; dan

d. Memastikan semua pengguna Internet dan emel di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah

Persekutuan Malaysia tidak melanggar tatacara dan kelakuan sebagai penjawat awam dan

menggunakannya dengan cara yang lebih berfaedah tanpa unsur-unsur negatif.

Page 4: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 3 / 23]

1.0 LATARBELAKANG

1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya.

Pada masa ini, hampir kesemua Jabatan/Agensi di sektor awam telah dilengkapi dengan

kemudahan ini. Kesan positif ini turut mereformasi cara agensi-agensi Kerajaan

berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat di samping mengurangkan penggunaan

kertas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti

perkhidmatan.

1.2 Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menyediakan

kemudahan Internet dan emel kepada hampir 2000 warganya. Kemudahan ini telah

banyak membantu pengguna mengakses maklumat yang terkini dan membantu

melicinkan jentera pentadbiran Mahkamah.

1.3 Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan

negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada Jabatan bahkan kepada

masyarakat dan negara. Ini adalah kerana capaian kepada Internet dan penghantaran

emel adalah terlalu mudah dan cepat, yang mana menyebabkan perkara-perkara yang

tidak mungkin dilakukan sebelum ini, dapat dilakukan tanpa batas dan tanpa sempadan.

Page 5: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 4 / 23]

2.0 TUJUAN

2.1 Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan Internet

dan emel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan

dan mengurangkan risiko gangguan operasi Internet dan emel. Panduan yang diberikan

adalah berdasarkan:

a) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 01 Tahun 2003: Garis

Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di

Agensi-Agensi Kerajaan;

b) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 1 Jun 2007 bertajuk

Langkah-Langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik di Agensi-Agensi

Kerajaan;

c) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 23 November 2007 bertajuk

Langkah-Langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik di Agensi-

Agensi Kerajaan; dan

d) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 01 Julai 2010 bertajuk

Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan Emel di Agensi-Agensi Kerajaan.

3.0 TANGGUNGJAWAB AGENSI

3.1 Semua Jabatan/Agensi adalah dikehendaki untuk mengambil perhatian kepada garis

panduan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Page 6: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 5 / 23]

4.0 TATACARA PENGGUNAAN INTERNET

Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan Internet:

(a) Hak Akses Pengguna

Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan untuk

melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus

mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat)

adalah hak milik Kerajaan.

(b) Memilih Laman

Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk

tujuan yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan.

(c) Pengesahan Maklumat

Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya.

Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.

(d) Muat Naik Bahan

Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat

pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

Page 7: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 6 / 23]

(e) Muat Turun Bahan

Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang

berdaftar dan di bawah Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari

Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.

(f) Perbincangan Awam

Hanya pegawai yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan

kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti forum, newsgroup dan bulletin

board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan tertakluk kepada dasar dan

tatacara yang telah ditetapkan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi

melambangkan imej Kerajaan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak

dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat

berkenaan.

Penjawat awam adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar

tatacara penggunaan Internet seperti:

(a) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen;

(b) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;

(c) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menghantar sebarang bentuk maklumat

atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan

keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya sama ada Terhad, Sulit, Rahsia

atau Rahsia Besar;

(d) menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang

melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan

menjatuhkan imej Kerajaan;

Page 8: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 7 / 23]

(e) melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks

ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah dan tidak

bermoral;

(f) memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar atau teks yang bercorak

penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna

Internet yang lain;

(g) memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian

seperti permainan elektronik, video dan lagu;

(h) memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video,lagu

dan kepilan fail melebihi saiz dua Megabait (2Mb) yang boleh mengakibatkan

kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer;

(i) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti forum,

newsgroup dan bulletin board;

(j) menggunakan kemudahan chatting melalui Internet;

(k) menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi;

(l) menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;

(m) melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian,

senjata dan aktiviti pengganas; dan

(n) menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke Internet

melalui komputer peribadi yang dibekalkan oleh Jabatan.

Page 9: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 8 / 23]

5.0 TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

Mel elektronik atau emel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna

berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi emel ini

digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara

yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.

Setiap penjawat awam di semua Jabatan Kerajaan digalakkan untuk mewujudkan satu emel

khusus bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan penjawat awam berkenaan sekiranya

memerlukan penjelasan lanjut, membuat aduan atau mengemukakan pandangan. Emel rasmi

boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu emel rahsia rasmi dan emel bukan rahsia rasmi.

Jabatan telah menyediakan Emel Rasmi Kerajaan:

(a) Emel Rasmi Kerajaan

Emel yang mengandungi maklumat atau perkara rahsia rasmi yang mesti diberi

perlindungan untuk kepentingan keselamatan yang dikelaskan mengikut pengelasannya

sama ada Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar.

(b) Emel Bukan Rahsia Rasmi

Emel yang tidak mengandungi maklumat atau perkara rahsia

Bagi Emel Rasmi Kerajaan, segala permohonan baru, kakitangan yang bertukar jabatan atau

penamatan akaun emel hendaklah menggunakan Borang Permohonan Emel yang boleh di muat

turun dari Laman Web Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

(www.kehakiman.gov.my) dan dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3 Presint 3 ,Istana Kehakiman 62506 Putrajaya.

Page 10: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 9 / 23]

Berikut adalah kaedah penggunaan emel yang betul dan disesuaikan pemakaiannya di setiap

Jabatan Kerajaan:

(a) Pemilikan Akaun Emel

Pemilikan akaun emel Jabatan bukanlah hak mutlak seseorang. la adalah kemudahan

yang tertakluk kepada peraturan Jabatan dan boleh ditarik balik jika penggunaannya

melanggar peraturan. Akaun atau alamat emel yang diperuntukkan oleh Jabatan sahaja

boleh digunakan. Penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama

adalah dilarang. Sila rujuk Lampiran A

(b) Format

Emel adalah salah satu saluran komunikasi rasmi Kerajaan. Ini bermakna, setiap emel

mestilah mengandungi nama, jawatan dan nama jabatan. Penggunaan huruf besar

kandungan emel adalah tidak digalakkan dan dianggap tidak beretika. Sebaik-baiknya,

gabungan huruf besar dan huruf kecil digunakan dan dipraktikkan di tempat-tempat

yang bersesuaian di samping mengamalkan penggunaan bahasa yang betul, ringkas dan

sopan. Pengguna juga perlu memastikan bahawa subjek dan kandungan emel adalah

berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan yang sama sebelum penghantaran

dilakukan. Sila rujuk Lampiran B.

(c) Penghantaran

Penghantaran emel rasmi hendaklah menggunakan akaun emel rasmi dan pastikan

alamat emel penerima adalah betul. Penghantar boleh menggunakan kemudahan

`salinan kepada' (cc) sekiranya emel tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima lain.

Bagaimanapun, penggunaan `blind cc' (bcc) tidak digalakkan. Kemudahan `reply'

digunakan untuk menjawab emel kepada penghantar asal dan `forward' untuk

memanjangkan emel atau dimajukan kepada penerima lain. Sebagai amalan baik, emel

penghantar digalakkan terus dijawab pada hari emel diterima dan sekiranya emel

Page 11: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 10 / 23]

tersebut memerlukan tindakan tempoh emel perlu dijawab selewat-lewatnya tiga (3)

hari dari tarikh emel berkenaan diterima. Kemudahan penghantaran emel jawab

automatik semasa berada di luar pejabat bagi tempoh waktu yang panjang, boleh

dipertimbangkan penggunaannya oleh Jabatan.

(d) Penyemakan Emel

Setiap pengguna emel diminta untuk menyemak emel sekurang-kurangnya sekali dalam

satu (1) hari.

(e) Penghantaran Bersama Fail Kepilan

Penghantar hendaklah mengamalkan penggunaan fail kepilan, misalnya mengepilkan

fail minit mesyuarat dan elakkan dari menghantar dan menerima fail emel yang bersaiz

melebihi lapan Megabait (8 Mb) yang dibenarkan. Sekiranya perlu, kaedah pemampatan

(zip file) untuk mengurangkan saiz fail adalah disarankan.

(f) Penerimaan

Pengguna seharusnya mengelakkan dari membuka emel daripada penghantar yang

tidak diketahui atau diragui.

(g) Mengenal Pasti Identiti Pengguna

Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang

berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat

melalui emel. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang

bentuk penyalahgunaan.

Page 12: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 11 / 23]

(h) Penyimpanan

Setiap emel rasmi yang dihantar atau diterima hendaklah disimpan mengikut tatacara

pengurusan sistem fail elektronik Jabatan masing-masing. Pengguna hendaklah

memastikan jumlah emel yang disimpan di dalam kotak masuk emel adalah tidak

melebihi ruang storan yang telah diperuntukkan dan mengutamakan penyimpanan emel

yang perlu sahaja. Penyimpanan salinan emel pada sumber storan kedua seperti

CD/Thumb drive adalah digalakkan bagi tujuan keselamatan.

(i) Pemusnahan dan Penghapusan

Emel yang tidak penting dan tidak mempunyai nilai arkib yang telah diambil tindakan

dan tidak diperlukan lagi bolehlah dihapuskan. Sebagai contoh draf kertas kerja, draf

minit, kertas makluman dan brosur.

(j) Tarikh dan Masa Sistem Komputer

Sebelum sesuatu mesej dihantar, perlu ditentukan tarikh dan masa sistem komputer

adalah tepat.

Pengguna adalah DILARANG daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara

penggunaan emel rasmi Kerajaan seperti :

a) menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada

orang lain;

b) menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;

c) menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan

lucah, perjudian dan jenayah;

Page 13: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 12 / 23]

d) menghantar dan melibatkan diri dalam emel yang berunsur hasutan, emel sampah,

emel bom, emel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-

undang Kerajaan Malaysia;

e) menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh

merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;

f) menghantar semula emel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca

kejadian;

g) membenarkan pihak ketiga untuk menjawab emel kepada penghantar asal bagi

pihaknya; dan

h) menggunakan emel untuk tujuan komersil atau politik.

Merujuk kepada Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 01 Julai 2010 diedarkan

melalui emel berkenaan perkara Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan Emel di Agensi-

Agensi Kerajaan, terdapat 20 langkah-langkah yang perlu diambil oleh pengguna emel iaitu:

(a) memastikan penghantaran emel rasmi menggunakan akaun emel rasmi dan alamat

emel penerima yang betul;

(b) segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat emel persendirian seperti

yahoo.com, gmail.com, streamyx.com.my dan sebagainya;

(c) mengutamakan penggunaan emel sebagai media komunikasi untuk urusan dalaman

agensi atau dengan pelanggan luar;

(d) memastikan sebarang mesej yang dihantar melalui emel tidak lagi disusuli menerusi

media lain seperti faks dan surat;

(e) membalas emel rasmi yang diterima dengan kadar segera selewat- lewatnya 1 hari dari

tarikh emel berkenaan diterima;

(f) elakkan penghantaran emel berserta fail kepilan yang bersaiz melebihi 10 megabait;

(g) mengurus dan menyelenggarakan mailbox akaun emel masing-masing. Kemudahan

archive boleh digunakan untuk menyimpan emel lama yang mempunyai nilai rasmi;

(h) tidak menggunakan emel rasmi bagi tujuan peribadi;

Page 14: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 13 / 23]

(i) memastikan alamat emel terkini dipamerkan dalam direktori pegawai di laman web

agensi;

(j) menghapuskan sebarang emel berunsurkan emel spam yang berkemungkinan

mempunyai virus;

(k) memastikan setiap emel mempunyai tajuk yang sesuai dengan kandungan emel;

(l) menulis jawapan di bahagian atas mesej emel penghantar;

(m) menggunakan bahasa dan ayat yang jelas, tepat dan mudah difahami oleh penerima;

(n) menggunakan bahasa formal di dalam emel rasmi;

(o) menggunakan kemudahan ‘Reply’ untuk menjawab emel tanpa sebarang perubahan

kandungan asal emel;

(p) memastikan kemudahan ‘Reply To All’ digunakan jika jawapan perlu disalinkan kepada

semua penerima emel; dan

(q) tidak menggunakan kemudahan 'Auto-Reply' kecuali untuk memaklumkan pegawai lain

yang boleh dihubungi sekiranya pegawai berkenaan berada di luar pejabat yang tiada

kemudahan internet;

(r) menggunakan kemudahan ‘Forward’ untuk memanjangkan emel kepada penerima lain

tanpa sebarang perubahan;

(s) memastikan kemudahan ‘salinan kepada’ (cc) jika sesuatu emel perlu dimaklumkan

kepada penerima yang berkaitan sahaja; dan

(t) kemudahan ‘blind cc’ (bcc) digunakan bagi tujuan khusus dan terkawal (bukan

sewenang-wenangnya);

Page 15: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 14 / 23]

6.0 TANGGUNGJAWAB PENGGUNA Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan Internet dan emel yang telah ditetapkan

agar keselamatan ke atas pemakaiannya akan terus terjamin. Peranan dan tanggungjawab

pengguna adalah seperti berikut:

a) menggunakan akaun atau alamat emel yang diperuntukkan oleh Pejabat Ketua

Pendaftar Mahkamah Persekutan Malaysia;

b) memaklumkan kepada pentadbir sistem ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun

telah disalahgunakan;

c) menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian

dengan merujuk Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan (Lampiran C );

d) memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan;

e) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik termasuk

emel di dalam akaun sendiri. Dengan itu, pengguna perlu bertindak bijak, profesional

dan berhati-hati apabila berkomunikasi menerusi saluran elektronik;

f) berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima

dan disambungkan ke laman Internet yang mengandungi unsur-unsur tidak wajar; dan

g) mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik seperti disket

dan sebagainya bagi tujuan keselamatan.

Page 16: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 15 / 23]

7.0 KAWALAN KESELAMATAN INTERNET DAN EMEL

Internet dan emel adalah terdedah kepada ancaman seperti pencerobohan, penyelewengan,

pemalsuan, pemintasan dan pembocoran rahsia. Dengan itu, keselamatan Internet dan emel

perlu untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat bukan rahsia rasmi Kerajaan dari

capaian tanpa kuasa yang sah. Keselamatan Internet dan emel bergantung kepada faktor-faktor

sokongan berikut:

a) Keselamatan Fizikal

Komputer hendaklah diletakkan di tempat yang mempunyai kawalan fizikal yang selamat

daripada penceroboh atau sebarang bentuk capaian tidak sah.

b) Keselamatan Dokumen Elektronik

Bagi memastikan semua fail yang dihantar dan diterima bebas daripada sebarang bentuk

ancaman keselamatan, perisian anti-virus dan penapis malicious codes perlulah dikemas kini

dari semasa ke semasa.

Semua maklumat rahsia rasmi atas talian perlu berada dalam bentuk teks sifer sepanjang

masa, manakala maklumat rahsia rasmi yang tidak diperlukan atas talian mesti dipindahkan

segera ke media storan elektronik sekunder dalam bentuk teks sifer dan hendaklah

dikelaskan. Peraturan mengelaskan maklumat digital telah digariskan dalam dokumen

Malaysian Public Sector Management of Information & Communications Technology

Security Handbook (MyMIS), Buku Arahan Keselamatan dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun

1987 “Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta

Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986”.

Sekiranya penyelenggaraan komputer hendak dilaksanakan, agensi perlu memastikan

semua maklumat bukan rahsia rasmi atau rahsia rasmi di dalam komputer berkenaan telah

dikeluarkan dan selamat sebelum menghantar komputer untuk penyelenggaraan.

Page 17: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 16 / 23]

c) Tandatangan Digital

Jabatan Kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia rasmi mesti menggunakan

tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perakuan tempatan yang

ditauliahkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu Pihak Berkuasa Persijilan (Certification Authority).

d) Keselamatan Pengendalian Emel Rahsia Rasmi

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan bagi menentukan keselamatan dan kesahihan

emel rahsia rasmi iaitu:

i. penyulitan mesti dilakukan ke atas semua emel rahsia rasmi yang dihantar,

diterima dan disimpan;

ii. penerima emel rahsia rasmi mesti mengesahkan kesahihan dokumen apabila

ditandatangani secara digital oleh pengirim;

iii. penerima mesti membuat akuan penerimaan emel rahsia rasmi sebaik sahaja

menerimanya;

iv. emel rahsia rasmi bertanda Rahsia Besar dan Rahsia tidak boleh dimajukan kepada

pihak lain. Sementara emel bertanda Sulit dan Terhad yang hendak dimajukan

kepada pihak lain memerlukan izin daripada pemula dokumen;

v. emel yang melibatkan maklumat rahsia rasmi yang hendak dimusnahkan perlulah

ditulis ganti (overwrite) sekurang-kurangnya tiga (3) kali dengan fail yang lain

sebelum dipadamkan;

vi. Jabatan/Agensi perlu menentukan sistem emel rahsia rasmi yang disambungkan

kepada Internet atau Intranet mesti mempunyai sistem keselamatan yang

mencukupi seperti Firewall dan Virtual Private Network.

Page 18: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 17 / 23]

8.0 KHIDMAT NASIHAT

Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan

Internet dan Mel Elektronik ini bolehlah dirujuk kepada Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Permohonan untuk keterangan lanjut

mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada:

Bahagian Teknologi Maklumat

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Aras 3 Presint 3 ,Istana Kehakiman 62506 Putrajaya Tel : 03-8880 4208 Tel : 03-8880 4106

Emel : [email protected]

Page 19: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 18 / 23]

9.0 PENUTUP

Garis Panduan ini mengandungi amalan-amalan terbaik penggunaan Internet dan mel elektronik

yang patut diikuti oleh semua anggota Perkhidmatan Awam dan akan dikemas kini dari semasa

ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan

perundangan. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama dengan dokumen Malaysian Public

Sector Management of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS)

dan Buku Arahan Keselamatan Kerajaan.

Page 20: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 19 / 23]

RUJUKAN

Berikut adalah keperluan perundangan atau peraturan-peraturan lain berkaitan yang perlu dipatuhi

oleh semua pengguna di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia :

(a) Arahan Keselamatan;

(b) Malaysian Public Sector Management of Information and Commmunications Tecknology

Security Handbook (MyMIS);

(c) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

(i) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk ‘Garis

Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-

agensi Kerajaan”;

(d) Pekeliling Am

(i) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk “Pengurusan laman Web/Portal

Sektor Awam”.

(ii) Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2001 bertajuk “Mekanisme Pelaporan Insiden

Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)”.

(iii) Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi Kerajaan”;

(e) Surat Pekeliling Am

(i) Surat Pekeliling Am Bilangan 6 Tahun 2005 bertajuk “Garis Panduan Penilaian Risiko

Keselamatan Maklumat Sektor Awam”;

(ii) Surat Pekeliling Am Bilangan 4 tahun 2006 bertajuk “Pengurusan Pengendalian

Insiden Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sektor Awam;

(f) Surat Arahan KSN

(i) Rujukan UPTM(S) 159/338/8 Jld. 30(84) bertarikh 20 Oktober 2006 bertajuk

“Langkah-langkah untuk memperkukuhkan keselamatan rangkaian setempat tanpa

wayar (wireless local area network) di Agensi-Agensi Kerajaan”.

Page 21: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 20 / 23]

(ii) Rujukan UPTM(S) 1594/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha

meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan”.

(g) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU

(i) Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4(60) bertarikh 23 November 2007 bertajuk “Langkah-

langkah pemantapan sistem mel elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan”.

(ii) Rujukan UPTM 159/526/9 Jld.4 (59) bertarikh 01 Jun 2007 bertajuk “langkah-

langkah mengenai penggunaan mel elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan”.

(iii) Rujukan UPTM 159/476/3 bertarikh 24 April 2004 bertajuk “Usaha-usaha

meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan”.

(iv) Rujukan MAMPU.BDPICT.700-2/36 (1) Edaran melalui emel bertarikh 01 Julai 2010

bertajuk Pemantapan Penggunaan dan pengurusan emel di Agensi-Agensi Kerajaan.

(h) Akta Tandatangan Digital 1997;

(i) Akta Jenayah Komputer 1997;

(j) Akta Hak cipta (pindaan) Tahun 1997;

(k) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998; dan

(l) Electronic Goverment Activities Act 2007 (Act 680)

Page 22: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 21 / 23]

Lampiran A

POLISI PENAMATAN DAN PEMBEKUAN AKAUN E- MEL

BIL SITUASI TINDAKAN

1.

Kakitangan bertukar Jabatan atau pencen

Sehari selepas atau 1 minggu

2.

Kakitangan diberhentikan atas sebab-sebab tatatertib

Ditamatkan serta merta

Page 23: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 22 / 23]

Lampiran B

Contoh Format Emel Bukan Rahsia Rasmi Kerajaan From : <EMEL PENGHANTAR>@kehakiman.gov.my

To : <EMEL PENERIMA>@kehakiman.gov.my

Cc : <SALINAN UNTUK PENERIMA>@kehakiman.gov.my

Subject : <TAJUK EMEL>

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" <NAMA PEGAWAI> <JAWATAN PEGAWAI> <JABATAN PEGAWAI> Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Tel: <NO TELEFON PEGAWAI> Fax: <NO FAX PEGAWAI>

Page 24: Final Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan … · 2019. 8. 3. · 1.1 Penggunaan internet dan emel dalam sektor awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa

GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

[ 23 / 23]

Lampiran C

AMALAN BAIK KESELAMATAN KATA LALUAN

Kata laluan adalah penting bagi memastikan komputer, sistem dan data hanya dicapai oleh pihak yang

sah dan bertanggungjawab. Oleh itu, kata laluan perlu mengikut amalan keselamatan berikut:

(a) Rahsiakan kata laluan anda dari pengetahuan orang lain. Pendedahan kepada yang tidak berhak

adalah satu kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997;

(b) Sekiranya kata laluan telah dikompromi atau disyaki dikompromi, hendaklah dilaporkan kepada

pentadbir sistem ICT dan kata laluan sedia ada diubah dengan serta merta;

(c) Kata laluan hendaklah diubah sekurang-kurangnya sekali dalam 30 hari;

(d) Kata laluan hendaklah mempunyai saiz sekurang-kurangnya enam (8) aksara dengan gabungan

alphanumeric dan simbol khas;

(e) Pastikan kata laluan merupakan suatu yang tidak mudah diteka atau dijangkakan;

(f) Elakkan dari menggunakan semula kata laluan yang pernah digunakan; dan

(g) Kata laluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media.