fikrah#10 edisi10 - sempena pru13 negeri kelantan

4
ISNIN | 29 APRIL 2013 | 18 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #10 PAS LARIKAN DUIT DERMA MASJID Bandar Baru Tunjong, di mana Masjid Al Hussain? Yang ada hanya pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan. KOTA BHARU – Sejajar dengan pembukaan Bandar Baru Tunjong, kerajaan Kelantan turut mengisytihar akan membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Hussain di kawasan bandar baru itu. Perisytiharan itu dibuat semasa majlis pelancaran Kutipan Wakaf atau Derma Tapak pembinaannya pada 14 September 2009. Difahamkan, pembinaan masjid tersebut membabitkan tapak seluas kira-kira 9.4 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai- Kota Bharu dan Jalan Kota Bharu- Rantau Panjang. Pembinaan masjid dengan reka bentuk yang bercirikan zaman Othmaniah dan Fatimiah ini menelan kos hampir RM8 juta pada awalnya mendapat sumbangan peribadi dari seorang tokoh korporat sebanyak RM7 juta dan dijangka siap pada Julai 2012. Sewaktu majlis pelancaran derma tersebut, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan masjid itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam, Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid akan siap dalam tempoh 34 bulan. Persoalannya, sehingga kini bayang masjid tersebut tidak juga kelihatan. Malah lebih sensitif dari itu persoalannya, mana perginya wang wakaf/derma yang dikumpulkan dan berapa pula jumlahnya. Ekoran itu wujud dakwaan mengatakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bermain wayang dalam isu pembinaan masjid ini. Mana tidaknya, tokoh korporat terbabit telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan. Sehubungan itu tokoh korporat terbabit juga dikatakan turut memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Untuk melaksanakan projek tersebut semua persediaan termasuk urusan pelantikan arkitek, kontraktor yang akan menyiapkan masjid berkenaan disediakan malah beliau juga telah membuat akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan, bagaimanapun hasratnya itu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri. Ini kerana kerajaan negeri mahukan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK manakala kontraktor yang akan membina projek tersebut hendaklah daripada pilihannya (kerajaan negeri) sendiri. Begitu juga dalam soal pembayaran tanah secara langsung kepada pemilik tanah yang sah tidak dipersetujui oleh PMBK yang mengarahkan supaya pembayaran dilakukan melalui anak syarikat kerajaan itu, sedangkan tanah bagi tujuan projek tersebut adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK. Dalam persoalan ini kerajaan PAS Kelantan mesti jelaskan keperluan sebenar tujuan kutipan derma tersebut sedangkan ahli korporat terbabit sudahpun bersetuju untuk menanggung semua kos pembinaan. Dan rakyat Kelantan ingin tahu berapa nilai keseluruhan selain ke mana perginya wang yang telah didermakan itu sedangkan bayangan tapak masjid masih juga tidak kelihatan.

Upload: badan-perhubungan-umno-kelantan

Post on 10-Mar-2016

253 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Fikrah#10 Edisi 10 - sempena PRU13 Negeri Kelantan

TRANSCRIPT

Page 1: Fikrah#10 Edisi10  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

ISNIN | 29 APRIL 2013 | 18 JAMADIL AKHIR 1434H ISU #10

PAS LARIKAN DUITDERMA MASJID

Bandar Baru Tunjong, di mana Masjid Al Hussain? Yang ada hanya

pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan.

KOTA BHARU – Sejajar dengan pembukaan Bandar Baru Tunjong, kerajaan Kelantan turut mengisytihar akan membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Al-Hussain di kawasan bandar baru itu.

Perisytiharan itu dibuat semasa majlis pelancaran Kutipan Wakaf atau Derma Tapak pembinaannya pada 14 September 2009.

Difahamkan, pembinaan masjid tersebut membabitkan tapak seluas kira-kira 9.4 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai- Kota Bharu dan Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang.

Pembinaan masjid dengan reka bentuk yang bercirikan zaman Othmaniah dan Fatimiah ini menelan kos hampir RM8 juta pada awalnya mendapat sumbangan peribadi dari seorang tokoh korporat sebanyak RM7 juta dan dijangka siap pada Julai 2012.

Sewaktu majlis pelancaran derma tersebut, pihak kerajaan negeri telah mengumumkan masjid itu akan dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam, Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid akan siap dalam tempoh 34 bulan.

Persoalannya, sehingga kini bayang masjid tersebut tidak juga kelihatan. Malah lebih sensitif dari itu persoalannya, mana perginya wang wakaf/derma yang dikumpulkan dan berapa pula jumlahnya.

Ekoran itu wujud dakwaan mengatakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bermain wayang dalam isu pembinaan masjid ini.

Mana tidaknya, tokoh korporat terbabit telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan.

Sehubungan itu tokoh korporat terbabit juga dikatakan turut memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Untuk melaksanakan projek tersebut semua persediaan termasuk urusan pelantikan arkitek, kontraktor yang akan menyiapkan masjid berkenaan disediakan malah beliau juga telah membuat akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan, bagaimanapun

hasratnya itu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri.

Ini kerana kerajaan negeri mahukan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK manakala kontraktor yang akan membina projek tersebut hendaklah daripada pilihannya (kerajaan negeri) sendiri.

Begitu juga dalam soal pembayaran tanah secara langsung kepada pemilik tanah yang sah tidak dipersetujui oleh PMBK yang mengarahkan supaya pembayaran dilakukan melalui anak syarikat kerajaan itu, sedangkan tanah bagi tujuan projek tersebut adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK.

Dalam persoalan ini kerajaan PAS Kelantan mesti jelaskan keperluan sebenar tujuan kutipan derma tersebut sedangkan ahli korporat terbabit sudahpun bersetuju untuk menanggung semua kos pembinaan.

Dan rakyat Kelantan ingin tahu berapa nilai keseluruhan selain ke mana perginya wang yang telah didermakan itu sedangkan bayangan tapak masjid masih juga tidak kelihatan.

Page 2: Fikrah#10 Edisi10  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

2 | FIKRAH PRU 13

PAS Teruskan SiriPEMBOHONGAN,SEBAR FITNAHPOS BN TUTUP

PERANCANGAN TIDAK TERATUR BERI MASALAH KEPADA PENDUDUKKOTA BHARU – Projek pembinaan dan perancangan Bandar Baru Tunjong yang tidak tersusun oleh Kerajaan PAS Kelantan telah menyebabkan penduduk di Taman Perumahan Sri Mulong dan kawasan sekitar menghadapi masalah banjir kilat setiap kali hujan.

Menurut penduduk, banjir kilat itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna akibat pembinaan projek pembangunan di kawasan bandar baru terbabit yang dikatakan menyekat aliran air di

kawasan perumahan penduduk terbabit. Keadaan itu menyebabkan rumah 20 keluarga di kawasan terbabit sering dinaiki air sehingga paras lutut apabila hari hujan.

Akibatnya 113 penduduk itu terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Mulong (1) dekat sini.

Penduduk mendakwa, ketiadaan sistem perparitan dan saliran yang sempurna menyebabkan air hujan bertakung dan membanjiri rumah penduduk.

"Sebelum ini, tidak pernah berlaku banjir kilat, tetapi sejak tahun lepas masalah ini baru berlaku disebabkan ketiadaan sistem perparitan dan saliran sempurna," dakwa seorang penduduk di sini.

Difahamkan sebelum projek pembangunan Bandar Baru Tunjong dilaksanakan penduduk tidak perlu berpindah walaupun hujan lebat namun keadaan menjadi sebaliknya apabila projek berkenaan bermula.

TUMPAT – Kedudukan PAS dilihat semakin tertekan dengan kebangkitan gelombang bantahan ahli dan penyokong terhadap parti itu dan memaksa Pas meneruskan siri pembohongannya terhadap Barisan Nasional terutama UMNO.

Terbaru Pas menyebarkan dakwaan kononnya 14 buah pos BN di kawasan Parlimen Tumpat ditutup ekoran tidak puas hati ahli dan penyokong terhadap pemilihan calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Dakwaan itu dibuat Pegawai Penerangan PAS Hamid Derani dalam ceramahnya di Bachok malam kelmarin.

Hamid mendakwa berkata keadaan BN makin teruk dan terbukti dengan penutupan pos BN di Tumpat.

Namun dakwaan Hamid itu disangkal kesemua pimpinan dan calon BN di Parlimen Tumpat yang menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan dan fitnah PAS yang tidak berasas.

Ketua UMNO Bahagian Tumpat yang juga calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, tiada satu pun pos yang ditutup bahkan penambahan pos terus dilakukan oleh penyokong BN di DUN Pengkalan Kubor sebalik permohonan penambahan pos terus diterima.

"Saya tidak menerima sebarang maklumat adanya penutupan pos di Pengkalan Kubor sebaliknya wujud pertambahan pos.

"Dakwaan itu tidak tepat dan saya menafikan dakwaan yang berbaur fitnah itu kerana yakin kekuatan BN makin bertambah," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 102 pos BN yang aktif di Pengkalan Kubor dan menjangkakan jumlah itu akan bertambah dalam tempoh berkempen ini.

Penafian juga turut dibuat oleh calon BN DUN Wakaf Bharu, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz yang menyifatkan dakwaan itu adalah pembohongan bersiri pembangkang.

"Sebelum ini ada juga dakwaan mengatakan jambatan yang menghubungkan Tumpat dengan Kota Bharu retak menunggu runtuh tetapi terbukti semuanya bohong apabila ia mula boleh digunakan.

"Semua dakwaan itu tidak benar sebaliknya bagi melindungi kegiatan provokasi pembangkang seperti kebakaran Pos di Kampung Talak beberapa hari lalu," katanya.

Rosdi juga memberitahu sebanyak 123 pos BN sudah diwujudkan di Wakaf Bharu dan jumlah itu jauh lebih banyak berbanding pos pembangkang.

Sementara itu calon BN DUN Kelaboran Wan Hanapi Wan Yaacob dan calon BN Pasir Pekan Nik Noriza Nik Salleh masing-masing menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu sokongan dan kekuatan BN makin bertambah.

Page 3: Fikrah#10 Edisi10  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

3FIKRAH PRU 13 |

TAKTIKKERAJAAN PAS KELANTANakhirnya MEMAKAN DIRI

MAT ZAINYAKINLAWAN

TAWANGBACHOK - Peningkatan sokongan tiga kali ganda penduduk Dewan Undangan (DUN) Tawang, di sini seperti memberi isyarat kawasan ini mampu ditawan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Calon BN DUN Tawang, Mohd Zain Yasim berkata, bukti jelas yang dapat dilihat apabila mendapat permintaan pembinaan pondok pos yang kini berjumlah 182 buah di Tawang.

"Sokongan kepada Barisan Nasional kini tidak mempunyai tempat yang terhad dan tidak dihalang masuk ke mana-mana tempat berbanding dulu, malah tanda positif penerimaan penduduk juga jelas ditunjukkan apabila mereka tiada halangan membenarkan bendera BN menghiasi sepanjang jalan di sekitar Tawang," katanya ketika ditemui ketika lawatan Menteri

Mat Zain (tengah) bersama Dato’ Sri Mustapa di sebuah program di DUN Tawang.

Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa di sekitar dun itu. Katanya, beliau juga mahu memasyarakat-kan pemimpin melalui penganjuran pel-bagai program turun padang pemimpin bersama penduduk yang dapat merapatkan hubungan sesema mereka.

"Melalui aktiviti ini, tiada protokol antara pemimpin dan rakyat memudahkan mereka menyalurkan masalah dan memohon bantuan," katanya yang cukup disegani penduduk Tawang.

Mohd Zain yang bertanding kali kedua iaitu pertama kali pada tahun 1999, melawan

pesaing yang sama dari wakil PAS, Hassan Mohamood, menganggap dirinya kini lebih bersedia di samping situasi politik PAS yang semakin bercelaru melalui gabungan bersama rakan pakatan.

"Kita tidak mempunyai banyak masalah berbanding kawasan lain kerana kawasan ini solid (dikuasai sepenuhnya) satu pihak BN dan tidak menjadi rebutan kerana sentiasa kalah, jadi sokongan penuh di-berikan sekaligus peluang untuk DUN ini mencipta sejarah baru," katanya.

KOTA BAHRU – Keputusan kerajaan PAS Kelantan untuk menunggu laporan juru audit yang dilantik oleh kerajaan negeri serta Jabatan Audit Negara umpama dikatakan ‘menyumbat kaki busuk ke dalam mulut sendiri’.

Pada 15 Februari 2012 oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memberikan jawapan itu setelah diasak oleh Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mengenai pembangunan Lembah Sireh.

Namun setelah keluar Laporan Ketua Audit Negara lain pulak jadinya yang mana pemimpin PAS yang cerdik menjual harta ini menyatakan bahawa laporan itu hanya menggali lubang untuk Pas terjun.

Mungkin pemimpin PAS tidak sedar yang audit hanya dibuat ke atas syarikat atau agensi yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira yang dipengerusi oleh kuat kerajaan PAS Kelantan sendiri.

Jadi sudah tentunya mereka mencadangkan syarikat atau agensi yang dirasakan tidak

mempunyai sebarang masalah, namun mereka tersalah langkah menjerat diri sendiri.

Sebenarnya mereka ini berada dalam keadaan yang amat keliru, dahulu kata tunggu laporan audit sekarang tidak mahu terima. Mungkin sebab terlalu bebal dan hanya melihat diri sendiri sahaja yang hebat mereka tidak mahu mengakui kesalahan dan kebodohan.

Mereka terlupa menyerungkup ‘durian’ walau apa cara sekali pun akan tetap berbau malah lama-kelamaan baunya akan menjadi busuk dan masam yang amat meloyakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini juga membuktikan bahawa pendedahan eksklusif surat daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan kepada pemaju Lembah Sireh, Liziz Standaco dan ‘bau busuk’ daripada perjanjian kotor itu adalah benar.

Projek tersebut diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002 dan perjanjian di antara kerajaan PAS Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd itu ditandatangani pada Julai 2003.

Antara kandungan perjanjian tersebut ialah kerajaan negeri bersetuju menyerahkan kira-kira 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun tanah kepada syarikat dan sebagai balasan Liziz Standaco akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal kepada kerajaan PAS Kelantan yang bernilai lebih RM350 juta.

Sehingga bulan November 2011, kerajaan Pas Kelantan telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada Liziz. Bagaimanapun sehingga hari ini pulangan dalam bentuk kewangan dan fizikal tidak ada satu pun dilaksanakan oleh syarikat.

Daripada audit yang dilaksanakan, Laporan Ketua Audit Negara 2011 menemui beberapa kelemahan projek tersebut, di antaranya ialah kegagalan syarikat memberikan sumbangan kepada Kerajaan PAS Kelantan seperti mana dalam perjanjian, kemajuan projek tidak mengikut jadual pelaksanaan dan pindah milik tanah dibuat kepada syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.

Selain itu bon jaminan pelaksanaan tidak diseragkan oleh syarikat serta perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek.

Lebih malang lagi, laporan itu juga mendapati tanah tersebut diserahkan dengan nilai di bawah daripada harga pasaran harga terlalu rendah.

Nilai sebenar tanah untuk 716.81 ialah RM657,029,637 tetapi pulangan yang diperoleh dalam bentul kewangan dan fizikal ialah RM318,288,564 (hanya RM48 juta telah diserahkan kepada kerajaan negeri iaitu RM41 juta dalam bentuk tanah seluas 11.77 ekar, sumbangan perumahan kos rendah RM3 juta dan sumbangan kepada petani RM1.68 juta).

Berdasarkan perjanjian, kesemua perkara tersebut harus dilaksanakan sebelum 2015 tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa ia akan dilaksanakan.

Inilah contoh negeri berkebajikan yang dilaungkan oleh PAS. Rakyat yang meneroka tanah hanya sekangkang kera dihalau seperti anjing oleh kerajaan yang mereka pilih, tetapi Cina kafir ini dengan mudah menerima tanah bernilai tinggi yang harganya ratusan juta dengan mudah.

Siapakah yang lebih penting rakyat atau syarikat Cina ini? atau mungkin ada di antara pemimpin PAS yang sudah termakan budi sehingga ‘body’ terpaksa digadai.

Inilah simbol kebodahan pemimpin PAS, menandatangani perjanjian yang menjerat diri sendiri.

Kesimpulannya, inilah hasil sumbangan daripada Nik Aziz yang sentiasa tak tahu.

Page 4: Fikrah#10 Edisi10  - sempena PRU13 Negeri Kelantan

4 | FIKRAH PRU 13

PEMBOHONGANBESAR PASDI BANDAR BARU TUNJONGKOTA BHARU - Projek Bandar Baru Tunjong yang dilancarkan beberapa tahun lalu kini menjadi tanda tanya akan kesudahannya selepas kira-kira tujuh tahun diusahakan iaitu bermula sejak Februari 2006 namun sampai sekarang keberhasilannya tidak juga kelihatan. Sedangkan projek yang meliputi kawasan seluas 800 hektar itu yang tumbuh adalah projek-projek besar inisiatif agensi dan jabatan Kerajaan Pusat termasuk Terminal Agribisnes Negara (Teman), Jabatan Audit, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pelajaran Negeri membabitkan pelaburan berbilion ringgit. Projek-projek itu telah mengubah landskap di Tunjong, jika tidak sehingga kini kawasan itu mungkin hanya indah pada nama tetapi realitinya masih kawasan sawah padi. Tetapi di mana projek-projek besar yang dibangunkan oleh kerajaan PAS Kelantan? contohnya sebuah masjid yang dikatakan akan dibina di situ malah, sumbangan daripada pelbagai pihak juga dikatakan sudah dikumpulkan, tetapi bayangan masjid pun masih belum kelihatan. Semasa pembentangan Bajet 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Oktober 2011, Nik Aziz berkata, kerajaan merancang untuk membina Masjid Sultan Muhammad V di Bandar Baru Tunjong. "Selain itu perancangan membina Masjid Sultan Muhammad V di Bandar Baru Tunjong. Masjid menyediakan medan kepada masyarakat dari sudut pembinaan akhlak, adab dan sakhsiah," katanya. Ini tidak termasuk janji projek-projek lain seperti Afta City di Pasir Mas yang dahulu begitu gah diperkatakan oleh pemimpin PAS Kelantan? Tetapi hingga kini segalanya hampa. Lalu mangsa keadaan adalah rakyat, hanyut dalam angan-angan di bawah pentadbiran PAS selama 23 tahun. Difahamkan, Bandar Baru Tunjong dirancang bagi menampung pembangunan Kota Bharu yang terlalu sesak serta kos tanah yang tinggi. Selain itu, ia juga akan membantu untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya

Hanya projek Kerajaan Persekutuan yang tersergam megah di Bandar Baru Tunjong

Islam (MPKB-BRI) sebagai bandar raya dan Majlis Daerah Ketereh sebagai majlis perbandaran. Bagaimanapun, gambaran yang ada di bandar tersebut sekarang ini jelas menunjukkan kerajaan PAS sebenarnya tidak berupaya untuk melakukan sebarang perubahan atau pembangunan. Kenyataan berkaitan projek Bandar Baru Tunjong tidak ubah satu pembohongan sebab apa yang dikatakan suatu ketika dahulu belum menjadi kenyataan. Nik Abdul Aziz pernah membuat kenyataan perkembangan positif projek Bandar Baru Tunjong merupakan langkah pertama ke arah merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan ia sebagai Bandar Islam Pintar

terancang rapi yang dilengkapi infrastruktur terkini bagi menampung keperluan masa hadapan bandar Kota Baharu. Beliau berkata projek itu dirangka oleh kerajaan negeri untuk menjadi sebuah pusat pembangunan baru di Kelantan yang merangkumi pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan, pusat pengangkutan dan perkhidmatan, pusat komersial dan urus niaga serta kawasan kediaman serba moden. "Kini Bandar Baru Tunjong sedang pesat dibangunkan dengan pembinaan beberapa bangunan kerajaan persekutuan dan penyertaan beberapa pelabur yang sudah mendapat kelulusan dalam proses pengambilan balik tanah," katanya ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Bandar Baru Tunjong antara Kerajaan negeri Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDCSB) dan pelabur-pelabur. Nik Aziz berkata terdapat beberapa lagi pelabur yang berwibawa dari segi kewangan dan pengalaman dipilih untuk memajukan bandar baru itu, dan mereka dijangka akan menyertai usahasama itu dalam tempoh terdekat. Demikian juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Husam Musa berkata, sebuah pusat perkhidmatan automobil yang dikenali sebagai Autocity akan dibuka di kawasan itu tidak lama lagi. "Autocity akan menempatkan pusat pameran, pusat servis dan pusat jualan kenderaan. Usaha ini bagi mengurangkan kesesakan di bandar Kota Bharu. Selain itu kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan medan selera khas yang tersusun di kawasan itu di samping membina kawasan kediaman yang moden bagi mengelak kawasan itu menjadi sunyi atau 'mati' pada waktu malam," katanya. Selain itu katanya, kerajaan negeri masih mengalu-alukan penyertaan dari mana-mana syarikat swasta untuk turut sama membangunkan bandar baru itu agar ia menjadi satu pusat lonjakan ekonomi, seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kelantan. Mungkin, jika kampung Tunjong itu pandai berkata-kata sudah semestinya ia akan berkata "aku telah dijadikan alat oleh kerajaan PAS Negeri Kelantan membohongi rakyat", jadi bagi rakyat yang diberi akal fikir dan ilmu adalah lebih bijak untuk menilai antara kebenaran dan kepalsuan.