garis panduan pertandingan fotografi sempena …

6
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018 1 GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2018

Upload: others

Post on 01-Jan-2022

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

1

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA

FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2018

Page 2: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

2

PENGENALAN Garis panduan ini bertujuan membantu peserta mengemukakan permohonan untuk menyertai Pertandingan Fotografi Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka bagi Tahun 2018 dengan menggariskan kriteria penilaian, kaedah pemarkahan, syarat penyertaan, dan tatacara permohonan. PERTANDINGAN FOTOGRAFI 1. Tema – Keindahan Sungai Melaka 2. Jangka Masa Pertandingan - 23 November 2018 hingga 28 November 2018

(6 Hari) Peserta diwajibkan mendaftar pada 23 November 2018 jam 9.00 pagi di khemah Urus Setia Pertandingan dan mengambil gambar di lokasi pada tarikh tersebut. Bagi peserta luar dari negeri Melaka boleh membuat pendaftaran seterusnya selepas tarikh 23 November 2018 setiap hari sehingga 28 November 2018.

3. Hadiah Pertandingan

Kategori Pelajar Kategori Terbuka Tempat pertama : RM 2000 + Sijil

Penyertaan Tempat kedua : RM 1000 + Sijil

Penyertaan Tempat ketiga : RM 700 + Sijil

Penyertaan 5 Saguhati : RM 100 + Sijil Penyertaan

(umur 13 – 21 & kad pelajar)

Tempat pertama : RM 5000 + Sijil Penyertaan

Tempat kedua : RM 3000 + Sijil Penyertaan

Tempat ketiga : RM 1000 + Sijil Penyertaan

5 Saguhati : RM 300 + Sijil Penyertaan (had min umur 22 ke atas)

4. Lokasi

Peserta perlu merakam imej mengikut enam (6) zon sepanjang Sungai Melaka:- Seperti di Lampiran A.

5. Pihak urus setia akan menentukan zon lokasi pertandingan kepada peserta secara undian.

6. Syarat-Syarat Penyertaan i. Terbuka kepada rakyat Malaysia. ii. Yuran penyertaan terbahagi kepada 2 kategori:-

Kategori Pelajar – RM 20.00 Kategori Terbuka – RM 50.00

Page 3: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

3

iii. Cara Bayaran :- Maybank 5541 1010 0146 – Perbadanan Ketua Menteri Melaka (sertakan bukti pembayaran) atau tunai semasa mendaftar di khemah urus setia di Dataran Restoran Melayu Melaka, Kg. Morten.

iv. Pra Pendaftaran secara online boleh dibuat mulai 5 November 2018 sehingga 22 November 2018 (www.cmimelaka.gov.my @ www.melaka.gov.my).

v. Tarikh pendaftaran pada 23 November 2018 – 28 November 2018, 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari.

vi. Peserta yang menyertai penyertaan ini diwajibkan menggunakan Kamera Digital Single Lens Reflect (DSLR) sahaja. Penggunaan kamera selain daripada DSLR tidak dibenarkan.

vii. Karya perlu dihantar dalam bentuk hardcopy dan raw softcopy (cd). Saiz karya adalah 14R ( 14’’ x 21’’ ) dilekatkan di atas ‘black mounting board’.

1”

viii. Peserta mesti merakam imej dalam jangkamasa tarikh

pertandingan sahaja, serta boleh menghantar seberapa banyak imej. Seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

ix. Pengubahsuaian imej bagi tujuan kreatif iaitu melakukan perubahan pada warna, ketajaman atau kontras dibenarkan kecuali penggunaan teknik superimpose.

x. Imej mestilah bersaiz paling minimum 5 megapixel dalam format JPEG, sekurang-kurangnya 300 dpi.

xi. Setiap imej yang dihantar untuk pertandingan ini mestilah dirakamkan sendiri oleh peserta. Apa jua tuntutan daripada pihak ketiga berkaitan perlanggaran hak cipta atau kepentingan individu di dalam imej selepas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

xii. Semua imej pertandingan yang dihantar menjadi hak milik penganjur sepenuhnya.

xiii. Para Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan hebahan akan dibuat melalui portal kerajaan negeri Melaka & portal Perbadanan Ketua Menteri Melaka iaitu:- www.melaka.gov.my & www.cmimelaka.gov.my.

2’

14R

2’’

1.5’’

Page 4: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

4

xiv. Setiap imej yang dihantar mesti disertakan dengan maklumat di bawah ini iaitu :-

a) Nama Penuh b) No. Kad Pengenalan c) Alamat d) Telefon Bimbit e) Info Rakaman (Kamera & Exposure)

xv. Urusetia pertandingan, panel juri dan ahli keluarga adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan.

xvi. Setiap peserta akan dibekalkan tshirt pertandingan dan tag peserta semasa pendaftaran.

xvii. Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan dalam sebarang bentuk tidak akan dilayan.

7. Kriteria Penilaian dan Pemarkahan i. Setiap imej penyertaan akan di nilai oleh juri professional bebas yang

dilantik oleh pihak penganjur. ii. Penilaian dan pemarkahan adalah berasaskan kepada pematuhan

syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan. iii. Pertandingan Fotografi ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara

berikut:- a) Tema Pertandingan b) Teknik Fotografi c) Kreativiti d) Kualiti Imej

8. Sebarang pertanyaan penyertaan boleh hubungi:

Urusetia Pertandingan Melukis, Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Aras Bawah, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka No Tel : 06- 234 6614/ 06- 234 6210/ 06-234 6617

Email: [email protected]

Page 5: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

5

Lampiran A

Page 6: GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA …

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA TAHUN 2018

6

( )Kategori Pelajar - RM 20.00 ( )Kategori Terbuka- RM 50.00

1. BUTIRAN PEMOHON

Nama :...............................................................................

Alamat/Sekolah/IPTA/S:………………………………………………………..

…………………………………………………………

................................................................................

No. KP/Kad Pelajar :...............................................................................

No. Telefon/ h/p :..............................................................................

KEGUNAAN URUS SETIA

No. Resit : ................................. Tarikh Terima : ........................................ Tandatangan Penerima : .................................................................................................... Nama Penerima: ....................................................................................................

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI

SEMPENA FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI MELAKA 2018