feudalisme di jerman pada abad ke 16 hingga abad ke 18. · pdf filekeadaan geografi jerman...

2
Feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga abad ke 18. Feudalisme di Jerman bermula pada abad ke-9 apabila berlakunya perpecahan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire) selepas kematian Raja Charlemagne. (Empayar Rom Suci terus berkuasa hingga tahun 1806). Negara Jerman selepas Charlemagne telah dibahagi-bahagikan antara pewaris-pewarisnya. Keadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya pengasingan kuasa pemerintahan atau desentralisasi kuasa pemerintahan, mewujudkan ratusan negeri-negeri kecil yang diperintah oleh raja-raja, duke,count, baron dan knight. Keadaan ini berlarutan hingga abad ke-18 di mana negara Jerman terbahagi kepada lebih 200 buah negeri. Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat serta serangan puak-puak gasar (Viking dan Magyar) telah membawa kepada kemunculan sistem feudal yang berasaskan kepada tanah. Raja masih dianggap sebagai pemilik tanah yang tunggal. Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan bangsawan atau vassal (tuan tanah) dengan syarat-syarat tertentu. Fief atau tanah yang dberikan oleh Raja kepada vassalnya bertujuan mengikat persetiaan antaranya dengan vassal seperti untuk mendapatkan khidmat tentera dan keperluan kehidupannya yang lain. Dengan menguasai fief seseorang tuan tanah akan turut menguasai sumber ekonomi, mempunyai kuasa memungut cukai, mengawal institusi kewangan, tenaga buruh dan sebagainya. Sesebuah fief juga boleh diwariskan kepada keturunannya atau diberikan kepada orang lain. Golongan bangsawan dan paderi menjadi kaya hasil daripada hasil cukai yang dikenakan ke atas golongan serf. Mereka hidup dari hasil tanah tanpa mengerjakannya. Sebaliknya golongan bangsawan (tuan tanah) bertanggungjawab menjaga keselamatan golongan serf (petani) dengan kekuatan tentera yang mereka miliki. Dalam sistem ini rakyat (serf) terikat dengan fief tempat kelahiran mereka. Mereka bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pertanian dan kerja-kerja berat yang lain. Aktiviti pertanian yang dijalankan adalah bersifat primitif dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Bijirin yang ditanam serta binatang ternakan yang diternak tidak mencukupi untuk keperluan golongan petani. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti sampingan, iaitu memburu babi hutan bagi menampung keperluan harian mereka. Oleh kerana, ekonomi Jerman yang berasaskan kepada fief (tanah), maka perkembangan ekonominya adalah bersifat setempat, perdagangan dijalankan secara barter dan penggunaan mata wang yang terhad. Pada permulaan abad ke-16, Empayar Rom Suci bertambah lemah. Jerman telah berpecah kepada lebih daripada 300 buah negeri yang berasingan. Misalnya, Austria diperintah oleh duke, Brandenburg diperintah oleh putera raja, Palatinate diperintah oleh count dan bandar- bandar diperintah oleh golongan baron. Negeri-negeri ini bergabung dalam satu unit politik yang longgar di bawah ikatan kemaharajaan yang lemah. Pada masa yang sama, ekonomi Jerman masih bergantung kepada kegiatan pertanian. Kekayaan seseorang masih diukur berdasarkan keluasan tanah yang dimilikinya.Golongan vassal masih menganggap golongan petani sebagai hamba. Kemiskinan dan penindasan terhadap golongan petani telah membawa kepada perasaan tidak puas hati di kalangan mereka. Menjelang tahun 1524, golongan petani telah memberontak menentang tuan-tuan tanah dan golongan paderi. Pemberontakan tersebut gagal dan kuasa golongan bangsawan telah meningkat. Walaupun pemberontakan tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan namun kehidupan golongan petani menjadi lebih teruk berbanding dengan kehidupan golongan petani di nagara-negara Eropah yang lain.

Upload: duongthien

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga abad ke 18. · PDF fileKeadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya pengasingan kuasa pemerintahan atau desentralisasi

Feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga abad ke 18.

Feudalisme di Jerman bermula pada abad ke-9 apabila berlakunya perpecahan Empayar Rom Suci (Holy

Roman Empire) selepas kematian Raja Charlemagne. (Empayar Rom Suci terus berkuasa hingga tahun

1806). Negara Jerman selepas Charlemagne telah dibahagi-bahagikan antara pewaris-pewarisnya.

Keadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya pengasingan kuasa pemerintahan

atau desentralisasi kuasa pemerintahan, mewujudkan ratusan negeri-negeri kecil yang diperintah oleh

raja-raja, duke,count, baron dan knight. Keadaan ini berlarutan hingga abad ke-18 di mana negara

Jerman terbahagi kepada lebih 200 buah negeri.

Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat serta serangan puak-puak gasar (Viking dan Magyar) telah

membawa kepada kemunculan sistem feudal yang berasaskan kepada tanah. Raja masih dianggap

sebagai pemilik tanah yang tunggal. Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan bangsawan atau

vassal (tuan tanah) dengan syarat-syarat tertentu. Fief atau tanah yang dberikan oleh Raja kepada

vassalnya bertujuan mengikat persetiaan antaranya dengan vassal seperti untuk mendapatkan khidmat

tentera dan keperluan kehidupannya yang lain. Dengan menguasai fief seseorang tuan tanah akan turut

menguasai sumber ekonomi, mempunyai kuasa memungut cukai, mengawal institusi kewangan, tenaga

buruh dan sebagainya. Sesebuah fief juga boleh diwariskan kepada keturunannya atau diberikan kepada

orang lain. Golongan bangsawan dan paderi menjadi kaya hasil daripada hasil cukai yang dikenakan ke

atas golongan serf. Mereka hidup dari hasil tanah tanpa mengerjakannya. Sebaliknya golongan

bangsawan (tuan tanah) bertanggungjawab menjaga keselamatan golongan serf (petani) dengan

kekuatan tentera yang mereka miliki.

Dalam sistem ini rakyat (serf) terikat dengan fief tempat kelahiran mereka. Mereka bertanggungjawab

melakukan kerja-kerja pertanian dan kerja-kerja berat yang lain. Aktiviti pertanian yang dijalankan

adalah bersifat primitif dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Bijirin yang ditanam serta binatang

ternakan yang diternak tidak mencukupi untuk keperluan golongan petani. Mereka terpaksa

menjalankan aktiviti sampingan, iaitu memburu babi hutan bagi menampung keperluan harian mereka.

Oleh kerana, ekonomi Jerman yang berasaskan kepada fief (tanah), maka perkembangan ekonominya

adalah bersifat setempat, perdagangan dijalankan secara barter dan penggunaan mata wang yang

terhad.

Pada permulaan abad ke-16, Empayar Rom Suci bertambah lemah. Jerman telah berpecah kepada lebih

daripada 300 buah negeri yang berasingan. Misalnya, Austria diperintah oleh duke, Brandenburg

diperintah oleh putera raja, Palatinate diperintah oleh count dan bandar- bandar diperintah oleh

golongan baron. Negeri-negeri ini bergabung dalam satu unit politik yang longgar di bawah ikatan

kemaharajaan yang lemah. Pada masa yang sama, ekonomi Jerman masih bergantung kepada kegiatan

pertanian. Kekayaan seseorang masih diukur berdasarkan keluasan tanah yang dimilikinya.Golongan

vassal masih menganggap golongan petani sebagai hamba. Kemiskinan dan penindasan terhadap

golongan petani telah membawa kepada perasaan tidak puas hati di kalangan mereka. Menjelang tahun

1524, golongan petani telah memberontak menentang tuan-tuan tanah dan golongan paderi.

Pemberontakan tersebut gagal dan kuasa golongan bangsawan telah meningkat. Walaupun

pemberontakan tersebut mendapat perhatian daripada kerajaan namun kehidupan golongan petani

menjadi lebih teruk berbanding dengan kehidupan golongan petani di nagara-negara Eropah yang lain.

Page 2: Feudalisme di Jerman pada abad ke 16 hingga abad ke 18. · PDF fileKeadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya pengasingan kuasa pemerintahan atau desentralisasi

Menjelang abad ke-18, kegiatan pertanian masih dijalankan oleh petani-petani yang terikat dengan

sistem feudal. Golongan bangsawan berhak mentadbir undang-undang feudal ke atas petani dan

mahkamah tuan tanah. Pada tahun 1770 hingga 1830, muncul gerakan untuk

membebaskan golongan petani (serf) daripada penindasan tuan-tuan tanah feudal. Misalnya, kerajaan

Prussia telah memansuhkan sistem feudal melalui ‖Pengisytiharan Oktober 1807‖ yang membenarkan

golonggan serf membeli tanah yang mereka usahakan daripada tuan tanah. Hasilnya, ramai petani yang

berjaya dibebaskan daripada kontrak atau peraturan feudal yang menengkehendaki mereka berkhidmat

kepada tuan-tuan tanah. Akhirnya, kebangkitan ekonomi kapitalisme dan kelahiran golongan borjuis

(golongan pertengahan) yang kaya telah menamatkan sistem ekonomi feudal di Jerman.