felcra plantation services sdn. bhd. · diversatech fertilizer sdn. bhd. 3 ringkasan eksekutif baja...

16
PENGGUNAAN KAMILA TM – BAJA LEPAS TERKAWAL (CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG Kepada FELCRA PLANTATION SERVICES SDN. BHD. ARAS 2A, WISMA FELCRA, LOT 4780, JALAN REJANG, SETAPAK JAYA, 50772 KUALA LUMPUR Oleh DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD. 27-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-89268351 Email: [email protected] Web: www.diversatechfertilizer.com 22 JUN, 2010

Upload: hoangnhan

Post on 10-Apr-2019

297 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL

(CONTROLLED-RELEASE FERTILIZER) UNTUK MENINGKATKAN

HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI

LADANG

Kepada

FELCRA PLANTATION SERVICES SDN. BHD. ARAS 2A, WISMA FELCRA,

LOT 4780, JALAN REJANG,

SETAPAK JAYA, 50772 KUALA LUMPUR

Oleh

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD. 27-2-2B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor Darul

Ehsan Tel: +603-89269103 (4 Lines)

Fax: +603-89268351 Email: [email protected] Web: www.diversatechfertilizer.com

22 JUN, 2010

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

2

KANDUNGAN Mukasurat

RINGKASAN EKSEKUTIF 3

PENGENALAN 4

KEBERKESANAN 6

POTENSI TERBARU 7

JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM 9

KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM 10

PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN 11

SYOR DAN CADANGAN 14

SPESIFIKASI 15

RUJUKAN 16

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

3

RINGKASAN EKSEKUTIF

Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis baja lepas

terkawal yang dilengkapi dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro tanaman. Baja

larut air secara terkawal ini diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman

sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang mengandungi

nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia dengan

kerjasama saintis-saintis tersohor dari UPM dan menggunakan Teknologi

Agglomerasi dari Jerman iaitu bagi meningkatkan efisiensi pengambilan nutrien dan

mengurangkan proses larutlesap. Sinergi agglomerasi polimer dan pengambilan

nutrien yang efisien ini berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada

perladangan sehingga 90%.

Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar

(BTS) sehingga 30% melalui kajian saintifik selama lebih 6 tahun yang dijalankan

bersama UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1). Kenaikan hasil BTS

adalah disebabkan pertambahan bilangan tandan setiap pokok dan juga kenaikan

berat setiap tandan.

Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja

KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar

pihak Felcra Plantation dapat mempertimbangkan menggunakan baja ini secara

komersil. Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya sebuah syarikat

bumiputera yang tunggal dalam mengilang baja NPK lepas terkawal di Malaysia,

ingin memohon agar pihak Felcra Plantation dapat memberi peluang dan sokongan

menggunakan baja KAMILA bagi keluasan 2000 hektar agar peningkatan hasil

sawit yang baik dapat diteruskan secara mampan.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

4

PENGGUNAAN KAMILATM – BAJA LEPAS TERKAWAL UNTUK

MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS

PEMBAJAAN DI LADANG

PENGENALAN

Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis

baja lepas terkawal yang lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan

mikro tanaman yang diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman

sawit dan buah-buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang

mengandungi nutrien mikro lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan

di Malaysia melalui penyelidikan oleh saintis-saintis cemerlang dari UPM

dengan menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu melalui teknik

Agglomerasi yang disaluti dengan Polimer bagi meningkatkan efisiensi

pengambilan nutrien, mengurangkan proses larutlesap nutrient sehingga

40%, serta meningkatkan hasil tanaman sawit. Sinergi agglomerasi

polimer ini telah dapat mengurangkan kos pembajaan kepada

perladangan sehingga 90%.

Inovasi formulasi baja ini telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan

segar (BTS) sehingga 30 % melalui kajian saintifik selama lebih 6 tahun

yang dijalankan dengan UPM terhadap ladang-ladang terpilih (Rajah 1).

Sumber kenaikan hasil BTS adalah dikaitkan dengan pertambahan

bilangan tandan setiap pokok dan juga berat setiap tandan. Baja

KAMILATM ini telah secara rasmi di komersilkan pada September 2009.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

5

Gambar 1. Kajian di Ladang palong RISDA.

Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja KAMILATM dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).

900

1000

1100

1200

1300

1400

1500

1600

1700

1800

1900

2000

T3 T10 T13 T5 T11 T4 T6 T15 T8 T7 T2 T9 T1 T12 T16 T14

BT

S (k

g/p

lot)

16 Jenis Baja

Berat Tandan Segar Tahun 07/08

Baja Tunggal NPK (T13)

Baja KAMILATM

30 %

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

6

KEBERKESANAN

Baja KAMILATM lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette” dengan

mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah 100% larut dalam

air tetapi kandungan nutrien dilepaskan secara terkawal iaitu dalam

tempoh kurang 2 bulan. Kadar perlepasan nutrien ini adalah selari

dengan keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yang cukup

untuk pengambilan nutrien oleh tanaman melalui proses transpirasi.

Kajian saintifik menunjukkan jika jumlah hujan yang turun dalam 1-2 hari

sekitar 35 - 85 mm, hampir semua baja tunggal (straight fertilizer) atau

baja sebatian akan habis larut ataupun dibawa arus melalui larian

permukaan. Ini menyebabkan kerugian yang tinggi kerana hanya kurang

dari 50% sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.

Melalui Teknologi Agglomerasi Polimer dari German, baja KAMILATM ini

berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan dari larian

permukaan kerana disaluti oleh jaringan polimer yang bersifat

”hydrophobic” iaitu nyah air yang melarutkan kandungan nutrien baja ini

secara terkawal serta saiz baja yang besar sukar dilarikan air.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

7

Baja KAMILATM juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien mikro (B,

Cu, Mn, dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan spesifikasi tanah

tropika. Nutrien-nutrien mikro ini berupaya mengaktifkan lebih 80

”Enzymes” untuk menggalakkan pembentukan tandan (bunga betina) dan

debunga (bunga jantan) yang subur dan aktif. Di antara keunggulan baja

KAMILATM pada tanaman sawit ialah:

i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman

ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis

iii. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).

iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit

v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)

vi. Mengandungi mikronutrien yang berpotensi meningkatkan rintangan

pokok dari serangan oleh penyakit ganoderma.

vii. Menambahkan pendapatan ladang.

POTENSI TERBARU

Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih yang

terkandung dalam baja KAMILATM bukan sahaja meningkatkan hasil berat

tandan segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan proses lignifikasi

dalam batang dan akar pokok sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah

satu cara tindakbalas semulajadi biokimia dalam pokok bagi

meningkatkan ketahanan mekanikal oleh tisu tanaman dari serangan kulat

dan penyakit.

Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam tanaman

ialah lignin yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin menambahkan

kekuatan pada dinding sel secara mekanikal dan ini mengurangkan

serangan patogen terhadap tisu tanaman. Beberapa nutrien mikro terpilih

yang terdapat dalam Baja KAMILATM berupaya meningkatkan proses

biosintesis lignin dalam kebanyakan tanaman bagi mengurangkan potensi

serangan ganoderma.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

8

Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok sawit

yang mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai langkah untuk

mengurangkan infestasi penyakit Ganoderma. Beberapa nutrien terpilih

mikro seperti yang terdapat dalam baja KAMILATM berupaya

meningkatkan biosintesis lignin dalam tanaman (Marschner, 1995;

Fairhurst dan Hardter, 2003; Datnoff et al., 2007). Kandungan lignin ini

akan membentuk seperti perisai disekeliling saluran xylem bagi

mengurangkan serangan hypa dari kulat ganoderma.

Gambar 2. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang

mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

9

JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM

Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari bekalan

baja-baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara tidak serentak

iaitu diberi pada masa yang berlainan akan mengakibatkan berlakunya

kejadian “law of minimum” iaitu hasil sesuatu tanaman akan dihadkan oleh

nutrien yang tidak mencukupi pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh

berlaku kerana setiap pusingan baja tunggal yang diberi mempunyai

interval antara 1-2 bulan. Jarak yang lama ini boleh mengakibatkan

nutrien yang diberi lebih awal itu akan kehilangan melalui proses

larutlesap dan larian permukaan. Pemberian unsur-unsur nutrien secara

serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja kompaun atau baja

lepas terkawal seperti KAMILATM akan mengurangkan insiden berlakunya

“law of minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini

adalah kerana nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak secara

berasingan tetapi secara bersama, oleh itu respon maksimum dari

pemberian sesuatu baja itu dari segi hasil dan ketahanan pokok terhadap

penyakit hanya akan berlaku apabila nutrien-nutrien ini semuanya berada

dalam keadaan seimbang dan tersedia mengikut keperluan fisiologi

sesuatu tanaman.

Gambar 3. Pokok yang di rawat sejak tahun 2002 dengan formulasi Baja

Kamila mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

10

KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM :

KAMILATM Blue: 10:6:20:2 + 5% Micronutrients

Jadual 1. Kadar dan kos penggunaan baja KAMILATM Blue:

Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah

(kg)/pokok Harga (RM)/t

Kos (RM) per pokok

Kos (RM)/ha

1 Tahun 0.50 kg x 2 kali 1.0 kg 3,500.00 3.50 476.00*

2 Tahun 1.25 kg x 2 kali 2.5 kg 3,500.00 8.75 1,190.00

3 Tahun 1.75 kg x 2 kali 3.5 kg 3,500.00 12.25 1,666.00

4 Tahun 2.25 kg x 2 kali 4.5 kg 3,500.00 15.75 2,142.00

> 5 Tahun

2.5 kg x 2 kali

5.0 kg

3,500.00

17.50

2,380.00

*Kos sehektar = kos sepokok x 136 pokok/ha

Cara-cara Membaja KAMILATM Blue

A) Pokok 1-5 Tahun

Bagi kawasan tanah rata dan landai, membaja boleh dilakukan

dengan menabur baja KAMILATM Blue di bawah kanopi. Jika kawasan

berbukit dan curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3

atau 4 lubang di kawasan bawah kanopi.

B) Pokok > 5 Tahun

Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond

stacking) bagi kawasan rata dan landai. Jika kawasan berbukit dan

curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 3 atau 4

lubang di kawasan bawah kanopi.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

11

PERBEZAAN KOS BAJA KAMILATM BERBANDING BAJA LAIN.

Perbandingan dari segi kos dan faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan baja

KAMILATM Blue ditunjukkan dalam Jadual 2, 3, 4, dan 5. Faedah penggunaan baja KAMILATM

Blue selain mengurangkan kos pembajaan (berbanding baja kompaun), ia juga meningkatkan

hasil BTS, kedua-dua faktor ini akan memberi kesan impak yang positif dalam menampung

keseluruhan kos pembajaan baja yang dibuat secara konvensional.

Jadual 2. Baja Kompaun

Type kg/palm Frequency RM/t RM/palm

CF 3 3 2000.00 18.00

Manuring(RM0.15/palm) 4 0.60

Other Micronutrients (B, Cu, Zn, Mn, Mo) 1 2.50

Total Cost/palm 21.10

Jadual 3. Baja Tunggal

Type kg/palm Frequency RM/t RM/palm

AS 2.50 2 630.00 3.15

PR 1.50 1 500.00 0.75

MOP 2.50 2 1650.00 8.25

Kie 1.50 1 650.00 0.98

Manuring(RM 0.15/palm) 8 1.20

Other Micronutrients (B, Cu, Zn, Mn, Mo)

2.50

Total Cost/palm 16.83

Jadual 4. Kamila (CRF)

Type kg/palm Frequency RM/t RM/palm

Kamila 2.5 2 3,500.00 17.50

Manuring (RM0.15/palm) 2 0.30

Total Cost/palm 17.80

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

12

Jadual5. Analysis Faedah/Kos

a) Cost

Fertilizer Type Fertilizer Cost

RM/palm RM/acre RM/ha

Compound 21.10 1,160.50 2,869.60

Straight 16.83 925.38 2,288.20

Kamila 17.80 979.00 2,420.80

Cost Saved with KAMILA vs Compound 3.3 181.5 448.8

Cost Saved with KAMILA vs Straight -0.98 -53.63 -132.60

Benefits Using Kamila CRF

i)Increase in FFB Yield about 30% ii)Increase in OER

Assumption

Yield (t/ha) Expected Increase

Yield Gain(t/ha) Price FFB(RM/t)

20 25% 5.00 400.00

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

13

b) Benefits

Kamila vs Compound RM/acre RM/ha

Gain from Fertilizer Cost Reduction 181.50 448.80

Gain from FFB yield increment 800.00 2000.00

Total Gain(RM) 981.50 2448.80

Kamila vs Straight RM/acre RM/ha Gain from Fertilizer Cost Reduction -53.63 -132.60

Gain from FFB yield increment 800.00 2000.00

Total Gain (RM) 746.38

1,867.40

Penggunaan baja KAMILATM akan memberikan jumlah keuntungan yang berganda dan ini akan menurunkan kos baja di lading sehinga 90% per hektar (This is estimated by taking the total gain from Kamila vs Straight over the total cost of straight fertilizer).

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

14

SYOR DAN CADANGAN

Memandangkan potensi keuntungan yang besar serta pengurangan kos baja

dengan penggunaan baja KAMILATM ini, pihak Diversatech Fertilizer dengan ini

ingin mencadangkan agar pihak Felcra Plantation dapat mempertimbangkan

menggunakan baja ini secara komersil berdasarkan data dari kajian di ladang.

Diversatech Fertilizer Sdn Bhd. sebagai satu-satunya sebuah syarikat bumiputera

yang tunggal dalam mengilang baja NPK di Malaysia, ingin memohon agar pihak

Felcra Plantation dapat memberi peluang dan sokongan menggunakan baja

KAMILA bagi keluasan 2000 hektar agar peningkatan hasil sawit yang baik dapat

diteruskan secara mampan.

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

15

SPESIFIKASI KAMILATM Blue CRF (10:6:20:2 + 5% Mikronutrients) Kandungan Bahan Nutrien Macronutrients :

Nitrogen (N) 10 %

Phosphorus (P2O5) 6 %

Kalium (K2O) 20 %

Magnesium (MgO) 2 %

Sulfur (SO4-2) 5 %

Micronutrients : 5%

Copper (CuO)

Zinc (ZnO)

Boron (B)

Manganese (MnO)

Molybdenum (Mo)

Klorida (Cl)

Physical Properties:

Size: 8 g or 15g per nuget

Color: Light blue

Moisture: < 2%

Free flow: 2 years

pH: 6.0

DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.

16

RUJUKAN:

Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.

ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah

padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang

Selangor.

Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable

yield.

Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.

Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a

novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.