federalisme fiskal (10 & 17 sept 2003) - ukm.my 10.pdf · fungsi peruntukan • dalam aspek...

13
FEDERALISME FISKAL semua barang awam dibekalkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa politik, terutama dalam membuat keputusan untuk mendapatkan hasil dan membiayai barang awam. kerajaan sesebuah negara akan mewujudkan satu struktur pentadbiran yang berperingkat mengikut pembahagian lokasi atau kawasan perundangan. struktur pentadbiran kerajaan boleh disusun daripada saiz kuasa yang besar kepada yang lebih kecil, iaitu daripada kerajaan pusat, dikecilkan kepada kerajaan negeri dan dikecilkan lagi kepada kerajaan tempatan. Tiga fungsi sektor awam yang utama dapat dilaksanakan dengan cekap. Fungsi tersebut ialah menjamin kecekapan penggunaan sumber, mewujudkan pengagihan pendapatan yang saksama, dan mengekalkan ekonomi pada tingkat guna tenaga yang tinggi dengan kestabilan harga yang munasabah. Analisis penyelarasan ini disebut federalisme fiskal. Perlunya Federalisme Fiskal Sektor awam mempunyai tiga fungsi ekonomi yang utama, iaitu fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan dan melaksanakan melalui federalisme fiskal. Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsi-fungsi yang ditentukan kepada wakil-wakil kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972: 19). takrif ini mencadangkan garis panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Implikasi Pembahagian pelaksanaan fungsi fiskal sangat diperlukan memandangkan saiz pengagihan faedah daripada sesuatu barang dan perkhidmatan awam berbeza. Setengah-setengah barang dan perkhidmatan awam mempunyai faedah untuk semua penduduk dalam negara (seperti pembersihan alam sekitar dan penyediaan perkhidmatan tentera), manakala setengah-setengah yang lain hanya memberi faedah untuk penduduk dalam kawasan tempatan tertentu (seperti pembinaan taman rekreasi dan sekolah). fungsi fiskal yang memberikan kebajikan untuk semua penduduk dalam sesebuah negara hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan pusat, manakala fungsi fiskal yang memberikan kebaikan untuk segolongan penduduk hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan (jika untuk golongan yang terhad). Pembahagian tanggungjawab ini dirasakan perlu supaya pembayar cukai barang dan perkhidmatan awam tertentu benar-benar dapat menikmati perkhidmatan itu dengan lebih adil. Ahli-ahli ekonomi telah mencadangkan bahawa fungsi penstabilan dan fungsi agihan hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat, manakala pelaksanaan fungsi peruntukan bergantung pada jenis barang dan perkhidmatan awam. 1

Upload: hoangnhi

Post on 27-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

FEDERALISME FISKAL

• semua barang awam dibekalkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa politik, terutama dalam membuat keputusan untuk mendapatkan hasil dan membiayai barang awam.

• kerajaan sesebuah negara akan mewujudkan satu struktur pentadbiran yang berperingkat mengikut pembahagian lokasi atau kawasan perundangan.

• struktur pentadbiran kerajaan boleh disusun daripada saiz kuasa yang besar kepada yang lebih kecil, iaitu daripada kerajaan pusat, dikecilkan kepada kerajaan negeri dan dikecilkan lagi kepada kerajaan tempatan.

• Tiga fungsi sektor awam yang utama dapat dilaksanakan dengan cekap. Fungsi tersebut ialah menjamin kecekapan penggunaan sumber, mewujudkan pengagihan pendapatan yang saksama, dan mengekalkan ekonomi pada tingkat guna tenaga yang tinggi dengan kestabilan harga yang munasabah.

• Analisis penyelarasan ini disebut federalisme fiskal. Perlunya Federalisme Fiskal

• Sektor awam mempunyai tiga fungsi ekonomi yang utama, iaitu fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan dan melaksanakan melalui federalisme fiskal.

• Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsi-fungsi yang ditentukan kepada wakil-wakil kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972: 19).

• takrif ini mencadangkan garis panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Implikasi

• Pembahagian pelaksanaan fungsi fiskal sangat diperlukan memandangkan saiz pengagihan faedah daripada sesuatu barang dan perkhidmatan awam berbeza.

• Setengah-setengah barang dan perkhidmatan awam mempunyai faedah untuk semua penduduk dalam negara (seperti pembersihan alam sekitar dan penyediaan perkhidmatan tentera), manakala setengah-setengah yang lain hanya memberi faedah untuk penduduk dalam kawasan tempatan tertentu (seperti pembinaan taman rekreasi dan sekolah).

• fungsi fiskal yang memberikan kebajikan untuk semua penduduk dalam sesebuah negara hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan pusat, manakala fungsi fiskal yang memberikan kebaikan untuk segolongan penduduk hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan (jika untuk golongan yang terhad).

• Pembahagian tanggungjawab ini dirasakan perlu supaya pembayar cukai barang dan perkhidmatan awam tertentu benar-benar dapat menikmati perkhidmatan itu dengan lebih adil.

• Ahli-ahli ekonomi telah mencadangkan bahawa fungsi penstabilan dan fungsi agihan hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat, manakala pelaksanaan fungsi peruntukan bergantung pada jenis barang dan perkhidmatan awam.

1

Page 2: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

• Kerajaan pusat hendaklah menjalankan fungsi peruntukan ini jika barang dan perkhidmatan yang disediakan itu memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara, manakala fungsi peruntukan barang dan perkhidmatan awam yang lain hendaklah dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.

Fungsi Penstabilan

• fungsi ini hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat. • kerajaan pusat sangat berupaya untuk mengekalkan kestabilan ekonomi,

terutama dalam mengekalkan tingkat guna tenaga yang tinggi pada tingkat kadar inflasi yang munasabah.

• Peranan ini dikaitkan dengan kuasa mutlak kerajaan pusat dari segi mengawal saiz penawaran wang. Sekiranya kuasa ini diberi kepada kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, besar kemungkinan akan berlaku pengembangan penawaran wang yang cepat.

• Minat untuk mencipta wang sendiri untuk membiayai projek awam akan wujud apabila keupayaan fiskal kerajaan negeri terhad. Kesan ini akan menyebabkan inflasi yang tinggi. Oleh itu, kawalan kerajaan pusat terhadap penawaran wang memang diperlukan.

• Apabila kuasa mencipta wang hanya diserahkan kepada kerajaan pusat, ini bererti keupayaan kerajaan negeri untuk mengawal kestabilan ekonomi di kawasan masing-masing hanya bergantung pada dasar fiskal, iaitu dasar pencukaian dan perbelanjaan awam.

• Keberkesanan dasar ini untuk menstabilkan ekonomi dalam kawasan berkenaan sangatlah terhad disebabkan oleh:

o ekonomi kerajaan negeri atau kerajaan tempatan secara umum sangatlah terbuka dalam kawasan pasaran negara yang penduduknya bebas melakukan pembelian barang dan perkhidmatan di luar kawasan itu tanpa sebarang sekatan.

o keupayaan fiskal yang terhad akan mendorong kerajaan negeri/tempatan menggunakan dasar belanjawan defisit.

Fungsi Agihan

• diserahkan kepada kerajaan pusat • ini disebabkan kerajaan negeri kurang berkesan untuk mencapai matlamat

agihan disebabkan oleh o golongan kaya dalam kawasan kerajaan negeri itu akan berpindah keluar

ke kawasan jiran yang lain, manakala golongan miskin dari kawasan lain akan berhijrah masuk ke kawasan negeri yang mengamalkan program cukai-subsidi. Kesan akhir daripada program ini ialah kawasan tersebut akan mempunyai golongan miskin yang rendah pendapatan per kapita mereka, manakala kawasan lain akan mempunyai golongan kaya yang tinggi pendapatan per kapita.

o walaupun semua anggota dalam masyarakat, termasuk golongan kaya, bersetuju menghapuskan kemiskinan melalui program cukai-subsidi, namun mereka masih memikirkan cara atau peluang untuk mengelakkan diri daripada menyertai program itu.

2

Page 3: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh

menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cekap. • Kerajaan pusat hendaklah menyediakan barang dan perkhidmatan yang

memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara • kerajaan negeri menyediakan barang dan perkhidmatan awam yang

faedahnya terhad kepada sekumpulan penduduk dalam kawasan tertentu. • Contohnya, projek pertahanan negara, penyelidikan atom, taman

teknologi, pembersihan alam sekitar, dan kawalan penggunaan dadah patut diusahakan oleh kerajaan pusat

• projek empangan air, kawalan banjir, lampu jalan raya, dan bekalan hidroelektrik patut diusahakan oleh kerajaan negeri atau tempatan.

• Mengikut teori peruntukan sektor awam, barang dan perkhidmatan awam mesti disediakan oleh unit-unit pentadbiran tertentu mengikut saiz kawasan faedah barang itu, dan kos penyediannya dibiayai bersama oleh para pengguna di kawasan yang menerima faedah itu.

• Ini bererti jika faedah itu bersifat "tingkat tinggi", maka penyediaannya mesti ditugaskan kepada peringkat pentadbiran yang tinggi, begitu juga jika sebaliknya.

• Penglibatan kerajaan negeri atau tempatan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam "tempatan" memang penting untuk mencapai kecekapan peruntukan. Ini kerana kerajaan negeri boleh menyediakan berbagai-bagai jenis dan tingkat output barang awam "tempatan" mengikut cita rasa dan keutamaan masyarakat yang berbeza, dan kos penyediaan barang tersebut akan dibiayai oleh masyarakat yang menikmati faedahnya. Misalnya, masyarakat yang mengutamakan taman rekreasi akan sanggup membiayai kos atau cukai untuk menikmati barang itu. Masyarakat lain yang mengutamakan bangunan sekolah atau klinik di kawasan mereka akan sanggup membayar kos atau cukai untuk mendapat barang tersebut. Dengan cara ini, kecekapan peruntukan lebih mudah dicapai oleh kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan pusat.

Kesan Limpahan Faedah

• kerajaan negeri boleh mencapai kecekapan peruntukan dalam menyediakan barang dan perkhidmatan awam "tempatan".

• terdapat juga beberapa masalah mencapai kecekapan peruntukan bagi sesetengah barang dan perkhidmatan awam itu iaitu;

o tidak semua kos dan faedah barang dan perkhidmatan awam yang dibiayai oleh masyarakat tempatan hanya dinikmati oleh masyarakat tempatan.

o Pengguna daripada masyarakat lain mungkin dapat menikmatinya dengan percuma.

o Barang dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh kerajaan negeri mungkin tidak dapat menikmati ekonomi bidangan dalam pengeluaran atau terpaksa menanggung ekonomi tak ikut bidang dalam pengeluaran.

3

Page 4: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

o Barang awam yang disediakan itu pula tidak mempunyai sempadan faedah yang jelas yang boleh dijadikan ukuran untuk mengenakan kos kepada penerima faedah.

o Implikasinya faedah percuma daripada barang dan perkhidmatan awam melimpah keluar dari sempadan pentadbiran.

• Ketakcekapan peruntukan akibat daripada kewujudan penumpang percuma yang bebas bergerak dan ketiadaan sempadan faedah yang jelas dapat diterangkan dengan Rajah 10.1.

Da

Dt Dj

Kj Kt 0

S1

S2

S S

Harga Kuantiti barang awam

Rajah 10.1: Limpahan faedah

• permintaan terhadap barang awam oleh penduduk tempatan ditunjukkan oleh keluk Dt.

• Barang awam ini mempunyai limpahan faedah kepada penduduk luar atau jiran seperti yang ditunjukkan oleh keluk permintaan Da.

• Jumlah permintaan semua penduduk tempatan dan penduduk luar ditunjukkan oleh keluk Dj, yang diperoleh secara penjumlahan menegak antara keluk Dt denga Da.

• Sekiranya keluk S ialah keluk penawaran barang awam, maka kerajaan tempatan/negeri akan membekalkan barang awam sebanyak OKt.

• Tingkat ini tidak optimum dari segi sosial kerana tidak mengambil kira permintaan penduduk luar.

• Tingkat output yang sebenar dari segi sosial ialah OKt. Tingkat output ini tidak dikeluarkan kerana pembayar cukai dan ahli politik tidak mempunyai insentif untuk mengambil kira permintaan penduduk luar.

• Penduduk luar pula tidak akan menyumbangkan sebarang cukai kerana mereka tidak mempunyai undi untuk mempengaruhi pilihan mereka.

• Kerajaan negeri pula tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti penduduk luar yang menerima faedah.

4

Page 5: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

• Kesan limpahan faedah ini memang sukar diatasi. Terdapat beberapa cara yang dapat digunakan untuk mengatasinya.

o sempadan faedah dibesarkan kepada semua pihak yang menerima faedah, tetapi ini akan menimbulkan kos kepada penduduk luar yang mempunyai keutamaan yang berbeza.

o Cara lain ialah mengenal pasti penerima faedah dari luar yang bekerja dan mempunyai hubungan perniagaan dalam kawasan bekalan barang awam dan yang melawat kawasan bekalan. Cara ini akan melibatkan unit pentadbiran yang lebih besar dan seterusnya kos yang tinggi.

o Sebenarnya kerjasama antara kerajaan negeri dapat mengatasi ketakcekapan peruntukan. Caranya ialah kerajaan negeri yang terlibat memberi

sumbangan yang sewajarnya supaya tingkat output yang optimum dari segi sosial dapat dicapai.

setiap output yang ditawarkan akan dibiayai sebahagian oleh penduduk tempatan, manakala bakinya oleh penduduk luar melalui sumbangan kerajaan negeri luar itu.

secara teori, tiap-tiap barang awam boleh ditawarkan secara optimum oleh kerajaan negeri, dan saiz masyarakat yang optimum juga dapat ditentukan.

Saiz Barang dan Masyarakat yang Optimum Untuk memudahkan perbincangan, diandaikan bahawa:

o Hanya satu barang awam tulen. o Barang ini hanya memberi faedah dalam sebuah kawasan geografi, dan tidak

menimbulkan kesan limpahan atau faedahnya tidak begitu memuaskan apabila jauh dari kawasan letakan barang awam itu.

o Semua pengguna dalam masyarakat ini mempunyai cita rasa dan pendapatan yang serupa. Mereka mempunyai keinginan yang sama terhadap barang awam itu.

o Jumlah kos menyediakan barang awam itu tetap. Oleh yang demikian, kos seunit setiap pengguna akan berkurangan apabila bilangan pengguna yang mendapat faedah meningkat.

• barang awam tersebut masalahnya tidak dapat memenuhi takrif barang awam tulen. Ini bermakna bahawa kualiti faedah barang awam akan berkurang apabila bilangan pengguna bertambah.

• Persoalan seterusnya ialah berapakah besar saiz masyarakat yang optimum bagi suatu barang awam yang tertentu saiznya. Dengan andaian yang dinyatakan, penyelesaian persoalan di atas memerlukan tiga langkah analisis.

5

Page 6: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

(1) Menentukan Pilihan Saiz Masyarakat Optimum Bagi Barang Awam Yang Tertentu Saiznya.

• Penyediaan barang ini mewujudkan sejumlah kos, katakan (C ringgit), yang mesti ditanggung oleh semua pengguna. Setiap pengguna akan membayar kos itu dengan satu tingkat harga yang sama dengan faedah sut yang diterima.

• Jika andaian pendapatan dan cita rasa adalah sama dapat diterima, maka kos akan dibahagikan sama rata, iaitu sama dengan C/N, dengan N ialah bilangan pengguna.

• Kos per kapita ini akan berkurangan apabila N meningkat seperti yang digambarkan oleh keluk CC (yang berbentuk hiperbola) dalam Rajah 10.2.

Kos per kapita barang awam

'mC

'mC

E1

E2

Fm F C'

Cm

C

C'

C

Cm

Bilangan pengguna 0 N2 N3

P'

P

Rajah 10.2: Pilihan saiz masyarakat optimum bagi suatu tingkat barang awam

• Kadar pengurangan kos per kapita apabila seorang pengguna bertambah

ditunjukkan oleh keluk CmCm barang awam. Kadar ini boleh diibaratkan sebagai penjimatan sut bagi kos per kapita barang awam.

• Keluk ini diterbitkan daripada keluk CC (iaitu cerun keluk CC). Berdasarkan keluk CmCm, saiz masyarakat akan berkembang, selagi nilai penjimatan sut positif.

• Tarikan untuk menjimatkan kos akan berkurangan kerana kos kesesakan meningkat apabila bilangan pengguna meningkat. Keadaan kos kesesakan ditunjukkan oleh keluk OF. Keluk ini menggambarkan peningkatan kos kesesakan per kapita. Kadar peningkatannya apabila bilangan pengguna bertambah ditunjukkan oleh keluk OFm.

• Kadar ini diibaratkan sebagai ketakutilitian sut. Berdasarkan keluk OFm, ketakutilitian sut bertambah dengan cepat apabila pengguna bertambah.

6

Page 7: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

o Sifat kos kesesakan yang bertentangan dengan kos per kapita barang awam akan mengurangkan minat pengguna terhadap barang itu.

• saiz optimum masyarakat, • iaitu pada titik yang penjimatan sut bagi kos per kapita barang awam

sama dengan ketakutilitian sut atau kos kesesakan per kapita sut. • titik optimum ialah pada E1, iaitu apabila keluk CmCm bersilang dengan

keluk OFm. • Pada titik ini, saiz masyarakat optimum ialah ON2 dan kos per kapita

barang awam ialah OP ringgit. • Saiz masyarakat akan bertambah, selagi pertambahan penjimatan kos

per kapita melebihi pertambahan kos kesesakan per kapita. Jika keadaan sebaliknya berlaku, pertambahan saiz masyarakat akan mengurangkan kebajikan.

• Berdasarkan saiz masyarakat optimum ON, dan kos penyediaan C ringgit, maka jumlah masyarakat dalam sebuah negara ialah P/N2, dengan P ialah jumlah penduduk.

• Penyelesaian pada titik E1 berdasarkan saiz barang awam yang bernilai C ringgit. Sekiranya saiz barang awam itu dibesarkan dengan jumlah kos C' ringgit, maka keluk kos per kapita ialah C'C' dan kos kesesakan per kapita sut ialah C'mC'm. Oleh itu, pada saiz titik E2, apabila saiz pengguna meningkat ke ON3 dan kos perkapita ialah OP' ringgit.

(2) Menentukan Saiz Atau Kuantiti Barang Awam Yang Optimum Bagi Satu

Masyarakat Yang Tertentu Saiznya. • keluk permintaan DaDa sama seperti permintaan terhadap barang biasa. • Penawaran barang awam juga seperti penawaran barang biasa, iaitu kos per

kapita suatu saiz masyarakat itu meningkat apabila kuantiti barang awam meningkat.

• kos per kapita bagi setiap tingkat barang awam dapat dikurangkan apabila saiz masyarakat meningkat. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh keluk S1S1 bagi saiz masyarakat N1, S2S2 untuk saiz N2 (dengan N2 > N1) dan S7S7 untuk saiz N7 (dengan N7 > N2). Oleh sebab kuantiti yang sama akan digunakan oleh setiap pengguna dalam suatu masyarakat, maka tingkat barang awam yang optimum bagi saiz masyarakat tertentu ditentukan oleh persilangan keluk permintaan dengan keluk penawaran bagi saiz masyarakat itu.

• tingkat barang awam yang optimum ialah OK1 bagi saiz masyarakat N1, ON2 bagi saiz masyarakat N2, dan ON7, bagi masyarakat N7. Kos per kapita bagi masyarakat tersebut masing-masing ialah OP1, OP2 dan OP7 ringgit.

7

Page 8: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

P

S

S

S

S

S

SK Tingkat barang awam

Kos per kapita

DKK0

P

P

Rajah 10.3: Pilihan tingkat barang awam optimum bagi suatu saiz masyarakat tertentu

(3) Menentukan Saiz Masyarakat Yang Optimum Dan Tingkat Barang

Awam Yang Optimum Dengan Serentak. • Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu menggabungkan kedua-dua langkah

di atas, • dapatkan keluk NN dan keluk KK seperti dalam Rajah 10.5, yang

menghubungkan saiz masyarakat optimum dengan tingkat barang awam yang otptimum.

• Secara khusus, keluk NN menunjukkan saiz masyarakat optimum pada setiap tingkat barang awam yang sepadan dengan berbagai-bagai tingkat kos (C, C' ringgit, dan seterusnya).

• Keluk KK pula menunjukkan tingkat barang awam yang optimum pada tiap-tiap saiz masyarakat pada kos yang sama. Contohnya, pada kos yang sama, apabila saiz masyarakat ialah ON2, maka tingkat barang awam yang optimum ialah OK2, dan apabila saiz masyarakat ON10, tingkat barang awam yang optimum ialah OK10.

Rajah 10.4: Gabungan optimum bagi saiz masyarakat dan tingkat barang awam

Saiz Masyarakat N10 N7 N4 N2 0

K10

N H

K F

G

E

N

K

Tingkat barang awam

K7

K2

K1

8

Page 9: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

• Berdasar keluk NN dan keluk KK, keseluruhan penyelesaian optimum ialah

pada titik E, dengan kuantiti barang awam optimum ialah OK7 dan saiz masyarakat yang optimum ialah ON7.

• Pada titik lain tidak terdapat penyelesaian keseluruhan yang optimum. Pada titik F, pengoptimuman hanya berlaku pada kuantiti barang awam, OK2, manakala saiz masyarakat ON2 tidak optimum.

• Pada titik G pula, pengoptimuman hanya berlaku pada saiz masyarakat ON4, manakala kuantiti barang awam OK2 tidak optimum. Berdasarkan keluk NN yang lebih curam daripada keluk KK, proses ekonomi boleh menuju ke arah penyelesaian keseluruhan. Pada titik H, terdapat barang awam OK1 yang dapat menghasilkan saiz masyarakat yang optimum, ON2. Akan tetapi dengan saiz masyarakat ON2, tingkat barang awam optimum ialah OK2 ini, saiz masyarakat yang optimum ialah ON4.

• Proses ini boleh diteruskan hingga kita mendapati pergerakan yang wujud menuju ke titik E. Ini bererti bahawa keadaan ekonomi berada dalam keseimbangan yang stabil.

Bantuan Antara Kerajaan Jenis-jenis Bantuan 1. Bantuan tak bersyarat atau bantuan am. 2. Bantuan bersyarat atau bantuan khusus. Bantuan tak Bersyarat atau Bantuan Am

• Bantuan ini merupakan suatu pindahan dana daripada kerajaan penderma kepada kerajaan penerima tanpa sebarang ikatan.

• kerajaan penerima boleh menggunakan bantuan untuk sebarang projek yang disukai.

• bantuan ini selalu dikaitkan sebagai alat mengurangkan ketaksamaan keupayaan fiskal antara unit-unit kerajaan.

Bantuan Bersyarat atau Bantuan Khusus Bantuan

• pindahan yang mesti digunakan oleh kerajaan penerima untuk tujuan tertentu yang selalunya dinyatakan dengan terperinci dalam perjanjian bantuan.

• Bantuan ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. o bantuan pemadanan

menghendaki kerajaan penerima menyumbangkan sejumlah wang tertentu bagi setiap ringgit yang diterima daripada kerajaan penderma.

Bantuan ini akan mengurangkan harga atau kos seunit barang awam.

Oleh itu, bantuan pemadanan akan menimbulkan kesan penggantian dan pendapatan.

o bantuan bukan pemadanan (bantuan blok khusus). Bantuan ini menghendaki kerajaan penerima membelanjakan

wang bantuan untuk tujuan yang dinyatakan. Jumlah bantuan tidak berubah secara langsung dengan

perbelanjaan kerajaan penerima untuk kegiatan tersebut.

9

Page 10: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

Bantuan blok khusus akan meningkatkan kemampuan kerajaan penerima untuk membiayai projek barang awam. Bantuan ini juga tidak mengurangkan harga atau kos seunit barang awam.

Bantuan blok khusus hanya mempunyai kesan pendapatan, tidak ada kesan penggantian.

Penilaian Ekonomi Terhadap Bantuan

• Bantuan merupakan suatu alat penting untuk menolong menyamakan keupayaan fiskal atau meningkatkan kecekapan peruntukan sumber dalam sistem persekutuan.

• Matlamat bantuan hendaklah dinyatakan dengan khusus sebelum suatu bentuk bantuan itu dipilih. Ini kerana setiap jenis bantuan itu mempunyai kecekapan peruntukan yang berbeza. Di samping itu, setiap pembayaran cukai, terutamanya masyarakat kaya, inginkan perkhidmatan barang awam yang sepadan dengan setiap ringgit cukai yang dibayar tanpa memikirkan soal keinginan masyarakat miskin. Pemberian bantuan perlu diteliti supaya matlamatnya dicapai dengan cekap tanpa mengetepikan keinginan masyarakat kaya. Jika matlamat bantuan ialah untuk mengurangkan ketaksamaan fiskal antara sesebuah kawasan perundangan, maka bantuan yang sesuai ialah bantuan tak bersyarat yang memindahkan hasil cukai dari kawasan perundangan kaya ke kawasan perundangan miskin.

Kecekapan Peruntukan Antara Bantuan Pemadanan Dengan Bantuan Bukan Pemadanan Pada Nilai Bantuan Yang Sama.

• belanjawan agregat sebelum bantuan ialah C1D1. • Pada kekangan ini, barang awam yang ditawarkan ialah OA1 dengan kos cukai

C1S1. • bantuan pemadanan digunakan, harga barang awam telah turun dan ini

menjadikan kekangan belanjawan beralih ke C1D3. • Pada harga baru, masyarakat akan memilih barang awam sebanyak OA3. • Jumlah bantuan ialah E2F dan tingkat utiliti masyarakat ialah U2. • Jika bantuan bukan pemadanan yang sama dengan nilai E2F diberi, maka

konstren belanjawan beralih dari C1D1 ke C1C3D2. • bantuan ini tidak mengubah nisbah harga barang awam dengan barang swasta,

maka masyarakat akan memilih tingkat barang awam sebanyak OA2, iaitu kurang daripada OA3, tetapi masyarakat mendapat tingkat utiliti yang lebih tinggi, iaitu U3.

• Kesimpulannya, dalam kes ini, bantuan pemadanan akan menggalakkan masyarakat menggunakan lebih banyak barang awam, tetapi masyarakat lebih mengutamakan bantuan bukan pemadanan kerana dengan bantuan itu masyarakat berada pada tingkat utiliti yang lebih tinggi.

Kecekapan Peruntukan Antara Bantuan Pemadanan Dengan Bantuan Bukan Pemadanan Pada Tingkat Barang Awam Yang Sama.

• belanjawan agregat sebelum bantuan ialah C1D1. • penggunaan barang awam ialah OA1 dengan kos cukai C1S1. • bantuan pemadanan digunakan, harga barang awam telah turun

o menyebabkan kekangan belanjawan beralih ke C1D3.

10

Page 11: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

o Pada harga baru yang rendah, masyarakat akan memilih barang awam OA2, dengan kos cukai C1S2 (iaitu kurang daripada C1S1).

o Jumlah bantuan ialah E2F. o masyarakat ingin mengekalkan tingkat penggunaan barang awam

sebanyak OA2. Jika matlamat ini ingin dicapai, dasar bantuan bukan pemadanan memerlukan jumlah pindahan wang sebanyak E3F.

S1

C1

C2

C3

E1

E3

E2 U3

U2

F U1

D2 A3

Barang swasta

Barang awam D3 D1 A1 A2 0 Rajah 10.5: Perbandingan antara bantuan pemadanan dengan bantuan bukan

pemadanan: kes nilai bantuan yang sama

Barang swasta

S0

S2

S1

DDA1

F

CS3

E1 UE2

U

Barang Awam D

U1

A2 0

E3

C2

Rajah 10.6: Perbandingan antara bantuan pemadanan dengan bantuan bukan pemadanan: kes tingkat barang awam yang sama

o Kesimpulannya jika objektif masyarakat ialah menggunakan tingkat barang awam yang sama, maka dasar bantuan yang cekap ialah bantuan pemadanan kerana bantuan ini dapat mengurangkan beban kos bantuan sebanyak E3E2 berbanding dengan kos bantuan bukan pemadanan.

11

Page 12: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

ini disebabkan bahawa bantuan pemadanan merupakan bantuan khusus yang diberi untuk membantu penyediaan barang awam sahaja, manakala bantuan bukan pemadanan merupakan bantuan am yang sebahagiannya mungkin digunakan untuk membeli barang swasta dengan cara mengurangkan cukai, iaitu sebanyak S2S3

Perbandingan Kecekapan Peruntukan Antara Bantuan Am Dengan Bantuan Khusus Untuk Menggalakkan Penggunaan Satu Barang Awam Tertentu

• katakan X berbanding dengan barang awam yang lain, katakan Y. • Pada kekangan belanjawan sebelum bantuan, C1D1, keseimbangan ialah pada

E1 dengan jumlah penggunaan barang awam OX1. • Apabila bantuan am diberi sebanyak D1D2 (dalam sebutan X), kekangan

belanjawan baru ialah C2D2. • Keseimbangan baru ialah pada E2 dengan penggunaan barang awam OX2. Jika

kerajaan memberi bantuan khusus yang sama nilainya untuk menggalakkan penggunaan barang awam X, maka garis kekangan belanjawan yang baru yang ada pada masyarakat ialah bahagian F1D2 sahaja.

• keseimbangan masih lagi pada E2. • kedua-dua jenis bantuan menghasilkan keputusan yang sama. Begitu juga jika

nilai bantuan ialah D1D3, kedua-dua bantuan akan mendorong masyarakat menggunakan OX3 barang awam, iaitu keseimbangan pada titik E3.

• Dari segi kekangan belanjawan, bantuan am mewujudkan garis C3D3, manakala bantuan khusus mewujudkan bahagian E3X3 sahaja.

• Keputusan yang berbeza diperoleh jika nilai bantuan yang lebih besar diberi melebihi D1D3, misalnya D1D4.

• Dengan jumlah bantuan sebanyak D1D4, bantuan am akan mewujudkan garis belanjawan C4D4 dan seterusnya keseimbangan pada titik E4 dengan penggunaan barang awam OX4.

• Sementara bantuan khusus akan mewujudkan bahagian E5D4 sebagai garis belanjawannya, dan seterusnya keseimbangan pada titik E5, dengan penggunaan barang awam yang lebih banyak, iaitu OX5.

• dapati bahawa penggunaan barang awam X di bawah program bantuan khusus akan melebihi penggunaan di bawah program bantuan am yang sama nilai sekiranya nilai bantuan itu melebihi D1D3.

• Kesimpulannya, dengan nilai bantuan yang sama, bantuan khusus merupakan alat yang lebih berkesan untuk meningkatkan perbelanjaan barang awam tertentu, manakala bantuan am merupakan alat yang berkesan untuk meningkatkan utiliti atau kebajikan masyarakat.

o Dengan perkataan lain, untuk mencapai matlamat tingkat penggunaan barang awam tertentu, misaInya OX5 barang awam X, nilai bantuan khusus D1D4 yang diperlukan lebih kecil daripada nilai bantuan am D1D5, seperti ditunjukkan oleh titik E6.

o Sebaliknya, untuk mencapai matlamat tingkat utiliti atau kebajikan masyarakat tertentu, misalnya U5, nilai bantuan am D1D4 yang diperlukan lebih kecil daripada nilai bantuan khusus D1D5, seperti ditunjukkan oleh titik E7.

12

Page 13: FEDERALISME FISKAL (10 & 17 SEPT 2003) - ukm.my 10.pdf · Fungsi Peruntukan • Dalam aspek ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri (atau tempatan) boleh menjalankan tanggungjawab

R

X1

Barang Awam Y

C2

E7 C1F

DDX5 X3

DX4

DD U1

E

E2

U3 U2

E3

U4 E5 U5

U6 E4

E6

X2 0

C5

C4

C3

Barang Awam X

Rajah 10.7: Perbandingan antara barang bantuan am dengan bantuan khusus

Kesimpulan

13