fatwa imam as-syafie yang jarang diketahui

Upload: pena-minang

Post on 02-Jun-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 FATWA IMAM AS-SYAFIE YANG JARANG DIKETAHUI

    1/2

    DITERBITKAN OLEH :GRUP DAKWAH JALANAN

    http://sunnah.tv/videohttp://www.onewaytoparadise.net

    http://www.drfathulbari.comhttp://www.ilmusalaf.com

    http://www.ilmusunnah.comhttp://fiqh-sunnah.blogspot.comhttp://an-nawawi.blogspot.com

    http://mromi.wordpress.comhttp://ustazidrissulaiman.wordpress.comhttp://fadlan-mohd-othman.blogspot.com

    http://mashoori.wordpress.comhttp://www.imamsyafie.com

    http://bahaya-syirik.blogspot.comhttp://www.fatwa-online.com

    https://www.sayingsofthesalaf.nethttp://www.abuaqifstudio.com

    ISLAMIC LINK

  • 8/10/2019 FATWA IMAM AS-SYAFIE YANG JARANG DIKETAHUI

    2/2

    Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umatIslam mengenalinya. Apatah lagi di negara sepertiMalaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie.Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besarini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidakdipopularkan. Antaranya:

    1) Imam Syafie beraqidah Allah Taala berada diatas Arasy.

    Imam Syafie berkata: Pegangan dalam sunnah yangaku berada di atasnya, dan dipegang oleh merekayang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialahmenyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenarselain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah,dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya,mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki,turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki.

    Al-Uluw oleh Al- Zahabi (hlmn: 165), Ijtima Al -Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).

    2) Imam Syafie menegaskan kewajipan berimandengan segala sifat Allah, dan sifat Allahhendaklah dipelajari melalui syarak, bukan denganakal.

    Kata Imam Syafie: Allah Taala mempunyainama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang punmenolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegakhujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur.Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkandengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidakdapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran.(Fathul Bari 20/494)

    3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

    Firman Allah Taala yang bermaksud:

    Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagiseseorang melainkan (balasan) apa yangdiusahakannya. (Al -Najm: 39).

    Beberapa Pendapat ImamSyafie

    Ibn Katsir berkata, Daripada ayat yang mulia ini, ImamSyafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinyamengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang- orang yang mati.(Tafsir Ibn Katsir: 7/465).

    4) Imam Syafie melarang bersembahyangberimamkan orang Syiah.

    Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada ImamSyafie, Bolehkah aku bersembahyang di belakangorang Syiah?

    Imam Syafie berkata, Jangan bersembahyang dibelakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orangMurjiah

    Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka.Lalu Imam Syafie menyifatkan, Sesiapa yangmengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka diaSyiah. (Siyar Alam Al -Nubala 10/31).

    5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.

    Imam Syafie berkata: Kalau seorang lelaki bertasaufpada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akanmendapati dia sudah menjadi bebal. (Manaqib Al -Syafie 2/208)

    Kata beliau lagi: Tidak ada seorang pun melazimigolongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya bolehkembali (seperti sediakala). (Talbis Iblis: 371)

    Kata beliau lagi: Seorang sufi tidak menjadi sufi me-lainkan ada padanya empat sifat:

    - sangat malas

    - banyak makan

    - banyak tidur

    - banyak cakap kosong.

    (Manaqib Al-Syafie 2/208).

    Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf:Tasauf diasaskan di atas kemalasan. (Hilyatul Awliya).

    Beliau juga berkata: Aku mendampingi golongan sufiselama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pundalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim

    Al-Khawwash. (Talbis Iblis: 447).

    6) Imam Syafie mencela orang yang mendalamiilmu kalam.

    Kata Imam Syafie: Hukumanku terhadap ahli kalamialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingikabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilahbalasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah,dan mempelajari ilmu kalam. (Tawali al -Tasis: 64).

    7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil,bukan taksub kepada imam.

    Kata Imam Syafie: Ulama telah berijmak (sepakat)bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnahRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal diameninggalkannya kerana mengikut pendapatseseorang. (Madarij al -Salikin 2/335)