falsafahdanetikaguru-130415221719-phpapp01.docx

18
EDC 2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURU ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 2 1. FALSAFAH PENDIDIKAN 3 2. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 3 3. KURIKULUM PERSEKOLAHAN 5 4. ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 11 5. REFLEKSI 13 6. RUJUKAN 13 1

Upload: sarahayu-sara

Post on 11-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

EDC 2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURU

EDC 2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURU

ISI KANDUNGAN MUKA SURATPENGHARGAAN 21. FALSAFAH PENDIDIKAN 32. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 33. KURIKULUM PERSEKOLAHAN 5 4. ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 115. REFLEKSI 136. RUJUKAN 13

PENGHARGAAN .Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat kurnianNya yang tidak terhitung banyaknya .Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat yang rela berjuang dan berkorban demi menegakkan Islam tercinta. Kita doakanlah mogamoga kita tergolong dalam golongan orang yang cintakan kebenaran .Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepadapensyarah-pensyarah matapelajaran Falsafah dan Etika Guru atas segala bimbingan dan panduan yang telah diberikan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga usaha para pensyarah dalam mendidik bakal-bakal guru ini mendapat ganjaran di sisi Allah Taala.Ucapan penghargaan dan terima kasih juga sayatujukan buat rakan-rakan seperjuangan DPLI jQAF Ambilan Januari 2013 di IPGK Tunku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Kenangan bersama kalian tetap utuh di ingatan ini . Tidak dilupakan juga buatkeluargayang dikasihi, terima kasih kerana sentiasa memahami kesibukan yang saya hadapi. Dan akhir sekali tidak dilupakan juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang membantu saya dalam tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.Diharapkan usaha yang sedikit ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada kita semua, Insya Allah Taala.

1. FALSAFAH PENDIDIKAN1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."2. FALSAFAH PENDIDIKAN GURUGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Dalam Falsafah Pendidikan Guru, terdapat beberapa aspek atau ciri kualiti yang ingin dibentuk dalam diri guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Antaranya ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menyanjung warisan kebudayaan negara, menjalin perkembangan individu, memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, memelihara suatu masyarakat yang demokratik, memelihara suatu masyarakat yang progresif dan memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin.

2.1 ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

a) Berpekerti muliaSahsiah guru yang baik- berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.a) Berpandangan progresif dan saintifikBerkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberipenekanan kepada sains dan teknologi,Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesionalb) Bersedia menjunjung aspirasi NegaraBerusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.Menghayati aspirasi negara yang dihasratkanc) Serta menyanjung warisan kebudayaan NegaraMenghayati warisan kebudayaan negara yang unik,Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid,Menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara

d) Menjamin perkembangan individuPeranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek)e) Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplinTanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negaraBerusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan3.DEFINISI KURIKULUM

3.1 KONSEP KURIKULUM

2.2 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

3.3 BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

3.4 PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:KomunikasiManusia dan alam sekelilingPerkembang diri IndividuReka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:KomunikasiKerohanian, sikap dan nilaiKemanusiaan,Perkembangan fizikal dan estetikaSains dan teknologiKetrampilan diri

Bahan kurikulum:Sukataan pelajaranBahan Kurikulum:Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:LinearReka bentuk kurikulum:Modular

Organisasi kurikulum:Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)Mata pelajaran Teras, Wajib danTambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)Mata pelajaran Teras, Wajib danTambahan

Organisasi kurikulum:Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)Mata pelajaraan Teras dan Elektif

ElemenMemahiran berfikir Secara Kritis dan KreatifElemenKreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.

Fokus:3M (Membaca, menulis dan mengira)Fokus:4M (Membaca, menulis dan menaakul)

3.5 ORGANISASI KURIKULUMKSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap IPada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras AsasModul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras TemaModul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.Modul ElektifModul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Organisasi Tahap IIPada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.

3.6 KURIKULUM BERASASKAN STANDARDKurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaranStandard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

4. ETIKA DALAM PROFESION PERGURUAN

4.1 Maksud Etika1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.4.2 Etika Kerja Kementerian Pelajaran MalaysiaEtika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-1. Niat yang betul2. Perlakuan yang baik3. Pengerak ke arah kebaikan4. Memperkotakan apa yang dikatakan5. Berdisiplin dan beradab6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi4.3 ISU DALAM ETIKA PROFESION KEGURUAN4.3.1 Isu Kesantunan Guru Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Tatacara berkomunikasi harus mengikut norma - norma budaya setempat. Perlakuan atau t/laku yg mampu menjalin hubungan yg baik antara satu sama lain dan menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dlm keadaan harmoni & mesra. Tatacara bertindak ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu ialah kesantunan bertindak.

4.3.2 Aspek Kesantunan Berbahasa;i. Maksud kata - kataii .Penggunaan Kata Ganti Nama diri dan sistem panggilan atau sapaaniii. Intonasi suaraiv. Tidak mencelahv. Strategi yang sesuai menyatakan maksudvi. Mengikut peraturan bahasa setempat

4.3.3 Ciri kesantunan guru:i. ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorbanii .bersyukur dan berterima kasihiii.berani, tegaas dan mampu membetulkan perkara- perkara keji daripada berlakuiv .menghargai dan menghormati pihak lainv. menggunakan kata - kata untuk perkara baikvi .peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri

4.4 IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA1. Mengurangkan produktiviti dan ekonomi Negara menyebabkan imej sesuatu sekolah tercalar.2. Hubungan guru dan murid serta guru dengan guru akan menjadi renggang kerana guru tersebut tidak akan dipercayai oleh orang lain.3. Masyarakat akan memandang serong pada profesion perguruan keseluruhannya.

4.5 USAHA UNTUK MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUANa) Menambah baik sistem pemilihan calon guru Memperketatkan syarat dan criteria pemilihan calon guru. Menetapkan 30% daripada calon cemerlang untuk pemilihan Memantapkan proses perlantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum.

b) Memantapkan latihan perguruan Telah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat. Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus dan latihan Memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D)

c) Memantapkan kerjaya guru Menambah baik laluan kerjaya guru supaya taraf hidup guru lebih baik. Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat d) Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, seperti kemudahan infrastruktur yang lebih baik. Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran

5. REFLEKSIi. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya dapat mengetahui konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dengan lebih mendalam dan mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh. Segala masalah yang dihadapi dapat saya hadapi dengan bantuan dan sokongan semua pihak.ii. Sebagai guru, kita berperanan penting untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.iii. Kejayaan transformasi sesebuah kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Ini untuk meningkatkan kualiti pendiidkan agar lebih relevan dengan cabaran pada masa kini dan abad ke 21.

6.RUJUKAN Modul DPLI jQAF PKT (mac 2013 )- Falsafah dan etika guru EDC 2102, IPGKTAA Panduan ilmu pendidikan komprehensif untuk KPLI (sekolah rendah), Ragbir Kaur Joginder Singh(phD), Kumpulan Budiman sdn.bhd http://educatestory.blogspot.com/2012/10/isu-isu-etika-guru.html http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=168%3Akurikulum-standard-sekolah-rendah-suatu-pengenalan&catid=101%3Aslideshow&lang=en

3