falsafah pendidikan kebangsaan merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah...

22
1.0 PENGENALAN Pertama-tama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd Mokhtar bin Sulaiman yang telah memberikan taklimat mengenai kerja kursus pendek ini. Kami diminta untuk menekankan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat mengenai objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan bantuan mereka, saya berupaya untuk mengolah isi-isi tersebut. Kami juga sering bertukar-tukar idea dan pendapat bagi menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, terima kasih juga kepada pihak pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh kerana telah bekerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Dengan bantuan daripada semua pihak, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Upload: athirah-radzi

Post on 27-Jul-2015

2.326 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

1.0 PENGENALAN

Pertama-tama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

pensyarah pembimbing iaitu En. Mohd Mokhtar bin Sulaiman yang telah memberikan

taklimat mengenai kerja kursus pendek ini. Kami diminta untuk menekankan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat mengenai

objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan bantuan mereka, saya berupaya

untuk mengolah isi-isi tersebut. Kami juga sering bertukar-tukar idea dan pendapat bagi

menambahkan pengetahuan yang sedia ada. Selain itu, terima kasih juga kepada pihak

pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh kerana telah

bekerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Dengan

bantuan daripada semua pihak, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus pendek ini.

Saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Page 2: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara demi

mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin dan

bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

   

Page 3: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

2.0 TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN

NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha

berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia. Motif kewujudan

Falsafah Pendidikn Kebangsaan adalah untuk menyeragamkan dan

menyelaraskan matlamat bidang pendidikan dalam mencapai misi dan visi yang

sama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan seharusnya dapat diterapkan dan di

guna pakai bukan hanya tertumpu dalam satu aspek atau bidang sahaja.

Malahan falsafah ini boleh di guna pakai oleh warga pendidik dalam menjalankan

proses Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) khususnya dan dalam Pendidikan

Jasmani secara amnya. Daripada apa yang kita boleh lihat, berdasarkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, secara tidak langsung dapat

memperkembangkan potensi individu. Perkembangan potensi individu ini

meliputi perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini terjadi

berdasarkan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang ingin

melahirkan individu yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. Keseimbangan ini meliputi aspek kognitif, efektif dan psikomotor.

Berdasarkan tiga aspek yang berikut, melalui Pendidikan Jasmani dapat

menjana perkembangan yang seimbang kepada individu. Seiring dengan itu,

individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan juga nilai-nilai murni

serta sahsiah yang mantap. Dengan itu, masalah wabak gejala sosial dapat

dibendung secara holistik jika misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di

manfaatkan sebagai panduan.

Selain itu, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan merupakan antara

intipati dan medium penting dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang diselaraskan dalam bidang pendidikan, pendidik

berupaya melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat

malaysia yang berketrampilan, rakyat malaysia yang berakhlak mulia, rakyat

malaysia yang bertanggungjawab dan rakyat malaysia yang berkeupayaan

Page 4: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

mencapai kesejahteraan diri. Di sini, kita dapat melihat bahawa berlakunya

perkembangan dari segi kognitif di mana individu mendapat input dan berupaya

mengeluarkan produk yang dapat di sumbangkan kepada masyarakat dan

negara. Tidak kurang dengan itu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu

menekankan tentang pembentukan sahsiah dan rohani dalam diri individu seiring

dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia yang kelima; Dato’ Haji Abdullah

Ahmad Badawi iaitu Pembangunan Modal Insan dalam diri individu. Hal ini

meliputi sumbangan rakyat malaysia yang dapat memberi input terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, Falsafah merangkumi perkembangan dari segi lima aspek iaitu

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan matlamat

pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Page 5: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

3.0 HUBUNG KAIT JERIS DALAM PENDIDIKAN

JASMANI

Hubung kaitan jasmani, emosi, rohani, Intelek dan sosial dapat dilihat daripada

tiga aspek utama iaitu kognitif, efektif dan psikomotor. Aspek kognitif ialah aspek yang

menekankan tentang pengetahuan seseorang individu. Seterusnya ialah aspek efektif

yang merupakan aspek yang mengukur seseorang dari segi nilai-nilai murni yang

diamalkan atau yang terdapat dalam diri individu. Dan akhir sekali ialah aspek

psikomotor. Psikomotor ialah perkembangan secara fizikal yang berlaku ke atas

seseorang individu tersebut.

3.1 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN

JASMANI DARI ASPEK PSIKOMOTORJasmani ialah sifat luaran atau fizikal diri manusia. Jasmani berkaitan dengan

anggota tubuh badan manusia. Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mental.

Fizikal pula penting untuk kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Hal ini

mempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran bagi seseorang individu tersebut.

Sejak lahir, individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi.

Semuanya masih terpendam. Pendidikan Jasmani memainkan peranan utama

memperkembangkan potensi individu ke tahap cemerlang Usaha itu perlu dirancang

dan dilaksanakan secara teratur dan bersungguh-sungguh. Dalam konteks jasmani,

aspek yang dapat dikembangkan ialah psikomotor di mana perkembangan secara

fizikal dapat di lihat dengan jelas. Secara umumnya, kita dapat lihat perkembangan

tersebut berlaku dalam tempoh masa yang tidak tetap mengikut setiap individu. Hal ini

Page 6: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

berlaku mengikut proses pembelajaran dan juga penerimaan seseorang individu

terhadap apa yang dipelajarinya.

Pendidikan Jasmani merupakan salah satu medium bagi mengembangkan

potensi seseorang individu. Secara spesifikasinya, proses pembelajaran Pendidikan

Jasmani mengguna pakai proses ansur maju ataupun cuba jaya di mana individu tidak

akan dipaksa untuk menerima proses pembelajaran tersebut secara drastik. Kita perlu

sedar tentang keupayaan sesorang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Jadi, konsep ansur maju yang diterapkan mampu memberi peluang dan ruang kepada

individu untuk menyesuaikan diri dengan setiap pembelajaran atau perkara yang baru

seterusnya membuka peluang kepada individu untuk mengenalpasti bakat yang mereka

ada. Mereka juga secara tidak langsung akan menjadi lebih aktif dan tidak mustahil

akan bergiat dalam bidang sukan setelah mereka dapat diberi peluang untuk meneroka

kebolehan yang mereka ada.

Oleh yang demikian, kaedah ansur maju yang diguna pakai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasi dalam perkembangan fizikal seseorang.

Hal ini terjadi kerana peningkatan potensi seseorang individu tersebut mempengaruhi

perkembangan fizikal mereka. Bermula dari seseorang yang tidak aktif kepada yang

aktif. Contohnya, bagi mereka yang mengambil acara berlari dalam jarak yang jauh.

Mereka akan mengaplikasikan kaedah ansur maju yang dipelajari semasa Proses

Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) Pendidikan Jasmani bagi meningkatkan kadar

ketahanan kardiovaskular. Mereka juga akan cuba untuk mengawal cara pemakanan

mereka bagi memastikan mereka mempunyai stamina yang tinggi. Di sini kita dapat

lihat, perkembangan psikomotor yang berlaku pada individu. Individu seperti akan

mempunyai daya tahan jasmani yang kuat dan juga jasmani yang sihat.

Page 7: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

3. 2 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN

EMOSI DARI ASPEK EFEKTIF

Emosi berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Emosi mempengaruhi tingkahlaku

seseorang individu. Individu perlu membentuk emosi yang stabil dan terkawal agar

tidak cenderung melakukan sesuatu di luar tabii manusia. Selain itu, kepintaran EQ

melahirkan kekuatan diri dan keteguhan peribadi serta membina hubungan yang

sejahtera dengan orang lain.

Dengan itu, manusia perlu memenuhi pelbagai keperluan kehidupan. Manusia

perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan nilai murni bagi memenuhi keperluan tersebut.

Oleh itu semua potensi perlu dikembang secara menyeluruh. Setiap potensi perlu

dihubungkaitkan dengan potensi yang lain supaya semuanya berkembang secara

tergabung dan saling berkaitan antara satu sama lain. Semua potensi dikembang

secara bersepadu di atas suatu paksi iaitu prinsip ketuhanan. Nilai kehidupan,

kemahiran, pengetahuan dan nilai murni tidak boleh bertentangan dengan prinsip

ketuhanan. Emosi boleh dikaitkan dengan aspek efektif ataupun nilai dalam kehidupan.

Pendidikan Jasmani juga memberi impak yang besar ke atas emosi individu.

Selain itu, Pendidikan Jasmani turut member nilai-nilai positf yang boleh kita gunakan

dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Melalui Pendidikan Jasmani,

sesorang individu itu dapat mengawal emosinya dengan baik. Pendidikan Jasmani yang

berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi kesepaduan dalam

mengimbangi perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Contohnya seperti perasaan marah. Marah merupakan salah satu sifat yang

sukar dikawal oleh kebanyakkan individu. Namun begitu, emosi kita dapat dikawal

dengan nilai yang ada dalam diri kita. Di sini kita dapat lihat bagaimana Pendidikan

Jasmani memberi kita laluan yang betul dalam menyalurkan perasaan. Nilai berdikari

dapat menguji kematangan seseorang dalam menguruskan emosi mereka. Pendidikan

Jasmani memberi mereka laluan sepenuhnya dalam melahirkan perasaan mereka

Page 8: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

secara sihat. Jadi, dengan berpaksikan pada nilai-nilai yang ada dalam diri mereka.

Mereka seharusnya mampu untuk mengawal dan menguruskan emosi secara betul di

jalan yang telah disediakan.

Berdasarkan kebanyakan pendapat, mereka akan mengatakan apabila

seseorang individu melibatkan diri dalam olahraga ataupun permainan, maka emosi

dapat disalurkan dengan baik. Rasionalnya adalah kerana individu akan memberi

sepenuh tumpuan dan fokus terhadap penglibatan mereka. Jadi, hal ini sedikit

sebanyak telah mengalihkan tumpuan mereka terhadap masalah dan juga ketegangan

yang dihadapi. Dari satu aspek yang lain pula, emosi juga memainkan peranan dalam

menggerakkan kekuatan seseorang.

Contohnya ketika melakukan aktiviti di padang seperti melontar peluru. Inidividu

bpleh mengambil kesempatan ini untuk melontar kemarahan ataupun kesedihanya

bersma-sama peluru tersebut. Lakukan sehabis baik dan selepas itu, emosi kita akan

mampu dikawal dengan nilai-nilai positif yang ada dalam diri kita. Seperti yang kita

sedia tahu, emosi tidak sepatutnya dipendam secara berterusan kerana akan

menyakitkan diri sendiri. Jadi, melalui Pendidikan Jasmani dan di bantu dengan nilai

positif berupaya untuk mengawal emosi seseorang individu.

Jika dilihat dari sudut yang positif, Pendidikan Jasmani mampu untuk

menggerakkan seseorang individu untuk lebih fokus dengan matlamat yang ingin

dicapai disamping mengawal emosi mereka seiring dengan usaha yang berterusan.

Page 9: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

3.3 KAITAN PENDIDIKAN JASMANI DENGAN

ROHANI DARI ASPEK EFEKTIFBerkaitan dengan jiwa dan kalbu. Hubungan yang erat dengan unsur ketuhanan

dan Pencipta. Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Keteguhan

rohani melahirkan kemurnian akhlak dan keinsafan kepada Pencipta. Rohani juga

melibatkan nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan yang memberi pengaruh yang

besar ke atas individu. Rohani boleh dilihat dari sudut efektif.

Antara nilai yang mempengaruhi seseorang individu ialah disiplin. Disiplin

merupakan salah satu aspek penting yang harus dititikberatkan. Malalui disiplin,

seseorang individu dapat dibentuk danseterusnya melahirkan individu yang mempunyai

sahsiah dan nilai diri yang tinggi. Menyedari hal itu, maka Pendidikan Jasmani menjadi

salah satu subjek yang dikekalkan dari sekolah rendah hingga sekolah menengah baik

Sekolah Harian Biasa ataupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pendidikan Jasmani melatih seseorang individu untuk menjadi lebih berdisiplin.

Bermulanya dari pergerakan yang asas sehinggalah ke pergerakan yang rumit, disiplin

amat diperlukan untuk mengelakkan berlakunya kecedaraan yang ringan mahupun

kecederaan yang serius. Disiplin semasa Pendidikan Jasmani bermulanya dari semasa

melakukan aktiviti memanaskan badan sehinggalah bermulanya permainan dan di

akhiri dengan cooling down. Rasionalnya di sini adalah untuk memastikan individu tidak

mengalami kecederaan di samping melatih individu itu untuk mematuhi arahan yang

diberi. Di sini, dapat menerapkan nilai disiplin dalam diri individu.

Selain itu, di dalam Pendidikan Jasmani terdapat pelbagai peraturan dan

undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum memulakan permainan. Hal ini kerana,

setiap permainan mempunyai peraturan dan undang-undangnya yang tersendiri.

Contohnya setiap kali sebelum bermulanya permainan, setiap pemain akan diperiksa

untuk memastikan keselamatan pemain lain. Pemain tidak dibenarkan untuk membawa

senjata tajam ataupun mengambil benda yang mengkhayalkan. Disini kita dapat lihat

bagaimana dalam Pendidikan Jasmani secara khususnya melatih individu untuk

Page 10: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

mengenalpasti peraturan dan undang-undang yang ada seterusnya melatih individu

teersebut untuk mematuhinya.

Selain itu, inidividu secara tidak langsung akan mempunyai nilai hormat yang

tinggi. Tanpa kita sedari, Pendidikan Jasmani mengajar seseorang individu untuk lebih

menghormati orang lain. Bagaimana yang dikatakan demikian? Nilai hormat wujud

dalam diri apabila individu terlibat dalam permainan berpasukan. Melalui pemerhatian

secara rawak, seseorang individu akan menghormati ketua pasukan mereka. Walaupun

mereka tidak berpuas hati dengan ketua pasukan mereka, mereka tetap menghormati

ketua pasukan mereka kerana mereka menyedari hakikat bahawa ketua pasukan

merupakan tonggak bagi sesebuah pasukan disamping memikul tanggungjawab yang

berat. Ketua pasukan dipilih atas pilihan mereka sendiri. Jadi, secara tidak langsung

mereka juga memiliki nilai tanggungjawab iaitu bertanggungjawab atas pilihan sendiri

seterusnya menghormati keputusan tersebut dan menghormati juga ketua pasukan

mereka.

Selain itu, nilai hormat juga wujud apabila mereka menyedari bahawa mereka

memerlukan antara satu sama lain untuk berjaya. Jadi, hormat menghormati

seharusnya menjadi amalan dalam pasukan mereka. Nilai tersebut secara tidak

langsung akan menjadi sebahagian dari kehidupan mereka dan menjadi stu budaya

bagi mereka. Oleh yang demikian, matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dapat dicapai.

Page 11: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

3.4 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN

INTELEK DARI ASPEK KOGNITIFIntelek berkaitan dengan akal dan daya berfikir. Intelek merupakan unsur penting

dalam perkembangan ilmu pengetahuan . Manusia berintelek ialah manusia yang

bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu menghurai, mencerakin,

menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Intelek boleh dikaitkan

dengan aspek kognitif iaitu pengetahuan seseorang individu.

Pendidikan Jasmani memberi peluang individu untuk menambahkan

pengetahuan dari pelbagai sudut dan aspek. Melalui Pendidikan Jasmani, individu

bukan saja dapat menimba pengetahuan mengenai sukan dan permainan, tetapi boleh

menambahkan pengetahuan dalam bidang anatomi, fisiologi, kemahiran

mengendalikan kecederaan, tentang nilai-nilai kehidupan dan banyak lagi. Jadi, individu

dapat memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan tambahan melalui Pendidikan

Jasmani.

Contohnya, apabila seseorang mempelajari jenis-jenis permainan, mereka juga

akan turut mempelajari bagaimana untuk melakukan ansur maju, cara untuk

mengelakkan kecederaan, anggota badan yang terlibat dan cara pemakanan yang

betul. Kita dapat lihat bagaimana perkara-perkara ini mempunyai hubung kait antara

satu sama lain. Jadi, Pendidikan Jasmani tidak terhad kepada pengetahuan mengenai

sukan dan permainan semata-mata.

Selain itu, individu dapat juga menambahkan pengetahuan tentang bagaimana

untuk mengendalikan serta menguruskan sesuatu pertandingan atau kejohanan

olahraga. Setelah itu, mereka boleh mengaplikasinya dalam kehidupan. Sebagai

contoh, bagaimana untuk mengendalikan program motivasi ataupun program-program

lain berpaksikan terhadap pengetahuan tentang menguruskan kejohanan tadi. Oleh

yang demikian, individu dapat menambah pengaetahuan dalam pelbagai aspek.

Antara persediaan awal yang perlu indivdu perlu lakukan sebelum menganjurkan

kejohanan olahraga ialah mereka perlu membuat draf ataupun kertas kerja mengenai

Page 12: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

kejohanan yang ingin dianjurkan. Dalam perancangan kejohanan, individu perlu

memebentuk jawatankuasa dan membahagi-bahagikan tugas mengikut tanggungjawab

masing-masing. Perancangan ini diikuti dengan pengendalian mesyuarat perancangan.

Di sini, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mengurus dapat diterapkan. Secara

teknikalnya pula, individu itu akan turut terlibat dalam pengurusan di padang. Individu

secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai

peraturan dan undang-undang di padang. Dalam Pendidikan Jasmani, kemahiran

seperti ini di ajar secara langsung ataupun secara tidak langsung. Individu secara tidak

langsung akan turut terlibat bagi memantapkan lagi pengetahuan yang sedia ada.

Individu dapat menambahkan pengetahuan mengenai pengurusan kejohanan.

Oleh yang demkian, intelek dari aspek kognitif dapat dilihat menerusi Pendidikan

Jasmani. Pendidikan Jasmani mampu mengembangkan lagi pengetahuan dalam

kalangan individu.

Page 13: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

3.5 PENDIDIKAN JASMANI DENGAN

SOSIAL DARI ASPEK EFEKTIFSosial merupakan salah satu aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sosial ialah cara pembawakan individu dalam masyarakat dan

bagaimana seseorang individu bergaul dengan masyarakat yang pelbagai budaya dan

kebolehan. Sosial seseorang boleh dinilai dari aspek efektif atau nilai hidup. Di mana

cara pembawakan diri mereka menunjukkan nilai yang diamalkan dalam kehidupan

seharian mereka dan juga mencerminkan siapa mereka.

Pendidikan Jasmani membentuk seseorang individu itu untuk mempunyai

keyakinan diri yang tinggi. Di sini, individu berupaya untuk menyatakan pendapat

mereka secara yakin dengan fakta yang mereka ada. Dengan itu, mereka tidak akan

berasa rendah diri dengan diri mereka sendiri seterusnya membataskan pergaulan

mereka sedangkan pelbagai input luar yang mereka seharusnya ketahui. Ada falsafah

yang mengatakan bahawa kita tidak punyai cukup waktu untuk belajar dari pengalaman

sendiri, jadi kita harus menimbanya dari orang lain.

Ilmu tidak semestinya diperolehi dari pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tetapi juga dari pengalaman orang lain. Jika perasaan rendah diri menguasai diri, mana

mungkin seseorang individu itu mampu menerima ilmu dengan hanya berpandukan apa

yang di baca. Oleh yang demikian, pembentukan keyakinan individu melalui Pendidikan

Jasmani dan penglibatan mereka semasa aktiviti di laksanakan mampu memberi

motivasi pada mereka untuk lebih yakin dan berani menyatakan pendirian mereka.

Mereka tidak lagi digelarkan sebagai ‘katak di bawah tempurung’.

Menerusi Pendidikan Jasmani juga, sosial individu dapat dibentuk agar cara

pembawakan individu dalam masyarakat disenangi dan memahami kehendak individu

yang lain. Hal ini berkaitan dengan nilai kesefahaman yang wujud dalam diri individu

terhadap individu yang lain. Apa yang dikatakan sebagai nilai kesefahaman ialah

apabila seseorang individu itu tidak memandang rendah terhadap ketidakupayaan

individu yang lain malahan menerimanya dengan sikap yang terbuka. Seperti yang kita

tahu, menusia diciptakan tidak sempurna.

Page 14: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

Jadi, melalui Pendidikan Jasmani berupaya untuk membentuk seorang individu

yang mampu bertolak ansur dengan individu yang lain di mana tidak hanya bergaul

dengan individu yang hanya sama taraf. Apa yang diterapkan dalam Pendidikan

Jasmani ialah bagaimana seorang individu yang handal akan membantu individu yang

lemah. Begitu juga semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP), tiada amalan

pilih kasih yang berlaku. Setiap individu akan melakukan perkara yang sama. Sebagai

buktinya, proses ansur maju menjadi keutamaan dalam Pendidikan Jasmani. Jadi,

kebolehan dan potensi individu akan dikembangkan secara selari mengikut

kemampuan masning-masing. Oleh yang demikian, individu yang mahir dan handal

akan bersama-sama untuk mencapai matlamat proses pembelajaran itu tadi. Maka,

amalan diskriminasi merupakan amalan yang hampir tidak wujud dalam Pendidikan

Jasmani seterusnya dapat membentuk sosial individu yang seimbang.

Page 15: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani mencapai objektif dan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Tanpa disedari, melalui Pendidikan Jasmani, pelbagai

budaya belajar dan juga nilai yang telah diterapkan dalam diri seseorang individu. Hal

ini berlaku secara tidak langsung dan berupaya melatih individu untuk memantapkan

lagi nilai yang ada dalam diri individu. Hal ini kerana, nilai yang terdapat dalam diri

seseorang perlu dirangsang secara langsung ataupun tidak langsung agar potensi atau

keupayaannya untuk menjadi lebih baik tidaj terbantut. Persekitaran yang terdapat di

sekitar individu mempunyai pengaruh yang kuat. Jika seseorang individu itu minat untuk

bermain, Pendidikan Jasmani memberi ruang itu dan seterusnya telah memberi satu

input dalam diri individu untuk berfikir secara rasional terhadap apa yang dilakukan. Ini

kerana Pendidikan Jasmani bukan hanya sekadar bermain dengan tulang empat kerat,

tetapi masih menggunakan pengetahuan dan juga teknik-teknik untuk bermain

disertakan dengan cara untulk mengawal emosi ketika sdang bermain. Jelaslah di sini,

bahawa Pendidikan Jasmnai membentuk seterusnya melahirkan individu yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Dari setiap satu unsur, terdapat beberapa aspek yang dapat dihuraikan dalam

kelangsungan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) dalam subjek Pendidikan

Jasmani. Setiap satu unsur yang terdapat Falsafah Pendidikan Jasmani merupakan

satu komponen yang lengkap bagi seseorang individu serta berpaksikan kepada Rukun

Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, maka lahirlah individu yang

mempunyai modal insan seperti yang sering di uar-uarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia yang ke-lima; Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Oleh yang demikian,

Pendidikan Jasmani telah mencapai motif dan agenda utama Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Page 16: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN merupakan suatu usaha berterusan yang dipraktikkan di setiap sekolah di Malaysia

BIBLIOGRAFI

Pengenalan Pendidikan Jasmani, September 2006, Norazhan Che Lan, Meteor

Doc Snd. Bhd.

BUKU RUJUKAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM) -HBPE1130

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI.

Penulis: Shaifol Bahary Sulaiman dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan

Norazhan Che Lan & Hasnul Faizal Hushin Amri dari Universiti Teknologi Mara,

Perlis.

http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html

http://www.uni.edu/walsh/linda7.html

http://www.sdc.uwo.ca/learning

http://www.coun.univac.ca/learn

http://www.isd77.k12.mn.us/resources