buku peraturan sekolah | p a g e falsafah pendidikan kebangsaan pendidikan di malaysia adalah satu...
TRANSCRIPT
SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ
18
BUKU PERATURAN
SEKOLAH Panduan & Peraturan Disiplin Sekolah HAL EHWAL MURID
2 | P a g e
PENDAHULUAN
Buku Peraturan Sekolah ini disediakan kepada semua pelajar Sekolah Rendah
Imtiyaz, Ipoh sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada
peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di
sekolah.
Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini termasuklah apa-
apa panduan dan peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah.
Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang bersifat am atau khusus yang dikeluarkan
oleh sekolah atau mana-mana pihak berkuasa dari semasa ke semasa adalah terpakai
kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.
3 | P a g e
RUKUN NEGARA
Maka Kami, Rakyat Malaysia
Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut :
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan,
Raja Kita
Selamat Bertakhta,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta
4 | P a g e
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH IMTIYAZ
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan yang
seimbang di segi Aqal , Rohani , emosi dan jasmani serta mempunyai jati diri yang
utuh untuk berbakti kepada agama , bangsa , negara dan dunia sebagaimana yang
dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang
,bersepadu menyeluruh dan berterusan
VISI
Untuk menjadikan Sekolah Rendah Imtiyaz sebagai sebuah Institusi Pendidikan
Islam yang memimpin dan paling berjaya di negeri Perak.
MISI
Melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak
Membentuk pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi
Mewujudkan keseimbangan pelajar dari aspek rohani jasmani dan intelektual
Membina dan menambah minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu
cara meningkatkan ketaqwaan.
MOTTO SEKOLAH
“ Bersama Melahirkan Generasi Harapan Ummah”
5 | P a g e
IKRAR PELAJAR
BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Imtiyaz berikrar akan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang
masa.
Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua
daripada kami.
Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga,
bangsa, agama dan negara.
MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH
● Melahirkan insan kamil selaras dengan konsep “Insan Sebagai Hamba dan
Khalifah Allah”.
● Melahirkan insan yang berpendidikan, berakhlak mulia dan berdisiplin.
● Melahirkan insan yang berwibawa dalam kepimpinan.
● Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi semua pelajar, guru dan
kakitangan.
● Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan bersih.
7 | P a g e
GARIS PANDUAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH
UNTUK PELAJAR
1. KEHADIRAN
1.1. Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah diwajibkan.
1.2. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis : 7.30 pagi – 2.00 petang
Jumaat : 7.30 pagi – 12.15 tengahari
1.3. Pelajar yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada
pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk
ke kelas.
1.4. Pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh
dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin.
1.5. Setiap pelajar adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai
apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.6. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan
biasa dan wajib dihadiri oleh pelajar.
2. KETIDAKHADIRAN
2.1. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih hendaklah
menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada doktor / ibu bapa /
penjaga / warden.
2.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan doktor /
ibu bapa / penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh diambil
tindakan.
2.3. Tindakan terhadap kes ponteng:
SURAT
HARI TIDAK HADIR
BERTURUT-TURUT
HARI TIDAK HADIR
BUKAN BERTURUT-TURUT
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas AmaranTerakhir
8 | P a g e
2.4. Seterusnya mana-mana pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit selama
15 hari berturut-turut tanpa mendapat apa-apa keterangan sah secara bersurat
daripada penjaga, pelajar berkenaan boleh digantung sekolah.
2.5. Pelajar dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan
kebenaran.
2.6. Pelajar dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
3. PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
3.1. Pakaian Pelajar Lelak (Lihat gambar 1A)
3.1.1. Seluar panjang warna biru gelap.
3.1.2. Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan
memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell
bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh
sehingga menyapu lantai.
3.1.3. Baju kemeja sekolah bewarna biru, berlengan pendek, berpoket satu
sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu ketat. Baju
dimasukkan ke dalam seluar.
3.1.4. Lencana sekolah dilekatkan pada poket baju sebelah kiri dada
3.1.5. Tanda nama dilekatkan pada posisi atas poket baju sebelah kiri dada.
3.1.6. Kopiah hitam berlogo sekolah sahaja.
3.1.7. Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
9 | P a g e
3.2. Pakaian Pelajar Perempuan (Lihat gambar 1B)
3.2.1. Baju kurung sekolah bewarna biru, berlengan panjang. Tidak berfesyen
besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang dan licin.
3.2.2. Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
3.2.3. Tudung labuh berparas siku berwarna biru dan anak tudung berwarna
putih atau hitam”.
3.2.4. Lencana sekolah dilekatkan pada tudung sebelah kiri dada.
3.2.5. Tanda nama dilekatkan di atas posisi lencana sekolah.
3.2.6. Kasut hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
Pelajar dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
Gambar 1A Gambar 1B
10 | P a g e
3.3. Pakaian Pengawas (Lihat gambar 2A dan 2B)
3.3.1. Pengawas lelaki. Baju berwarna unngu cerah. Seluar, kasut dan stoking
berwarna hitam serta bersongkok. Yang lain sama seperti pakaian pelajar
lelaki.
3.3.2. Pengawas perempuan. Baju dan tudung berwarna unngu cerah. Kain
sarung, kasut dan stoking berwarna hitam. Yang lain sama seperti
pakaian pelajar lelaki
Gambar 2A Gambar 2B
11 | P a g e
3.4. Pakaian Pengawas Pusat Sumber (Lihat gambar 3A dan 3B)
3.4.1. Pengawas lelaki. Baju berwarna kuning cerah. Seluar berwarna koko.
Kasut dan stoking berwarna hitam serta bersongkok. Yang lain sama
seperti pakaian pelajar lelaki.
3.4.2. Pengawas perempuan. Baju dan tudung berwarna kuning cerah. Kain
sarungberwarna koko. Kasut dan stoking berwarna hitam. Yang lain sama
seperti pakaian pelajar lelaki
Gambar 3A Gambar 3B
12 | P a g e
3.5. Pakaian Pendidikan Jasmani(Lihat gambar 4A dan 4B)
T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan. Seluar
trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap.
Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan
jasmani
.
3.6. Pakaian Aktiviti Luar Darjah / Ko-Kurikulum / Kelas Tambahan:
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas
tambahan. Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk
kegiatan ko-kurikulum.
Gambar 4B Gambar 4A
13 | P a g e
3.7. Tatacara Pemakaian Tanda Nama Dan Logo Sekolah
Pelajar Lelaki
1.
2.
1.
2.
Pelajar Perempuan
3.6.1 Pelajar Lelaki
1. Tanda nama hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian atas daripada
poket baju.
2. Lencana sekolah hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian poket
baju.
3.6.2 Pelajar Perempuan
1. Tanda nama hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian atas tudung,
paras dada.
2. Lencana sekolah hendaklah dijahit atau dilekatkan di bahagian bawah
tanda nama.
14 | P a g e
4. KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
4.1. Pelajar lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa
pendek iaitu :
4.1.1. Di belakang : Rambut mesti jatuh tidak melebihi paras bawah dua
cuping telinga, tidak mengenai kolar baju dan mesti nipis
keseluruhannya serta kemas.
4.1.2. Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi.
4.1.3. Di bahagian tepi : Rambut tidak menutupi telinga dan “sideburn”
hendaklah nipis dan tidak melebihi garisan tengah muka.
4.1.4. Di atas : Rambut tidak melebihi 3 inci
4.2. Pelajar diharamkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen tertentu.
4.3. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama
sekali.
4.4. Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
4.5. Pelajar diharamkan memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai
leher dan rantai kaki.
4.6. Pelajar tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass) atau kacamata berbentuk
luar biasa.
4.7. Pelajar yang memakai cermin mata kerana kerosakan mata, dibenarkan memakai
cermin mata berkanta jenis photo sun atau photo grey.
4.8. Pelajar dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-
warni, pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
4.9. Setiap pelajar dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi
peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada di
kawasan sekolah.
5. PERHIMPUNAN
5.1. Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin di hadapan bangunan pejabat
dan kehadiran adalah diwajibkan.
5.2. Perhimpunan harian akan diadakan dihadapan bangunan kelas setiap pagi.
5.3. Semua pelajar dimestikan berada di tempat perhimpunan 15 minit sebelum
perhimpunan bermula.
5.4. Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman
perhimpunan. Pelajar hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.
5.5. Pelajar hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada pengumuman dan ucapan
yang disampaikan oleh guru atau pengawas. Semua pelajar dilarang berbual-bual
antara satu sama lain.
5.6. Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah
15 | P a g e
mengikut barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan
sebagainya akan dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.
5.7. Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan
tanpa makluman akan diambil tindakan.
6. KAWASAN SEKOLAH
6.1. Kawasan Sekolah
6.1.1. Pelajar adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.
6.1.2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang
waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar
yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.
6.1.3. Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali mendapat kebenaran
guru.
6.1.4. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar
dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar,
pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan
kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas
lain yang tidak penting.
6.1.5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
6.1.6. Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru kelas.
6.1.7. Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar
berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas dengan
mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti diserahkan kepada
guru bertugas mingguan.
6.1.8. Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Guru
Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi borang Daftar
Keluar Murid.
6.2. Kelas
6.2.1. Pelajar di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan
harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang
kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada disengajakan atau tidak,
pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab.
6.2.2. Para pelajar di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang
16 | P a g e
kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu,
kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan ceria.
6.2.3. Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan
pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman
bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada
waktu tersebut.
6.2.4. Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau
penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan
seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan
diwajibkan memakai pas/bip/tag kebenaran keluar kelas.
6.2.5. Setiap pelajar hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau keluar
dalam masa guru berada di dalam kelas dan ketua kelas ketika guru tidak
ada.
6.2.6. Pelajar dari kelas lain yang ada urusan di sesuatu kelas, hendaklah juga
mematuhi peraturan “6.2.7”
6.2.7. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa rehat.
6.2.8. Pelajar bertanggungjwab memastikan kelas berada dalam keadaan bersih
dan selesa.
6.3. Pusat sumber/ Makmal/ Surau/ Bengkel/ Perputakaan/ Bilik Komputer
6.3.1. Para pelajar hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika
ke makmal, bengkel dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-
mana ketika dalam perjalanan itu. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik
tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
6.3.2. Pelajar adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah
di dalam pusat sumber/ makmal/ surau/ bengkel/ perpustakaan/ bilik
komputer. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar samada
disengajakan atau tidak, pelajar kelas berkenaan wajib bertaggungjawab.
6.4. Tandas
6.4.1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar untuk menjaga kebersihan
tandas sekolah sepanjang masa.
6.4.2. Pelajar yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di
tandas kecuali pada waktu rehat.
6.4.3. Pelajar wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas digunakan.
6.4.4. Pelajar yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas akan dikenakan
tindakan disiplin.
17 | P a g e
6.5. Kantin
6.5.1. Pelajar dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu rehat
sahaja.
6.5.2. Pelajar wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih
sebelum dan selepas digunakan.
6.5.3. Pelajar diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin.
6.5.4. Pelajar yang ingkar dalam mengikuti peraturan dan tidak menjaga
kebersihan sekitar kawasan kantin akan dikenakan tindakan disiplin.
6.5.5. Peraturan kantin :
1. Beratur semasa membeli makanan.
2. Jangan berebut ketika membeli makanan.
3. Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli
makanan.
4. Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang disediakan.
5. Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
6. Membaca doa sebelum dan selepas makan secara berjamaah.
7. Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran.
8. Letakkan bekas makanan dan minuman di besen yang
disediakan.
9. Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah.
10. Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di kantin.
11. Jimatkan air.
12. Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu rehat dan pulang
sahaja.
7. BUDI PEKERTI DI DALAM KELAS
7.1. Pelajar mesti berada di kelas masing-masing sepanjang waktu persekolahan dan
tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.
7.2. Pelajar-pelajar tidak boleh membuat bising. Suasana tenang dan senyap hendaklah
diwujudkan sepanjang masa.
7.3. Setiap pelajar hendaklah memberi sepenuh perhatian kepada guru apabila guru
sedang mengajar. Arahan guru wajib dipatuhi.
7.4. Pada masa pertukaran waktu, pelajar tidak boleh meninggalkan tempat masing-
masing sementara menanti ketibaan guru.
7.5. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa waktu belajar atas
alasan menemui guru. Pertemuan seumpama itu boleh dibuat dalam waktu rehat
atau di luar waktu pelajaran atau dipanggil oleh guru untuk sesuatu perkara yang
perlu diselesaikan segera.
18 | P a g e
7.6. Pelajar-pelajar tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan
pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.
7.7. Pelajar-pelajar dikehendaki bangun “memberi hormat”apabila pelawat, pengetua
atau guru-guru masuk atau keluar kelas.
7.8. Apabila Guru Besar atau guru masuk, pelajar-pelajar hendaklah berdiri dan
memberi salam.
8. YURAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
8.1. Setiap pelajar wajib menjelaskan semua yuran bulanan yang telah ditetapkan oleh
sekolah dalam tempoh yang ditentukan iaitu bermula dari 1 – 5 hari bulan setiap
bulan.
8.2. Surat amaran akan dikeluarkan sekiranya pelajar tidak membayar yuran dalam
tempoh seperti yang dinyatakan di atas.
8.3. Pelajar yang tidak membayar yuran melebihi 3 bulan akan digantung sekolah.
8.4. Harta benda sekolah ialah kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda sekolah
dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, pelajar/kumpulan terlibat akan
dikenakan hukuman yang setimpal dan menggantinya/membayar harga barang
tersebut.
9. BUKU TEKS
9.1. Buku Teks Kementerian
9.1.1. Buku teks adalah pinjaman daripada pihak sekolah.
9.1.2. Menjadi tanggungjawab pelajar menjaga kebersihan dan keselamatan
buku tersebut.
9.1.3. Pelajar diwajibkan menyampul/membalut buku tersebut.
9.1.4. Pelajar dilarang menconteng/mengotorkan buku itu. Dilarang merosakkan
seperti menggunting gambar atau menekap dari buku.
9.1.5. Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam bilik darjah apabila habis
masa sekolah.
9.1.6. Jika peraturan itu dilanggar, pihak sekolah berhak merampas atau
meminta ganti dengan buku juga atau harga buku tersebut.
9.1.7. Pelajar hendaklah memulangkan semula buku pinjaman pada akhir tahun
seperti yang diarahkan oleh sekolah.
9.1.8. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah akan diambil tindakan.
19 | P a g e
9.2. Buku Teks KAFA
9.2.1. Buku teks KAFA adalah hak kepunyaan pelajar.
9.2.2. Pelajar bertanggungjawab memastikan buku sentiasa dalam keadaan baik
dan selamat.
9.2.3. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku tersebut di merata tempat.
9.2.4. Pelajar yang gagal menjaga buku teks akan dikenakan tindakan oleh
pihak sekolah.
10. SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
10.1. Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Kelas , Pengawas atau Guru Bertugas.
10.2. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
10.3. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan.
10.4. Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah.
10.5. Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital jika
mendapati pelajar sakit kuat dengan mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah dan Ibu bapa.
11. KAWASAN YANG DILARANG
11.1. Tempat letak kenderaan guru
11.2. Kawasan tangki septic
11.3. Bilik Guru
11.4. Bilik Peperiksaan
11.5. Kawasan Tangki Air
11.6. Kawasan-kawasan bertanda “Kawasan Larangan”
20 | P a g e
12. KEBERSIHAN
12.1. BANGUNAN
12.1.1. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menulis, melukis, menggaris,
menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan seperti
dinding, tiang, pintu dan sebagainya kecuali dengan kebenaran.
12.1.2. Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.
12.1.3. Jangan meludah atau membuang kahak merata-rata.
12.1.4. Kebersihan bangunan dan kawasan sekolah adalah tanggungjawab
bersama.
12.1.5. Pelajar-pelajar hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah
yang disediakan.
12.2. Tong Sampah
12.2.1. Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
12.2.2. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang
sampah sahaja.
12.3. Kantin
12.3.1. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar membeli makanan/minuman dalam masa
belajar atau masa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran.
12.3.2. Ditegah berebut-rebut dan membuat bising di kantin/koperasi ketika
membeli makanan dan minuman.
12.3.3. Jangan tinggalkan bekas-bekas makanan atau minuman di atas meja atau
lantai kantin. Letakkan di dalam bekas yang disediakan. Hindarkan
daripada menumpahkan makanan dan minuman.
12.3.4. Bersopan ketika makan dan minum iaitu hendaklah duduk dan tidak
makan atau minum sambil berjalan.
12.3.5. Buang pembungkus makanan/minuman ke dalam tong sampah yang
disediakan.
12.4. Bilik Darjah
12.4.1. Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur.
12.4.2. Papan putih, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.
12.4.3. Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan
memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan
koridor.
12.4.4. Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar ganti rugi.
21 | P a g e
12.4.5. Setiap kelas dibekalkan 2 batang penyapu, 1 penyodok dan 1 tong
sampah.
12.5. Tandas
12.5.1. Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
12.5.2. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
12.5.3. Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
13. KESELAMATAN
13.1. Di dalam dan di luar kelas
13.1.1. Pelajar perlu memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan yang
selamat.
13.1.2. Elakan diri dari mengunjungi tempat yang dilarang.
13.1.3. Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan guru.
13.1.4. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-
mana tempat.
13.2. Waktu Solat
13.2.1. Pelajar diwajibkan berada di surau pada waktu solat.
13.2.2. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau pada waktu tersebut tetapi perlu
segera ke surau.
13.2.3. Pelajar mestilah bergerak kesurau dalam keadaan yang teratur.
13.3. Waktu balik
13.3.1. Lima minit sebelum masa terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi
meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas.
13.3.2. Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan hadapan pejabat dan surau
sahaja sambil menunggu ibu bapa sampai.
13.3.3. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan bangunan kelas atau luar
daripada pagar sekolah.
13.3.4. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.
13.3.5. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
22 | P a g e
14. PELAWAT
14.1. Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu
rehat dengan keizinan guru.
14.2. Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan
berjumpa dengan anak mereka kecuali setelah mendapat kebenaran dari
pihak sekolah terlebih dahulu.
14.3. Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.
14.4. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan
pelajar jika tiada sebab yang munasabah.
15. KETUA MURID DAN PENGAWAS
15.1. Lantikan Pengawas
15.1.1. Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru
Besar.
15.1.2. Guru Besar boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas
sekiranya perlu dengan sebab-sebab yang munasabah.
15.2. Sifat-sifat Kelayakan:
15.2.1. Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah
mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam
kegiatan sekolah.
15.2.2. Lain-lain kelayakan :
15.2.2.1.1. Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
15.2.2.1.2. Berwibawa dan bekerjasama
15.2.2.1.3. Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
15.2.2.1.4. Jujur dan berakal
15.2.2.1.5. Menepati masa
15.3. Tugas-tugas pengawas:
15.3.1. Membantu Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana
yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap
masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
15.3.2. Membantu mengawasi semua harta benda sekolah supaya tidak
dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga
kebersihan kelas dan sekolah.
15.3.3. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua
23 | P a g e
pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-
pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi
amaran.
15.3.4. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas
tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh
berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar.
Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua
amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru
Disiplin atau Penolong Kanan HEM.
16. WAKTU SOLAT
16.1. Waktu Solat Zohor adalah pada jam 1.30 petang.
16.2. Pelajar wajib berada disurau pada waktu tersebut untuk mengikuti solat
zohor secara berjamaah.
17. WAKTU REHAT
17.1. Waktu rehat tahap 1 adalah pada pukul 9.10 – 9.40 pagi.
17.2. Waktu rehat tahap 2 adalah pada pukul 9.40 – 10.10 pagi.
18. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN]
18.1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar
kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling
dekat) dan terus berkumpul di kawasan lapang.
18.2. Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau
berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.
18.3. Di tempat berkumpul itu, guru-guru darjah hendaklah berada bersama
barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan
pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.
18.4. Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru
Besar bilangan murid yang didapati hilang.
18.5. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk
mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
18.6. Pelajar yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat dibunyikan
hendaklah bergerak terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Pelajar tersebut dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan
berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.
24 | P a g e
19. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
19.1. Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua
harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :
19.1.1. Tidak menconteng dan mengukir kerusi dan meja.
19.1.2. Tidak mengotorkan atau melukis pada dinding bangunan sekolah.
19.1.3. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan
baik
19.1.4. Tandas hendaklah diguna dengan betul
19.1.5. Tidak memecahkan cermin tingkap
19.1.6. Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak
membazir
19.1.7. Alatan pendidikan / permainan hendaklah dikendalikan dan dijaga
dengan baik.
20. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)
20.1. Pelajar–pelajar digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.
20.2. Pelajar–pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan
luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
20.3. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru
Besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil
bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar,
persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan
pendidikan.
20.4. Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang
pertubuhan haram atau kongsi gelap.
25 | P a g e
21. KESALAHAN DAN TINDAKAN DISPLIN
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. *Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling
2. **Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan ( maksima 3 kali rotan)
3. ***Kesalahan Berat Rotan di Punggung dengan dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan ( maksima 3 kali rotan)
21.1. *Kesalahan Ringan
21.1.1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
21.1.2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai
kumpulan tertentu.
21.1.3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
21.1.4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah
dari sekolah tanpa kebenaran.
21.1.5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
ketika itu.
21.1.6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P)
tanpa kebenaran.
21.1.7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan
sekolah tanpa kebenaran.
21.1.8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.
21.1.9. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
21.1.10. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
21.1.11. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
21.1.12. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian
sekolah dengan kemas.
21.1.13. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak
membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian
dan lain-lain).
21.1.14. Lewat ke sekolah.
21.1.15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/kelas.
21.1.16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
21.1.17. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
26 | P a g e
21.1.18. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
21.1.19. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
21.1.20. Mengganggu kawan.
21.1.21. Mengganggu guru.
21.1.22. Lewat masuk kelas.
21.1.23. Mengotorkan kelas.
21.1.24. Tidak duduk setempat.
21.1.25. Berada dalam kawasan larangan.
21.1.26. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P)
tanpa kebenaran.
21.1.27. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
21.1.28. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
21.1.29. Membuang sampah merata-rata.
21.1.30. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
21.1.31. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa
kebenaran.
21.1.32. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
kebenaran pihak sekolah.
21.1.33. Memakai cermin mata berfesyen.
21.1.34. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah.
21.1.35. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
21.1.36. Membawa telefon bimbit dan MP3.
21.2. **Kesalahan Sederhana
21.2.1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
21.2.2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
21.2.3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
21.2.4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /
peperiksaan.
21.2.5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
21.2.6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.
21.2.7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau
bewarna.
21.2.8. Menconteng pada harta benda sekolah.
21.2.9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
27 | P a g e
21.2.10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.
21.3. ***Kesalahan Berat
21.3.1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
21.3.2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
21.3.3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras
atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
21.3.4. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
21.3.5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
21.3.6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru
/ pengawas / murid.
21.3.7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
21.3.8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
21.3.9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
21.3.10. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
21.3.11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
21.3.12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
21.3.13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
21.3.14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
21.3.15. Mencabul kehormatan guru / murid.
21.3.16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
21.3.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
21.3.18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak
bermoral.
21.3.19. Mengintai murid lelaki / perempuan.
21.3.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21.3.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
21.3.22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
21.3.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
21.3.24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
21.3.25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
21.3.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan
28 | P a g e
atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
21.3.27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
21.3.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan
tanpa kebenaran pihak sekolah.
21.3.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi
persekolahan.
21.3.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang
menjalankan tugas.
21.3.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
21.3.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan
lucah.
21.3.33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
21.3.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
21.3.35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini
oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .
29 | P a g e
22. PERATURAN KHAS
22.1. Ibu bapa / penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan pelajar-
pelajar, perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang
tindakan.
22.2. Ibu bapa / penjaga yang perlu menghantar / mengambil pelajar-pelajar ke /
dari sekolah hanya dibenarkan berada di bahagian hadapan pejabat sahaja.
22.3. Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah
seperti surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada ibubapa / penjaga
apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.
23. PERATURAN LAIN ATAU BARU
23.1. Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini, pelajar-pelajar
juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang
tidak tercatat di dalam buku ini.
23.2. Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari
semasa ke semasa dan setiap pelajar wajib mematuhinya.
23.3. Pelajar juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-peraturan dari
semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
30 | P a g e
BORANG PENGAKUAN
Guru Besar,
Sekolah Rendah Imtiyaz,
No 9 & 11 , Jalan Dato Seri Shaari ,
Off Jalan Raja Dihilir 30350 , Ipoh Perak
Melalui Guru Darjah,
BUKU PANDUAN TATATERTIB DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH RENDAH
IMTIYAZ.
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan
saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya
segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak
sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima
hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Pelajar :
Nama :
Kelas :
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga :
Nama :
Tanda tangan Guru Kelas :
Nama :