falsafah disebalik keris melayu

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

273 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    1/9

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    2/9

    Pengenalan

    Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan bangsa Melayu

    yang mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan tidak mudah pupus

    sejak ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji barat, Edward Frey,

    keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. (Berita

    Harian, 4 Mei 1988).

    Secara umum, keris adalah sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai alat

    mempertahankan diri terutama dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu

    (Shahrum Yub, 1966). Menurut defini Kamus Dewan (1996) pula, keris ialah sejenis

    senjata bermata dua yang tajam.

    Bahagian-bahagian Keris Melayu

    Dalam budaya perkerisan ada sejumlah istilah yang terdengar asing bagi

    orang awam. Pemahaman akan istilah-istilah ini sangat berguna dalam proses

    mendalami pengetahuan mengenai keris. Istilah dalam dunia keris, khususnya di

    Pulau Jawa, yang sering dipakai: angsar,dapur, pamor, perabot, tangguh, tanjeg,

    dan sebagainya. Istilah ini lazim digunakan di Pulau Jawa dan Madura, juga

    digunakan di daerah lainnya, seperti Sulawesi, Sumatra, dan bahkan di Malaysia,

    Singapura, dan Brunei Darussalam.

    Bahagian-bahagian keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah: hulu

    keris, mata keris, pamor, luk, dan warangka atau sarung keris.

    2

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    3/9

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    4/9

    Fals afah disebalik Keris Melayu

    Falsafah disebalik fungsi dan peranan keris

    Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau

    digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting

    seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan

    baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985). Ia juga digunakan sebagai pelengkap

    pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan,

    menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan (Utusan

    Malaysia, 2 Mac 1996).

    Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada

    dua, iatu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu sendiri, dan fungsi penggunaannya.

    Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris)

    adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. Pada

    dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan

    fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori determinism pula mengatakan, setiap

    kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu

    (Nes Smith, 1995). Kedua- dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta

    sangat relavan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari

    segi bentuknya atau penggunaannya. (Haji Hashim, 2004). Berdasarkan kepada kedua

    teori ini, keris bukan sahaja dilihat dari aspek pertahanan tradisi, juga mengcakupi

    aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi.

    4

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    5/9

    Falsafah disebalik bentuk asal keris

    Empirisisme berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu diasaskan atau

    diperoleh melalui pengalaman, iaitu dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh

    diinderai dan dialami. Teori ini didukung oleh Aristotle yang mengungkap Tidak ada

    yang dapat difahami kalau tidak terlebih dahulu kita tangkap dengan pancaindera

    (Scruton,1989:18).

    A.H Hill dan G.B Gardner dalam buku The Keris and other Malay Weapon

    (1973) percaya bahawa keris mula dicipta di Semanjung Tanah Melayu. Menurut

    beliau, bentuk keris asal adalah ditiru daripada bentuk iting atau sengat ikan pari.

    Iting ikan pari pernah digunakan sebagai senjata oleh nelayan-nelayan Melayu yang

    arif tentang keistimewaan sengat ikan pari yang berbisa itu. Encik Kamarul Baharin

    A. Kassim dalam kertas kerjanya Reformasi Keris 1 juga menyatakan bahawa ada

    juga teori yang berpendapat bentuk asal keris berasal dari tanduk kambing. Asalnya

    kedua-dua bentuk keris ini adalah berdasarkan pemerhatian masyarakat pada waktu

    itu terhadap kehidupan alam yang diinovasikan berdasarkan kepada keperluan

    masyarakat tersebut pada masa itu.

    Beberapa sarjana percaya bahawa bentuk keris berlok adalah menunjukkan

    naga atau ular yang sedang bergerak yang disebut sarpa lumaku, sementara keris

    lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan ular atau naga yang sedang tidur atau

    bertafakur yang disebut sarpa tapa(The Star, 4 September 1995).

    5

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    6/9

    Falsafah disebalik semangat keris

    Menurut Ahmad Sunawari Long di dalam buku Sejarah Falsafah, falsafah

    Timur lebih bersifat kesusasteraan, intuitif, mistik, impian dan berkaitan dengan

    pancaindera. (2006:21).

    Edward Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weapon

    of the Malay World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris

    berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia. Masyarakat Melayu amat menebal

    dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun. Salah satu

    kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar

    biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang

    digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600)

    dipercayai diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada

    sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun

    kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.

    Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa. Begitu

    juga dengan keris Taming Sari yang diperbuat daripada 20 jenis besi.

    Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci.

    Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau

    ditentukan khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998). Sebelum proses membuat

    keris, pembuat keris akan memperlengkapkan diri seperti berpuasa atau bertafakul

    (Berita Harian, 1 April 1995).

    Sebagai alat yang dianggap suci, keris juga akan dipelihara dengan baik dan

    disimpan di tempat khas. Selalunya keris akan dibungkus dengan kain kuning atau

    putih dan disimpan ditempat tinggi supaya tidak dilangkahi atau dipermainkan begitu

    6

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    7/9

    sahaja. Untuk menyuci keris pula, selalunya dilakukan setahun sekali pada bulan

    Muharam.

    Falsafah Islam disebalik keris

    Menurut Prof. M. Saeed Sheikh, falsafah Islam mesti ditakrif sebagai

    upaya menterjemahkan dan membina semula pelbagai wawasan metafizika yang

    terdapat dalam Al-Quran dengan menggunakan bahasa dan gaya falsafah yang tidak

    terdapat di dalamnya sebarang unsur muhibah terhadap sesuatu yang tidak Islam.

    (Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994:7-8).

    Penyerapan falsafah Islam boleh dilihat dari bentuk fizikal keris itu

    sendiri. Contohnya bilangan lok yang terdapat pada keris selalunya ganjil. Ini

    dipadankan dengan ciri-ciri keislaman, seperti jumlah rukun Islam(5), bilangan

    keliling dalam tawaf (7), rukun sembahyang (13) dan jumlah sembahyang lima waktu

    (17).

    Selain dari itu, terdapat juga keris-keris yang mengandungi kalimah-

    kalimah agama pada pangkal tulang atau hulu keris. Ayat-ayat Al-Quran atau kalimah-

    kalimah yang menunjukkan nilai-nilai Islam pada sebilah keris juga sering dilihat

    pada bahagian sarung keris itu.

    Falsafah-falsafah lain disebalik keris

    Di samping merupakan refleksi kebudayaan, keris juga dipilih sebagai

    identiti masyarakat Melayu di Asia Tenggara yang memberi erti dan maksud aspek

    falsafah keagamaan dan persejarahan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996). Keris sangat

    penting kerana ia dapat membezakan antara orang Melayu dengan dengan bukan

    Melayu, sama ada dalam lingkungan geopolitik yang sama atau serantau. Justeru,

    7

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    8/9

    keris terus menjadi identiti bangsa Melayu sehingga kini (Berita Harian, 16 Februari

    1998).

    Kesimpulan

    Keris adalah salah satu artifak Melayu yang penuh dengan keindahan kesenian

    masyarakat Melayu. Melalui keris dapat dilihat falsafah, pemikiran dan cara

    kehidupan masyarakat pada waktu keris itu dihasilkan. Fungsi keris itu, baik dari segi

    fizikal mahupun kepercayaan telah melalui banyak perubahan akibat peredaran

    zaman. Perubahan yang terjadi boleh bersikap positif dan negatif. Perubahan yang

    bersifat positif perlu digalakkan dan disokong kerana ia menjulang citra dan jatidiri

    keris. Bagi yang negatif pula perubahan mungkin terjadi akibat kurangnya kefahaman

    dan ilmu tentang keris itu sendiri. Kesedaran tentang pentingnya keris harus dilakukan

    untuk tidak mencacatkan dan merendahkan maruah ciptaan nenek moyang kita dan

    meletakkan keris di tempat yang sepatutnya.

    Bibliografi

    1. Haji Hashim Haji Md Noor,Keris: Peranannya dalam Masyarakat Melayu

    Brunei, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2004.

    2. Hajah Saddiah Ramli, Glosari Keris, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Brunei, 2007.

    3. Frey, Edward, The Kris Mystic Weapon of the Malay World, Singapore Oxford

    University Press, 1988.

    8

  • 8/14/2019 Falsafah disebalik Keris Melayu

    9/9

    4. Gardner, G.B,Keris and Other Malay Weapons, East Ardsley, Wakefield: EP

    Publishing Limited, 1973.

    5. Norazit Selat, Dr.,Konsep Asas Antropologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 1989.

    6. Kamarul Baharin & Mohd Yusof Abdullah.(1999).Reformasi Keris.Keris

    Darjat & Kudrat,45-66.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd.

    7. Zaabar Yusof.(1999).Keris Dalam Perspektif Islam.Keris Darjat & Kudrat,37-

    44.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd.

    8. Mohd Noor Mohd Amin, Manan Embong & Zaabar Yusof.Fenomena

    Keris.Keris Darjat & Kudrat,67-100.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd.

    9