fakulti pendidikan dan bahasa open...

11
NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM TAJUK TUGASAN: KO KURIKULUM (TUGASAN INDIVIDU) JURNAL REFLEKSI NAMA PELAJAR : NGU WEN YANN MATRICULATION NO : 831223135410001 IDENTITY CARD NO. : 831223135410 TELEPHONE NO. : 0128590090 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Sibu Learning Centre (PPT SIBU)

Upload: truongdan

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

KUALA LUMPUR

HBEF 2703

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN:

KO – KURIKULUM

(TUGASAN INDIVIDU)

JURNAL REFLEKSI

NAMA PELAJAR : NGU WEN YANN

MATRICULATION NO : 831223135410001

IDENTITY CARD NO. : 831223135410

TELEPHONE NO. : 0128590090

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : Sibu Learning Centre (PPT SIBU)

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

1.0 Refleksi

1.1 Sebelum pelaksanaan kelab

Sukan bola tampar merupakan antara sukan yang menarik untuk dimainkan. Sukan

bola tampar juga dipertandingkan sehingga peringkat dunia. Namun, entah di mana silapnya,

sukan bola tampar dipandang sepi terutamanya oleh masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu,

kita wajar melaksanakan langkah-langkah yang boleh membantu dalam usaha

mempopularkan sukan bola tampar dalam kalangan masyarakat.

Sebagai guru penasihat kelab bola tampar sekolah ini ataupun jurulatih, saya

merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mengendalikan bentuk-bentuk

latihan kepada para pemain. Jurulatih dianggap sebagai perancang utama dan

fasilitator yang akan mengendalikan aspek fisiologi, sosiologi dan psikologi kepada

pemain-pemainnya. Oleh itu, program latihan yang dirancang oleh saya perlu

mengambil kira beberapa faktor seperti prinsip-prinsip latihan, jenis latihan yang sesuai,

kaedah lat ihan yang sesuai , t empoh lat ihan, per iodisasi dan jangkamasa

set iap sesi latihan. Kebolehan saya untuk merancang program yang sesuai dan

berkesan akan dapat membantu memberi l at ihan yang secukup nya bagi

memast ikan para pemain mencapai tahap prestasi yang maksimum pada masa yang

dikehendaki.

Program latihan selama 20 minggu ini dirancang bagi membentuk dua

pasukan bola tampar bawah 12 tahun Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Chien.

Pasukan ini akan menyertai Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Sarikei

yang akan diadakan pada 8/5/2012. Justeru itu, pihak pentadbiran sekolah menetapkan

matlamat agar pasukan bola tampar sekolah yang dibentuk ini dapat memasuki

peringkat akhir pada kejohanan tersebut. Bagi melaksanakan dan menjayakan program ini,

mereka yang diberi kepercayaan ialah jurulatih, penolong jurulatih dan pengurus

pasukan. Setiap daripada mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi membentuk

dan seterusnya membawa kejayaan kepada pasukan ini.

Pemilihan pemain untuk pasukan ini akan berdasarkan program pembangunan bola

tampar yang dilaksanakan oleh saya pada tahun lepas. Ia dijalankan pada setiap minggu.

Setiap kali latihan, ia berlangsung selama 2 jam. Secara keseluruhan, kehadiran pemain

masih boleh dikatakan memuaskan. Bagi mereka yang tidak hadir, ia adalah berdasarkan

kepada beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan. Contohnya ialah kebenaran ibubapa para

pemain sendiri. Ia merupakan faktor utama yang menyebabkan kehadiran tidak begitu

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

memberangsangkan. Sebagai seorang jurulatih, saya kena fikirkan cara yang paling sesuai

untuk menyelesaikan masalah yang ini. Oleh itu, perancangan yang saya buat untuk program

latihan tersebut harus sangat teliti dan masa untuk latihan yang dipilih harus bersesuaian

dengan masa para pemain dan jadual waktu saya sendiri. Komitmen para pemain dan saya

sendiri merupakan faktor yang paling penting dalam usaha memajukan sukan tersebut

disebabkan populariti sukan ini masih belum sampai tahap populariti sukan bola sepak.

Sebelum mulanya mesyuarat, banyak persediaan yang saya kena buat termasuk

persediaan gelanggang, peralatan latihan, rancangan tahunan, rancangan mingguan serta

harian dan termasuk dengan penempahan jersi baru untuk pertandingan. Untuk persediaan

gelanggang, ia dikenakan cat semula kerana garisan sudah pudar dan permukaan gelanggang

yang licin tidak sesuai menjalankan latihan. Ia kena dilaksanakan sebelum mulanya waktu

persekolahan mula iaitu pada waktu cuti. Manakala peralatan bola tampar dikenakan semak

berapa biji bola yang masih boleh diguna pakai dan berapa biji yang tidak dapat diguna pakai.

Yang tidak boleh diguna pakai kena digantikan dengan bola tampar yang baru supaya

mencukupi semasa latihan.

Rancangan tahunan kena disediakan dengan awal. Oleh itu, tarikh setiap

pertandingan, tempat setiap pertandingan dan berapa lama pertandingan, saya kena merujuk

kepada jadual atau takwin jadual pertandingan MSSD dan MSSM. Ini adalah penting untuk

menentukan masa setiap sesi latihan yang dirancang. Program latihan ini adakan untuk

meningkatkan kecergasan pemain-pemain d a r i p e l b a g a i a s p e k . A s p e k -

a s p e k y a n g d i t e k a n k a n i a l a h s e p e r t i d a y a t a h a n kardiovaskular,

daya tahan otot, kepantasan dan kekuatan pemain. Selain itu, objektif latihan ini

adalah untuk menyediakan pemain dari segi persediaan fizikal, persediaan teknikal,

persediaan taktikal dan persediaan psikologi ke arah menghadapi kejohanan

sebenar.

Sebagai seorang jurulatih bola tampar, antara perkara yang paling saya risau ialah

pandangan masyarakat terhadap sukan tersebut. Untuk berjaya dalam setiap pertandingan,

kita harus usaha dan pengorbanan masa yang banyak untuk mencapai peringkat yang tinggi.

Oleh itu, sokongan moral dari pihak masyarakat, para pemain dan keluarga sendiri adalah

sangat penting untuk menjayakan sukan tersebut. Pada pandangan saya, dalam usaha

mempopularkan sukan bola tampar dalam kalangan masyarakat termasuklah

memperbanyakkan kejohanan atau pertandingan bola tampar di pelbagai peringkat umur.

Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan bola tampar kurang diadakan berbanding sukan-

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

sukan lain. Jadi, dengan memperbanyakkan kejohanan bola tampar di semua peringkat, dapat

membuka mata masyarakat untuk memceburi sukan bola tampar.

Sebelum ini, sukan bola tampar pada masa sekarang adalah pada peringkat menjunam

di negeri Sarawak sekarang. Berbandingkan pada 1980 – an dan 1990 – an, negeri Sarawak

merupakan negeri yang paling berjaya dalam sukan ini. Dari peringkat umur 12 hingga ke

peringkat terbuka, ada saja keputusan yang baik dapat dihasilkan. Entah di mana silapnya

perancangan dari MSSS dan persatuan bola tampar negeri sarawak, mutu permainan sukan

bola tampar di negeri ini terus menjunam. Disebabkan itu, kebelakangan tahun ini, keputusan

bola tampar peringkat MSSM adalah tidak begitu memberangsangkan kecuali peringkat umur

12 tahun. Dengan itu, saya akan merancang satu program latihan yang sistematik untuk

menghasilkan pemain bertaraf negeri dan bersaing dalam kejohanan bola tampar MSSM

kelak.

1.2 Semasa pelaksanaan program latihan

Untuk memulakan program tersebut, saya telah menetapkan sasaran untuk tahun ini

iaitu bilangan pemain yang akan mewakili pasukan negeri di kejohanan bola tampar MSSM

2012. Oleh itu, segala penerangan terhadap pasukan ini harus diterangkan dengan jelas dan

persediaan hendak dibuat untuk setiap sesi latihan. Semasa pelaksanaan program latihan,

terdapat banyak halangan semasa latihan dijalankan. Contohnya pada hari pertama, semasa

latihan dijalankan, sesi tersebut kelam kabut disebabkan para pemain masih tidak tahu

peraturan semasa latihan dijalankan. Oleh itu, saya kena mendisplinkan para pemain terlebih

dahulu.

Sebagai seorang jurulatih, saya kena memberi perhatian kepada pekara-pekara berikut:

Masa (berapa lama) untuk setiap bahagian latihan

Aktiviti yang sesuai bagi setiap bahagian

Menyusun persembahan latihan megikut tingkat tertentu

Jelaskan tentang apa yang ingin dicapai di dalam sesi latihan.

Tahu akan cara-cara untuk mempersembahkan aktiviti-aktiviti

Menentukan alat-alat dan kemudahan yang diperlukan disediakan dengan lengkap.

Sebelum mulanya latihan, saya akan menyuruh mereka mulakan latihan dengan sesi

memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (warming down).

Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat

adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit

melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan

berlakunya kecederaan otot.

Untuk bahagian ansur maju, program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif.

Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan

pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Saya sebagai jurulatih pula perlu

mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada

dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban

latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit bekerja

di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti

latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70%

higga 80% KNL).

Latihan pengkhususan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat

mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek

kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan

yang diceburi. Contoh bagi pemain bola tampar perlu banyak latihan di bahagian tangan,

pinggang dan kaki. Permainan bola tampar adalah salah satu sukan yang melibatkan 5

kemahiran. Oleh itu, setiap kemahiran adalah berkaitan dan penting semasa pembentukan

pasukan. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan daya

tahan kardiovaskular.

Saya juga menegaskan bahawa para pemain saya untuk kerap turun latihan supaya

kecergasan fizikal dikekalkan untuk sepanjang program ini. Ia merupakan aspek yang

penting untuk setiap pemain. Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti

kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah

dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi

seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia

haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti

rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan

yang rendah.

Untuk mencapai kecergasan fizikal yang maksimum, masa latihan bergantung rapat

dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0%

(kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan

hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan

15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan

yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

Para pemain akan tidak semangat apabila aktiviti yang dijalankan membosankan

mereka. Oleh itu, aktiviti yang dirancang oleh saya harus bersesuaian dengan tahap

kemahiran yang ada pada pemain. Salah satu faktor untuk menentukan pencapian objektif

sesi tertentu ialah kawalan kelas bagi melicinkan pengajaran. Tanpa adanya disiplin dan

kerjasama yang diberikan oleh para pemain, maka aktiviti yang dijalankan pasti akan

menghadapi banyak masalah. Ketegasan dan suara guru juga memainkan peranan yang

penting semasa mengajar. Ini adalah kerana, kedua – dua aspek ini akan membantu guru

menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan. Segala arahan yang hendak

diberikan akan diikuti dengan baik oleh para pemain.

Semasa pembentukan pasukan, masalah utama utama ialah posisi para pemain yang

akan digunakan semasa pertandingan kelak. Dalam permainan bola tampar, ia terdapat

seorang pengumpan (setter) dan 5 orang perejam (spiker). Walaupun ramai orang

berpendapat bahawa bola tampar ialah suatu permainan rekreasi dan senang sahaja, tetapi

kini ia telah berkembang sebagai suatu permainan profesional. Setiap pemain di samping

harus mempunyai semua kemahiran asas seperti membuat servis, menghantar dan mengadang,

beliau juga harus mahir dalam dua bidang. Bidang- bidang itu ialah bidang merejam dan

mengumpan. Untuk pertandingan bola tampar (competitive volleyball) hari ini, setiap

pemain sama ada seorang perejam atau pengumpan, harus juga menguasai semua kemahiran

lain. Ini adalah mengapa bola tampar hari ini dikenali sebagai suatu permainan ‘kuasa dan

ketepatan’ (a game of power and precision) iaitu kuasa perejam dan ketepatan pengumpan.

Pengumpan boleh dikatakan sebagai pemain utama dalam serangan (brains behind the

attack ). Dia harus :

1. Memiliki kecergasan fizikal yang amat tinggi. Ini termasuk kepantasan, koordinasi,

kefleksibelan, reaksi segera dan daya tahan kardiovaskular. Untuk permainan tahap

tinggi, kajian telah membuktikan bahawa seorang pengumpan berlari di antara 31/2- 4

batu, melompat 300 kali dan mencangkung beberapa ratus kali. Jadi, pelaziman

fizikal (physical conditioning) merupakan satu faktor penting.

2. Memiliki sifat tahan lasak mental, kewaspadaan dan ketenangan untuk membuat

keputusan segera supaya dapat memilih strategi betul untuk menyerang, memilih

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

perejam yang betul, menganalisa pihak lawan, memberi dorongan kepada pemain-

pemain dan sebagainya

3. Memiliki kemahiran-kemahiran teknikal yang boleh digunakan secara kenalurian

(instinctively). Jadi, pengumpan harus menguasai kemahiran tersebut sehingga beliau

dapat bertindak dengan betul kerana dia tidak ada masa untuk berfikir dalam situasi

bermain. Pengumpan dikehendaki bergerak ke setiap bola tanpa mengira seberapa

jauh dia harus bergerak untuk mencapainya, bagaimana cepat bola sedang bergerak

atau berapa banyak putaran yang ada, dan menukarkannya menjadi satu umpan yang

baik dari segi taktik dan teknik, tanpa menunjukkan tujuannya.

4. Memiliki kebolehan taktik yang tinggi untuk memilih perejam yang betul dan

pengumpan yang betul, kebolehan mengawal rentak dan ritma dan sebagainya.

Justeru itu, pengumpan-pengumpan harus dipilih dengan bijak dan dilatih dengan baik.

Pengumpan ialah wakil jurulatih sesuatu pasukan semasa bermain. Jurulatih dan

pengumpan harus berbincang mengenai wawasan, kebimbangan, keraguan, pendapat

dan membuat analisa terhadap semua pemain. Sebelum perlawanan dan semasa

perlawanan dijalankan, jurulatih harus berkomunikasi dengan pegumpan.

Bagi perejam ialah pemain terpantas dan bintang pasukan. Beliau harus memiliki

ciri-ciri kekuatan, kefleksibelan dan kuasa. Dia harus :

1. Dari segi fizikal: tinggi, kuat, berkoordinat dan tangkas. Kakinya mesti boleh

membawanya ke atas jaring untuk merejamkan bola dengan cukup kuasa supaya

pihak lawannya tidak boleh mengadang atau memulangkan bola.

2. Dari segi fisiologi : cukup cergas untuk membuat lompatan di sepanjang perlawanan

tanpa hilang ketinggian lompatan, kuasa untuk merejam atau mengatur masa.

3. Dari segi mental : berwaspada untuk memahami tujuan pengumpan dan memberi

keputusan berkenaan rejam tinggi, rejam pantas atau dink. Dia juga harus boleh

membaca pergerakan-pergerakan pertahanan pihak lawannya.

4. Dari segi teknik dan taktik : Boleh menggunakan kemahiran menyerang dalam cara

yang berkesan. Perejam-perejam ialah pemain ekstrovert yang suka kepada tepukan

dan sanjungan penyokong dan peminat.

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

Untuk strategi saya, saya akan menerangkan kepada semua para pemain supaya

mengikut prinsip asas yang saya tentukan. Beberapa prinsip asas untuk strategi menyerang

bagi saya adalah seperti berikut :

i. Semua pemain harus berkomunikasi untuk mengetahui pergerakan rakan.

ii. Memupuk kerja secara berpasukan melalui pengetahuan tentang kekuatan dan

kelemahan rakan-rakan.

iii. Jangan menggunakan strategi serangan yang rumit, ini akan menambahkan

kemungkinan kesilapan-kesilapan dan salah faham. Mesti ada pilihan-pilihan dalam

serangan.

iv. Pengumpan harus boleh mengawal semua penyerang.

v. Semua pemain harus cukup cergas, mahir, konsisten dan tahan lasak di sepanjang

masa perlawanan.

vi. Pembentukan sesuatu sistem mesti sesuai untuk pemain dan bukan di sebaliknya

Untuk bahagian pertahanan, ia merupakan bahagian yang paling penting dalam satu

pasukan bola tampar. Tanpa umpanan yang baik, serangan yang efektif dan berkesan tidak

dilakukan dengan betul. Suatu sistem pertahanan yang sistematik dan berkelola adalah

penting dalam semua perlawanan. Pertahanan dibina pada prinsip-prinsip tertentu. Prinsip

pertahanan yang terpenting dikenali sebagai prinsip akal.

Prinsip ini meletakkan pemain-pemain di posisi di mana pihak lawan mungkin akan

menyerang. Selain daripada prinsip di atas, terdapat juga lima prinsip yang lain seperti

berikut :

1. Posisi di gelanggang mesti ditetapkan untuk setiap penahan. Setiap pemain harus

mengetahui di mana dia harus bergerak dan kawasan tanggungjawabnya. Semasa menunggu

bola, mereka harus diposisikan supaya dapat bermain bola dihadapan mereka.

2. Penahan-penahan harus menjangka rejaman dan harus bergerak cepat untuk

menghalangnya. Apabila bola sedang direjamkan, penahan-penahan harus berdiri diam dan

tidak harus tertangkap semasa bergerak.

3. Pengadang-pengadang yang sesuai harus digunakan dengan bijak. Ini bermakna

memilih pengadang yang sesuai untuk sesuatu jenis adangan berdasarkan kemahiran mereka

dan bilangan pengadang yang dipilih juga adalah penting.

4. Pengelolaan dalam pertahanan dan latihan tubi adalah penting supaya salah faham

dikalangan pemain-pemain serta pelanggaran dikurangkan ke tahap minimum.

5. Pertahanan bermula secepat mungkin apabila bola masuk ke gelanggang pihak

lawan dan ditamatkan apabila pasukan penahan telah mendapati bola dengan menyediakan

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

serangan yang berkesan. Jikalau penukaran ini iaitu dari posisi penahan ke posisi serangan

tidak berlaku, kemudian pasukan menahan akan terus-menerus menahan sahaja.

Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana tidak ada pemain yang tarik diri

sepanjang program latihan ini. Saya juga berharap kelab bola tampar ini dapat menghasilkan

lebih banyak lagi pemain negeri pada masa akan datang. Saya juga ingin harapkan mutu

permainan pasukan ini akan meningkat pada akhir latihan tersebut. Jelaslah, sukan bola

tampar memang dapat membantu masyarakat dalam pengamalan gaya hidup sihat. Bukan

sahaja sukan ini dapat dimainkan oleh semua peringkat umur, malah ia juga dapat dimainkan

secara beramai-ramai. Justeru, saya berharap pihak - pihak yang berkaitan dapat

mempopularkan sukan bola tampar ini di semua peringkat masyarakat.

1.3 Selepas sesi latihan bola tampar

Untuk bahagian persediaan sebelum pertandingan, perancangan yang sistematik dan

saintifik oleh saya dapat membantu para pemain bersedia dari aspek fizikal. mental, teknikal

dan taktikal. Secara umum, program latihan disediakan oleh saya adalah untuk

memperkembangkan dan meningkatkan potensi dan prestasi para pemain ke tahap optimum.

Komponen-komponen ini adalah satu keperluan dalam program latihan kerana komponen ini

saling berkait antara satu sama lain.

i. Persediaan Fizikal

Aspek yang penting dalam sesuatu program latihan bertujuan untuk meningkatkan

potensi pemain saya serta memperkembangkan keupayaan biomotor pemain saya ke

tahap optimum.

ii. Persediaan Teknikal

Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan kesemua kemahiran bola tampar.

iii. Persediaan Taktikal

Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan.

Penguasaan teknik yang baik dapat menentukan kejayaan sesuatu perancangan atau

strategi (taktikal).

iv. Persediaan Psikologi

Persediaan pemain dari segi psikologi melibatkan kemahiran seperti penetapan

matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi. Persediaan

mental pemain untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik yang

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

membolehkan pemain saya membawa bersamanya persediaan fizikal, teknikal dan

taktikal apabila menghadapi sesuatu pertandingan.

Kesungguhan saya sebelum program ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan

yang diadakan pada setiap petang membantu kami agar lebih bersedia pada hari kelak.

Kesungguhan guru-guru pelatih juga menaikkan semangat kami untuk menjadikan pasukan

masing-masing bergelar juara. Selain itu, aktiviti ini juga membantu kami untuk

mengenalpasti kelemahan kami sepanjang menjalani aktiviti ini. Ini adalah persediaan untuk

kami mengendalikan aktiviti ini di sekolah kelak.

Semasa latihan kami diajar cara bermain bola tampar dengan betul mengikut

peraturan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, segala tunjuk ajar yang diberikan

memberi kesan positif kepada kami tentang corak permainan yang dipertandingkan. Latihan

yang diberikan amat bermakna buat kami semua. Dari segi peralatan dan kelengkapan pula,

saya rasa ianya amat mencukupi dan saya sangat berpuas hati dengan kemudahan yang

disediakan oleh pihak sekolah. Kemudahan yang ada memberi keselesaan kepada kami

untuk menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.

Dari segi penyediaan kecergasan fizikal bagi saya ianya sangat memuaskan.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-

kelemahan tersendiri. Kekurangan pengalaman adalah antara kelemahan saya untuk

mengendalikan sesi latihan tertentu. Walau bagaimanapun atas usaha yang ditunjukkan

segala kekurangan dapat kami atasi sebaik mungkin. Oleh itu, saya banyak merujuk kepada

sumber – sumber, buku – buku dan laman web yang banyak berkaitan dengan bola tampar

untuk mengumpul maklumat mengenai latihan bola tampar.

Walaupun penat dengan tugas sebagai guru, segala kepayahan dapat kami atasi atas

sebab kecekalan dan kesabaran yang kami lalui. Walau ada beberapa orang tidak puas hati

dengan keputusan pengadil semasa perlawanan akhir, namun begitu pasukan saya akur

dengan setiap keputusan kerana saya telah menegaskan pemain saya bahawa untuk

memenangi satu perlawanan, kita tidak boleh dipengaruhi oleh keputusan pengadil. Asalkan

kita usahakan apa yang kita berlatih selama ini. Oleh itu, pemain saya bermain dengan sabar

dan tenang mengharumi tekanan lawan dan akhirnya memenangi perlawanan akhir juga.

Untuk bahagian fasa Transisi, saya akan mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10

minggu bertujuan untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan da

mengatasi kebosanan semua pemain saya. Oleh itu, dalam tempoh ini saya hanya memberi

pemerhatian ke atas pemain yang mengalami kecederaan dan membenarkan pemain saya

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN …epic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/wenyann83... · Program latihan selama 20 minggu ... adaptasi dengan peningkatan fungsi

NGU WEN YANN / 831223135410 HBEF 2703

melakukan aktiviti lain seperti bermain permainan lain, berenang dan lain lain lagi jenis

sukan. Namun, jangka masa fasa ini masih bergantung kepada format pertandingan. Dalam

tempoh tersebut, rehat aktif adalah amat digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan

pcnurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu dikekalkan

sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60° kemampuan maksimum. Fasa ini sangat penting

di mana ia bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan program seterusnya

merancang sesi latihan yang akan datang.