faktor peribahasa gambar

56
Faktor-faktor Perkembangan Peribahasa Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan peribahasa. 1) Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling. Contoh: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. 2) Lambang daripada keadaan dalam masyarakat. Contoh: Bagai menatang minyak yang penuh. Menantikan kucing bertanduk. 3) Menyembunyikan kata-kata yang kasar Contoh: Lembu punya susu, sapi dapat nama. Siapa makan lada, dia terasa pedasnya. 4)Menghuraikanadat Contoh: Hukum berdiri dengan adat, adat berdiri dengan bukti. Siapa menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar 5) Kata-kata orang yang arifdanbijaksana Contoh: Berjagung-jagung dahulus ementara menunggu padi masak. Bawa resmi padi semakin berisi semakin tunduk. 6)KitabSuci Contoh: Tuntutlah ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun Ilmu yang tiada diamal, seperti pohon tiada berbuah. 7) Unsur-unsurasonansidanaliterasi

Upload: ainul-farina

Post on 05-Aug-2015

753 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor peribahasa gambar

Faktor-faktor Perkembangan PeribahasaTerdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan peribahasa.

1) Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling.Contoh: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

2) Lambang daripada keadaan dalam masyarakat.Contoh: Bagai menatang minyak yang penuh.Menantikan kucing bertanduk.

3) Menyembunyikan kata-kata yang kasarContoh: Lembu punya susu, sapi dapat nama.Siapa makan lada, dia terasa pedasnya.

4) MenghuraikanadatContoh: Hukum berdiri dengan adat, adat berdiri dengan bukti.Siapa menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar

5) Kata-kata orang yang arifdanbijaksanaContoh: Berjagung-jagung dahulus ementara menunggu padi masak.Bawa resmi padi semakin berisi semakin tunduk.

6) KitabSuciContoh: Tuntutlah ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipunIlmu yang tiada diamal, seperti pohon tiada berbuah.

7) Unsur-unsurasonansidanaliterasiContoh: Ikut hati mati, ikut suka duka,ikut rasa binasa Lain padang, lain belalang Lain lubuk lain ikannya

8) CeritaDongengContoh: Seperti Mat JeninKatak hendak menjadi lembu

9) Pengaruhbudaya lainContoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam hat isiapa tahu (Siam) Ada semut ada gula (Parsi)

Page 2: Faktor peribahasa gambar

BENTUK DAN SUMBER

Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran.

Sumber: Muhd.Yusof Mustafa, Mastika Bahasa,DBP (1965)

Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan kepadatan.

Sumber: AwangSariyan (kata pengantar) Tikaman Bahasa, Mohd.Adnan Mohd Ariffin, DBP(1992)

Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa Melayu:

1) Pengalaman hidup rakyat jelataContoh: Keli dua selubang

2) Pengamatan orang arif bijaksanaContoh: Takkan lari gunung dikejar

3) Kandungan kitab suciTuntutlah ilmu hingga ke negeri China

Sumber: Abdullah Hussein, Kamus Istimewa Peribahasa MelayuDBP(1989)

Peribahasa itu ialah rangkaian –rangkaian perkataan yang tetap, Tersimpul dan terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai denganerti yang khas berlainan daripada asalnya.

Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP (1965)

Page 3: Faktor peribahasa gambar

TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA

Zainal Abidin Ahamad

Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai sebut-sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran.

Sumber: Ilmu Mengarang Melayu, DBP (1965)

Sarwono PusposaputraPeibahasa mempunyai kalimat singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam dan panjang, atau secara bernas dapat disebut: filsafat mini

Sumber: Kamus Peribahasa,PTGramedia (1987)

S.NathanPada umumny a peribahasa mencerminkan pemikiran kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna simpulan bahasa bersifat kolokasi, iaitu menunjukkan hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan.

Sumber:Simpulan Bahasa: SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa Novenber (1998)

Muhammad Ariff AhmadPeribahasa (termasukkiasan ,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan dan perumpamaan) ialah rangkaian kata yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang melekat di mulut ( dapat disebut bila-bila masa sahaja) dan yang luas maknanya lagi benar tujuannya.

Sumber: Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa 1990

Page 4: Faktor peribahasa gambar

Awang SariyanPeribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap,cara berfikir, dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu.

Sumber:Tikaman Bahasa ,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992)

Ishak RamlyPeribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahas a atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera.

Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurnal ,Januari 1990

Keris MasPeribahasa adalah percakapan atau ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan pemerhatian ,yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.

Sumber: Perbincangan Gaya Bahasa Sastera,DBP(1988)

Abdullah HussainPeribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tata tertib pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.DBP(1989)

Page 5: Faktor peribahasa gambar

Aspek Peribahasa Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam Kemahiran Berbahasa.

a) Anggapan bahawa peribahasa merupakan bahasa klise/milik sastera lama-Tidak memahami peribahasa dengan baik.-Peribahasa sukar diingati

-pengajaran peribahasa membosankan

Sumber: Goh Suzie: Penggunaan Peribahasa Melayu PelajarMenengah,Jurnal DBP(1998)

b) Masalah Mempelajari Peribahasa-Terlalu banyak makna yang tersirat-Terlalu banyak yang perlu dihafal-Peribahasa terlalu panjang dan pelbagai makna-Ada peribahasa yang mengelirukan

Pengajaran Peribahasa

a)Abdullah Hassan dan Ainon Mohd menyebut:Para penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka belajar perkataan-perkataan Melayu yang lain . - Mereka belajar bentuk-bentuk kiasan dan menghafal makna-makna kiasan tersebut. Memang tiada jalan lain belajar kiasan /peribahasa selain menghafalnya.

Sumber: Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.2003

b)Ishak Ramly menulis pengajaran peribahasa bukan sahaja berguna untuk –kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah perkara biasa.-Taraf sekarang, peribahasa bukanlah untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan sekerap mungkin dan digabungjalinkan dalam pelbagai situasi.

Page 6: Faktor peribahasa gambar

Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurna lDBP, Januari 1990

LohBoh Boon menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa Melayu yang indah, seharusnya diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus.

-Pengajaran Peribahasa di sekolah melalui 3 peringkat berikut:

1) Pengamatan tentang pertalian di antara benda-benda yang dibandingkan.

2) Penyimpulan erti simbolik (tersembunyi)3) Penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam kontek.

Sumber: Pengajaran Peribahasa Melayu, Perspektif Dalam PengajaranBM,DBP 1989.

Cover,D.J mencadangkan peribahasa diajar dengan empat teknik:

1) Guru menggunakan buku nota tatabahasa sebagai alat mencatat peribahasa terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.

2) Pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa dan guru menanyakan peribahasa dan berbincang tentangnya.

3) Berdasarkan “Blackboard Composition” guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa sehingga menghasilkan karangan lengkap.

4) Berdasarkan petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak menghafaz dialog tersebut bagi meningkatkan konteks penggunaannya.

Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active Vocabulary, Oxford , University Press, 1971

Page 7: Faktor peribahasa gambar

Qamar Mamat Mencadangkan Pengajaran Pempelajaran Peribahasa:

1) Kaedah konteks yakni berdasarkan konteks dan ayat dilanjutkan penggunaannya dalam ayat bebas.

2) Kaedah latih-tubi berdasarkan situasi, simulasi, main peranan, sumbangsaran, boneka

3) Bukan teknik menghafal semata-mata

Sumber: Mengajarkan Bahasa Menggunakan Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996)

Pengajaran Peribahasa

- Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis atau modul.

- Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek.Contoh: kaki

Kaki- bangku -botol -bola

-ayam-Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang sesuai bagi membentuk peribahasa. Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut.

A ______ _____ _____ UK________

A I R M U K A

Page 8: Faktor peribahasa gambar

-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.

-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan :1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz maksud peribahasa yang disenaraikan.

2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik dan mencabar perlu digunakan seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif, deskriptif dan sebagainya.

Page 9: Faktor peribahasa gambar

Penjelasan Peribahasa

1) Makna Selapis- Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat (maksud literal)

a) Bidalanb) Pepatahc) Lidah Pendeta atau Kata-Kata Hikmatd) Perbilangan

2) Makna Berlapis-Perbahasa yang mengandungi makna tersirat (maksud figuratif)

a) Perumpamaanb) Kiasanc) Simpulan Bahasad) Tamsil dan Ibarat

Page 10: Faktor peribahasa gambar

Defenisi Bidalan

Bidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakanungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat.

Contoh: - Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan- Belakang parang diasah lagikan tajam- Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak- Menepuk air di dulang , terpercik muka sendiri

Defenisi Perumpamaan

Perumpamaan ialah susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama. Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.

Contoh:- Seperti kaca terhempas ke batu- Bagai tikus jatuh ke beras- Seperti bumi dengan langit- Bagai pinang dibelah dua

Page 11: Faktor peribahasa gambar

Defenisi Pepatah

Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:- Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,

bersenang-senang kemudian.

- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

- Ada padi semua jadi, ada beras semua deras

Defenisi Lidah Pendeta/ Kata-kata Hikmah

Lidah Pendeta atau Kata-kata Hikmah atau Kata –Kata Pujangga mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Ia juga merupakan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau nasihat yang dapat dijadikan pedoman.

Comtoh:- Ilmu Pelita Hidup- Membaca Jambatan Ilmu- Masa Itu Emas

Page 12: Faktor peribahasa gambar

Defenisi Tamsil dan Ibarat

Memberi penjelasan tentang perkara yang hendak dibandingkan.

Contoh:

-Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi

-Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga

-Ibarat bunga, segar dipakai, layu dibuang

-Ibarat telur sesangkat, pecah sebiji pecah semuanya

Page 13: Faktor peribahasa gambar

PERUMPAMAAN

air + daun keladi

Perumpamaan : bagai air di daun keladi Maksudnya : tidak tetap pendirianContoh ayat : “ Jika kamu bersikap bagai air di daun keladi, adalah sukar bagi kamu untuk mencapai matlamat hidup,” kata kaunselor itu.

Page 14: Faktor peribahasa gambar

anjing + tulang

Perumpamaan : bagai anjing berebut tulangMaksudnya : Tamak dan ingin berebut hartaContoh ayat : Zali tidak sanggup melihat adik –beradiknya bagai anjing berebut tulang apabila mereka bertelagah kerana berebutkan harta yang tidak seberapa itu.

Page 15: Faktor peribahasa gambar

aur + bukit

Perumpamaan : bagai aur di atas bukitMaksudnya : menyerahkan diri kepada nasibContoh ayat : Nasib Rasid kini bagai aur di atas bukit tentang kedudukannya dalam kumpulan itu.

Page 16: Faktor peribahasa gambar

ayam + telur

Perumpamaan: bagai ayam mengeram telurMaksudnya : merah muka seseorangContoh ayat : wajah lelaki itu bagai ayam mengeram telur apabila ditempelak oleh rakan sekerjanya.

Page 17: Faktor peribahasa gambar

rumah + Pantai

Perumpamaan : bagai berumah di tepi pantaiMaksudnya : selalu bimbang dan cemasContoh ayat : “ Keadaan kami sekarang ini bagai berumah di tepi pantai kerana seing diganggu oleh along”, kata Alia.

Page 18: Faktor peribahasa gambar

dakwat + Kertas

Perumpamaan: bagai dakwat dengan kertasMaksudnya : hubungan persahabatan yang sangat eratContoh ayat : Hubungan persahabatan antara Yati dan Ina bagai dakwat dengan kertas.

Page 19: Faktor peribahasa gambar

duri + daging

Perumpamaan: bagai duri dalam dagingMaksudnya : Sesuatu yang amat tidak menyenangkanContoh ayat : Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.

Page 20: Faktor peribahasa gambar

kambing + air

Perumpamaan : bagai kambing diseret ke airMaksudnya : malas melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruhContohnya : Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Laila kerana dia bersikap bagai kambing diseret ke air apabila disuruh melakukan sesuatu tugas.

Page 21: Faktor peribahasa gambar

batuk + tangga

Perumpamaan : bagai melepaskan batuk di tanggaMaksudnya : melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersunggu- sungguhContoh ayat : “ saya tidak mahu kamu melakukan kerja itu dengan sambil lewa bagai melepaskan batu di tangga”, kata guru besar.

Page 22: Faktor peribahasa gambar

belalang + akar

Perumpamaan : bagai mencari belalang di atas akarMaksudnya : melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasilContoh ayat : Perbuatan Lukman mencari guli yang terjatuh ke dalam paya itu tidak akan berhasil bagai mencari belalang di atas akar.

Page 23: Faktor peribahasa gambar

tikus + labu

Perumpamaan : seperti tikus membaiki labuMaksudnya : merosakkan lagi barang yang sedang dibaikiContoh ayat : Tindakan abang membaiki radio itu seperti tikus membaiki labu apabila radio itu bertambah kerosakannya.

Page 24: Faktor peribahasa gambar

layang-layang + tali

Perumpamaan : umpama layang-layang putus taliMaksudnya : putus harapan dan berserah kepada takdirContoh ayat : Kehidupan Mak Lijah umpama layang-layang putus tali apabila dia tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

Page 25: Faktor peribahasa gambar

BIDALAN

ribut + semut

Bidalan : datang seperti ribut, pergi seperti semutMaksudnya: sesuatu penyakit datang dengan cepat, tetapi lambat untuk sembuh.Contoh ayat: penyakit barah hati yang yang dihidapi David itu umpama

datang seperti rebut, pergi seperti semut kerana sudah dua bulan dia terlantar di hospital.

Page 26: Faktor peribahasa gambar

Ubi + Besi

Bidalan : diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkaratMaksud : diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.Contoh ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.

Page 27: Faktor peribahasa gambar

semut + gula

Bidalan : di mana semut mati kalau tidak di gulaMaksud : manusia sering tertipu kerana pujuk rayuContoh ayat: Zizah berasa amat sedih kerana wang simpanannya habis diberikan kepada teman lelaki yang kini menghilangkan diri seperti bidalan di mana semut mati kalau tidak di gula.

Page 28: Faktor peribahasa gambar

embun + rumput

Bidalan : embun di hujung rumputMaksud : sesuatu yang tidak kekalContoh ayat : Perkahwinan Lee dan Nina bertahan Cuma sebulan seperti embun di hujung rumput.

Page 29: Faktor peribahasa gambar

enggang + pipit

Bidalan : enggang sama enggang, pipit sama pipitMaksudnya : berkawan biarlah yang sama taraf dan kedudukanContoh ayat : Abu Hassan berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengan Puteri Laila yang berdarah raja kerana baginya, enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Page 30: Faktor peribahasa gambar

benih + pulau

Bidalan : jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulauMaksudnya : keturunan yang baik tetap berkelakuan baik di mana-mana sahajaContoh ayat : Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah Jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Page 31: Faktor peribahasa gambar

angin + pokok

Bidalan : jika tiada angin , masakan pokok bergoyangMaksudnya : jika sesuatu perkara itu tidak berlaku, masakan orang memperkatakannya.Contoh ayat : Kecurangan isteri Rama hangat diperkatakan oleh jirannya. “ Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang”, kata Rama kepada isterinya.

Page 32: Faktor peribahasa gambar

parang + batu asah

Bidalan : belakang parang diasah lagikan tajamMaksudnya : jika berusaha dengan gigih pasti akan berjayaContoh ayat : Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih oleh Cikgu Ana. Begitulah belakang parah diasah lagikan tajam, inikan pula manusia.

Page 33: Faktor peribahasa gambar

Bertanya + perahu hanyut

Bidalan : malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyutMaksudnya : jika tidak mahu berusaha , tentu kejayaan tidak dapat dicapaiContoh ayat : “ Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Ciku Ahmad kepada muridnya.

Page 34: Faktor peribahasa gambar

ayam + telur

Bidalan : jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampungMaksudnya : jangan membesar-besarkan usaha/ kejayaan yang tak seberapaContoh ayat : Kita jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung seperti Pak Dollah yang mencanangkan sumbangannya sebanyak RM 50 itu kepada orang kampung.

Page 35: Faktor peribahasa gambar

gading + tanduk

Bidalan : sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagiMaksudnya : setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama dibuang/diketepikan

Contoh ayat : Abang bersikap seperti sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya setelah membeli kereta baharu.

Page 36: Faktor peribahasa gambar

PEPATAH

Kuah + nasi

Pepatah : ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasiMaksudnya : baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknyaContoh ayat : Husna mengikut perangai ibunya yang suka berkebun, begitulah Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Page 37: Faktor peribahasa gambar

tanak nasi + kerak

Pepatah : nasi sama ditanak, kerak dimakan seorangMaksudnya : sesuatu pekerjaan dibuat bersama-sama tetapi keuntungan yang diperoleh hanya dinikmati oleh seorang sahajaContoh ayat : Aman dan Amin berkongsi modal semasa memulakan perniagaan, tetapi semua keuntungan diambil oleh Amin seolah-olah nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.

Page 38: Faktor peribahasa gambar

sabut + batu

Pepatah : untung sabut timbul, untung batu tenggelamMaksudnya : jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalahContoh ayat : Nasib Tan dan rakan-rakannya yang sesat di hutan ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Page 39: Faktor peribahasa gambar

berbudi + merasa (dapat)

Pepatah : orang berbudi kita berbahasa, orang member kita mersaMaksudnya : apabila orang berbudi kepada kita, hendaklah dibalas dengan bahasa yang sopan Contoh ayat : Hidup berjiran perlu mengamalkan pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa agar tercapai keharmonian dalam masyarakat.

Page 40: Faktor peribahasa gambar

makan nangka + getah

Pepatah : orang lain makan nangka, orang lain kena getahnyaMaksudnya : orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang DituduhContoh ayat: Musa marah akan orang kampung yang menuduhnya mencuri padahal dia tidak melakukannya, ibarat orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya.

Page 41: Faktor peribahasa gambar

Orang mengantuk + bantal

Pepatah : orang mengantuk disorongkan bantalMaksudnya : gembira kerana mendapat sesuatu yang diinginiContoh ayat : Danny amat gembira kerana hajatnya untuk melancong ke China tercapai apabila mendapat tiket melancong percuma ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

Page 42: Faktor peribahasa gambar