kajian keberkesanan program 3 hari mencari cinta dalam meningkatkan penghayatan akhlak dan...

Upload: upenkktm

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    1/31

    KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM 3 HARI MENCARI CINTA DALAM

    MENINGKATKAN PENGHAYATAN AKHLAK DAN KECEMERLANGAN DALAM

    KEHIDUPAN DI KALANGAN PELAJAR ISLAM SEMESTER 4 DI KOLEJ KOMUNITI

    TEMERLOH

    Muhammad Iswan bin Ismail, Siti Norsiah binti Ahmad dan Azlina binti Johan

    Abstrak

    Kajian dilaksanakan bagi menguji sejauh mana keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta

    dapat meningkatkan penghayatan akhlak dan kecemerlangan dalam kehidupan di kalangan

    pelajar Islam Semester 4 di Kolej Komuniti Temerloh. Kajian dilaksanakan dalam bentuk tinjauan

    deskriptif yang hanya melibatkan sampel seramai 24 orang pelajar beragama Islam hasil daripada

    pilihan secara rawak daripada pelbagai program di Kolej Komuniti Temerloh. Sebanyak 24 item

    soalan digunakan sebagai instumen kajian berdasarkan skop dan spesifikasi objektif yang telah

    ditetapkan. Kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan diuji dan dinilai menggunakan kaedah

    Alfa Cronbach. Nilai hasil kebolehpercayaan sebelum program ini diuji ialah 0.929 manakala nilai

    kebolehpercayaan sebanyak 0.913 diperolehi setelah program dilaksanakan. Data-data yang

    dikumpul, dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)for Windows Version Versi 16.0.

    Kesahan item-item soalan diperolehi menerusi perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa

    Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh (UpeN) dan Ketua Unit Pengajian Am

    (Pendidikan Islam). Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa Program 3 Hari

    Mencari Cinta dapat memberi kesan yang positif dalam meningkatkan penghayatan akhlak dan

    kecemerlangan dalam kehidupan di kalangan pelajar Islam Semester 4 di Kolej Komuniti

    Temerloh. Terdapat beberapa cadangan yang diusul bagi membuat penambahbaikan daripada

    program serta mempelbagaikan alternatif serta kaedah dalam meningkatkan penghayatan akhlak

    dan kecemerlangan dalam kehidupan pelajar sebagai garis panduan untuk kegunaan di masa

    akan datang. Diharap, keputusan yang diperolehi daripada analisis kajian yang dibuat dapat

    memberi sedikit sebanyak panduan kepada individu mahupun organisasi khususnya warga Kolej

    Komuniti Temerloh dalam memantapkan penghayatan akhlak dan kecemerlangan dalam

    kehidupan dikalangan pelajar sekaligus melahirkan graduan yang berkualiti dalam memenuhi

    kehendak dan keperluan agama, bangsa dan negara.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    2/31

    1.0 Pengenalan

    Visi utama Kolej Komuniti Kementerian

    Pengajian Tinggi adalah menjadi pusat

    perkembangan pendidikan dengan

    iltizam untuk membina komuniti yang

    berilmu dan berkemahiran seiring

    dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Kolej Komuniti Temerloh

    pada khususnya tidak lari dengan

    matlamat utamanya dalam

    membekalkan ilmu kemahiran dan

    menawarkan kursus-kursus tertentu

    kepada komuniti setempat. Walaupun

    perniagaan utama (core business)

    jabatan adalah dalam bidang

    pendidikan, namun jabatan tidak akan

    lari dengan prinsip Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang telah ditetapkan.

    Berdasarkan Wikipedia (2012), antara

    yang terkandung dalam Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan ialah

    memperkembangkan potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani

    berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

    adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

    yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta

    memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara.

    Berdasarkan intipati Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan berikut, faktor

    tambahan dalam melahirkan graduan

    yang berkualiti, warga Kolej Komuniti

    Temerloh khususnya tidak lari daripada

    penekanan akan kepentingan

    penghayatan akhlak dan kecemerlangan

    hidup dalam setiap diri pelajar.

    Berikutan daripada beberapa kes-kes

    yang dilaporkan dan hasil pemerhatian

    yang dibuat selama setahun, Unit

    Psikologi dan Kerjaya telah merancang

    pengisian dan melaksanakan Program 3

    Hari Mencari Cinta sebagai salah satu

    alternatif pemulihan permasalahan yang

    berlaku dikalangan pelajar. Objektif

    utama Program 3 Hari Mencari Cinta

    digubal berdasarkan tinjauan

    pemerhatian yang menggambarkan pola

    penghayatan yang agak rendah dalam

    beberapa aspek akhlak yang kritikal

    dikalangan pelajar Kolej Komuniti

    Temerloh. Walaubagaimanapun, skop

    ini dikecilkan lagi bagi mereka yang

    beragama Islam bagi melihat sejauh

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    3/31

    mana keberkesanan penghayatan akhlak

    dan kecemerlangan dalam hidup sebati

    dalam diri peserta yang terpilih dalam

    cara hidup Islam.

    2.0 Permasalahan Dan TujuanKajian

    Sepanjang tahun 2011, berdasarkan

    hasil daripada laporan yang diterima

    daripada pelajar dan staff, hasil

    pemerhatian yang dibuat, hasil aktiviti

    kaunseling yang dilaksanakan

    mendapati kebanyakan pelajar Kolej

    Komuniti Temerloh khususnya yang

    beragama Islam kurang mengamalkan

    cara hidup Islam secara sempurna.

    Ketika sesi pengkuliahan Pengajian Am

    bagi subjek Agama Islam, berdasarkan

    pemerhatian, tugasan, kuiz dan ujian

    yang diperolehi pelajar Islam

    menunjukkan dari segi praktikalnya

    kebanyakan daripada pelajar tidak

    mengamalkan ajaran Islam yang

    sempurna. Sesi amali yang dijalankan

    menunjukkan bahawa amalan kritikal

    seperti konsep dan amalan solat,

    berwudu, pengamalan serta pembacaan

    alquran dan sunnah seperti tidak

    dititikberatkan dalam diri mereka.

    Mereka kelihatan tidak mengendahkan

    kewajipan sebagai umat dan khalifah di

    muka bumi ini. Meninggalkan solat

    tanpa sebab dan musabab, wudhu yang

    tidak sempurna, aurat yang tidak dijaga

    dan adab pergaulan bagaikan tiada

    batasan memungkinkan gejala sosial

    mula menular dikalangan pelajar Kolej

    Komuniti Temerloh.

    Tambahan lagi, berdasarkan statistik

    daripada Unit Hal Ehwal Pelajar di

    bawah seliaan Unit Disiplin merekodkan

    hampir RM 600 saman dikeluarkan

    sepanjang tahun 2011. Antara rekod

    kesalahan disiplin yang direkodkan

    adalah seperti kesalahan dari segi

    pemakaian, merokok, kesalahan lalu

    lintas, barang rampasan dan sebagainya.

    Walaubagaimanapun, kesalahan

    tertinggi yang dicatatkan adalah dari

    segi pemakaian pelajar. Apa yang dapat

    disimpulkan disini, pelajar tidak

    mengamalkan cara pemakaian yang

    telah ditetapkan di peringkat kolej

    sekaligus menunjukkan tahap disiplin

    dikalangan mereka rendah. Antara

    contoh kesalahan kronik dikalangan

    pelajar ialah memakai pakaian yang

    tidak bersesuaian serta menjolok mata,

    rambut yang tidak terurus dan

    mempunyai trend yang kelihatan

    seperti budaya negatif, kasut yang tidak

    memenuhi spesifikasi yang ditetapkan,

    kebersihan diri tidak terurus, tidak

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    4/31

    memakai kad matrik sebagai pengenalan

    pelajar dan sebagainya. Akibat daripada

    dendaan tersebut, Unit Pentadbiran

    melaporkan telah menerima sebanyak

    RM 305.00 hasil daripada pembayaran

    yang telah dilunaskan pelajar yang

    terlibat.

    Selain itu, rentetan daripada masalah

    yang berlaku sepanjang sesi

    pengkuliahan yang dilaporkan oleh

    pensyarah kelas membawa kepada sesi

    kaunseling antara Pegawai Kaunseling

    dan pelajar. Antara kes-kes yang

    membawa kepada rentetan ini adalah

    seperti masalah kehadiran yang kurang

    daripada 80 % bagi satu-satu sesi yang

    ditetapkan, ponteng kelas dan hadir

    lambat ke kelas. Episod daripada itu,

    menyebabkan pelajar yang berkenaan

    kebanyakkan memperolehi keputusan

    penilaian berterusan yang kurang

    memuaskan malah tidak berjaya

    menyelesaikan tugasan yang diberikan.

    Masalah akan semakin menular apabila

    pelajar tersebut ditahan daripada

    menduduki peperiksaan akhir sekaligus

    memberi kesan yang negatif bagi proses

    penilaian dan pembelajaran pensyarah

    modul berkenaan. Jika dikaji daripada

    kronologi asal kes ini berlaku hanya

    berpunca daripada masalah disiplin

    masa pelajar tersebut.

    Perkembangan teknologi tidak lari

    dalam hidup pelajar kolej.

    Perkembangan ini bagaikan disalah

    guna pelajar sehingga leka dengan

    teknologi dan kurang menggunakan ke

    arah yang lebih bermanfaat. Akibatnya

    mereka kurang menjaga waktu rehat

    dan tidur sehingga menghabiskan waktu

    malam bersama game, chatting di

    laman sosial, menonton moviesehingga

    larut malam. Kes ini membawa punca

    pelajar tidak fokus ketika berada di sesi

    kuliah. Kes ini membawa kepada

    rentetan tidak faham dan tiada sebarang

    input berguna dapat diperolehi oleh

    mereka ketika sesi sepanjang

    pengkuliahan yang dihadiri. Mereka

    bagaikan masuk telinga kanan keluar

    telinga kiri. Dengan ini, mereka mula

    hilang minat untuk belajar serta hilang

    fokus akan tujuan sebenar hadir dan

    daftar pada hari pertama di Kolej

    Komuniti Temerloh. Kes ini juga

    menyebabkan kebanyakan daripadanya

    hampir berputus asa apabila ditimpa

    kegagalan.

    Sementelahan lagi, masalah hubungan

    dan pergaulan dengan erti kata mudah

    hubungan cinta berlainan jantina

    bagaikan kurang batasan antara satu

    sama lain. Ada di antara mereka

    semakin berani membonceng motosikal

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    5/31

    berlainan jantina di dalam kawasan

    kolej. Mereka bagaikan menganggap

    ianya sebagai suatu perkara remeh.

    Pada dasarnya, perkara-perkara seperti

    ini boleh mendorong kepada kes-kes

    yang lebih berat lagi pada suatu masa

    akan datang. Terdapat sebahagian kes

    dirujuk kepada penjaga pelajar. Namun

    hubungan kurang baik diantara pelajar

    dan keluarga sendiri kadangkala

    merumitkan lagi Unit Psikologi dan

    Kerjaya dalam mengatasi masalah

    tersebut.

    Sikap negatif dan mentaliti yang rendah

    dikalangan sebahagian pelajar

    kadangkala agak merunsingkan warga

    kolej. Antara amalan murni yang kurang

    diamalkan adalah sikap hormat

    menghormati, memberi salam, menjaga

    keperibadian yang mulia, bersabar dan

    bersyukur dengan apa yang ada. Pernah

    terjadi kes dimana pelajar kelihatan

    seperti kurang ajar kepada pensyarah

    yang telah menegur akan kesalahannya.

    Pelajar tersebit bagaikan kurang

    berpuas hati atas teguran yang

    diberikan dan memberikan kata-kata

    yang kurang enak didengari. Daripada

    sudut ini, didapati kelihatan seperti

    pelajar tersebut tidak meletakkan

    pensyarah sebagai seorang yang perlu

    dipandang tinggi kerana telah

    mencurahkan ilmu yang berguna untuk

    kepentingan mereka.

    Persaan cinta pada ilmu mendorong

    pelajar sentiasa menghargai setiap

    pengetahuan dan pengalaman yang

    diperolehi dalam setiap masa. Ada

    diantara mereka bagaikan dipaksa

    untuk datang belajar di Kolej. Hal ini

    membawa kepada sikap kurang

    mengambil peduli akan ilmu yang

    dituntut di dalam kelas. Mereka

    bagaikan endah tidak endah akan ilmu

    yang diberi dan membuat tugasan

    seperti melepaskan batuk ditangga.

    Maka, dengan ini mereka kurang untuk

    berdaya kreatif dan berinovatif. Sentiasa

    rasa diri, sentiasa berada di zon selesa

    dan tidak berdaya saing untuk berubah

    kepada jauh lebih baik. Mereka akan

    sentiasa berada ditakuk lama dan tidak

    pernah berusaha untuk berfikir dari luar

    kotak. Ini membuktikan bahawa mereka

    kurang menggunakan teknologi kearah

    kebaikan. Ada diantara mereka kurang

    minat membaca buku, artikel, majalah

    yang berilmiah. Maka, melalui faktor

    inilah menjadi sebab utama mereka

    kurang menjana idea yang bernas akibat

    daripada tidak bijak dalam mencari

    rujukan dan panduan yang berguna.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    6/31

    Berikutan daripad kes-kes yang terjadi,

    dengan ini ianya telah memberi

    gambaran yang jelas bahawa pelajar

    Kolej Komuniti Temerloh masih berada

    di pola penghayatan yang rendah

    daripada segi akhlak dan

    kecemerlangan dalam kehidupan

    seharian. Bagi mengubah dan

    memulihkan amalan ini, Program 3 Hari

    Mencari Cinta diatur rapi bagi melihat

    hasil keberkesanan skop penyelidikan

    yang dicadangkan bagi meneliti tahap

    perubahan penghayatan akhlak dan

    kecemerlangan yang berlaku pada diri

    mereka.

    Kajian yang dijalankan adalah berbentuk

    deskriptif yang mana menerangkan data

    yang diperolehi dalam bentuk jadual

    yang diambil dari borang soal selidik.

    Setelah itu, dapatan yang diperolehi

    telah dikelaskan kepada 2 bahagian

    mengikut aspek yang telah ditetapkan

    secara kuantitatif. Melalui kajian ini

    penyelidik ingin melihat hubungan

    antara sejauh mana Program 3 Hari

    Mencari Cinta memberi keberkesanan

    perubahan pelajar dalam penghayatan

    akhlak dan kecemerlangan dalam

    kehidupan. Oleh yang demikian,

    kesemua sampel pelajar yang terlibat

    terdiri daripada 24 orang pelajar Islam

    tahun akhir.

    Instrumen yang digunakan bagi kajian

    ini ialah dengan menggunakan set soal

    selidik yang terbahagi kepada 3

    bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

    Bahagian A mempunyai 4 soalan

    berkaitan maklumat diri pelajar.

    Bahagian B merangkumi soalan

    berkaitan denngan membaiki dan

    melaksanakan cinta sebenar mengikut

    landasan Islam manakaa bahagian C

    menerangkan tentang persoalan

    berkaitan melahirkan pelajar cemerlang

    dan berakhlak mulia. Item bagi

    instrumen ini berdasarkan Skala Likert

    lima mata yang mengandungi lima nilai

    iaitu Sangat Tidak Setuju (1), Tidak

    Setuju (2), Kurang Setuju (3), Setuju (4)

    dan Sangat Setuju (5). Sebanyak 24

    borang selidik telah dikumpulkan dan

    digunakan sepenuhnya bagi tujuan

    kajian ini.

    3.0 Isu Keperihatinan Yang Dikaji

    Akhlak merupakan suatu keadaan atau

    sifat yang ada di dalam diri atau jiwa

    manusia yang telah tetap, sehingga

    dengan mudah melahirkan perlakuan

    atau perilaku yang baik atau buruk

    tanpa difikir atau dirancang terlebih

    dahulu (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    7/31

    Tambahan lagi, Jalaluddin dan Usman

    (1994) menegaskan bahawa kewujudan

    akhlak yang mulia terlihat di dalam

    sikap pengabdian (sikap dan

    tingkahlaku) seseorang hamba kepada

    Allah SWT dan kepada persekitarannya,

    baik kepada sesama manusia, mahupun

    terhadap alam sekitar.

    Ab. Halim dan Zarin (2002) pula

    merumuskan bahawa akhlak ialah satu

    set kepercayaan, undang-undang dan

    sistem yang berkaitan dengan kelakuan

    atau tindakan manusia yang

    menentukan sesuatu perkara itu baik

    atau buruk, dan betul atau salah dalam

    konteks ketauhidan manusia kepada

    Allah S.W.T.

    Perkataan akhlak adalah kata jamak dari

    khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau

    akhlaq ialah bentuk kejadian manusia

    dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah

    akhlak Islam, Miskawaih (1966) pula

    merumuskan bahawa akhlak ialah suatu

    keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs)

    yang mendorong diri atau jiwa untuk

    melakukan sesuatu perbuatan atau

    tindakan dengan senang tanpa didahului

    oleh daya pemikiran, kerana sudah

    menjadi sifat atau kebiasaan.

    Menurut Wikipedia (2012), akhlak

    merupakan suatu tingkah laku, namun

    tingkah laku tersebut harus dilakukan

    secara berulang-ulang dan tidak cukup

    hanya sekali melakukan perbuatan

    baik. Seseorang dapat dikatakan

    berakhlak jika timbul dorongan

    motivasi dari dalam diri dan dapat

    melalukannya tanpa banyak

    pertimbangan pemikiran dan sentiasa

    diamalkan tanpa sebarang

    paksaan. Seseorang yang berakhlak

    adalah individu yang mengamalkan

    sikap yang baik dan positif tanpa

    sebarang paksaan.

    Berdasarkan Encyclopedia Brittanica

    (2012), akhlak disebut

    sebagai ilmu akhlak yang mempunyai

    definisi pembelajaran

    yang sistematiktentang tabiat

    seseorang. Antara yang terkandunga di

    dalamnya ialah nilai baik, buruk, benar,

    salah dan sebagainya. Prinsip umum

    yang diterapkan ini disebut

    sebagai filsafatmoral.

    Akhlak yang baik dan terpuji selalunya

    dikaitkan dengan kemampuan

    seseorang dalam melaksanakan amalan

    yang baik, sedar akan kepentingan

    akhlak serta mempunyai jiwa yang

    cenderung untuk melakukan perkara

    http://id.wikipedia.org/wiki/Tingkah_lakuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Motivasihttp://id.wikipedia.org/wiki/Ilmuhttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistematik&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Tabiat&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Nilaihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Baik&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruk&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Filsafathttp://id.wikipedia.org/wiki/Moralhttp://id.wikipedia.org/wiki/Moralhttp://id.wikipedia.org/wiki/Filsafathttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruk&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Baik&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Nilaihttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Tabiat&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistematik&action=edit&redlink=1http://id.wikipedia.org/wiki/Ilmuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Motivasihttp://id.wikipedia.org/wiki/Tingkah_laku
  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    8/31

    yang baik. Daripada segi agama, akhlak

    merupakan sifat atau watak yang

    dibawa seseorang hasil daripada didikan

    keperibadian keluarga yang wujud

    dalam diri tanpa sebarang paksaan.

    Akhlak ini membawa kepada kewajipan

    manusia terhadap tuhannya kerana

    iannya merupakan ruang lingkup yang

    sangat luas mencakupi seluruh aspek

    kehidupan, Akhlak peribadi seseorang

    selalunya berkait dengan diri seseorang

    yang menginsafi, menyedari,

    mengamalkan budi yang tinggi pada

    setiap perbuataanya. Akhlak

    berkeluarga pula meliputi kewajipan

    kepada orang tua, anak serta saudara

    mara. Antara pengisisannya ialahi

    mendidik serta memberi ajaran yang

    baik, bersikap lemah lembut, berkasih

    sayang, memberi pertolongan, mencintai

    dan berbahagia dengan ahli keluarga.

    Akhlak bermasyarakat merangkumi

    dalam memberi manfaat kepada orang

    di sekitar, menolak kemudharatan dan

    sentias hormat pada jiran tentangga.

    Berbakti dan sedia berkorban demi

    mempertahankan kemuliaan tanah air

    merupakan salah satu intipati dalam

    mengamalkan akhlak bernegara.

    Kecemerlangan dalam hidup membawa

    kepada maksud sangat indah dan baik.

    Menurut mana-mana kamus tersohor

    (Oxford, Webster dan Wikipedia)

    mengaitkan perkataan cemerlang

    dengan

    perkataan outstanding dan habit.

    Manakala Anuar Ahmad,di dalam

    blognya mengatakan kecemerlangan

    merupakan pencapaian yang mencapai

    kualiti yang telah ditetapkan.

    Menurut Ahmad Sarji Abdul Hamid,

    (2001) Ada cendekiawan Islam yang

    menyatakan bahawa anugerah Allah

    S.W.T yang terbaik bagi manusia ialah

    zaman belianya. Zaman pemuda adalah

    zaman yang paling gemilanga bagi setiap

    orang. Aman pemuda juga adalah zaman

    produktif, membangun dan membina.

    Zaman pemuda sebenarnya adalah

    zaman kekuatan di antara dua

    kelemahan, iaitu kelemahan di zaman

    kanak-kanak dan di zaman tua. Maka,

    dengan ini seelok-eloknya pada era ini

    pelajar perlu siap sedia dibekalkan akan

    keperibadian yang cemerlang agar tidak

    mudah gagal dengan kehidupan.

    Mohd Ismail Bin Mustari (1999) melalui

    penulisannya beliau menyimpulkan

    bahawa ciri-ciri insan yang cemerlang

    perlu diusahakan oleh setiap pemuda

    mahupun pemudi. Sesiapa sahaja yang

    inginkan kecemerlangan mereka

    perlulah mempunyai sifat-sifat seperti

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    9/31

    beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak,

    Ithar (mengutamakan saudara seagama

    lebih dari diri sendiri), beristiqomah di

    dalam melakukan ketaatan, ikhlas dan

    bertawakkal kepada Allah.

    Samuel A Cypert (2002) mengemukakan

    17 teori kejayaan secara umum yangg

    merangkumi prinsip-prinsip yang

    berkaitan dengan sikap, keperibadian,

    persaudaraan, intelek dan kerohanian.

    Bagi prinsip sikap ianya meliputi mental

    yang positif, pasti dengan tujuan hidup,

    bekerja melebihi daripada apa yang

    diperlukan dan sentiasa belajar dengan

    setiap kekalahan atau kegagalan yang

    dialami. Prinsip keperibadian menyerlah

    apabila individu mempunyai inisiatif

    dalam pelbagai perkara, antusiasme,

    menyenangkan dalam pergaulan,

    berdisiplin, bijak mengawal waktu dan

    wang dan bijak menjaga kesihatan

    mental dan fizikal. Dari segi prinsip

    persaudaraan merangkumi kekuatan

    ikatan silaturahim dan semangat kerja

    berpasukan yang kuat. Apabila prinsip

    intelek disentuh antara beberapa

    perkara yang terkandung didalamnya

    adalah seperti mempunyai wawasan

    yang kreatif, perhatian yang terkawal

    dan berfikir secara tepat. Prinsip

    kerohanian lebih terarah kepada

    penghayatan iman dan kekuatan dari

    segi hukum universal.

    Nor Asmahan Abdul Kadir (2012) di

    dalam penulisannya menyatakan

    Konsep kecemerlangan menurut

    perspektif Islam menekankan budaya

    itqan dan sentiasa berusaha

    meningkatkan kualiti secara berterusan.

    Individu yang cemerlang sentiasa

    bermusabah dan sentiasa berhijrah ke

    arah kebaikan secara berterusan. Zahir

    Zainudin (2012), di dalam blognya

    menyatakan kecemerlangan bukanlah

    terhad kepada memiliki harta atau aset

    yang banyak, sebaliknya kecemerlangan

    ataupun kejayaan ialah keupayaan

    bergerak dari satu kegagalan atau

    kekecewaan tanpa hilang keinginan

    untuk berusaha dan meraih kejayaan.

    4.0 Objektif Kajian

    Objektif Umum :

    Meningkatkan penghayatan akhlak dan

    kecemerlangan dalam kehidupan di

    kalangan pelajar Islam Semester 4 di

    Kolej Komuniti Temerloh

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    10/31

    Objektif Khusus :

    1. Membaiki dan melaksanakancinta sebenar mengikut landasan

    Islam

    2. Melahirkan pelajar cemerlangdan berakhlak mulia

    3. Mencari kaedah terbaik dalammeningkatkan kesedaran akan

    kepentingan akhlak dan

    kecemerlangan dalam kehidupan

    di kalangan pelajar Islam

    Semester 4 di Kolej Komuniti

    Temerloh

    5.0 Kumpulan Sasaran

    Kajian ini telah melibatkan seramai 24

    orang pelajar Islam yang dipilih secara

    rawak bagi pelajar Semester 4 sesi

    Januari 2012.

    6.0 Tindakan Yang Dicadangkan

    Unit Psikologi dan Kerjaya telah

    melaksanakan sebuah program khusus

    buat pelajar Islam bagi melahirkan

    kesedaran dikalangan mereka akan

    kepentingan akhlak dan kecemerlangan

    diri dalam kehidupan. Bagi memastikan

    program tidak membosankan, Program

    3 Hari Mencari Cinta dianjurkan dan

    setiap aktiviti yang disusun dirancang

    rapi bagi memastikan setiap slot yang

    diberi memberi pengisian yang berguna

    kepada peserta.

    Program 3 Hari Mencari Cinta

    dilaksanakan selama 3 Hari 2 Malam di

    Sabak Bernam pada 20 23 Mac 2012.

    Program yang dianjurkan dilakukan di

    luar kawasan kuliah bagi memberi

    semangat dan mood yang segar bagi

    menghilangkan rasa penat dan lelah

    sepanjang tempoh pengajian dan sesi

    pembelajaran di dalam bilik kuliah di

    Kolej. Walaupun program dilaksanakan

    secara santai, namun setiap slot yang

    dirancang mempunyai tujuan dan

    objektif yang perlu diambil iktibar oleh

    setiap peserta. Tambahan lagi,

    pengalaman dan pengetahuan yang

    berharga ini dapat memberi seribu satu

    pengertian buat peserta dalam

    menempuhi kehidupan sebenar di alam

    kerjaya kelak.

    Berikut merupakan tentatif yang telah

    dilaksanakan sepanjang program 3 hari

    tersebut berlangsung :

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    11/31

    Hari Pertama : 7 April 2011 (Sabtu)

    Masa Aktiviti

    09.00 am 10.00 am Persiapan barang yang perlu di bawa ke Resort

    10.00 am 01.00 pm Makan tengahari di Kuala Selangor02.00 pm 02.30 pm Perjalanan ke Dorani Bayu Resort

    02.30 pm 03.30 pm Pendaftaran/Taklimat

    04.30 pm 05.30 pm Minum petang

    06.00 pm 09.00 pm Makan Malam / Solat Maghrib/ Bacaan Yassin/ Solat

    Isyak

    09.00 pm 11.00 pm Taaruf & Cermin diri

    11.00 pm Minum Malam

    Hari Kedua : 8 April 2012 (Ahad)

    06.00 am 07.00 am Solat subuh & kuliah subuh

    Tajuk : Hati yang keras

    07.00 am 07.30 am Senaman pagi

    07.30 am 08.30 am Sarapan pagi

    08.30 am 10.30 am Bengkel : Rahsia lelaki & perempuan

    10.30 am 11.00 am Minum pagi & Solat Dhuha

    11.00 am 12.30 pm Islam Bongkar Rahsia Novel Syahadah Gadies Aties

    12.30 pm 02.00 pm Makan Tengahari & Solat Zohor

    02.00 pm 04.00 pm Ceramah : Sinar Cahaya Mualaf

    04.00 pm 05.00 pm Minum Petang/ Solat Asar

    05.00 pm 06.00 pm Tuju Tin

    06.00 pm 09.00 pm Makan Malam / Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat

    Isyak

    Tajuk : Mengamit Rasa Cinta Ibu Bapa

    09.00 pm 11.00 pm LDK

    11.00 pm Minum Malam

    Hari Ketiga : 9 April 2012 (Isnin)

    04.30 am 06.00 am Qiamulail

    06.00 am 07.00 am Solat Subuh & Kuliah Subuh

    Tajuk : Kiamat Makin Dekat

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    12/31

    07.30 am 08.30 am Sarapan Pagi

    08.30 am 10.00 am LDK

    10.00 am 12.00 pm Aktiviti Mencari Kerang

    12.30 am 01.00 pm Majllis PenutupOleh : Encik Mohd Nor Hafiz

    (Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat)

    01.00 pm 01.30 pm Makan Tengahari

    Jadual 1 : Tentatif Program 3 Hari Mencari Cinta

    7.0 Dapatan Kajian Dan AnalisisData

    7.1 Analisis DemografiPelajar

    Analisis bagi soalan bahagiandemografi hanya melibatkan nilai

    kekerapan dan peratusan bagi

    responden yang terlibat.

    Tujuannya adalah sekadar

    menerangkan tentang maklumat

    peribadi peserta yang terlibat.

    Gambarajah 1 : Taburan Jantina

    Responden

    Gambarajah 1 memaparkan

    maklumat seramai 24 orang

    pensampelan terlibat 50%daripadanya terdiri daripada

    perempuan. Ini bermakna 12

    orang sampel data tersebut

    terdiri daripada mereka yang

    berjantina lelaki.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    13/31

    Gambarajah 2 : Taburan Tahap

    Akademik Responden

    Merujuk pada gambarajah 2

    memaparkan 66.7 % atau

    seramai 16 orang pelajar secara

    majoritinya mempunyai tahak

    akademik sekurang-kurangnya

    pemegang Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM). Lebihan

    daripadanya mempunyai tahap

    akademik setaraf sijil iaitu

    seramai 6 orang mewakili 25 %

    dan 2 orang lagi yang mewakili

    8.3 % sekurang-kurangnya

    mempunyai tahap akademik

    setahap Sijil Tinggi Pelajaran

    Malaysia (STPM).

    Gambarajah 3 : Taburan Program

    Responden

    Berdasarkan gambarajah 3, dapat

    dilihat sebanyak 13 orang yang

    mewakili 54.2 % merupakan

    pelajar daripada Program Sijil

    Teknologi Maklumat. Seramai 8

    orang responden mewakili 33.3

    % merupakan pelajar Sijil Fesyen

    Pakaian, dan selebihnya terdiri

    daripada 1 orang mewakili 4.2 %

    daripada 3 program berlainanan

    iaitu Program Sijil Modular

    Pakaian Wanita, Program Sijil

    Modular Pakaian Lelaki dan Sijil

    Modular Pengurusan PerisianPejabat.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    14/31

    Gambarajah 4: Taburan Umur

    Respoden

    Secara majoritinya, apabila

    merujuk kepada gambarajah 4

    seramai 18 orang responden

    yang mewakili 75% terdiri

    daripada mereka yang berumur

    di antara 21 hingga 25 tahun.

    Manakala sebaliknya, seramai 6orang sampel pelajar merupakan

    mereka yang berumur diantara

    15 hingga 20 tahun di mana ianya

    mewakili sebanyak 25 %

    daripada keseluruhan responden.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    15/31

    7.2 Analisis Berkenaan Keberkesanan Membaiki Dan Melaksanakan Cinta Sebenar Mengikut Landasan Islam

    Gambarajah 5 : Graf Sebelum Dan Selepas Program Dalam Melihat Sejauh Keberkesanan Membaiki dan Melaksanakan Cinta

    Sebenar Mengikut Landasan Islam Dalam Bentuk Kekerapan Dan Peratus

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    16/31

    Gambarajah 6 : Graf Sebelum Dan Selepas Program Dalam Melihat Sejauh Keberkesanan Membaiki dan Melaksanakan Cinta

    Sebenar Mengikut Landasan Islam Dalam Bentuk Nilai Min dan Sisihan Piawai

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    17/31

    Dapatan kajian ini dibentangkan dalam

    bentuk graf menaik dan menurun telah

    diringkaskan berserta dengan

    penjelasannya sepertimana yang

    berikut. Setiap data yang diperolehi

    dianalisis dengan menggunakan perisian

    Statistical Package for the Social

    Sciences Versi 16 (SPSS). Antara

    maklumat utama yang dianalisis

    daripada data kajian adalah dalam

    bentuk kekerapan, peratus, min dan

    sisihan piawai. Berikut merupakan

    beberapa maklumat khusus bagi yang

    digunakan sepanjang proses analisis

    dilaksanakan. Berikut merupakan

    panduan bagi simbol yang digunakan

    pada gambarajah graf yang disediakan :

    Nota skala likert (gambarajah 5 & 7) Nota nilai min (gambarajah 6 & 8)

    1/Biru Sangat setuju 1.00

    1.99

    Tahap amat tidak baik

    2/Merah Setuju 2.00

    2.99

    Tahap tidak baik

    3/Hijau Kurang setuju 3.00

    3.99

    Tahap sederhana baik

    4/Ungu Tidak setuju 4.00 4.49

    Tahap baik

    5/Biru laut Sangat tidak setuju 4.50

    5.00

    Tahap amat baik

    Simbol khusus gambarajah 5 & 7 Simbol khusus gambarajah 6 & 8

    B1 B10 10 Soalan bahagian B Biru Min sebelum program

    Simbol khusus gambarajah 5 & 6 Merah Min selepas program

    C1 C10 10 soalan bahagian C Hijau Sisihan piawai sebelumprogram

    Simbol khusus gambarajah 5 & 7 Ungu Sisihan piawai selepas

    program

    N1 Kekerapan sebelum program

    N2 Kekerapan selepas program

    Jadual 2 : Panduan graf bagi gambarajah 5 hingga 8

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    18/31

    Gambarajah 5 dan 6 merupakan graf

    yang terhasil daripada analisis bagi

    soalan bahagian B iaitu berkenaan

    keberkesanan membaiki dan

    melaksanakan cinta sebenar mengikut

    landasan Islam. Gambarajah 5 adalah

    keputusan yang berbentuk nilai

    kekerapan dan peratusan manakala

    gambarajah 6 merupakan keputusan

    berbentuk nilai min dan sisihan piawai.

    Bagi pernyataan Saya sentiasa

    memastikan Solat Fardhu 5 waktu

    dilaksanakan setiap hari, didapati nilai

    min sebelum program adalah 3.04 yang

    bermaksud secara keseluruhan

    responden berada ditahap sederhana

    baik. Namun begitu nilai min meningkat

    ke 4.33 yang merupakan tahap baik

    selepas program berlangsung. Ini

    menunjukkan perkembangan positif

    walaupun nilai min kelihatan meningkat

    tidak secara mendadak.

    Seterusnya, bagi pernyataan Saya

    sentiasa berdoa kepada Allah ketika

    sebelum program berlangsung seramai

    2 orang pelajar mewakili 8.3%

    menyatakan ia berada pada skala sangat

    tidak setuju, 8 orang pelajar mewakili

    33.3 % menyatakan tidak setuju, 4

    orang pelajar mewakili 16.7 %

    menyatakan kurang setuju, 5 orang

    pelajar mewakili 20.8% menyatakan

    setuju dan 5 orang pelajar selebihnya

    mewakili 20.8 % menyatakan sangat

    setuju. Nilai min yang terhasil sebelum

    program ialah sebanyak 3.71 dimana

    ianya ditahap sederhana baik. Setelah

    program dilaksanakan, dapat dilihat

    terdapat peningkatan pada nilai min

    yang terhasil iaitu sebanyak 4.38 yang

    mana ianya berada pada tahap baik.

    Sementara itu, bagi pernyataan Saya

    bersyukur dengan apa yang ditakdirkan

    dalam hidup saya, terdapat kesan yang

    baik hasil daripada program yang

    dijalankan di mana seramai 16 orang

    pelajar mewakili 66.7% sangat bersetuju

    berbanding dengan nilai sebelum iaitu

    12 orang pelajar sahaja yang mewakili

    41.7%, 7 orang pelajar mewakili 29.2%

    menyatakan setuju berbanding nilai

    sebelum 3 orang pelajar mewakili

    12.5%. Selain itu, 1 orang pelajar

    mewakili 4.3% menyatakan kurang

    setuju jika dibandingkan dengan nilai

    sebelum program iaitu 5 orang pelajar

    mewakili 20.8%. Tiada pelajar memilih

    untuk menyatakan mereka tidak setuju

    dan sangat tidak setuju berbanding

    dengan kekerapan sebelum program 5

    orang pelajar mewakili 20.8% memilih

    tidak setuju dan 6 orang pelajar

    mewakili 25.0% memilih sangat tidak

    setuju. Data dikukuhkan lagi dengan

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    19/31

    nilai min yang terhasil sebanyak 4.63

    pada tahap amat baik berbanding

    dengan nilai awal sebelum program

    hanya sebanyak 3.71 pada tahap

    sederhana baik.

    Apabila penyelidik meneliti nilai min

    sebelum program bagi pernyataan Saya

    tahu tentang sejarah Rasulullah S.A.W

    secara terperinci didapati peningkatan

    berlaku daripada 2.88 pada tahap tidak

    baik berubah kepada 3.96 pada tahap

    sederhana baik. Hasil daripada program

    mendapati 8 orang mewakili 33.3%

    sangat setuju dengan kenyataan

    tersebut, 7 orang mewakili 29.2%

    setuju dan selebihnya secara majoriti 9

    orang mewakili 37.5% kurang setuju

    dengan kenyataan sejarah Rasulullah

    S.A.W.

    Merujuk kepada gambarajah graf yang

    terhasil, pernyataan Saya tahu ciri-ciri

    keperibadian Rasulullah S.A.W secara

    terperinci menunjukkan perbezaan nilai

    min daripada 2.88 padatahap tidak baik

    meningkat kepada 3.96 sederhana baik.

    Ini menunjukkan program ini sedikit

    sebanyak memberi kesedaran kepada

    mereka akan kepentingan penghayatan

    dalam keperibadian Rasulullah S.A.W

    yang mulia sekaligus perlu dicontohi

    dalam kehidupan mereka.

    Keputusan data yang diperolehi didapati

    bahawa melalui perlaksanaan program,

    pelajar cuba untuk mengamalkan sikap

    untuk sentiasa memaklumkan kepada

    ibu bapa berkenaan dengan aktiviti

    mereka setiap hari. Ia diperakui oleh

    pelajar dimana seramai 14 orang pelajar

    mewakili 58.3% memilih kenyataan

    sangat setuju akan pernyataan yang

    diberikan. Manakala nilai minnya juga

    menunjukkan tahap yang sederhana

    baik iaitu dengan nilai 3.76. Sementara

    itu, hasil keputusan selepas program

    pula menunjukkan bahawa ia berada

    pada tahap baik dengan nilai min

    sebanyak 4.38.

    Sebanyak 12 orang pelajar sangat setuju

    bahawa program yang telah mereka

    sertai menjadikan mereka mula untuk

    meluangkan masa untuk ibu bapa

    masing-masing. Jumlah ini mewakili

    50% daripada jumlah responden yang

    terlibat. 8 orang pelajar mewakili 33.3%

    setuju dan selebihnya 4 orang pelajar

    mewakili masih 16.7 % masih kurang

    setuju. Namun begitu, nilai min yang

    dicatatkan telah meningkat apabila

    dibandingkan dengan nilai sebelum

    program sebanyak 2.92 pada tahap

    kurang baik kepada nilai 3.71 pada

    tahap sederhana baik.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    20/31

    Berdasarkan pernyataan ke 8, yang

    menjelaskan Saya tidak mempunyai

    rakan berlainan jantina di dalam laman

    sosial seperti Facebook, Twitter, BBM

    dan sebagainya menunjukkan nilai min

    responden daripada 2.92 pada tahap

    kurang baik bertukar kepada 3.71 pada

    tahap sederhana baik setelah program

    berlangsung. Seramai 8 orang pelajar

    mewakil 33.3% setuju jika dibandingkan

    dengan nilai sebelumnya hanya 4 orang

    pelajar mewakili 16.7% manakala nilai

    mereka yang sangat kurang setuju masih

    kekal pada nilai asal sebelum dan

    selepas program iaitu kekal pada nilai

    kekerapan 2 orang pelajar yang

    mewakili 8.3%.

    Hasil dari penyelidikan bagi pernyataan

    Saya sentiasa solat berjemaah di

    surau/masjid memberi impak yang

    positif setelah program dilaksanakan.

    Hal ini kerana, seramai 6 orang pelajar

    mewakili 25.0% sangat bersetuju

    dengan perubahan pada diri mereka, 5

    orang pelajar mewakili 20.8% setuju, 10

    orang pelajar kurang setuju, 2 orang

    tidak setuju dan 1 orang sahaja pelajar

    mewakili 4.2% sangat tidak bersetuju

    akan perubahan dirinya. Merujuk

    kepada nilai min didapati berlaku

    peningkatan daripada tahap tidak baik

    iaitu 2.29 kepada sederhana baik iaitu

    3.54.

    Bagi pernyataan terakhir soalan

    Bahagian B menyatakan Saya sentiasa

    meletakkan pensyarah saya sebagai

    seorang yang perlu dipandang tinggi

    menjelaskan bahawa keseluruhan

    pelajar amat menghormati pensyarah

    yang telah memberi ilmu dan mendidik

    mereka selama ini. Kelihatan perubahan

    pelajar meningkat kepada lebih baik

    berdasarkan kepada nilai min yang

    diperolehi daripada 3.71 pada tahap

    sederhana baik kepada 4.54 pada tahap

    amat baik. Secara majoritinya, 15 orang

    pelajar mewakili 62.5% sangat

    bersetuju dengan pernyataan tersebut

    berbeza dengan nilai sebelumnya iaitu

    hanya sebanyak 7 orang pelajar

    mewakili 29.2% sahaja. Manakala

    lebihan kekerapan menunjukkan

    seramai 7 orang pelajar mewakili 29.2

    setuju dan 2 orang pelajar kurang

    bersetuju dengan pernyataan tersebut

    selepas program dijalankan.

    Walaubagaimanapun, terdapat

    peningkatan kesedaran akan

    penghayatan kenyataan tersebut

    daripada nilai sebelumnya iaitu 9 orang

    mewakili 37.9% setuju, 4 orang

    mewakili 16.7% kurang bersetuju dan

    nilai yang sama menyatakan tidak

    setuju adan sangat tidak setuju iaitu

    seramai 2 orang pelajar mewakili 8.3%

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    21/31

    . Analisis Berkenaan Keberkesanan Melahirkan Pelajar Cemerlang Dan Berakhlak Mulia

    Gambarajah 7 : Graf Sebelum dan Selepas Program Dalam Melihat Sejauh Keberkesanan Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang

    Dan Berakhlak Mulia Dalam Bentuk Kekerapan Dan Peratus

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    22/31

    Gambarajah 8 : Graf Sebelum dan Selepas Program Dalam Melihat Sejauh Keberkesanan Dalam Melahirkan Pelajar Cemerlang

    Dan Berakhlak Mulia Dalam Bentuk Nilai Min Dan Sisihan Piawai

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    23/31

    Gambarajah 7 dan 8 menjelaskan

    persoalan berkaitan dengan melihat

    sejauhmana Program 3 Hari Mencari

    Cinta memberi kesan dalam melahirkan

    pelajar yang cemerlang dan berakhlak

    mulia. Data yang diperolehi menunjukkan

    bahawa seramai 11 orang pelajar

    mewakili 45.8% sangat bersetuju bahawa

    hasil daripada program mereka sudah

    mula untuk menjaga pergaulan diantara

    lelaki dan perempuan. Sementera itu,

    hanya 1 orang pelajar sahaja mewakili

    4.2% tidak bersetuju dengan pernyataan

    ini jika dibandingkan dengan nilai asal

    seramai 7 orang pelajar mewakili 29.2%

    yang juga agak membimbangkan pada

    awalnya. Namun begitu, perubahan yang

    wujud membolehkan penganjur program

    menarik nafas lega apabila nilainya

    meningkat daripada 3.13 pada tahap

    sederhana baik kepada 4.25 yang

    merupakan pada tahap baik.

    Pernyataan Menutup aurat adalah satu

    kewajipan dalam hidup saya menjelaskan

    nilai min meningkat kepada 4.38 padatahap baik jika dibandingkan nilai asal

    sebanyak 3.71 pada tahap sederahana

    baik. Hasil keputusan ini menunjukkan 12

    orang pelajar mewakili 50% bersetuju

    akan kenyataan tersebut manakala hanya

    3 orang pelajar mewakili 12.5% sahaja

    kurang bersetuju dengan kenyataan

    tersebut. Lebihan daripada mereka

    seramai 9 orang setuju dengan kenyataan

    tersebut mewakili 37.5% daripada

    keseluruhan reponden. Kesedaran akan

    kepentingan Umat Islam menutuo aurat

    dituntut kian sedar jika dibandingkan

    dengan jumlah asalnya, dimana seramai

    10 orang pelajar menyatakan kurang

    bersetuju, tidak setuju dan amat tidak

    setuju dengan kepentingan pernyataan

    tersebut.

    Tambahan lagi, seramai 10 orang pelajar

    mewakili 41.7% sangat bersetuju dengan

    pernyataan Saya sentiasa bermuhasabah

    diri pada setiap masa. Ini bermakna,

    segelintir daripada mereka sentiasa

    berfikir dan mencari jalan untuk

    mengubah diri menjadi individu yang

    lebih baik dari semasa ke semasa.

    Kenyataan ini terbukti berdasarkan

    perbezaan sebelum program hanya 3

    orang pelajar sahaja yang mewakili

    12.3% bersetuju dengan kenyataan ini.Jumlah mereka yang kurang bersetuju

    pula berkurangan menjadi 2 orang pelajar

    jika dibandingkan dengan seramai 9

    orang pelajar ketika sebelum program

    dilaksanakan. Nilai min bagi kenyataan

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    24/31

    tersebut juga meningkat daripada 3.50

    pada tahap sederhana baik kepada 4.33

    pada tahap baik.

    Berdasarkan keputusan analisis yang

    dijalankan mendapati segelintir daripada

    responden berjaya mendidik diri mereka

    untuk sentiasa bersabar dalam sebarang

    situasi hasil daripada perlaksanaan

    program ini. Kenyataan ini terbukti

    apabila mendapati nilai min meningkat

    daripada tahap sederhana baik iaitu 3.29

    kepada tahap baik iaitu 4.38. Mereka yang

    dikategorikan sangat setuju dan setuju

    berkongsi catatan yang sama iaitu

    seramai 11 orang pelajar mewakili 45.8%.

    2 orang pelajar mewakili 8.3 pula

    menyatakan kurang bersetuju dengan

    kenyataan ini. Apabila dibandingkan

    dengan nilai sebelum program,

    mendapati nilai yang sangat bersetuju

    hanya 3 orang sahaja manakala 10 orang

    pelajar berada pada tahap kurang

    bersetuju,kurang setuju dan sangant tidak

    setuju dengan kenyataan tersebut.

    Pada pernyataan berikutnya Saya amat

    menitikberatkan ilmu pengetahuan asas

    Fardhu Ain dalam kehidupan harian

    menunjukkan perbandingan graf bagi

    kenyataan sangat bersetuju pada sebelum

    dan selepas program menaik daripada 1

    orang pelajar kepada 5 orang pelajar

    mewakili 20.8%. Secara majoritinya

    pelajar yang berada pada tahap setuju

    iaitu seramai 13 orang pelajar mewakili

    54.2 jika dibandingkan dengan nilai

    sebelum program iaitu seramai 8 orang

    sahaja mewakili 33.3%. Jumlah pelajar

    yang sangat tidak setuju dengan

    pernyataan ini berkurang kepada nilai 0

    jika dengan dibandingkan dengan jumlah

    sebelum program mencatatkan seraiam 2

    orang pelajar mewakili 8.3%. Namun

    begitu, tahap nilai min tidak berubah

    walaupun terdapat sedikit kenaikan

    daripada nilai min yang dihasilkan iaitu

    daripada 3.13 kepada 3.96. Kedua-dua

    nilai ini agak membimbangkan kerana

    masih ditahap sederhana baik.

    Seterusnya jika diselidik pada pernyataan

    Saya suka persaingan yang sihat

    menunjukkan terdapat peningkatan nilai

    min kepada tahap baik iaitu 4.46 daripada

    tahap sederhana baik iaitu 3.76. Hasil

    analisis yang diterima menjelaskanbahawa peserta program yang terlibat

    sudah mula untuk mengorak langkah dan

    tidak gentar dengan cabaran yang ada

    didepan mata. Mereka tidak takut dengan

    persaingan yang berada disekeliling

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    25/31

    mereka malah menganggap ianya sebagai

    keazaman untuk berjaya dalam

    kehidupan. Kenyataan ini terbukti

    berdasarkan jumlah kekerapan yang

    diterima menunjukkan seramai 12 orang

    pelajar mewakili 50% sangat bersetuju

    berbanding dengan nilai asalnya iaitu 7

    orang pelajar iaitu 29.2. Keputusan

    analisis juga menjelaskan bahawa tiada

    seorangpun pelajar memilih kenyataan

    sangat tidak setuju jika dibandingkan

    dengan rekod sebelum program iaitu 1

    orang pelajar mewakili 4.2%.

    Responden yang menyertai program ini

    telah mencatatkan seramai 1 orang

    pelajar mewakili 4.2% sangat tidak setuju

    dengan pernyataan Saya berbakat dalam

    pelbagai bidang. Manakala nilai sebelum

    program untuk pilihan sangat tidak

    setuju mencatatkan seramai 4 orang

    pelajar mewakili 16.7%. Hasil penjanaan

    SPSS ini juga mencatatkan 2 orang pelajar

    sebelum program telah meningkat

    kepada 3 orang pelajar mewakili 12.5%

    sangat bersetuju dengan kenyataan ini.Majoriti daripada jumlah pelajar ini

    berada pada tahap kurang setuju iaiti

    seramai 9 orang. Walau bagaimanapun

    hasil statistik mendapati nilai min tetap

    meningkat daripada tidak baik iaitu 2.71

    kepada tahap sederhana baik iaitu 3.38%.

    Ini menunjukkan kesan yang positif

    kerana pelajar sudah membuka minda

    dan memberi peluang kepada diri mereka

    untuk mengembangkan bakat yang

    terpendam dan berpontensi untuk

    kepentingan bersama.

    Ketika proses membandingkan keputusan

    penjanaan min bagi pernyataan Saya

    suka membaca penyelidik mendapati

    nilai selepas perlaksanaan program

    meningkat kepada 3.50 pada tahap

    sederhana baik berbanding dengan nilai

    asalnya iaitu 2.75 pada tahap tidak baik.

    Tabiat suka membaca pelbagai bahan

    bacaan mula timbul dan semakin

    dipraktikkan oleh pelajar semenjak

    program dilaksanakan. Mereka kian sedar

    akan kepentingan ilmu yang boleh dicari

    daripada pelbagai sumber disekeliling

    mereka. Kenyataan ini dikukuhkan lagi

    dimana seramai 4 orang sangat bersetuju

    dan 9 orang setuju dengan kenyataan ini

    berbeza dengan nilai asal hanya seramai

    2 orang pelajar sangat setuju dan 6 orangbersetuju yang mewakili 33.3%. Namun

    begitu, 2 orang pelajar yang mewakili

    8.3% masih sangat tidak bersetuju

    dengan kenyataan ini. Jumlah ini dapat

    dikurangkan apabila penyelidik

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    26/31

    mendapat nilai sebelum program lebih

    ramai berbanding selepas program iaitu

    seramai 6 orang pelajar mewakili 25.0%

    sangat tidak setuju dengan kenyataan

    tersebut.

    Para pelajar juga sangat bersetuju dengan

    kenyataan Saya sentiasa bersederhana

    dalam kehidupan saya iaitu seramai 9

    orang pelajar mewakili 37.5 dan 10 orang

    pelajar menyatakan setuju. Perbezaan

    nilai dapat dilihat jika dibandingkan

    dengan keputusan sebelum program

    berlansung dimana hanya 2 orang pelajar

    dikalangan mereka menyatakan sangat

    setuju dan 6 orang pelajar mewakili

    25.0% menyatakan setuju. Seramai 5

    orang pelajar mewakili 20.8 menyatakan

    kurang bersetuju selepas program

    menjelaskan impak yang positif apabila

    terdapat perbezaan 3 orang pelajar dan 6

    orang pelajar menyatakan kurang setuju

    dan tidak setuju ketika sebelum program

    berlansung. Nilai min bagi pernyataan ini

    juga berlaku peningkatan yang positif

    daripada tahap sederhana baik iaitu 3.63kepada tahap baik iaitu 4.17.

    Bagi pernyataan terakhir, seramai 11

    orang pelajar mewakili 45.8% dan 12

    orang pelajar mewakili 50% sangat

    bersetuju dan setuju dengan kenyataan

    Saya tidak pernah berputus asa ketika

    ditimpa kegagalan/masalah. Rekod

    mencatatkan hanya seorang pelajar masih

    kurang bersetuju dengan kenyataan ini.

    Berdasarkan statistik yang diterima

    terdapat perbezaan nilai kekerapan

    sebelum program iaitu seramai 6 orang

    pelajar sahaja sangat bersetuju, 7 orang

    pelajar bersetuju, 6 orang pelajar kurang

    bersetuju dan 5 orang tidak bersetuju.

    Walaubagaimanapun, terdapat

    perubahan min yang dicatatkan iaitu

    berlaku peningkatan daripada 3.58 pada

    tahap sederhana baik kepada 4.42 pada

    tahap baik.

    8.0 Perbincangan Dapatan KajianKajian yang dilakukan terhadap

    responden semester 4 Kolej Komuniti

    Temerloh yang berjaya dipilih menyertai

    Program 3 Hari Mencari Cinta

    menunjukkan terdapat peningkatan nilai

    min dan kekerapan yang bersetuju akanperubahan dalam diri mereka. Ini

    menunjukkan bahawa Program 3 Hari

    Mencari Cinta telah memberi impak yang

    positif dalam meningkatkan penghayatan

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    27/31

    akhlak dan kecemerlangan pelajar Islam

    di Kolej Komuniti Temerloh.

    8.1 Membaiki dan meningkatkancinta sebenar mengikut

    landasan Islam

    Keputusan data min berkenaan

    dengan kebekersanan program

    dalam membaiki dan

    meningkatkan cinta sebenar

    mengikut landasan Islam

    menunjukkan bahawa, aktiviti

    yang dijalankan semasa program

    memberi kesan terhadap

    perubahan yang positif kepada

    peserta yang terlibat. Nilai min

    keseluruhan bagi soalan bahagian

    B ini berada pada tahap tidak baik

    iaitu 2.29 berubah kepada tahap

    sederhana baik iaitu 3.54 selepas

    program dilaksanakan. Perbezaan

    nilai min yang dicatatkan

    membuktikan bahawa program

    yang dianjurkan memberi kesan

    yang positif kepada merekawalaupun nilai min tersebut hanya

    naik pada 1 tahap sahaja. Pada

    keseluruhannya, peserta yang

    terlibat dalam program ini

    berkongsi pendapat yang sama.

    Setelah program selesai

    dijalankan, terdapat beberapa

    perubahan yang telah dipersetujui

    oleh peserta yang menyertainya.

    Antara kenyataan berikut adalah

    seperti penambahbaikan daripada

    kaedah mereka melaksanakan

    cinta sebenar mengikut landasan

    Islam, memastikan solat Fardhu 5

    waktu dilaksanakan setiap hari,

    sentiasa berdoa kepada Allah,

    bersyukur dengan apa yang

    ditakdirkan, mengetahui sejarah

    Rasulullah S.A.W, mencontohi ciri-

    ciri keperibadian Rasulullah S.A.W,

    memaklumkan aktiviti harian

    kepada ibu bapa, sentiasa

    meluangkan masa untuk ibu bapa,

    dan sentiasa menghormati orang

    disekeliling mereka.

    8.2 Melahirkan pelajarcemerlang dan berakhlak

    mulia

    Program yang dianjurkan daripadapengisian yang telah disusun rapi

    pada dasarnya telah membantu

    Unit Psikologi dan Pensyarah Kolej

    Komuniti Temerloh dalam

    menerapkan nilai untuk cemerlang

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    28/31

    dalam kehidupan dan berakhlak

    mulia dalam diri setiap pelajar. Hal

    ini dibuktikan dengan nilai min

    keseluruhannya telah mengumpul

    sebanyak 3.38 pada tahap

    sederhana baik jika dibandingkan

    dengan nilai asalnya iaitu 2.71

    pada tahap tidak baik.

    Berdasarkan analisis statistik

    sebelum ini, kebanyakan para

    pelajar mengakui bahawa mereka

    tidak menjaga pergaulan berlainan

    jantina, tidak menekankan konsep

    aurat dalam diri mereka, kurang

    bermuhasabah diri, kurang

    bersabar, kurang menitikberatkan

    isu Fardhu Ain, tidak suka akan

    persaingan, tidak berbakat, kurang

    membaca dan sering berputus asa.

    Melalui program ini, pelajar

    didedahkan kaedah dan alternatif

    dalam mengatasi dan membaiki

    cara hidup mereka kepada lebih

    baik daripada sebelumnya.

    8.3 Meningkatkan rasakesyukuran dengan apa

    yang ditakdirkan

    Pelajar berpendapat bahawa

    pengisian program yang mereka

    jalani sepanjang 3 hari 2 malam

    mengubah persepsi tentang erti

    sebuah kesyukuran. Secara

    umumnya, pernyataan ini telah

    mencatat nilai perubahan paling

    tinggi nilai minnya iaitu 4.33 pada

    tahap baik. Manakala nilai min

    sebelum program hanya sebanyak

    3.13 pada tahap sederhana baik.

    Melalui pengisian program, para

    pelajar mula membuka minda

    mereka atas fitrah kehidupan dan

    tujuan utama mereka hidup di

    dunia. Antara penekanan yang

    diberikan kepada mereka, adalah

    melalui slot-slot keinsafan

    bagaimana hidayah Allah turunkan

    kepada umat pilihanNya. Selain itu,

    mereka juga didedahkan

    bagaimana menjadi manusia yangberakhlak mulia, menjaga

    perhubungan peribadi mereka

    dengan Tuhan, sesama manusia

    dan alam sekelilingnya.

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    29/31

    8.4 MeningkatkanPersaingan Yang Sihat

    Data yang diperolehi juga

    menjelaskan pelajar mula untuk

    keluar dari zon selesa. Mereka

    sudah mula mengorak langkah

    untuk maju cemerlang dalam

    setiap kehidupan yang dikecapi.

    Bagi membuktikan pernyataan ini,

    dapat dilihat nilai min meningkat

    pada pernyataan ini daripada 3.79

    pada tahap sederhana baik

    meningkat kepada 4.46 pada tahap

    baik. Aktiviti yang dijalankan bagi

    mengaplikasikan kaedah ini ialah

    semasa sesi Taaruf, LDK, Senaman,

    Perdebatan dan Mencari Kerang.

    Melalui slot yang diadakan, pelajar

    berusaha untuk keluar daripada

    kepompong diri dan belajar untuk

    menyesuaikan diri dengan

    keadaan dan suasana baru. Pelajar

    diberi peluang untuk melontarkan

    idea, berani, yakin dan percayaakan pendapat serta pendirian

    mereka. Aktiviti mencari kerang

    contohnya, memberi mereka

    pengalaman baru dalam

    menyelami kesusahan sebenar

    dalam mencari rezeki sesuap nasi.

    Masa yang diberikan menjadikan

    pelajar menghargai setiap waktu

    yang dirancang dalam bentuk

    berkumpula bagi memenangi

    pertandingan tersebut. Melalui

    kaedah ini, mereka didedahkan

    keadaan sebenar persaingan yang

    berlaku di sekeliling mereka.

    Pelajar kian sedar akan peluang

    yang wujud di hadapan mata jika

    dipersiakan begitu sahaja maka

    wujudlah penyesalan dalam hidup

    mereka.

    9.0 Kesimpulan

    Rumusan daripada kajian yang telah

    dilaksanakan penyelidik mendapati

    Program 3 Hari Mencari Cinta memberi

    kesan yang positif kepada pelajar dalam

    penghayatan akhlak dan kecemerlangan

    dalam kehidupan mereka. Disamping itu

    juga, program ini juga dapat mewujudkan

    silaturahim antara pelajar yang terdiridaripada pelbagai Program di Kolej

    Komuniti Temerloh. Penyelidik

    mengharapkan perubahan yang berlaku

    pada diri pelajar dapat diamalkan

    sehingga ke akhir hayat bagi

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    30/31

    menghasilkan graduan yang berkualiti

    untuk kepentingan agama, bangsa dan

    negara. Bagi memastikan penghayatan ini

    sentiasa wujud di kalangan pelajar,

    program seperti ini wajar dianjurkan dan

    diperbaiki dari segi pengisian dan

    pendekatan mengikut kesesuaian

    perubahan teknologi dari semasa ke

    semasa. Selain itu, isu-isu semasa yang

    berlaku dikalangan pelajar perlu

    diketengahkan bagi melihat sejauh mana

    kaedah dan alternatif yang digunakan

    dapat mengubah sikap dan peribadi

    kepada jauh lebih baik sekaligus

    memberik manfaat kepada masyarakat

    dan komuniti sekitar. Akhir kata, diharap

    progmra yang dijalankan pada masa akan

    datang masih memberi manfaat dalam

    mengatasi masalah-masalah yang

    dihadapi bagi mencapai matlamat

    Falsafah Pendidikan Negara.

    Rujukan

    Che Norlia Hassan, Abdul Majeeh Ahmad,Zulkefli Abdul Rahman dan Salina

    Noranee (2008), Kajian Keberkesanan

    Program Mentor-Menti/Program

    Kecemerlangan Diri Anjuran Jabatan-

    Jabatan UiTM Perak, UiTM Cawangan

    Perak

    Azhar Ahmad (2003). Penghayatan

    Akhlak Pelajar Sekolah Menengah, Fakulti

    Pendidikan, UKM

    Haslinda @ Robita Hashim, Muhammad

    Nubli Abdul Wahab dan Zarina Mohd Ali

    (2005). Pembangunan Sahsiah Mahasiswa

    Bersepadu: Konsep Dan Pelaksanaannya

    Di Kolej Universiti Kejuruteraan . Kertas

    kerja yang dibentang di Seminar

    Kebangsaan Kursus Sokongan

    Kejuruteraan, Di Hotel Aseania, Langkawi

    17-18 Disember 2005

    Hanum Hassan, Razali Ahmad, Lt. Kol (B)

    Azuddin Bahari (2008) Kemahiran

    Insaniah dan Kepentingan Penerapannya

    Dalam Program Baktisiswa Perdana

    UniMAP,UniMAP

    Rodiah Idris, Siti Rahayah Ariffin, Noriah

    Mohd Ishak (2009) Pengaruh Kemahiran

    Generik dalam Kemahir PemikiranKritikal, Penyelesaian Masalah dan

    Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan

    Malaysia (UKM), UKM

  • 7/29/2019 Kajian Keberkesanan Program 3 Hari Mencari Cinta Dalam Meningkatkan Penghayatan Akhlak Dan Kecemerlanga

    31/31

    Altman, I., & Taylor, D.A. (1973). Social

    penetration: The development of

    interpersonal relationship. Holt, Rinehart

    & Winston: New York.

    Miskawaih. Ahmad Ibnu

    Muhammad.(1966). Tahdhib al-Akhlaq.

    Suntingan C.K. Zuraik. Beirut: American

    University of Beirut.

    Mohd Sulaiman Haji Yasin. (1992).Akhlak

    Dan Tasawuf. Bangi, Selangor: Yayasan

    Salman.

    Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail.

    (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM:

    Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak.

    Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri

    1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti

    Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.

    Falsafah pendidikan Malaysia.

    web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/.

    Capaian 2012-05-06.

    FalsafahPendidikan Malaysia.

    ms.wikipedia.org/wiki/. Capaian 2012-05-

    06.

    Menuju Puncak Kecemerlangan.

    kamarulazami.blogspot.com/2010/07/.

    Capaian 2012-05-06.

    Siapa Cemerlang Ko Kurikulum di UKM.

    anuar-ahmad.blogspot.com/2012/06/.

    Capaian 2012-05-06.

    Kecemerlangan Mengikut Perspektif

    Islam. www.slideshare.net/ilmihusna/.

    Capaian 2012-05-06.

    Definisi Kecemerlangan.

    zahirzainudin.blogspot.com/2012/04/.html. Capaian 2012-05-06

    .

    http://kamarulazami.blogspot.com/2010/07/menuju-puncak-kecemerlangan.htmlhttp://www.slideshare.net/ilmihusna/http://www.slideshare.net/ilmihusna/http://kamarulazami.blogspot.com/2010/07/menuju-puncak-kecemerlangan.html