faktor pencapaian akdemik pelajar

41

Upload: mohd-mohadir-harun

Post on 07-Jul-2016

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Huraian berkenaan faktor pencapaian akademik berdasarkan kajian dan pengalaman penulis

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar
Page 2: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

PENERBIT:KOLEJ KOMUNITI TAPAHWISMA CHAN POH LIM35000 TAPAHPERAKNO DAFTAR: JABATAN KERAJAANNO TEL: 605-4010072NO FAKS: 605-4010073PEMOHON: MEOR M. SHARIFUDDIN BIN MEOR SHUKRIEMAIL: [email protected]: 1 SEPTEMBER 2015NO FAIL: PNM 24.3 Jld 63 [40]ISBN 978-967-13694-1-8Hak Cipta TerpeliharaTerbitan Pertama September 2015

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan denganapa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripadaKolej Komuniti Tapah.

Page 3: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

ISI KANDUNGAN

Kandungan Mukasurat

Abstrak 1

1.0 Pengenalan 3

2.0 Isu Dan Cabaran Pencapaian Akademik 3

Pelajar Di Kolej Komuniti

3.0 Peranan Institusi Kekeluargaan 12

4.0 Pengaruh Rakan Sebaya 21

5.0 Permasalahan Disiplin 26

6.0 Penglibatan Ko Kurikulum 28

7.0 Kolej Komuniti Sebagai Pemacu 31

Kecemerlangan

8.0 Penutup 33

Bibliografi 35

Page 4: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

PRAKATA

Alhamdulillah, kami memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-

Nya, Penulisan Artikel ini berjaya diterbitkan. Artikel ini diterbitkan

dengan memberi fokus kepada faktor dan cabaran yang

mempengaruhi kecemerlangan pelajar kolej komuniti di dalam bidang

akademik. Faktor dan cabaran ini diolah melalui penyelidikan,

pengalaman dan pembacaan penulis dan rakan-rakan selama

berkhidmat di kolej komuniti. Kami amat berbesar hati dengan

sumbangan rakan-rakan dalam menjayakan penghasilan penulisan

ini dari segi bahan dan buah fikiran mereka. Antara faktor dan

cabaran yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang

ditekankan di dalam penulisan ini merangkumi minat pelajar terhadap

kursus yang diikuti, penguasaan Bahasa Inggeris, latarbelakang

pelajar dan keluarga, gaya pembelajaran dan pendekatan

pengajaran, kejutan budaya, dan kemahiran komunikasi telah

disentuh dalam penulisan ini.

Kami berharap artikel ini dapat dimanfaatkan oleh semua

warga pendidik amnya dan khasnya kepada warga pendidik kolej

komuniti sebagai maklumat tambahan bagi disesuaikan dengan

persekitaran masing-masing. Antara saranan yang diketengahkan

adalah pemantapan di peringkat institusi kekeluargaan perlu

ditekankan, peranan rakan sebaya perlu diarah kepada kesan yang

positif, pemasalahan disiplin perlu ditangani dengan berkesan,

penglibatan aktif ko-kurikulum dalam kalangan pelajar dan peranan

kolej komuniti pendidikan sebagai pemacu kecemerlangan perlu

dijayakan disamping penglibatan dan sokongan serta gabungan

antara pelajar itu sendiri, ibubapa , pensyarah juga pihak pengurusan

Page 5: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

kolej. Akhir kata kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada

semua insan yang sentiasa menyokong kami sehingga penulisan ini

berjaya disiapkan.

Alhamdulillah.. wassalam.

Sekian, terima kasih

Mohd Mohadir Bin Harun,Hj. Meor M. Sharifuddin Bin Meor ShukriKamarul Hazri Bin Ghazali

Page 6: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

1

PENCAPAIAN AKADEMIK: FAKTOR DAN CABARAN YANGMEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Mohd Mohadir Bin Harun1, Hj. Meor M.Sharifuddin Bin Meor Shukri2,Kamarul Hazri Bin Ghazali3

Kolej Komuniti Kuala Kangsar1,3, Kolej Komuniti Tapah2

ABSTRAK:Artikel ini cuba mengupas dan memperincikan faktor dan cabaran yang

mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik di kolej

komuniti melalui penyelidikan, pengalaman dan pembacaan penulis selama

berkhidmat di kolej komuniti. Antara faktor dan cabaran yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar merangkumi minat pelajar terhadap kursus

yang diikuti, penguasaan Bahasa Inggeris, latarbelakang pelajar dan

keluarga, gaya pembelajaran dan pendekatan pengajaran, kejutan budaya,

dan kemahiran komunikasi disentuh dalam artikel ini. Namum begitu

kecemerlangan dan kejuaraan Kolej Komuniti perlu dilonjakkan supaya

ianya seiring dengan institusi pendidikan yang lain bagi membekalkan

tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada negara. Oleh yang demikian,

pemantapan di peringkat institusi kekeluargaan perlu ditekankan, peranan

rakan sebaya perlu diarah kepada kesan yang positif, pemasalahan disiplin

perlu ditanggani dengan berkesan, penglibatan aktif ko-kurikulum

dikalangan pelajar dan peranan kolej komuniti pendidikan sebagai pemacu

kecemerlangan perlu dijayakan. Pengolahan faktor dan cabaran dengan

langkah mengatasinya memerlukan komitment dan kesepaduan yang tinggi

daripada semua pihak baik diri pelajar sendiri, ibu bapa, pensyarah dan

pihak pengurusan kolej. Sekiranya situasi ini dapat dicipta dengan

kesungguhan semua pihak, kejayaan kolej komuniti tidak boleh

disangkalkan lagi selaras dengan motto kolej komuniti iaitu kolej komuniti

Page 7: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

2

mencipta juara dan seiring dengan tagline transformasi kementerian

pendidikan tinggi “soaring upwards”.

Pencapaian akademik, Institusi kekeluargaan, rakan sebaya, masalah

disiplin dan aktiviti ko-kurikulum

Page 8: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

3

1.0 PENGENALAN

Di dalam era globalisasi dewasa ini, kewibawaan kemanusiaan tidak

boleh dibangunkan secara menyeluruh menggunakan program

pembangunan formal semata-mata. Penyataan ini dibuktikan lagi dengan

kecemerlangan kognitif atau kecemerlangan akademik tidak menjamin

kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang.

Kewajaran ini telah ditegaskan oleh pakar pendidik melalui teori seperti The

Theory of Multiple Intelligence (Howerd Gardner, 1989) dan Emotional

Intelligence (Daniel Goleman, 1999).

Hasrat pembentukan masyarakat berilmu ini telah diterjemahkan oleh

pihak kerajaan melalui Kementerian pendidikan Tinggi yang dibawahnya

merangkumi Jabatan Pendidikan Tinggi (IPT dan IPTS), Jabatan Pendidikan

Politeknik dan Jabatan Kolej Komuniti yang menawarkan program aliran

biasa dan aliran teknik dan Vokasional (TVET) selaras dengan matlamat

Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu mewujudkan persekitaran pengajian

tinggi selain menggalakkan pengembangan pusat ilmu yang unggul dan

pembinaan modal insan yang berketerampilan, berinovasi dan berakhlak

mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa. Usaha

pembentukan kerangka pemikiran dan tahap pendidikan masyarakat

terhadap budaya hidup yang cemerlang adalah melalui Plan Pembangunan

Pendidikan Tinggi Negara. Ia bertujuan memberi peluang kepada segenap

lapisan masyarakat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan mereka dan

menyediakan peluang seluasnyya dan pendidikan sepanjang hayat dalam

membentuk masyarakat yang berkemahiran, jati diri dan nilai moral yang

tinggi bagi berhadapan dengan perubahan zaman yang mencabar dan

seterusnya memastikan aspirasi negara melahirkan warga negara kelas

pertama tercapai.

Page 9: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

4

Bagi mencapai Aspirasi ini, Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan

tinggi juga memainkan peranan penting selaras dengan visinya iaitu Menjadi

peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab

Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2025 dengan menawarkan

Program Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kolej Komuniti serta Program

kursus pendek kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur

dan latar belakang.

2.0 ISU DAN CABARAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DIKOLEJ KOMUNITI

Siapa yang tidak inginkan kejayaan dalam hidupnya terutamanya

pelajar yang baru menamatkan peperiksaan SPM, mereka sedang

mengalami peralihan fasa pendidikan daripada suasana pengajian di

sekolah ke institusi pengajian tinggi yang mana kaedah, suasana dan tahap

pendidikan yang begitu berbeza. Peralihan ini perlu disesuaikan dengan

peluang, kebolehan, minat dan impian seseorang pelajar sebelum menjejaki

kaki ke pusat pendidikan tinggi. Namun begitu, cabaran dan halangan tetap

menunggu pelajar ini disepanjang mereka mengharungi pendidikan di

menara gading. Semoga impian dan cita-cita yang diimpikan akan menjadi

kenyataan dan kejayaan akan menjadi kebangaan diri dan keluarga

2.1 PEMILIHAN KURSUS YANG MENCABAR DAN TIDAK SESUAIDENGAN MINATPelajar-pelajar yang berjaya mengikuti pengajian di kolej komuniti

biasanya mempunyai keputusan SPM/(V) yang sederhana dan ada

sebilangan kecil mempunyai pencapaian agak baik dalam SPM/(V).

Page 10: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

5

Kebanyakan bidang yang diikuti tidak mempunyai perkaitan yang tinggi

dengan bidang atau mata pelajaran yang diikuti semasa diperingkat SPM

sebagai contoh di peringkat sekolah mereka mengikuti aliran sastera tetapi

mengikuti bidang teknologi maklumat atau kejuruteraan elektrik. Perkara ini

berlaku disebabkan oleh terikut-ikut dengan rakann sebaya serta desakan

keluarga yang mengharapkan bidang yang mempunyai potensi pekerjaan

yang lebih luas. Apabila mengikuti pengajian sebenar di kolej komuniti,

kesukaran dan cabaran mula terasa oleh mereka.

Situasi begini menyebabkan mereka sering menghadapi masalah

seperti penyesuaian diri dengan rakan sebaya, mudah kecewa, kurang

ketahanan diri dan cepat lesu dalam menghadapi arus pengajian. Mereka ini

mudah takut untuk menghadapi bentuk pelajaran yang lebih mencabar

seperti subjek yang melibatkan pengiraan. Apabila situasi ini berlaku,

mereka hanya mengikuti pengajian sekadar untuk mendapat Sijil atau

Diploma semata-mata tanpa mengira kecemerlangan iaitu CGPA yang lebih

baik. Mereka sering terikut-ikut telatah rakan senior yang mungkin sering

ponteng kelas, atau `tuang' kelas yang difikirkan mudah dan mampu

mengatasi masalah mereka. Mereka tidak memikirkan jika kehadiran kuliah

tidak mencapai 80% mereka perlu mengulangi subjek yang berkenaan. Ada

segelintir pelajar ini tidak sempat menghabiskan pengajian mereka. Mereka

berhenti dipertengahan jalan untuk bekerja atau memilih bidang lain yang

mereka minati.

Sebenarnya kuliah dan bengkel sangat penting bagi pelajar untuk

mendalami pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Selain itu, ianya

juga mampu membantu pelajar untuk menjawab kuiz, membuat tugasan dan

peperiksaan akhir serta untuk membina kerjaya apabila menamatkan

pengajian kelak. Mereka memerlukan masa yang banyak untuk menelaah di

perpustakaan, memperuntukkan masa untuk belajar secara kendiri, selalu

Page 11: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

6

berbincang dengan rakan sekuliah, berbincang dengan pensyarah dan

utamanya adalah memerlukan daya berfikir yang tinggi.

Pelajar perlu memegang kepada pepatah Melayu usaha itu tangga

kejayaan, dan usaha dan azam mestilah datang dari diri sendir bukan

kerana paksaan atau memenuhi kehendak keluarga. Sebilangan pelajar

menganggap apabila mereka belajar diperingkat ini, mereka merasakan

matlamat hidup telah tercapai. Mereka merasa telah cukup berjaya, rasa

begitu dihargai oleh masyarakat dan keluarga. Perasaan ini perlu dikis

kerana perjuangan mereka baru bermula, jauh lagi perjalanan yang perlu

ditempuhi. Mereka perlu menghabiskan pengajian di peringkat sijil,

seterusnya mengambil diploma. Persepsi ini amat tidak baik kerana ianya

menggundang pelajar meraikan kejayaan sebelum tiba masanya. Oleh itu

mereka perlu focus kepada pengajian dengan memberikan tumpuan

sepenuhnya kepada sesi pengajian dan pembelajharn yang diikuti.

2.2 PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YANG SEDERHANA ATAULEMAHKebanyakan pelajar kurang kemahiran menguasai Bahasa Inggeris

terutamanya pelajar melayu yang datang dari kawasan luar bandar.

Berdasarkan kepada analisis pencapaian SPM Bahasa Inggeris, rata-rata

pelajar Kolej Komuniti mempunyai pencapaian Bahasa ini agak sederhana

dan lemah. Senario ini secara langsung akan terbawa-bawa oleh mereka

semasa mengikuti pendidikan di kolej komuniti. Mereka kurang inisiatif untuk

menguasi Bahasa ini walaupun subjek ini diberi penekanan oleh pensyarah.

Pelajar bersikap pasif terhadap kepentingan bahasa ini sedangkan

kebanyakan bahan rujukan seperti buku, jurnal, artikel dan nota pensyarah

kebanyakannya adalah bahasa Inggeris. Jika dilihat secara teliti kepada

tugasan pelajar yang penulisannya dalam Bahasa inggeris, segelintir pelajar

Page 12: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

7

kurang memahami apa tugasanya yang dibuat oleh mereka. Pada mereka,

tugasan perlu disiap dan dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh

pensyarah tanpa memikirkan intipati dan pengetahuan yang perlu dipelajari

daripada tugasan yang dibuat. Perkara ini perlu diatasi dengan banyak cara

yang boleh difikirkan. Antara lain pelajar mengikuti kursus-kursus bahasa

Inggeris yang memang ada disediakan di kolej komuniti. Yang paling mudah

ialah bergiat dalam persatuan atau kelab bahasa Inggeris yang ada,

budayakan penggunaan Bahasa inggeris semasa sesi pengkuliahan dan

cuba memainkan peranan aktif dalam penggunaan Bahasa inggeris,

akhirnya akan terjalin budaya sukakan bahasa inggeris ini.

2.3 LATAR BELAKANG PELAJAR DAN KELUARGALatar belakang pelajar dan keluarga juga memainkan peranan yang

penting dalam menentukan kejayaan pelajar di kolej komuniti. Pelajar yang

menghadapi masalah dalam pergaulan sosial, seperti tidak suka bergaul

atau tidak bersedia berkongsi masalah dengan rakan-rakan pelajar dan suka

bersendirian. Fenomena ini akan menyebabkan kesukaran dalam membuat

perbincangan ilmiah, adaptasi suasana pembelajaran dan kehidupan di

dalam kampus. Kebanyakan pelajar di kolej komuniti tinggal di rumah-rumah

sewa dan ada segelintir tinggal bersama keluarga kerana kolej komuniti

tidak menyediakan asrama kepada pelajarnya kecuali ada beberapa kolej

komuniti yang mempunyai asrama. Situasi ini juga menyebabkan cabaran

baru kepada pelajar tiada pengalaman tinggal di asrama atau berjauhan

dengan keluarga.

Sebagai seorang ibu bapa, mereka terlupa tentang perkembangan

anak-anak mereka semasa berada di kolej komuniti. Mereka

menganggapkan anak-anak ini mampu berdikari dan menyesuaikan diri

dengan suasan pendidikan yang baharu. Mereka kurang untuk bertanya

Page 13: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

8

tentang perkembangan anak-anak mereka. Ekoran keadaan ini terdapat

pelajar merasa bebas sehingga leka dalam suasana yang mengkhayalkan.

Apa yang perlu dilakukan pihak keluarga adalah selalu menanyakan khabar,

berita dan sebaik-baiknya datang sekali-sekala melihat mereka di kampus.

Pelajar-pelajar ini masih memerlukan kasih sayang walaupun tidak diminta

secara terus-terang.

2.4 GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DAN PENDEKATANPENGAJARANPendidikan di kolej komuniti mencakupi pendidikan

secara teori dan amali dimana pecahannya adalah 30% teori dan 70%

amali. Pelajar akan mengikuti pengajian teori di bilik-bilik kuliah dan

menjalankan latihan amali di bengkel-bengkel. Situasi pembelajaran ini jauh

berbeza dengan pengajian semasa di sekolah menengah. Dapatan

keputusan peperiksaan menunjukkan, kejayaan semasa SPM tidak

menjaminkan kecemerlangan semasa mengikuti pengajian di kolej komuniti.

Sebelum masuk ke kolej komuniti mereka terdiri daripada pelajar-pelajar

yang lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik

namun pencapaian akademik di peringkat kolej komuniti tidak

memberangsangkan dan segelintirnya pelajar kurang cemerlang dalam SPM

tetapi keputusan CGPA mereka lebih baik. Ini mungkin disebabkan oleh

gaya pembelajaran yang berbeza antara alam persekolahan dan juga di

kolej komuniti. Semasa di peringkat sekolah, mungkin guru mampu

menumpukan sepenuh perhatian untuk membimbing pelajar, manakala di

peringkat pendidikan tinggi pelajar perlu berdikari dan dibiarkan berdikari

dan bimbingan daripada pengajar adalah terhad. Sesetengah pelajar tidak

dapat menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran baru menyebabkan

mereka terumbang-ambing.

Page 14: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

9

Ramai di kalangan pelajar yang masih belum sesuai dengan cara

belajar berkumpulan (group learning) atau tugasan berkumpulan yang

sangat memerlukan sumbangan positif dari setiap ahli kumpulan. Untuk

berjaya dalam belajar atau tugasan secara berkumpulan, perlukan

penglibatan, semua ahli dengan memainkan peranan masing-masing, saling

bantu-membantu dan sentiasa berkongsi idea dan pendapat. Dalam perkara

ini pelajar memerlukan satu semangat ketahanan diri yang tinggi bagi

menghadapi cabaran baru.

Cara belajar yang banyak memerlukan perbincangan didapati sangat

kurang di amalkan dikalangan pelajar. Ini mungkin disebabkan kurangnya

membaca dan kurang membuat rujukan persendirian di perpustakaan atau

internet. Rata-rata perpustakaan di kolej komuniti menghadapi masalah

pelanggan, yang kurang menggunakannya. Kebanyakan pelajar

menggunakan perpustakaan disebabkan oleh tugasan yang diberikan oleh

pensyarah. Ramai pelajar yang merungut bahawa bahan rujukan

kebanyakan adalah dalam bahasa Inggeris dan ini sekali lagi pelajar

seharusnya melengkapkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Suasana perpustakaan yang ruangnya terhad di kolej komuniti

menyebabkan budaya menggunakan perpustakaan dan sebagi tempat

perbincangan kurang dipraktikkan oleh para pelajar. Budaya belajar yang

sihat, seperti selalu membuat perbincangan dengan pensyarah dan juga

rakan sekelas, sangat perlu diberikan galakan oleh para pensyarah ketua

program atau ketua jabatan.

Page 15: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

10

2.5 MASALAH KEJUTAN BUDAYA PELAJAR DI KOLEJKOMUNITISalah satu isu besar yang dihadapi pelajar baru adalah masalah

pergaulan antara pelajar sama ada semasa di bilik kuliah, bengkel ataupun

dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej. Selain itu, tiada pengalaman

tinggal di rumah sewa yang agak sederhana keadaannya berbanding

dengan rumah sendiri disamping bilangan penghuni yang agak ramai

memberikan cabaran dan dugaan yang tersendiri kepada para pelajar.

Perbezaan latar belakang keluarga, cara hidup serta taraf hidup. Contohnya,

pelajar yang datang daripada keluarga yang susah dan taraf hidup yang

rendah terutamanya di luar bandar sering kali tidak dapat menyesuaikan diri

kerana merasa rendah diri. Pelajar yang datang daripada keluarga berada

pula, mereka menghadapi masalah yang berbeza. Mereka sering kali tidak

dapat memberi kerjasama dengan rakan-rakan lain dan lebih mementingkan

diri sendiri terutamanya dalam kerja amali, projek atau semasa berada di

rumah sewa.

Pengaruh rakan sebaya yang datang dari latar belakang yang

berbeza juga, menyebabkan perubahan tingkah laku yang mendadak

kepada pelajar-pelajar baru, seperti terpengaruh dengan budaya sosial yang

bebas sehinggakan ada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan

juga keruntuhan moral menyebabkan pelajaran mereka merosot. Mereka

tidak dapat membezakan antara kawan yang boleh membimbing mereka

kepada kebaikan atau membawa mereka kepada sesuatu yang tidak wajar

mereka lakukan. Suasana ini sukar dikawal kerana masa mereka lebih

panjang bersama kawan-kawan di rumah sewa, dikampus berbanding masa

dengan ibubapa atau pensyarah mereka.

Page 16: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

11

2.6 KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG LEMAHSatu lagi aspek umum yang perlu diambil perhatian adalah daya

komunikasi yang bijak dan ilmiah yang perlu ada di kalangan pelajar-pelajar

kolej. Mereka perlu pintar dalam mengeluarkan hujah perbincangan dan

tidak janggal dalam berkomunikasi. Pelajar perlu diberikan lebih peluang

untuk bercakap mengeluarkan pandangan. Pembelajaran banyak kepada

sehala iaitu daripada pensyarah kepada pelajar. Pelajar tidak berani

menyoal, apa yang sering berlaku adalah pelajar akan leka menyalin nota

perkataan demi perkataan, bukan ingin dengar dulu dan catat yang penting.

Mereka menjadi pendengar yang baik tanpa mempersoalkan apa yang

dinyatakan oleh pensyarah. Begitu juga jika mereka menghadiri seminar

atau program, budaya bertanya masih kurang mengalakkan. Ini mungkin

berlaku kerana budaya belajar di sekolah terbawa-bawa, dan jika mereka

berkomunikasi dalam bahasa Inggeris memang jelas terbayang kelemahan

dalam berkomunikasi. Selain itu, kurang pendedahan mereka untuk

membentangkan hasil kerja atau tugasan yang diberikan serta pengucapan

awam dikalangan mereka. Kemahiran ini boleh diterapkan dikalangan

pelajar kolej dengan memberikan penndedahan seluas-luasnua kepada

mereka melalui pembentangan dalam bilik kuliah, mengacara majlis-majlis di

kolej, menyertai pertandingan pidato atau perbahasan bak kata pepatah

alah bias tegar biasa. Jika mereka di berikan pendedahan yang secukupnya

suatu hari nanti mereka merupakan seseorang yang mempunyai kemahiran

yang hebat dan mengaggungkan.

Page 17: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

12

3.0 PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAANKeluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan

masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan

sesebuah masyarakat tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga

sebagai sebuah institusi pencorak masyarakat yang bakal dibina. Keluarga

boleh diumpamakan sebagai sebuah kilang yang menghasilkan produk yang

berkualiti untuk dipasarkan kepada pelanggan. Begitu juga dengan sebuah

keluarga, peranan ibubapa sebagai pengurus membentuk anak-anaknya

supaya menjadi rakyat yang berguna kepada bangsa dan negara. Ibu bapa

memainkan peranan yang penting bagi membina kejayaan bagi anak-anak

mereka. Ibu bapa juga telah dipertanggungjawabkan terhadap pentadbiran

sesebuah rumahtangga seperti dalam memberi kasih sayang, perhatian,

sokongan serta motivasi kepada anak. Pengaruh ibubapa lebih penting

daripada ahli keluarga yang lain kerana hubungan mereka sudah terjalin

begitu lama dan berterusan. Semua perkara ini perlu diambil perhatian

kerana akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar.

Keluarga yang mempunyai masalah boleh memberi tekanan kepada pelajar

dan akhirnya pencapaian akademik anak-anak akan terganggu.

Keharmonian dalam keluarga mampu memberi satu ikatan dan sokongan

yang padu pada anak-anak bagi mengecapi kejayaan. Beberapa persoalan

perlu diungkai bagi melihat sejauhmana peranan institusi kekeluargaan

dalam membentuk kecemerlangan anak-anak di peringkat pendidikan tinggi.

Page 18: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

13

3.1 MENGAPA PERI PENTINGNYA PENGLIBATAN IBUBAPA DALAMPENDIDIKAN ANAK?i. Peranan Ibubapa Dalam Pembinaaan Peribadi Anak-Anak

Peranan ibu bapa amat besar kepada anak-anak baik dari

aspek keperluan asas kehidupan dan pengisian kepada kehidupan

sebenar terutamanya ilmu duniawi dan ukhrawi. Sebagai asasnya,

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak amat penting

dengan menggembleng sepenuh tenaganya dan cuba sentiasa

memfokuskan perhatian terhadap melaksanakan segala perintah

yang diturunkan Allah dan mempersiapkan diri anak-anak dengan

ilmu untuk menjalani kehidupan mereka. Banyak kajian menunjukkan

penglibatan ibubapa dalam pendidikan anak-anak dipengaruhi oleh

faktor pendidikan, pendapatan, status perkahwinan dan status

keluarga yang berkaitan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini,

ibubapa mempunyai kesedaran yang tinggi dalam membimbing dan

menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan anak-anak.

Peranan ibubapa sebagai pendidik dengan melibatkan diri dalam

pendidikan anak-anak secara langsung. Penglibatan ini amat penting

kerana ianya membolehkan ibubapa membayangkan, menjangka,

dan bertindak di atas kepelbagaian aktiviti pembelajaran yang diikuti

oleh anak-anak mereka.

Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibubapa kita perlu

menjadi contoh tauladan kepada anak-anak iaitu kita terlebih dahulu

perlu memiliki akhlak yang mulia. Namun sekiranya ibu bapa sendiri

yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih, penyayang,

bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka

‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada

anak-anak. Selain itu, keperihatian ibubapa dalam membentuk

Page 19: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

14

keluarga yang cintakan pendidikan dengan memberi tumpuan

sepenuhnya kepada pembelajaran anak-anak. Ibubapa boleh menjadi

teman perbincangan, guru pembimbing dan menyemak kerja atau

tugasan anak-anak. Suasana ini akan merangsang anak-anak untuk

fokus kepada pembelajaran mereka di kolej.

ii. Keberkesanan Naluri Keibubapaan Untuk MembantuKejayaan Pendidikan Anak-AnakKeberkesanan naluri keibubapaan dalam membantu kejayaan

pendidikan anak-anak bermakna bahawa ibubapa mempunyai

kepercayan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang diperlukan untuk membantu anak-anak. Ibubapa

berkeupayaan untuk berkongsi dan mengajar anak-anak dan mampu

mencari mencari sumber rujukan berkenaan kemahiran atau

pengetahuan yang diperlukan oleh anak-anak dalam menyiapkan

projek, tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah.

Penglibatan ibubapa dalam kejayaan pendidikan anak-anak adalah

amat penting. Ini kerana naluri keibubapa amat mendalam dalam diri

mereka untuk melihat kejayaan dan mereka lebih mengetahui

kebolehan dan keupayaan setiap anak-anak. Naluri keibubapaan

dalam mendidik anak-anak datangnya daripada empat sumber iaitu

pengalaman langsung daripada kejayaan yang lalu, pengalaman

kejayaan ibubapa lain dalam mendidik anak-anak mereka, Maklumat

lisan daripada orang lain bahawa penglibatan ibubapa dalam aktiviti

pendidikan amat berfaedah dan boleh dilaksanakan oleh kita sebagai

ibubapa dan rangsangan emosi disebabkan oleh pendedahan

maklumat dan isu-isu semasa yang menuntuk penglibatan ibubapa

dalam pendidikan anak-anak. Naluri keibubapaan dalam memberikan

Page 20: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

15

tumpuan dalam pendidikan anak-aank tidak semua dapat

dilaksanakan oleh ibubapa kerana faktor kesibukan bekerja,

kurangnya pengetahuan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak dan

kurang kesedaran bahawa tugas utama pendidikan anak-anak

bermula di rumah bukannya terletak di sekolah atau institusi

pendidikan tinggi semata-mata.

iii. Peluang Dan Permintaan Anak-Anak Kepada IbubapaTentang PendidikanIbubapa perlu terlibat dalam membantu dan membimbing

pendidikan anak-anak kerana mereka mempunyai peluang, jemputan

dan permintaan daripada anak-anak untuk membantu mereka

menyelesaikan permasalahan dalam pendidikan. Peluang dan

permintaan daripada anak-anak merangsang ibubapa untuk terlibat

secara langsung dalam pembelajaran mereka kerana sokongan

ibubapa dalam menyelesaikan tugasan dan kerja kursus memotivasi

mereka untuk terus merangka kecemerlangan. Penglibatan ibubapa

dengan pihak kolej juga amat penting terutamanya dalam

menjayakan aktiviti pelajar seperti hari pendaftaran pelajar baru,

taklimat latihan industri, aktiviti ko-kurikulum, dan lawatan ilmiah.

Penglibatan ibubapa akan banyak membantu menjayakan program

ini. Para pelajar merasa bersemangat apabila ibubapa sentiasa

bersama mereka dalam apa jua aktiviti yang melibatkan pendidikan

mereka. Ada segelintir ibubapa tidak perihatin dalam memenuhi

permintaan dan peluang yang ditunjukkan oleh anak-anak untuk

membantu mereka. Mereka tidak peka dengan luahan dan kesukaran

yang dihadapi oleh anak mereka semasa mengikuti pengajian di kolej

Page 21: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

16

komuniti terutamanya yang melibatkan kerja projek, tugasan dan

latihan amali.

3.2 BAGAIMANAKAH IBUBAPA MEMILIH JENIS PENGLIBATANYANG BERKESAN DALAM PENDIDIKAN ANAK-ANAKi. Domin Pengetahuan dan Kemahiran yang Spesifik

Domain kemahiran dan pengetahuan tertentu ibu bapa akan

mempengaruhi tahap dan ruang penglibatan mereka dalam

pendidikan anak-anak. Gabungan kemahiran peribadi, pengetahuan,

dan kebolehan ibubapa banyak anak-anak berjaya dalam pelajaran

mereka. Kemahiran khusus dan bidang ilmu ibubapa akan

mempengaruhi bentuk penglibatan mereka dalam pendidikan anak-

anak. Secara umum, ibu bapa akan memilih penglibatan yang

konsisten dengan persepsi, kemahiran dan pengetahuan khusus

yang mereka ada dalam pendidikan anak-anak. Sebagai contoh, ibu

bapa yang mahir dalam bidang matematik tetapi kurang cekap dalam

kajian sosial adalah lebih cenderung untuk membantu tugasan

matematik berbanding dengan tugasan kajian social. Ibu bapa yang

merasa selesa bercakap dikhalayak ramai dan mempunyai

kepakaran tertentu bersedia untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar

di kolej melalui seminar, bengkel atau forum yang dianjurkan oleh

kolej, ibubapa yang merasa tidak mampu untuk berkomunikasi

dengan berkesan dalam suasana ramai mungkin untuk memilih

penglibatan pendidikan anak-anak di rumah sahaja. Pendek kata,

persepsi-diri terhadap kemahiran dan pengetahuan tertentu akan

mempengaruhi jenis penglibatan ibu bapa dalam membantu kejayaan

pendidikan anak-anak.

Page 22: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

17

ii. Pendekatan Ibubapa Dalam Membantu Pendidikan AnakIbubapa boleh membantu mempertingkatkan keupayaan anak-

anak dalam menyelesaikan tugasan di rumah dengan mengutamakan

tugasan anak, menunjukkan minat terhadap tugasan anak,

mengetahui tentang kehendak tugasan anak, mengatur masa dan

tempat belajar anak dan menyelesaikan tugasan, mengawasi tugasan

harian anak serta menyemak tugasan yang telah diselesaikan oleh

anak.

Ibu bapa memainkan peranan dalam menggalakkan anak-

anak dalam mencuba sesuatu yang baru sebagai contoh kertas

projek kursus, projek amali dan tugasan. Ibu bapa yang mengambil

tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak, memberikannya

perangsang dan sokongan terhadap apa yang ingin dilaksanakan

oleh anak-anak. Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka

mempunyai masa yang terancang dengan memantau dan melihat

apa yang anak-anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah

atau dirumah sewa. Mereka perlu memastikan keadaan di rumah

atau rumah sewa yang selesa untuk belajar tanpa ada banyak

gangguan yang akan memberi kesan ke atas pencapaian akademik.

Banyak kajian menunjukkan pendekatan yang betul digunakan

oleh ibubapa dalam membantu pendidikan anak-anak akan

membantu anak-anak menyiapkan tugasan yang diberi mengikut

jadual, pencapaian yang diperoleh dalam mata pelajaran tertentu

meningkat dan lebih ramai para ibu bapa mengetahui apa yang anak-

anak remaja mereka belajar dalam bilik kuliah. Selain itu, para

ibubapa juga tahu bagaimana untuk membuat pemantauan,

menyokong dan berbincang dengan anak-anak semasa berada di

rumah.

Page 23: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

18

3.3 MENGAPAKAH PENGLIBATAN IBUBAPA MEMBERI KESANPOSITIF TERHADAP PENDIDIKAN ANAK-ANAKPenglibatan ibubapa adalah amat penting dalam menentukan

kejayaan anak-anak dalam pendidikan. Terdapat tiga mekanisme utama

pengaruh ibubapa kepada pencapaian pendidikan anak-anak seperti

ibubapa sebagai role model kepada anak-anak, penguatkuasaan ibubapa

dalam pendidikan anak-anak dan ibubapa sebagai pendidik. Namum begitu,

pembolehubah lain juga boleh mempengaruhi pencapaian pendidikan anak-

anak seperti pembolehubah pelajar (gaya pembelajaran, kebolehan, tahap

pembangunan diri) dan pembolehubah kolej (keberkesanan pengajaran,

kandungan kurikulum, kemudahan dan peralatan yang digunakan). Dalam

kebanyakan keadaan, penglibatan ibubapa adalah yang paling tepat

dicirikan sebagai amat diperlukan dalam meningkatkan kejayaan pendidikan

anak-anak.

i. Ibubapa sebagai Role ModelIbu bapa merupakan role model yang paling hampir dalam

pembentukan sikap dan tingkahlaku yang melibatkan aspek kehidupan

anak-anak. Sikap dan tingkahlaku ibubapa akan diikuti oleh anak-anak

sehingga terbawa-bawa ke kehidupan dewasa mereka. Ibubapa boleh

menunjukkan pendekatan seperti cara proksimal, seperti bertanya soalan

tentang pembelajaran di kolej, bercakap dengan pensyarah,

menghabiskan masa bersama anak-anak menyiapkan tugasan dan

sentiasa berhubung dengan pihak kolej tentang permasalahan

pendidikan anak mereka.

Ia juga boleh ditunjukkan dalam cara yang lebih distal yang

berkaitan dengan penglibatan diri dengan aktiviti-aktiviti kolej seperti hari

terbuka, hari sukan, hari pertandingan kemahiran dan lain-lain aktiviti

Page 24: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

19

yang dianjurkan oleh pihak kolej. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti

seperti ini menunjukan sikap positif dan tanda sokongan ibubapa kepada

pihak kolej yang boleh menjadi motivasi buat mereka dan seterusnya

mendorong anak-anak untuk menyumbang kearah kecemerlangan

pendidikan.

Pandangan pemodelan ibubapa oleh anak-anak menyatakan

bahawa kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku yang ditunjukkan

oleh ibubapa mereka. Oleh itu, apabila ibu bapa menghabiskan masa

dengan atau bersama anak-anak dalam menyelesaikan aktiviti

pendidikan maka anak-anak mempunyai peluang dan galakan untuk

terus fokus kepada pendidikan mereka. Hasilnya, keputusan mereka

dalam pendidikan akan menjadi lebih cemerlang.

ii. Peneguhan Pendidikan anak-anak oleh IbubapaIbu bapa mampu mempengaruhi hasil pendidikan anak-anak

mereka dengan mengukuhkan aspek-aspek tertentu dalam pembelajaran

mereka di kolej. Penglibatan ibubapa dalam aspek pengukuhan

pendidikan kepada anak-anak seperti menunjukkan minat, perhatian,

pujian, dan ganjaran yang berkaitan dengan tingkah laku anak-anak

dalam membentuk kejayaan mereka. Peneguhan perlu diberikan kepada

anak-anak dengan cara yang tidak mengganggu peranan dan

perkembangan motivasi intrinsik mereka, ianya penting kerana mampu

membantu mencungkil dan mengekalkan tingkah laku dalam mencapai

kejayaan.

Sejauhmana kemampuan ibu bapa memilih kaedah pengukuhan

yang berkesan dan kejayaan anak-anak yang ingin dicapai belajar

dengan baik untuk ujian, menghadiri diri ke kuliah sepenuhnya,

menyiapkan tugasan, bertanya soalan kepada pensyarah apabila perlu),

Page 25: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

20

teori pengukuhannya meramalkan bahawa anak-anak ini akan terlibat

dalam lebih cemerlang selaras dengan ganjaran yang dijanjikan dan

seterusnya lebih cenderung untuk berjaya di kolej. Namum begitu,

peneguhan dalam bentuk ganjaran tidak menjamin secara mutlak anak-

anak untuk Berjaya, iannya sebagai penghargaan dan rangsangan

sahaja untuk mengallak anak-anak untuk terus focus kepada pendidikan

mereka. Kesungguhan dan motivasi diri anak-anak lebih penting di

dalam merangka kejayaan mereka dalam dunia pendidikan.

iii. Ibubapa sebagai pendidik kepada Anak-anakIbu bapa boleh mempengaruhi hasil pendidikan anak-anak

mereka dengan pengajaran secara spesifik berkenaan pembelajaran

anak-anak. Pengajaran langsung terbahagi kepada dua bentuk utama

iaitu cenderung untuk menghasilkan pengajaran baharu atau menyokong

hasil pembelajaran yang berbeza untuk kanak-kanak. Disini beberapa

pendekatan pengajaran yang boleh diikuit oleh ibubapa dalam

membantu anak-anak dalam meningkat pengetahuan mereka seperti

pengajaran secara langsung tertutup dan dan pengajaran secara

langsung terbuka. Pengajaran secara langsung tertutup yang melibatkan

perintah, arahan, permintaan untuk jawapan yang betul atau "cara yang

betul" atau menjawab permasalahan akan cenderung untuk

menggalakkan pembelajaran fakta dan pengetahuan. Ianya tidak

cenderung untuk mempengaruhi anak-anak ke arah tahap kesukaran

kognitif yang lebih tinggi.

Pengajaran secara tertutup seperti membantu anak-anak

membetul kandungan tugasan, memperoleh jawapan yang betul kepada

masalah tugasan mungkin akan meningkatkan hasil pendidikan yang

Page 26: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

21

positif. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti seperti latihan, latihtubi dan

ulangkaji dengan anak-anak, mereka sebenarnya membantu anak-anak

belajar memahami komponen, maklumat dan fakta tugas yang diberikan

oleh pensyarah.

Pengajaran secara terbuka terutamanya melibatkan soalan dan

arahan untuk merancang, menjangka, dan menerangkan lebih

cenderung untuk merangsang tahap kesukaran kognitif yang lebih tinggi

serta pengetahuan fakta dalam diri anak-anak. Aktiviti seperti anak-anak

menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi, cadangan idea-

idea untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan juga akan

meningkatkan hasil pendidikan yang positif. Selain itu, pengajaran

secara terbuka juga cenderung untuk menyumbang kepada tahap

kemahiran berfikir lebih tinggi pada anak-anak.

Secara umumnya ibubapa boleh mempraktifkan kedua-dua

kaedan pengajaran ini kepada anak-anak bergantung kepada tahap

mana isu dan masalah pembelajaran yang di hadapi oleh anak-anak.

Yang paling penting keputusan yang dapat dihasilkan daripada proses

pengajaran ibubapa kepada ana-anak. Mereka lebih fahyam apa yang

dipelajari di kolej dan mampu menyelesaikan kerja dan tugasan yang

diberikan oleh pensyarah

4.0 PENGARUH RAKAN SEBAYARakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat

dan paling penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Lazimnya

seseorang pelajar akan bergaul dengan keluarga mereka yang terdiri

daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada dirumah. Apabila mereka

berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan sebaya.

Namun, oleh sebab pelajar lebih banyak menghabiskan masa bersama

Page 27: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

22

rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat

remaja yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.

Rakan Sebaya merupakan sahabat daripada lingkungan latar belakang yang

sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam

kata lain mempunyai minat yang sama.

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-

kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang

sama yang mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia adalah agensi tidak

formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi daripada

keluarga dan juga institusi pendidikan yang dilalui oleh para pelajar. Bagi

mereka rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan

pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang pelajar yang

mempunyai masalah di rumah. Pelajar biasanya akan memilih rakan sebaya

yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan

mereka. Rakan sebaya mengikut pendekatan pelajar di kolej komuniti

adalah rakan yang mempunyai persamaan dari aspek tingkahlaku, sikap

dan identiti yang terdapat disekeliling mereka termasuk rakan di kolej, rakan

kuliah, rakan rumah sewa dan rakan-rakan daripada masyarakat sekeliling

tanpa mengira umur dan bidang pengajian mereka.

Memandangkan usia pelajar koleh melangkau 18 tahun dan keatas,

pelajar lebih cenderung menurut pengaruh rakan sebaya kerana mereka

berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh ibu bapa dan

mereka mula berfikir untuk diri sendiri. Sifat kebergantungan kepada

ibubapa atau keluarga adalah semakin kurang, mereka lebih selesa

bersama rakan sebaya yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan

yang mereka hadapai baik aspek pendidikan dan permasalahan diri.

Pengaruh rakan sebaya akan memberi dua implikasi iaitu kesan positing

dan kesan negative kepada pelajar. Kesan positif secara umumnya akan

Page 28: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

23

merangsang dan memotivasikan pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran

dan bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej, manakala

pengaruh negetif rakan sebaya pula menyebabkan pelajar kurang berminat

untuk belajar, suka ponteng kuliah, tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang

dianjurkan oleh pihak kolej dan seterusnya menunjukkan keputrusan

peperiksaan yang kurang baik. Ini tidak termasuk perlanggaran peraturan

kolej atau undang-undang negara seperti terlibat dengan penyalahgunaan

dadah, mencuri dan lain-lain.

4.1 IMPLIKASI POSITIF RAKAN SEBAYARakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam

membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok

rujukan bagi pelajar di dalam tingkah laku mereka. Pelajar akan

mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebaya untuk

mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan rakan sebaya

yang mereka ikuti kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu

tertentu. Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan

antara satu sama lain. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar

yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan

positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti akademik

dan kokurikulum yang mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

diri mereka.

Rakan Sebaya mampu mempengaruhi seseorang individu secara

positif melalui pujukan dan dengan memberi khidmat, sokongan dan

peluang untuk membincangkan latihan, kerja kursus, tugasan dan projek

kuliah serta permasalahan peribadi yang dihadapi. Pengaruh kuat rakan

sebaya secara konstruktif mampu membentuk tingkah laku yang positif di

Page 29: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

24

kalangan mereka terutamanya pencapaian akademik mereka. Ini kerana

rakan sebaya mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan pelajar. Jadi,

jika rakan sebaya memahami sesuatu pelajaran di bilik kuliah, mereka boleh

terangkan kepada pelajar dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh

menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada pelajar. Pembentukan

pembelajaran secara berkumpulan yang boleh dipraktif oleh pelajar bersama

rakan sebaya akan memberikan kesan yang baik kepada pembelajaran

mereka. Mereka lebih focus dan bersemangat kerana mereka ada rakan

yang bersama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan pembelajaran.

4.2 IMPLIKASI NEGATIF RAKAN SEBAYARakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat

pelajar membentuk corak kehidupan mereka. Kajian menunjukkan ada

beberapa perubahan ketara kepada seorang pelajar antaranya perubahan

fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong

pelajar memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan

sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala

masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa,

guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya

dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa

yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan

berkemampuan seperti orang dewasa. Namun begitu, para pelajar perlu

berwaspada kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kerana ada

yang akan cuba menarik ke arah pelanggaran peraturan seperti ponteng

kuliah, merokok, mencuri, bergaduh, tidak menghormati pensyarah dan

seterusnya membentuk sikap kurang ajar, nakal dan jahat yang

menyebabkan permasalahan disiplin dan kemerosotan pencapaian

akademik.

Page 30: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

25

Kesan pengaruh rakan sebaya yang negatif akan mengubah

bertingkah laku yang bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-

norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak

kanak-kanak lagi oleh sistem pendidikan dan keluarga mungkin tidak

mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya

pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya.

Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran

penting yang perlu diperolehi oleh pelajar agar mereka boleh berperilaku

sejajar dengan nilai yang dianutinya. Kebanyakan kes yang dirujuk

menunjukkan pelajar terjerumus ke dalam kegiatan tidak bermoral didapati

berpunca daripada tekanan dan dorongan serta cabaran rakan sebaya.

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar dalam jiwa pelajar dan

mereka menjadikannya tempat rujukan tanpa berjumpa kaunselor bagi

mendapatkan perkhidmatan kaunseling, nasihat mahupun bimbingan

menyebabkan pelajar ini ti dak mendapat bimbingan terbaik, sebaliknya

menjerumuskan diri dalam masalah yang mampu membinasakan diri

mereka sendiri. Ramai pelajar mengalah kepada tekanan rakan sebaya

kerana tidak tahu cara untuk menolak dan takut tersisih dalam kumpulan

mereka.

4.3 PANDUAN PEMILIHAN RAKAN SEBAYARakan Sebaya tidak boleh dilihat secara negative sahaja, ianya

mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri. Sebagai manusia yang

normal, para pelajar juga ingin hidup bersosial dan bermasyarakat.

Memandangkan mereka berada dalam dunia pendidikan, tahap pergaulan

dengan masyarakat yang lebih dewasa adalah amat terhad. Mereka lebih

banyak berhubung dan bersoasil dengan rakan sebaya daripada kolej yang

sama, rakan sekuliah, rakan rumah sewa atau rakan daripada masyarakat

Page 31: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

26

sekitar. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan ditolak oleh para pelajar kerana

tanpa rakan dan masyarakat sekeliling pelajar tidak akan bermotivasi dan

bersemangat untuk mengharungi dunia pendidikan mereka. Namun begitu,

para pelajar perlu bijak dalam memilih rakan sebaya dan memastikan rakan

sebaya ini perananya membantu kearah kebaikan diri. Berdasarkan tahap

umur pelajar kolej komuniti, kebanyakan mereka telah matang untuk menilai

dan bertindak dalam memilih rakan sebaya untuk mereka bersosial.

Para pelajar boleh bersikap asertif dalam memilih rakan sebaya iaitu

Perlakuan Menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau

negatif dengan tidak menyakiti hati orang lain. Pilijlah rakan sebaya yang

mempunyai sifat-sifat yang positif kerana mereka akan mendorong pelajar

menjadi orang yang baik, berakhlak mulia, dan berjaya, manakala

elakkanlah rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif kerana mereka

mampu mempengaruhi kita melakukan aktiviti negatif. Oleh yang demikian

kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kerana rakan membawa

pengaruh yang besar dalam kehidupan pelajar dan tidak rugi sekiranya

pelajar kehilangan rakan-rakan yang tidak baik.

5.0 PERMASALAHAN DISIPLIN PELAJARDisiplin Pelajar merupakan isu penting yang sering diperkatakan di

kalangan masyarakat. Begitu juga halnya di Kolej Komuniti, isu disiplin

pelajar ini tidak ketinggalan. Tujuan utama disiplin diperketatkan di kolej

komuniti adalah untuk menjamin keselamatan staf dan pelajar seterusnya

mewujudkan persekitaran kolej yang kondusif supaya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan. Perihal disiplin ini sering menimbulkan raas

tidak puas hati di kalangan semua pihak yang berurusan dengan kolej

komuniti termasuk komuniti setempat, keluarga , kerajaan dan media.

Walaupun berbagai peraturan telah ditetapkan dan diperketatkan agar

Page 32: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

27

menjadi amalan di kolej komuniti, namun masalah perlanggaran disiplin

tetap berlaku. Kebanyakan permasalahan disiplin yang berlaku di kolej

komuniti bukanlah masalah yang serius dan boleh dikategorikan sebagai

kes jenayah berat. Permasalahan disiplin di kolej komuniti mungkin

dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya sikap pelajar itu sendiri, rakan

sebaya, keluarga , latarbelakang pendidikan dan media elektronik.

5.1 SIKAP PELAJARSebahagian besar pelajar kolej komuniti adalah terdiri dari golongan

remaja yang sedang melalui perubahan dari sudut mental, fizikal, emosi dan

personaliti. Jadi semasa usia ini pelajar amat mudah terpengaruh dan

terikut-ikut dengan rakan sebaya. Kurangnya minat terhadap pelajaran di

samping perasaan rendah diri menyebabkan ramai pelajar tidak berminat

mengikuti pelajaran.

5.2 LATARBELAKANG KELUARGAKeluarga memainkan peranan yang penting di dalam membentuk

keperibadian pelajar. Keluarga bermasalah seperti ibubapa bercerai , sering

bergaduh, tidak menambil berat pelajaran anak-anak serta yang telah

meninggal dunia keduanya selalunya akan membuatkan pelajar lebih

terdedah kepada maslah disiplin kerana tidak ada pemantauan ke atas

aktiviti pelajar dan tiada orang yang mengambil tahu dari segi batas

pergaulan pelajar. Ada juga ibubapa yang tidak cuba memahami kehendak

dan keperluan pelajar, mereka sering pulang kerja lewat ke rumah dan tidak

memberi dorongan kepada pelajar untuk berjaya. Pelajar sebegini mudah

terlibat dengan masalah disiplin berbanding pelajar yang keluarganya

mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Pensyarah dan

pengurusan kolej pada kebiasaannya akan memantau dan cuba mengesan

Page 33: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

28

sekiranya terdapat pelajar yang mempunyai masalah keluarga dan mula

terpengaruh dengan masalah disiplin agar pencegahan awal dapat

dilakukan. Pelajar bermasalah akan dibimbing oleh unit kaunseling kolej

komuniti berkenaan.

5.3 KEJUTAN BUDAYA TERHADAP MEDIA SOSIALGejala ledakan media sosial telah banyak mempengaruhi pelajar.

Ianya telah menimbulkan konflik identiti kepada pelajar terutamanya kepada

pelajar yang baru mengenali atau berjinak-jinak dengan gajet-gajet yang

sedang berleluasa sekarang ini. Melayari internet tanpa kawalan seperti

‘facebook’ membuatkan pelajar leka sehingga mengabaikan pelajaran dan

menjadi anti sosial. Begitu juga dengan ‘games online’ yang membuatkan

pelajar tidur lewat malam dan sukar untuk bangun keesokan paginya untuk

menghadiri kuliah dan kurang penumpuan terhadap pelajaran mereka.

Terlalu banyak membaca majalah hiburan berkaitan gaya hidup artis dan

menonton cerita yang mempunyai unsur keganasan kadangkala

mempengaruhi perlakuan dan penampilan pelajar. Kaedah penggunaan

media sosial dengan cara yang betul perlu dipergiatkan lagi di kolej-kolej

komuniti agar para pelajar dapat menggunakan perkembangan teknologi

yang ada dengan cara yang bermanfaat kepada mereka tanpa menimbulkan

masalah disiplin.

Permasalahan disiplin pelajar perlu ditangani dengan cara yang

sebaiknya. Penglibatan yang aktif Unit Kaunseling bagi memberi motivasi

secara berterusan kepada pelajar perlu dipergiatkan lagi. Keluarga pelajar,

kolej komuniti dan media perlu meningkatkan lagi aktiviti dan program

berbentuk meningkatkan jatidiri pelajar. Pendidikan agama yang baik dan

berterusan akan mengelakkan pelajar terjebak melakukan perkara di luar

Page 34: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

29

batasan pergaulan mereka. Kolej Komuniti sebagai institusi yang sentiasa

terlibat dan melibatkan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan dijamin akan

membentuk pelajar yang berciri modal insan yang seimbang. Perancangan

aktiviti yang terbaik dan mempunyai impak yang maksima kepada pelajar

disamping mendidik pelajar ke arah mematuhi peraturan, justeru

memperketatkan lagi pelaksanaan peraturan di kolej dan mengenakan

hukuman yang setimpal kepada pelajar yang engkar agar ianya menjadi

iktibar kepada pelajar lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selain itu semua pelajar hendaklah diwajibkan melibatkan diri dalam semua

aktiviti kolej baik aktiviti dalaman atau aktiviti luaran kolej bagi

meningkatkan motivasi diri pelajar.

6.0 PENGLIBATAN KO KURIKULUMKokurikulum merupakan satu komponen yang sangat penting di

dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam bidang

akademik tetapi juga mempunyai ketrampilan yang baik dan mudah

menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran pekerjaan. Kokurikulum

sangat penting kepada pelajar di dalam memperkembangkan bakat dan sifat

krativiti pelajar. Pensyarah memainkan peranan yang sangat penting di

dalam mencungkil dan memupuk bakat dan minat pelajar kolej komuniti

dengan memastikan keberkesanan pelaksanaan program dalam aktiviti

yang dijalankan di peringkat kolej begitu juga di peringkat jabatan. Aktiviti-

aktiviti kokurikulum ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan.

Di kolej komuniti berbagai program dan aktiviti dijalankan bagi

memberi keseimbangan kepada pelajar melalui pembelajaran yang tidak

formal semasa mengikuti aktiviti kokurikulum di samping pelajaran formal di

dalam kelas. Keseimbangan ini memberi nilai tambah kepada pelajar

lepasan kolej komuniti untuk bersaing di pasaran pekerjaan bila telah

Page 35: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

30

bergraduat nanti. Kebanyakan majikan tidak lagi menitikberatkan

pencapaian akademik semata-mata tetapi telah beralih memilih graduan

yang mempunyai keseimbangan dari segi akademik dan ‘soft skills’ yang

tinggi bagi menjamin mereka mendapat pekerja yang berkualiti.

Antara aktiviti kokurikulum yang dijalankan di kolej komuniti

termasuklah badan berunifom seperti BriSK-PISPA (Briged Sukarelawan

Kolej Komuniti-Pasukan Pertahanan Awam Kolej Komuniti) yang mana

ianya banyak melibatkan aktiviti kesukarelawanan pelajar kolej komuniti

dengan komuniti setempat. Selain itu program berbentuk kaunseling juga

turut dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian

Kolej Komuniti atau kolej komuniti sendiri seperti Di Sebalik Wajah, We Care

We Share dan sebagainya yang dirancang dan dilaksanakan bagi

membentuk sahsiah dan jati diri pelajar kolej komuniti.

Begitu juga aktiviti sukan turut dianjurkan yang meliobatkan peringkat

kebangsaan dan jabatan seperti Liga Bolasepak IPT, Kejohanan Berbasikal,

Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan dan sebagainya. Aktiviti ini bukan

sahaja melibatkan pelajar kolej komuniti tetapi juga melibatkan pelajar dari

institusi pendidikan tinggi yang lain termasuk politeknik dan universiti. Aktiviti

sebegini akan memberi peluang kepada pelajar kolej komuniti untuk bergaul

dan membina hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar dari institusi lain

menjauhkan pelajar dari perasaan rendah diri justeru mereka nanti boleh

berkomunikasi dengan berkesan dalam apa jua keadaan dan tahap

sosialisasi di sekeliling mereka.

Melalui aktiviti kokurikulum proses kepimpinan pelajar akan dibentuk

dengan berkesan. Di dalam aktiviti kokurikulum kemahiran kepimpinan

merupakan aspek paling penting yang diterapkan kepada pelajar kolej

komuniti bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan

lancar dan berjaya. Pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang baik

Page 36: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

31

akan dapat memimpin sesuatu organisasi dengan baik dan berjaya pada

masa akan datang. Pelajar yang aktif dan berjaya di dalam bidang

kokurikulum pada kebiasaannya akan mempunyai pencapaian akademik

yang baik berdasarkan minat dan tumpuan yang ditunjukkan semasa di

dalam kelas.

7.0 KOLEJ KOMUNITI SEBAGAI PEMACUKECEMERLANGANKolej komuniti ditubuhkan pada tahun 2001 berdasarkan

memorandum Jemaah menteri pada tahun 2000 yang konsep penubuhan

dan pelaksanaannya di setiap kawasan parlimen. Kolej komuniti telah

mengalami beberapa fasa perubahan yang bermula dengan proses

penjenamaan (2007), Pengukuhan (2010) dan Pemerkasaan (2013). Usaha

ini akan teruskan dengan fasa Penjenamaan dan Peletakan Semula

(Branding and Repositioning) kolej komuniti pada tahun 2015. Berteraskan

misi yang dijunjung “Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja

berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan

melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran

Sepanjang Hayat “ kolej komuniti mengorak langkah menerajui

kecemerlangan melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan mendapat

tempat dipasaran pekerjaan. Banyak kejayaan telah dicipta oleh warga kolej

komuniti dipersada kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang

yang disertai. Kebolehpasaran graduan yang dikeluarkan oleh kolej komuniti

melebihi 85% seperti yang dtetapkan oleh MCG.

Kecemerlangan kolej komuniti yang dicapai dan dikecapi selama ini

bukannya dapat diperolehi dengan mudah. Ianya memerlukan pengorbanan

dan perancangan yang teliti dan strategik yang meletakkan kolej komuniti

sebagai pilihan pelajar. Kecemerlangan yang dihasilkan oleh kolej komuniti

Page 37: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

32

adalah graduannya mampu memasuki pasaran pekerjaan setelah tamat

pengajian, memenangi pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan

antarbangsa serta menjadi usahawan yang berjaya atau job creator

Berdasarkan kepada Plan Pembangunan pendidikan Malaysia

(Pendidikan Tinggi) 2015-2025 lonjakan ke tiga iaitu Graduan TVET

Berkualiti Bagi memenuhi keperluan negara untuk lebih ramai pekerja mahir

di bawah Program Transformasi Ekonomi akan memerlukan peningkatan

2.5 kali ganda dalam enrolmen TVET menjelang 2025. Bagi memenuhi

keperluan PPPPM(PT) Kolej Komuniti telah mengambil inisiatif untuk

meletakkan diri standing dengan penyedia TVET dan menjadi pilihan

masyarakat iaitu dengan membolehkan reka bentuk kurikulum dan model

penyampaian yang diterajui oleh industri seperti program Sijil Kolej Komuniti

dan Program Diploma Kolej. Setiap Program Sijil dan Program Diploma

Kolej Komuniti yang ditawarkan telah dan akan mendapat pengiktirafan

kerangka kelayakan daripada MQA, menawarkan program-program baharu

diperingkat Sijil dan Diploma mengikut permintaan semasa dan keperluan

industri semasa. Ini menjaminkan peluang pekerjaan kepada lulusan kolej

komuniti kelak. Akhirnya, mempromosikan TVET sebagai laluan yang

berdaya maju dan menarik kepada masyarakat sekitar.

Selain itu, sebagai pusat kecemerlangan penyedia TVET, kolej

komuniti sentiasa berusaha untuk mengupaya tenaga pengajar dan fasiliti

mengikut perkembangan semasa melalui program Training of Trainer,

Program Sangkutan Industri, Kursus Kemahiran Pensyarah dan lain-lain

untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan pensyarah sentiasa terkini.

Fasiliti seperti peralatan bengkel dan mesin-mesin sentiasa diupayakan

dengan penggunaan peralatan yang terkini menggantikan yang sedia ada.

Jika tidak inisiatif dan kerjasama dengan pihak industri secara perkongsian

pintar sentiasa diamalkan. Ini akan membantu proses pengajaran dan

Page 38: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

33

pengajaran menggunakan fasiliti yang terkini selaras dengan keperluan

industri. Akhirnya kolej komuniti mampu meraikan kecemerlangannya

bersama para pelajar, masyarakat sekeliling dan seluruh warga kerjanya

dan seterusnya pemacu kepada kecemerlangan TVET seseluruhannya.

8.0 PENUTUPSebagai kesimpulannya, kita dapat menyatakan bahawa

kecemerlangan akademik merupakan hasrat semua orang baik diri pelajar,

keluarga, pihak kolej mahupun masyarakat, namum ianya memerlukan

komitmen dan kesungguhan semua pihak bagi memastikan ianya menjadi

realiti. Namum begitu, ianya bukan mudah seperti yang diperkatakan kerana

banyak cabaran dan halangan sentiasa menanti para pelajar disepanjang

tempoh pengajian mereka. Jati diri pelajar dan kesungguhan diri yang tinggi

banyak membantu dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

Peranan dan fungsi secara ibu bapa, pensyarah, kaunselor, pihak

pengurusan kolej, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan dan ahli

masyarakat perlu melaksanakan kewajipan membimbing dan mendidik

pelajar-pelajar ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Justeru itu,

pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan berterusan bagi memastikan potensi

diri digembling secara optimum untuk melahirkan modal insan yang

cemerlang selaras dengan hasrat Kolej Komuniti mencipta juara dan selaku

penyedia laluan kerjaya TVET kepada masyarakat serta mengupaya

keboleh mereka untuk memenuhi keperluan pasaran kerja negara.

Namum begitu, masih banyak lagi faktor-faktor yang boleh

menyumbang ke arah kemelsetan akadmeik pelajar di kolej komuniti yang

boleh dibuat kajian secara ilmiah yang kerana ianya akan dapat memberi

sumbangan yang besar kepada semua pihak bagi membendung masalah ini

daripada berleluasa dan berterusan sehingga menghalang usaha murni

Page 39: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

34

kolej komuniti ini. Adalah amat merugikan sekiranya generasi akan datang

yang dikatakan sebagai pemimpin masa depan tidak mempunyai disiplin

dan personaliti yang baik disebabkan masalah salah laku yang mereka

alami di pengajian mereka yang tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga

para pelajar kolej komuniti sentiasa mempunyai personaliti sebagai pelajar

yang baik dan berdisiplin bagi memastikan kecemerlangan akademik dan

sahsiah dapat di junjung.

Page 40: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar

35

BIBLIOGRAFI:

Azizi, Jumat (2010). Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. UTMSkudai. Retrive August 2015, from http://eprints.utm.my/10388/1/29.9_Pengaruh _Negatif _Rakan _Sebaya.pdf

Azizi Yahaya & Mohamad Hasan Omar. (2010). PermasalahanKeluarga. Retrive August 2015, fromhttp://eprints.utm.my/10402/1/30.9_Permasalahan_Keluarga.pdf

Hilt, P.J. (1999), February 16). In Forecasting Their Emotions,Most People Flunk Out. New York Times. Retrieved November 21,2000, from http//www.nytimes.com.

Kandel, E.R., & Squire, L.R (2000), November 10).Neuroscience: Breaking Down Scientific Barriers to the Study of Brainand Mind. Science, 290, 1113-1120

Maklumat Jabatan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. RetriveAugust 2015, from http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

Othman & Normalina (2010). Profil Gaya Didikan Ibu BapaPelajar Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah. Retrive August 2015,from http://eprints.utm. my/ 10489 /1/ PROFIL _GAYA _DIDIKAN_IBU_BAPA PELAJAR CEMERLANG .pdf

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025(Pendidikan Tinggi). (2015). Retrive August 2015, fromhttp://www.kkche.edu.my/kkcp/index.php/304-pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2015-2025-pendidikan-tinggi

Ratna Roshida & Nik Haslinda (2007). Peranan institusikeluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun. Jurnal Kemanusiaanbil.9, Jun 2007.

Tengku Fatin (2011). Masalah Keluarga Dan PengaruhnyaTerhadap Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar: Kajian Tahun 4Fakulti Pendidikan Utm. Retrive august 2015, fromhttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ ptkghdfwp2/p2011100492756 89 be2 cdd49f39 ec19302bb2425fd.pdf

Page 41: Faktor Pencapaian Akdemik Pelajar