faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian … · faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR NADIA BINTI ALWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongkhanh

Post on 18-Mar-2019

317 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN,

KUALA LUMPUR

NADIA BINTI ALWI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA BAGI MATA PELAJARAN

TEKNIKAL DI SEKOLAH SATU JANTINA KAWASAN WILAYAH

PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR

NADIA BINTI ALWI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac, 2004

iii

DEDIKASI

Untuk Ayah dan Emak yang ku sayangi,

Alwi Bin Mahruf Norishah Bte Hassan

Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan

sehingga kini.

Buat adik-adik yang disayangi,

Lin

Odin

Amir

Untuk rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan

kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah

kejayaan kita bersama

iv

PENGHARGAAN

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala serta

selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan

keredhaan dan keberkatan-Nya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan

kertas projek sarjana muda ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Madya Dr. Azizi b. Haji

Yahya di atas teguran dan bimbingan serta sedia meluangkan masa untuk berbincang

sepanjang proses menyediakan kertas projek sarjana muda ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di atas

kebenaran menjalankan kajian di sekolah-sekolah. Tidak dilupakan kepada guru-guru

sekolah yang telah banyak membatu dan memberi bantuan kepada saya.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam

menyempurnakan projek sarjana muda ini.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian akademik bagi mata pelajaran teknikal di kalangan

pelajar bumiputera di empat buah sekolah satu jantina. Kajian ini telah di jalankan di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bintang (Utara), Sekolah Menengah Kebangsaan

Sri Ampang (L), Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (L) dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah (P), Kuala Lumpur. Kajian ini telah

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 120

orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel tidak rawak

bertujuan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri

Bintang (Utara) terhadap 20 orang responden, dan nilai alpha cronbach adalah 0.87.

Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for the Social Sciences). Kolerasi Pearson dan Ujian-t telah digunakan

untuk menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan faktor keluarga

adalah faktor paling dominan diikuti faktor rakan sebaya dan kaedah belajar yang

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran teknikal di

kalangan pelajar keempat-empat sekolah tersebut. Walaupun begitu, kesemua faktor

didapati tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Kajian juga

mendapati bahawa penyertaan program motivasi mempunyai hubungan yang

signifikan dengan pencapaian akademik dan arah hubungan adalah negatif. Kajian

juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara taraf pekerjaan

ibu bapa dengan pencapaian akademik dan tiada perbezaan yang signifikan di antara

jantina dengan pencapaian akademik. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini,

beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik

mata pelajaran teknikal para pelajar.

vi

ABSTRACT

The objective of this research is to determine the factors that influenced the

academic achievements for technical subjects among bumiputera students in four

single sex schools. This research was conducted in Sekolah Menengah Kebangsaan

Sri Bintang (Utara), Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang (L), Sekolah

Menengah Kebangsaan Victoria (L) and Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri

Wilayah (P), Kuala Lumpur. This research has utilized questionnaires as research

instrument involving 120 respondents. The sampling method used in this research is

purposive not random.A pilot research was done in Sekolah Menengah Kebangsaan

Sri Bintang (Utara) involving 20 respondents resulting to an alpha cronbach value of

0.87. All the accumulated data was processed using SPSS (Statistical Package for the

Social Sciences) software. The Pearson Colleration and T-test was used to test the

research questions. The results show that family factor is the main dominants

influence of academic achievements in technical subjects among the students of the

schools involved. This is followed by peers and learning techniques factors.

Although family factor is the dominant factor among the factors, research found that

all factor shows no significant relation with academic achievement. This research

also found that the involvement of students in motivational courses has a significant

relation with academic achievements with a negative function. This research also

shows that there is a significant difference between parent’s occupation and

academic achievement. Furthermore it also shows no significant difference between

gender and academic achievement. Based on the findings of this research, a number

of proposals are laid out in order to enhance the students’ achievement in technical

subjects.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB I

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi

1.9 Penutup

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

1

4

6

7

7

8

9

10

14

viii

BAB II

BAB III

BAB IV

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

2.2 Faktor Keluarga

2.3 Faktor Rakan Sebaya

2.4 Faktor Kaedah Belajar

2.4.1 Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran

2.4.1.1 Menguruskan Cara Belajar

2.4.1.2 Mempelajari, Memahami dan

Mengingati

2.4.1.3 Mengambil Nota

2.4.1.4 Membaca

2.5 Penutup

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Reka bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Kajian Rintis

3.7 Analisis Data

3.8 Prosedur Kajian

3.9 Penutup

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

4.2 Keputusan Analisis Data

4.3 Bahagian A

4.3.1 Jurusan Responden

4.3.2 Bilangan Ahli Keluarga

Responden

4.3.3 Pekerjaan Ibu Bapa Responden

15

18

20

22

22

24

25

25

27

28

29

30

30

31

32

34

35

36

37

38

39

39

39

40

41

ix

4.3.4 Tempat Tinggal Responden

4.3.5 Bilangan Kelab Yang Diikuti

Responden

4.3.6 Bilangan Motivasi Yang

Diikuti Responden

4.3.7 Keputusan Akademik

Responden

4.4 Bahagian B

4.4.1 Adakah Faktor Keluarga

Mempengaruhi Pencapaian

Akademik Pelajar

Bumiputera?

4.4.2 Adakah Faktor Rakan Sebaya

Mempengaruhi Pencapaian

Akademik Pelajar

Bumiputera?

4.4.3 Adakah Faktor Kaedah Belajar

Mempengaruhi Pencapaian

Akademik Pelajar

Bumiputera?

4.4.4 Adakah Terdapat Perbezaan Di

Antara Jantina Mengikut

Pencapaian Akademik Pelajar?

4.4.5 Adakah Penyertaan Program

Motivasi dan Aktiviti Pelajar

Ada Hubungan Terhadap

Pencapaian Akademik?

4.4.6 Adakah Terdapat Perbezaan Di

antara Taraf Pekerjaan Ibu

Bapa Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar?

4.4.7 Adakah Terdapat Hubungan Di

antara Faktor Keluarga, Faktor

42

43

44

44

45

47

50

54

56

57

58

58

x

BAB V

Rakan Sebaya dan Faktor

Kaedah Belajar dengan

Pencapaian Akademik?

4.4.8 Analisis Keseluruhan

4.5 Penutup

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Demografi Responden

5.2.2 Perbincangan Tentang

Pencapaian Pelajar Mengikut

Faktor Keluarga

5.2.3 Perbincangan Tentang

Pencapaian Pelajar Mengikut

Faktor Rakan Sebaya

5.2.4 Perbincangan Tentang

Pencapaian Pelajar Mengikut

Faktor Kaedah Belajar

5.2.5 Perbincangan Terhadap

Perbezaan Di antara Jantina

Mengikut Pencapaian Akademik

Pelajar

5.2.6 Perbincangan Tentang Hubungan

Penyertaan Program Motivasi

dan Aktiviti Pelajar Dengan

Pencapaian Akademik

5.2.7 Perbincangan Terhadap

Perbezaan Di antara Pekerjaan

Ibu Bapa Dengan Pencapaian

Akademik Pelajar

59

59

60

60

61

62

64

66

68

68

69

xi

5.2.8 Perbincangan Tentang Hubungan

Di antara Faktor Keluarga, faktor

Rakan Sebaya dan Faktor

Kaedah Belajar dengan

Pencapaian Akademik

5.2.9 Perbincangan Analisis

Keseluruhan

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Kementerian

Pendidikan Malaysia

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah

5.4.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa dan

Keluarga

5.4.4 Cadangan Kepada Para Pelajar

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Penutup

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

70

70

71

72 72

72

74

75

75 76

77

84

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Jadual Elemen-Elemen Gaya Belajar Sampel Responden Mengikut Sekolah Pernyataan Skor dan Skala yang Digunakan Bagi Setiap Item Di Dalam Soal Selidik Kelompok Item Berdasarkan Bahagian-Bahagian Di Dalam Soal Selidik Kelompok Item Berdasarkan Objektif Kajian Nilai Kebolehpercayaan Analisis Tentang Skor Min Klasifikasi Kekuatan Koerasi Taburan Jurusan Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Bilangan Ahli Keluarga Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Pekerjaan Bapa Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Pekerjaan Ibu Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Tempat Tinggal Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Bilangan Kelab Yang Diikuti Responden Mengikut Frekuensi dan Peratus Taburan Bilangan Motivasi Yang Diikuti Responden Frekuensi dan Peratus

21

31

33

33

33

34

36

36

38

39

40

41

41

42

42

xiii

4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19

Taburan Keputusan Peperiksaan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratus Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Keluarga Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Keluarga Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Rakan Taburan Responden Mengikut Peratus, Min, Min Keseluruhan, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Kaedah Belajar Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, sederhana dan Tinggi Bagi Faktor Kaedah Belajar Taburan Responden Menggunakan Analisis Ujian-t Mengikut Perbezaan Jantina Dengan Pencapaian Akademik Taburan Responden Menggunakan Analisis Kolerasi Pearson Mengikut Hubungan Di Antara dan Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Taburan Responden Menggunakan Analisis Ujian-t Mengikut Hubungan Pekerjaan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik Taburan Responden Menggunakan Analisis Kolerasi Pearson Mengikut Hubungan Faktor Keluarga, Faktor Rakan Sebaya dan Faktor Kaedah Belajar Terhadap Pencapaian Akademik Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Pencapaian Akademik

44

46

48

49

51

53

56

57

58

58

58

59

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPPDP

DR

IT

IPTA

KH

LK

PMR

RC

SPSS

SPM

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

Doktor

Teknologi Maklumat

Institut Pengajian Tinggi Awam

Kemahiran Hidup

Lukisan Kejuruteraan

Penilaian Menengah Rendah

Reka Cipta

Statistical Package of Social Science

Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR

UMNO

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

United Malay National Organisation

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

“Dalam usaha membangunkan bangsa dan negara, pendidikan memainkan

peranan yang amat penting. Dalam hal ini peranan pendidikan perlu dikaji dari

semasa ke semasa dan tekanan diberi kepada kaitan ilmu yang dipelajari dengan

kerja yang akan dilaksanakan.” Kata Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap di

Perhimpunan Agung UMNO 1988. Dasar Ekonomi baru telah dilaksanakan suatu

masa dahulu untuk memajukan orang Melayu agar setanding dengan kaum-kaum

lain supaya mereka mengambil bahagian cergas dalam pembangunan negara.

Tun Dr. Mahathir juga percaya bagi meneroka pelbagai bidang ilmu,

penguasaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan antarabangsa adalah

amat penting. Beliau sedar bahawa kelemahan pelajar bumiputera di pusat-pusat

pengajian tinggi berbanding dengan kaum lain ialah disebabkan oleh kelemahan

penguasaan bahasa Inggeris mereka. Sehubungan itu, kaedah pengajaran Sains dan

Matematik dalam bahasa Inggeris diperkenalkan pada awal tahun ini. Ia antara lain,

bertujuan memahirkan pelajar dalam bahasa tersebut di samping memudahkan

mereka menimba ilmu kerana kebanyakan buku-buku sains dan teknologi ditulis

dalam bahasa Inggeris. Kaedah tersebut walaupun mendapat sedikit tentangan dari

beberapa pihak tertentu pada peringkat awalnya, kini berjalan lancar dan diterima

sebagai salah satu kemestian pada era dunia tanpa sempadan ini.

Idea utama yang berkembang ialah, bumiputera memerlukan kepada

persediaan moral dan ketahanan nilai yang tinggi bagi berhadapan dengan

perubahan zaman yang mencabar. Ia bererti, kaum bumiputera hanya setanding

dengan bangsa atau umat yang lain, sekiranya persaingan dan daya kreativiti yang

tinggi (Berita Harian: 24 Mei 1999).

Masyarakat bumiputera yang dahulunya mementingkan kepakaran yang

diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka. Mereka meneruskan

pekerjaan tersebut tanpa memikirkan tentang kemajuan yang akan lebih

memudahkan pekerjaan mereka. Dengan ini ilmu kepakaran dan keyakinan

disamping faktor sokongan yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara daripada

jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang pembangunan, khususnya bidang sains dan

teknologi, yang mana di dalam era teknologi maklumat (IT). Menurut Muhyuddin

Yassin faktor terpenting yang berfungsi dalam memastikan kejayaan sesebuah negara

pada era teknologi maklumat dan era baru ialah kemampuan rakyat menguasai dan

menggunakan sains dan teknologi secara kreatif dan inovatif (Utusan Malaysia: 19

April 2000).

Dengan tertubuhnya bilangan Sekolah Menengah Teknik dan sekolah

vanekular yang menerapkan kemahiran telah meningkat, maka ianya akan dapat

melahirkan sejumlah besar masyarakat bumiputera yang berpengetahuan di dalam

bidang teknologi dan tanpa membelakangi pengetahuan yang lain. Ianya juga dapat

mengurangkan bilangan masyarakat bumiputera yang mundur dalam dunia kini.

Dengan adanya kemahiran yang diperolehi di peringkat persekolahan, ianya dapat

dimanfaatkan sesudah tamat pengajiannya. Sungguhpun masih kurangnya

penglibatan masyarakat bumiputera yang profesional di dalam bidang perakuanan,

kejuruteraan, sains dan ekonomi ini tidak bermakna kaum bumiputera masih lagi

mundur.

Seperti kenyataan Awang Had (1996), sungguhpun kerajaan telah

menyediakan tempat kepada pelajar bumiputera dengan menetapkan kuota

kemasukan pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ), dengan harapan

kuota ini dapat mengimbangi kemasukan pelajar bukan bumiputera ke IPTA ini

adalah kerana pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar bukan

bumiputera masih menyaingi pelajar bumiputera. Ini kerana pelajar bumiputera tidak

serius belajar yang mana mereka banyak menumpukan pada kegiatan luar (Berita

Harian: 17 Julai 1999). Bagaimanapun, pencapaian pelajar bumiputera khususnya di

pusat pengajian tinggi awam dan swasta amat mengecewakan berbanding kaum

Cina. Ini dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan akhir yang mencatatkan

peratusan kecil sahaja pelajar bumiputera yang mendapat kelas pertama.

Negara Malaysia tidak mahu kaum bumiputera terus terpinggir walaupun

usaha kita menjadikan Malaysia negara maju tercapai. Perkara ini kita perlu sedar

dari awal lagi. Ini mungkin kerana terdapat faktor yang menyatakan pelajar

bumiputera tidak pandai mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan dan tidak

memiliki sifat daya saing di dalam diri mereka. Kebanyakan pelajar bumiputera

masih dihanyuti budaya yang mementingkan keseronokan daripada pelajaran yang

menjamin keseronokan berpanjangan apabila memperolehinya (Berita Harian: 24

Mei 1999).

Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem terbuka bagi Sijil

Pelajaran Malaysia / Vokasional, untuk membantu pelajar yang lemah yang mana

mereka diberi peluang memilih mata pelajaran yang mampu diikuti oleh pelajar.

Adakah ini mampu mengatasi masalah yang membelenggu pelajar bumiputera dan

mungkinkah kita lihat negara Malaysia diterajui olah bangsa-bangsa asing. Hanya

pelajar-pelajar bumiputera sahajalah yang mampu membendung daripada ianya

terjadi.

1.2 Latar belakang masalah

Tidak dinafikan bahawa banyak telah dicapai oleh masyarakat bumiputera

melayu dari segi pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi masyarakat

bumiputera melayu pada penghujung abad 20 ini, peluang bagi menembus semula

kecemerlangan dari segi ilmu yang pernah dikecapi beberapa abad lalu, dan setelah

mengalami zaman malap selama lebih satu abad, terbuka luas.

Kecemerlangan ilmu yang telah dicapai suatu waktu dulu bukanlah diukur

semata-mata dari segi fizikal, iaitu menghasilkan peralatan yang mengatasi orang

lain, tetapi mengadakan satu sistem hidup yang membawa kesejahteraan kepada

manusia. Kecemerlangan ilmu kini bermakna mencapai kejayaan dalam bidang sains

dan teknologi dari segi kehidupan fizikal, mengimbanginya dengan kejayaan

mempelajari ilmu-ilmu yang mengisi kehidupan rohaniah, agama ataupun moral kita.

(Mohd Taib Osman,1997)

Seperti yang dinyatakan oleh Awang Had ( 1996 ), kemajuan adalah satu

proses bukan satu titik pencapaian yang terakhir dan mutlak, ia adalah sasar yang

sentiasa berganjak kedepan. Tetapi pelajar bumiputera adalah tidak cukup dari segi

kualiti dan menjadikan orang melayu yang bergiat dalam bidang profesional juga

tidak mencukupi. Ini dapat dilihat dari pencapaian akademik dari peringkat SPM

hinggalah keperingkat yang tertinggi diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Misalnya, statistik pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), terutama bagi mata

pelajaran sains dan matematik. Beliau memberi contoh pada 1998, hanya 2.6 peratus

pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2 bagi matapelajaran Fizik dalam peperiksaan

SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan bumiputera. Begitu juga subjek

matematik tambahan, 6.7 peratus pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2

berbanding 36.4 peratus bukan bumiputera (Awang had, 1996).

Kelemahan pelajar bumiputera pada kini yang ditinjau dari aspek

pembelajaran pada peringkat sekolah menengah di aliran sains adalah sangat ketara

berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Ini adalah kerana kebanyakan mata

pelajaran yang dibekal adalah menekankan tentang sains dan matematik, daripada

kelemahan dalam mata pelajaran ini ianya akan memberi kesan apabila melanjutkan

pelajaran pada peringkat yang tertinggi. Kelemahan penguasaan pelajar bumiputera

terhadap mata pelajaran berasaskan sains dan matematik, dibebani dengan tertekan

dan program pengajian yang diadakan di peringkat yang tertinggi, mereka tidak

dapat menumpukan terhadap pelajaran (Berita Harian: 24 Mei, 1999).

Pengetahuan dan pengalaman akademik dalam skop kurikulum atau pun

kefahaman formal mengenai tanggungjawab, ciri-ciri dan etika kewarganegaraan

tidak akan mencukupi untuk menangkis secara berkesan segala tomahan dan andaian

berperasangka yang membelenggu pelajar-pelajar bumiputera. Ianya haruslah

disusuli oleh tanggungjawab bersama oleh semua masyarakat. (Berita Harian: 24 Mei

1999).

Berdasarkan kepada fenomena yang dinyatakan, ini akan dapat mengupas

serba sedikit tentang permasalahan pelajar bumiputera di dalam perbezaan

pencapaian akademik berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Dengan ini

penyelidik ingin mengetahui aspek-aspek atau ciri-ciri dapat meningkatkan

pencapaian akademik pelajar bumiputera dalam mata pelajaran teknikal.

Ianya dapat dilihat daripada permasalahan yang boleh dikatakan sudah

mencapai ke tahap yang membimbangkan. Ianya dilihat daripada bermacam-macam

gejala yang tidak sihat berlaku disebabkan oleh remaja atau pelajar. Masalah ini akan

mempengaruhi proses pembelajaran mereka jika ianya tidak dikawal. Permasalahan

ini dilihat pada peringkat menengah kerana ianya adalah untuk mempersiapkan

pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya memerlukan pergabungan tenaga

pelbagai pihak dalam usaha membendung masalah ini.

1.3 Pernyataan masalah

Permasalahan tentang pencapaian akademik pelajar bumiputera sering

diperkatakan oleh pemimpin politik, tokoh-tokoh akademik serta masyarakat. Apa

yang lebih kritikal ialah mutu pencapian pelajar bumiputera rata-ratanya lebih rendah

daripada golongan lain terutamanya bangsa cina. Persaingan ini lebih kritikal dalam

konteks ekonomi persaingan pasaran terbuka. Maka masalah keciciran, keguguran

dan mutu rendah dalam pendidikan di kalangan masyarakat bumiputera perlu

diiktiraf.

Sekolah akademik satu jantina terdiri daripada pelbagai kaum. Pelajar

bumiputera yang berada di sekolah jenis ini lebih banyak bergaul dengan pelajar

bukan bumiputra berbanding dengan pelajar sekolah kebangsaan yang bercampur

jantina. Bagaimanakah dari segi pencapaian mereka di sekolah satu jantina?

Kebanyakkan sekolah satu jantina tidak menawarkan mata pelajaran teknikal yang

lain bagi mata palajaran elektif selain dari kemahiran hidup. Hanya beberapa sekolah

sahaja yang menawarkan mata pelajaran teknikal bagi tingkatan 4.

Benarkah pencapaian akademik pelajar di sekolah satu jantina lebih baik

daripada sekolah campur? Benarkah juga sekolah sejenis yang terdiri daripada

pelajar perempuan lebih baik daripada sekolah sejenis pelajar lelaki? Faktor

pencapaian akademik sekolah jenis ini mungkin disebabkan oleh budaya yang

dibawa oleh mubaligh kristian ke sekolah berkenaan berkesan dalam meningkatkan

pencapaian akademik pelajar. Adakah juga budaya belajar di sekolah ini sesuai

dengan pelajar bumiputera?

Berdasarkan situasi ini, pengkaji ingin mengenalpasti faktor pencapaian

akademik pelajar bumiputera bagi mata pelajaran teknikal di sekolah satu jantina.

Faktor-faktor ini ingin dikaji untuk memastikan apakah faktor dominan pencapaian

akademik mata pelajaran teknikal bagi pelajar di sekolah satu jantina yang di

bangga-banggakan oleh sesetengah pihak yang menyatakan sekolah satu jantina lebih

baik daripada sekolah campur jantina. Agar dengan ini jurang perbezaan antara

golongan bukan bumiputera dengan bumiputera dapat dikurangkan dan prestasi

bumiputera dapat di tingkatkan.

1.4 Objektif kajian

Kajian yang akan dijalankan terhadap cabaran pendidikan bumiputera ini

mempunyai beberapa objektif iaitu untuk:

1.4.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor keluarga mempengaruhi pencapaian

akademik pelajar bumiputera.

1.4.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar bumiputera.

1.4.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor kaedah belajar mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar bumiputera.

1.5 Persoalan Kajian

Didalam penyelidikan yang akan di jalankan, penyelidik akan cuba mencari

jawapan yang sering di persoalkan tentang pencapaian yang di nyatakan pada

objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi;

1.5.1 Adakah faktor keluarga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

bumiputera?

1.5.2 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera di

dalam akademik?

1.5.3 Apakah faktor kaedah belajar mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera

di dalam akademik?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan di antara jantina mengikut pencapaian akademik

pelajar bumiputera?

1.5.5 Adakah penyertaan program motivasi dan aktiviti pelajar mempunyai

hubungan terhadap pencapaian akademik pelajar bumiputera?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan di antara pekerjaan ibubapa terhadap pencapaian

akademik pelajar bumiputera?

1.5.7 Adakah terdapat hubungan diantara faktor keluarga, rakan sebaya dan kaedah

belajar dengan pencapaian akademik?