0faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik

28
KANDUNGAN No. Isi Kandungan Muka surat Isi Kandungan 1. 0 Pengenalan 1 2. 0 Latar Belakang murid 2-3 2. 1 Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-2 4 3. 0 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid 5 3.1 faktor endogen (baka) 5 3.1.1 kesihatan pelajar 5 3.1.2 pemakanan 6 3.1.3 faktor eksogen (persekitaran) 7 3.2 faktor baka 8 3.3 faktor persekitaran 9 3.4 faktor yang mempengaruhi pembelajaran 10 3.4.1 kecderdasan 10 3.4.2 ingatan dan lupaan 11 4. 0 Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar lemah 12 4.1Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan 12 4.2Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya 13 4.3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama 14

Upload: li-ling-goh

Post on 14-Sep-2015

101 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

(Buss&Plomin,1997)mengatakan bahawa individu akan mewarisi sifat fizikal ibu bapanya seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut,temperamen dan sebagainya.Ini menunjukkan bahawa faktor Endogen memainkan peranan yang penting dalam perkembangan manusia,terutamanya dari segi pencapaian akademik pelajar.

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

KANDUNGAN

No.Isi KandunganMuka surat

Isi Kandungan

1.0Pengenalan1

2.0Latar Belakang murid 2-3

2.1Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-24

3.0Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid5

3.1 faktor endogen (baka)5

3.1.1 kesihatan pelajar5

3.1.2 pemakanan6

3.1.3 faktor eksogen (persekitaran)7

3.2 faktor baka8

3.3 faktor persekitaran9

3.4 faktor yang mempengaruhi pembelajaran10

3.4.1 kecderdasan10

3.4.2 ingatan dan lupaan11

4.0Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar lemah12

4.1Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan12

4.2Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya13

4.3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar beakademik

baik14

4.4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menarik14

5.0Kesimpulan15

6.0Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 201316-17

Rujukan18

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN1.0Pengenalan

Menurut Alfred Binet,Theodore dan Guiford (Borich & Tombari,1997),kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran.Manakala Howard Gardner et al(1996)pula tidak bersetuju dengan pendapat mereka.Beliau berpendapat bahawa kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melaui proses pembelajaran serta menyediakan persekitaran yang kondusif membolehkan pembelajaran yang berkesan berlaku.

Helen Bee(1995) pula mengatakan sahsiah adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalui baka.Menurut beliau,tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan ia berkekalan pada individu sepanjang hayatnya.Kajian Loehlin,1992,Plomin,1994 dalam(Shaffer,1999)mengatakan sebahagian besar dimensi personality adalah mewarisi baka.Contohnya,seseorang yang berpersonaliti ekstrovert lebih suka bersosial dan selalu menunjukkan kegembiraannya jika dibandingkan dengan yang berpesonaliti introvert yang suka berseorangan,pemalu dan kurang selesa bergaul dengan orang ramai.

Dalam tugasan ini,satu kajian telah dijalankan ke atas dua orang murid sekolah rendah.Seorang murid berakademik baik,manakala seorang lagi berakademik lemah.Tugasan ini mengkaji sejauh manakah factor-faktor tertentu mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua orang murid tersebut berpandukan teori-teori Psikologi Pendidikan dan disokong dengan kajian-kajian yang dijalankan.,

Berikut adalah latar belakang dua orang pelajar yang dipilih untuk menjalankan kajian ini.

2.0Latar belakang dua orang murid sekolah rendah yang dipilih untuk kajian.

2.1 Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-2

Mata pelajaran /

Nama MuridPang Yong JunPhang Kok Chiang

Bahasa Cina

(Kefahaman)74% (B)27% (D)

Bahasa Cina(Penulisan)81.6% (A)32% (D)

Bahasa Malaysia(Kefahaman)78 % (B)30% ( D)

Bahasa Malaysia(Penulisan)82.8% (A)26% (D)

Bahasa Inggeris 86.6% (A)17.6% (E)

Matematik94% (A)19.4% (E)

Sains 88.2% (A)22.4% (D)

3.0Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik3.1Faktor Endogen (Baka)

(Buss&Plomin,1997)mengatakan bahawa individu akan mewarisi sifat fizikal ibu bapanya seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut,temperamen dan sebagainya.Ini menunjukkan bahawa faktor Endogen memainkan peranan yang penting dalam perkembangan manusia,terutamanya dari segi pencapaian akademik pelajar.

3.1.1Kesihatan pelajar

Jika dikaji dari segi kedatangan pelajar ke sekolah,didapati pelajar A jarang ponteng atau tidak menghadiri kelas manakala pelajar B sering tidak hadir.Selepas ditanya ,pelajar B memberitahu guru bahawa dia telah jatuh sakit , pelajar B menghidap menyakit Ashma sejak kecil.

Ketidakhadirannya menyebabkan dia tidak dapat mengikut pelajaran yang disampaikan oleh guru.Setelah dikaji dengan mendalam lagi, didapati pula murid ini berasal dari keluarga miskin. Dia mempunyai enam orang adik-beradik. Bapanya bekerjar sebagai buruh kasar, tetapi kerjanya tidak tentu, kebanyakan masa dia mengganggur di rumah. Ibunya mengatakan bahawa semasa dia mengandung,dia kurang makan makanan yang seimbang.Tambahan pula,ibunya mengidap penyakit darah tinggi.Kesihatan ibu yang kurang cergas akan diwarisi oleh anaknya.

Menurut Shryock(1991),ibu yang mengandung mesti menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang.Selain itu,penggunaan gula dan garam harus dikurangkan untuk mengelakkan penyakit kencing manis,darah tinggi dan preaklamsia.Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.Kesemua faktor ini akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut.

3.1.2Pemakanan

Pelajar B biasanya tidak bersarapan ke sekolah manakala pelajar A pergi ke sekolah lepas bersarapan.. Didapati Pelajar B tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak berdaya semasa sesi kelas dijalankan jika dibandingkan dengan pelajar A.Pelajar B sentiasa mengantuk semasa aktiviti-aktiviti kelas diadakan.Dia tidak mahu menyertai kegiatan kumpulan.

Pemakanan yang seimbang dan cukup dapat membekalkan keperluan seharian manusia untuk menjalankan aktiviti harian dan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Zat makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan tumbesaran terbantut dan kadar perkembangan otak lambat.

3.1.3Faktor Eksogen (Persekitaran)

Rahil dan Habibah(2002)yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme,Watson(1878-1958),iaitu:

Give me a dozen healthy infants,well-formed,and in my own special world to bring them up in and Ill guarantee to take any one at random and train him to become any type of specialist I might select-doctor,lawyer,artist,merchant,chief ,and yes,even beggarman and thief,regardless of his talents,penchants,tendencies,abilities,vocations and race of his ancestors

Menurut Rahil &Habibah(2002),persekitaran merupakan segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu.Coon(2000)pula mengatakan persekitaran ialahThe sum of all external conditions affecting development,especially the effects of learning.

(a) Keluarga

Menurut Baumrind(1995), otoritatif merupakan cara asuhan yang paling efektif,iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan untuk diikuti.Sebenarnya,ibu bapa mempengarhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.Menerusi temubual dengan pelajar B,saya mendapati keluarganya tidak menitikberatkan pelajarannya.Selalunya saya mendapati pelajar tersebut tidak menyiapkan kerja rumahnya pada masa yang ditentukan.

Menurutnya,ibubapanya sibuk membuat kerja,tiada masa menemani dia atau memberi tunjuk ajar kepada dia. Lagipun ibu bapanya tidak berpendidikan tinggi .Ibu bapa yang kurang prihatin terhadap pelajaran anak-anak menyebabkan anak-anak hilang panduan pada hakikatnya,umur ini memerlukan tunjuk ajar daripada keluarganya. Pelajar B hanya bergantung kepada kakak sulung yang belajar di tingkatan 3 untuk membimbing pelajarannya pada masa lapang ( kakak sulungnya kerja sebagai pembantu kedai selepas masa persekolahan, hanya balik lepas pukul 9 malam.)

Manakala ibu bapa pelajar A pula sangat mementingkan pelajarannya,selalu merujuk kepada guru perkembangan yang terkini berkenaan dengan anaknya. Mereka juga membimbing anaknya di rumah setiap malam dan menghantar Pelajar A ke pusat tuisyen. Ini jauh berbeza dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa pelajar B.

Kanak-kanak yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi,tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

(b) Tempat tinggal

Didapati jarak tempat tinggal pelajar B dengan sekolah lebih kurang 6 km. Pelajar B hendak menaiki bas sekolah ke sekolah dan begitu juga semasa pulang. Tempat tinggal juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia daripada segi pembelajaran dan gaya kehidupannya.

Pada kebiasaannya,individu yang tinggal di kawasan bandar lebih beroptimistik ,terbuka fikirannya dan bercita cita melanjutkan pelajarannya ke luar negeri jika dibandingkan dengan individu yang tinggal di kawasan luar Bandar.Pelajar B tinggal di kawasan RPR di mana penduduk kawasan itu dari golongan pendapatan rendah dan kurang mengambilberat pengajaran anak-anak mereka.

Manakala pelajar A pula tinggal di kawasan perumahan mewah. Ibu-bapanya guru sekolah menengah. Mereka lebih mementingkan pencapaian akedemik jika dibandingkan dengan pelajar B.Mereka mempunyai pengangkutan sendiri untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan kelas tuisyen. Pelajar B yang berasal dari keluarga miskin tidak mempunyai kenderaan sendiri dan keluarganya pun tidak mampu menghantarkannya ke kelas tuisyen.Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar B berakademik lemah.

3.2 Faktor Baka

Menurut Borich dan Tombari(1997),perbezaan individu ialahIndividual diffences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic,such as temperament,energy level,friendship patterns and parent-child attachement.

Daripada definisi di atas,jelas mengatakan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan daripada ciri-ciri tertentu seseorang individu seperti temperaman,tahap tenaga,pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anaknya.

Didapati pelajar B mudah marah,tidak tabah,stail pertuturan yang kurang bersopan-santun dan pemalu. Sebenarnya,temperaman merupakan tret personality,emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian besarnya diwarisi daripada ibu bapanya.

Selain itu,didapati pelajar B kurang bertenaga ,berastamina atau mudah penat semasa kegiatan sukan dijalankan.Ini bermaksud tahap tenaga pelajar ini agak rendah daripada pelajar lain.Faktornya mungkin disebabkan oleh tahap tenaga yang diwarisi oleh ibu bapa rendah.

Di samping itu,didapati pelajar B mempunyai pola persahabatan pencilan,iaitu dia tidak memilih sesiapa sebagai sahabatnya dan orang lain pula tidak ada memilihnya sebagai sahabat.

Dia tidak suka bermain dan tidak berinteraksi dengan orang lain atau tidak aktif di dalam ko-kurikulum atau kesenian.Ini mungkin disebabkan oleh pola yang diwarisi ibu bapanya.Semasa saya bertemu dengan bapa pelajar B,didapati bapanya tidak bertegur sapa dengan saya walaupun saya mengucapkan selamat pagi dengannya.Ini menunjukkan pola persahabatan ibu bapa telah mempengaruhi anaknya.

Manakala pelajar A pula,dia mempunyai sepasang ibu bapa yang menitikberatkan pelajarannya bahkan tatasusilanya dipentingkan juga.Ibu bapanya akan menegur sapa dengan guru dengan senyuman yang mesra.Ini telah mempengaruhi pola persahabatan anaknya.Anaknya iaitu pelajar A suka berinteraksi dengan kawan lain,aktif dalam ko-kurikulum.Oleh itu,dia mempunyai lebih ramai kawan jika dibandingkan dengan pelajar B. Pelajar A merupakan Johan pertandingan Ping Pong dan tempat Ke-3 pertandingan Bahasa Inggeris pada tahun 2013.3.3 Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Menurut Papalia (2001),persekitaran adalah perkara bukan genetik yang banyak mempengaruhi seseorang individu.

Ini jelas dilihat melalui pelajar B.Didapati pelajar B kurang mesra dengan kedua ibu bapanya.Bentuk asuhan keluarganya berbentuk abaikan iaitu tiada penglibatan keluarga.Ibu bapanya sibuk dengan hal lain manakala anaknya diabaikan.Mereka langsung tidak sedar akan kelakuan anaknya di sekolah atau di rumah.Mereka sentiasa tidak peka terhadap kehidupan anaknya iaitu bertindak permisif. Bentuk asuhan begini telah menyebabkan anak mereka kurang kemahiran bersosial dengan orang lain.Kebebasan yang diberi tiada batasan sehingga tidak bermotivasi untuk belajar.

Manakala pelajar A pula mempunyai sepasang ibu bapa yang menitikberatkan pelajarannya .Mereka selalu mesra dengan anak mereka.Mereka sentiasa berkomunikasi secara lisan dengan anak mereka.Mereka menggalakkan anak-anak mereka berdikari,memberi keyakinan kepada anak mereka di samping memberi sedikit kawalan tentang tingkah laku anak-anak. Mereka juga menitikberatkan perkembangan anaknya secara menyeluruh seperti mengajar anak mereka mematuhi peraturan ,berdisiplin dan sebagainya.

Didapati pelajar A sentiasa menunjukkan personaliti yang positif ,bersosial baik dengan kawan lain dan mempunyai harga diri yang baik.Faktor yang positif ini telah mempengaruhi pencapaian pelajar A sehingga mencapai akademik yang cemerlang.

3.4 Faktor yang mempengaruhi pembelajaran

Didapati pelajar B tidak berminat tentang apa yang disampaikan oleh guru. Kadang-kala,dia diam berseorangan atau tidak menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.Ini mungkin disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang kurang menarik dan membosankan.Selain itu,isi kandungan yang disampaikan oleh guru mungkin kurang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangannya.

3.4.1Kecerdasan

Menurut Piaget(1950),kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.Didapati pelajar B mempunyai kecerdasan logic-matematik kerana dia mempunyai pencapaian yang tertinggi antara semua subjek yang dipelajarinya.Ini mungkin disebabkan dia mahir memanipulasikan nombor dan pengiraan.Dia berkeupaya menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.

Selain itu,didapati pelajar B kurang mempunyai kecerdasan bahasa-linguistik.Ini jelas dilihat daripada pencapaian akademiknya yang bermarkah rendah seperti matapelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.Inimungkin disebabkan kekurangan membaca. Kita mesti memupukkan tabiat membaca sejak kecil .Menerusi sikap suka membaca, pengetahuan kita akan bertambah dengan penambahan kosa kata yang dipelajari. Pelajar B ini berakademik rendah dalam matapelajaran bahasanya mungkin disebabkan keluarganya tidak mampu membeli buku bacaan,kamus dan sebagai untuknya. Tambahan pula,keluarganya tidak menitikberatkan pelajarannya.

Manakala pelajar A pula,dia banyak membaca suratkhabar, buku cerita, majalah dan sebagainya. Semasa mengalami kesulitan atau kesusahan, ibu bapanya akan menolongnya atau mencari akal untuk menyelesaikannya. Weshler(1975)mengatakan kecerdasan adalah kebolehan seseorang memahami alam sekitarnya,dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

3.4.2 Ingatan dan lupaan

Ingatan merupakan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.Sebenarnya,maklumat ini boleh dikeluarkan semula jika dikehendaki yang melibatkan proses pengkodan,penyimpanan dan pengeluaran(Melton,1963,dalam Roediger III,ms262).Menurut beliau,pengkodan merupakan proses mendapatkan maklumat manakala penyimpanan pula ialah proses menyimpan maklumat dan terbentuknya memory trace.Pengeluaran pula merupakan pengeluaran dan penggunaan maklumat dalam simpanan otaknya.

Lupaan pula merujuk kepada kegagalan seseorang untuk mengingatkan sesuatu yang pernah dalam memorynya. Menurut Slavin(1997), kegagalan mengingatkan sesuatu mungkin disebabkan maklumat belum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Pelajar B berakademik rendah mungkin disebabkan keusangan. Maklumat yang didapati hilang atau lupa disebabkan peredaran masa, kurang membuat ulangkaji dan sebagainya.Selain itu,minat terhadap matapelajaran tersebut juga akan mempengaruhi pencapaiannya.Misalnya,pelajar biasanya akan mengingati fakta dalam jangka masa yang panjang bagi matapelajaran yang mereka minati.

4.0.Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar yang lemahSaya akan mencalonkan pelajar B untuk menyertai program RMT di sekolah kerana di bawah Rancangan makanan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk murid dari keluarga miskin, diharap pelajar dapat makan makanan yang seimbang.Dengan adanya badan yang sihat ,pelajar B dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru

4.1 Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan

Menurut Borich dan Tombari(1997),Pendekatan pembelajaran konstruktivisme menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap pelajaran yang dipelajarinya dengan mewujudkan jaringan dan hubungan antara fakta dan ideanya.Dalam hal ini,pelajar hendaklah memainkan peranan yang aktif untuk memahami terhadap pelajaran yang dipelajarinya.

Saya sebagai guru pelajar B akan memberi peluang dan mengalakkan pelajar tersebut mengemukakan pandangannya tentang sesuatu topik yang telah dipelajari atau berkongsi persepsi dengan kawan-kawannya. Selain itu,saya juga akan mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan untuk mengalakkan pelajar B mengambil bahagian untuk memberi peluang kepada dia menubuhkan keyakinan terhadap dia sendiri dan mendorong dia terus belajar.

Menurut Woolfolk(1998),Constructivist perpectives-View that emphasizes the active role of the learner in building understanding and making sense of information.Dari pernyataan atas,jelas bahawa mengikut teori pembelajaran konstraktivisme,pelajar perlu mengambil bahagian dengan aktif dalam usaha memahami dan memberi makna kepada maklumat yang dipelajari.Seterusnya,menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya,dan menjadikan maklumat tersebut miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut(Cheek,1992)Selain itu,saya juga akan melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.Reka bentuk pengajaran bermodel ASSURE akan diaplikasikan seperti memilih kaedah dan media yang sesuai dengan tahap pelajar B.Selain itu,pelajar B juga digalakkan merenung kembali setiap pelajaran yang dipelajari dengan membuat latihan berbentuk latih tubi, memintanya menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dipelajari.

4.2 Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya

Pengaruh Persekitaran yang negatif dari ibu bapa,keluarga,masyarakat atau media massa yang tidak peka dan prihatin menyebabkan pelajar B tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.Berkaitan dengan persoalan ini,saya sebagai gurunya akan kenal pasti dahulu punca masalah berkenaan.Lepas itu,saya akan menganalisis tingkah laku yang negatif serta cuba memahami secara mendalam faktor-faktor yang menyebabkan persoalan itu..

Seterusnya,saya akan mengadakan sesi bimbingan untuk menimbulkan kesedaran bahawa tingkah laku agresif tidak menguntungkan.Seterusnya, saya akan menumbuhkan bimbingan rakan sebaya dan mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah laku positif seperti menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk menunjukkan tingkah laku model untuk membantu pelajar B menyelesaikan kesulitan-kesulitan yang dihadapi olehnya.

Saya akan membentukkan kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah supaya pelajar lemah seperti pelajar B dapat meniru tingkah laku pelajar yang pandai, dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya.

Menurut Skinner(1953),gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan,jika diberikan peneguhan sebaik saja gerak balas ditunjukkan.Peneguhan positif akan digunakan kepada pelajar B jika tingkah laku yang positif ditunjukkan.Peneguhan positif ini merupakan ganjaran untuk memotivasikan pelajar B setelah dia melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan.Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk ,kepujian, hadiah,tepukan,senyuman dan sebagainya.

Bagi pelajar B,saya mengambil keputusan memberikan cop kepadanya sebagai ganjaran.Sebaliknya,saya akan tolakkan copnya jika dia melakukan kesalahan.Cop yang dikumpul sampai bilangan yang ditetapkan akan diberi hadiah.

4. 3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar berakademik baik

Menurut teori Bandura(1963),pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain,individu tersebut secara tidak langsungnya akan mempelajari tingkah laku tersebut.Proses tiruan melalui proses elisitasi timbul apabila melihat perlakuan orang lain.Contohnya,apabila pelajar B melihat pelajar lain yang berakademik baik mendapat pujian atau hadiah,lalu timbul keinginan dalam dirinya untuk mendapatkan prestasi yang baik.

Saya akan menempatkan pelajar B duduk bersama pelajar yang berakademik baik.Melalui proses peniruan,diharap pelajar B dapat memerhatikan pelajar berakademik baik , dari segi cara atau gaya belajar , sikap semasa guru menyampaikan pelajaran dan sebagainya .Saya berharap palajar B akan cuba meniru perlakuan model tersebut. Lepas itu,pelajar tersebut akan menyimpan kelakuan atau langkah-langkah yang dibuat oleh model itu ke dalam ingatannya.Pelajar itu akan melakukan tingkah laku yang ditiru itu pada situasi yang sesuai.Sekiranya,tingkah laku yang diperlihatkan itu menerima peneguhan positif daripada orang lain,peniruan itu akan mengulangi.

4. 4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

Mengenai Pelajar B yang berakademik lemah,dan mempunyai kendiri yang rendah,saya akan menyediakan satu sistem pembelajaran yang bermula daripada peringkat asas iaitu dari mudah ke rumit.Ini dapat memastikan pelajar tersebut menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru dan tidak ketinggalan

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, saya akan merancangkan pengajaran saya dengan meliputi lapan fasa pengajaran yang berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran.

Pada permulaannya, saya akan mengaktifkan motivasi,lepas itu,saya akan memberitahu muri-murid berkenaan objektif pembelajaran hari tersebut.Saya akan menayangkan visual atau gambar untuk menarik perhatian murid.Seterusnya,saya akan menolong murid meransang ingatan mereka.

Di samping itu,saya akan menyediakan panduan pelajaran dan menyampaikan isi kandungan pelajaran hari tersebut. Lepas itu,saya akan menolong murid membuat peyimpanan. Saya akan menolong murid B mengingati isi pelajaran yang disampaikan oleh cikgu ke dalam otaknya .

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan tugasan yang telah saya siapkan ini,saya lebih berpendapat bahawa pencapaian akademik seseorang baik atau lemah dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu faktor eksogen.

Menurut NAEYC(National Association For the Education of young Children),perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkungi rumah dan sekolah iaitu perkaitan ibu bapa dengan rumah,guru dengan sekolah.Ini jelas menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan manusia.Contohnya,walaupun seseorang individu membawa baka yang kurang cerdas daripada ibu bapanya tetapi dia mempunyai keadaan yang mendorong perkembangannya seperti mempunyai guru yang bertanggungjawab,rakan yang suka maju,iklim bilik darjah yang kondusif akan mendorong individu tersebut terus maju jika dia berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat bantuan daripada rakan sebaya semasa mengalami kesulitan.

Selain itu,guru juga haruslah membuat persediaan mengajar yang mencukupi seperti menyediakan bahan yang berlainan dan sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan murid-murid untuk menyeronokan dan menarik minat murid-murid.

6.0 Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 2013Pelajar A

Pelajar B

Rujukan

Bandura , A. (1986 ) . Social foudations of thought and action : A social cognitive theory .

Englewoods Cliffs , NJ : Prentice Hall .

Berk , E. L. (1989 ). Child development , Boston : Allyn & Bacon .

Ee Ah Meng.(1996).Psikologi Pendidikan 1: psikologi perkembangan (semester 1).Shah

Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamarudin Hj. Husin.(1993).Pedagogi 3.Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling

Jaya:Longman Malaysia.

Mahmood Nazar Mohamed.(1990).Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dantingkah laku manusia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Pustaka.

Sang M.S.(2001).Psikologi Pendidikan untuk kursus Diploma Perguruan Semester1.Selangor.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Slavin,R.E.(1997).Educational psychology,Theory and Practice.5th ed.Boston:Allyn and bacon.

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1987).Psikologi pendidikan 1.Longman Malaysia Sdn Bhd.

Biodata Murid A

Nama:Pang Yong Jun

Jantina:Lelaki

Tarikh Lahir:10-05-2002

Tempat Lahir:Kuching

Umur:11 tahun

Darjah:5

Keturunan:Cina

Agama:Buddha

Ketinggian:149 cm

Berat Badan:46kg

Alamat rumah:No.313,Lorong 10B,Taman Paradise,Batu 9 ,Jalan Penrissen

Bilangan adik beradik: 4 orang (4 orang lelaki)

Anak keberapa:Ketiga

Jarak rumah dan sekolah:2 km

Kenderaan ke sekolah:Kenderaan sendiri

Kelakuan:A

Pekerjaan Bapa:Guru Matematik Tambahan sekolah menengah

Pekerjaan Ibu: Guru Bahasa Melayu sekolah menengah

Kesihatan:Baik

Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Mandarin (ii)Bahasa Inggeris

Kehadiran :195/195 hari

Biodata Murid B

1.Nama:Phang Kok Chiang

2.Jantina:Lelaki

3.Tarikh Lahir:25-11 -2002

4.Tempat Lahir:Kuching

5.Umur:11 tahun

6.Darjah:5

7.Keturunan:Cina

8.Agama:Buddha

9.Ketinggian:137 cm

10.Berat Badan:35 kg

11.Alamat rumah:No.56, Lorong 13B RPR Jalan Landeh , Kuching

12. Bilangan adik beradik: 6 orang (5 orang perempuan dan seorang lelaki)

13.Anak keberapa:Ke-lima

14.Jarak rumah dan sekolah:6 km

15.Kenderaan ke sekolah:Bas sekolah

16.Kelakuan:B

17.Pekerjaan Bapa:Buruh kasar (tidak tentu)

18. Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga

19esihatan:Ashma

20.Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Hakka (ii)Mandarin

21. Kehadiran :185/195 hari

- 19 -