faktor motivasi dan kejayaan firma usahawan: amalan …gbse.com.my/v3no5may17/paper-77-.pdf ·...

8
Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 3: no. 5 (2017) page 2835 | gbse.com.my | eISSN 24621714| 28 FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN AGAMA SEBAGAI PENYEDERHANA (MOTIVATION AND ENTREPRENEUR FIRM SUCCESS: RELIGIOUS PRACTICE AS MODERATOR) Nadratun Nafisah binti Abdul Wahab 1 Muhammad Nasri Bin Md Hussain 2 Abdullah Bin Abdul Ghani 3 Abstrak Artikel ini membincangkan tentang konsep hubungan faktor motivasi dengan kejayaan firma usahawan dan faktor amalan agama dimasukkan sebagai faktor penyederhana. Seterusnya, konsep ini akan digunakan untuk cadangan kajian akan datang bagi melihat hubungan pembolehubah-pembolehubah ini di dalam satu model. Berdasarkan sorotan karya, faktor motivasi mempunyai hubungan dengan kejayaan firma usahawan. Manakala dapatan daripada sorotan karya berkenaan amalan agama, mendapati amalan agama dapat mempengaruhi hubungan faktor-faktor kejayaan dan kejayaan firma. Kata Kunci: Motivasi, kejayaan firma usahawan, amalan agama GBSE Journal 2017 Abstract This article discusses the concept of the relationship between motivation and firm’s success incorporated religious practice as moderator. This concept will be used for future research proposals to examine the relationship these variables in a model. According to past studies, motivation related to the success of the firm entrepreneurs. While recent studies highlight the religious practices, have found it can affect the success factors and success of the firm. Keywords: Motivation, entrepreneur’s firm success, religious practice 1 Pelajar PhD, Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Tel: +6049286363 E-mail: [email protected] 2 Pensyarah (Prof Madya Dr), Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Tel: +6049286363 E-mail: [email protected] 3 Pensyarah (Professor Dr) , Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Tel: +6049286363 E-mail: [email protected]

Upload: duongdan

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

28

FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN:

AMALAN AGAMA SEBAGAI PENYEDERHANA

(MOTIVATION AND ENTREPRENEUR FIRM SUCCESS: RELIGIOUS

PRACTICE AS MODERATOR)

Nadratun Nafisah binti Abdul Wahab 1

Muhammad Nasri Bin Md Hussain 2

Abdullah Bin Abdul Ghani 3

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang konsep hubungan faktor motivasi dengan kejayaan firma

usahawan dan faktor amalan agama dimasukkan sebagai faktor penyederhana. Seterusnya,

konsep ini akan digunakan untuk cadangan kajian akan datang bagi melihat hubungan

pembolehubah-pembolehubah ini di dalam satu model. Berdasarkan sorotan karya, faktor

motivasi mempunyai hubungan dengan kejayaan firma usahawan. Manakala dapatan

daripada sorotan karya berkenaan amalan agama, mendapati amalan agama dapat

mempengaruhi hubungan faktor-faktor kejayaan dan kejayaan firma.

Kata Kunci: Motivasi, kejayaan firma usahawan, amalan agama

GBSE Journal 2017

Abstract

This article discusses the concept of the relationship between motivation and firm’s success

incorporated religious practice as moderator. This concept will be used for future research

proposals to examine the relationship these variables in a model. According to past studies,

motivation related to the success of the firm entrepreneurs. While recent studies highlight the

religious practices, have found it can affect the success factors and success of the firm.

Keywords: Motivation, entrepreneur’s firm success, religious practice

1Pelajar PhD, Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah,

Tel: +6049286363 E-mail: [email protected] 2 Pensyarah (Prof Madya Dr), Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah,

Tel: +6049286363 E-mail: [email protected] 3 Pensyarah (Professor Dr) , Pusat Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah,

Tel: +6049286363 E-mail: [email protected]

Page 2: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

29

1.0 Pengenalan

Keusahawanan adalah faktor yang penting untuk memacu pembangunan dan perkembangan

ekonomi di kebanyakan negara. Secara umumnya, sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS) adalah pemangkin besar di dalam bidang keusahawanan sesebuah negara. Firma-firma

dalam sektor PKS melaksanakan pembangunan keusahawanan masing-masing mengikut acuan

yang ditetapkan sendiri oleh usahawan (Gunto dan Alias, 2013; Rodríguez-Gutiérrez dan

Tejada, 2015; Stefanovic, Prokic, dan Rankovic, 2010; Zulkifli dan Rosli, 2013). Hal ini

membawa usahawan untuk cenderung merangka aktiviti keusahawanan firma mereka dengan

menggunakan strategi dan perlaksanaan perniagaan yang dikenalpasti melalui peluang-peluang

yang belum diambil oleh orang lain. Namun begitu, PKS di Malaysia masih menghadapi

masalah domestik yang menjadi kekangan kepada kejayaan keusahawanan di Malaysia.

Kesannya, ia telah menyekat kemajuan dan kejayaan firma-firma (Hisrich, Langan-fox, dan

Grant, 2007).

Penyelidik Jordaan (2014) mendapati, membina motivasi di dalam firma usahawan adalah asas

dalam proses membentuk gaya keusahawanan dan ia dirujuk kepada teori Ajzen (1991) iaitu

teori tingkah laku terancang. Dengan membina motivasi keusahawanan di dalam sesebuah

firma, ia dapat menjadikan sesebuah firma berpotensi besar untuk berjaya. Dalam pada itu,

kejayaan firma diakatakan akan melalui beberapa peringkat. Antara peringkat kejayaan yang

akan dilalui adalah peringkat pengekalan firma, peringkat menetapkan matlamat peribadi dan

peringkat mencapai prestasi, Setiap peringkat yang akan dijalani oleh firma ini dikatakan

mempunyai hubungan dengan faktor kejayaan motivasi.

Dari perspektif lain, kewujudan motivasi yang kuat adalah didorong oleh keperluan manusia

untuk terus hidup. Menurut Maslow (1946), telah mentakrif motivasi melalui spektrum asas

yang mengikut peringkat keperluan manusia iaitu bermula dengan memuaskan keperluan tubuh

untuk terus hidup hingga ke peringkat tertinggi keperluan motivasi iaitu motivasi pencapaian

(Jordaan, 2014). Begitu juga dengan firma usahawan yang memerlukan motivasi yang

didorong oleh keperluan untuk meneruskan perniagaan firma supaya kekal di dalam pasaran

hingga mncapai kejayaan.

Pengkaji Hisrich, Langan-fox dan Grant (2007), meyatakan dalam dapatan mereka bahawa

faktor kejayaan firma usahawan masih belum cukup untuk menerangkan kejayaan firma

usahawan. Terdapat faktor penyederhana perlu diambilkira di dalam melihat hubungan faktor

kejayaan firma usahawan dan kejayaan firma usahawan. Pengkaji Zulkifli dan Rosli (2013)

mencadangkan kajian keagamaan dicadangkan sebagai faktor penyederhana.

Keusahawanan bagi sesebuah negara adalah penting untuk memacu pembangunan dan

perkembangan ekonomi. Pemangkin besar kepada bidang keusahawanan adalah Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS). Membina motivasi di dalam firma usahawan adalah asas dalam

proses membentuk gaya keusahawanan dalam menentukan kejayaan firma. Setiap peringkat

yang akan dijalani oleh firma mempunyai hubungan dengan faktor kejayaan motivasi didorong

oleh keperluan untuk meneruskan perniagaan firma supaya berjaya di dalam pasaran. Terdapat

faktor lain yang menyederhana hubungan faktor kejayaan dan kejayaan firma usahawan

Muslim iaitu faktor keagamaan.

Page 3: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

30

2.0 Permasalahan Kajian

Model tingkahlaku strategik/tektikal yang dibangunkan oleh (Simpson, Padmore, dan

Newman, 2013) mencadangkan motivasi sebagai salah satu faktor dalaman yang boleh

mempengaruhi kejayaan usahawan dalam menjalankan firma. Majoriti pengkaji terdahulu

seperti Nadzri, Shamsudin, Firdaus, dan Sabri (2013); Shuhairimi (2012); Sri Murni Setyawati

(2012); Zulkifli Bin Buyung (2013) mendapati faktor motivasi memberi kesan yang signifikan

kepada kejayaan firma. Walaupun begitu, pengkaji seperti Campagnolo dan Vivel (2012)

dalam kajian mereka mendapati tahap motivasi untuk mengembangkan perniagaan di kalangan

usahawan semakin berkurangan berikutan dengan petunjuk prestasi yang kurang

memberansangkan. Dapatan yang bercampur ini menjadikan motivasi sebagai satu

pembolehubah yang menarik untuk dikaji di dalam kerangka kajian di kalangan usahawan

Muslim.

Adamu, Kedah dan Osman-gani (2011) dalam dapatan mereka mengatakan tiga sumber

motivasi usahawan dilihat semakin lenyap adalah pertama impian dan keinginan untuk

mengasaskan sebuah empayar perniagaan, kedua kehendak untuk menakluk iaitu dorongan

untuk berlumba-lumba membuktikan diri sendiri lebih berjaya daripada orang lain dan ketiga

mencipta kegembiraan setelah berjaya melakukan sesuatu (meraikan tenaga dan kepintaran).

Pengkaji Hisrich, Langan-fox dan Grant (2007), meyatakan dalam dapatan mereka bahawa

faktor kejayaan firma usahawan masih belum cukup untuk menerangkan kejayaan firma

usahawan. Terdapat faktor penyederhana perlu diambilkira di dalam melihat hubungan faktor

kejayaan firma usahawan dan kejayaan firma usahawan. Di antara faktor yang dicadangkan

supaya diambilkira adalah faktor keagamaan. Pengkaji Zulkifli dan Rosli (2013)

mencadangkan kajian keagamaan dicadangkan sebagai faktor penyederhana.

3.0 Kejayaan Firma Usahawan

Pengukuran kejayaan firma usahawan PKS Muslim ini adalah secara kewangan (financial) dan

bukan kewangan (non-financial) yang berhubung secara terus kepada definisi kejayaan dan

faktor-faktor kejayaan mengikut pandangan usahawan (Hoyos-ruperto, Romaguera, Carlsson,

dan Lyytinen, 2013; Islam, Khan, Obaidullah, dan Alam, 2011; Stefanovic, Prokic, dan

Rankovic, 2010; Zulkifli dan Rosli, 2013). Kejayaan firma usahawan adalah berdasarkan

beberapa definisi mengenai ukuran prestasi usahawan. Kejayaan firma perniagaan

didefinasikan sebagai kelangsungan (survival), keuntungan dan pertumbuhan (Simpson et al.,

2013).

Objektif pemilik usahawan PKS Muslim selalunya dikaitkan dengan matlamat peribadi dan

telah di masukkan secara formal ke dalam pelan perniagaan (business plans). Setiap firma

usahawan mempunyai persepsi berbeza mengikut objektif yang ditetapkan oleh usahawan

(Hisrich et al., 2007). Beberapa kajian lalu telah mengenalpasti kriteria kejayaan yang paling

kerap dibincangkan adalah melalui perasaan tentang pencapaian, pengiktirafan, kegembiraan

melaksanakan tugas dengan baik, kepuasan pekerjaan dan kepuasan memiliki perniagaan

(Simpson et al., 2013).

Page 4: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

31

Oleh itu, pengukuran kejayaan firma usahawan PKS Muslim adalah secara kewangan dan

bukan kewangan yang ditentukan oleh usahawan tentang definisi kejayaan dan faktor-faktor

kejayaan mengikut pandangan usahawan. Pengukuran kejayaan adalah melalui perasaan

usahawan tentang pencapaian, pengiktirafan, kegembiraan melaksanakan tugas dengan baik,

kepuasan pekerjaan dan kepuasan memiliki perniagaan.

4.0 Faktor Motivasi

Tujuan usahawan menjalankan perniagaan adalah berusaha untuk memenuhi keperluan yang

mereka mahukan di dalam kehidupan dan berasaskan usaha untuk memastikan kelangsungan

firma di dalam pasaran. Kesan motivasi boleh terjadi secara intrinsik (di dalam diri) atau

ekstrinsik (daripada persekitaran). Tingkah laku akan terhasil berasaskan matlamat yang telah

dijangka atau yang telah dirancang. Motivasi adalah penting untuk menyalakan niat yang

terpendam dan memberikan tenaga ke dalam tindakan usahawan di dalam mencapai kejayaan

firma.

Setiap usahawan adalah sama apabila tujuannya menjalankan perniagaan adalah berusaha

untuk memenuhi keperluan yang mereka mahukan di dalam kehidupan. Mereka tidak

semestinya memiliki motivasi yang berbeza daripada orang lain, tetapi mereka menggunakan

motivasi untuk membantu menentukan kejayaan dan mengelak daripada kegagalan usaha

mereka. Usahawan mempunyai tujuan untuk membina dan mengembangkan perniagaan

mereka. Tujuan ini membawa kepada pembinaan motivasi keusahawanan yang mengandungi

hubungan di antara niat keusahawanan dan aktiviti keusahawanan. Proses keusahawanan

adalah proses di mana firma usahawan peka bertindak ke atas peluang untuk berjaya. Manakala

motivasi keusahawanan terdiri daripada sebab-sebab ingin berjaya seperti ingin mendapatkan

keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi (Shaw, 2006).

Menurut Stefanovic, Prokic, dan Rankovic (2010) di dalam mengenalpasti peranan motivasi

terhadap usahawan, didapati bahawa ia adalah berasaskan kelestarian (survival) di dalam

keperluan usahawan. Tumpuan utama manusia adalah untuk mengelakkan kebuluran dan

memenuhi keperluan asas hidup. Manakala berbeza dengan perspektif usahawan yang melihat

motivasi untuk mengeksploitasi peluang yang diberi untuk dimanfaatkan. Carsrud et al. (2009)

menunjukkan bahawa walaupun wujud banyak jenis motivasi, pada asasnya ia terbahagi

kepada dua sumber iaitu secara dalaman (di dalam diri) dan luaran (daripada persekitaran)

(Shaw, 2006).

Kesan motivasi boleh terjadi secara intrinsik (di dalam diri) atau ekstrinsik (daripada

persekitaran). Ryan dan Deci (2000), dan Quigley dan Tymon (2006) mengatakan bahawa

kualiti pengalaman dan tahap prestasi individu adalah berbeza bergantung kepada tingkahlaku

yang telah didorong oleh motivasi intrinsik atau ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada

melakukan sesuatu kerana ia sememangnya menarik atau menyeronokkan. Motivasi instrinsik

adalah individu yang bertindak untuk menerima satu cabaran dan bukannya bertindak akibat

daripada tekanan luar. Contohnya pembinaan motivasi intrinsik berlaku apabila individu atau

firma mengalami pengalaman positif dengan cara menerima ganjaran hasil daripada apa-apa

aktiviti yang telah dijalankan. Oleh itu, membina motivasi intrinsik adalah menyokong

perasaan positif dan orentasi secara umum (Thomas, 2000). Telah dikatakan juga bahawa

motivasi pencapaian adalah salah satu contoh motivasi intrinsik (Jordaan, 2014).

Page 5: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

32

Motivasi ekstrinsik pula adalah melakukan sesuatu dengan matlamat untuk mendapatkan

ganjaran luar. Tingkah laku akan terhasil berasaskan matlamat yang dijangka atau yang telah

dirancang (Jordaan, 2014). Contohnya, individu mungkin terpaksa melakukan aktiviti secara

bermotivasi ekstrinsik hasil daripada perasaan kebencian, ketakutan, atau berkaitan keluarga

mereka. Motivasi luaran dianggap motivasi ekstrinsik sebagai contoh "pasif" atau "mengawal".

Kerapkali, objektif motivasi ekstrinsik ditetapkan oleh firma usahawan dan diterima pakai

sendiri oleh setiap ahli di dalam firma (Ryan dan Deci, 2000). Motivasi intrinsik dan ekstrinsik

ini juga boleh wujud secara gabungan.

Pengkaji Tlaiss (2014) percaya bahawa motivasi adalah penting untuk menyalakan niat yang

terpendam dan memberikan tenaga ke dalam tindakan usahawan. Oleh yang demikian,

motivasi dikatakan merupakan penghubung untuk membolehkan antara niat dan tindakan

(Bahyah, Azharuddin, Mukhiffun, dan Abdul Rahim, 2003). Nilai motivasi melalui nilai

potensi dan harapan pula boleh dicapai melalui aktiviti keusahawanan dan menjadi budaya

bagaimana seseorang mengekspresikan dirinya didalam suasana bermasyarakat (Wu dan Li,

2011).

Dengan ini, firma mempunyai tanggungjawab mewujudkan aktiviti keusahahawanan motivasi

yang dapat memfokuskan perniagaan mereka supaya mampu berperanan sebagai perintis

utama di pasaran. Firma dikatakan berupaya mempunyai orientasi pelanggan yang baik

disamping membantu dalam pelbagai aspek kehidupan manusia (Abdul Wahab dan Rafiki,

2014). Maka dengan itu, faktor motivasi wajar dikaji kerana ia telah disokong oleh kebanyakan

kajian lepas.

H1: Motivasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan kejayaan firma

5.0 Faktor Amalan Agama

Keagamaan di dalam Islam terbahagi kepada kepercayaan agama, amalan agama, hormat-

menghormati (Altruisme) dan menambah bahan bacaan keagamaan. Antara perkara-perkara

praktikal kebiasaan muslim adalah seperti berdoa, berpuasa, mengelakkan minuman

beralkohol, menjaga cara pakaian dan gaya rambut (Tiliouine dan Belgoumidi, 2009). Kajian

emperikal lalu menyarankan bahawa kajian dalam bidang keusahawanan ini perlu dibuat

mengikut agama yang dianuti oleh usahawan, kerana setiap agama dikatakan mempunyai

pengaruh yang berlainan (Zulkifli & Rosli, 2013).

Pengkaji-pengkaji Hisrich, Langan-Fox, dan Grant (2007) mendapati amalan keagamaan

boleh dikaji sebagai moderator di dalam sesuatu kajian. Oleh itu, penyelidikan lanjutan

berkaitan agama Islam adalah relevan untuk dikaji dalam konteks mendedahkan pengaruh

hubungan di antara keagamaan (religiosity) dan keusahawanan. Oleh kerana faktor amalan

agama firma dilihat kurang dikaji dan terdapat sokongan supaya dijalankan kajian sebagai

penyederhana, cadangan kajian akan dijalankan seperti cadangan pengkaji-pengkaji lalu.

Ha1: Amalan agama mempunyai kesan penyederhanaan antara motivasi dan prestasi firma

usahawan

Page 6: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

33

Rajah 1.0 Rangka Kerja Cadangan

6.0 Kesimpulan

Setelah sorotan karya dibuat membincangkan tentang faktor motivasi dan kejayaan firma,

didapati faktor motivasi mempunyai hubungan dengan kejayaan firma dan amalan agama

memberikan kesan sebagai penyederhana. Berdasarkan sorotan karya, gabungan peranan

penyederhana amalan agama kepada hubungan antara faktor motivasi dan kejayaan firma boleh

digabungkan di dalam satu rangka teori (Rajah1.0). Hubungan yang wujud dapat memberi

implikasi dalam meningkatkan kejayaan sesebuah firma usahawan. Ia disokong oleh

sebahagian besar kajian terdahulu yang telah menunjukkan hubungan yang positif dan

signifikan terhadap perlaksanaan proses faktor motivasi dalam meningkatkan kejayaan firma.

Didapati hubungan keagamaan juga adalah positif sebagai penyederhana. Oleh itu, cadangan

kepada pengkaji-pengkaji akan datang supaya mengkaji amalan agama di dalam kajian

berhubung kejayaan firma usahawan Muslim.

Page 7: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

34

Rujukan

Abdul Wahab, K., & Rafiki, A. (2014). Measuring Small Firm Entrepreneur’s Performance

Based on Al-Falah. World Applied Sciences Journal, 29(12), 1532–1539.

Adamu, I. M., Kedah, Z., & Osman-gani, A. (2011). Entrepreneurial Motivation, Performance

and Commitment to Social Responsibility: A Conceptual Analysis on the Influence of

Islamic Religiosity. International Conference of the Academy of HRD (Asia Chapter)

Kuala Lumpur, Malaysia, 1–33.

Bahyah, A. H., Azharuddin, H., Mukhiffun, M., & Abdul Rahim, Z. (2003). Faktor Kecerdasan

Emosi Dalam Keusahawanan. Selangor International University College (KUIS), 1–7.

Grine, F., Fares, D., & Meguellati, A. (2015). Islamic Spirituality and Entrepreneurship : A

Case Study of Women Entrepreneurs in Malaysia İslami maneviyat ve girişimcilik :

Malezya â€TM daki kadın girişimciler üzerine bir vaka incelemesi. The Journal of

Happiness & Well-Being, 3(1), 41–56.

Gunto, M., & Alias, M. H. (2013). SMEs Development in Malaysia : Lessons For Libya.

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII (PERKEM)VIII, JILID, 3, 1521–

1530.

Hisrich, R., Langan-fox, J., & Grant, S. (2007). Entrepreneurship Research and Practice - A

call to Action for Psychology. American Psychologist.

Hoyos-ruperto, M. De, Romaguera, J. M., Carlsson, B., & Lyytinen, K. (2013). Networking :

A Critical Success Factor for Entrepreneurship, 13(2008), 55–72.

Islam, M. A., Khan, M. A., Obaidullah, A. Z. M., & Alam, M. S. (2011). Effect of Entrepreneur

and Firm Characteristics on the Business Success of Small and Medium Enterprises (

SMEs ) in Bangladesh. International Journal of Business and Management, 6(3), 289–

299.

Jordaan, A. J. (2014). Entrepreneurial Self-Efficacy, Intrinsic Motivation, and Entrepreneurial

Intention as Antecedents of Nascent Necessity-Entrepreneur Business Start-up Behaviour

in South Africa: A Longitudinal Study, (April).

Nadzri, S., Shamsudin, S., Firdaus, M., & Sabri, M. (2013). Faktor-Faktor Penyumbang

Kepada Kejayaan Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Bumiputera Di

Malaysia. Fakulti Pengurusan Dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor, 191–200.

Rodríguez-Gutiérrez, M. J., & Tejada, P. M. and P. (2015). Entrepreneurial Orientation and

Performance of SMEs in the Services Industry. Journal of Organizational Change

Management.

Shaw, E. (2006). Small Firm Networking: An Insight into Contents and Motivating Factors.

International Small Business Journal, 24(1), 5–29.

Shuhairimi, A. (2012). Aplikasi Nilai-Nilai Murni Dalam Kalangan Usahawan Ke Arah

Pembangunan Usahawan Muslim Yang Holistik. Seminar Keusahawanan Islam II

Peringkat Kebangsaan Aplikasi, 1–34.

Page 8: FAKTOR MOTIVASI DAN KEJAYAAN FIRMA USAHAWAN: AMALAN …gbse.com.my/v3no5may17/Paper-77-.pdf · keuntungan kewangan, pengumpulan kekayaan atau kepuasan peribadi ... Amalan agama mempunyai

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE)

Vol. 3: no. 5 (2017) page 28–35 | gbse.com.my | eISSN 24621714|

35

Simpson, M., Padmore, J., & Newman, N. (2013). Towards a New Model of Success and

Performance in SMEs. International Journal of Entrepreneurial Behavior & Research,

18(3), 264–285.

Sri Murni Setyawati. (2012). Kesan Sifat-Sifat Peribadi, Pembelajaran, Rangkaian,

Persekitaran Dan Penerimaan Inovasi Di Kalangan Usahawan Berjaya Di Jawa Tengah,

Indonesia. Universiti Utara Malaysia.

Stefanovic, I., Prokic, S., & Rankovic, L. (2010). Motivational and Success Factors of

Entrepreneurs: the Evidence from a Developing Country. Zb. Rad. Ekon. Fak. Rij, 28,

251–270.

Tiliouine, H., & Belgoumidi, A. (2009). An Exploratory Study of Religiosity, Meaning in Life

and Subjective Wellbeing in Muslim Students from Algeria. Applied Research in Quality

of Life, 4(1), 109–127.

Tlaiss, H. A. (2014). How Islamic Business Ethics Impact Women Entrepreneurs: Insights

from Four Arab Middle Eastern Countries. Journal of Business Ethics, 129(4), 859–877.

Wahab, K. A., & Rafiki, A. (2014). Measuring Small Firm Entrepreneur â€TM s Performance

Based on Al-Falah. World Applied Sciences Journal, 29(12), 1532–1539.

Zulkifli, R., & Rosli, M. (2013). Entrepreneurial Orientation and Business Success of Malay

Entrepreneurs: Religiosity as Moderator. Ijhssnet.Com, 3(10), 264–275.

Zulkifli Bin Buyung. (2013). Kesan Motivasi Sebagai ”Moderator” Terhadap Hubungan

Antara Pembelajaran Dan Emosi Dengan Kompetensi Sumbermanusia Di Bank Syariah

Riau.